You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK MENARA 21210 KUALA TERENGGANU KUALA TERENGGANU.

TEL: 09- 6156686


MINIT MESYUARAT KANTIN DAN RMT KALI PERTAMA TAHUN 2013

Tarikh Hari Masa Tempat

: 20 Februari 2013 : Rabu : 1.15 : Kantin sekolah

Kehadiran : 1. Pn. Maznah Bt Mohamad Zin (Pengerusi) 2. Pn. Masita Bt Abd. Wahab (Penyelaras) 3. Pn. Roslina Bt Mohd (Setiausaha) 4. Pn. Selmah Bt Yahya (Pengusaha) 5. Pn. Anita Bt Muda 6. Pn. Salemiah Bt Abd Ghani 7. Pn. Nik Kamsiah Bt Nik Mahmud 8. Pn. Aida Bt Omar 9. Pn. Zawiyah Bt Tahar 10. Pn. Zawiah Bt Ismail 11. Pn. Nur Afiza Bt Aziz 12. Pn. Wan Mazlihah Bt Wan Omar 13. En. Ismail Bin Man 14. En. Supian Bt Mamat 15. En. A. Karim Bt A. Rahman

Agenda 1.0 Ucapan Pengerusi

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al Fatihah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan mengalu alukan kehadiran pengusaha kamtin Puan Selmah Bt Yahya ke mesyuarat kali pertama kantin dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2013.

2.0

Tugasan Guru Bertugas Harian 2.1 Guru guru telah diberi tugasan masing masing pada buku takwim sekolah 2013. 2.2 Guru guru yang bertugas diminta memantau kebersihan kantin dan perjalanan RMT. 2.3 Buku laporan RMT telah disediakan. Guru guru yang bertugas diminta merasa makanan RMT dan direkod di dalam buku laporan.

Tindakan : Semua guru

3.0

Laporan Kantin dan RMT 3.1 Terdapat beberapa jenis makanan yang dijual di kantin tidak sesuai dijual kepada murid murid. Contih : Makanan ringan, minuman berkarbonat.

Tindakan : Semua guru.

3.2

Penjual di kantin hendaklah menggunakan penyepit makanan semasa mengisi makanan kepada murid.

3.3

Penjual hendaklah memakai apron. Pakaian penjual mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti berkasut.

3.4

Pinggan makanan tidak dibenarkan diletakkan bertindan dengan piggan yang lain.

Tindakan : Pengusaha kantin

3.5

Bagi RMT untuk tahun 2013 murid-muris yang layak ialah seramai 85 orang dengan harga RM1.80 setiap seorang.

3.6

Buku kedatangan RMT telah diedarkan diminta guru-guru kelas mengemaskini kedatangan murid setiap hari. Masa untuk RMT bermula 7.00 7.30 pagi. Murid-murid diminta datang awal mengikut masa yang ditetapkan. Tindakan : Guru dan murid

3.7

3.8

Kuantiti makanan yang diisi ke dalam pinggan mestilah bersesuaian dengan harga.

3.9

Pengusaha kantin diminta menyediakan makanan kepada dua orang guru setiap hari untuk dirasa.

4.0

Hal-hal lain

4.1

Encik Ismail Man mencadangkan pengusaha kantin menyediakan bekas makanan panas untuk guru dan mempelbagaikan menu guru dan murid.

Tindakan : Pengusaha kantin

4.2

Pengerusi meminta guru-guru bertugas memantau tahap kebersihan kantin dan perjalanan RMT untuk mengelakkan keracunan makanan.

Tindakan : Semua guru

4.3

Pengerusi juga berharap guru-guru dan pengusaha kantin bekerjasama menceriakan kantin sekolah.

5.0

Penutup

Pengerusi mengharapkan semua guru dapat memberikan komitmen sepenuhnya demi kebaikan murid-murid. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, (PUAN ROSLINA BT MOHD) Setiausaha Kantin dan RMT, SK Teluk Menara, Kuala Terengganu.

Disemak oleh, (PUAN MAZNAH BT MOHAMMAD ZIN) PK Hal Ehwal Murid, SK Teluk Menara, Kuala Terengganu.

You might also like