You are on page 1of 5

PRAKTIKAL 3 Nilai Bahan Api

Tujuan eksperimen

Untuk menentukan nilai bahan api bagi minyak tanah, LPG, dan lilin

Teori

Haba pembakaran boleh didefinisikan sebagai tenaga haba yang dibebaskan apabila satu mol sesuatu bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan. Bahan api pula merujuk kepada bahan kimia yang menghasilkan tenaga haba semasa pembakaran. Pembakaran bahan api merupakan tindak balas eksotermik dan nilai H ialah negatif. Kesemua pembakaran bahan api melibatkan penggunaan oksigen. Nilai bahan api atau nilai haba adalah jumlah haba yang diukur di dalam kJ yang boleh didapati apabila 1g bahan api dibakar. Unit bagi nilai bahan api ialah kJ g-1. Bahan api yang berlainan mempunyai nilai bahan api yang berbeza. Semasa penentuan haba pembakaran, oksigen yang berlebihan mestilah dibekalkan supaya pembakaran boleh berlaku dengan lengkap. Jika oksigen ataupun udara tidak dibekalkan dengan lengkap maka haba yang dibebaskan akan kurang daripada haba pembakaran.

Senarai bahan

Minyak Tanah LPG Lilin Air

Senarai radas

Termometer Silinder penyukat Tungku kaki tiga Segitiga tanah liat Penghadang angin Bekas kuprum Pemetik api Blok kayu Neraca tiga palang (Triple beam balance)

Susunan radas

Rajah 1 Prosedur :

1. 200cm3 air disukat dengan menggunakan sebuah silinder penyukat dan dituang ke dalam bekas kuprum. 2. Bekas kuprum tersebut diletakkan di atas tungku kaki tiga. Segitiga tanah liat digunakan bagi mengelakkan kehilangan haba. 3. Suhu air di dalam bekas kuprum disukat dengan menggunakan termometer. Bacaan direkodkan di dalam Jadual 1. 4. Sebuah penghadang angin dipasang disekeliling radas untuk melindungi radas daripada terkena angin. (Rajah 1) 5. Sebuah pelita diisi dengan kerosin lalu ditimbang menggunakan neraca tiga palang. Bacaan direkodkan do dalam Jadual 1. 6. Sumbu pelita dinyalakan untuk memanaskan air di dalam bekas kuprum.

7. Air dikacau perlahan-lahan menggunakan termometer sepanjang pembakaran supaya pemanasan berlaku secara seragam. 8. Apabila suhu naik mencecah 40 , pelita dipadamkan. Suhu maksimum direkodkan dan pelita ditimbang semula. 9. Prosedur 1 - 8 diulang dengan menggantikan kerosene dengan metanol dan etanol.

Data Pemerhatian

Bahan api

Kerosin

Kerosene

Etanol

Isi padu air didalam bekas/ cm3

Suhu awal air/ oC

Suhu akhir air/ oC

Kenaikan suhu air/oC

Jisim awal pelita + bahan api/g

Jisim akhir pelita + bahan api/g

Jisim bahan api yang terbakar/g

Jadual 1

You might also like