You are on page 1of 61

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)

________________________________________________________________________
1.0 Pengenalan

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dalam keadaan yang


agak istimewa. Dalam manifesto pilihan raya umum tahun1955, Perikatan telah
berjanji untuk berusaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam
tempoh singkat, iaitu dua tahun lebih awal. Di antara faktor yang mungkin boleh
menjelaskan mengapa usaha mencapai kemerdekaan dapat dipercepatkan ialah
kesanggupan ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu bertolak ansur dan
bekerjasama dalam sebuah parti politik bagi menyelesaikan pelbagai masalah
yang timbul, sebelum memulakan usaha ke arah kemerdekaan. Kerajaan British
meletakkan syarat bahawa ketiga-tiga kaum terbesar boleh bertolak ansur dan
bekerjasama dalam bidang politik, barulah mereka bersediamerundingkan soal
keerdekaan. Syarat ini dikenakan dengan alasan untuk mengelakkan berlakunya
kekacauan dan pertelingkahan antara kaum ketika rundingan kemerdekaan
sedang diusahakan.Akhirnya ‘tolak ansur tersebut unsur tradisi yang dimasukkan
dalam Perlembagaan.

Pilihanraya Umum 1969 adalah pilihanraya yang melakar sejarah


tersendiri dalam sejarah negara ini. Keputusan pilihanraya tahun 1969 ini
menimbulkan kemegahan parti-parti pembangkang yang menang besar,
sehingga mendorong mereka untuk meraikan kemenangan. Namun, perlakuan
mereka yang menyentuh isu-isu sensitif dalam meraikan kemenangan ini telah
menimbulkan sentimen perkauman, yang akhirnya mencetuskan tragedi
berdarah 13 Mei. Ekoran daripada peristiwa itu, kerajaan telah mengambil
beberapa langkah perpaduan bagi mengelakkan tragedi seperti itu tidak berulang
kembali.

Senario politik di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1969 hingga 1979
tidak lari daripada pergolakan. Berbagai-bagai konflik wujud di antara parti-parti
yang masing-masing cuba mempertahankan kedudukan dan mendapatkan
sokongan daripada rakyat.

1
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________

2.0 Pilihan Raya Umum Malaysia 1969

Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 merupakan pilihan raya umum yang ke-3
diadakan. Di Semenanjung Malaysia pilihan raya diadakan pada 10 Mei 1969 dan
kemudian di Malaysia Timur iaitu pada bulan yang sama. Oleh sebab Sabah dan
Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum pada tahun 1964, pilihan raya ini
merupakan kali pertama kedua-dua negeri Malaysia Timur ini menyertai pilihan raya
umum. Dengan penyertaan Sabah dan Sarawak, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat
ditambah dari 104 kerusi sehingga 144 kerusi, iaitu satu kenaikan 38.5%.

Antara parti yang mengambil bahagian ialah parti Perikatan yang dianggotai oleh
UMNO,MCA dan MIC. Parti Perikatan ialah sebuah parti politik Malaysia yang dimulakan
oleh orang Melayu yang bersatu di bawah presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra,
untuk satu tujuan, iaitu berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada
penjajah British untuk Tanah Melayu. Kaum Melayu menyedari bahawa mereka
memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk mengatasi sengsara mereka dan
dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11 Mei 1946. Kaum lain juga berpendapat
sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan Persatuan Cina
Malaysia (MCA) yang diterajui oleh Tunku and Tun Tan Cheng Lock ditubuhkan.
Pertubuhan memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis
Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang
menyakinkan.1

Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini


menarik Kongres India Se-Malaysia (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini
kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27 Julai 1955 dan memenangi
51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan
keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul
Rahman sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet
11
Mohd Idris Salleh e.all. (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi : Utusan Publication
Sdn.Bhd. hlm 105

2
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan
percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and Tun
Sambanthan.Kaum Cina dan India, bergabung dengan orang Melayu untuk tujuan yang
sama. Gabungan parti itu menggunakan lambang "Kapal Layar". Parti ini berjaya untuk
memperoleh pemerintahan sendiri daripada pihak British dan menjalankan pemerintahan
demokrasi sehingga hari ini. Parti ini juga berjaya memperoleh kemerdekaan daripada
pihak British untuk Sabah dan Sarawak. Parti Perikatan inilah yang merupakan sebuah
parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya yang kuat, berjaya,
dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri.

Selain itu parti Perikatan, parti pembangkang iaitu Parti Tindakan Demokratik
Rakyat (DAP) turut mengambil bahagian dalam pilihanraya ini. DAP adalah anak atau
serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew
yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di
Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura
berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9
September 1965, tahun yang sama. Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang
ditingalkkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan
Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama
yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama
baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966, Surat dari Pendafar
Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras
dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan. Pada 19 Mac 1966
pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali
menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha
mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia. Sebelum pendaftaran DAP
diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan
kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen
Man Hin selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan
menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.

Di samping itu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) juga turut mengambil bahagian
dalam pilihanraya ini. PAS adalah merupakan parti pembangkang yang tertua sekali.

3
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
Parti ini bukan sahaja Parti Islam tetapi juga Parti Perkauman Melayu dan menentang
hebat orang-orang Cina.2PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah
satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang
ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada
tahun 1948. Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat
Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan
sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat
Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu
mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran
dan Sunnah.

Parti pembangkang lain yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).Gerakan telah ditubuhkan dalam tahun 1968
sebagai sebuah parti yang bukan perkauman oleh beberapa orang cendiakawan,
termasuk juga ahli-ahli politik lain, yang turut serta daripada Parti Demokratik Bersatu
(UDP).UDP telah dimansuhkan dalam tahun 1968 dan parti itu telah menyokong Parti
Gerakan yang baru ditubuhkan itu. Gerakan juga disertai oleh mereka yang
menyeberangi dari Parti Buruh Malaya (Labour Party of Malaya) (LPM)3. Adalah suatu
perkara yang menarik perhatian bahawa UDP telah ditubuhkan dalam tahun 1962 oleh
Dr.Lim Chong Eu, seorang Doktor Perubatan Swasta dan bekas Yang dipertua MCA.
Beliau telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.4 Penaja-penaja yang utama dalam
Gerakan adalah Profesor Syed Hussein Al-Atas, Profesor Pengajian Melayu, Universiti
Singapura, seorang cendiakawan Melayu dari Johor yang telah menerima pendidikan
Belanda dan beliau telah menerima pendidikan Belanda dan beliau telah menjadi
Pengerusi Parti itu; Profesor Wang Gungwu, bekas Professor Sejarah, Universiti Melaya;
Dr. Lim Chong Eu; dan Dr.Tan Chee Koon,bekas pemimpin LPM.

Selain itu, parti pembangkang lain yang mengambil bahagian ialah Parti Progresif
Rakyat (PPR) .Pengaruh Parti Progresif Rakyat (PPR) adalah tertumpu di Perak. Parti itu
telah ditubuhkan untuk memperjuangkan hak orang-orang Cina, di bawah pimpinan dua

2
Leon Comber : Terjemahan Omardin Ashaari., Peristiwa 13 Mei : Sejarah Perhubungan Melayu – Cina,
Petaling Jaya (1985). hlm 82
3
Ibid. hlm 82
4
Ibid. hlm 82

4
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
orang peguam adik-beradik daripada bangsa Ceylon-Tamil. Salah seorang daripada
mereka telah meninggal dunia sebelum pilihanraya tahun 1969. Cogankata
pilihanrayanya adalah ‘Malaysia untuk Rakyat Malaysia’. Dalam masa pilihanraya yang
pertama dalam tahun 1955, Parti itu telah menyokong hak istimewa orang-orang Melayu
dan pendirian Perikatan tentang bahasa dan soal-soal pelajaran. Bagaimanapun,selepas
kemerdekaan, sikap Parti itu telah berubah sama sekali dengan menyusun semula
dasarnya, dengan menentang hak-hak istimewa orang-orang Melayu. Parti ini secara
terang-terang memperjuangkan dasar berbagai-bagai bahasa dan untuk mendapatkan
pengikhtirafan rasmi akan Bahasa Cina dan Tamil. Parti itu juga lebih menonjolkan
sikapnya menyokong Cina daripada DAP. Walaupun Yang Dipertuanya bukan orang Cina
tetapi kebanyakan daripada penyokongnya adalah orang-orang Cina.

Di samping itu, parti Rakyat dan calon bebas juga turut serta bertanding
bersama parti perikatan (UMNO, MCA, dan MIC), Parti Tindakan Demokratik Malaysia
(DAP), Parti Progresif Rakyat (PPR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan Parti Gerakan
Rakyat Malaysia (Gerakan) dalam pilihanraya umum Malaysia pada tahun 1969.

2.1 Manifesto Parti Perikatan

Semasa kempen pilihan raya diadakan pucuk pimpinan Perikatan telah tidak mempunyai
sebarang formula baru untuk berjuang dalam pilihanraya itu serta menetang ancaman
yang dibuat oleh Parti Pembangkang. Parti-parti Pembangkang itu adalah terdiri
daripada Parti Islam Semalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Gerakan
Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Progresif Rakyat (PPR).

Dalam pilihanraya ini, Perikatan telah menggunakan manifesto yang lebih


merupakan penyata kerajaan. Sungguhpun manifesto itu tegas, berpatutan tetapi
penyata itu tidak banyak mengandungi pengertian yang besar. Manifesto itu memberi
ringkasan tentang kejayaan Perikatan dalam masa beberapa tahun ia berkuasa, dengan
menumpukan perhatian terhadap ‘kemajuan ekonomi’, ‘pertahanan’, ‘keselamatan’, ‘hal
ehwal luar’, dan ‘perpaduan kaum’.

Mengenai perhubungan kaum Melayu dan Cina pula, bahagian ini yang amat
penting itu adalah merupakan perkara yang akhir sekali dinyatakan. Manifesto itu

5
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
menyatakan bahawa ‘Suasana keadaan sejarah telah merenggangkan hubungan antara
kaum dan memisahkan mereka dari segi ekonomi. Kebanyakan penduduk luar bandar
adalah orang-orang Melayu dan mereka menjalankan hidup dengan cara ekonomi
secukup sahaja.’ Adalah disahkan bahawa kedudukan orang-orang yang tidak berada
(orang-orang Melayu) mestilah disamaratakan dengan taraf ekonomi orang-orang yang
berada (orang-orang Cina), sungguhpun dasar ini tidak bertujuan untuk merampas hak
sesiapapun untuk maju ke depan. Manifesto ini telah menuntut bahawa tiada sebuah
parti pembangkang pun yang telah membuktikan kebolehannya untuk memenuhi
keperluan masyarakat majmuk Malaysia. Jika bukan Perikatan yang memerintah, proses
perpecahan kaum dan malapetaka yang tidak dapat dibayangkan akan berlaku.5

Perikatan memberi tekanan yang berat dalam mengekalkan hak keistimewaan


orang-orang Melayu dalam kempen pilihanraya. Dalam siaran Radio Malaysia pada 9
Mei, Tunku sekali lagi telah menegaskan tentang pembahagian kuasa antara orang-
orang Melayu dan Cina. ‘Orang-orang Melayu memperolehi kuasa politik,’ kata beliau.
‘Orang-orang Cina dan India telah mendapat ekonomi. Dengan adanya baik sangka dan
persefahaman antara kedua belah pihak itu akan berjaya mengwujudkan keamanan dan
harmoni, dan ini akan membawa kemakmuran kepada negara.’6

2.2 Manifesto Parti-Parti Pembangkang

Segala yang berhubung dengan UMNO, musuh utamanya adalah PAS. PAS pula
membangkitkan isu bahasa, pendidikan dan kedudukan ekonomi orang Melayu yang
mundur walaupun sudah 12 tahun mencapai kemerdekaan dan orang Melayu pula
dikatakan ada hak istmewa.UMNO di anggap terlalu tunduk dan sering mengalah
dengan tuntutan parti komponen lain dalam Perikatan khususnya MCA sehingga
mengadaikan kepentingan orang Melayu. Pas mendesak agar memperketatkan
penggunaan serta merta bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
tunggal dan menghadkan jawatan Menteri Besar, Gabenor dan ketua turus angkatan
tentera kepada orang Melayu sahaja. Dari segi pendidikan pula, masih wujud lagi
perbezaan aliran dari segi guru-guru,buku,dan lain-lain lagi mengikut negara asal. Orang

5
Ibid. hlm 80
6
Ibid. hlm 80

6
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
Melayu juga dianggap terlalu jauh ketinggalan dari segi pendidikan berbanding dengan
bangsa-bangsa lain.

Parti itu berjanji bahawa jika ia berjaya ia akan mewujudkan sebuah negara
Islam di Malaysia, serta meminda Perlembagaan agar lebih berbentuk Melayu daripada
bercorak Malaysia. Pendiriannya adalah dibayangkan dengan nyata dalam
cogankatanya: bangsa, agama dan Tanah Melayu. Tumpuan kuasa utamanya adalah
Kelantan tetapi parti itu mempunyai tidak kurang juga pengikutnya di Terengganu,
Perlis, Kedah termasuk juga utara Pulau Pinang. Kebanyakan penduduk di negeri-negeri
tersebut adalah orang-orang Melayu.Parti itu telah juga menuduh UMNO menyokong
dan menjual negara ini daripada orang-orang Melayu kepada orang Cina.

Pengaruhnya tidak berapa kuat di negeri Pantai Barat Semenanjung. Di negeri ini
lebih ramai penduduk bukan Melayu dan negeri itu lebih terdedah kepada gaya hidup
moden dan dipengaruhi dengan kemajuan ekonomi Barat.7

UMNO telah mengatasi perkara ini dengan mengatakan bahawa PAS mempunyai
hubungan dengan Parti Komunis Malaya di selatan Negeri Thai. Ini merupakan suatu
perkara yang meresap dalam hati sanubari mereka, oleh kerana ia sentiasa diingati
bahawa MCP mempunyai ahli yang kebanyakannya adalah orang-orang Cina. UMNO
telah juga menegaskan bahawa PAS telah tidak berbuat apa-apa jua untuk kemajuan
ekoomi Kelantan, sungguhpun parti itu telah menguasai Kerajaan Negeri semenjak
tahun 1959. UMNO telah menawarkan bantuan kewangan yang banyak untuk
pembangunan Kelantan (ini dianggap sebagai menangguk di air keruh oleh Yang
Dipertua PAS), jika Parti itu mendapat undi yang banyak dalam pilihanraya.8 Dua lagi
tuduhan telah dibuat terhadap PAS untuk mencemarkan nama baiknya di mata orang-
orang Melayu. Pertamanya parti itu telah dituduh mempunyai persefahaman dalam
pilihanraya dengan DAP. Dari segi teorinya, Parti itu bukannya perkauman, tetapi dari
segi kacamata orang-orang Melayu, ia adalah parti orang-orang Cina dengan hubungan
dengan PAP di Singapura. Keduanya, Tunku menuntut bahawa Parti itu telah menerima
bantuan kewangan daripada PAP di Singapura melalui DAP.

7
Ibid. hlm 81
8
Ibid. hlm 81

7
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
Tuduhan ini dianggap begitu serius oleh Kerajaan Singapura, dan perkara itu
telah dinafikan oleh Menteri Luar Singapura.PAS dan DAP telah menuduh pula bahawa
Perikatan telah menerima bantuan wang daripada CIA. Tunku menafikan serta merta
dengan bersumpah dengan Quran dalam masjid.

Manakala bagi parti DAP pula telah dianggap ancaman besar kepada MCA.
Sungguhpun DAP menuntut bahawa ia bukannya sebuah parti perkauman, tetapi ia
dikuasai oleh orang-orang Cina. Parti itu telah menuduh bahawa MCA telah
menyerahkan hak orang Cina kepada UMNO dalam Perikatan. Perjuangan DAP adalah
berdasarkan ‘Prinsip Perisytiharaan Setapak’, dan ini telah diisytiharkan oleh
Jawatankuasa Cawangan Setapak,dekat Kuala Lumpur pada 19 Julai 1967. Secara
ringkasnya, Parti itu menentang perbezaan kaum serta menyokong konsep perjuangan
DAP ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia’. Parti itu telah berpendapat bahawa Malaysia akan
wujud sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, bahasa, masyarakat dan agama.9
Manifesto pilihanrayanya ialah ‘Menuju Arah Malaysia untuk rakyat Malaysia.’ Perikatan
telah menuduhnya sebagai sebuah Parti perkauman yang menentang Melayu, hak
istimewa orang Melayu dan memperjuangkan PAP.

Parti Progresif Rakyat (PPR) juga turut sama dengan DAP dalam menyokong
konsep ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia’. Menurut parti ini, Malaysia seolah-olah untuk
orang Melayu sahaja apabila termaktub hak istimewa orang Melayu dalam
Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya orang bukan Melayu dianggap sebagai warga
kelas kedua. Parti ini telah menuduh MCA yang mewakili orang Cina dianggap parti
taukeh yang gagal menjaga kepentingan orang Cina secara keseluruhannya.

Gerakan pula telah berkempen dengan cogankata: ‘Persamaan Hak, Keadilan


dan Persamaan Peluang Untuk Semua : Tujuan Kami.10Antara tujuannya ialah untuk
mengurangkan dua pertiga suara terbanyak di Parlimen supaya Perikatan ‘tidak akan
dapat mengubah-ubah lagi hak-hak dan jaminan hidup kita dalam Perlembagaan’.
Gerakan telah menentang juga rasuah. Pada masa itu rasuah merupakan masalah yang
besar di Malaysia. Professor Al-Atas, sebenarnya telah menulis sebuah buku tentang

9
Ibid. hlm 82
10
Ibid. hlm 84

8
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
perkara itu.11 Sungguhpun Parti itu menerima taraf dan dasar Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan sebagaimana tercatat dalam Perlembagaan, tetapi Gerakan lebih
suka dalam menggunakan semua bahasa serta menyokong kuat penubuhan Universiti
Kebangsaan dan Universiti Merdeka. Bahasa-bahasa Melayu, Cina dan Tamil boleh
dipelajari sehingga peringkat universiti. Parti ini mahukan juga sekolah menengah Cina
dan Tamil dikekalkan. Gerakan memperjuangkan untuk mewujudkan masyarakat
Malaysia yang bersatupadu dengan mempunyai pandangan dan matlamat yang sama.12

2.3 Pakatan Pembangkang 1969

DAP lebih bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Dr
Chen Man Hin dan lain-lain pemimpin setuju bekerjasama dengan parti-parti lain untuk
membina pakatan bagi menghadapi Perikatan . DAP telah bekerjasama dengan secara
langsung dan tidak langsung dengan parti Gerakan , Parti Progresif Rakyat dan PAS
tentang pembahagian kerusi semasa pilihan raya 1969. Prinsip yang dipakai ialah hanya
satu calon pembangkang berlawan dengan Perikatan. Dato Mohd Ari selalu Presiden PAS
bersedia bekerjasama dengan DAP ini tindakan ini mengejutkan tokoh-tokoh politik.

2.4 Keputusan Pilihan Raya

11
Ibid. hlm 84

9
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________

Gambar 1: Siswa ITM membantu proses pengiraan undi di Universiti Malaya


pada tahun 1969.(Berita Harian)

Pembuangan undi telah diadakan pada 10 Mei 1969. Keputusan pilihanraya itu
telah tidak memuaskan hati pihak Perikatan. Di peringkat Parlimen, Perikatan telah
memenangi 66 buah kerusi dan sepuluh daripada calonnya telah berjaya tanpa
bertanding di Sabah. Perikatan sudah pasti memperoleh suara terbanyak dalam Dewan
Rakyat yang mempunyai 144 ahli itu. Keputusan pilihanraya di Malaysia Timur telah
dilambatkan dan tidak diadakan pada masa yang sama sebagaimana Semenanjung
Malaysia. Pilihanraya di Malaysia Timur itu akan menentukan sama ada ia akan masih
dapat mengekalkan dua pertiga suara terbanyak di Parlimen. Tanpa kemenangan dua
pertiga, Perikatan akan tiada mempunyai kuasa untuk meminda Perlembagaan,
melainkan ia berjaya mendapatkan sokongan beberapa orang ahli pembangkang.13

Keputusan itu bermakna bahawa Perikatan telah memenangi 23 buah kerusi


kurang daripada piihanraya tahun 1964. Dengan perkataan-perkataan lain, Perikatan
telah kalah 25.84 peratus daripada kerusi yang dahulunya parti itu pegangi. MCA telah
kalah teruk sekali. Parti itu telah memenangi Cuma 13 buah kerusi daripada 33 buah
kerusi yang telah ditandingi. Lagipun 3 buah kerusi telah tidak ditandingi. Tiga telah
dimenangi di kawasan pilihanraya yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada
orang-orang Melayu. MIC telah memenangi dua daripada tiga buah kerusi yang telah
ditandinginya itu. Dalam tahun 1964, parti itu telah memenangi tiga buah kerusi. UMNO
yang merupakan parti yang mewujudkan Perikatan itu, telah memenangi 51 buah kerusi

13
Ibid. hlm 85

10
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
daripada 67 buah kerusi yang telah ditandinginya. Dengan perkataan-perkataan lain,
Parti itu telah memenangi 8 buah kerusi kurang daripada pilihanraya tahun 1964.

Perubahan yang ketara sekali telah berlaku dalam Perikatan dalam pilihanraya di
peringkat negeri. Di Malaysia, pilihanraya negeri telah diadakan pada masa yang sama
sebagaimana pilihanraya peringkat persekutuan.(lihat lampiran di belakang).14 Pulau
Pinang telah kalah kepada Gerakan. Cuma empat orang calon daripada 24 orang calon
UMNO sahaja yang telah menang dalam pilihanraya itu. Gerakan telah memenangi 16
buah kerusi, DAP tiga dan sebuah kerusi lagi dimenangi oleh parti pembangkang.
Kelantan telah dimenangi oleh PAS dan ini telah mengejutkan UMNO kerana parti itu
telah merancang untuk mengalahkan parti lawan dengan teruknya. Gerakan dan DAP
telah berjaya dengan cemerlang di Selangor dengan kekalahan di pihak Perikatan.Ini
adalah nyata sekali bukan sahaja di ibukota Kuala Lumpur, tetapi juga Selangor. Di
Selangor, puak pembangkang memenangi separuh daripada 28 buah kerusi ( DAP
sembilan, Gerakan empat, Bebas satu ), dan di Perak, Perikatan telah berjuang bermati-
matian untuk mengekalkan kuasa. Perikatan telah memenangi hanya 19 buah kerusi
daripada 40 buah kerusi. (PPR 12, DAP 6, GERAKAN 2, PAS 1).

Gambar 2: Syed Hussein Alatas (kiri) dan Lim Chong Eu (kanan) diangkat
ketika meraikan kemenangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang amat besar
dalam pilihan raya umum 1969.

14
Ibid. hlm 85

11
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada
jumlah undi, serta 49 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP, dan Parti
Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS
menang 12 kerusi. Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP
mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di ibu negara, Kuala Lumpur pada 12
Mei tetapi perhimpunan itu menjadi hiruk-pikuk, dengan ahli-ahli menjerit julukan-
julukan perkauman terhadap orang-orang Melayu yang berada di tempat perhimpunan
ini. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi
perhimpunan ini kemudian merosot menjadi rusuhan besar-besaran. Rusuhan ini kini
dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei.

3.0 PERISTIWA 13 MEI 1969

Tragedi 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 merupakan satu titik hitam dalam
sejarah negara ini, dan hampir-hampir menghancurkan keutuhan negara. Tragedi 13
Mei ini ialah rusuhan kaum dan merupakan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
Tragedi ini adalah ekoran daripada pilihan raya kebangsaan yang telah berlangsung
pada 10 Mei 1969. Sebenarnya hubungan aman dan semangat perpaduan di antara
pelbagai kaum belum utuh pada tahun-tahun awal selepas kemerdekaan. Hal ini adalah
disebabkan oleh dasar pecah dan perintah serta pengenalan kaum mengikut kegiatan
ekonomi semasa zaman penjajahan British. Selain itu, ia juga berpunca daripada jalinan
tekanan sejarah yang menyelubungi negara, serta jurang generasi dan interpretasi yang
berbeza-beza terhadap struktur perlembagaan Negara.

3.1 Faktor-faktor yang mencetuskan Peristiwa 13 Mei

Pada hakikatnya, dapat dikatakan bahawa huru-hara yang telah


menggoncangkan Kuala Lumpur telah meletus disebabkan oleh keputusan pilihan raya
umum 1969. Bagaimanapun, sebab yang utama adalah lebih besar daripada itu. Faktor
yang mencetuskan tragedi ini boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu faktor politik,

12
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
ekonomi, dan sosial.15 Politik merupakan faktor utama yang menyebabkan tercetusnya
peristiwa 13 Mei ini. Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi telah menjadi tema
utama sepanjang kempen pilihan pilihan raya 1969. Hal ini telah mewujudkan sentimen
perkauman di Tanah Melayu pada waktu itu. Sepanjang tempoh berkempen, calon-
calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya dari parti-parti pembangkang
seperti Parti Gerakan dan DAP telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
bumiputera, dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Matlamat utama mereka ialah
untuk menang dalam pilihan raya dan berkuasa dalam parlimen. Hal ini telah
menimbulkan kegelisahan, syak wasangka, dan menebalkan perasaan tidak puas hati
rakyat berbagai kaum di negara ini. Ucapan yang dibuat dalam kempen plihan raya telah
dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan perasaan kaum lain.
Apabila isu sensitif dan perkauman dibangkitkan serta diapi-apikan, perasaan tidak puas
hati sekali lagi timbul.

Di samping itu, perarakan kemenangan yang dilakukan oleh pihak pembangkang


juga telah menjadi salah satu faktor penyumbang berlakunya peristiwa 13 Mei. Parti
Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC telah mengalami kekalahan yang
teruk dalam pilihan raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat
(Parlimen) telah menurun darpada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada
16
tahun 1969. Walaupun pada peringkat persekutuan Parti Perikatan masih boleh
menubuhkan kerajaan dan terus memerintah, tetapi undi dan kerusi yang diperolehi
pada keseluruhannya telah merosot. Hal ini telah membangkitkan semangat dan
kegembiraan pihak parti pembangkang seperti DAP dan Gerakan. Sebagai menyambut
kemenangan tersebut, DAP dan Gerakan telah mengadakan beberapa siri perarakan
kemenangan.17 Perarakan tersebut bukan sahaja dianjurkan untuk merayakan
kemenangan, tetapi ada yang mengambil kesempatan ini untuk merendah dan
menghina orang Melayu. Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihan
Raya Umum 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti GERAKAN telah menang besar di

15
Mohamad Idris Salleh, (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi: Utusan Publication
Sdn. Bhd, hlm 123.
16
Ibid, hlm 124
17
Ibid, hlm 124

13
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
kawasan Batu, Selangor. Beliau meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan
kemenangan parti tersebut. Polis telah memberikan kebenaran kepada mereka untuk
melakukan perarakan, kerana menganggap bahawa perarakan yang dilakukan hanyalah
perarakan untuk meraikan kejayaan mereka. Perarakan tersebut menyebabkan
kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Dikatakan bahawa kaum Cina yang
menang berarak dengan mengikat penyapu pada kenderaan mereka sebagai lambang
kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan menghina
Melayu. Dalam masyarakat Melayu, penyapu membawa konotasi yang negatif (sial).
Perarakan yang membakar semangat perkauman inilah yang menjadi punca tercetusnya
tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Faktor ekonomi juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan tercetusnya
peristiwa 13 Mei. Semasa pendudukan British di Tanah Melayu, kerajaan British telah
menjalankan dasar pecah dan perintah, iaitu pengasingan dan pengenalan kaum
mengikut aktiviti ekonomi. Di bawah dasar ini, orang Melayu ditempatkan di kawasan
luar bandar dan menjalankan kegiatan pertanian. Manakala imigran Cina telah
ditempatkan di kawasan bandar dengan menjalankan kegiatan perdagangan dan
perlombongan. Bagi imigran India pula, mereka ditempatkan di kawasan ladang getah.
Dasar ini telah mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.
Keadaan ekonomi dan demografi penduduk di Tanah Melayu ini telah menunjukkan
bahawa majoriti penduduk Melayu berpendapatan rendah dan hidup dalam kemiskinan.
Kaum Cina pula kebanyakannya hidup senang dan mewah.18 Kesan daripada dasar ini
masih jelas kelihatan pada tahun-tahun awal selepas kemerdekaan. Keadaan ini telah
melahirkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu. Mereka merasakan bahawa
ekonomi Tanah Melayu telah dikuasai oleh imigran asing, manakala orang Melayu
sendiri jauh ketinggalan di belakang.

Pihak kerajaan telah mengambil langkah positif untuk menghapuskan


ketidakseimbangan ekonomi tersebut. Langkah-langkah tersebut termasuklah
penubuhan badan-badan seperti FELDA, MARA dan FAMA. Melalui badan-badan ini,
kerajaan membuka tanah baru, membina rumah, dan menyediakan pasaran untuk

18
Ibid, hlm 125

14
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
orang Melayu. Walau bagaimanapun, langkah kerajaan untuk membantu orang Melayu
ini telah mewujudkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang Cina. Mereka
menganggap langkah kerajaan ini seolah-olah telah menggugat kedudukan ekonomi
kaum Cina. Perasaan syak wasangka dan tidak puas hati tersebutlah yang menjadi salah
satu faktor utama tercetusnya tragedi 13 Mei ini.19

Faktor sosial juga menjadi salah satu faktor yang mencetuskan tragedi 13 Mei.
Hubungan antara kaum Cina dan Melayu bertambah buruk dengan wujudnya isu
kerakyatan. Kelonggaran kerakyatan yang diberikan kepada imigran asing berdasarkan
prinsip jus soli telah membimbnagkan orang Melayu. Pemberian taraf kewarganegaraan
dibuat berdasarkan perkara-perkara seperti berikut:
a) Mereka yang telah menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka.
b) Semua orang yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu pada atau
selepas Hari Merdeka.
c) Mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di Persekutuan dan
telah bermastautin di Tanah Melayu selama lima daripada tujuh tahun yang
terdahulu boleh memohon kewarganegaraan, jika mereka boleh bertutur
dalam Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.
d) Mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di luar persekutuan,
tetapi telah bermastautin selama lapan tahun daripada 12 tahun yang
terdahulu boleh memohon dengan syarat mereka boleh bertutur Bahasa
Melayu dan mengangkat sumpah taat setia. Bagi tahun pertama selepas
merdeka, mereka yang berumur 45 tahun ke atas dikecualikan daripada ujian
bahasa.
Sebenarnya pemberian taraf kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli ini, adalah
berdasarkan kepada Memorandum Perikatan yang mencerminkan tolak ansur yang
dicapai di antara ketiga-tiga kaum terbesar dalam merangka bentuk dan sistem
pemerintahan di Tanah Melayu. Persetujuan ini dikenali sebagai ‘ Pakatan Murni’ iaitu
tolak ansur yang menyentuh perkara-perkara dasar seperti kerakyatan, kedudukan Raja-
raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, dan kedudukan istimewa orang Melayu.
Perkara penting yang ditekankan dalam ‘pakatan murni’ itu kemudiannya menjadi empat

19
Ibid, hlm 125

15
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
20
unsur tradisi yang dimasukkan dalam perlembagaan. Sebenarnya sebab utama yang
menyebabkan orang Melayu menentang prinsip jus soli ini adalah,mereka menganggap
satu undang-undang yang memberikan hak kerakyatan kepada orang bukan Melayu
akan mendatangkan kesan secara serta merta. Maknanya, Orang bukan Melayu yang
diterima menjadi warganegara boleh menikmati hak dan tanggungjawab sebagai rakyat
secara serta merta. Sebaliknya undang-undang yang mengiktiraf ‘kedudukan istimewa’
orang Melayu dalam bidang perniagaan, peluang bekerja dan kemudahan pelajaran
tidak boleh terhasil dalam jangka masa yang singkat. Pendek kata, faedah daripada
kedudukan istimewa itu tidak dapat dinikmati dengan segera. Perkara inilah yang
sebenarnya menjadi punca ketidakpuasan hati orang Melayu. Selain itu, orang Melayu
juga menganggap bahawa pemberian taraf kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli
bukan sahaja mengecilkan jumlah orang Melayu, tetapi juga mengakibatkan peluang
politik orang Melayu terjejas. Tekanan kebimbangan yang telah dialami oleh orang
Melayu bertambah bersama kebimbangan bahawa orang bukan Melayu semakin maju
ke hadapan. Kaum Melayu berasa hak keistimewaan dan kuasa politik mereka dicabar
oleh kaum pendatang. Di samping itu, mereka juga khuatir kedudukan dan nasib
mereka akan menjadi seperti kaum Red Indian yang terbiar di negara mereka sendiri.

Isu pendidikan juga telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan
penduduk Tanah Melayu. Salah satu intipati Dasar Pelajaran Baru yang telah digubal
ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di
sekolah-sekolah. Kaum Cina telah menentang dengan sekeras-kerasnya dasar ini.
Mereka berpendapat bahawa Bahasa Cina juga patut diakui sebagai bahasa rasmi dan
bahasa pengantar di sekolah. Selain itu, mereka juga menganggap dasar ini sebagai
suatu percubaan untuk menafikan hak generasi mereka terhadap bahasa dan
kebudayaan Cina, selain mengheret mereka untuk mengikut cara hidup orang Melayu.
Orang Cina merasakan mereka juga sepatutnya diberikan hak yang sama dengan orang
Melayu.

Hubungan buruk antara orang Cina dan Melayu juga adalah salah satu faktor
pencetus tragedi berdarah 13 Mei. Hubungan buruk orang Cina dan Melayu ini telah
20
Nazaruddin Mohd. Jalil, (2001), Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Petaling
Jaya:Prentice Hallhlm 145

16
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
bermula sejak zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Hal ini berlaku akibat layanan
diskriminasi Jepun terhadap orang Cina. Layanan istimewa yang diberikan kepada orang
Melayu menambahkan syak wasangka kaum Cina, lantaran orang Cina diseksa dengan
teruknya oleh tentera Jepun. Semasa penjajahan Jepun, Parti Komunis Malaya (PKM)
yang kebanyakannya dianggotai oleh orang Cina telah menentang Jepun dengan
melancarkan Perang Gerila. Bagi menentang serangan PKM ini, Jepun telah
menubuhkan satu pasukan polis yang terdiri daripada orang-orang Melayu. Oleh kerana
kebanyakan ahli PKM adalah orang Cina, maka penentangan polis Melayu ini terhadap
PKM seolah-olah penentangan orang Melayu terhadap orang Cina.21 Selepas kekalahan
Jepun, British telah kembali ke Tanah Melayu. PKM telah diisytiharkan oleh kerajaan
British sebagai sebuah parti yang rasmi kerana membantu British mengalahkan Jepun.
Pengisytiharan tersebut telah menyemarakkan lagi isu perkauman antara kaum Melayu
dan kaum Cina. Kesimpulannya, faktor politik, ekonomi dan sosial yang membangkitkan
rasa tidak puas hati dan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu inilah yang telah
mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei 1969.

3.2 Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969

Tragedi berdarah ini bermula apabila penyokong-penyokong Parti Pembangkang


yang menang mengadakan perarakan kemenangan pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee
Khoon dari Parti Gerakan telah menang Besar di kawasan Batu Selangor. Beliau
meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di
Selangor. Perarakan tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala
Lumpur. Perarakan ini djalankan di Jalan Campbell, Jalan Hale, dan menuju ke Kampung
Baru. Kampung Baru pada waktu itu menjadi kubu kuat parti UMNO, dan diduduki oleh
lebih 30,000 orang Melayu. Rumah Menteri Besar Selangor pada waktu itu, iaitu Dato’
Harun Idris terletak di Kampung Baru. Orang-orang Cina yang berarak pada waktu itu
melemparkan kata-kata kesat, menghina, dan mencaci orang Melayu. Orang Cina yang
berarak dengan lori juga meludah orang-orang Melayu yang berada di tepi jalan.
Penyokong parti-parti pembangkang juga mengadakan perarakan kemenangan melalui

21
Mohamad Idris Salleh (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi: Utusan Publication
Sdn. Bhd, hlm 126.

17
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
kawasan-kawasan kediaman orang Melayu. Perkara ini merupakan satu provokasi
terang-terangan yang mencabar kesabaran orang-orang Melayu. Perbuatan-perbuatan
yang menghina orang Melayu dan kata-kata nista telah dihamburkan seperti ‘Melayu
sudah jatuh, Kuala Lumpur sekarang Cina punya, Kita mahu halau semua orang Melayu’,
dan lan-lain lagi. Mereka bersorak mencabar kuasa orang-orang Melayu dengan
keputusan pilihanraya yang baru diketahui. Tunku Abdul Rahman pernah menulis
bahawa perarakan kemenangan itu telah diadakan secara tidak teratur, dan diikuti
dengan tindakan kasar tanpa mengendahkan arahan polis setelah perarakan raksaksa
itu tamat.22

Gambar 3: Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalan raya


turut berlaku.

Di Jinjang, Kepong seorang cina yang meninggal dunia akibat sakit tua telah
diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Walau bagaimanapun, perarakan
bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. Yeoh
Tech Chye selaku Presiden Gerakan yang menang di Bukit Bintang Kuala Lumpur telah
menyatakan permohonan maaf di atas kebiadapan penyokong parti itu sewaktu
perarakan. Namun demikian, permohonan maaf sudah terlambat kerana kesabaran
orang Melayu telah tercalar.

22
Leon Comber : Terjemahan Omardin Ashaari,(1985) Peristiwa 13 Mei : Sejarah
Perhubungan Melayu – Cina. Petaling Jaya, hlmn 87.

18
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________

Penyokong UMNO telah mengadakan perarakan balas pada 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini berlaku kerana perasaan emosi yang
tinggi dan kurangnya kawalan daripada kedua-dua pihak. Orang Melayu berkumpul di
rumah Menteri Besar di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato’ Harun Idris selaku Menteri
Besar pada waktu itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, orang Melayu
yang berkumpul telah membawa senjata seperti pedang dan parang panjang, dan
bersedia untuk menentang orang Cina.23

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar


dan meluap-luap. Pada jam 3 petang, berita kejadian pembunuhan orang Melayu di
Setapak bertiup kencang. Seterusnya pada jam 4 petang, dua penunggang motosikal
Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung, manakala sebuah van yang
membawa rokok dan pemandu yang berbangsa Cina telah dibunuh. Pemuda-pemuda
Cina yang mendengar cerita pembunuhan ini telah bertindak balas dengan membunuh
orang-orang Melayu. Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau
tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara orang Cina dan Melayu.
Rusuhan kaum telah berlaku dengan rumah-rumah dibakar, kereta-kereta dirampas dan
dibakar serta diterbalikkan di jalan-jalan raya. Suatu kejadian yang tidak pernah berlaku
dalam sejarah Malaysia yang pernah didabik oleh Tunku sebagai negara yang aman,
dan beliau adalah Perdana Menteri yang paling gembira di dunia.24

Bagi mengawal keadaan yang semakin huru-hara, pasukan FRU telah


dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar Rejimen Renjer mengambil alih. Malangnya
pasukan ini yang dipimpin oleh ketua pasukan berbangsa Cina dikatakan menembak
orang-orang Melayu. Hal ini berlaku kerana sentimen perkauman telah semakin
menebal. Orang Cina menganggap orang Melayu sebagai musuh, dan begitu juga
sebaliknya. Situasi ini menyebabkan kemarahan orang-orang Melayu semakin meluap-
luap. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru terus mengamuk

23
Ibid, hlm 87
24
Ibid, hlm 90

19
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
kerana merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen
Renjer. Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru masih terus terbakar.
Kawalan keselamatan diambil alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa orang Askar
Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di
sana.25Berdasarkan kepada situasi ini, didapati bahawa apada masa tersebut, anggota
keselamatan sendiri sudah tidak lagi menjalankan peranan sebenar mereka untuk
menjaga keamanan. Mereka juga telah terlibat secara tidak langsung dalam ketegangan
tersebut, dan sentimen perkauman juga turut menebal dalam jiwa mereka.

Gambar 4: Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung


Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan
disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton berbangsa Cina
keluar dari panggung. Ramai penonton Melayu yang tidak memahami iklan berbahasa
Cina itu, terkepung dan mati kerana ditetak dan terbakar. Akibat daripada tindakan
sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas dengan membunuh orang Cina.
Pertumpahan darah terus berlaku, dan tembak menembak berlaku di antara tentera dan
beberapa orang yang bersenjata. Asap berkepul-kepul naik ke udara daripada
bangunan, kedai-kedai dan pasar-pasar yang terbakar. Jalan-jalan raya juga amat kotor

25
Mohamad Idris Salleh, (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi: Utusan Publication
Sdn. Bhd, hlm 126.

20
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
dengan sampah sarap. ‘Kuala Lumpur telah terbakar’, tulis Tunku Abdul Rahman
tentang huru-hara itu. “Saya dapat melihat dengan jelasnya api menjulang tinggi dari
tempat kediaman saya dia atas bukit. Saya tidak fikir bahawa saya akan melihat
pemandangan seperti itu dalam hayat saya. Sebenarnya, segala usaha yang saya
curahkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan seronok untuk
didiami sejak beberapa tahun ini, dan impian saya juga untuk menjadi Perdana Menteri
paling gembira di dunia telah turut termusnah dalam api itu juga”.

Gambar 5: Gambar Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon


yang menjadi sasaran rusuhan

Ramai daripada penduduk Malaysia yang terdiri daripada golongan tua telah
menyatakan bahawa peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling
dasyat dalam sejarah Malaysia moden. Jumlah korban yang sebenarnya dalam tragedi
berdarah ini tidak pernah diketahui, dan ia menjadi rahsia kerajaan.26 Kebanyakan ahli
sarjana menganggarkan 200 orang meninggal dunia, dan lebih 400 orang mengalami
kecederaan. Walau bagaimanapun, sebuah thesis PhD. daripada Universiti California,
Berkeley menganggarkan seramai 2000 orang kehilangan nyawa dalam peristiwa
tersebut. Sebenarnya, laporan daripada thesis PhD tersebut mungkin boleh diterima. Hal
ini kerana, pertumpahan darah yang sangat dasyat berlaku di hampir segenap ceruk
Kuala Lumpur pada waktu itu. Ramai penduduk Kuala Lumpur pada waktu itu juga

26
Ibid, hlm 126

21
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
menyatakan bahawa Kuala Lumpur telah bermandikan darah. Oleh itu, angka korban
mungkin jauh lebih tinggi daripada jumlah yang dilaporkan.

Bagi mengawal keadaan yang semakin tidak terkawal, DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan darurat dan perintah berkurung
di seluruh negara pada 14 Mei 1969, mengikut Fasa 2 Akta 150 Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan dan Parlimen telah digantung, manakala pilihan raya di Malaysia Timur
telah ditangguhkan sehingga ke tarikh yang belum dapat ditetapkan.
Kesimpulannya, tragedi berdarah 13 Mei harus menjadi iktibar kepada seluruh
rakyat Malaysia. Tragedi ini melagukan pesan bahawa rasa saling hormat-menghormati
dan bertolak ansur di antara kaum merupakan resepi paling penting dalam menjaga
keharmonian negara.

4.0 LANGKAH KE ARAH PERPADUAN NEGARA

Sebaik sahaja darurat diisytiharkan ekoran peristiwa 13 Mei 1969, kemudian pada 16
Mei 1969 parlimen telah digantung dan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah
ditubuhkan.27 Tun Abdul Razak dilantik menjadi pengarah majlis tersebut dan mentadbir
negara di bawah undang-undang darurat. Pada masa itu, Tun Abdul Razak merupakan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia namun beliau dberikan amanah menerajui
kepimpinan MAGERAN. Hal ini adalah disebabkan kepercayaan yang diletakkan
sepenuhnya terhadap beliau oleh Tunku Abdul Rahman kerana sejak pilihan raya 1964,
Tunku telah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri
Malaysia dan menyatakan bahawa Tun Abdul Razak adalah pengganti beliau yang paling
sesuai.28 Justeru, apabila MAGERAN ditubuhkan, ia menjadi titik tolak kepada
kepimpinan Tun Abdul Razak sebelum menjadi Perdana menteri kelak. Tugas utama
MAGERAN adalah mencari punca rusuhan kaum dan mengatur langkah-langkah untuk
mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang kembali. Selain itu, MAGERAN juga mencari
jalan untuk memulihkan pentadbiran negara serta menyemak semula undang-undang

27
Shariff Ahmad (1999). Tun Razak putera Titiwangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors
SDN.BHD, hal. 99.
28
Rozeman Abu Hassan (2003). Tun Abdul Razak Bi Dato’ Hussien. Perak: Universiti Perguruan Sultan
Idris, hal. 33.

22
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
negara bagi mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam rang undang-undang pada
masa itu.

Hasil kajian dan penganalisaan, MAGERAN mendapati isu perkauman merupakan


punca utama perselisihan antara kaum Cina dan Melayu pada 13 Mei 1969. Masalah
perkauman tersebut pula berpunca daripada faktor perbezaan budaya dan amalan
kehidupan masyarakat Malaysia. Di samping itu,masalah perkauman juga turut dikaitkan
dengan faktor ketidakseimbangan ekonomi antara kaum yakni kaum Cina lebih
mendominasi ekonomi negara berbanding kaum Melayu dan India yang masih jauh
ketinggalan. Berdasarkan punca-punca yang telah dikenalpasti tersebut, MAGERAN
dibawah pimpinan Tun Abdul Razak merangka langkah-langkah utama bagi memupuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. MAGERAN mengesyorkan supaya
perkara-perkara sensitif dalam perlembagaan Malaysia seperti bahasa kebangsaan, hak
istimewa orang Melayu, kedudukan raja-raja dan agama dipinda serta diperkemas.29
Selain itu, MAGERAN juga mendapati tugas memperkukuhkan bangsa dan negara
adalah tanggungjawab setiap rakyat dan barisan kepimpinan menjadi jentera penggerak
kepada matlamat perpaduan tersebut. Justeru satu penyusunan dan pelaksanaan dasar-
dasar dan rancangan-rancangan yang sempurna, dinamik, kemas dan teratur peru
dilaksanakan. Kegiatan-kegiatan dalam lapangan politik, ekonomi, pelajaran,
kemasyarakatan dan kebudayaan juga mestilah diselaraskan demi perpaduan bangsa
dan negara.

Bagaimanapun, semasa MAGERAN berusaha gigih untuk mengatasi isu


perkauman yang mencetuskan peristiwa tragis negara, pucuk kepimpinan negara
menghadapi cabaran besar iaitu konflik antara Tun Abdul Rahman dan Dr. Mahathir
Mohamad. Tunku telah dikecam oleh ahli majlis tertinggi UMNO itu, dengan menuding
jari kepada Tunku bahawa beliau penyebab dan pencetus peristiwa berdarah 13 Mei
1969. Pada 18 Jun 1969, Tunku Abdul Rahman telah menerima surat layang yang
dikenali sebagai ‘surat kaleng’ yang ditulis oleh Dr. Mahathir Bin Mohamad. Dr. Mahathir
menuduh Tunku terlalu berkompromi dengan kaum Cina kerana Tunku tidak bertegas
dari segi kerakyatan, isu bahasa Melayu yang tidak digunakan secara meluas khususnya

29
Shariff Ahmad, op. cit.,hal. 101.

23
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
dalam sistem pendidikan negara dan beliau juga mengatakan Tunku gagal memperbaiki
kedudukan orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi, seterusnya menuntut agar
Tunku meletak jawatan.30 Surat layang tersebut diedarkan kepada penuntut-penuntut
universiti, pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai. Sehubungan itu, penuntut-
penuntut Universiti Malaya telah mengadakan tunjuk perasaan di kampus universiti dan
menyeru agar Tunku meletakkan jawatan. Dari perspektif penyokong-penyokong Dr.
Mahathir, tindakan Dr. Mahathir tersebut, wajar dilakukan kerana tanpa suara rakyat
yang berani seperti Dr. Mahathir sudah pasti kerajaan sesesuah negara tidak sedar
kesilapan yang telah mereka lakukan. Isu yang dipropagandakan oleh Dr. Mahathir
tersebut sememangnya wujud kebenarannya kerana kaum bukan bumiputera mendapat
hak kerakyatan yang agak longgar dan setelah lebih 10 tahun negara mencapai
kemerdekaan, orang-orang Melayu masih berada di takuk yang lama dan seperti
mengemis di negara sendiri bak kata pepatah, seperti melukut di tepi gantang.

Bagaimanapun, pelbagai spekulasi terhadap tindakan ahli majlis tertinggi UMNO


tersebut, terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa tindakan Dr. Mahathir tersebut
bukanlah disebabkan semangat memperjuangkan hak orang Melayu semata-mata tetapi
adalah kerana kekecewaan beliau akibat kekalahan dalam pilihanraya persekutuan di
Kota Setar Selatan, Kedah. Apabila dinilai secara kritis mengenai hal tersebut, terdapat
kebenaran terhadap spekulasi itu kerana semasa menerajui kepimpinan negara sebagai
perdana menteri Malaysia yang keempat, beliau sendiri telah meluluskan cadangan
penggunaan Bahasa Inggeris dengan lebih meluas dalam sistem pendidikan negara
dengan menguatkuasakan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik pada tahun 2003. Sekiranya Bahasa
Melayu diperjuangkan dengan hebat sebagai martabat orang Melayu pada era
pemerintahan Tunku Abdul Rahman dan perlu dijadikan lambang perpaduan negara
dalam semua aspek, namun perjuangan tersebut telah bertentangan dan berubah
daripada landasan asal pada era pemerintahan Dr. Mahathir. Oleh demikian, tindakan
Dr. Mahathir mengedarkan surat layang tersebut dikhuatiri boleh menimbulkan
tanggapan buruk rakyat Malaysia kerana boleh mengubah persepsi masyarakat terhadap
Tunku Abdul Rahman dan menyemarakkan perasaan perkauman orang Melayu terhadap
30
Zainuddin B. Maidin (2002). MAHATHIR, Di Sebalik Tabir. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distibutors SDN.BHD, hal. 26.

24
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
orang-orang Cina, seterusnya akan merumitkan lagi usaha MAGERAN untuk memupuk
semangat perpaduan rakyat Malaysia. Justeru, sebagai orang penting dalam MAGERAN
yang sentiasa menitikberatkan keselamatan dan perpaduan negara, Tun Abdul Razak
telah mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di Sri Taman. Mesyuarat
tersebut membincangkan isu surat layang Dr. Mahathir. Kemudian Majlis Tertinggi
UMNO telah bersidang pada 12 Julai 1969 dan dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak
dan dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli Majlis Tertinggi sebulat suara mengambil
keputusan memecat Dr. Mahathir daripada UMNO kerana telah melanggar disiplin
parti.31

Walaupun Tunku Abdul Rahman telah dikecam dengan pelbagai tuduhan, namun
Tunku masih mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia termasuklah orang-orang
Cina sendiri. Sehubungan itu, Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa orang Melayu
dan kaum-kaum bukan bumiputera lain saling memerlukan antara satu sama lain dan
perpaduan dalam kalangan mereka perlu dipupuk sekiranya hendak melahirkan sebuah
negara yang aman dan harmoni. Justeru, dengan slogan ‘MUHIBAH’, pada Julai 1969
Tunku telah menubuhkan Majlis Muhibah Kebangsaan dan mendapat sokongan penuh
MAGERAN kerana majlis tersebut juga bertindak sebagai jentera MAGERAN dalam usaha
memupuk perpaduan antara kaum iaitu dengan mendekati rakyat Malaysia dengan lebih
hampir lagi. Tunku Abdul Rahman selaku yang dipertua Majlis Muhibah kebangsaan
telah membuat kunjungan selama enam minggu di seluruh negara iaitu Pulau Pinang
sebagai destinasi pertama kunjungan Majlis berkenaan. Tunku menerapkan perasaan
muhibah serta menekankan sikap tolak ansur dalam kalangan rakyat jelata. Usaha
Tunku dan Majlis Muhibah tersebut menghasilkan kesan positif kerana orang-orang
Melayu, Cina dan India telah mula bertegur sapa semula antara satu sama lain.32

Seterusnya, di bawah undang-undang darurat, pengarah MAGERAN Tun Abdul


Razak telah menubuhkan sebuah organisasi iaitu Majlis Perundingan Negara yang telah
diwartakan pada 29 Januari 1970. Majlis Perundingan tersebut memainkan peranan
sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang menyentuh

31
Ibid, hlm 27
32
Ibid hal.97.

25
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
perhubungan kaum dan isu-isu perpaduan Negara.33 Pengerusi majlis ini ialah Tun Abdul
Razak Bin Dato Hussien. Majlis Perundingan Negara mendapati bahawa masyarakat
Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama, dan perkerjaan tersendiri dan
kesemua aspek tersebut masih melambangkan identiti setiap kaum dengan jelas. Oleh
itu, timbul tanda tanya mengenai identiti masyarakat Malaysia pada masa akan datang.
Sehubungan itu, Majlis Perundingan negara berpendapat bahawa usaha untuk
melahirkan masyarakat majmuk yang serumpun di bawah konteks ‘Malaysia’ perlu
dilaksanakan agar generasi akan datang hidup dalam sebuah masyarakat yang bersatu-
padu walaupun berlainan agama, bangsa, budaya dan taraf ekonomi yang berbeza.
Selain itu, dalam mesyuarat pertama Majlis Perundingan Negara, Tun Abdul Razak juga
telah menegaskan bahawa masyarakat yang hendak dilahirkan bukan sahaja bersatu
dari aspek sosial dan ekonomi, namun hasrat kerajaan adalah untuk membangunkan
sebuah masyarakat yang adil, liberal dan progresif berpandukan prinsip-prinsip asas
tertentu termasuklah taat setia kepada raja dan negara, menghormati serta
mempertahankan perlembagaan dan patuh kepada undang-undang negara.

Justeru, Malaysia memerlukan pembentukan satu prinsip penyatuan iaitu


Rukunegara. Pada 31 Ogos 1970, Yang di-Pertuan Agong secara rasmi telah
mengisytiharkan Rukunegara sebagai ideologi kebangsaan Malaysia.34 Berdasarkan lima
prinsip utama iaitu, kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan kesusilaan,
maka Rukunegara digubal dan dipamerkan kepada khalayak ramai untuk diamalkan.
Oleh itu, Rukunegara akan menjadi satu pegangan hidup yang boleh menyatupadukan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Apabila seluruh rakyat Malaysia
mempunyai haluan yang sama dan pegangan hidup yang serupa, maka secara tidak
langsung mereka dapat mengelakkan perkara-perkara yang berkaitan dengan soal
perkauman. Oleh demikian, hasrat pemimpin-pemimpin terdahulu untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang bersatu-padu, memelihara satu cara hidup yang demokratik,
membangunkan masyarakat yang adil dan membina masyarakat yang progresif, kini
telah dapat dicapai. Masyarakat Malaysia pada masa kini semakin boleh hidup bersama-
sama dalam satu rumpun masyarakat yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, dan
33
Ibid hal.98.
34
Ibid hal.99.

26
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
budaya yang berbeza. Selain itu, kesemua kaum di Malaysia samada bumiputera atau
bukan bumiputera juga sudah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Semasa Malaysia giat mengamalkan Rukunegara, Tunku Abdul Rahman telah


mengumumkan hasrat beliau untuk bersara daripada tunjang kepimpinan negara yang
telah beliau terajui semenjak kemerdekaan lagi. Pada 22 September 1970, beliau
dengan rasminya telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada DYMM Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di samping mengumumkan persaraan beliau,
Tunku Abdul Rahman juga telah menyatakan hasrat kerajaan untuk menarik balik
penggantungan Parlimen.35 Kemudian usaha-usaha untuk mengembalikan Parlimen giat
dijalankan. Selain usaha ke arah perpaduan rakyat, MAGERAN juga telah merangka
pindaan perlembagaan yang akan dibentangkan sebaik sahaja parlimen dipulihkan
semula. Seterusnya, Tun Abdul Razak telah mengambil alih tampuk kepimpinan Tunku
Abdul Rahman dan Tun Dr. Ismail telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia. Oleh itu, secara langsung sekali lagi Parti Perikatan memegang teraju negara.

Akhirnya parlimen dihidupkan semula pada 23 Febuari 1971 dan pindaan


perlembagaan seperti yang dicadangkan oleh Majlis Gerakan Negara merupakan perkara
utama yang perlu dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia
yang kedua.36 Pindaan perlembagaan seperti yang dicadangkan oleh MAGERAN
tersebut, bertujuan untuk menyekat perbincangan awam mengenai perkara-perkara
sensitif supaya demokrasi berparlimen berjalan dengan lancar di Malaysia. Selain itu,
cadangan terhadap pindaan perlembagaan tersebut juga bertujuan untuk
memperbetulkan rang undang-undang berkaitan beberapa perkara yang tidak seimbang
dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kemudian, dalam
persidangan parlimen yang pertama, Tun Abdul Razak telah membentangkan cadangan
pindaan perlembagaan dan pindaan pertama yang diutarakan oleh Tun Abdul Razak
ialah mengenai undang-undang yang mencegah perbuatan mempersoalkan sebarang
perkara, hak kedudukan, taraf, keistimewaan, kedaulatan atau hak mutlak yang telah

35
Ibid hal. 101.
36
Shariff Ahmad (1999). Tun Razak putera Titiwangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors
SDN.BHD, hal. 169.

27
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
ditentukan seperti hak kerakyatan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan
sah kaum-kaum lain serta mengenai kedaulatan raja-raja. Berdasarkan pindaan
tersebut, kerajaan berusaha berlaku adil terhadap kaum-kaum bumiputera dan bukan
bumiputera.37 Contohnya, peruntukan berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu
adalah diseimbangkan dengan jaminan yang diberi untuk melindungi kepentingan yang
sah bagi kaum-kaum lain seperti taraf kewarganegaraan.

Cadangan pindaan perlembagaan yang kedua pula ialah mengenai keistimewaan


ahli-ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri iaitu mereka tidak akan dibawa ke
muka pengadilan mahkamah di atas sebarang perkara yang mereka ucapkan dalam
perbincangan di dewan parlimen atau mana-mana jawatankuasa dewan. Bagaimanapun,
ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri tetap tidak boleh menimbulkan dan
membangkitkan isu-isu sensitif seperti yang tertakluk dalam cadangan pindaan
perlembagaan yang pertama.38 Selain itu, pindaan perlembagaan berhubung Bahasa
Kebangsaan juga turut dicadangkan semasa persidangan parlimen yang pertama itu.
Tun Abdul Razak menegaskan agar Bahasa Melayu juga perlu digunakan dalam urusan-
urusan rasmi kerajaan samada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan
termasuklah dengan pihak berkuasa awam. Di samping itu, pindaan Rang Undang-
undang Perlembagaan juga telah memberi kuasa yang lebih kepada Yang di Pertuan
Agong untuk mengarahkan universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi yang
lain untuk menambahkan nisbah kemasukan Bumiputera di pusat-pusat pengajian tinggi
terutamanya dalam kursus-kursus seperti perubatan, kejuruteraan dan sains,
memandangkan bilangan orang-orang Melayu dan Bumiputera masih sedikit dalam
jurusan terebut.39

Selain itu, Tun Abdul Razak juga menyatakan bahawa, salah satu sebab yang
membawa kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 adalah disebabkan perasaan
terpinggir dan tidak terjamin dalam kalangan orang Melayu dari aspek ekonomi. Oleh

37
Nazaruddin Mohd Jalil et.al (2001) “Pengajian Malaysia:Kenegaraan dan Kewarganegaraan“, Petaling
Jaya : Prentice Hall, hal. 167.
38
Shariff Ahmad (1999). Tun Razak putera Titiwangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors
SDN.BHD, hal. 177.
39
Rozeman Abu Hassan (2003). Tun Abdul Razak Bi Dato’ Hussien. Perak: Universiti Perguruan Sultan
Idris, hal. 33.

28
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
itu, Tun Abdul Razak telah menegaskan bahawa satu cara sahaja untuk mengelakkan
berlakunya kembali peristiwa itu, iaitu dengan menyusun semula seluruh ekonomi
dengan membasmi kemiskinan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum serta
menyeimbangkan ekonomi antara kaum dengan menambahkan penyertaan Bumiputera
dalam kehidupan ekonomi negara.40 Sehubungan itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB)
diwujudkan dengan serampang dua mata untuk mencapai matlamat negara ke arah
kemajuan rakyat yang lebih holistik. Tujuan DEB yang pertama adalah untuk membasmi
kemiskinan rakyat iaitu dengan menambahkan pendapatan dan peluang pekerjaan
kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Manakala tujuan kedua pula adalah untuk
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk
mengimbangkan kedudukan ekonomi agar dapat menghapuskan identiti kaum. Proses
ini melibatkan pemodenan kehidupan di luar bandar, dan juga mengimbangkan
pertumbuhan kegiatan ekonomi di bandar serta menggalakkan pengelibatan bumiputera
dalam bidang ekonomi khususnya pengelibatan dalam bidang perdagangan dan
perindustrian agar sama-sama dapat bersaing dan maju seperti kaum-kaum lain. Oleh
itu, penyambungan semula parlimen membuka era baru dalam dunia pemerintahan
secara demokrasi di Malaysia. Pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia merupakan
salah satu langkah ke arah mewujudkan perpaduan rakyat.

Tun Abdul Razak merupakan bapa pembanguan negara dan merupakan tokoh
politik yang paling banyak berjasa dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama.
Satu lagi kejayaan beliau ialah apabila telah berjaya menubuhkan Barisan Nasional pada
tahun 1974 dan sehingga kini masih menjadi jentera kepada pentadbira Malaysia.
Tujuan Tun Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional ialah untuk mengelakkan
persaingan politik yang keterlaluan dan melalui Barisan Nasional, beliau berusaha
mewujudkan perpaduan kebangsaan yang lebih kukuh. Sejak itu, kerajaan Perikatan
digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional yang bukan sahaja disertai oleh UMNO,
MCA, MIC dan PAS tetapi juga Parti Gerakan, Parti Progresif Rakyat, Parti Bersatu
Rakyat Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Perikatan Sabah. Walaupun
Barisan nasionl tidak disertai oleh parti-parti lain terutamanya parti pembangkang utama

40
Ibid, hal. 33

29
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
iaitu Parti Tindaka Demokrasi (DAP), dan parti Rakyat, namun Barisan Nasional telah
mencapai kejayaan besar dengan memenangi 235 kerusi daripada 154 kerusi Dewan
41
rakyat semasa pilihan raya tahun 1974. Bagaimanapun, pada 14 Januari 1976,
Malaysia telah digemparkan dengan pemergian negarawan yang amat berjasa ini. Beliau
telah kembali ke Rahmatullah semasa menjalani rawatan penyakit Luekimia di London.
Kemudian tampuk kepimpinan negara di terajui oleh anak kelahiran Johor Bahru, iaitu
Dato Hussein Onn yang juga merupakan anakanda kepada Dato' Onn Jaafar, seorang
tokoh politik yang berjasa terhadap penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) pada tahun 1946.42

Demikianlah rentetan sejarah politik Malaysia pada penghujung era 60-an dan
70-an, yang penuh dengan ranjau dan pelbagai pergolakan politik. Namun kesemua
liku-liku yang telah dilalui tersebut, kemudian menjadi sejarah yang amat bermakna
kepada Malaysia. Semua pergolakan yang berlaku tersebut, adalah titik tolak daripada
peristiwa 13 Mei 1969, yang sudah pasti menjadi sejarah hitam kepada seluruh rakyat
Malaysia. Peristiwa tesebut juga memberi persepsi yang negatif terhadap negara-negara
lain dan kemerdekaan serta pembentukan Malaysia juga turut dipersoalkan kerana
Malaysia gagal memupuk perpaduan rakyat walaupun telah mengecapi kemerdekaan.
Bagaimanapun, dari sudut yang positif, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan suatu
pengajaran yang lebih mematangkan sebuah negara baru seperti Malaysia. Tanpa
cabaran sedemikian, sudah pasti Malaysia masih berada di takuk yang lama dan isu
perkauman masih menjadi rintangan utama kepada kemajuan dan perpaduan negara.

Walaupun peristiwa 13 Mei 1969 telah lama berlalu, namun ia masih segar
dalam ingatan rakyat Malaysia. Justeru, seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi
muda-mudi pada masa kini, perlu mengambil iktibar terhadap peristiwa yang telah
berlaku 40 tahun yang lalu itu. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia hendaklah saling
bersatu-padu tanpa mengira agama, bangsa atau budaya antara satu kaum dengan
kaum yang lain. Seluruh rakyat Malaysia juga perlu hidup dalam sebuah negara dengan
konteks bangsa Malaysia agar menjadi satu rumpun bangsa yang lebih liberal, progresif

41
Zainal Abidin Abdul Wahid (1996). Malaysia Warisan Dan perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hal. 395.
42
Ibid, hal. 396.

30
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
dan demokratik. Semua usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pemimpin-
pemimpin terdahulu dalam mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni dari
segi semua aspek tidak akan memberi makna sekiranya rakyat tidak sama-sama
mengembleng tenaga dan mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri masing-masing
untuk mewujudkan perpaduan negara. Justeru anjakan paradigma dan kerjasama yang
padu seluruh rakyat dan barisan kepimpinan Malaysia sudah pasti akan berjaya
melahirkan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.

5.0 PERKEMBANGAN POLITIK SABAH (1969-1979)

Kemunculan parti Perikatan di Sabah adalah hasil usaha pemimpin-pemimpin


parti politik Sabah seperti UNKO, USNO, SANAP dan PM dan Persekutuan Tanah Melayu
untuk mewujudkan satu paduan suara menyokong penubuhan Malaysia. Walaupun
demikian, perbezaan asas dan pandangan politik parti-parti komponen Perikatan itu
terus wujud dan saling bertentangan pada tahun-tahun awal pembentukannya (1962-
1967). Persengekatan akibat perbezaan pendapat dan kepentingan ini begitu jelas
kelihatan berlaku di antara UPKO dan USNO43. Sungguhpun demikian kepentingan
kemerdekaan Sabah dalam Malaysia, ancaman tuntutan Filipina dan konfrontasi
Indonesia telah memungkinkan parti-parti itu terus berkerjasama dan melupakan buat
sementara pertentangan asas mereka. Pemimpin-pemimpin seperti Datu Mustapha,
Donald Stephen, G.S Sundang dan Khoo Siak Shiew telah sama-sama menyatakan
bahawa penduduk Sabah adalah bersaudara dan mereka harus bekerjasama untuk
mewujudkan sebuah negeri yang makmur dan stabil.

Pada awal penubuhannya parti Perikatan yang membentuk kerajaan pada ketika
itu kelihatan kukuh dan bersatu padu. Tetapi Perikatan sebenarnya dibina di atas asas
yang rapuh dan dengan itu ia merupakan perikatan atas nama sahaja kerana ia di
bentuk secara terburu-buru bagi menyokong penubuhan Malaysia. Parti Perikatan
bukanlah satu ideologi kerana masing-masing parti itu memperjuangkan kepentingan
kaum yang mereka wakili. Dalam tiap-tiap parti yang bergabung itu wujud perasaan
perkauman yang tebal dan masing-masing lebih banyak berpihak kepada cita-cita kaum
43
Sabihan Osman,1986. Perubahan dalam pembangunan. Bangi; Univerisiti Kebangsaan
Malaysia.Hlm.102

31
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
tertentu. Justeru itu perbalahan politik di antara sesama politik di antara parti dalam
Perikatan, terutamanya di antara UPKO dan USNO, tidak dapat dielakkan. 44
Perikatan berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya secara
tidak langsung menerusi “Residency Electoral Colleges” yang diadakan pada bulan Julai
1963. Pilihanraya ini diadakan untuk memilih anggota-anggota yang bakal menduduki
kerusi Majlis Dewan Undangan. Dalam pilihanraya itu USNO mendapat lapan kerusi,
UNKO lima, BUNAP/SANAP empat dan PM satu. Dalam kerajaan baru itu kerajaan British
dan semua parti dalam Perikatan bersetuju memilih Donald Stephen, Presiden parti
UNKO,sebagai Ketua Menteri.

Sementara Presiden USNO, Datu Mustapha dilantik menjadi Yang Dipertua


Negeri. Sekirannya dilihat dari segi jumlah ahli dalam Dewan Undangan, kelihatan USNO
mempunyai anggota yang lebih ramai jika dibandingkan dengan ahli-ahli parti lain. Oleh
itu adalah wajar kiranya jawatan Ketua Menteri dipegang oleh pemimpin USNO. Tetapi
dalam hal ini Datu Mustapha mengalah dan memberi jawatan itu kepada Donald
Stephens. Tambahan pula perlantikan Datu Mustapha sebagai Yang Dipertua Negeri dan
Donald Stephens sebagai Ketua Menteri itu selaras dengan hasrat kerajaan Persekutuan
untuk mengurangkan perselisihan di antara bumiputera Islam dan bukan Islam. Tetapi
ada juga pihak yang mengatakan bahawa penerimaan Datu Mustapa itu mungkin
disebabkan oleh salah perhitungan.

Beliau menganggap jawatan Yang Dipertua Negeri sama dengan jawatan


Gabenor semasa penjajahan British. Tetapi apabila beliau menyedari hakikat yang
sebenarnya bahawa jawatan Yang Dipertua itu hanya sebagai lambang dalam
upacara/perayaan dan hanya menandatangani undang-undang, sementara Donald
Stephens selaku Ketua Menteri menguasai pentadbiran negeri dan menentukan dasar
kerajaan secara keseluruhannya, maka barulah beliau mendesak untuk mendapatkan
hak yang lebih bagi menguasai pentadbiran negeri dan menentukan dasar kerajaan
secara keseluruhan, maka barulah beliau mendesak untuk mendapatkan hak yang lebih
bagi menguasai pentadbiran negeri Sabah. Kesedaran ini menyebabkan Datu Mustapha

44
Ibid, hlm. 106

32
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
enggan memberikan kerjasama kepada Donald Stephens. Tanpa persetujuan dan
kerjasama USNO itu maka kedudukan Perikatan menjadi lemah. 45
Pada masa itu Datu Mustapha juga menyedari bahawa jawatan Yang Dipertua
Negeri telah mengongkong pergerakan politiknya. Justeru itu beliau bercadang untuk
meletakkan jawatan dan aktif dalam politik. Cadangan beliau itu disokong oleh
pemimpin-pemimpin SCA seperti Chia Nyuk Tong. Pemimpin-pemimpin SCA memuji
keperibadian Datu Mustapha yang bukan sahaja sebagai “spiritual leader but also the
connecting link in the chain of racial unity and harmony in the State of Sabah”.

Sokongan orang-orang Cina terhadap keaktifan semula Datu Mustapha dalam


politik ialah kerana ketakutan dan kebimbangan mereka terhadap sikap beberapa orang
pemimpin UNKO / UPKO yang “anti –Cina”. Sementara itu sokongan orang-orang Cina
kepada USNO itu mempunyai tujuan untuk kepentingan tersembunyi. Mereka memang
biasa menyokong pihak yang akan membawa keuntungan kepada mereka. Oleh itu,
hubungan USNO-UPKO bertambah meruncing mulai bulan Januari 1964. Perselisihan
berlaku kerana sejak awal USNO tidak puas hati. USNO yang mempunyai keahlian
terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri sepatutnya membentuk kabinet kerajaan.
Permintaan USNO itu mengancam kedudukan Donald Stephen sebagai Presiden Majlis
Tertinggi Perikatan dan Ketua Menteri. 46

Untuk menyelesaikan pertikaian ini pemimpin-pemimpin Perikatan Sabah telah


menemui Tunku dan Majlis Kebangsaan Perikatan. Majlis Kebangsaan telah memutuskan
agar jawatan Yang Dipertua Negeri terus dipegang oleh USNO dan Ketua Menteri oleh
UPKO. Walaubagaimanapun untuk mengimbangkan kuasa dan kedudukan semua parti
dalam Perikatan kabinet negeri telah disusun semula. Harris Salleh dari USNO dilantik
menjadi Timbalan Ketua Menteri menggantikan tempat Datuk Sundang. Datuk Sundang
mengambil tempat Datuk Harris Salleh sebagai Menteri Kerajaan Tempatan. USNO
mempunyai dua orang menteri lagi iaitu OKK Mohd.Yassin Hj. Hashim dan Mohd .Said
Keruak. UPKO juga diperuntukkan tiga jawatan menteri termasuk Donald Stephens,
Datuk Sundang dan Richard Yap. Sementara itu SCA diberi dua jawatan menteri dan SIC

45
Ibid, hlm 107
46
Ismail Yusoff. 2004. Politik dan Agama di Sabah. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm.86

33
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
satu. Dengan penyusunan semula kabinet dan pengekalan jawatan Yang Dipertua
Negeri dan Ketua Menteri ini maka krisis pertama kerajaan perikatan itu reda buat
sementara.47

Satu lagi isu yang menimbulkan krisis dalam perikatan ialah mengenai pindaan
undang-undang pengeluaran lesen balak. Menurut undang-undang lama, tempoh lesen
balak hanya boleh digunakan dalam jangka masa yang pendek. Donald Stephen
berpendapat sistem pembalakan system pembalakan pemberian lessen jangka pendek
itu tidak memberi faedah. Disamping itu perusahaan balak secara kecil-kecilan juga
tidak cekap berbanding dengan syarikat-syarikat balak yang lebih besar.

Kebanyakan perusahaan industri balak itu pula dijalankan di kawasan-kawasan di


sepanjang Pantai Barat dan di tepi-tepi sungai, iaitu kawasan yang kebanyakannya
didiami oelh bumiputera Islam dan Cina. Oleh yang demikian industri balak ini tidak
memberi manfaat kepada bumiputera lain, terutamanya orang Dusun dan Murut. Donald
Stephen menghendaki agar kegiatan industri balak ini juga dilakukakn di kawasan-
kawasan pedalaman . Walaupun cadangan itu telah dibatalakan, tetapi pertikaian di
antara UPKO dan USNO dan SCA berterusan sehingga akhirnya menular di Dewan
Undangan Negeri . Pemimpin-pemimpin USNO dan SCA sentiasa menentang sebarang
dasar yang dianggap akan mendatangkan keburukan kepada kepentingan mereka.

Krisis kedua berlaku apabila USNO membantah perlantikan John B. Dusing,


seorang Indo-Kadazan, menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Dalam krisis ini
USNO tidak mahu lagi bertolak ansur kerana lantikan itu dianggap mengorbankan hak-
hak bumiputera Islam. SCA juga menyebelahi USNO dan hal ini menjadikan keadaan
semakin kusut. Datu Mustapha tidak mahukan John B.Dusing kerana ia adalah seorang
peranakan Kadazan yang bersimpati dengan UPKO. Datu Mustapha mahukan calon lain
ataupun mewujudkan perlantikan sementara daripada perkhidmatan awam
48
Semenanjung.

47
Sabihah Osman Op.cit.,hlm. 108
48
Ismail Yusoff, Op.cit.,Hlm 87

34
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
Krisis ini menjadi rumit lagi apabila Tun Mustapha, selaku Yang Dipertua Negeri
enggan membaca ucapan dasar Kerajaan Perikatan pimpinan Donald Stephens. Ucapan
yang sepatutnya disampaikan pada siding Dewan Undangan Negeri tersebut diubahnya
mengikut versinya sendiri. Tun Mustapha mengangga ucapan dasar asal yang
disediakan oleh Donald Stephens lebih mengutamakan kepentingan masyarakat Kristian
Kadazan.

Sebenarnya Datu Mustapha merasa kecewa dengan tindakan Donald Stephen


yang jarang berunding dengannya mengenai perkara-perkara yang bersangkutan
dengan Sabah. Oleh itu ia telah mengancam untuk mengemukakan undi tidak percaya
terhadap Donald Stephens bersara dari jawatan Ketua Menteri. Sementara itu Donald
Stephen juga mengeluarkan ancaman yang sama untuk mengadakan undi tidak percaya
kepada Datu Mustapha yang bergiat cergas dalam politik sedangkan dalam
perlembangaan Yang Dipertua Negeri tidak boleh berbuat demikian. Suasana tegang ini
telah membawa kepada persengkatan politik yang berlarutan di antara dua tokoh politik
di Sabah. Persengketaan ini telah menjejaskan proses pembangunan negeri serta
perhubungan kaum di Sabah.

Keadaan tegang ini juga telah menggalakkan Kerajaan Persekutuan campur


tangan. Penyelesaian yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan ternyata lebih
menguntungkan Datu Mustapha kerana Donald terpaksa meletakkan jawatan sebagai
Ketua Menteri dan diberikan jawatan baru sebagai Menteri Hal-ehwal Sabah di peringkat
pusat. Peter Lo dari SCA mengambil alih jawatan Ketua Menteri mulai 1 Januari 1965.
Jawatan Timbalan Ketua Menteri dipegang oleh G.S Sundang daripada UPKO, sementara
Menteri Kewangan jatuh kepada Harris Salleh daripada USNO.49

Justeru itu dalam pertelagahan di antara USNO dan UPKO ini, SCA dan orang-
orang Cina akhirnya beroleh keuntungan. Bumiputera di pendalaman semakin tertinggal
jauh dan terasing dari segi kuasa dan kepimpinan . Suasana demikian adalah tidak sihat
dan menambahkan lagi rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang Kadazan/Dusun
terhadap USNO dan Kerajaan Persekutuan. Donald Stephen menyedari akan hubungan

49
Ibid., hlm 88

35
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
rapat pemimpin-pemimpin USNO dengan pemimpin-pemimpin UMNO khususnya Tunku
dalam Kerajaan Pusat.

Sikap Tunku yang membela tindakan Datu Mustapha yang mencampuri urusan
politik semasa memegang jawatan Yang Dipertua Negeri telah mengecewakan UPKO
dan orang-orang Kadazan/Dusun. Faktor ini telah meneguhkan prasngka buruk dan
menambahkan kebimbangan dan kerenggangan yang serius di antara Kerajaan
Persekutuan dengan orang-orang Kadazan. Donald Stephens mengganggap
penarikannya ke Kuala Lumpur sebagai dianaktirikan. Tanggapan ini ada kebenarannya,
kerana perlantikan Peter Lo adalah satu muslihat Kerajaan Pusat bagi memberi jalan
kepada Datu Mustapha untuk mengambil alih jawatan Ketua Menteri kemudiannya.50

Dengan campur tangan Kerajaan Pusat, perselisihan USNO / UPKO itu sekali lagi
reda buat sementara waktu. Apabila Donald Stephen pergi ke kabinet pusat, Kerajaan
Perikatan Sabah membuat rombakan kabinet pada 1 Januari 1965. Kabinet kekal
sehingga pilihanraya negeri pada 1 Januari 1967. Ketiadaan Donald Stephens dalam
kabinet negeri pada lahirnya tealah menyelesaikan masalah politik Sabah. Pemimpin-
pemimpinnya USNO semakin rapat dengan pemimpin-pemimpin SCA. Pada masa itu SCA
sudah muncul sebagai parti yang berpengaruh.

Pemimpin-pemimpinnya bertambah giat menyebarkan pengaruh dan


menggunakan kesempatan dari pertelagahan di antara kedua parti bumiputera itu untuk
mengaut keuntungan. Orang-orang Cina sebenarnya akan tetap mendapat faedah yang
lumayan walaupun di pihak mana mereka memberi sokongan. Persefahaman dan
kerjasama yang terjalin di antara USNO dan SCA telah mengenepikan UPKO dalam
bidang politik.

Akibat daripada pertelagahan tersebut telah menyebabkan Kadazan/Dusun


mengalami banyak kerugian. Mereka merasa begitu lemah dan kecewa kerana
kehilangan seorang “Huguan Siou” di Sabah sendiri. Mereka merasa kecewa dan tidak
puas hati terhadap tindakan dan sikap USNO/SCA serta Kerajaan Persekutuan. Oleh itu,

50
Sabihah Osman Op.cit.,hlm. 110

36
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
mereka sentiasa mencari jalan untuk berjaung dan mengembalikan kedudukan. Donald
Stephens bersama-sama dengan UPKO yang lain mengambil kesempatan dari peristiwa
perpisahan Singapua pada tahun 1965 dan meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji
semula kedudukan Sabah dalam Malaysia.

Mereka merasa kesal di atas sikap Kerajaan Persekutuan yang tidak


memaklumkan kepada mereka tentang pemisahan tersebut. Pemimpin-pemimpin UPKO
berpendapat bahawa Sabah mempunyai hak untuk dibawa berunding sebelum sebarang
keputusan dibuat. Oleh itu, mereka mencabar Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan
pungutan suara di Sabah bagi menentukan sama ada kolonialisme masih wujud di
Sabah. Tindakan Donald Stephens dan pemimpin UPKO ini bukan sahaja tidak mendapat
layanan-layanan daripada Kerajaan Persekutuan malah mereka telah diberi amaran oleh
Tunku.

Tunku mengatakan “Sabah cannot secede. You do not have enough seats in
parliament to win a vote, and I don’t think an armed rebellion would succeed either”.
Akibat dari peristiwa ini Donald Stephens telah meletakkan jawatan Menteri Hal-ehwal
Sabah dan kembali ke Sabah. Beliau dan beberapa orang pemimpin UPKO lain telah
cuba mendapatkan perlindungan dari Singapura. Bersama-sama Lee Kuan Yew mereka
membincangkan rancangan penubuhan Persekutuan 3 S (Singapura, Sabah dan
Sarawak). Tunku mengganggap kegiatan politik UPKO itu mengancam keselamatan
negara. Tunku mengganggap kegiatan politik UPKO itu mengancam keselamatan
negara, kerana penggabungannya dengan Singapura itu akan mempengaruhi Sarawak
dan juga negeri-negeri lain di Semenanjung. Ini tentu akan menjatuhkan imej Tunku
dalam politik antarabangsa.

Justeru itu Kerajaan Persekutuan berpendapat kedua-dua tokoh utama UPKO,


iaitu Donald Stephens dan Peter Mojuntin, seharusnya diketepikan daripada gelanggang
politik Sabah. Tindakan ini dilaksanakan dengan kerjasama USNO dan SCA. Kedua-dua
parti ini telah mendesak agar Donald Stephens dan Peter Mojuntin meletakkan jawatan
mereka masing-masing sebgai Presiden dan Setiausaha Agung UPKO. Sekiranya mereka
enggan UPKO akan di singkirkan dari Perikatan Sabah. Akhirnya Donald Stephens dan

37
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
Peter Mojuntin terpaksa meletakkan jawatan demi kepentingan perpaduan masyarakat
bumiputera dan untuk mengekalkan perkongsian kekuasaan orang-orang
Kadazan/Dusun dalam Perikatan. Datuk Ganie Gilong seorang pemimpin UPKO yang
“moderate” telah menggantikan tempat Donald Stephens. Mulai saat ini kedudukan
UPKO dalam Perikatan menjadi lemah. 51

Memandangkan keadaan yang demikian Datu Mustapha telah mencadangkan


supaya UPKO dibubarkan dan ahli-ahlinya masuk parti USNO. Tetapi cadangan itu
ditentang oleh UPKO. Pada masa itu Datu Mustapha telah bergiat semula dalam politik.
Beliau telah meletakkan jawatan Yang Dipertua Negeri dan mengambil alih
jawatankuasa Pengerusi Perikatan. Tempat beliau diberikan kepada Datuk Pengiran
Ahmad Rafae.

Mejelang pilihanraya umum pada tahun 1967 Donald Stephens telah menyatakan
dengan USNO untuk memimpin UPKO semula dan bergabung dengan USNO untuk
kepentingan perpaduan bumiputera. Tetapi hasrat Donald Stephens itu tidak dilayan
oleh Datu Donald Stephens itu tidak dilayan oleh Datu Mustapha yang merasa yakin
tentang kekuatan USNO dan mampu meraih banyak mungkin sokongan daripada orang-
orang Sabah. USNO juga masih merasa sangsi tentang kejujuran Donald Stephens dan “
the Penampang Boys” termasuk Peter Mojuntin dan Herman Luping yang telah
membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi pilihanraya pada bulan April 1967
itu.

Donald Stephens kemudiannya mengumumkan yang beliau tidak akan


bertanding tetapi akan memimpin partinya dalam kempen pilihanraya tersebut. Oleh itu
pilihanraya tahun 1967 adalah pertandingan di antara parti-parti yang bergabung dalam
Perikatan Sabah. Dengan berlatar belakang suasana yang tegang ini adalah tidak
menghairankan jika dari awal-awal lagi pembahagian kerusi dipertikaikan. USNO
mencadangkan peruntukan 18 kerusi bagi USNO, lapan untuk UPKO dan enam untuk

51
Ibid, hlm 111

38
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
SCA. Tetapi UPKO tidak bersetuju dan menuntut agar pembahagiannya ialah 13 kerusi
bagi USNO, 13 kerusi UPKO dan 6 SCA. Pertikaian ini tidak dapat diatasi. 52

Akhirnya tiap-tiap parti mengemukakan calon masing-masing untuk


dipertandingkan tanpa mengikut pembahagian tertentu. USNO dan SCA merasa
bimbang dengan kekuatan UPKO, lebih-lebih lagi apabila Donald Stephens telah
menggalakkan calon-calon bebas bertanding dalam pilihanraya itu. Lantaran itu,
kerajaan Persekutuan telah menghantar pemimpin-pemimpin mereka dari UMNO dan
MCA ke Sabah untuk membantu kempen-kempen USNO/SCA ,

UPKO dan Donald Stephens pula memperkuatkan kempen-kempen mereka


dengan membangkitkan semula isu “20 Perkara” yang dianggap telah dilupakan oleh
Kerajaan Persekutuan. Sekiranya berjaya, UPKO berjanji akan mensabahkan
perkhidmatan awam, menghadkan jumlah Jabantan Persekutuan dan melindungi hak-
hak istimewa bumiputera.

Pilihanraya 1967 itu berkesudahan dengan USNO mendapat 14 kerusi, UPKO12


dan SCA 5. Satu kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas bagi kawasan Elopura.
Keputusan pilihanraya itu menunjukkan USNO hanya mendapat dua kerusi lebih
daripada UPKO. Sekiranya suasana politik berada dalam keadaan yang sihat, maka
pembentukan kerajaan campuran adalah baik. Tetapi oleh sebab kedua-dua parti itu
berkeras, maka dalam kabinet barunya, Datu Mustapha menamakan dirinya sebagai
Ketua Menteri, dua orang menteri dari USNO dan dua menteri dari SCA. Perlantikan
empat lagi jawatan menteri belum diumumkan dan menurut dasar Perikatan Sabah
pintu masih dibuka kepada UPKO.

Dalam keadaan yang demikian, Donald Stephens berpendapat adalah lebih baik
bagi UPKO tidak menyertai kabinet Datu Mustapha. UPKO dengan itu memilih menjadi
parti pembangkang. UPKO telah mendesak Kerajaan Persekutuan supaya memberi satu
53
komitmen baru terhadap tuntutan “20 Perkara”. Tetapi jawapan Kerajaan Persekutuan

52
Ismail Yusoff. Op.cit.,hlm.88
53
Sabihah Osman Op.cit.,hlm. 113

39
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
tentang tuntutan ini adalah tidak memuaskan. Justeru itu UPKO telah mengatur satu
strategi bersama parti SNAP dari Sawarak pada bulan Julai dan Ogos 1967 untuk
memperjuangkan hak-hak Kerajaan Negeri (Sabah dan Sarawak) sambil mempersoalkan
sama ada kolonialisme menyerahkan hak-hak negeri mereka kepada Kerajaan Pusat.
Tindak-tanduk UPKO ini telah menyebabkan Kerajaan Pusat memberi amaran kerana
perbuatan tersebut dianggap mengancam keselamatan negara. Justeru itu Donald
Stephens dan UPKO merasa begitu kecewa.

Hampir kesemua rancangan-rancangannya menemui kegagalan dan kedudukan


partinya semakin lemah. Seorang demi seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
UPKO melopat masuk parti USNO. Mereka diberikan beberapa keistimewaan seperti
jawatan Menteri dan konsesi balak. Berdasakan faktor-faktor ini dan juga faktor-faktor
yang menyangkut masalah kepimpinan UPKO dan kepentingan peribadi pemimpin-
pemimpin UPKO, termasuk Donald Stephens sendiri, maka pada bulan Disember 1967
UPKO dibubarkan dan ahli-ahlinya diseru supaya masuk USNO. Menurut Donald
Stephens pembubaran UPKO adalah kepentingan perpaduan, kestabilan dan kemajuan
54
negeri Sabah.

Dalam hal ini, Donald Stephens sedar tentang kedudukan dan pengaruhnya yang
semakin lemah dan UPKO tidak akan dapat bertahan lebih lama lagi sebagai parti
pembangkang. Tambahan pula hubungan Kerajaan Persekutuan dan USNO adalah
begitu erat dan teguh. Oleh itu kepentingan orang-orang Kadazan/Dusun akan terjejas
jika UPKO terus berkonfrontasi dengan USNO/SCA yang begitu kuat kuasanya. Selain
daripada itu, Donald Stephens juga turut mempertimbangkan konsesi balaknya.

Sekiranya Donald Stephens dan UPKO terus berkonfrontansi maka


berkemungkinan pakajan konsesi balaknya tidak akan diperbaharui. Ini tentu akan
mendatangkan kesan kepada sumber kewangan beliau khususnya dan parti UPKO
umumnya. Pembubaran UPKO ini tentu sekali disambut baik oleh USNO dan Tunku.
Ekoran daripada itu Donald Stephens telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
di Australia. Dengan pembubaran UPKO dan pemergian Donald Stephens itu suasana

54
Ibid, hlm 113

40
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
politik Sabah menjadi tenang dan perhatian terhadap pembangunan negeri dapat
ditumpuhkan sepenuhnya. Tetapi orang-orang Kadazan/Dusun tidak menganggap
pembubaran UPKO dan “persaraan” pemimpin–pemimpin besar mereka telah
melenyapkan kesedaran nasionalisme mereka. Pada hakikatnya perasaan itu masih
wujud dalam bentuk “dormant nasionalisme”.

Hanya kegiatan mereka ke arah itu menjadi tertekan dan dibelenggu oleh
“authoritarianisme” kerajaan USNO/SCA yang menerajui pemerintahan Sabah dari tahun
1967-1976. Dalam jangka waktu tersebut orang-orang Kadazan/Dusun bukan sahaja
tidak mempunyai organisasi yang boleh menggembleng tenaga mereka untuk bersatu
malah pemimpin-pemimpin mereka juga tidak mampu untuk bangun bertindak.
Walaubagaimanapun kekosongan factor-faktor ini secara tersembunyi telah membantu
menstabilkan keamanan dan mengekalkan Persekutuan Malaysia dari berpecah belah.

Sunggupun terdapat beberapa kecacatan dalam pemerintahan kerajaan


Perikatan 1967-1976 namun tidak dapat dinafikan bahawa pemerintahan USNO banyak
membawa kebaikan kepada negeri dan rakyat Sabah. Kestabilan politik selepas tahun
1967 sedikit sebanyak telah menjamin pembangunan negeri. Rancangan pembangunan
kerajaan dapat dilaksanakan dengan licin. Di sampang itu, usaha untuk membina
sebuah negara bangsa juga diberi perhatian. Untuk mencapai matlamat ini perpaduan
rakyat amat penting. Soalnya ialah bagaimana hendak menanamkan semangat cintakan
negara dan perpaduan di kalangan rakyat jelata, lebih-lebih lagi dalam negara yang
mempunyai perbezaan dari segi suku kaum, bangsa, kebudayaan, wilayah-wilayah dan
daerah-daerah. Perbezaan-perbezaan ini telah menerbitkan perasaan kedaerahan yang
berbeza.

Oleh yang demikian kerajaan Sabah cuba melaksanakan dasar untuk


menyebarkan agama Islam dan merasmikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab
kerajaan untuk menyelaraskan dasar Kerajaan Persekutuan dengan mengiktirafkan
agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

41
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
Sabah. Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan penduduk
yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum. 55

Tujuan ini amat bijaksana kerana orang-orang Sabah, baik dari keturunan apa
pun, boleh bertutur dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa yang sudah lama menjadi
bahasa perantaraan di Sabah. Dari segi penyebaran agama Islam, Ketua Menteri
berpendapat bahawa agama Islam boleh dijadikan satu alat penting bagi
menyatupadukan bumiputera Sabah. Walapun USNO bukan sbuah parti Islam tetapi ia
merasa amat bertanggungjawab untuk mengukuhkan kedudukan agama Islam dan
meluaskan pengaruh Islam di Sabah sehinggakan agama itu diiktiraf sebagai agama
rasmi. Dalam hal ini USNO berjaya mempengaruhi Dewan Undangan Negeri Sabah
yang akhirnya mempersetujui pindahan Perlembangaan Negeri No.8 tahun 1973 Artikel
5 (A) yang menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi negeri Sabah tetapi agama-
agama yang lain boleh diamalkan dalam suasana aman dan harmoni di mana-mana jua
di negeri Sabah.

Tetapi dasar Tun Mustapha itu tidak dapat diterima oleh semua pihak,
terutamanya golongan bukan Islam. Dasar demikian dianggap tidak sesuai bagi negeri
Sabah yang mempunyai penduduk yang berbilang keturunan dan agama. Dalam pada
itu, kegiatan penyabaran agama di Sabah mempunyai beberapa kelemahan. Ada
beberapa cara yang dikatakan tidak adil, seperti ada peristiwa dimana orang yang
memeluk agama Islam diberikan wang, kenaikan pangkat dan kawasan balak oleh
Tunku .Kegiatan penyebaran Islam yang pesat ini juga telah membimbangkan orang-
orang Kadazan dan bumiputera lain, terutamanya mereka yang beragama Kistian.
Mereka ini menuduh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri seolah-olah ingin
mengislamkan penduduk Sabah bagi memperteguhkan kuasa politik orang-orang
Islam.56

55
Ibid, hlm 115
56
Ibid.,hlm.116

42
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
Walau bagaimanpun, peranan Tun Mustapha dalam penyebaran Islam di Sabah
telah mendapat perhatian dunia Islam. Ahli-ahli USNO, pemimpin-pemimpin Islam di
Pusat dan sebahagian besar bumiputera Islam menyokong dan menyanjung beliau. Tun
Mustapha dianggap sebagai seorang pemimpin yang dapat memberikan kebaikan dan
faedah kepada orang-orang Islam. Tetapi bagi bumiputera bukan Islam, dasar Tun
Mustapha itu telah mencetuskan rasa marah dan tidak puas hati. Justeru itu dasar
“perpaduan” Tunku Mustapha akhirnya gagal mencapai matlamatnya.

Sebaliknya ia menambahkan rasa benci orang-orang bukan Islam terhadap


Tunku Mustapha dan USNO khususnya dan orang-orang Islam umumnya. Dasar
tersebut tidak dapat memupuk semangat perpaduan tetapi sebaliknya mengautkan lagi
rasa perkauman dan memumpuk semangat nasionalisme orang-orang Kadazan dan
Kristian di Sabah. Walaupun kerajaan USNO/SCA penuh dengan kontroversi tetapi
terdapat juga unsur-unsur kebaikan ekonomi dan pelajaran bumiputera Sabah. Misalnya
penubuhan Yayasan Sabah pada tahun 1969 banyak memberikan faedah.

Tetapi sumbangan beliau yang positif ini diatasi oleh sifat-sifat kepimpinan beliau
yang akhirnya banyak bersifat negatif. Beliau dikatakan terlalu banyak menabur wang
dan berfoya-foya di luar negeri. Kekerapan lawatan ke luar negeri ini telah
menyebabkan beliau tidak dapat mengawal pentadbiran secara lebih berkesan. Beliau
terlalu banyak bergantung kepada penasihat-penasihat dan pembantu-pembantunya
dalam kerajaan. Walaupun terdapat pengagihan peruntukan untuk semua kaum, tetapi
peruntukan tersebut tidak dinikmati oleh kaum-kaum berkenaan.

Sungguhpun perasaan tidak puas hati, terutamanya dikalangan orang-orang


Kadazan, itu wujud berterusan sepanjang masa selama USNO berkuasa tetapi perasaan
tidak puas hati ini belum lagi sampai ke tahap yang cukup serius sehingga boleh
mencetuskan peristiwa berdarah di Sabah. Konflik perkauman Sabah masih boleh
dibendung. Selain daripada kautnya parti pemerintah, fakor-faktor lain seperti kesedaran
politik yang kurang, rendahnya taraf pelajaran dan ramai bilangan bumiputera yang
buta huruf menyebabkan mudah bagi kerajaan mengendalikan urusannya.Kerajaan

43
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
pimpinan Tun Mustapha ketika itu terlalu kuat dan mempunyai kuasa yang tidak
terbatas bagi menahan orang-orang yang tidak dingini tanpa bicara.
Tambahan pula ketika itu tidak ada lagi pertubuhan politik yang cukup kuat
untuk menandingi USNO. Kalau ada pun yang ingin memulakan langkah sudah awal-
awal lagi dipatahkan semangatnya. Misalnya penubuhan parti Union of Sabah People
(USAP) pimpinan Datuk Mojuntin gagal didaftarkan. Penyokong-penyokong USAP
diancam akan ditahan jika berdegil. Setengah-setengah pemimpinnya pula mudah
disogokkan dengan wang di antar $ 5,000 hingga $ 10,000 seorang.

Justeru itu walaupun pada akhirnya kelihatan wujud perpaduan dan


kemakmuran pada zaman pemerintahan USNO , tetapi pada batinnya wujud perasaan
tidak puas hati di kalangan rakyat, terutamanya di kalangan bumiputera bukan Islam.
Perasaan marah dan tidak puas hati terpaksa dipendam buat sementara waktu sehingga
sampai ketika dan saat yang abik untuk diluahkan. Masa yang ditunggu-tunggu itu tiba
apabila terbentuknya parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) yang dipimpin oleh
Tun Fuad Stepehens, Peter Mojuntin, Ganie Gilong, Harris Salleh, Salleh Sulong dan lain-
lain bekas pemimpin kanan USNO sendiri.

Parti BERJAYA telah muncul dengan rasminya pada 15 Jualai 1975. Pada awalnya
parti ini diterajui oleh Datuk Harris Mohd. Salleh. Timbalan Presiden ialah datuk Ganie
Gilong, Yeo Pao Tzu dan Tuan Hj.Ampong Puyun. Tuan Hj. Mohd. Noor Mansur sebagai
Setiausaha Agung, Joseph Katingan sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Datuk
Peter Mojuntin sebagai Bendahari . Semua pemimpin BERJAYA adalah bekas pemimpin-
pemimpin kanan USNO sendiri. Mereka telah keluar dari parti USNO kerana tidak puas
hati dan tidak bersefahaman dengan kepimpinan Tun Mustapha.57

Di antara objektif penting parti BERJAYA ialah untuk mengekalkan dan


menjamin integrasi, kemerdekaan dan status demokrasi Malaysia serta prinsip-prinsip
Rukun Negara, untuk mejaga dan menjamin hak-hak dan kepentingan Sabah dan
Malaysia dan untuk meningkatkan, memajukan dan menjamin sebuah kerajaan rakyat,

57
Ibid.,hlm.118

44
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
oleh rakyat dan untuk rakyat yang asli, progesif dan demokrasi. Selain itu, untuk
mengagihkan kekayaan dan peluang-peluang dengan lebih seimbang daripada yang
terdapat dalam system di Sabah pada masa tersebut. Seterusnya untuk menjamin dan
memajukan kedudukan istimewa penduduk tempatan serta hak-hak perlembagaan dan
keistimewaan setiap warganegara di Sabah di dalam negara Malaysia yang berbilang
bangsa, kebudayaan dan agama.

Kemunculan parti BERJAYA ini mempunyai kaitan rapat dengan soal hubungan
antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur pada tahun-tahun
akhir pemerintahan Perikatan di Sabah dan Kuala Lumpur adalah sangat baik dan erat
teruatama sekali masa Tunku menjadi Perdana Menteri. Tetapi apabila Tun Mustapha
sudah menjadi terlalu kuat dan terlalu berkuasa, maka hubungan yang rapat dan erat
itu mulai renggang. Tindak-tanduk Tun Mustapha semakin sukar untuk dikawal dan
banyak bercanggah dengan dasar Kerajaan Pusat pimpinan Tun Abd. Razak.
Pembaziran wang, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berleluas telah
menyebabkan berlaku percekokan peribadi di antara kedua-dua tokoh Pusat dan Negeri
itu. Pergeseran ini menjadi faktor penting yang membawa Kerajaan Pusat untuk
menyokong penubuhan BERJAYA .

Dengan adanya sokongan dari Kuala Lumpur maka Tun Mustapha tidak berdaya
untuk membunuh kemunculan parti tersebut sepertimana yang dilakukan kepada parti-
parti lain. Selain daripada itu ahli-ahli politik tempatan, ahli-ahli politik Persekutuan dan
Sarawak seperti Abd.Gafar Baba, Abd.Rahman Yaacub dan Yang Dipertua Negeri Sabah
sendiri, Tun Fuad juga terlibat sama mendukung penubuhan parti baru itu.

Kemunculan BERJAYA telah disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat


yang cintakan demokrasi. Ini terbukti dengan kemenangannya dalam pilihanraya negeri
pada bulan April,1976. BERJAYA telah mendapat 28 kerusi daripada 48 kerusi yang
dipertandingkan. USNO mendapat 20 kerusi dan kebanyakan kerusi ini diperolehi di
kawasan bumiputera Islam. BERJAYA hanya dapat menawan tiga buah kawasan
penduduk Islam iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang. Tetapi BERJAYA mendapat undi
yang banyak daripada orang-orang Kadazan dan Cina. Selain daripada BERJAYA

45
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
dipimpin oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin Kadazan, termasuklah “Huguan Siou”
mereka Tun Fuad, tekanan dan penyelewengan kerajaan USNO serta kebangkitan
semangat nasionalisme mereka turut memainkan pernan penting.58

Kemenangan BERJAYA telah memberi kesempatan kepada orang-orang


Kadazan/Dusun untuk membina semula kuasa politik mereka yang selama ini tertekan
dan terancam. Kemenangan BERJAYA juga telah memberi peluang kepada pemimpin-
pemimpin Kadazan/Dusun untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam kabinet
negeri. Selepas mendapat kemenangan dalam pilihanraya 1976 BERJAYA telah melantik
Tun Fuad Stephens sebagai Ketua Menteri dan Datuk Harris Salleh sebagai Timbalannya.

Pemimpin-pemimpin Kadazan lain yang turut menganggotai kabinet petama


ternyata kebanyakan ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin Kadazan
seperti mana kabinet kerajaan UPKO dahulu. Tetapi tragedi yang menimpa Tun Fuad
Stephen, Peter Mojuntin, Salleh Sulong, Darius Binion, Chang Thian Vun dan enam
orang lain dalam nahas kapal terbang pada 6 Jun 1976, telah menjejaskan sedikit
harapan orang-oarang Kadazan/Dusun. Namun demikian mereka masih mempunyai
pemimpin-pemimpin lain yang berkebolehan dalam kabinet negeri seperti Datuk James
Ongkili, Datuk Clarence Mansul dan Datuk Joseph Pairin Katingan. Kematian Tun Fuad
Stephens telah memberi jalan kepada Datuk Harris Salleh untuk menjadi Ketua Menteri
dan Datuk Dr. James Ongkili sebagai Timbalan Ketua Menteri.59

Kemenangan BERJAYA telah memberi saluran baru kepada orang-orang


Kadazan/Dusun untuk bersuara dan lebih aktif dalam kegiatan-kegiatan politik dan
sosial. Datuk Harris Salleh selaku Ketua Menteri memberi kebebasan kepada
Kadazan/Dusun dan Kristian untuk bergerak cergas dalam persatuan-persatuan agama
Kristian. Malah Datuk Harris Sallah telah mempertimbangkan peruntukkan bagi membina
beberapa buah gereja seperti Scared Heart Cathedral. Datuk Harris menggunakan dasar
demikian kerana kesedearan beliau tentang peri pentingnya sokongan kuat orang-orang

58
Ibid.,hlm.119
59
Ibid.,hlm.120

46
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
Kadazan/Dusun bagi menjamin keutuhan dan kemantapan parti BERJAYA. Pada ketika
itu juga beliau sedar dan mengambil ingatan daripada apa yang berlaku pada USNO.

Selaras dengan dasar untuk memberi kebebasan bergerak kepada semua agama
Datuk Harris juga memberi perhatian kepada hak dan kepentingan orang-orang Islam di
Sabah. Beliau sedar untuk menjamin kekuatan parti seterusnya, maka kepentingan
bumiputera Islam tidak boleh diabaikan. Beliau tidak mahu orang-orang Islam merasa
kedudukan mereka tidak terjamin dalam BERJAYA seperti terbukti dalam keputusan
pilihanraya dalam tahun 1976 dahulu. Selain itu juga, Datuk Harris ingin mewujudkan
perpadauan dan integrasi kaum dengan menubuhkan Kementerian Kebajikan
Masyarakat dan Perpaduan Negara. Tujuannya adalah untuk menggalakkan dan
memperbaiki kesejahteraan rakyat dan untuk mencapai perpaduan negara selaras
dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Idea perpaduan telah ditegaskan oleh
Datuk Harris dalam ucapannya di Parlimen pada 7 Oktober 1977.60

Tetapi untuk mancapai matlamat ini bukanlah mudah lebih-lebih lagi dalam
keadaan di Sabah yang kompleks. Seabagai langkah menuju kea rah tersebut BERJAYA
telah merancangkan beberapa projek pembangunan yang menyeluruh kepada semua
kaum. BERJAYA berpendapat unsure penyatuanboleh digerakkan menerusi
pembangunan yang setara. Diantara projek-projek ekonomi yang dilaksanakan oleh
kerajaan ialah dasar baru pembahagian tanah, pelancaran skim ABC, penubuhan
Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Koperasi Serbaguna Nelayan (Ko-Nelayan) dan
Koperasi Serbaguna Rakyat Jelata.

Dasar pembangunan BERJAYA ini adalah selaras dengan DEB. Justeru itu usaha-
usaha pembangunan yang dirancang oleh BERJAYA mendapat sokongan yang kuat
daripada Kerajaan Pusat. Dengan demikian maka rancangan pembangunan Sabah itu
dapat berjalan dengan licin dan pesat. Di samping itu BERJAYA juga dapat
menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur kepada rakyat. Tetapi BERJAYA lupa
bahawa pembangunan kebendaan sahaja tidak mencukupi.

60
Ibid.,hlm.121

47
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
Tambahan pula, parti-parti seperti USNO dan SCA masih merasa tidak puas hati
terhadap BERJAYA, terutamanya dalam soal pengagihan kekayaan negeri. Dasar
ekonomi BERJAYA dianggap mementingkan faedah kepada ahli-ahli dan sekutu mereka
tanpa menghiraukan golongan-glongan lain. Agensi-agensi ekonomi yang ditubuhkan
seperti KOJASA, KOSAN, KPD dan Ko-Nelayan adalah dikuasai oleh orang-orang
BERJAYA sahaja. Kebanyakkan projek pembangunan itu pula dilaksanakan di bandar-
bandar dan justeru itu lebih menguntungkan penduduk-penduduk di kawasan Bandar.
Dasar berjaya ternyata menimbulkan banyak masalah, dan dengan itu menjadi punca
yang menghalang proses perpaduan . Justeru itu, konsep berbilang kaum yang
didukungnya sejak dari awal itu mula menghadapi kepincangan. Kerajaan BERJAYA
nampaknya tidak dapat lari daripada sikap membalas dendam terhadap parti lawan,
terutamanya USNO. Ramai penyokong-penyokong USNO yang menjadi mangsa apabila
lessen-lesen perniagaan dan pembalakan mereka dirampas dan ada juga yang dibuang
kerja. Faktor ini sedikit sebanyak telah menjauhkan bukan sahaja bekas ahli-ahli USNO
tetapi juga bumiputera Islam.

Bumiputera Islam mula membandingkan dasar BERJAYA dengan dasar yang


dilakukan oleh USNO dahulu. Mereka beranggapan bahawa parti BERJAYA lebih
mementingkan orang-orang Kadazan/Dusun dan orang-orang Cina. Penerimaan rakyat
terhadap BERJAYA hanya bersifat sementara dan bukan bererti konsep perjuangan parti
diterima. Keadaan politik sesame sendir dalam parti BERJAYA walaupun berhasil
memerintah sembilan tahun, adalah tidak tenang. Pergeseran dalam parti di anatara
kaum terus berlaku yang mulanya secara “undercurrent”, secara senyap-senyap dalam
parti itu, tetapi akhirnya keluar juga dengan nyata.61

6.O PERKEMBANGAN POLITIK SARAWAK (1969-1979)

6.1 Kelahiran Parti-parti Politik di Sarawak.

Kepelbagaian etnik di Sarawak menyebabkan mereka memerlukan wakil rakyat bagi


menyuarakan kehendak dan masalah mereka kepada pihak kerajaan. Parti politik yang

61
Ibid.,hlm.122.

48
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
mewakili etnik yang pelbagai ini mempunyai perbezaan dari segi ideologi dan matlamat
perjuangan62. Perkara yang lebih menarik dalam arena politik Sarawak ianya perpecahan
dan gabungan parti politik. Penglibatan aktiviti politik secara rasmi di Sarawak dipelopori
oleh kaum Cina dengan tertubuhnya Sarawak United People’s Party (SUPP) pada tahun
1959.

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) merupakan sebuah parti bercorak pelbagai
kaum tetapi keahliannya terdiri daripada kaum Cina. SUPP merupakan antara parti
politik yang tertua63 parti ini berubah dari sayap kiri, anti–Malaysia ke sebuah parti
politik komponen yang kukuh di bawah Barisan Nasional tanpa melepaskan sokongan
Kaum Cina Sarawak. SUPP, merupakan parti politik komponen yang kedua terbesar
Barisan Nasional di Sarawak. SUPP mendakwa mempunyai 41 836 orang ahli berdaftar
dan 23 929 daripadanya orang Cina64. Objektif SUPP ialah untuk mengkukuhkan hukum
negara iaitu adil dan mewujudkan sikap sama rata bagi semua masyarakat tanpa
mengira budaya dan kepercayaan. Bagi menjaga dan mengekalkan kerajaan yang telah
ditubuhkan berdasarkan Demokrasi Parlimen.Bagi mempromosikan dan memastikan
ekonomi dan budaya semua kaum mencapai tahap tinggi dan khususnya bagi
menaikkan taraf ekonomi dikalangan pekerja dan juga menaikan taraf hidup mereka
yang ketinggalan dalam ekonomi.

Kemenangan SUPP telah mendesak kaum Melayu untuk menubuhkan parti politik
yang baru. Pada 7 Disember 1959, PANAS merupakan parti politik kedua di Sarawak dan
diasaskan oleh Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, kira-kira 10 bulan selepas
penubuhan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang merupakan parti politik pertama
didaftarkan di Sarawak. Pada peringkat permulaannya, PANAS tidak mendapat sokongan
yang menggalakkan daripada penduduk tempatan sendiri. Jumlah keahliannya pada
bulan Febuari 1962 seramai 52 795.65 Ketika itu, PANAS sudah menubuhkan 65
cawangan di seluruh negeri dan dianggotai kira-kira 20,000 orang Melayu, 20,000 orang

62
Ahamd N. Sulaiman, Politik Sarawak, 1994, hlm 21.
63
Kassim Thukiman (2002), Perspektif Sejarah dan Politik: Malaysia, Utusan Publication &
Distibutors SDN.BHD.
64
Lord Cobbold (Pengerusi), Penyata Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak, 1962, hlm. 28.
65
Lord Cobbold, op. cit, hlm 28.

49
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
suku kaum Iban, dan 10,000 orang suku kaum Bidayuh, termasuk beratus-ratus orang
lain daripada kaum Cina.

Setelah pendaftaran PANAS diluluskan secara rasmi pada 9 April 1960, Datu
Bandar Abang Haji Mustapha dilantik sebagai Pengerusi dan Abang Othman, adiknya
yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Penguasa Polis, dilantik sebagai Setiausaha
Agung. Antara tokoh yang menjadi tulang belakang PANAS ialah:

 Naib-naib Pengerusi: William Tan, Edward Jerah dan Austin Jaya


 Penolong Setiausaha Agung: Lo Foot Kee dan Andrew Landau
 Bendahari: Tan Tsak Yu
 Penolong Bendahari: Leong Ho Yuen
 Ahli Majlis Tertinggi: Tan Sri Datuk Ikhwan Zaini
 Ahli-Ahli Jawatankuasa: Penghulu Haji Dol Osman, Abong Taib, Jalel Ubong,
Stephen Harry, Edward Menlis, Sim Peng Cho, Chin Poh Luke, dan Ngui Ah Sin.

Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) merupakan salah satu bekas parti politik
berperingkat negeri yang ditubuhkan pada 4 Disember 1961 di Sarawak, Malaysia66.
Parti ini merupakan parti politik alternatif kepada masyarakat Islam, dan mendapat
sokongan kuat daripada orang Melayu dan suku kaum Melanau di kawasan pilihan raya
Sri Aman dan Sibu. Parti ini juga memperjuangkan Persekutuan Borneo-Bornesia di
bawah naungan Sultan Brunei.67 Pada bulan Mac 1968, parti ini bergabung dengan Parti
Negara Sarawak (PANAS) untuk membentuk Parti Bumiputera yang kemudian
bercantum dengan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) untuk menubuhkan Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada 30 April 1973. Semasa penubuhannya,
BARJASA dipengerusikan oleh Tuanku Haji Bujang, dengan Encik Alfred Unteng Mason
selaku Setiausaha Agungnya. Penyertaan keahlian kebanyakannya daripada golongan
muda yang berpelajaran, termasuk Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Parti Kebangsaan Sarawak (bahasa Inggeris: Sarawak National Party; singkatan:


SNAP) ditubuhkan pada 10 April 1961 oleh sekumpulan pekerja Shell yang berketurunan

66
Ahamd N. Sulaiman, op. cit, hlm 28.
67
Michael B. Leigh (1998), The Rising Moon,

50
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
Iban yang berasal dari Saribas dan pekerja Shell di Brunei dan kawasan yang
berdekatan dengan Sarawak. Pengerusi yang pertama ialah J.S. Tinker dan Setiausaha
Agung Parti pertama ialah Stephen Kalong Kingkan, pembantu hospital Syarikat Shell
Brunei. Penubuhan SNAP memberi pilihan kepada kaum Dayak bergerak dalam bidang
politik, terutamanya kepada mereka yang tidak berminat menyertai mana-mana parti
lain. Selain itu, ia memberi penekanan perjuangan kebangsaan Sarawak dan kemajuan
bumiputera.68 SNAP ditubuhkan sebagai reaksi kaum Dayak terhadap penubuhan SUPP,
PANAS dan Barjasa kerana sebagai kaum terbesar di Sarawak, kaum Dayak merasakan
perlu untuk menubuhkan sebuah parti politik sendiri. Pada dasarnya, perjuangan SNAP
bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Iban, walaupun terdapat sebilangan kecil
kaum Bidayuh yang menyertai parti itu. Kaum Iban merasakan kepentingan mereka
kurang mendapat perhatian parti-parti politik yang sedia ada di Sarawak. Oleh itu,
mereka mengusahakan penubuhan SNAP (Leigh, 1988:32-5) (Ruslan Zainuddin,
2000:486). Ia telah menjadi salah sebuah parti komponen Barisan Nasional semenjak
penubuhan gagasan Malaysia.

Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA), atau dikenali juga sebagai PAPAS, merupakan
salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962
di Sarawak, Malaysia. Parti ini merupakan parti politik kedua kaum Iban selepas Parti
Kebangsaan Sarawak (SNAP) didaftarkan pada Mac 1961. Bersama-sama empat orang
pemimpin daripada kaumnya di Sibu, Tun Jagaya yang meninggalkan Parti Negara
Sarawak (PANAS) mengasaskan PESAKA untuk menentang SNAP yang mendapat
sokongan yang kuat daripada kaum Iban Sibu. Pada 30 April 1973, PESAKA bergabung
dengan Parti Bumiputera untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
(PBB).

Orang Cina yang tidak serasi dengan SUPP bertindak menubuhkan Sarawak Chinese
Association (SCA) pada Julai 1962, hasil dua kumpulan peniaga Cina daripada suku
Teochew, Kuching dan suku Foochow, Sibu. Kemungkinan Sarawak akan mencapai
kemerdekaan pada tahun 1963 menyebabkan orang Cina yang kaya melihat betapa
perlunya penubuhan sebuah parti alternative kepada SUPP. Fahaman Sosialis SUPP dan
tentangannya terhadap kerajaan telah mendorong golongan kaya Cina menubuhkan

68
. Michael B. Leigh, op. cit, hlm 25

51
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
SCA. Pengerusi pertama SCA disandang oleh William Tan iaitu orang suku Teochew
yang mendapat pendidikan awal di sekolah Bantuan St Joseph Kuching. Selain peniaga
Cina yang kaya, SCA juga diasaskan oleh pelajar Cina yang berpendidikan Inggeris dan
mereka yang tidak berpuas hati dengan perjuangan SUPP (Michael Leigh 1988:22)
Majlis Tertinggi pertama SCA telah dianggotai oleh majority kaum Cina Kuching
(Bahagian Satu) yang terdiri daripada suku Teochew. Walau bagaimanapun, beberapa
tahun kemudian Majlis Tertinggi SCA berpindah tangan kepada suku Foochow yang
berasal dari bahagian Ketiga. Pada mulanya, SCA mendapat sokongan berasaskan
kumpulan dialek dan peranannya sebagai parti yang menjaga kepentingan orang kaya
Cina.

6.2 Pilihan Raya 1970

Pilihan raya umum yang dijadualkan pada tahun 1969 telah ditangguhkan di
Sarawak kerana rusuhan kaum yang meletus di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969.
merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik,
ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu
peristiwa yang berlaku secara tiba- tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi
ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku
sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor
yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu, kesan peninggalan
penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan
diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara
kaum di Tanah Melayu.

Pilihan raya di Sarawak ditunda sehingga tahun 1970. Menjelang tahun 1970,
berlaku krisis di dalam gabungan Perikatan. Antara krisis berlaku adalah SUPP menyertai
Kerajaan manakala SNAP menjadi pembangkang. Parti PESAKA mula rasa terancam
dengan golongan peribumi Islam atau Melayu-Melanau menjadi semakin kuat dengan
kelahiran BUMIPUTERA dan bimbang dengan dominasi mereka. PESAKA berniat untuk
membentuk satu gabungan lain yang dapat mengekalkan penguasaan Iban bagi
mengetuai kerajaan di samping berperanan sebagai sesuatu usaha mengimbangi

52
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
penguasaan politik Melayu-Melanau. Pada 20 Ogos 1969, Tun Abdul Razak membuat
perjumpaan dengan wakil parti politik di Sarawak termasuk SNAP, SUPP, PESAKA dan
BUMIPUTERA. Dalam perjumpaan itu, wakil SUPP dan SNAP mencadangkan agar pilihan
raya yang ditangguhkan itu disambung semula secepat mungkin. Walau bagaimanapun,
PESAKA dan BUMIPUTERA kerana pada masa itu aktiviti komunis di Sarawak dianggap
serius oleh pihak kerajaan menyebabkan langkah berjaga-jaga diambil untuk menjamin
keselamatan. Tambahan pula, pada masa itu ialah musim hujan di Sarawak.

Tun Abdul Razak telah mengambil langkah untuk membuat perundingan dengan
pemimpin SUPP. Perundingan ini dijangka diadakan antara pengerusi SUPP dengan Tun
Abdul Razak sebaik sahaja pilihan raya Sarawak pada Jun 1970 selesai (Suara Rakyat
1980:72) Pemimpin di Kuala Lumpur menyedari kerjasama dengan salah sebuah parti
pembangkang sangat diperlukan untuk membentuk kerajaan campuran pertama
Sarawak dan SUPP menjadi pilihan, kerana hubungan baik antara pemimpin SUPP
dengan kerajaan pusat. Disamping itu, peranan Abdul Rahman Yaakub menyusun
strategi pembentukan kerajaan campuran pada masa itu ternyata bijak.

Pilihan raya pada pertengahan tahun 1970 dan keputusan memperlihatkan


pengagihan sokongan yang sangat seimbang. Parti PESAKA yang cukup kuat dalam
pilihan raya sebelum itu telah merosot pencapaiannya denga hanya memenangi 8
kerusi, BUMIPUTERA, SUPP dan SNAP masing-masing mendapat 12 kerusi dan SCA
hanya 3 kerusi. Sebuah lagi kerusi menjadi milik calon bebas. (Roff M.C. 1974: 143) Dua
hari selepas keputusan pilihan raya diumumkan, wakil kerajaan pusat; Senu Abdul
Rahman dan pemimpin SUPP; Stepen Yong dan Ong Kee Hui mengadakan mesyuarat
yang telah mengadakan empat perkara penting seperti yang berikut:
i. Seorang calon Bumiputera akan menjadi ketua menteri dan seorang calon SUPP
akan menjadi timbslsn ketua menteri. Seorang lagi timbalan ketua akan dilantik
daripada kaum Iban.
ii. Perkara penting termasuk polisi kerajaan dianggap berkaitan dengan
kepentingan negeri dan parti hendaklah dipersetujui bersama sebelum
keputusan dibuat.

53
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
iii. Perlantikan menteri dan pembahagian portfolio hendaklah dipersetujui bersama
sepenuhnya sebelum diputuskan.
iv. Semua janji yang telah dibuat oleh SUPP semasa pilihan raya hendaklah
dilaksanakan setakat yang patut.
(Sarawak United People’s Party 1988: 8)
Berdasarkan persetujuan syarat di atas, SUPP bersedia untuk membentuk
kerajaan campuran bersama parti BUMIPUTERA, SCA, dan PESAKA. Dengan penyertaan
SUPP dalam Perikatan Sarawak, parti PESAKA dan SCA menjadi kurang berpengaruh,
manakala parti yang menjadi dominan ialah BUMIPUTERA dan SUPP.

Jadual 1.0 : Keputusan Pilihan Raya 1970

Bil Parti Politik Jumlah Kerusi


1 PESAKA 8
2 BUMIPUTERA 12
3 SUPP 12
4 SNAP 12
5 SCA 3
6 CALON BEBAS 1
Jumlah Keseluruhan Kerusi Dipertandingankan 48

Gabungan SUPP menjadi bersama parti Perikatan bukanlah satu keputusan satu
keputusan yang terburu-buru oleh pemimpin SUPP. Stepen Yong yang mengulas hal ini
menyatakan:

Telah menjadi matlamat asas parti kami untuk berkhidmat kepada


rakyat dan melihat hak-hak mereka yang sah dilindungi serta
aspirasi mereka tercapai. Sementara sebagai pembangkang,
kebanyakan cadangan dan idea kami kea rah matlamat tersebut
tidak dapat diimplementasi kerana sama ada ia dibantah atau
tidak diterima oleh kerajaan yang berkuasa. Ramai ahli kami
ditahan dan diganggu. Kami berpendirian bahawa seandainya

54
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
prinsip kami dalam janji-janji pilihan raya dapat dilunaskan atau
dilaksanakan, kami menerima prinsip kerjasama dengan kerajaan
persekutuan (SUPP 1988, 72)

Parti SUPP juga sebenarnya pada masa itu sedang menghadapi masalah
perpecahan dalaman atau factionalism . Muncul dua pihak yang utama dalam parti itu
yang terhasil daripada usaha membentuk kerajaan campuran ini. Dua pihak ini dikenali
sebagai puak berhaluan kanan dan berhaluan kiri. Golongan kanan atau sederhana ini
merasakan tidak ada masalah, malah mereka berpendapat menguntungkan SUPP jika
bergabung bagi membentuk kerajaan campuran tetapi golongan kiri yang kuat sekali
berfahaman komunis menentang hasrat ini. Krisis dalam parti ini akhirnya menyebelahi
aliran kanan apabila mereka berjaya membawa parti memasuki kerajaan campuran.
Dengan kemasukan ini golongan kiri parti ini lama menjadi semakin lemah dan akhirnya
dapat dihapuskan denga bantuan kerajaan pusat. Kesan langsung peristiwa ini adalah
Perjanjian Sri Aman dimeteraikan pada Mac 1974 antara pemimpin gerakan komunis
Bong Kee Chok denga Abdul Rahman Yaakub. Setelah perjanjian ini terbentuk ramai
anggota komunis menyerah diri secara berkelompok. Perjanjian ini sekali gus telah
menghasilkan keamanan bagi negeri Sarawak. Penduduk Cina khususnya berasa lebih
selesa dengan perkembangan ini apabila tidak lagi timbul perasaaan gusar terhadap
gerakan komunis.

Kabinet yang dibentuk memperlihatkan kemunculan Abdul Rahman Yaakub dari


BUMIPUTERA sebagai ketua menteri, manakala Stepen Yong Kuet Sze dari SUPP dan
Simon Dembab Maja dari PESAKA menjadi timbalan ketua menteri. Parti PESAKA pada
mulanya menentang pemilihan Abdul Rahman Yaakub, seorang Melanau menjadi ketua
menteri. Mereka masih mahu jawatan tersebut disandang oleh seorang Iban seperti dua
ketua menteri sebelum itu. Bagaimanapun Abdul Rahman Yaakub berkeras dengan
keputusan tersebut. PESAKA sendiri, dengan hanya memiliki lapan kerusi negeri pada
pilihan raya lalu tidak mempunyai suara yang kuat untuk keputusan itu. Kerajaan pusat
juga kelihatan menyokong pemilihan Abdul Rahman Yaakub. Pemilihan anggota kabinet
negeri di bawah Rahman Yaakub ini kelihatan mengutamakan perwakilan yang
seimbang daripada parti komponennya kerana perwakilannya BUMIPUTERA, PESAKA

55
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
dan SUPP hampir sama ramai bilangannya, kecuali SCA yang ternyata lemah
pencapaiannya semasa pilihan raya 1970 dahulu. Pencapaian SCA yang semakin
menurun menyebabkan akhirnya parti ini dibubarkan pada tahun 1974 dan ramai bekas
ahlinya berpindah menyertai SUPP. Di pihak pembangkang pula, kemasukan SUPP ke
dalam Perikatan Sarawak telah menjadikan SNAP sebagai parti pembangkang yang
tunggal.

6.3 Pilihan Raya 1974

Sarawak mencapai satu kemajuan politik apabila BARJASA dan PANAS


bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera pada bulan Mac 1968. Datuk Patinggi
Taib menjadi penggerak utama ke arah pergabungan ini. Parti Bumiputera diketuai oleh
Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini, dengan Datuk Taib memegang
jawatan Setiausaha Agung. Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti
Bumiputera dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun
Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai
Presiden pertama PBB. Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara
automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada 1981 sehingga
sekarang . Pilihan raya tahun 1974 sekali lagi lagi telah telah memberi mandat kepada
kerajaan PBB, SUPP dan SCA. Walau bagaimanapun, apa yang tidak menyenangkan
Ketua Menteri Abdul Rahman Yaakub ialah kedudukan SNAP yang masih lagi
berpengaruh. Sokongan yang diterima masih tinggi. Malah sebaliknya SNAP berupaya
menambahkan kerusi daripada 12 kepada 18 dalam pilihan raya ini. Sebenarnya
kedudukan kedudukan kerusi SNAP adalah sepuluh sahaja. Parti ini kehilangan dua
kerusi negeri sebelum menghadapi pilihan raya 1974 kesan dari dua orang ADUNnya
yang melompat ke dalam PESAKA dan BUMIPUTERA. Di samping dua ADUN ini SNAP
juga kehilangan seorang ahli parlimen yang juga bertindak menyertai kerajaan (Leigh
1988,148) Melihatkan perkembangan ini Rahman Yaakub mula memikirkan suatu usaha
untuk mengatasinya. SNAP masih berupaya menarik sokongan ramai, malah berjaya
mengalahkan beberapa pemimpin utama seperti Tawi Sli yang sebelum ini pernah
menjadi Ketua Menteri Sarawak, Thomas Kana, Leonard Linggi Jugah dan Kenneth
Kanyan dalam pilihan raya ini( Searle 1983,183). Sokongan yang besar ini juga

56
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
menunjukkan betapa ramai rakyat yang menolak kerajaan. Dengan itu Rahman Yaakub
mula memikirkan untuk menarik SNAP kembali menyertai barisan kerajaan.

Jadual 1.1 : Keputusan Pilihan Raya 1974

Bil. Parti Politik Jumlah Kerusi


1 PBB 18
2 SUPP 12
3 SNAP 18
Jumlah Keseluruhan Kerusi Dipertandingankan 48

Beberapa rundingan dibuat dengan pemimpin SNAP dan di tahap awal mereka
menghadapi sedikit kesukaran kerana hubungan yang memang tidak baik antara
pemimpin SNAP, Stephen Kalong Ningkan dan Ketua Menteri Abdul Rahman Yaakub.
Milne dan Mauzy(1982,265) yang mengulas peristiwa ini menyatakan bahawa kebuntuan
ini kemudiannya dapat diselesaikan apabila Rahman Yaakub membawa usul pemberian
pencen kepada bekas ketua menteri tersebut di dewan undangan negeri. Kelihatan
Ningkan boleh bertolak ansur dengan usul tersebut. Faktor pencen ini adalah sampingan
pendirian SNAP ini adalah penahanan James Wong, seorang pemimpin utama SNAP di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri69. Akhirnya pada Jun 1976 SNAP secara
rasminya menyertai barisan parti kerajaan menjadikan Dewan Undangan Negeri
Sarawak buat pertama kalinya tidak mempunyai sebarang ADUN pembangkang. Itupun
setelah Ningkan ditewaskan oleh Dunstan Endawie bagi merebut jawatan presiden parti.
Penyertaan dibuat tidak lama selepas James Wong dibebaskan daripada tahanan ISA.
Kesan yang jelas hasil kemasukan SNAP ke dalam Barisan Nasional ialah berlakunya
rombakan kabinet, yang membolehkan wakil SNAP menyertai kabinet. Akibatnya, SNAP
telah bertapak menjadi salah sebuah parti komponen Barisan Nasional yang terkuat
mengatasi pengaruh SUPP dengan memiliki 18 buah kerusi dalam dewan undangan
negeri dan mempunyai kedudukan yang kukuh untuk bersuara. Pemimpin SNAP telah
menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap peruntukkan jawatan kabinet

69
Abdul Rahman Hj. Ismail (2005), Sejarah Kenegaraan dan Politik: Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

57
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
kepada wakil mereka dan sebagai bantahan, beberapa orang pemimpin SNAP telah
menyediakan surat perletakan jawatan. (Peter Searle 1983: 189)

Bagi mengelakkan pertelingkahan yang berpanjangan, Abdul Rahman Yaakub


merombak sekali lagi kabinet yang telah dibentuk. Dalam rombakan kali ini, Dunstan
Endawie dilantik menjadi Menteri Kerja Raya dan Perhubungan manakala Leo Moggie
sebagai Menteri Kerajaan Tempatan. Bagaimanapun, SNAP masih lagi tidak puas hati
dengan susunan kabinet baru ini kerana Sim Kheng Hong dari SUPP diberikan jawatan
yang lebih berpengaruh iaitu sebagai Menteri Pembangunan (Peter Searle 1983: 196).
SNAP dan SUPP sering tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan Abdul Rahman
Yaakub menuju kepada autokratik. Hal ini dinyatakan olehnya yang berbunyi:

“Rahman Yaakub was becoming increasingly autocratic. He did


not tolerate unions, associations or indivuals making demands
publicly.”

Penubuhan Parti Rakyat Jati Sarawak (PAJAR) pada Febuari 1978 dan dengan ini
wujud sebuah parti alternatif untuk orang Melayu yang tidak puas hati dengan PBB di
bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub. Sebagai persediaan menghadapi pilihan raya
tahun 1978, PAJAR mendedahkan isu rasuah, pilih kasih dalam perkhidmatan awam dan
program pembangunan yang tidak berkesan di Sarawak. Abdul Rahman Yaakub
menganggap bahawa perjuangan PAJAR hanya untuk memenangi satu atau dua kerusi
bagi mencabar keupayaan beliau dalam membentuk kerajaan. Menurut Alli Kawi pula,
penubuhan parti PAJAR adalah atas sebab kekecewaan masyarakat Melayu di bawah
pimpinan Abdul Rahman Yaakub (Far Eastern Economic Review, 2 Jun 1978: 36) Tidak
berapa lama selepas penubuhan PAJAR70, sebuah lagi parti baru iaitu SAPO71 (Sarawak
People’s Organization) pula ditubuhkan oleh golongan yang tidak berpuas hati dengan
perjuangan SNAP yang telah menyertai Barisan Nasional pada tahun 1976. SAPO
dipimpin oleh Raymond Szetu yang berlandaskan perjuangan parti tersebut kepada
slogan “Sarawak untuk orang Sarawak” Isu yang sering diketengahkan oleh SAPO

70
Abdul Rahman Hj. Ismail, op. cit, hlm 364.
71
Ibid, hlm 364.

58
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________
adalah tentang ketidakadilan kerajaan pusat kepada negeri Sarawak. Isu pembahagian
hasil minyak sering diketengahkan oleh SAPO. Menurut Raymond Szetu:

“We see our production sharing agremment between


Sarawak and Petronas and we can Immediately realise
who controld our state Sarawak recieves only 5% from our
oil produced whereas in the days of the British colonialis,
we recieved 10%.
(Sapo Monthly Vol. 2, Oktober 1980: 1)

Walau bagaimanapun, keputusan pilihan raya 1979 telah menunjukkan bahawa


parti PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB) di bawah kepimpinan Abdul Rahman
Yaakub masih lagi teguh. Parti PAJAR mendapat kekalahan teruk manakala SAPO pula,
menang satu kerusi parlimen yang dahulunya dipegang oleh calon SUPP.

59
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________

RUJUKAN:

Abdul Rahman Haji Ismail,( 2005), Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik,
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Yusoff. 2004. Politik dan Agama di Sabah. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kassim Thukiman (2002), Perspektif Sejarah dan Politik: Malaysia, Utusan Publication &
Distibutors SDN.BHD.

Leon Comber, (1981), A survey of Sino- Malay Relations, Kuala Lumpur:

Heinemann Asia Ltd.

Leon Comber : Terjemahan Omardin Ashaari,(1985) Peristiwa 13 Mei : Sejarah


Perhubungan Melayu – Cina. Petaling Jaya.

Lord Cobbold (Pengerusi), Penyata Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak.
Kuala Lumpur

Mohd Idris Salleh e.all. (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi :
Utusan Publication Sdn.Bhd. hlm 105

Nazaruddin Mohd. Jalil, (2001), Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan,


Petaling Jaya:Prentice Hall.

Rozeman Abu Hassan (2003). Tun Abdul Razak Bi Dato’ Hussien. Perak: Universiti
Perguruan Sultan Idris.

Sabihah Osman. 1986. Perubahan dalam Pembangunan. Bangi: Universiti Kebangsaan


Malaysia.

Shariff Ahmad (1999). Tun Razak putera Titiwangsa. Kuala Lumpur:


Utusan Publication & Distibutors SDN.BHD, hal. 169.

60
Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990)
________________________________________________________________________

Zainuddin B. Maidin (2002). MAHATHIR, Di Sebalik Tabir. Kuala Lumpur:


Utusan Publication & Distibutors SDN.BHD, hal. 26.

61

You might also like