You are on page 1of 18

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru Geografi

saya, Puan Maznah Saat kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam

menjalankan projek Kerja Kursus Geografi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih

kepada pengetua sekolah, Puan Hasnah Hamid yang telah memberikan kebenaran untuk

saya menjalankan kajian ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan juga kepada kedua ibu

bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan serta tunjuk ajar kepada

saya ketika menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang

turut membantu saya iaitu, Radha, Sharmein, Xiao Fang dan Afiqah kerana sudi

berkongsi maklumat yang berkaitan dengan Bukit Jalil dan juga yang telah sudi menjadi

respondan saya dalam kajian ini.


Saya memilih tajuk, “Petempatan dan Perkembangannya di Bukit Jalil dan Dibandingkan

dengan Singapura” untuk projek Kerja Kursus Geografi. Saya memilih kawasan Bukit

Jalil ini kerana menepati tajuk kajian dan kawasan ini juga berhampiran dengan rumah

dan sekolah saya. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah selama lapan

minggu.

Negara yang dibandingkan dengan kawasan Bukit Jalil ialah Singapura. Saya

memilih Singapura sebagai negara bandingan kerana negara tersebut terletak

berhampiran dengan Malaysia, iaitu di hujung selatan Semenanjung Malaysia. Singapura

adalah sebuah negara yang pesat membangun dengan pelbagai jenis kegiatan ekonomi

dan juga merupakan sebuah negara yang berkeluasan kecil.


Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:-

 Mengkaji jenis dan pola petempatan di Bukit Jalil dan dibandingkan dengan

Singapura.

 Menghuraikan faktor yang mempengaruhi petempatan di Bukit Jalil dan

dibandingkan dengan Singapura.

 Menjelaskan fungsi petempatan di Bukit Jalil dan dibandingkan dengan

Singapura.

 Menghuraikan masalah petempatan di Bukit Jalil dan dibandingkan dengan

Singapura.

 Mengenal pasti langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan di

Bukit Jalil dan dibandingkan dengan Singapura.

 Menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap Bukit Jalil.


Kawasan kajian saya ini ialah Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Saya memilih kawasan Bukit

Jalill ini kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Bandaraya Kuala Lumpur, iaitu

kira-kira 20 km. Bentuk muka bumi di sekitar Bukit Jalil ialah kawasan tanah tinggi iaitu

diantara 0-150 meter dari aras laut. Bukit Jalil terletak di sebelah utara. Ketinggian

permukaan bumi di sini melebihi 1500 meter.


a) Pemerhatian : Saya membuat pemerhatian tentang petempatan di Bukit Jalil.

b) Temu bual : Saya telah menemu bual ayah, ibu dan abang saya iaitu, Encik

Dahalan Yaacob, Puan Noraihan Salleh dan Encik Mohd Adib

Safwan Dahalan yang telah memberi maklumat tentang Bukit

Bukit.

c) Soal Selidik : Saya menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat

yang paling tepat. Saya telah menyediakan satu set soal selidik

untuk diajukan kepada 20 respondan di Bukit Jalil.

d) Rujukan : Saya telah melayari internet untuk mendapatkan peta daerah

Bukit Jalil dan peta negara Singapura serta maklumat-maklumat

yang berkaitan.
8.1 Jenis dan pola petempatan

Kawasan kajian saya adalah di Bukit Jalil. Jenis petempatan di Bukit Jalil adalah

petempatan bandar kerana penduduknya yang padat. Kepadatan penduduknya adalah

lebih daripada 200 orang sekilometer persegi. Pola petempatan di kawasan Bukit Jalil

ialah berpusat kerana setiap rumah dihubungkan dengan jalan raya untuk

memudahkan pergerakan penduduk dan jumlah penduduknya juga agak padat.

Berbanding dengan Singapura jenis petempatanya adalah petempatan bandar. Ini

kerana penduduknya yang sangat padat dan tidak sesuai dengan keluasan Singapura

yang agak kecil jika dibandingkan dengan Malaysia. Pola petempatan di Singapura

ialah berpusat kerana rumah dan bangunan banyak dibina rapat-rapat. Saya berasa

amat bersyukur dan selesa tinggal di kawasan Bukit Jalil kerana kejadian yang

berlaku di Singapura tidak terjadi di kawasan Bukit Jalil.


8.2 Faktor yang mempengaruhi petempatan

Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi yang terdapat di Bukit Jalil adalah tanah tinggi.

Melalui pemerhatian saya, sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan ini

terdiri daripada tanah pamah yang luas dan rata. Keadaan bentuk muka buminya

yang hampir rata memudahkan pembinaan petempatan di kawasan Bukit Jalil.

Di negara yang saya bandingkan iaitu Singapura, saya dapati bentuk muka

buminya adalah tanah pamah tetapi terletak di kawasan kepulauan yang kecil dan

kedudukannya terletak di antara Malaysia dan Indonesia. Selain itu, Singapura

juga merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yang terletak di penghujung

Semenanjung Malaysia.

Saya sangat berbangga tinggal di Malaysia kerana di sini terdapat pulau

yang luas dan bersih sama juga jika dibandingkan dengan Singapura pulaunya

agak kecil tetapi kelihatan bersih.


Kegiatan ekonomi

Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Bukit Jalil ialah

perniagaan dan perkhidmatan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan dan

perkhidmatan yang dijalankan serta dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kedai

menjual makanan, kedai menjual pelbagai barangan dan kedai yang menyediakan

pelbagai perkhidmatan.

Di kawasan Bukit Jalil terdapat perniagaan yang menjual makanan seperti

Restoran Seri Baiduri, AZM Catering, Kak Non Catering dan sebagainya,

manakala perniagaan yang menjual pelbagai barangan ialah 7 Eleven, Watson dan

banyak lagi. Selain itu, terdapat juga kedai yang menyediakan pelbagai

perkhidmatan seperti kedai Hasnah Textile dan kafe siber.

Dari segi kegiatan ekonomi di Singapura pula terdapat banyak perniagaan

yang dijalankan iaitu kedai menjual makanan, kedai menjual pelbagai barangan

dan kedai yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Perniagaan di Singapura

lebih maju daripada Bukit Jalil kerana penduduknya yang padat telah

mempengaruhi kegiatan ekonomi.

Walaupun kegiatan ekonomi di Singapura lebih maju daripada Bukit Jalil

tetapi saya tetap berbangga menjadi warganegara Malaysia.


Darjah ketersampaian

Darjah ketersampaian di Bukit Jalil adalah tinggi. Berbanding Singapura

saya dapati darjah ketersampaiannya adalah tinggi.

8.3 Fungsi petempatan

Fungsi petempatan di kawasan Bukit Jalil ialah perniagaan kerana terdapat

banyak kedai. Dibandingkan dengan Singapura, fungsi petempatannya ialah perniagaan

kerana di sana terdapat pelbagai jenis kedai. Walaupun Bukit Jalil tidak semaju

Singapura dari segi perniagaan tetapi saya sangat gembira tinggal di sini.

8.3 Masalah petempatan

Terdapat pelbagai masalah petempatan di kawasan Bukit Jalil. Antara

masalah tersebut ialah kesesakan lalulintas dan pencemaran. Masalah kesesakan

lalulintas berlaku pada waktu pagi dan petang. Ini kerana semua orang sibuk pergi

dan juga balik kerja. Selain itu, masalah pencemaran pula terjadi disebabkan

penduduk tidak menggunakan tong sampah dengan baik dan akan menyebabkan

bau busuk.
Saya dapati Singapura juga mempunyai masalah yang tersendiri.

Antaranya ialah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat tinggal. Masalah

petempatan di Singapura lebih kurang sama dengan Bukit Jalil. Kesesakan

lalulintas berlaku disebabkan jalan yang kecil dan sempit. Kekurangan tempat

tinggal berlaku akibat kekurangan tanah untuk membina rumah yang baru.

Keadaan ini berlaku disebabkan kepadatan penduduk Singapura.

Saya berasa amat bersyukur kerana penduduk di Bukit Jalil tidak

mengalami masalah petempatan yang sama seperti di Singapura yang kekurangan

tempat tinggal.

8.5 Langkah mengurangkan masalah petempatan

Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah petempatan di Bukit Jalil

adalah seperti berikut. Bagi masalah kesesakan lalulintas, jalan raya haruslah

dinaik tarafkan dan diperlebarkan. Pencemaran boleh dikurangkan jika pihak

kerajaan menguatkuasakan undang-undang seperti mengenakan denda yang tinggi

bagi orang yang membuang sampah.


Berbanding dengan Singapura, terdapat pelbagai cara boleh digunakan

untuk membantu menyelesaikan masalah petempatan ini. Masalah kesesakan

lalulintas seperti sudah menjadi kebiasaan di Singapura, tetapi keadaan ini harus

dielakkan. Ianya sama juga seperti keadaan di Bukit Jalil, melebarkan jalan raya

harus digunakan sebagai alternatif utama dalam membantu menyelesaikan

masalah. Bagi masalah kekurangan tempat tinggal pula, kita tidak dapat

membantu sepenuhnya untuk menambahkan bilangan tempat tinggal. Jadi sebagai

langkahnya, pihak kerajaan seharusnya membina rumah atas air.

Saya berasa berbesar hati kerana saya dapat mengurangkan masalah

petempatan di Bukit Jalil dengan lebih mudah. Jika hendak dibandingkan dengan

Singapura terdapat beberapa kesulitan untuk menangani masalah petempatan di

Singapura.
Kajian yang telah dijalankan di Bukit Jalil di Kuala Lumpur ini telah memberi

pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengkaji

jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu Bukit Jalil. Selain

itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruhi

petempatan di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi, perkembangan ekonomi dan

sebagainya. Berdasarkan kajian yang saya jalankan, saya dapat menjelaskan fungsi

petempatan di kawasan Bukit Jalil dan juga negara Singapura ianya tidak banyak

persamaan. Di samping itu, saya dapat mengenal pasti masalah di kawasan Bukit Jalil

dan negara Singapura serta mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk

mengurangkan masalah petempatan.

Akhir sekali, hasil dari kajian saya, saya ingin mencadangkan supaya penduduk di

Bukit Jalil bersatu padu. Saya sebagai seorang warganegara Malaysia berasa amat

bersyukur kerana mempunyai negara yang amam merdeka dengan pelbagai kemudahan

yang disediakan.
Jadual di bawah menunjukkan jenis kegiatan ekonomi di sekitar Bukit Jalil:-

JENIS PERNIAGAAN BILANGAN


Kedai menjual makanan 10
Kedai menjual pelbagai
6
barangan
Kedai yang menyediakan
3
pelbagai perkhidmatan
Jumlah 19
Faktor
mempengaruhi
petempatan
di
Bukit Jalil

Bentuk Muka
Bumi

Tanah Tinggi Tanah Pamah Perkhidmatan Perniagaan


Buku Ilmiah

Chong Mui Sen, Azizan Hj. Abu Samah, 2003. Geografi Tingkatan 2.

Malaysia : Percetakan Saufi.

Abd Rahim Md Noor, 2004. Geografi Tingkatan 3.

Malaysia : Cerdik Publication Sdn. Bhd.

Orang Sumber

Encik Dahalan bin Yaacob, 53 tahun, No 5222-5 Kuarters Guru Sekolah Sukan Bukit

Jalil,57000 Kuala Lumpur.

Puan Noraihan binti Salleh, 50 tahun, No 5222-5 Kuarters Guru Sekolah Sukan Bukit

Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

Encik Adib Safwan bin Dahalan, 27 tahun, No 3 Taman Sri Siantan, 57000 Kuala

Lumpur.

Internet
http://maps.701panduan.com/?

zoom=4&lat=3.11164&lon=101.64237&layers=BTT0T&keyWord=bukit

%20jalil&area=All

http://www.dromoz.com/directory/place/?id=3593&p=bukit+jalil

http://www.stayressingapore.com/images/singapore-map.jpg

http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore

http://en.wikipedia.org/wiki/Bukit_Jalil
Borang Soal Selidik

o Nama : _________________________________________

o Umur :( ) 18-30an ( ) 30-50an ( ) 50 ke atas

o Jantina :( ) lelaki ( ) perempuan

o Bangsa :( ) Melayu ( ) India


( ) Cina ( ) Lain-lain

o Jenis pekerjaan :( ) kerajaan ( ) swasta ( ) sendiri

o Jenis bentuk muka bumi di kawasan kajian:

( ) rata ( ) tanah tinggi


( ) bukit-bukau ( ) paya

o Masalah yang dihadapi di kawasan Bukit Jalil:

( ) kesesakan lalulintas ( ) pencemaran


( ) kekurangan tempat tinggal ( ) kekurangan infrakstrutur

You might also like