You are on page 1of 19

PETEMPATAN DAN PERBANDINGAN

DI KAWASAN BANDAR SERI BANDI

DAN PEBANDINGAN

DENGAN NEGARA JEPUN DI

NAGOYA.

SENARAI KANDUNGAN
Bil Isi Kandungan Muka surat

1 Tajuk Kajian

2 Senarai Kandungan

3 Penghargaan

4 Pendahuluan

5 Objektif Kajian

6 Kawasan Kajian

7 Kaedah Kajian

8 Dapatan Kajian

9 Rumusan

10 Lampiran

11 Rujukan

12 Penilaian Umum

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan

dariNya, saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2009 dengan

jayanya. Saya ingin mengucapkan setinggi-tingi penghargaan kepada pihak sekolah

dan pengetua, Tuan Pengetua iaitu Hajjah Rabiah Binti Abdul Samad yang telah

memberi kebenaran telah memberi kebenaran kepada saya untuk menyiapkan folio

KERJA KURSUS GEOGRAFI ini.

Selain itu,tidak lupa juga kepada guru mata pelajaran geografi saya,Encik Basri

Mohamed yang telah banyak memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk membuat

folio ini.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya yang telah

banyak memberi dorongan,sokongan serta bantuan kewangan kepada saya bagi

menyiapkan keja kursus ini.

Selain itu,saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-

rakan saya yang telah banyak memberi maklumat dan sanggup meluangkan masa

untuk memberi tunjuk ajar kepada saya.

Seterusnya,saya juga terhutang budi kepada kepada jiran saya dan penduduk-

penduduk sekitar Bandar Seri Bandi yang telah memberi kerjasama kepada saya

dan banyak memberi maklumat tentang kawasan kajian yang telah saya pilih

seterusnya memudahkan lagi proses untuk membuat folio ini.

Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung sapanjang saya menyiapkan

kerja kursus ini.

PENDAHULUAN
Nama saya Ahmad Shahrizal bin Alluwi.Saya belajar di tingkatan 3DYNAMIC

di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai.Sebagai salah satu perkara yang memenuhi

keperluan mata pelajaran Geografi,saya diwajibkan membuat satu kerja kursus iaitu

Kajian Geografi Tempatan(KGT).

Tajuk yang telah saya pilih untuk menjalankan kajian ini ialah petempatan dan

perkembanganya di kawasan Bandar Seri Bandi dan perbandingannya dengan kawasan

Bandar Nagoya di negara Jepun.Saya telah memilih kawasan ini untuk menjalankan

kajian saya kerana terdapat banyak maklumat yang dapat saya perolehi daripada kawasan

tersebut.

Antaranya ialah,terdapat pelbagai perbandingan di antara petempatan di

kawasan Bandar Seri Bandi dengan bandar Nagoya di negara Jepun.Kedudukan

bandar kawasan kajian yang tidak jauh dari rumah saya dan memudahkan saya untuk

menjalankan kajian ini juga merupakan salah satu faktor saya memilih kawasan

ini.

Di Bandar Seri Bandi terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan di

sekitarnya.Guru geografi saya telah memberi masa selama kira-kira 5 bulan bagi

menyiapkan kerja geografi ini dengan sempurna. Masa yang diberikan cukup bagi saya.

OBJEKTIF KAJIAN
1.Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan

Bandar Seri Bandi serta jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan

bandar Nagoya di negara Jepun.

2.Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan di

kawasan Bandar Seri Bandi serta faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan

pola petempatan di kawasan bandar Nagoya di negara Jepun.

3.Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Bandar Seri Bandi serta

fungsi petempatan yang terdapat di kawasan bandar Nagoya di negara Jepun.

4.Mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat di kawasan Bandar Seri Bandi serta

masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan bandar Nagoya di negara

Jepun.

5.Mengenalpasti langkah-langkah yang dilaksanakan untuk mengurangkan

masalah petempatan di kawasan Bandar Seri Bandi serta langkah-langkah yang

dilaksanakan untuk mengurangkan masalah petempatan di kawasan bandar

Nagoya di negara Jepun.

6.Menerapkan rasa syukur dan bangga terhadap petempatan di Negara sendiri.


Kawasan Kajian
Kajian ini dijalankan di Bandar Seri Bandi yang terletak di daerah Kemaman,

Terengganu.

Jarak di antara Bandar Seri Bandi dengan Bandar Kemaman ialah kira-kira 30 kilometer.

Bandar Seri Bandi dihubungkan dengan jalan raya utama dari Kemaman ke Kuala

Terengganu.

Luas kawasan Bandar Seri Bandi ini lebih kurang 40 hektar. Selain itu, Bandar Seri

Bandi terletak dalam daerah Kemasik, Terengganu. Terengganu Master Plan Study'

(1993) telah menetapkan Bandar Seri Bandi sebagai satu 'Subp-District-Centre' yang

perlu dipertingkatkan proses perbandaran bagi menyokong pertumbuhan bandar-bandar

sedia ada di kawasan 'Coastal Coriddor' seperti Chukai, Kijal, Kerteh dan. Paka. Bandar

ini berada dalam lingkungan 20 hingga 45 minit perjalanan kenderaan dengan bandar-

bandar berkenaan. Kawasan kajian terdiri daripada kawasan rata penuh dengan

perumahan, kedai, sekolah dan jalanraya. Kawasan ini telah pesat membangun di mana

di sini terdapat pusat membeli-belah seperti kedai, petrol stesen, pasar malam, pasar tani

dan lain-lain berbanding masa dahulu. Jalan-jalan raya juga telah banyak dibina untuk

menghubungkan kawasan kajian dengan kawasan-kawasan sekitar dan kawasan-kawasan

lain. Pola petempatan di kawasan ini ialah berjajar.

Peta petempatan bandar Nagoya di negara Jepun.


Peta Kawasan Kajian (di lukis)
`KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kerja

-: kursus ini.Antaranya ialah

1.Kaedah Pemerhatian

2.Kaedah Rujukan

3.Kaedah Soal Selidik

4.Kaedah Temu Bual

Pemerhatian.1

Saya telah melawat ke tempat kajian untuk membuat pemerhatian dan

membuat kajian untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang saya

.perlukan

Temu bual.2

Saya telah mencari beberapa orang penduduk untuk di sekitar kawasan kajian yang

saya pilih untuk ditemu bual bagi mendapatkan maklumat-maklumat tentang aktiviti

-aktiviti yang dijalankan di sekitar kawasan Bandar Seri Bandi

Soal selidik.3

Melalui kaedah kajian ini,saya telah membuat soal selidik kepada seramai 20 orang

rsponden yang sanggup bekerjasama dengan saya untuk memberi

maklumat

Rujukan.4
Untuk menyiapkan kerja kursus ini,saya telah membuat rujukan dengan

menelaah buku-buku, dan artikel yang mengandungi sebarang

maklumat mengenai petempatan di kawasan Bandar Seri Bandi dan petempatan di

kawasan bandar Nagoya di negara Jepun.Saya juga telah melayari internet

.untuk mencari peta kawasan kajian saya


Jenis dan pola petempatan

Berdasarkan kaedah kajian yang telah dibuat oleh saya dan rakan-rakan serta rujukan

yang telah dibuat dengan melayari internet,kawasan,Bandar Seri Bandi dan kawasan

Bandar Nagoya di negara Jepun terletak di kawasan yang berdekatan dengan bandar.Ini

adalah disebabkan oleh dasar kerajaan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi memajukan

kawasan Bandar Seri Bandi dan perkara yang sama juga terjadi di Bandar

Nagoya,Jepun.Berdasarkan kajian melalui pemerhatian pula,saya dapati kebanyakan

rumah di kawasan Seri Bandi dibina dengan tersusun dan rapat antara satu sama

lain.Susun atur ini dikenali sebagai pola berjajar.

Di kawasan bandar Nagoya di negara Jepun pula,rumah-rumah di sana pula

dibina rapat-rapat dan tidak tersusun serta terdapat banyak bangunan tinggi untuk

menampung penduduk seperti yang berlaku di sekitar kawasan Eikincho.Ini kerana

penduduk di bandar Nagoya amat padat dan ramai serta terdapat banyak kegiatan

ekonomi yang dijalankan di sekitarnya.Susun atur di kawasan ini pula dikenali sebagai

pola berselerak.

Saya amat bersyukur dan selesa tinggal di kawasan Bandar Seri Bandi kejadian

yang berlaku di bandar Nagoya tidak berlaku di kawasan Seri Bandi.Semua ini adalah

berikutan negara kita yang mampu menampung jumlah penduduknya yang

sekata.Kerajaan selalu memainkan peranan mereka untuk memajukan kawasan ini.

Faktor yang mempengaruhi petempatan


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Bandar Seri

Bandi.Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan ini ialah bentuk muka

bumi.Bentuk muka bumi Bandar Seri Bandi terdiri daripada tanah pamah.Oleh itu

kawasan ini menjadi tumpuan orang untuk mendirikan rumah.Selain itu kegiatan

ekonomi juga mempengaruhi petempatan. Hal ini terbukti kerana adanya pusat

perniagaan dan perkhidmatan. Sektor perniagaan menjadi aktiviti utama penduduk di

kawasan kajian seperti kedai runcit,restoran dan lain-lain. Oleh itu tempat ini

memudahkan penduduk untuk membeli barang-barang keperluan tanpa pergi ke tempat

lain. Bidang perkhidmatan juga ada di kawasan kajian ini kerana adanya klinik,bengkel

jahitan dan lain-lain. Hal ini juga akan memudahkan penduduk kerana terdapat banyak

bidang perkhidmatan.

Negara perbandingan pula bandar Nagoya,Jepun merupakan kawasan petempatan yang

terletak di tengah-tengah negara Jepun dan berhampiran dengan pinggir laut.Keadaan

bentuk muka buminya juga banyak terdapat kawasan yang terdiri daripada tanah

pamah.Oleh sebab itu kawasan-kawasan ini telah dibangunkan untuk dijadikan sebagai

kawasan yang terdapat banyak sektor-sektor perindustrian. Bagi kegiatan ekonomi utama

yang terdapat di bandar Nagoya ialah pelabuhan dan perindustrian.Oleh kerana negara

Jepun mengalami masalah sumber yang terhad,kegiatan industri dan kehidupan seharian

bergantung dengan mengimport bahan mentah dari negara luar dan mengeksport bahan

yang telah siap. Bahan mentah yang telah diimport digunakan oleh sektor industri bagi

menghasilkan barangan siap.

Saya berbangga kerana kawasan tempat tinggal saya mempunyai petempatan yang
dapat menarik manusia untuk membina perumahan di sini
Fungsi petempatan
Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan

Bandar Seri Bandi serta penduduk di situ. Antara salah satu fungsi petempatan yang

terdapat di kawasan kajian adalah sistem pendidikan.Banyak sekolah di situ telah

dinaiktaraf pendidikannya.

Contohnya ialah pembukaan sekolah baru di kawasan Bandar Seri Bandi seperti

Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bandi 2 yang telah dibina pada tahun 2004.Sekolah

tersebut mempunyai banyak kemudahan yang lengkap dan kawasannya yang lebih luas

berbanding sekolah lain yang ada di kawasan kajian.Secara tidak langsung terdapat juga

peningkatan taraf hidup yang berlaku di sini.Ini termasuklah taraf kesihatan dan

pendidikan penduduk di Bandar Seri Bandi yang semakin baik dan selesa.Kemudahan

infrastruktur yang lengkap untuk kemudahan dan keselesaan penduduk seperti bekalan

elektrik,jalan bertar dan juga sekolah yang dinyatakan di atas.

Manakala di bandar Nagoya di negara Jepun pula,fungsi petempatannya ialah

sebagai sebuah kawasan perdagangan yang luas dan bersistematik.Perkembangan

ekonomi yang pesat menyebabkan banyak jalan raya baru di bina untuk memudahkan

barang dagangan di bawa dari satu tempat ke tempat yang lain.Bersesuaian dengan

kegiatan yang melibatkan pelabuhan naik mendadak,pembaharuan telah dilakukan

dengan membuka banyak pelabuhan-pelabuhan yang baru yang lebih luas di Nagoya.

Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini

kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga

seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta

dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.
Masalah petempatan

Bersdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal

selidik,beberapa masalah telah dinyatakan oleh 20 responden,antaranya ialah pencemaran

udara dan kekurangan peluang pekerjaan.Pencemaran terjadi akibat sikap tidak

bertanggungjawab segelintir penduduk kawasan Bandar Seri Bandi.

Di Bandar Seri Bandi pencemaran yang berlaku adalah pencemaran udara.

Pencemaran udara berlaku disebabkan oleh sampah-sarap yang dibuang di merata-rata

tempat oleh penduduk di kawasan ini.Kesan daripada pembuangan sampah yang tidak

teratur menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan

mencacatkan permandangan sekeliling. Selain itu kawasan kajian juga mempunyai

masalah kekurangan peluang pekerjaan untuk orang ramai. Hal ini akan menyebabkan

ramai orang menganggur dan akan berpindah ke tempat lain untuk mencari kerja.

Bandar Nagoya di negara Jepun juga tidak lari dari mengalami masalah seperti

yang berlaku di Bandar Seri Bandi.Bandar Nagoya juga mengalami masalah pencemaran

udara.Ini berikutan dengan pembangunan pusat-pusat industri baru dan penggunaan

kenderaan-kenderaa bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang

boleh menghasilkan hujan asid. Selain itu Bandar Nagoya mengalami masalah

kekurangan pelabuhan berikutan barang dagangannya yang amat padat kerana punca

ekonomi utama Nagoya ialah daripada kegiatannya pelabuhannya.

Saya berterima kasih kepada Allah kerana masalah yang dihadapi di tempat

tinggal saya tidaklah seteruk dengan negara perbandingan saya.


Langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan.

Setelah menjalankan kajian ini,langkah pertama untuk mengurangkan masalah

petempatan di Bandar Seri Bandi iaitu masalah pencemaran udara,kerajaan haruslah

menguatkuasakan undang-undang dan menyediakan tapak pelupusan sampah di kawasan

tersebut supaya penduduk di situ dapat membuang sampah sarap di satu tempat. Dengan

cara ini masalah pencemaran udara dapat dikurangkan. Selain itu,untuk mengurangkan

masalah orang menganggur,kerajaan mestilah membuka petempatan yang baru contohnya

membuka ladang kelapa sawit yang banyak. Hal demikian,golongan muda yang

menganggur dapat bekerja di situ. Tambahan lagi mereka juga tidak akan berpindah ke

tempat lain kerana mempunyai peluang pekerjaan di tempat tinggal sendiri.

Manakala pembukaan pusat pelabuhan baru di Nagoya telah dilaksanakan oleh pihak

kerajaan negara Jepun untuk mengatasi masalah kekurangan pelabuhan dan pertambahan

barang dagangan.Di Nagoya,penggunaan petroleum tanpa plumbum juga telah dijalankan

di samping langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaanya untuk menanam lebih

banyak pokok-pokok .Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti MRT yang

beroperasi di bawah tanah dapat mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran

bunyi.

Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil

angkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa.Namun

begitu,para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program

dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-membantu serta

melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.


Peta minda dibawah menunjukkan masalah-masalah yang dihadapi oleh petempatan

Bandar Seri Bandi:

Masalah
Petempatan

Pencemaran Peluang
Udara Pekerjaan
Kajian yang telah dijalankan di kawasan Bandar Seri Bandi ini telah memberi banyak

pengalaman yang sangat berguna kepada saya dan juga rakan-rakan.Kajian ini

membolehkan saya mengenalpasti pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian.

Selain itu,saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang faktor-faktor

yang mempengaruhi petempatan seperti bentuk muka bumi,kegiatan ekonomi dan

sebagainya.Berdasarkan kepada kajian ynag dijalankan,saya juga dapat mengetahui

dengan lebih jelas tentang fungsi petempatan di kawasan kajian yang telah saya pilih dan

juga negara bandingan iaitu Jepun di bandar Nagoya seperti menigkatkan tahap

ketersampaian,memendekkan masa perjalanan dan mobiliti penduduk.Saya juga dapat

mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan kajian dan negara

bandingan iaitu Jepun serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan

masalah-masalah tersebut.

Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus memantau dan mengenalpasti

masalah-masalah yang terdapat di kawasan kajian saya serta mencari jalan untuk

menyelesaikannya bagi memberi keselesaan kepada para penduduk.Pada pendapat saya

bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu melakukan perkara ini,malah para penduduk juga

perlu mengambil inisiatif untuk terus menjaga kawasan persekitaran dengan baik.
Kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah nagara yang aman dan

merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem yang

baik.

Akhir kata,marilah sama-sama kita sebagai penduduk Bandar Seri Bandi khasnya

dan Malaysia amnya supaya bekerjasama menjaga kemudahan dan petempatan yang

disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi

masalah-masalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita akibat perbuatan kita sendiri.
KE RJ A KURSUS

KAJIAN GEOGRAFI T EM PATAN PMR 2009

TAJUK:

PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN DI BANDAR SERI

BANDI BERBANDING DENGAN NEGARA JEPUN

Nama Calon: Ahmad Shahrizal B in Alluwi

Kelas : 3 Dynamic

Kad Pengenalan: 940328-11-5531

Angka Giliran:

Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai

Guru Penilai : Encik Basri bin Mohamed

Tarikh:

Tandatangan Guru:

You might also like