You are on page 1of 1

SHABANA MUNAWWARAH BINTI ISHAK PISMP BM A SEM 2 AMBILAN JAN 2011

Kaitkan Falsafah TGFU dengan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Falsafah TGFU menerangkan bahawa pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan. Manakala dasar 1M1S pula berhasrat memupuk budaya bersukan di kalangan murid supaya menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas di samping dijadikan serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Falsafah TGFU dan dasar 1M1S dapat dikaitkan apabila seseorang murid menyertai satu sukan permainan, mereka akan menggunakan segala kemahiran yang telah diajar oleh guru untuk dipraktik dalam permainan yang dimainkannya dan membuat keputusan sesuai semasa permainan dijalankan. Sebagai contoh, permainan Sofbol. Pitcher akan menggunakan kemahiran pitching untuk melontar bola secara tepat kepada Catcher agar pemukul tidak dapat memukul bola yang dilontarkan oleh Pitcher. Pitcher juga perlu membuat keputusan dengan tepat untuk mendapatkan balingan strike ball dan bukannya ball. Contoh seterusnya, apabila bola yang dipukul oleh pemukul tidak jauh dan Pitcher dapat menyambut bola tersebut, Pitcher perlu membuat keputusan sama ada hendak membalingkan bola tersebut kepada pemain di First Base atau di Second Base untuk mematikan pelari di dalam Diamond. Pitcher perlu merancang strategi untuk mematikan pihak lawan dan perlu menghantar bola dengan tepat agar bola tidak tersasar dari Glove yang telah ditarget oleh Pitcher. Pemain yang menjadi pemadang juga perlu bijak mengatur strategi untuk mengelakkan pemain lawan mendapat mata apabila berjaya menghabiskan satu larian di dalam base dengan selamat sampai ke home plate. Model TGFU dan dasar 1M1S mempunyai persamaan iaitu menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan. Oleh demikian, apabila pelajar sering melibatkan diri dalam pelbagai jenis permainan, perkembangan JERI para pelajar juga dapat diseimbangkan. Tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah juga tidak lagi pasif dan mempunyai semangat untuk belajar kerana cergas dengan melakukan pelbagai aktiviti sukan di luar bilik darjah.

You might also like