You are on page 1of 4

CATATAN REFLEKSI Isu / Perkara Yang Difokus Pelaksanaan Projek Keceriaan Blok C Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu (Mural)

berlangsung selama seminggu dari 8 Julai hingga 12 Julai 2013. Kami berempat melaksanakan projek ini dengan baik hasil bantuan daripada warga sekolah. Analisis Isu / Perkara Yang Difokus Kekuatan 1) Projek ini mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir sekolah dalam masa yang singkat. 2) Kami telah menghasilkan mural yang menyatakan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan individu iaitu mewarnakan dinding dengan perumpamaan Arab Ilmu Tanpa Amal Ibarat Pohon Tiada Buah. 3) Segala peralatan dan bahan untuk menghasilkan mural telah disediakan dengan baik oleh pihak sekolah. 4) Mural yang dihiasi dengan warna dan gambar yang menarik dan ceria meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri individu yang menghayatinya. 5) Pemilihn warna dan gambar yang sesuai dengan tahap umur murid-murid sekolah yang gemar akan lukisan kartun yang ceria. Kelemahan 1) Kekangan waktu dalam menyiapkan mural kerana terlibat dengan banyak aktiviti sekolah. 2) Keadaan cuaca yang tidak menentu (hujan) menyukarkan proses mengecat mural. 3) Murid sering menggangu sepanjang penghasilan mural. Cadangan Penambahbaikan 1) Pelaksanaan hendaklah dirancang dengan baik agar projek ini siap dengan cepat di samping menjaga mutu serta kualiti mural yang telah dilaksanakan. 2) Memastikan kawalan murid sentiasa baik agar murid tidak menggangu guru menyiapkan mural. CATATAN REFLEKSI

1. Isu / Perkara Yang Difokus Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu 2013 pada 5 Julai 2013. Kami berempat melaksanakan program ini dengan baik hasil bantuan daripada warga sekolah. Analisis Isu / Perkara Yang Difokus Kekuatan 1) Projek ini mendapat bantuan yang berterusan daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Setiausaha Sukan sekolah. 2) Kami telah mengagihkan setiap orang guru dan staf sekolah dengan jawatankuasa yang perlu dilaksanakan sepanjang pelaksaan program. 3) Segala peralatan dan bahan untuk melaksanakan kejohanan telah disediakan dengan baik oleh pihak sekolah. 4) Kesemua pihak yang terlibat dalam kejohanan balapan dan padang memberikan komitmen yang tinggi bagi menjayakannya. 5) Segala perancangan yang dilakukan berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. 1.1 Kelemahan 1) Kekurangan pengalaman kami dalam menjayakan sesuatu program yang besar iaitu melibatkan kos dan tanggungjawab yang besar. 2) Masa yang terhad untuk menyiapkan kesemua kerja dalam masa yang telah ditetapkan. 2. Cadangan Penambahbaikan 1) Sentiasa mendapatkan rujukan dan pengetahuan akan kemahiran yang baik dalam melaksanakan program daripada individu yang pakar. 2) Pelaksanaan hendaklah dirancang dengan baik agar projek ini siap dengan cepat di samping menjaga mutu serta kualiti program yang telah dilaksanakan

CATATAN REFLEKSI

Isu / Perkara Yang Difokus Pelaksanaan Program Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan SKPP 2013 berlangsung pada 17 Julai 2013 iaitu pada minggu ketiga saya dan rakan menjalani program Internship. Kami berempat melaksanakan program ini dengan baik hasil bantuan daripada warga sekolah. Analisis Isu / Perkara Yang Difokus Kekuatan 1) Projek ini mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir sekolah dalam masa yang singkat. 2) Kami telah merancang perjalanan program ini dari permulaan hingga ke pengakhiran dengan perbincangan dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum selaku mentor kami. 3) Segala peralatan dan bahan untuk melaksanakan program telah disediakan dengan baik oleh pihak sekolah. 4) Pelbagai aktiviti telah dirancang dengan baik dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada guru dan murid. 5) Hasil program ini mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada pihak sekolah.. 2.1 Kelemahan 1) Pelaksanaan terpaksa ditunda daripada tarikh asal kerana ketiadaan bekalan elektrik. 2) Gimik pelancaran tidak bergerak mengikut perancangan kerana masalah teknikal. 3) Pembahagian bendera kepada setiap orang murid tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan stok bendera. 3. Cadangan Penambahbaikan 1) Pastikan perancangan pelaksanaan sesuatu aktiviti berjalan lancar dengan mendapatkan bantuan daripada semua pihak. 2) Memikirkan alternatif atau jalan penyelesaian lain bagi mengatasi setiap masalah yang berlaku. CATATAN REFLEKSI Isu / Perkara Yang Difokus

Pelaksanaan Kem Kecemerlangan Rohani Dan Pemantapan Sahsiah Menuju Kecemerlangan UPSR 2013 berlangsung selama dua hari iaitu 19 Julai hingga 20 Julai 2013 iaitu pada minggu ketiga saya dan rakan menjalani program Internship. Kami berempat melaksanakan program ini dengan baik hasil bantuan daripada warga sekolah. Analisis Isu / Perkara Yang Difokus Kekuatan 1) Projek ini mendapat kerjasama daripada Unit Kecemerlangan SKPP, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Panitia Pendidikan islam dan Malaysia Builidng Society Berhad (MBSB). 2) Segala aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. 3) Segala peralatan dan bahan untuk melaksanakan program telah disediakan dengan baik oleh pihak sekolah dan pihak Kem Modal Insan. 4) Slot-slot pengisian berkaitan kerohanian berjaya membentuk nilai diri dan sahsiah yang terpuji dalam diri murid. Kelemahan 1) Kerjasama yang mengecewakan daripada pegawai JAZIM yang berperanan sebagai pegawai motivasi kerana tidak memberikan perkhidmatan yang dapat memuaskan hati warga sekolah. 2) Kawalan murid tidak dapat dilaksanakan dengan baik. 3) Tahap kesediaan murid untuk mengikuti perjalanan program. Cadangan Penambahbaikan 1) Mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak perkhidmatan motivasi agar kesedaran mereka mengenai tugas mereka sentiasa dalam keadaan yang baik. 2) Memastikan kawalan murid sentiasa baik agar murid tidak menggangu kelancaran sesuatu aktiviti. 3) Pelaksanaan hendaklah dirancang dengan baik agar program ini berjalan dengan baik,

You might also like