You are on page 1of 5

TEKS FORUM REMAJA

CUBAAN SUARA Cubaan suara satu, berkata perkara bermutu Cubaan suara dua, berkata biar berbahasa, Cubaan suara tiga, berkata ilmu yang ada, Cubaan suara empat, berkata biar bertempat. Forum Remaja, wadah bicara semua, kami kompilasikan bersama.

PENGERUSI Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil alamiin, wassolatu wassalaamu alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ala alihi wa sohbihi ajmaiin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia. Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Ummi Natrah binti Zainol pada petang yang berbahagia ini. Hadirin sekalian, anda pasti sedia cakna bahawa rakyat Malaysia darsawarsa ini telah menjangkau 28.9 juta orang dan 5.47 juta daripadanya terdiri daripada golongan remaja. Tetapi, tahukah anda 12.46 peratus daripada jumlah remaja yang amat ramai ini telah direkodkan terbabit dengan pelbagai kes gejala sosial. Maka, kita perlu melihat masalah ini dalam skop yang lebih besar kerana perkara ini membabitkan kita semua sebagai rakyat Malaysia sesuai dengan wacana forum kita pada hari ini Gejala Sosial Remaja Punca dan Cara Penyelesaiannya Namun, sebelum kita menelusuri sepenuhnya persoalan ini, saya kira lebih molek seandainya kita berkenalan dengan panel panel kita terlebih dahulu. Di sebelah kanan saya, saudara Abhar bin Muhamad Rizuan, presiden kelab Pembimbing Rakan Sebaya yang kacak lagi segak bergaya. Di sebelah kiri saya pula, tampak bersahaja orangnya, namun jangan tak tahu hadirin, saudara Che Muhamad Nur Firhan bin Che Nastia merupakan ketua platun Kadet Remaja Sekolah. Seterusnya, panel kita yang terakhir, didatangkan khas buat anda dari Lembaga Disiplin Pelajar SMK Kubor Panjang, saudari Nor Zaihan Binti Muhamad Yusof selaku Penolong Ketua Pengawas. Hadirin, kata orang tak kenal maka tak cinta. Lantas, saya menjemput Saudara Abhar Bin Muhamad Rizuan untuk menerangkan kepada kita definisi remaja.

PANEL 1 Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual kehakiman, rakanrakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian.Gejala sosial merupakan satu bentuk masalah keruntuhan akhlak serta kebejatan sahsiah yang melibatkan kes-kes salah laku berunsurkan jenayah. Menurut Mohammad Salleh Lebar, pada masa kini istilah remaja adalah untuk jangka masa di antara 15-25 tahun. Konklusinya, gejala sosial remaja merupakan istilah yang kita gunakan untuk menggambarkan betapa akhlak golongan muda di Negara kita berada di ambang kemerosotan. Kes-kes vandalisme, penagihan dadah, seks luar nikah dan juvana juga seolah-olah telah menjadi lumrah marcapada ini. Inilah yang amat membimbangkan saya, dan saya rasa kita perlu melakukan satu anjakan paradigma. Itu sahaja saudari pengerusi.

PENGERUSI Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa, akhlak remaja pada hari ini semakin membimbangkan. Apa puncanya? Mungkin panel kedua kita ada jawapannya. Silakan saudara Firhan.

PANEL KEDUA Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Bismillahirrahmanirrahim. Baiklah saudari pengerusi, rakan rakan panel dan sekalian hadirin. Saya cerakinkan punca masalah sosial hari ini kepada tiga komponen utama iaitu perasaan ingin mencuba, pengaruh media massa dan pengaruh rakan sebaya. Kita harus faham bahawa pada peringkat usia ini, remaja mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut yang jelasnya berlanggar dengan etika sosial di Negara kita. Sebenarnya saudari pengerusi, perasaan ingin tahu atau inkuiri ini adalah amat bagus namun timbul masalah apabila remaja bergaul dengan rakan-rakan yang rosak akhlaknya. Mereka inilah yang mengajak kea rah negatif. Apatah lagi, media pada hari ini seolah-olah semakin ketandusan nilai ilmiah dan sahsiah. Tamakkan keuntungan menjadi punca mereka menyiarkan filem-filem yang mengandungi adegan berunsur keganasan serta lucah.

PENGERUSI Ya benar, saya bersetuju dengan pendapat saudara itu. Namun, kata orang bapa borek, anak rintik. Remaja yang terbabit dengan masalah sosial dikatakan berasal daripada keluarga yang berpecah belah. Benarkah itu saudari panel yang ketiga?

PANEL KETIGA Bismillah... Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini. Saya bersetuju sepenuhnya dengan bicara saudari sebentar tadi, dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Ibu bapa juga tidak mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka kerana terlalu sibuk dengan tuntutan kerjaya. Pendidikan agama juga diambil mudah dan natijahnya remaja tiada sebarang panduan untuk meneruskan kehidupan sebagai mana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan) PENGERUSI Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang ketiga. Memang tidak dapat disangkal lagi, semua pihak harus bekerjasama bagi mengatasi gejala sosial remaja pada masa kini bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Tetapi saya ingin bertanya secara ringkas tentang pendapat ahli panel kita pada hari ini, apakah langkah terbaik yang wajar kita lakukan. Saya persilakan saudara panel kita yang pertama untuk memberikan sedikit ulasan. PANEL 1 Terima kasih kepada pengerusi atas persoalan yang diujarkan. Pada pandangan saya, pihak yang menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pelajar ialah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Hal ini disebabkan, dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain. Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur. Oleh itu, adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa. InsyaAllah, sekiranya ahli-ahli PRS menerima latihan secukupnya dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah, insya-Allah, masalah disiplin ini akan dapat diatasi. Wallahualam. PENGERUSI Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel kita sebentar tadi. Diharapkan ianya dapat dijadikan pegangan dan panduan oleh golongan ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak remaja kita menjadi insan yang berilmu dan beragama, insya-Allah. Sekarang kita perdengarkan pula pendapat daripada panel kita yang kedua, secara ringkas tentang penyelesaian gejala sosial ini.

PANEL 2 Terima kasih saudari pengerusi yang tidak kurang petah bicaranya. Pada saya, saya amat bersetuju dengan pandangan panel kita yang ketiga sebentar tadi. Lantas saya ingin mencadangkan supaya ibu bapa memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anakanak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu perlu untuk ibu bapa menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Justeru, Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak agar anak-anak tidak kehilangan arah dan menjadi insan yang berilmu dan beragama, penyumbang kepada kemantapan ummah seantero dunia, insya-Allah.

PENGERUSI Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel kedua kita sebentar tadi. Seterusnya persoalan terakhir untuk panel kita yang ketiga, masih berlegar dalam persoalan yang sama iaitu apakah langkah yang berkesan untuk menangani gejala ini?

PANEL 3 Terima kasih kepada saudari pengerusi yang sentiasa aktif menanyakan banyak persoalan intelek. Baiklah, untuk menjawab persoalan ini, pada saya setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembeleng tenaga. Untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari, setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan menjadi lebih mudah. Apa yang kita mahukan di sini ialah masjid-masjid dan surau-surau menjadi perantara kepada mesej yang hendak disampaikan oleh kerajaan negeri dalam mengubati penyakit ini serta kaedah rawatan yang perlu diambil dan seterusnya kaedah pencegahannya. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri.

PENGERUSI Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.Kesimpulannya perkara yang berkaitan dengan masalah ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang patut kita pandang remeh. Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam membendung kemelut ini daripada terus menjadi barah. Sebelum kita menuding jari kepada mana-mana pihak, elok kita renung-renungkan sejenak. Lautan Itu Dunia, Bahtera Itu Kita, Kemudi Itu Agama, Peliharalah Bahtera Daripada Karam Di Lautan Dunia Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi: Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri. Wallahualam Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia. Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh

WAHAI AHLI FORUM Hamba mintak maap sebab x dapat hadir. Bukannya apa, kerajinan anda semua waktu latihan menyebabkan hamba terpaksa bersengkang mata menyiapkan teks ini dan natijahnya homeworks hamba x siap. Oleh itu, hamba tidak dapat hadir pada hari ini kerana bimbang didenda. Tuan-tuan hamba sekalian berlatihlah sesama anda, 2.15 ptang nnti cikgu Azura akan hadir utk menyaksikan anda berlatih. Usah risaukan hamba, insyaAllah, hamba akan hapai di rumah. Dan jika tuan-tuan hamba tidak keberatan, molek kiranya pukul 4 ptang sabtu dan ahad nanti bertandanglah ke rumah hamba untuk kita berlatih bersama. Namun, ini semua tertakluk pada budi bicara anda serta cikgu Azura. Tolong pohon kemaafan juga dari cikgu Azura atas kegagalan hamba hadir pada hari ini. Dan seandainya kegagalan hamba hadir ini menimbulkan kesulitan pada pihak tuan-tuan hamba, hamba redha jika suliana mengantikan hamba. Sesungguhnya hampa memang tidak sempat menyiapkan homeworks kerana teks ini sahaja memerlukan banyak rujukan yang mana anda telah cari namun anda tidak serahkan pada hamba menyebabkan hamba terpaksa mencari semula. Sekian sahaja. Peace semua. Firhan, hamba amanahkan perjalanan pasukan forum SMK Kubor Panjang pada hari ini kepada tuan hamba. Tuan hamba adalah orang kepercayaan hamba. Moga kepercayaan ini tidak dipersia. Hubungi hamba di 01119134557 atau 047848599

You might also like