You are on page 1of 26

ANALISIS TEKNIK PENGAJARAN BAHASA PERMAINAN BAHASA PENGENALAN Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan.

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira sematamata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajara mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung. Sukatan pelajaran telah digubal untuk membantu pelajar-pelajar daripada semua peringkat pembelajaran menguasai keupayaan berbahasa dan berkomunikasi secara semula jadi. Melalui pengalaman-pengalaman dalam bahasa itu, pelajar dapat belajar cara-cara berhubung yang terbaik. Oleh sebab itu, guru-guru bahasa harus mampu mencari dan menciptakan pelbagai bentuk dan situasi pembelajaran yang menarik supaya proses komunikasi boleh berlaku secara berkesan dalam bilik darjah Dalam pembelajaran, guru haruslah mampu mengekalkan minat dan

meningkatkan motivasi pelajar, serta mengambil kira keadaan dan situasi yang wujud supaya proses pembelajaran menjadi lebih sesuai dan menarik. Motivasi pelajar akan menurun jika pembelajaran bahasa tidak dilaksanakan secara terus dengan keperluan pelajar. Kejayaan pembelajaran bergantung pada keupayaan guru mengekalkan elemen-elemen kepuasan di sepanjang pengajaran mereka. Pengajaran bahasa adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, keupayaan berkomunikasi haruslah dilaksanakan pada peringkat awal pembelajaran.

KONSEP Permainan bahasa berkonsepkan belajar sambil bermain (study and fun), iaitu murid-murid didedahkan dengan kaedah permainan dalam proses pembelajaran mereka. Jelasnya bahan bantu mengajar (BBM) yang berbentuk permainan lebih banyak disediakan bagi tajuk-tajuk yang telah dipilih untuk dipraktikan dalam pengajaran. Pendekatan ini diharap akan dapat membantu murid-murid yang lemah dalam pelajaran. Ini akan meningkatkan tahap kecerdasan dan intelektual mereka. Pendekatan ini akan menjadi lebih mudah diikuti walaupun pelajar tersebut memiliki tahap IQ yang lemah. Ini bermaksud melalui pendekatan permainan bahasa, guru akan menyediakan bahan bantu mengajar yang berbentuk set permainan dan ruang masa yang bersesuaian kepada mereka. Tujuannya adalah untuk menarik minat dan memotivasikan murid-murid yang lemah dalam pelajaran supaya mereka bersedia menerima pengajaran. Selain itu, ia juga dapat memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu. Michael Berman (1981), dalam bukunya Playing And Working With Words, menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran. Ini akan mengekalkan tumpuan dan minat murid kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku. Terdapat beberapa pandangan positif, yang berkaitan dengan permainan bahasa yang telah dilontarkan oleh pakar-pakar bahasa seperti Sterling G. Callahan (1971), Midred Mc Closky (1971), Michael A. Lorter (1971), Herbert (1971) dan Herbert (1968). Mereka banyak membicarakan tentang permainan bahasa. Mereka berpendapat bahawa kesesuaian bahan permainan bahasa itu dapat digunakan di sekolah-sekolah untuk tujuan melatih pelajar secara praktikal dalam latihan membina stuktur perkataan, ayat, perbendaharan kata dan sebagainya. Natijahnya, murid akan dapat memperkembangkan potensi yang ada di dalam diri mereka.

Sebelum seseorang guru itu melaksanakan pendekatan permainan bahasa ini. Guru tersebut mestilah terlebih dahulu mengetahui tahap IQ dan EQ ( Emosional Quality ) murid yang akan diajarnya. Hal ini amat penting supaya set permainan bahasa yang bakal diajar nanti tidak membosankan atau menjemukan murid. Ini kerana tahap pemikiran dan penerimaan murid adalah berbeza antara satu sama lain. Bagi murid yang mempunyai tahap pemikiran cerdas dan pintar (genius), pemainan bahasa ini lebih merupakan proses pengukuhan dan pengayaan. Sebaliknya, bagi murid-murid yang lemah dalam IQ, ianya merupakan satu teknik pemulihan untuk membantu mereka memahami proses pembelajaran.

CIRI-CIRI PERMAINAN BAHASA Pastikan permainan bahasa ini dilaksanakan sebaik sahaja guru sudah memperkenalkan semua perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh murid. Ia mesti dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi ingatan dan memupuk minat murid terhadap pembelajaran tersebut. Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baik adalah seperti berikut: Gambar-gambar untuk permainan hendaklah terang dan senang difahami. Arahan dan peraturan permainan hendaklah jelas dan dapat dipatuhi. Pelajar yang pandai dan berkebolehan akan membantu guru membaca arahanarahan permainan. Jika permainan itu mengunakan kad, sila pastikan ia senang dan mudah dikendalikan, dan perkataan yang tertulis hendaklah terang dan mudah difahami dan dibaca. Beri perhatian kepada pelajar yang sentiasa tewas dalam permainan. Beri peluang kepadanya sebagai pemerhati untuk jangkamasa yang tertentu. Pastikan permainan itu mempunyai objektif yag hendak dicapai.

Sebaik-baiknya alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) disediakan sendiri oleh guru terbabit. Apa yang penting ialah alat-alat tersebut memenuhi fungsi dan mencapai matlamat.

Hentikan permainan anda ketika pelajar masih lagi terasa seronok dengan permainan itu. Ini penting supaya pelajar tidak jemu untuk permainan seterusnya.

Dapat mengukuh dan meningkatkan penggunan bahasa seperti penguasaan empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik. Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar dengan bahan.

Dapat merangsang pelajar bertindak balas secara aktif dan positif. Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas. Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas. Mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis. Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti bekerjasama, berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.

JENIS PERMAINAN BAHASA Permainan boleh diklafikasikan kepada beberapa jenis. Permainan-permainan yang akan dibincangkan terdiri daripada : Permainan bahasa berdasarkan teknik permainan Permainan bahasa berdasarkan kemahiran Permainan bahasa untuk kemahiran membaca dan menulis Permainan bahasa melalui pendidikan Jasmani Permainan bahasa berdasarkan pertandingan dan kebudayaan

(a) Permainan Bahasa Berdasarkan Teknik Permainan Teknik permainan yang digunakan ialah teknik mendengar dan membuat, teknik jurang maklumat pencarian maklumat, main peranan, meneka, memadan simulasi dan sebagainya. Dalam teknik mendengar dan membuat, permainan-permainan seperti maka berkatalah Simon, berseronok dengan bentuk, pulang ke rumah adalah antara permainan yang menarik. Untuk teknik jurang maklumat pula, permainan yang menarik ialah menziarahi kawan, berbelanja membeli-belah, berapa banyak teka silang kata dan bunga-bunga tembok. Bagi teknik memadan, para pelajar diminta memadankan bahagian-bahagian gambar atau maklumat tertentu untuk menyempurnakan sesuatu tugas. Permainan seperti boleh tolong saya, mencari binatang dan mencari pekerjaan amat sesuai untuk teknik ini. Di samping itu, permainan meneka seperti kuiz masa cuti juga amat menarik untuk dimainkan. Walau bagaimanapun, ia lebih sesuai untuk pelajar yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang negara-negara di dunia. Bagi pelajar yang rendah tahap kefasihan berbahasa, permainanpermainan yang tidak begitu banyak memerlukan penggunaan bahasa perlu

diperkenalkan. menghiburkan.

Permainan-permainan

seperti

itu

walaupun

mudah

tetapi

Satu lagi permainan menarik ialah permainan simulasi. Permainan ini dianggap mencabar dan ia memerlukan pengetahuan asas berbahasa serta keupayaan berinteraksi dalam situasi-situasi tertentu. Permainan seperti melancong yang tidak berketentuan, sempat tepat pada masa dan mencari rumah tumpangan, benarbenar mencabar keupayaan berbahasa para pelajar.

(b) Permainan Bahasa Berdasarkan Kemahiran Permainan bahasa dikelompokkan berdasarkan kemahiran bahasa. Ia melibatkan kemahiran lisan ( mendengar dan bertutur ) dan kemahiran membaca dan menulis. Melalui permainan mendengar, para pelajar dilatih mendengar dengan teliti dan memahamkan apa yang telah diperdengarkan kepada mereka itu secara berkesan. Dalam permainan ini, pelajar dibimbing sepenuhnya supaya dapat membezakan antara sebutan dan intonasi yang betul dengan salah. Mereka juga dilatih supaya dapat membezakan bunyi, serta mengesan isi dan idea-idea penting daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Melalui permainan bertutur, pelajar dibimbing supaya berani menyampaikan pendapat dan buah fikiran. Di samping itu, mereka juga dilatih supaya dapat bertutur dengan betul dari segi sebutan dan intonasi, menggunakan perkataan dan ayat-ayat yang jelas dan tepat, memperluaskan kosa kata atau perbendaharaan kata, dan struktur ayat dalam pertuturan mereka serta dapat menggunakan laras bahasa yang sesuai mengikut konteks dan situasi.

Permainan bahasa untuk kemahiran lisan boleh dijalankan melalui pelbagai aktiviti bahasa. Berikut adalah antara permainan bahasa yang boleh dijalankan di dalam kelas : 1. Permainan mencari suara 2. Permainan mendengar dan membuat 3. Permainan salah atau betul 4. Permainan mengikut arahan lisan 5. Permainan meneka apa dia atau siapa dia? (c) Permainan Bahasa Untuk Kemahiran Membaca dan Menulis Permainan bahasa untuk kemahiran membaca lebih tertumpu kepada aktivitiaktiviti membaca pada peringkat permulaan, iaitu latihan mengecam dan membunyikan huruf atau perkataan, mengeja, mengenal perkataan dan ayat, serta aktiviti membaca yang mudah. Permainan bahasa bagi kemahiran membaca bertujuan untuk melatih pelajar membaca dalam suasana yang menyeronokkan dan mudah. Penggunaan permainan bahasa dalam pengajaran kemahiran membaca akan mempercepatkan proses penguasaan bacaan kanak-kanak kerana segala proses penguasaan permainan tersebut akan menumpukan perhatian kanak-kanak tersebut kepada proses mengeja, membaca arahan dan membaca perkataan serta ayat yang terdapat pada bahan permainan. Antara permainan yang sesuai dengan kemahiran membaca adalah bingo, domino, teka kata, teka silang, menyesuaikan gambar dengan cerita, kad cantuman, melengkapkan kata, posmen dan sebagainya. Permainan bahasa untuk kemahiran menulis meliputi aktiviti menulis, mengeja, melahirkan fikiran, dan menyelesaikan masalah. Melalui aktiviti ini, guru dapat membantu pelajar mengukuhkan lagi kecekapan menulis dan mengeluarkan idea secara lebih kreatif. Permainan yang dapat dikaitkan dengan kemahiran menulis adalah seperti piramid perkataan, memenuhkan huruf, melengkapkan kata, teka silang kata, menulis dialog, menulis cerita dan menulis surat.

Berikut diperlihatkan secara khusus bentuk-bentuk permainan yang dapat dikategorikan dalam kemahiran membaca dan menulis : 1. Permainan bingo perkataan 2. Permainan meneka perkataan 3. Permainan perkataan melawan 4. Permainan perbendaharaan kata dan ejaan 5. Permainan kecekapan perbendaharaan kata 6. Permainan kad suku kata 7. Permainan membina perkataan 8. Permainan mencari harta 9. Permainan mengikut arahan cerita 10. Permainan mengatur cerita

(d) Permainan Bahasa Melalui Pendidikan Jasmani Kemahiran berbahasa seseorang pelajar bukanlah hanya diperolehi melalui aktivitiaktiviti bahasa yang dijalankan tetapi boleh juga diperolehi melalui mata pelajaran lain. Pendidikan Jasmani misalnya, bukan sahaja merupakan mata pelajaran yang memberatkan pendidikan psikomotor tetapi juga penting bagi pertumbuhan dan perkembangan bahasa. Pelajar mendengar dan bertutur sewaktu mereka berinteraksi. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam Pendidikan Jasmani boleh dibawa ke dalam bilik darjah untuk tujuan permainan bahasa. Melaluinya pelajar dapat dilatih mendengar arahan secara berkesan di samping menyuburkan prestasi berbahasa mereka melalui interaksi.

Beberapa contoh permainan bahasa yang dapat disesuaikan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani diberikan di bawah : 1. Meneka jenis kerja yang dilakonkan 2. Membuat pekerjaan ibu bapa 3. Menanam biji-bijian 4. Ular dan ayam 5. Berbunyi dan bergerak seperti haiwan 6. Memanggil haiwan peliharaan 7. Gerak-geri haiwan dalam kecemasan 8. Ulat bulu cari makan 9. Kucing 10. Pergeraakan arnab dan kura-kura 11. Pergerakan mengikut ketua 12. Bertukar-tukar benda mengikut warna atau bentuk 13. Pergerakan membuat bentuk bulat, segitiga dan segiempat 14. Keselamatan jalan raya 15. Mengemaskan bilik darjah

(e) Permainan Bahasa Berdasarkan Pertandingan dan Kebudayaan Permainan bahasa jenis ini berdasarkan aktiviti-aktiviti pertandingan dan permainan tradisional. Ia bertujuan untuk menimbulkan kegembiraan di kalangan pelajar di samping menyuburkan prestasi bahasa mereka melalui komunikasi dan interaksi. Beberapa contoh permainan bahasa berdasarkan pertandingan dan kebudayaan diberikan di bawah: 1. Permainan congkak 2. Permainan dam aji 3. Permainan belon galah Selain disebutkan di atas, terdapat banyak lagi jenis permainan bahasa yang boleh dilakukan oleh guru-guru bahasa khususnya di sekolah-sekolah rendah. Guru yang mempunyai inisiatif yang tinggi bolehlah mencipta permainan sendiri berdasarkan ciri-ciri di atas. TUJUAN PERMAINAN BAHASA Tujuan teknik permainan bahasa dalam pendekatan pengajaran kemahiran berbahasa adalah untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan. Ini membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa mereka bermain. Ia juga meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid. Selain itu, permainan bahasa dapat mewujudkan situasi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Di samping itu, permainan dapat mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi oleh guru bahasa. Antara permainan yang boleh dijalankan ialah, permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan, permainan yang berasaskan huraian atau meneka, permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau individu, permainan kad dan permainan dam.

PRINSIP PELAKSANAAN PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa akan menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Aktiviti ini akan dapat meninggalkan kesan terhadap murid sekiranya kedua-dua pihak iaitu guru dan murid bersedia untuk melaksanakan aktiviti ini. Aktiviti permainan bahasa ini hendaklah dijalankan sama ada pada peringkat awal (induksi), pertengahan atau akhir pengajaran (penutup). Pilihlah masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini kerana kita tidak mahu guru membuat aktiviti permainan sepanjang waktu pelajaran berlangsung. Guru-guru perlu memikirkan beberapa perkara semasa merancang untuk melaksanakan aktiviti permainan bahasa. Ini penting agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar serta dapat mencapai hasil pembelajaran seperti yang dirancang. Permainan bahasa ini boleh dijalankan secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu. Guru boleh menjalankan permainan ini sama ada di dalam kelas atau pun di luar kelas. Ini bergantung kepada jenis permainan yang telah dipilih. Perkara yang perlu difikirkan semasa menjalankan aktiviti kelas atau kumpulan adalah disiplin murid, keselamatan murid, cara mengawasi kelas dan arahan permainan yang betul. Perkara-perkara di bawah ini boleh membantu guru untuk menjalankan aktiviti permainan bahasa di dalam kelas. Sebelum Permainan Beritahu murid nama atau tajuk permainan yang akan mereka lakukan

Arahan permainan disampaikan terlebih dahulu agar murid tahu aktiviti yang akan dijalankan sama ada secara individu, berpasangan, kumpulan kecil atau secara kelas. Sekiranya kumpulan kecil atau berpasangan, pastikan setiap ahli kumpulan atau pasangan yang ditetapkan sesuai dari segi fizikal dan persamaan dari sudut tingkah laku. Biasanya dalam sebuah kumpulan ada murid yang pendiam, pasif dan ada yang aktif.

Lantik wakil kumpulan untuk menyampaikan pesanan atau arahan permainan. Galakkan murid ikut arahan ketua yang dilantik. Beberapa orang murid diberi tugas seperti pencatat, penjaga masa dan pengadil sekiranya perlu.

Semasa Permainan Guru bertindak sebagai fasilitator dan pemudah cara untuk membimbing murid melicinkan perjalanan permainan. Murid boleh diberi kebebasan bermain dengan pengawasan guru. Pastikan disiplin murid terkawal, mengamalkan sikap kerjasama dan tidak mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid di kelas bersebelahan. Guru harus sering mengingatkan tugasan yang perlu dilakukan sepanjang permainan berjalan Selepas Permainan Buat refleksi dan perbincangan dengan murid. Guru perlu memberi pandangan dan penambahbaikan mengenai aktiviti permainan yang telah dijalankan. Guru menyemak tugasan kumpulan, pasangan atau tugasan individu serta membuat pengulangan untuk pengukuhan hasil pelajaran.

CONTOH PERMAINAN BAHASA Nama Permainan : Radio Ajaib Objektif Bahan : : Melatih pelajar mendengar dan mengenalpasti.

Rakaman suara binatang, fenomena alam, perbualan dan lain-lain. Berkumpulan

Cara bermain : Langkah:

1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Anda kemudiannya memperdengarkan bunyi dari rakaman anda. (persediaan yang rapi diperlukan). 3. Anda meminta kumpulan tertentu menjawab / meneka secara bergilir. 4. Kumpulan yang berjaya meneka bunyi yang gagal diteka kumpulan lawan akan mendapat markah bonus.

Nota: Anda boleh mempelbagaikan rakaman. Susunan rakaman mestilah daripada mudah kepada sukar seperti daripada bunyi suara binatang kemudian fenomena alam, suasana sekolah dan diakhiri dengan perbualan. Nama Permainan: Membentuk Perkataan Objektif : Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang diberi. Bahan : Kad yang mengandungi huruf tertentu. Cara bermain : Berkumpulan Langkah 1. Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan ejaan. 2. Mereka dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk perkataan yang betul ejaannya. 3. Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi.

Nota : Cara yang sama juga boleh digunakan untuk permainan membentuk ayat. Dalam permainan ini anda perlu menyediakan kad-kad yang mengandungi perkataan untuk disusun membentuk ayat yang betul. Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar, anda boleh memperuntukkan masa yang singkat dalam satu-satu soalan. Keadaan ini juga boleh menambahkan lagi tarikan dan keseronokan pelajar.

Nama Permainan: Permainan Teka Lukisan/Lakaran Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik Bahan : Kertas dan Pensel Cara bermain : Kelas / Berkumpulan Langkah : 1. Pelajar duduk ditempat atau di dalam kumpulan masing-masing. 2. Anda akan melukis sesuatu objek sambil meminta pelajar anda meneka apakah objek yang sedang anda lukis. Pertanyaan anda perlu dilakukan berdasarkan peringkat lukisan atau lakaran. 3. Kumpulan yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira pemenang. 4. Aktiviti melukis ini pula diikuti oleh wakil kumpulan masing-masing manakala kumpulan lawan membuat tekaan.

Nama Permainan: Pemainan Telefon Rosak Objektif : Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu dan menyampaikannya kepada rakan dengan tepat. Bahan : Kad yang mengandungi ayat tertentu. Cara bermain : Berkumpulan. Langkah : 1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai bilangan ahli yang sama. 2. Anda perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap kumpulan. 3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang perlu diingati. 4. Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya kepada orang terakhir.

5. Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan tersebut. 6. Laporan maklumat kumpulan yang tepat akan dianggap pemenang. NAMA PERMAINAN : Permainan Kotak Beracun Objektif : Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan. Bahan : Kotak, radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan. Cara bermain : Kumpulan / Kelas. Langkah: 1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan. 2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan meyerahkan kotak tersebut kepada rakan sebelahnya dan begirulah seterusnya. 3. Apabila muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan didenda. 4. Pelajar yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang mengandungi soalan (denda), pelajar dikehendaki membaca denda itu dengan kuat. 5. Pelajar yang didenda akan melakonkan / menjawab soalan. 6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula. 7. Seperti pusingan pertama, apabila mizik diberhentikan, pelajar terakhir yang memegang kotak itu akan dikenakan denda mengikut arahan yang terdapat pada lipatan kertas yang terdapat di dalam kotak tersebut.

Nama Permainan : Permainan Teka Lakonan Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik Bahan : Kertas arahan (sampul) Cara bermain : Kelas / berkumpulan Langkah : 1. Pelajar duduk di tempat masing-masing. 2. Anda perlu membuat satu lakonan. 3. Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda. 4. Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan berdasarkan arahan dalam sampul yang dipilih. 5. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut. 6. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan. Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain. 7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka.

Nama Permainan : Permainan Fikir dan Nyatakan Objektif : Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir Bahan : Pen (marker/kapur), papan tulis, beberapa perkataan. Cara bermain : Kumpulan Langkah : 1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan yang dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli yang sama. 2. Anda perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang hendak diteka. Contoh:- ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ( ) 3. Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu diisi pada ruang kosong tersebut. Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan hukuman dimana guru akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala,

diikuti badan, tangan, dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka lakukan. 4. Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas.

Nota Anda boleh menjalankan permainan ini secara berpusingan mengikut peruntukan masa yang dihadkan.

BERCERITA
PENGENALAN Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan murid. Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid. Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini boleh menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan.

KONSEP BERCERITA Menurut Kamus Dewan, cerita ialah jalinan dan susunan mengenai kejadian atau halhal yang berlaku atau yang diada-adakan. Teknik bercerita adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Bercerita pula merupakan perbuatan yang mengesahkan sesuatu cerita atau rangkaian sesuatu peristiwa.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

CIRI-CIRI BERCERITA 1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar. 2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur). 3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi / mimik muka. 4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian. 5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan berketrampilan.

TUJUAN BERCERITA Memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar. Mengekalkan perhatian Membangkitkan rasa ingin tahu Melatih murid menguasai kemahiran mendengar Memupuk nilai murni yang terkandung dalam cerita. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira. Memperkaya pengalaman murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka. Menambahkan bahan-bahan untuk murid menulis karangan.

JENIS BERCERITA
(1) Beg Cerita Ajaib

Objektif kaedah ini adalah untuk membina satu cerita berdasarkan objek ajaib. Peralatan yang digunakan ialah satu beg kertas yang mengandungi pelbagai objek. Ketua kumpulan akan mempunyai pelbagai objek di dalam sebuah beg kertas. Setiap ahli kumpulan perlu mengambil satu bagi setiap seorang. Objek tersebut boleh diambil daripada objek yang digunakan setiap hari seperti berus gigi, batu, bulu ayam dan sebagainya. Objek tersebut akan diletakkan di dalam sebuah beg yang tidak menampakkan bahagian dalam beg. Dengan tidak memandang ke dalam beg, ahli kumpulan akan menarik objek secara rawak. Objek tersebut dianggap ajaib dan penting dalam penceritaan. Ahli kumpulan diberikan beberapa minit untuk membuat cerita berdasarkan objek yang dipilih. Ahli kumpulan akan menceritakan sebuah cerita berdasarkan objek tersebut.

(2) Buku Cerita Kaedah ini memerlukan murid untuk mereka sebuah buku cerita. Murid akan memilih sebuah cerita atau mereka sebuah cerita mereka sendiri. Setelah mereka memilih cerita atau mereka cerita, murid akan membina sebuah buku cerita. Penghasilan buku cerita boleh dilakukan berdasarkan kekreatifan murid tersebut. Alatan yang boleh digunakan ialah kad manilakat, kertas putih, penebuk lubang, marker, reben dan sebagainya.

(3) Pihak Ketiga Guru akan memilih beberapa cerita dan murid akan memilih watak lain yang ada selain watak yang ada dalam cerita. Murid akan menulis semula cerita daripada sudut pandangan watak yang berbeza. Watak dan cerita yang direka perlulah sama dengan cerita asal. Dalam hal ini,guru akan dapat melihat motivasi atau masalah dalam diri murid semasa mereka menulis semula cerita. Untuk kaedah ini,tiada alatan yang khusus digunakan.

(4) Satu Gambar Seribu Makna Objektif kaedah ini adalah untuk merangsang visual dan imaginasi serta perhatian murid kepada lebih terperinci. Kaedahnya adalah dengan menunjukkan gambar yang menunjukkan objek dengan lebih dekat. Gambar tersebut boleh diambil dengan sendiri atau diambil daripada majalah. Perlu dipastikan bahawa gambar tersebut mempunyai tekstur dan warna yang pelbagai. Murid akan memberikan pandangan mereka tersendiri tentang gambar yang dilihat. Selepas itu, murid akan mereka sebuah cerita berdasarkan pandangan mereka tentang gambar yang dilihat.

(5) Montaj Keluarga Objektif kaedah ini adalah untuk menggalakkan murid untuk menceritakan tentang keluarga mereka. Kaedah ini dijalankan melalui gambar-gambar keluarga atau peristiwa-peristiwa penting dalam hidup mereka. Satu montaj akan direka di atas sehelai kertas sehingga menjadi kolaj gambar. Setelah montaj disiapkan, murid akan membina bingkai bagi montaj tersebut. Murid akan menceritakan cerita tentang gambar yang mereka pilih. Alatan yang digunakan ialah gambar keluarga, gam dan kertas. (6) Kapsul Masa Objektif kaedah ini adalah untuk menggalakkan murid menceritakan tentang masa lepas. Murid diminta untuk membawa gambar, lukisan, atau barang peribadi yang penting dalam hidup mereka. Murid akan menulis cerita tentang peristiwa dan kejadian yang penting dalam hidup mereka. Murid akan mereka sebuah kotak atau tiub daripada surat khabar, gambar majalah atau lukisan mereka. Sebelum meletakkan barang peribadi ke dalam kotak tersebut, murid akan menceritakan tentang kejadian di sebalik barang tersebut dan mengapa barang tersebut penting bagi mereka. Apabila barang telah diletakkan ke dalam kapsul masa, kapsul tersebut akan arahan diletakkan di luar kapsul tersebut.

PRINSIP-PRINSIP PANDUAN PELAKSANAAN BERCERITA Sebelum Bercerita Pilih cerita yang sesuai dengan minat, pengalaman, kebolehan dan umur muridmurid serta objektif pengajarannya. Kaji cerita dan pastikan ia berkaitan dengan topik dan objektif pengajaran. Sebelum bercerita, guru perlu menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita itu. Alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar, patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian harus disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan untuk aktiviti juga harus disediakan. Guru harus susun tempat duduk murid. Sebelum memulakan cerita, pastikan semua murid telah bersedia untuk mendengar cerita. Guru boleh duduk atau berdiri semasa bercerita, selagi semua murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru. Semasa Bercerita Gunakan set induksi yang menarik ketika memulakan bercerita Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi agar suasana satu peristiwa dapat dirasakan. Pandang terus ke muka murid secara bergilir-gilir semasa bercerita. Cara ini amat berkesan untuk melibatkan murid dalam cerita yang disampaikan. Pastikan suara jelas dan lantang. Kemahiran variasi rangsangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watak dan suasana cerita itu. Semasa bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk mengalakkan murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat menarik minat murid malah dapat mengembangkan imaginasi mereka serta menghilangkan kebosanan murid.

Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita yang disampaikan Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan untuk bercerita boleh difahami oleh murid. Tujuan bercerita adalah untuk menyampaikan isinya dan bukan mengajar murid perkataan yang sukar. Selepas Bercerita Uji kefahaman murid secara lisan atau tulisan tentang cerita yang disampaikan Adakan perbincangan Selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan.

CONTOH TEKNIK BERCERITA (a) Bercerita tanpa alat Pada akhir slot ini diharapkan peserta akan dapat, 1.Memahami definisi, konsep dan teknikbercerita tanpa alat. 2.Boleh melaksanakan teknik bercerita tanpaalat dengan betul. 3.Memahami penggunaan teknik bercerita dalampengajaran pembelajaran BM di sekolah. 4.Memartabatkan BM dalam kalangan murid-murid melalui teknik bercerita. 5.Contoh cerita : Cerita Si Tanggang Cerita Pak Pandir Cerita Sang Semut Cerita Pohon Semalu

b) Bercerita berpandu c) Bercerita berdasarkan gambar bersiri d) Bercerita menggunakan bahan maujud e) Teka-teki

f) Teater bercerita Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama. Pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati. Aktiviti ini boleh mendidik pelajar untuk bertutur dengan intonasi yang betul. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

g) Boneka Merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain. Pemain akan cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati di samping melibatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

You might also like