You are on page 1of 19

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI Pada hari Rabu, 4 April 2012 yang lalu, kami telah mengadakan satu permainan

berkonsepkan explorace yang telah dirancang lebih awal oleh kami bagi memenuhi pakej pengajaran yang telah disediakan. Permainan ini diadakan pada hari Rabu berikutan hari tersebut ialah hari kokurikulum bagi kelab dan persatuan. Kami telah sepakat memilih murid-murid darjah 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar, Mukim Lepai untuk melaksanakan permainan ini. Rasional kami memilih murid-murid tahun 5 adalah kerana setelah merujuk kepada huraian sukatan pelajaran sekolah rendah, tajuk Matahari dan Sistem Suria ini telah diajar pada tahun 4. Justeru, kami memilih murid-murid tahun 5 ini adalah bertujuan untuk menguji ingatan dan kefahaman mereka mengenai tajuk ini yang telah dipelajari pada tahun lepas. Pakej pengajaran yang dirancang oleh kami ini mengambil masa selama seminggu untuk dilaksanakan. Terlebih dahulu, kami memberikan ujian yang berbentuk objektif dan subjektif kepada murid-murid ini untuk dijawab di dalam kelas tanpa melihat buku rujukan dan nota. Ujian ini dilaksanakan secara mengejut di dalam kelas tanpa pengetahuan murid. Ini bertujuan untuk menguji ingatan mereka mengenai tajuk yang dipelajari pada tahun lepas. Ujian ini mengambil masa selama 30 minit dan melibatkan semua murid Tahun 5 Bestari.
Sepanjang ujian mengejut dilaksanakan

Murid-murid Tahun 5 Bestari sedang tekun menjawab soalan

Setelah memeriksa ujian mereka, kami mendapati separuh daripada murid di dalam kelas ini tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan tepat. Mereka tidak dapat mengenalpasti susunan planet-planet dan kedudukan planet daripada Matahari. Selain itu, terdapat sebilangan besar daripada mereka juga tidak dapat menyenaraikan ciri-ciri unik bagi setiap planet yang ada di dalam Sistem Suria kita termasuklah Matahari. Justeru, kami membuat kesimpulan berdasarkan hasil dapatan ini, murid-murid ini tidak mengulangkaji

pelajaran bagi tajuk yang telah dipelajari pada tahun lepas dan tidak mempunyai cara atau teknik yang berkesan untuk mengingati kedudukan dan jarak planet daripada Matahari. Hasil dapatan berdasarkan ujian mengejut yang dilakukan :

Senarai nama murid Tahun 5 BESTARI


Catatan Markah Ujian Mengejut Bil Nama murid 20 7 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 ABDUL MUNIR B ABDUL RAHMAN 10 MOHD IRFAN HAKIMIE B MOHAMAD 12 MUHAMMAD AFZAL B RUSLI MUHAMMAD A'IMULLAH B ABDUL AZIZ MUHAMMAD AKMAL B GHAZALI 13 MUHAMMAD ARIFF B NURDIN MUHAMMAD DANIAL ARIFF B ZULFAKOR MUHAMMAD IZZUL IRMAN B IBRAHIM 12 MUHAMMAD NAJHAN B MOHD SABRI 7 AFIQAH BT ABD RASHID 11 AIZATUL ATHIRAH BT ALYAS 7 ANIS MUNIRAH BT MD TERMIZI FATIN NUR SHAHIRAH BT AZJANAZARUL HUSNA BT MUKHTAR 7 NOOR AIDA ATHIRAH BT ANUAR NUR AINA SAFIRAH BT ABDUL RAHMAN NUR ALIA SHAHIDA BT MOHD BAZLAN NUR AMALINA BT ALIAS 9 7 8 6 8 17 10 4 15

11 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 NUR ATASYA BT HASSAN 5 NUR FATINI BT MD FADZIL NUR HANANI SHAFIKAH BT JAMALUDIN NUR NABIHAH BT AZMI TIDAK HADIR NUR NAZIRA BT ZAKARIA 5 NUR SUMAIYAH BT HITMI NURAINFA SYAHIRA BT MOHD YUSOF NURUL IZZA SHAFIQA BT ZAMRI 7 NURUL ZAFIRAH BT ABDUL AZIZ 7 SHAMSIDAR BT SHAMSUL ANOOR 4 SITI NOR AQILAH BT HASHIM SITI NURAISHAH ATIRAH BT MUHAMAD LATEP 6 9 5 8 9

*Ujian sebenar yang dihasilkan oleh murid dilampirkan di Lampiran A

Sehari sebelum

memulakan permainan berkonsepkan explorace ini, kami terlebih

dahulu memberikan nota helaian kepada murid mengenai tajuk Matahari dan Sistem Suria ini. (Rujuk Lampiran B).Di dalam nota ini, lengkap dinyatakan ciri-ciri unik bagi setiap planet beserta kedudukannya daripada Matahari. Ini bertujuan membolehkan murid mengulangkaji pelajaran berdasarkan nota yang diberikan dan boleh menjawab soalan yang bakal dijawab semasa menjalankan permainan explorace kelak. Murid-murid juga diberikan taklimat dan gambaran awal mengenai permainan yang bakal mereka jalankan esok dan bagaimana permainan ini bakal berlangsung supaya mereka lebih bersedia dan peka sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Bahan Bantu Mengajar yang digunakan di dalam permainan ini

Bahan bantu mengajar yang digunakan

Bahan bantu mengajar

The Book of Shadow

Maklumat yang terdapat di dalam buku panduan

Maklumat yang terdapat di dalam buku panduan

Kad merah yang dilekatkan kepada murid

Pada hari yang telah ditetapkan iaitu pada hari Rabu, 4 April 2012, kami telah mengambil masa yang diperuntukkan untuk kelab dan persatuan iaitu dari pukul 1.20 petang sehingga 2.20 petang untuk melaksanakan permainan explorace ini. Seramai 30 orang murid Tahun 5 Bestari terlibat secara langsung di dalam permainan ini. Permainan explorace ini mengambil masa hampir 45 minit. Sebelum memulakan permainan ini, penerangan diberikan terlebih dahulu kepada murid-murid supaya mereka jelas dengan peraturan yang telah ditetapkan.
Sepanjang permainan ini berlangsung

Guru memberikan penerangan terlebih dahulu kepda murid-murid

Murid-murid tekun mendengar penerangan daripada guru sebelum memulakan aktiviti

Selesai taklimat, murid diminta berkumpul dan mengambil kertas yang telah digulungkan oleh guru. Apabila permainan bermula ,setiap murid secara individu perlu bergerak ke stesenstesen yang telah ditanda mengikut nama planet yang telah ditulis di dalam kertas yang digulungkan. Di dalam permainan ini, kami menggunakan kerusi sebagai stesen bagi setiap planet dan meletakkan papan tanda yang dibuat di atas kerusi tersebut.

Stesen-stesen yang terdapat di dalam permainan ini.

Di dalam permainan ini, mereka dilarang sama sekali untuk berbincang sesama rakan mereka kerana ini adalah persaingan secara individu. Sebaik sahaja permainan dimulakan, murid-murid bebas bergerak di dalam kawasan yang telah ditandakan dan bergerak ke stesen masing-masing.

Sepanjang permainan berlangsung

Murid-murid bergerak mencari stesen yang betul dengan planet yang diwakili mereka

Sekiranya mereka tidak mengetahui stesen mana yang sesuai dengan planet mereka, mereka dibenarkan untuk keluar dari kawasan permainan dan merujuk kepada satu buku panduan yang diberi nama The Book of Shadow.

The Book of Shadow

Maklumat yang terdapat di dalam The Book of Shadow

Di dalam buku panduan ini, mereka akan dibekalkan dengan semua maklumat mengenai ciri-ciri planet mereka dan stesen mana yang perlu mereka singgah. Namun, sekiranya berbuat demikian, markah mereka akan dipotong sebanyak 10 markah. Bagi mengesan murid-murid yang keluar daripada kawasan permainan dan melihat The Book of Shadow, mereka akan diberi satu kad merah yang ditampal pada baju mereka.

Kad merah yang ditampal pada baju mereka Berdasarkan pemerhatian kami, masih ramai yang tidak mengetahui ciri-ciri planet dan kedudukannya daripada Matahari walaupun nota helaian mengenai tajuk ini telah diberikan . Ini jelas terbukti apabila ramai yang masih berlegar-legar mencari stesen yang diwakili oleh planet mereka walaupun sudah 15 minit masa berlalu. Oleh kerana itu, sebilangan daripada mereka keluar dan merujuk buku panduan yang diberikan dan secara automatik, markah mereka akan dipotong. Namun secara keseluruhan, murid-murid melibatkan diri secara aktif dan seronok semasa menjalankan aktiviti. Selesai permainan ini, murid-murid diminta menduduki ujian yang sama seperti yang telah mereka jawab sebelum ini. Ujian yang diberikan merupakan ujian yang mempunyai soalan yang sama seperti sebelum ini. Rasionalnya adalah untuk menguji kefahaman dan ingatan mereka mengenai tajuk yang dipelajari melalui permainan explorace tadi. Hasil dapatan menunjukkan terdapat peningkatan yang baik di kalangan murid-murid. Kebanyakan murid memperolehi markah yang tinggi dan terdapat beberapa orang murid yang mendapat markah penuh. Selain itu, ujian lisan turut dijalankan dan murid menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila sebilangan daripada mereka dapat menjawab soalan yang diberikan dengan cepat dan betul. Ini sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa aktiviti yang dilaksanakan memberi manfaat kepada murid itu sendiri dan hasil pembelajaran tercapai.

Hasil dapatan adalah seperti berikut :

Senarai nama murid Tahun 5 BESTARI


Catatan Markah Ujian Mengejut Bil Nama murid 20 7 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 ABDUL MUNIR B ABDUL RAHMAN 10 MOHD IRFAN HAKIMIE B MOHAMAD 12 MUHAMMAD AFZAL B RUSLI MUHAMMAD A'IMULLAH B ABDUL AZIZ MUHAMMAD AKMAL B GHAZALI 13 MUHAMMAD ARIFF B NURDIN MUHAMMAD DANIAL ARIFF B ZULFAKOR MUHAMMAD IZZUL IRMAN B IBRAHIM 12 MUHAMMAD NAJHAN B MOHD SABRI 7 AFIQAH BT ABD RASHID 11 AIZATUL ATHIRAH BT ALYAS 7 ANIS MUNIRAH BT MD TERMIZI FATIN NUR SHAHIRAH BT AZJANAZARUL HUSNA BT MUKHTAR 7 NOOR AIDA ATHIRAH BT ANUAR NUR AINA SAFIRAH BT ABDUL RAHMAN NUR ALIA SHAHIDA BT MOHD BAZLAN NUR AMALINA BT ALIAS 11 NUR ATASYA BT HASSAN 5 NUR FATINI BT MD FADZIL 9 10 9 7 8 8 10 7 10 6 8 10 9 10 10 10 9 17 10 10 10 10 4 15 9 8 10 10 10 10 Markah Ujian Selepas Aktiviti

21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

NUR HANANI SHAFIKAH BT JAMALUDIN NUR NABIHAH BT AZMI

8 9 TIDAK HADIR

9 10 8 10 8 9 8 9 9 9

NUR NAZIRA BT ZAKARIA 5 NUR SUMAIYAH BT HITMI NURAINFA SYAHIRA BT MOHD YUSOF NURUL IZZA SHAFIQA BT ZAMRI 7 NURUL ZAFIRAH BT ABDUL AZIZ 7 SHAMSIDAR BT SHAMSUL ANOOR 4 SITI NOR AQILAH BT HASHIM SITI NURAISHAH ATIRAH BT MUHAMAD LATEP 6 9 5

Antara contoh ujian yang dilakukan oleh murid selepas permainan explorace

Alhamdulillah, pakej pengajaran yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan seperti yang diharapkan. Namun, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan seperti arahan guru sebelum aktiviti dijalankan perlulah jelas dan dapat difahami oleh semua murid. Terdapat sebilangan kecil murid yang masih tidak memahami arahan yang diberikan dan fokus perlu diberikan kepada mereka supaya mereka dapat melaksanakan aktiviti ini bersama rakanrakan kelas mereka yang lain. Selain daripada itu, kawasan untuk melaksanakan aktiviti ini perlulah lebih besar supaya murid bebas bergerak dan tidak berlanggaran dengan rakan-rakan mereka yang lain. Selain itu, kawasan yang luas juga membolehkan setiap kerusi yang diwakili oleh stesen-stesen planet dapat diletakkan dalam jarak yang jauh. Rasionalnya, supaya murid-murid tidak akan dapat berbincang bersama rakan-rakan mereka yang berada di stesen-stesen yang berdekatan. Selain itu juga, kawasan yang luas memberikan keselesaan kepada murid-murid untuk duduk di sekitar stesen mereka setelah mereka yakin dengan jawapan mereka dan sementara menunggu rakan mereka yang lain mencari jawapan. Secara kesimpulannya, pakej pengajaran yang meliputi aktiviti ini berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan. Berdasarkan dapatan kajian, hasil pembelajaran dapat dicapai dan murid berasa seronok semasa melaksanakan aktiviti.

You might also like