You are on page 1of 31

BENTUK MUKA BUMI DI KAMPUNG

GERSIK DAN PERBANDINGAN


DENGAN NEGARA LAIN IAITU PULAU
JAWA , INDONESIA
SENARAI KANDUNGAN
1. Penghargaan

2. Pendahuluan

3. Objektif kajian

4. kawasan kajian

5. kaedah kajian

6. Dapatan kajian

7. Rumusan

8. Lampiran

9. Rujukan
Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Nuryati binti Nusu

kerana telah mencurahkan ilmu serta bimbingan dalam menyiapkan tugasan serta kerja

khusus geografi . Tanpa bantuan beliau tidak dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.

Di samping itu, saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada kedua ibu

bapa saya iaitu En. Nazlim bin Abu dan Puan Samsidah binti Ahmad yang sentiasa

memberi sokongan dam bimbingan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan saya iaitu fatin Nurizzeti binti Mosen dan Awangku

Dzulhaidi yang turut membantu saya dalam membuat tugasan ini.

Akhir sekali , terima kasih kepada semua reponden yang sudi menjawab soalan saya
PENDAHULUAN
Saya Muhammad Ardany bin Nazlim .Saya murid tingkatan 3 di Sekolah Menengah

Sains Labuan . Guru geografi saya , Puan Nuryati binti Nusu telah memberi masa 3

bulan untuk menyiapkan tugasan ini. Tajuk kajian saya ialah potensi bentuk muka

bumi di Kampung Gersik dan dibandingkan dengan Pulau Jawa, Indonesia. Saya

menyiapkan tugasan ini kurang dari sebulan.

Melalui kajian ini , saya dapat mengetahui pelbagai bentu muka bumi di kampung

ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui potensi dan sumbangan di Kampung

Gersik terhadap kegiatan penduduk tempatan. Saya juga dapat membandingkan

potensi ,halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia , kesan kegiatan

manusia terhadap alam sekitar dan langkah – langkah untuk mengurangkan masalah

kesan kegiatan manusia kepada alam sekitar dengan Pulau Jawa, Indonesia.
Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif kajian yang ingin saya kaji , di antaranya ialah ;

Saya ingin mengkaji bentuk muka bumi tempat yang hendak dikaji dan dibandingkan

dengan negara luar.

Mengenalpasti bentuk muka bumi tempat yang hendak dikaji dan dibandingkan dengan

negara luar.

Mengenalpasti halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia di tempat

yang hendak dikai dibandingkan dengan negara luar.

Mengenalpasti kesan kegiatan manusia kepada alam sekitar dan dibandingkan dengan

negara luar.

Mengkaji langkah- langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia kepada alam

sekitar dan dibandingkan dengan negara luar.

Akhir sekali ialah menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian
KAWASAN KAJIAN
Kampung Gersik terletak berhampiran dengan pusat bandar. Jarak relative dari

bandar ke Kampung Gersik ialah 3 minit menaiki kenderaan bermotor ,dan 20 minit

berjalan kaki. Jikalau dari sekolah saya ia mengambil masa 20 minit dan jikalau

menaikibas tambangnya sekitar RM 3.00.

Antara factor yang menyebakan ramai orang berpindah ke sini kerana tempat ini

mempunyai kemudahan awam yang cukup. Kawasan ini memiliki masjid , sekolah kedai

makan dan banyak lagi . Perkara sebegini yang memudahkan kehidupan seharian

peduduk setempat.

Peta Pulau Labuan


Pulau Jawa , Indonesia
Kaedah Kajian

Saya menggunakan beberapa kaedah kajian yang dalam membuat tugasan ini ,

diantaranya ialah :

Saya menggunakan kaedah pemerhatian dan ini adalah kaedah paling saya gunakan

dalam membuat kajian ini. Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti ciri-ciri

bentuk muka bumi, potensinya, halangan dan cara untuk mengurangkan kesan kegiatan

manusia di kawasan itu.

Saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik . Saya telah menemui 20 orang

responden dan memberi mereka boring soal selidik.

Saya juga menggunakan kaedah penyelidikan di internet . Saya telah mecari peta dan

beberapa lagi maklumat dalam menyiapkan kajian ini.


Dapatan kajian
8.1 Di kawasan Kampung Gersik terdapat 2 bentuk muka bumi iaitu tanah pamah dan

pinggir laut :

 Kawasan tanah pamah

Bentuk muka bumi utama di Kampung Gersik ialah bentuk muka bumi tanah pamah.

Boleh dikatakan hampir 9/10 kawasan Kampung Gersik ialah tanah pamah.

 Bentuk muka bumi pinggir laut

Bentuk muka bumi pinggir laut di kawasan kampung Gersik adalah amat penting bagi

penduduk yang tinggal di pinggir laut.

Dekat kawasan Pulau Jawa terdapat 1 bentuk muka iaitu:


 Kawasan bentuk muka bumi tanah tinggi

Pulau Jawa , Indonesia terletak di lingkaran api pasifik merupakan gunung lipat muda

yang wujud kira-kira 35 juta tahun dahulu.

Sistem gunung lipat muda ini berpunca dari pusat perbandaran pamir di pendalaman

benua Asia merentasi banjaran himalaya ke tanah tinggi annam, Myanmar dan Banjaran

Barisan , Sumatera menganjur ke Pulau Jawa dan terus ke Sulawesi.

Kedudukannya di zon tidak stabil terdedah kepada kepada kejadian gempa bumi dan

letusan gunung berapi.

Terdapat beberapa buah gunung berapi seperti Gunung Semeru (3676 meter) dan

Gunung Merapi .

Aktiviti letusan gunung berapi di Pulau Jawa telah membentuk dataran lava bes yang

subur seperti Dataran Tinggi Rembang.

Nilai dan unsur patriotisme

Nilai yang terdapat dalam kajian ini ialah cintakan negara. Kita seharusnya bersyukur

menjadi warga Negara Malaysia kerana memiliki bentuk muka bumi yang seimbang
Potensi bentuk muka bumi di kawasan
Kampung Gersik
Bentuk muka bumi Tanah Pamah

Kawasan tanah pamah di kampung Gersik memberi banyak kemudahan kepada

Penduduk setempat

Antaranya ialah kawasan ini dijadikan pusat petempatan kerana terdapat banyak rumah –

rumah dibina di kawasan ini. Ini kerana kampung ini bersebelahan dengan pusat Bandar

Labuan. Ini memudahkan bagi mereka yang tinggal di sini untuk ke bandar.

Sebagai contoh terdapat kuartes Jabatan Kerja Raya , kuartes JUPEM , perumahan di

Kampung Gersik dan banyak lagi .

Di sini juga terdapat lebih kurang sebuah sekolah menengah iaitu sekolah Menengah

Kebangsaan Labuan , 4 buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Chi Wen ,

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu , Sekolah Kebangsaan Pekan 2 dan Sekolah Rendah

Agama .
SMK Labuan

SK Pekan Satu
Dengan kemudahan sebegini pasti ramai yang akan tinggal di kawasan ini. Terdapat

juga 2 buah tadika iaitu Tadika Kemas dan Tadika Hidayah. Tadika ini memberi

kemudahan kepada ibu bapa yang ingin memberi pendedahan awal persekolahan seawal

usia 5 hingga 6 tahun .

Terdapat juga tempat berniaga makanan seperti Roti Mas dan Kedai Sri Keluarga . ni

memberi kemudahan kepada penduduk tempatan untuk membeli makanan . Tidak

perlulah mereka ke pusat bandar untuk makan .

Restoran Sri Keluarga Dan katering


Terdapat juga stesen minyak iaitu Stesen Minyak Petronas . Kemudahan sebegini

adalah amat penting bagi penduduk setempat yang memiliki kenderaan bermotor. Di sini

juga terdapat kedai yang menjual kereta . Kedai ini menjual kereta yang

berjenama mahal iaitu Ford. Kedai ini teletak bersebelahan Kedai Roti Mas .

Di kawasan ini juga terdapat sebuah masjid yang besar ataupun namanya Masjid Jamek

An Nur. Masjid ini merupakan masjid besar di pulau Labuan. Ini dapat dilihat apabila

adanya masjid di sesuatu kawasan menunjukkan bahawa majoriti penduduk kawasan

Kampung Gersik ialah beragama islam.

Masjid Jamek An Nur


Kemudahan awam di Kampung Gersik

6
5
4
Bilangan

3
bilangan
2
1
0

an
ah
h

ka

jid
la

ga
as

m
di
ko

ta

ha
m

ia
se

rn
ak

pe
m

Nama kemudahan

Graf bar menunjukkan bilangan kemudahan awam yang ada di Kampung Gersik

pendapat tentang potensi bentuk muka


bilangan Nama jantina pekerjaan bumi
1 Nazlim bin Abu l Jurutera awam Petempatan
Samsidah binti
2 Ahmad p suri rumah Petempatan
3 Dzulkufli bin Malik l juruteknik Petempatan
4 Zanura binti khalil p kontraktor Perniagaan
5 Sazali bin Ahmad l juruteknik TNB Petempatan
6 Marzuki bin Syafiq l bekas askar Perniagaan
7 Nasiah binti ahmad p guru Petempatan
Muhd Israr bin
8 Mokhtar l doktor Perniagaan
9 Mahmud bin Talib l guru Pertempatan
10 Harith bin Abdullah l pembuat roti canai Petempatan
11 Lasumin l pemandu Perniagaan
Muhd Yusuff b.
12 Awang l arkitek petempatan
13 Hamidon bin Sajari l juruukur bahan Petempatan
14 Rabina binti Zainal p pembantu akauntan Petempatan
15 Azhary bin Awang l jurutera mekanikal Perniagaan
16 Wahab bin Osman l juruteknik Perniagaan
17 Zamli bin Pali l juruteknik Petempatan
18 Athanasius a.k. Jala l pembantu teknik Petempatan
19 Hajimin bin Moksin l pelukis pelan Petempatan
20 Evelyn Mailap p pelukis pelan Petempatan
Jadual disebelah menunjukan pendapat penduduk terhadap potensi bentuk muka bumi di

Kampung Gersik. Dan graf di bawah menunjukkan peratusan pendapat mereka :

Pendapat penduduk tentang potensi bentuk muka


bumi

petempatan
perniagaan

Peratusan yang memilih bentuk muka bumi Kampung gersik sesuai dengan petempatan

ialah seramai 65 % dan yang memilih ia sesuai untuk perniagaan ialah 35 %. Ini mungkin

kerana ramai reponden mengandaikan tempat ini sudah memiliki banyak rumah , sudah

tentu mereka mengatakan tempat ini sesuai untuk petempatan.


Bentuk Muka Bumi Pinggir Laut

Bentuk muka bumi ini amat penting bagi penduduk yang tinggal di kawasan

pinggir laut kerana mereka menggunakan kawasan pinggir laut sebagai laluan untuk ke

bandar .

Ini dapat dilihat apabila sesetengah penduduk di sana menggunakan khidmat bot atau

sampan untuk ke pasar. Ia mengambil masa kurang 7 minit untuk tiba di jeti yang berada

di pasar.

Potensi dan bentuk muka bumi di Pulau Jawa , Indonesia

Bentuk muka bumi Pulau Jawa , Indonesia ialah tanah tinggi . Tanah tinggi tersebut

berketinggian 900 meter hingga 1800 meter. Ia juga terhasil daripada mendapan lava dan

ditereskan untuk kegiatan pertanian

Padi merupakan makanan ruji yang ditanam secara sara diri iaitu dihasilkan untuk

kegunaan penduduk setempat.

Sawah ditereskan dengan saiz keluasan kawasan yang kecil iaitu antara 0.1 ke 0.5

hektar.
Penggunaan tenaga buruh dan binatang seperti kerbau dan lembu masih lagi penting

kerana kekurangan teknologi moden dan kesukaran menggunakan jentera di cerun bukit.

Tanah di lereng bukit di Pulau Jawa sesuai untuk penanaman padi kerana ia terhasil

daripada mendapan lava bes dari gunung berapi.

Sistem pengairan mendapat bekalan dari Sungai Solo dan Sungai Brantas untuk

mengairi kawasan sawah padi.

Nilai dan unsur patriotisme

Kita seharusnya berbangga kerana negara kita dikurniakan dengan bentuk muka bumi

yang mempunyai banyak kegunaan dan manafaat kepada kita.


Halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia

KAMPUNG JAWA

 Kawasan tanah pamah

Kawasan di Kampung Jawa tidak mempumyai tanah pamah yang sesuai untuk kegiatan

penanaman sayur – sayuran mahupun tanaman padi .

Kawasan ini tidak mempunyai sistem saliran kerana kawasan ini tidak mepunyai bukit

sebagai kawasan tadahan air.

 Kawasan pinggir laut

Kawasan pinggir laut Kampung Gersik tidak mempunyai potensi untuk kegiatan

penangkapan ikan .

PULAU JAWA , INDONESIA

Halangan bentuk muka bumi kawasan ini ialah penduduk di sini mengalami masalah

untuk membina sisitem pengairan untuk tanaman mereka.

Tambahan lagi, penduduk di sini mengalami masalah kesesakkan petempatan . perkara

ini diakibatkan oleh kekurangan tanah pamah untuk membuat petempatan.

Penduduk di kawasan ini tidak dapat membuat penanaman padi secara besar – besaran

atau komersial kerana kawasan tanah yang agak terhad


Nilai dan unsur patriotisme

Nilai yang terdapat dalam kajian ini ialah bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Kita

seharusnya bersyukur terhadap bentuk muka bumi yang ada dan telah dikurniakan.

Sesungguhnya , setiap yang baik ada buruknya dan disebaliknya ada hikmah.

\
8.4 KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

KAMPUNG GERSIK , W.P.LABUAN

Kegiatan manusia telah memberi impak terhadap alam sekitar dan ia juga memberi

kesan kepada manusia juga.

PENCEMARAN UDARA

Kawasan Kampung Gersik mempunyai masalah pencemeran udara . Ini kerana

kawasan ini menjadi laluan kepada orang awam yang tinggal ditempat lain unutk pergi ke

bandar. Walau bagaimana pun , tahap pencemaran udara di sini tidaklah terlalu teruk jika

dibandingkan dengan kawasan perindustrian.

PENCEMARAN AIR

Kawasan pinggir laut Kampung Gersik dicemari dengan kekotoran . Ini dapat dilihat

apabila pihak yang tidak bertanggung jawab membuang sampah ke laut. Tambahan lagi ,

air semakin kotor apabila penduduk yan g tinggal di sana membuang sisa – sisa mereka

seperti urine dan sisa – sisa makanan terus ke laut. Keadaan ini akan menyebabkan

permandangan di sini enak dilihat oleh pelancong luar mahupun masyarakat yang lain.
PULAU JAWA, INDONESIA

 HAKISAN TANAH

Di kawasan lereng bukit di mana berlakunya kegiatan penanaman padi , hakisan tanah

akan berlaku kerana struktur tanah tidak kuat atau stabil dan boleh menyebabkan

berlakunya keadaan tanah runtuh yang boleh memusnahkan tanaman serta menyebabkan

penduduk setempat kehilangan sumber pendapatan serta sumber makanan

 PERUBAHAN PANDANG DARAT

Perubahan pandang darat juga diakibatkan oleh pertanian di lereng bukit. Ini dapat

dilihat apabila kawasan yang dahulunya bukit bukau yang dipenuhi dengan pokok- pokok

ditebang untuk kegiatan pertanian.

Nilai dan unsur patriotisme

Nilai yang ada dalam kajian ini ialah cinta akan kebersihan alm sekitar. Kita sepatutnya

menjaga alam sekitar di negara kita supaya maruah negara kita terjaga dan Negara kia

dipandang tinggi
Langkah – langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia kepada alam

sekitar

KAMPUNG GERSIK , W.P.LABUAN

Bagi menangani masalah masalah pencemaran laut, saya merasakan pihak kerajaan

sewajarnya membuat kempen ‘sayangilah laut kita’ yang bertujuan sebagai satu cara

untuk menimbulkan rasa sayang kepada laut dan menjaganya sebaik mungkin.Tambahan

lagi, kita boleh mengadakan gotong – royong untuk membersihkan laut. Samaada

dijayakan oleh pihak kampung itu sendiri ataupun dilakukan oleh NGO.

Bagi menangani masalah pencemaran udara, saya mencadangkan penggunaan ‘catalic

converter’ yang mesra alam. Tambahan lagi, penggunaan kenderaan bermotor yang

menggunakan minyak bukan diesel adalah digalakkan kerana asap yang dikeluarkan

kurang memberi kesan kepada alam sekitar.

PULAU JAWA , INDONESIA

Cara – cara untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia kepada alam sekitar di Pulau

Jawa ialah dengan cara menereskan lereng bukit. Dengan cara ini , hakisan akan kurang

berlaku dan ia akan mengurang peratusan untuk berlakunya tanah runtuh .

Kita boleh melakukan penanaman semula pokok – poko yang ditebang kerana pokok –

pokok ini yang memberi kita oksigen dan banyak lagi manafaat.
Nilai dan unsur patriotisme

Nilai yang terdapat dalam kajian ini ialah rasa prihatin terhadap alam sekitar . Kita

sewajarnya mengambil berat terhadap alam sekitar serta mengambil tindakkan.


RUMUSAN
Kawasan kajian saya, Kampung Gersik , mempunyai bentuk muka bumi tanah

pamah dan pinggir laut manakala negara yang dibandingkan, Pulau Jawa , Indonesia ,

mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan tanah pamah menggalakkan

pembangunan petempatan pengankutan dan kawasan Pulau Jawa di negara Indonesia

pula berpotensi dibangunkan untuk pertanian dan pelancongan.

Walau bagaimanapun, bentuk muka bumi tanah pamah dan pinggir laut juga

mempunyai halangan dari segi ketidaksesuaian tanah untuk pertanian dan pinngir laut

yang tidak sesuai untuk kegiatan penangkapan ikan. Begitu juga dengan bentuk muka

bumi tanah tinggi dan tanah pamah yang menyebabkan kurang tanah untuk pertanian dan

kesesakkan petempatan .

Kesan dari kegiatan manusia di Kampung gersik ialah berlakunya pencemaran udara

dan pencemaran air. Masalah ini boleh diselesaikan dengan cara penggunaan catalic

converter dan membersihkan pinggir laut yang tercemar dengan sampah sarap. Kesan

kegiatan manusia di Pulau Jawa , Indonesia ialah berlakunya hakisan tanah dan

perubahan pandang darat. Kesan kegiatan ini boleh diselesaikan dengan cara peneresan

lereng bukit dan penanaman semula pokok – pokok yang ditebang.

Kesimpulannya , saya merasa bangga kerana mempunyai negara yang ada bentuk

muka bumi seimbang dan sesuai untuk didiami. Walaupun mempunyai keburukkan

disebalik kelebihan , sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.


RUJUKAN
1. Yang Shing Shii dan S.L.Kang, 2005.PMR Referens EKSELEN Geografi KBSM : Petaling

Jaya : Edaran Vital Star Sdn.Bhd.

2. Mohammad Ismail dan Mohd.Harith Abdullah, 2003. Eksplorasi Geografi KBSM

Tingkatan 1:Shah Alam : Edaran Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

3. www.indonesia-tourism.com/yogyakarta/map/java

4. http://geogarang.blogspot.com/search/label/KKG%202009

5. www.scribd.com

6. Perpustakaan Perbadanan Labuan

You might also like