You are on page 1of 6

KEBERSIHAN PERSEKITARAN MENJAMIN KESELESAAN HIDUP

Alam sekitar yang bersih adalah penting kepada kehidupan manusia dan ancaman terhadapnya boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif.Perubahan iklim global merupakan salah satu kesan negatifnya. Antara kesan pencemaran alam sekitar ialah terganggunya kesihatan manusia. Hal ini dapat dikaitkan dengan perbuatan manusia yang membuang bahan-bahan buangan seperti sisa-sisa toksik dan sampah sarap ke dalam sungai. Bahan-bahan buangan ini akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air selain mengalakkan pembiakan bakteria.Mereka yang terminum atau terguna air yang tercemar ini kemungkinan besar akan menghidap penyakit atau masalah kesihatan seperti keracunan makanan dan penyakit kulit.

Selain itu,pencemaran udara seperti kebakaran hutan, pembebasan karbon monoksida melalui ekzos kenderaan dan kilang industri juga menyumbangkan kesan terhadap kesihatan manusia.Contohnya, kes kebakaran hutan di Sumatera telah menyebabkan berlakunya jelebu yang berpunca daripada nukleus pemeluwapan yang terdiri daripada zarah debu, asap dan bahan pencemar. Hal ini bukan sahaja mengurangkan kadar penglihatan sekeliling malah menjejaskan sistem pernafasan manusia. Ini kerana gas-gas toksik seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan nitrogen oksida pula akan menyebabkan pendarahan pulmonari.

Amalkan langkah-langkah kebersihan tersebut:


Cuba jangan berdekatan dengan orang yang batuk berterusan..terutama dengan orang yang baru pulang dari luar negara. Pakailah penutup mulut apabila berada di pasar raya atau di tempat orang berkumpulan.

Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda. Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain. Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).

Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).

Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

SEGERA hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.

Salah satu cara untuk melaksanakan amalan hijau di sekolah Salah satu cara untuk melaksanakan amalan hijau di adalah dengan menubuhkan Pencinta Alam.Kelab sekolah adalah dengan Kelab menubuhkan Kelab Pencinta Pencinta Alam telah ditubuhkan di sekolah sejak tahun Alam.Kelab Pencinta Alam telah ditubuhkan di sekolah 1986.sehingga tahun 2001,terdapat 162 buah Kelab Pencinta sejak tahun 1986.Sehingga tahun 2001,terdapat 162 buah Alam di seluruh negara.

Kelab Pencinta Alam di seluruh negara.

Gambar-gambar yang berkaitan ;

Kebersihan Persekitaran Menjamin Keselesaan Hidup

You might also like