You are on page 1of 35

MISKONSEPSI KANAK-KANAK

PENGENALAN Kanak-kanak membina kefahaman mengenai fenomena alam semula jadi daripada pengalaman harian mereka. Melalui pengalaman ini, kanak-kanak membina satu set jangkaan dan kefahaman ataupun pemikiran intuitif bagi menjelaskan sebab sesuatu fenomena itu berlaku.kanak-kanak yang datang ke sekolah sememangnya mempunyai idea-idea intuitif .Ideaidea intuitif ( menurut gerak hati bukan dengan berfikir) sangat kukuh dan boleh di bawa ke peringkat dewasa. Idea-idea intuitif ini mungkin bercanggah atau menyalahi penjelasan ataupun pengertian saintifik namun itu adalah pemahaman yang dibina oleh kanak-kanak melalui pengamatan dan interaksinya dengan alam sekitar.Idea sains kanak-kanak tidak sama dengan penerangan yang diterima oleh komuniti sains. Idea inilah yang dibawa ke dalam kelas.kanakkanak mengumpul maklumat daripada proses seperti yang dilakukan oleh ahli sains. Mereka menggunakan semua deria untuk belajar tentang sesuatu yang dikaji. Melalui soalan-soalan mereka mengumpul maklumat dan menyusun maklumat untuk membentuk skema, struktur dan konsep. Pada mereka teori yang dibina adalah logik dan rasional sebab ia berdasarkan bukti dan pengalaman. Melalui pengalaman yang terhad dan pemikiran yang tidak mantap mereka sudah mempunyai idea atau kefahaman awal tentang konsep yang akan dipelajari.Justeru itu idea kanak-kanak ini dipanggil miskonsepsi. Peluang-peluang mempelajari sains terdapat di pelbagai tempat dan keadaan contohnya di dapur, di kawasan sekolah, di tepi kolam dan laut, di muzium, di zoo dan juga di tempat permainan yang disediakan. kita menggunakan ilmu sains bagi menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak. Pengetahuan sains membolehkan mereka memahami fenomena yang terdapat di sekeliling mereka. Sebagai bidang ilmu, sains membekalkan rangka konsep bagi membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Ilmu pengetahuan sains ini menjadi lebih bermakna apabila kanak-kanak dibantu menghubungkan fakta dan konsep, serta mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Proses ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru. Pendedahan awal kanak-kanak ke atas sains adalah penting bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain.

Page 1

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
1. DEFINISI MISKONSEPSI Ada banyak istilah yang sering digunakan bagi menerangkan tentang idea sedia ada kanak-kanak tentang sains. Miskonsepsi , kerangka altenatif , prekonsepsi, idea altenatif dan sains kanak-kanak membawa maksud yang sama. Ia adalah konsep sains yang dimiliki oleh kanak-kanak melalui pengalaman seharian. Miskonsepsi bermaksud adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalaman. Manakala Nowak dan Gowin ( 1984 ) menyatakan miskonsepsi adalah merupakan suatu interprestasi konsep-konsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima. Miskonsepsi selalunya dipunyai oleh kanakkanak. Ia sebenarnya boleh ditangani oleh guru secara bijak. Jika guru tidak menangani miskonsepsi dengan segera maka ia akan berterusan sehinnga dewasa dan akan membentuk kefahaman konsep yang seterusnya. Kewujudan miskonsepsi dalam diri kanak-kanak akan member impak terhadap pembelajaran. Miskonsepsi tidak hanya terjadi pada kanak-kanak malah terjadi juga pada guru-guru. Ini kerana terdapat buku-buku yang dibaca oleh guru-guru untuk dijadikan sumber pengajaran terdapat miskonsepsi dalam buku-buku tersebut. Maka ia akan memperkuatkan lagi miskonsepsi kanak-kanak. Oleh kerana itu, tidak mudah untuk memperbaiki miskonsepsi namun sebagai seorang guru hendaklah selalu berusaha untuk memperbaiki penguasaan konsep yang dipelajari sehingga dapat mengenali yang terjadi pada kanak-kanak. 1.1 Kerangka Alternatif Kerangka alternatif diberikan pelbagai istilah seperti prakonsepsi, idea, tanggapan, kepercayaan, intuisi, intuitif, teori mini, sains kanak-kanak, salah konsepsi, kerangka alternatif,konsep alternatif dan sebagainya (Abimbola, 1996). . 1.2 Ciri-ciri kerangka alternatif Menurut Gunstone (1995) kerangka alternatif yang dimiliki oleh kanak-kanak merupakan idea dan kepercayaan yang berbeza dengan pandangan ahli sains, ia dipegang dengan kukuh dan menjadi batu penghalang dalam proses pembelajaran dan pengajaran. kanak-kanak telah mempunyai pemahaman yang tersendiri mengenai sesuatu konsep sains walaupun belum mengikuti sesuatu pembelajaran formal. Impaknya bukan sahaja akan menyukarkan penerimaan pengajaran semasa pembelajaran, bahkan amat sukar untuk mengubahnya secara Page 2

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
pengajaran sains. Osborne dan Freyberg (1985) meringkaskan sifat-sifat kerangka alternatif pelajar dalam sains seperti berikut: a) Sebelum sebarang pengajaran dan pembelajaran sains formal, pelajar telah membentuk makna-makna tersendiri terhadap kebanyakan konsep sains yang berbeza daripada pandangan ahli sains. (b) Pandangan pelajar mengenai fenomena alam akan dipegang teguh oleh mereka. (c) Kerangka alternatif bersifat kukuh dan amat sukar untuk diubahsuai atau dibuang daripada pemikiran pelajar. Penggunaannya yang berterusan dan berulang- ulang, akan menyebabkan tanggapan awal yang dibina dalam minda pelajar semakin kukuh serta berlawanan dengan konsep sains sebenar. (d) Akhirnya, ia akan membentuk suatu benteng atau tembok penghalang proses kognitif

dalam pembelajaran pelajar. Kajian yang dilakukan turut mengesahkan keupayaan kerangka alternatif sebagai penghalang penerimaan pelajar terhadap sesuatu penerangan saintifik yang disampaikan dalam kuliah apabila konsep sebenar tersebut berlawanan dengan konsep alternatif yang ditanggapi pelajar sebelum itu

Page 3

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
2. PUNCA-PUNCA MISKONSEPSI Apakah punca-punca miskonsepsi ini? Menurut Harlen(2000) mencadangkan beberapa sebab kenapa berlakunya miskonsepsi dikalangan kanak-kanak. Diantaranya punca-puncanya ialah pengalaman kanak-kanak terhad. Jadi hanya sebahagian bukti yang dijumpai oleh kanakkanak. Tidak semua pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak membolehkan mereka membuat kesimpulan yang tepat atau pun mereka dapat melihat sesuatu daripada pelbagai aspek. Punca yang kedua pula ialah apabila kanak-kanak bertanya kepada ibu bapa atau ahli keluarga yang lain tentang sesuatu fenomena. Maklumat yang diterima kadang kala kurang tepat kerana mereka tidak tahu tentang fenomena itu. Contohnya kanak-kanak mengalami matahari bergerak mengikutnya,jadi begitulah matahari bergerak. Kanak-kanak hanya memberi perhatian kepada aspek-aspek yang didapati melalui deria dan tidak berdasarkan pemikiran logik.kanak-kanak tidak dapat melepaskan idea mereka tiada penerangan lain yang logik dan tepat. Kanak-kanak yang muda hanya boleh fokus kepada satu-satu cirri sahaja semasa mengkaji fenomena atau objek. Contohnya kereta yang bergerak. Kanak-kanak menganggap kereta adalah benda hidup kerana ia bergerak. Pengajaran secara tradisional.Berpusatkan guru dan menekankan proses hafal fakta. Menekankan peperiksaan sebagai matlamat dan tumpuan pembelajaran. Pelajar akan disogokkan dengan timbunan fakta yang tidak menghiraukan kefahaman pelajarAkibatnya pelajar akan kekal dengan miskonsepsi mereka dan kehilangan minat serta merasakan bahawa pembelajaran sains adalah membosankan. Bahasa harian dan budaya.Bahasa harian merupakan medium komunikasi merujuk kepada bahan seni adalah salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya yang tidak kelihatan.Pandangan berpusatkan diri. Pelajar miskonsepsi.Contohnya; perkataan zarah merujuk kepada atom tetapi dalam bahasa harian ia biasanya mempunyai persepsi berpusatkan diri yang dianggap logik tetapi berbeza dari pandangan saintis. Contohnya , pelajar menganggap bahan yang berat jatuh lebih cepat, Bumi dianggap hamparan rata, Bulan dan Matahari dianggap mengelilingi Bumi.

Page 4

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
3. JENIS-JENIS MISKONSEPSI Miskonsepsi boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu Preconceived notions , kepercayaan bukan saintifik, salah faham konsep, miskonsepsi vernacular dan miskonsepsi fakta Idea awal yang diperoleh dari pengalaman harian. Preconceived notion bermaksud pembentukan konsep yang berakar umbi daripada pengalaman seharian. Dalam kehidupan seharian kanak-kanak melihat pelbagai kejadian contohnya melihat air sungai yang mengalir. Kanak-kanak percaya bahawa air bawah tanah mengalir dalam sungai kerana melihat air mengalir di atas tanah. Kategori yang kedua pula ialah kepercayaan bukan saintifik. Kepercayaan bukan saintifik ini diperolehi melalui pembelajaran yang bukan sumber pendidikan sains. Contohnya daripada pendidikan islam atau mitos, kanak-kanak belajar tentang permulaan kehidupan di bumi. Salah faham konsep adalah kategori miskonsepsi yang ketiga. Pemahaman konseptual hasil pengajaran dan pembelajaran yang kurang kukuh. Pada tahap ini, salah faham konsep wujud apabila cara pengajaran konsep sains tidak mengambil kira atau tidak mencabar paradox dan percanggahan yang timbul daripada preconceived nations kepercayaan bukan saintifik. Bagi menangani kekeliruan mereka membina teori yang lemah tentang konsep tersebut. Kategori yang keempat pula ialah miskonsepsi vernakular. Ia wujud apabila penggunaan istilah yang digunakkan memberi maksudnya berbeza dalam konteks sains dan kehidupan seharian.. Miskonsepsi vernakular yang disebabkan oleh penggunaan perkataan yang mempunyai maksud yang berlainan dalam kehidupan seharian pelajar dibandingkan dalam konteks saintifik. Miskonsepsi fakta adalah kategori miskonsepsi yang kelima. Ia terjadi apabila maklumat yang telah dipelajari semasa umur muda dan telah kekal lama tidak dicabar sehingga betul. Miskonsepsi fakta yang disebabkan oleh pembentukan konsep yang tidak betul dan dikekalkan terus sehingga ke peringkat dewasa.

Page 5

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
4. IDEA KANAK-KANAK MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN. Miskonsepsi dapat membentuk konsep awal,kesalahan hubungan yang tidak benar antara konsep-konsep,pandangan yang salah. Idea kanak-kanak ini akan mempengaruhi pembelajaran. Secara terperinci ia boleh menyebabkan pengertian yang tidak tepat tentang sesuatu konsep. Seterusnya jika pengertian tentang sesuatu konsep itu tidak tepat maka kanakkanak akan menggunakan konsep yang salah. Penggunaan konsep yang salah akan menyebabkan kanak-kanak mengklasifikasi contoh-contoh yang salah tentang penerapan konsep.kanak-kanak juga akan membentuk makna konsep yang berbeza berdasarkan pengalaman sendiri.Setiap konsep sains berbeza-beza,jika tidak difahami ia akan menimbulkan kekeliruan di kalangan kanak-kanak. Sekiranya miskonsepsi ini tidak diperbetulkan ia akan menyebabkan kanak-kanak akan membentuk fahaman sains yang berterusan. Kanak-kanak tidak akan mengubah konsep sedia ada atau pun mungkin menerima perspektif yang disampaikan sebagai perkara yang hanya berguna dalam peperiksaan dengan mengekalkan konsep sedia ada.Hasil pembelajaran terteguhan menyebabkan kerangka alternatif menjadi semakin kukuh dan dikekalkan bahkan mendapat peneguhan daripada pengajaran pengajaran guru akibat daripada kekaburan membuat penjelasan.Contoh konsep api adalah hidup diteguhkan lagi dengan penjelasan guru , Api hidup dengan adaya oksigen. Pandangan kanak-kanak terhadap sesuatu konsep berbelah bahagi antara kerangka alternatif mereka dengan pengajaran guru.kedua-duanya difikirkan benar dan ini mewujudkan murid yang mempunyai idea tidak konsisten dan bercanggah dengan konsep sebenar.

Page 6

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
Terdapat banyak miskonsepsi kanak-kanak dalam pelbagai topik sains yang telah dikenalpasti oleh para pengkaji. Di anatara topik-topiknya adalah seperti berikut : Topik Bumi Bumi berada pada Bumi lebih besar daripada matahari Bumi berbentuk bulat seperti pancake Miskonsepsi

Sifat fizikal bahan

Suhu tidak mengubah bentuk ais. Haba tidak mempunyai tenaga.

Benda hidup

Tumbuhan membentuk tenaga terus daripada matahari Makanan tumbuhan ialah karbon dioksida,air dan mineral. Tumbuhan mendapat makanan daripada akar. Tumbuhan menggunakan haba cahaya matahari sebagai sumber untuk berfotosintesis.

5. CARA MENGENALPASTI MISKONSEPSI. Page 7

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
Terdapat pelbagai cara untuk mengenalpasti miskonsepsi di kalangan kanak-kanak. Di antara cara-caranya ialah seperti berikut : a) Temubual Guru-guru boleh menemu bual rakan sejawat atau murid untuk mengenalpasti miskonsepsi. Guru perlu memilih topik yang dianggap sukar oleh kanak-kanak. Berdasarkan topic yang dipilih guru boleh meminta murid untuk menyatakan idea mereka mengenai konsep-konsep tajuk yang dipilih. Melalui cara ini guru dapat mengenalpasti bagaimana miskonsepsi ini boleh muncul dalam diri murid. b) Penyoalan Cara yang kedua pula ialah melalui teknik penyoalan. Guru menyediakan soalan yang berkaitan dengan konsep yang sukar difahami oleh murid. Guru perlu menerangkan bahasa soalan tersebut bukanlah bertujuan untuk digredkan. Minta murid menjawab soalan dengan jujur. Bentuk penyoalan boleh digunakan dalam bentuk esei atau objektif. Soalan objektif mengandungi soalan-soalan yang mengandungi miskonsepsi yang sudah biasa wujud di kalangan kanak-kanak. Bentuk soalan esei pula merupakan jenis soalan terbuka. Soalan ini sesuai untuk meneroka bagi memahami cara pemikiran kanakkanak. c) Pemerhatian Pemerhatian boleh dijalankan semasa murid di dalam aktiviti berkumpulan

atau sedang menjalankan eksperimen. Guru boleh memerhati dan mendengar perbualan murid semasa berbincang dengan rakan-rakan. Melalui perbincangan tersebut guru boleh mengenal pasti sama ada idea murid tepat atau sebaliknya dan guru dapat memahami konsep alternatif murid.

d) Ramalan

Page 8

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
Meramal, memerhati dan menerangkan boleh digunakan untuk mengenal miskonsepsi kanak-kanak. Guru perlu menyediakan satu demonstrasi tentang kejadian yang berkaitan dengan tajuk. Terdapat tiga langkah dalam kaedah meramal. Langkah pertama ialah meramal. Minta murid menulis ramalan secara individu dan minta murid menerangkan ramalan mereka. Langkah yang kedua ialah memerhati. Melalui langkah ini,murid akan menjalankan eksperimen. Setelah menjalankan eksperimen murid akan membuat pemerhatian dan merekodkan maklumat. Seterusnya langkah yang ketiga ialah menerang. Pada peringkat ini murid akan membetulkan ramalan pada langkah pertama. Murid akan berbincang bersama-sama dengan rakan. e) Peta konsep Peta konsep ialah sebagai suatu alat skematis untuk mewakili suatu rangkaian konsep yang digambarkan dalam suatu kerangka . ( Novak 1985 : 94 ). Peta konsep akan memberi perincian setiap hubungan-hubungan yang bererti antara konsep-konsep sains. Miskonsepsi dapat diidentifikasi dengan melihat hubungan antara dua konsep sama ada benar atau tidak. Kebiasaannya,miskonsepsi ini dapat dilihat dalam proposisi yang salah dan tidak ada hubungan yang lengkap di antara konsep. Guru perlu membimbing murid tentang cara untuk membina peta konsep. Novak mencadangkan satu siri langkah untuk membina peta konsep. Langkah-langkahnya ialah guru perlu memilih satu konsep utama,kemudian kenal pasti konsep yang berkaitan. Setelah mengenalpasti konsep-konsep ,ia akan disusun mengikut hirarki daripada am kepada spesifik. Konsep-konsep tersebut akan disambungkan dengan garisan untuk menyatakan kaitan di antara konsep-konsep. Akhir sekali,diatas garisan akan ditulis dengan perkataan yang sesuai. Peta konsep yang dibina oleh guru boleh dibandingkan dengan peta konsep murid. Ini memudahkan guru untuk mengenalpasti miskonsepsi yang wujud dalam diri kanak-kanak.

6. CARA MENANGANI MISKONSEPSI Page 9

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
Cara mengatasi miskonsepsi bergantung kepada penyebabnya.Terdapat banyak cara untuk membantu kanak-kanak mengatasi miskonsepsi. Mencari bentuk kesalahan yang dimiliki oleh kanak-kanak, sebab-sebabnya dan menemukan cara yang sesuai untuk mengatasi miskonsepsi adalah cara yang tepat untuk mengatasinya. Guru perlu memahami kerangka berfikir kanak-kanak. Memahami pemikiran kanak-kanak dan cara guru berfikir akan membantu guru mengetahui penyebab miskonsepsi serta dapat mencari cara untuk mengatasi miskonsepsi tersebut. Guru perlu memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk menceritakan idea dan pemikirannya mengenai bahan yang sedang dibincangkan secara bertulis atau lisan. Teknik penyoalan jiga kadang-kadang akan mengelirukan kanak-kanak kerana mereka di minta menjawab secara jujur. Guru tidak sepatutnya membiarkan kanakkanak berbincang tentang bahan yang mengandungi miskonsepsi tanpa membimbing kanakkanak untuk memahami konsep tersebut. 6.1 Cara mengatasi Miskonsepsi yang disebabkan oleh kanak-kanak Setiap kanak-kanak mempunyai kemampuan yang berbeza dalam mempelajari konsepkonsep sains. Sebahagian kanak-kanak tidak memahami dan tidak dapat menangkap konsep yang telah diajar oleh guru. Kanak-kanak mempercayai konsep yang tidak lengkap sudah dilengkapi dan benar,sedangkan ianya tidak lengkap untuk dikuasai oleh kanak-kanak.Guru perlu mengerti sejauh mana konsep kanak-kanak ini tidak lengkap dan memikirkan cara terbaik untuk menambah bahagian konsep yang kurang atau belum lengkap. Konsep pemahaman sendiri kanak-kanak memerlukan proses yang berterusan dan pada jangka waktu yang lama, ini memerlukan kesabaran dan sesuai dengan daya kefahaman kanak-kanak. Minat belajar kanak-kanak mempengaruhi pemahaman konsep kanak-kanak. Kesulitan akan dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak berminat untuk belajar, disebabkan itu ia akan berkencederungan mengalami miskonsepsi. Kanak-kanak yang tidak berminat untuk belajar tidak akan mendengar dan memerhati secara penuh dan mengabaikan apa yang diajar oleh guru. Kadang-kadang kanak-kanak hanya membaca buku teks sambil lalu dan tidak teliti. Akibat daripada itu kanak-kanak sukar untuk mempelajari konsep. Bagi membantu kanak-kanak dalam masalah ini terdapat beberapa cara yang dapat dilakukan oleh guru untuk meningkatkan motivasi dan minat murid.

Page 10

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan dan menarik minat murid belajar : 1. Guru mengajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran sehingga kanakkanak tidak bosan dan senang dengan pembelajaran. 2. Guru perlu menjelaskan kegunaan setiap konsep yang berkait dengan kehidupan seharian, terutama dalam konteks kehidupan kanak-kanak. 3. Guru perlu berinteraksi secara akrab dengan kanak-kanak. Ini akan menjadikan kanakkanak suka belajar. Aktiviti yang dijalankan seharusnya tidak menjadikan pelajar pasif dalam menerima ilmu yang dibekalkan oleh guru. Penglibatan interaksi aktif antara guru dan pelajar perlu diadakan.Aktiviti dan masalah seharusnya berteraskan konsep-konsep sains yang perlu dipelajari. 4. Guru menunjukkan pada kanak-kanak bahawa mereka dapat belajar. 5. Guru perlu bersabar dalam menghadapi kanak-kanak yang memiliki kemampuan yang kurang dalam pembelajaran.

6.2 Cara mengatasi miskonsepsi yang disebabkan oleh guru. Miskonsepsi bukan hanya disebabkan oleh kanak-kanak, malah guru juga turut menjadi penyumbang kepada miskonsepsi kanak-kanak. Ini terjadi kerana guru keliru untuk menjelaskan konsep yang sebenar kerana guru tidak menguasai konsep yang sebenar dari bahan yang hendak diajar. Dengan itu, guru perlu memperbaiki penguasaan konsep yang sebenar dengan cara belajar sendiri atau pun belajar dengan rakan sejawat. Guru perlu menyedari bahawa ilmu yang dimiliki perlu ditingkatkan dan diperbaharui.

Page 11

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
6.3 Cara mengatasi Miskonsepsi yang disebabkan oleh kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Proses pembelajaran yang tidak kukuh boleh menyebabkan miskonsepsi di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menerima pembelajaran kaedah ceramah tanpa melakukan aktiviti hands-on cenderung mengalami miskonsepsi. Cara terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak ialah dengan cara hands-on experiences iaitu mereka belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Oleh itu pilih aktiviti sains yang menekankan kepada hands-on dan hanya memerlukan penerangan ringkas. Selain itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku dalam persekitaran kanak-kanak ini untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan. Mengajar mereka melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar

Page 12

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
7. TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Teori Konstruktivisme menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini adalah dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut teori ini, ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Dalam teori konstruktivisme, murid tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh guru tetapi murid secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut (Dick 1997). Dick (1997) turut menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Golongan konstruktivis juga menyatakan bahawa ilmu adalah satu entiti yang dibina oleh setiap pelajar melalui proses pembelajaran (Briner 1999). Golongan konstruktivis juga percaya ilmu adalah sesuatu yang tidak boleh dipindahkan tetapi ianya dibina oleh setiap murid (Briner 1999). Di dalam konstruktivisme ilmu adalah sesuatu yang relatif dan berubah mengikut masa. Menurut prinsip konstruktivisme lagi proses pembelajaran bertindak sebagai fungsi penyesuaian. Pembelajaran bukan merupakan tempat simpanan maklumat tetapi ia adalah merupakan pengetahuan peribadi yang berguna. Selain itu, teori ini menganggap individu melihat dirinya secara aktif dalam pembelajaran ilmu pengetahuan berlandaskan konstruktivisme, dan bukan menerimanya secara pasif. Proses ilmu konstruktivisme mengandungi ciri perkembangan serta evolusi jadi ianya bukan tetap tetapi sering berubah. Di bawah teori ini, ilmu pengetahuan tidak digunakan untuk menjelaskan kebenaran. Sebaliknya, ia digunakan sebagai rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Oleh itu mengikut teori ini, di dalam sesuatu situasi yang sama, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu adalah tidak serupa. Antara pelopor teori konstruktivisme ialah Piaget (1970), Brunner dan Brand (1966), Dewey (1938) dan Ausubel (1963). Menurut Caprio (1994), McBrien dan Brandt (1997), dan Nik Aziz (1999) kelebihan teori konstruktivisme ialah pelajar berpeluang membina pengetahuan

Page 13

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru.Perkaitan ini dibina sendiri oleh pelajar.

7.1 TEORI PEMBELAJARAN BRUNER

Jerome Bruner (lahir 1915) lebih cenderung dalam bidang kognitif berbanding psikologi perkembangan. Beliau menyumbang dalam meneroka cabang psikologi pada tahun 1950an dan pada akhirnya menumpu kepada bidang pendidikan termasuk memperkembangkan idea Vigotsky. Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu dan latihan penyiasatan. Teori Pembelajaran Bruner mementingkan aspek-aspek seperti berikut :

a) Cara manusia berinteraksi dengan persekitaran dan pengalamannya. b) Perkembangan mental manusia dan pemikiran semasa proses pembelajaran. c) Pemikiran secara logical. d) Penggunaan istilah untuk memahami susunan pengetahuan. e) Pemikiran analisis dan intuitif. f) Pembelajaran induktif untuk menguasai konsep/kategori g) Pemikiran metakognitif

Page 14

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
7.2 Ciri-ciri penting bagi Teori Pembelajaran Bruner : 1. Persekitaran untuk belajar. Pengajaran hendaklah berkaitan dengan pengalaman dan konteks kanak-kanak supaya kanak-kanak berasa ingin dan sanggup belajar semasa masuk sekolah. Pengajaran selanjutnya bergantung kepada cara membangkitkan minat di kalangan murid. Semua kanak-kanak memiliki mekanisme dalaman untuk ingin belajar. Oleh itu, guru mesti menggalakkan mereka melalui pembelajaran penerokaan. Selain itu faktor-faktor persekitaran seperti kebudayaan, motivasi dan prsonaliti mmepengaruhi keinginan kanak-kanak untuk belajar. Di sekolah pula guru perlu mewujudkan situasi pengajaran yang relevan dengan pengalaman dan minat pelajar. Guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang menggalakkkan pembelajaran penemuan dan memberi arahan yang berstruktur tanpa menyelesaikan masalah untuk pelajar. . 2. Struktur pengetahuan Merupakan satu kelompok pengetahuan hendaklah dibahagikan mengikut susunan yang mana dipelajari, dengan cepat. Bruner menyatakan bahawa proses pembelajaran lebih bermakna jika pelajar memahami struktur sesuatu isi pelajaran. Beliau mencadangkan pelajar membuat sistem mengkod, iaitu menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki. Sistem pengkodan yang baik diperlukan supaya ransangan yang tertentu boleh dimasukkan dalam kategori-kategori yang sewajarnya. Jika sistem pengkodan ini disusun secara teratur, pelajar dapat memahami ransangan dengan lebih baik. Bruner menyarankan supaya guru menyusun bahan pengajaran dalam cara yang dapat diterima oleh pelajar mengikut tahap kebolehan dan pengalaman mereka. Hubungkaitan yang wujud antara ideaidea yang penting dalam sesuatu mata pelajaran boleh dihuraikan dalam bentuk gambar rajah, prinsip atau rumusan. Guru mesti terangkan konsep alam bentuk perwakilan konkrit, iaitu pelajar dapat melihatnya secara visual dalam bentuk grafik dan gambar. Guru juga perlu menentukan jumlah maklumat yang boleh disampaikan kepada pelajar untuk diproses dan disimpan. Konsep ini dipanggil ekonomi pembelajaran.

Page 15

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
3.Urutan Bahan pengajaran hendaklah disusun mengikut urutan yang cekap untuk disampaikan dalam pengajaran supaya pelajar memahaminya dengan berkesan. Buner menamainya sebagai urutan optimum. Urutan ini mesti mengambil kira kebolehan pelajar untuk memproses maklumat dan dapat mengekalkan minat pelajar dalam pembelajaran. Pelajar belajar mengikut urutan tertentu,iaitu:

a) Pesanan tanpa bahasa b) Respon anggota badan. c) Lakaran dan gambaran. d) Bahasa
4-Peneguhan Guru mesti memberi maklum balas terhadap prestasi dan kemajuan pelajar, an masa peneguhan diberikan juga sangat penting. Jika peneguahan diberikan terlalu awal, pelajar akan menjadi keliru. Jika peneguhan diberikan terlalu lewat, pelajar tidak berminat lagi dengan maklum balas tersebut. Bruner juga mementingkan motivasi intrinsic kerana inginkan supaya pelajar menyelesaikan masalah sendiri dengan bimbingan yang diberikan n oleh guru Struktur Intelek 1. Mod Enaktif: Berfikir adalah berdasarkan aksi fizikal, misalnya kanak-kanak belajar melalui membuat (learning by doing) dan bukan melalui penggunaan bahasa atau pemikiran dalaman. Mod pemikiran ini mewakili dari peringkat bayi dan wujud seterusnya dalam banyak aktiviti fizikal. Pada peringkat ini (0-2 tahun) kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya. berkomunikasi. Oleh itu kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah kerana mereka belum pandai menggunakan bahasa untuk

Page 16

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
1. Mod Ikonik : penggunaan imej mental (ikon) , mungkin dalam bentuk visual, auditori, dihidu, dirasa dan disentuh. Pada peringkat ini (2-4 tahun) kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Mereka berupaya menyebut objek yang tiada di depan matanya, iaitu membentuk imej mental. Misalnya, kanak-kanak dapat menyatakan bentuk dan rasa buah yang pernah dimakannya. 2. Mod Simbolik: memahami dunia melalui bahasa dan simbol-simbol seperti nombor dan muzik. Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol seperti perkatan dan bahasa untuk menceritakan pengalamannya. Ini menunjukkan penaakulan simbolik telah bermula pada kanak-kanak peringkat ini.

7.3 TEORI PEMBELAJARAN PIAGET Page 17

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner,1973). Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. 7.4 PANDANGAN PIAGET TERHADAP PEMBELAJARAN KANAK-KANAK. Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka.Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkatperingkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan yang berikutnya. Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran. Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian. 7.5 KONSEP UTAMA TEORI KOGNITIF PIAGET

Page 18

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
Terdapat empat konsep utama yang diutarakan dalam Teori Kognitif Piaget. Empat konsep tersebut ialah : 1) Skema
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap. 2) Asimilasi Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif. .

3) Akomodasi Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta Page 19

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

4) keseimbangan Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa .

Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanakkanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

7.6 EMPAT PERINGKAT KOGNITIF PIAGET.

Page 20

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
1.Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun) -Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai sarana perkembangan kognitif berkaitan persekitarannya. -Pengekalan objek ( gambaran di dalam memori ) -Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke bentuk asal . 2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun) -Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu (perancangan) - Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik); -Kemahiran berbahasa kian meluas. Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan; - Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri)

Implikasi teori dalam P&P 8 Penggunaan BBM yang konkrit; 8 Arahan ringkas dan difahami; 8 Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai; 8 Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

Page 21

MISKONSEPSI KANAK-KANAK

- Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit; - Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga prinsip asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan; - Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait; - Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;

Implikasi teori dalam P&P 8 Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi); 8 Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek; 8 Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks; 8 Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar; 8 Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik. 4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) - Pemikiran abstrak; - Pemikiran sistematik; - Kebolehan berhipotesis; - Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan sekeliling). Implikasi teori dalam P&P 8 Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks; 8 Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah; 8 Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.

7.8 TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL Page 22

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
Teori Pembelajaran Ausubel juga dikenali sebagai teori pembelajaran penemuan. Ia juga merupakan salah satu teori pembelajaran yang menjadi dasar dalam pembelajaran koperatif. Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsepkonsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah faktafakta, konsep-konsep, dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari dan diingat. Pembelajaran terbahagi kepada dua jenis iaitu pembelajaran bermakna dan pembelajaran menghafal. Faktor penting yang mempengaruhi pembelajaran ialah apa yang kanak-kanak telah mengetahui( pengetahuan sedia ada. Menurut Ausubel lagi, terdapat dua pra syarat bagi pembelajaran resepsi iaitu: Sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran perlu ada dalam diri pelajar. Pelajar perlu tahu bagaimana untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif dengan pelajaran baru.

7.9 Konsep utama Teori Pembelajaran Resepsi yang bermakna - konsep utama ialah pembelajaran bermakna dihasilkan berasaskan pengalaman/ilmu yang sedia ada pelajar. - Pengalaman yang sedia ada struktur kognitif.Mengintegrasikan maklumat yang tersusun secara logikal dalam bentuk terakhir dengan pengalaman/ ilmu yang sedia ada melalui kaedah ekspositori. 7.10 Aplikasi Teori Ausubel dalam bilik Darjah (1) Pengajaran secara ekspositori (2)Jelaskan kandungan pelajaran dlm btk fakta lengkap tersusun (3) Pembelajaran berkembang secara deduktif ( dpd prinsip kpd cth) (4) kaitkan konsep yg telah dipelajari dengan konsep baru

8. MODEL KONSTRUKTIVISME 5 FASA NEEDHAM

Page 23

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
Model pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme 5-Fasa ini dicadangkan dalam Childrens Learning in Science Project ( CLIS ) oleh Needham, 1987 dalam Poh Swee Hiang, 1997. Projek ini bertujuan untuk menguji skema pengajaran guru. Beliau mencadangkan lima fasa dalam model pengajaran konstruktivisme iaitu fasa orientasi atau set induksi, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa aplikasi idea dan fasa refleksi. Fasa orientasi merupakan fasa yang akan mencetuskan minat murid bagi meneroka lebih jauh tentang pelajaran yang akan dipelajari. Dalam fasa ini, pelbagai aktiviti bagi menarik minat pelajar terhadap tajuk pelajaran yang akan dipelajari. Di antara aktiviti yang terlibat ialah lakonan, puisi dan pelbagai aktiviti yang memotivasikan pelajar. Fasa kedua ialah fasa pencetusan idea. Dalam fasa ini pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran antara rakan sebaya. Fasa ini juga dapat merangsang pelajar meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstruktur semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu pelajar mengubah idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan. Oleh itu dipercayai idea baru yang dibina oleh pelajar sendiri biasanya mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa aplikasi idea, pelajar boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa refleksi merupakan fasa terakhir dalam model pengajaran ini. Dalam fasa ini pelajar membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif pelajar. Rajah 4.1 menunjukkan tujuan serta kaedah pengajaran yang sesuai pada setiap fasa pengajaran 5 Fasa Needham.Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-

Bil

Fasa Orientasi

Tujuan/Kegunaan Menimbulkan minat menyediakan suasana

Kaedah dan Amali penyelesaikan filem, masalah dan dalam sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan video keratan akhbar

Pencetusan Idea Supaya II III Penstrukturan

murid

dan

guru

sedar Amali,

perbincangan

tentang idea terdahulu Mewujudkan kesedaran tentang

kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan

Page 24

MISKONSEPSI KANAK-KANAK

semula idea

idea

alternatif

yang

berbentuk

saintifik. Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, atau diganti diperkembangkan

dengan idea yang lebih saintifik. i. Pernjelasan dan Mengenalpasti idea-idea alternatif Perbincangan dalam kumpulan pertukaran ii. dan memeriksa secara kritis idea- kecil dan buat laporan idea kepada konflik Pengubahsuaian, iii. situasi ada sedia ada sendiri

Pendedahan Menguji kesahan idea-idea sedia Perbincangan, pembacaan, input pemgembangan guru. Amali, kerja projek, eksperimen,

Pembinaan atau penukaran idea

idea baru iv. Penilaian IV Renungan V kembali

Menguji kesahan untuk idea-idea tunjukcara guru baru yang dibina kepada idea yang Penulisan sendiri kerja projek

Penggunaan idea Pengukuhan biasa

telah dibina dalam situasi baru dan Menyedari tentang perubahan idea Penulisan kendiri, perbincangan murid. Murid dapat membuat kumpulan, catatan peribadi dan refleksi sejauh manakah idea asal lain-lain. mereka telah berubah.

Rajah 4.1 : Fasa-Fasa Berasaskan Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham ( Sumber : Poh Swee Hiang, 1997 )

9. CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN BERDASARKAN NEEDHAM 5 FASA. Tarikh : 19 April 2012

Page 25

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
Masa Tahun Bilanganpelajar Bidang : 2.20pm-3.20pm ( 1 jam) : 1J : 38 : Sains dan Bahan 11. Timbul dan tenggelam Standard Kandungan : 11.1 mengaplikasikankonseptimbuldantenggelam

Standard pembelajaran : 11.2 mengubahsuaiobjek yang tenggelamsupayatimbuldanobjek yang Timbul supaya tenggelam. 11.1.3 menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. Strategi :Eksperimen, Pemerhatian, Perbincangan

PengetahunSedia Ada : Murid dapat membezakan objek yang timbu ldan tenggelam melalui p&p yang lepas. KPS / KMS / Kemahiranberfikir: 1. Memerhati 3. Membandingbeza 5. Menjana Idea 7.membuat hipotesis 2. Mengelas 4. Berkomunikasi 6.Menghubungkait 8.Mengeksperimen

9,menyelesaikan masalah 10) mencirikan Nilai Sainstifik :1. Bekerjasama 2. Berkeyakinandanberdikari Hasilpembelajaran : Di akhirpembelajaran, muriddapat

1) mengubah suai objek yang tenggelam supaya timbul dan objek yang timbul supaya tenggelam. 2) menjelaskan pemerhatian secara lisan.

Page 26

MISKONSEPSI KANAK-KANAK

Alat bantu mengajar besi,ikan mainan,pembaris

: kapal selam yang dibuat daripada botol, sudu

plastik,botol plastik, tin kosong,gunting, plastisin, pemadam,batu,duit syiling, kapal kertas, bola, paku,gabus, pengikat,kertas warna Fasa /masa Orientasi 5 minit Isi kandungan Tajuk: Mengubah suai objek yang tenggelam supaya timbul dan objek yang timbul supaya tenggelam. Aktiviti 1) Menunjukkan kapal selam yang dibuat daripada botol. 2) Meletakkan kapalselam di atas air, kapal selam yang dibuatkan tenggelam apabila diletak di atas air. ( sila rujuk lampiran 1) 3) Murid membuat perhatian dan menyatakan kenapa kapal selam itu tenggelam.( jawapan dari murid: air masuk dari lubang kecil, botol berat lalu tenggelam) 4) Murid meniup straw kapal selam yang dibuat, kapal selam timbul. ( sila rujuk lampiran 2) catatan Alat bantu mengajar: kapalselam yang dibuat daripada botol KPS:Memerhati K.BERFIKIR: mencirikan

5) Murid cuba meneka mengapa ia berlaku.( air keluar botol jadi ringan) 6) Guru membimbing murid meneka tajuk akan dipelajari hari ini. Page 27

MISKONSEPSI KANAK-KANAK

Penjanaan idea 15 minit

1) Pelajar dibahagikan kepada tujuh kumpulan. 2) Pelajar dibahagikan 10 bahan dan diminta membahagikan bahan itu kepada objek timbul dan objek tenggelam di atas kertas yang dilabelkan (silarujuklampiran 3). 3) Murid diminta memikirkan cara mengubahsuai 5 objek yang tenggelam supaya t imbuldan 5 objek yang timbul supaya tenggelam . 4) Selepas itu, pelajar diminta membahagikan benda-benda berikut kepada dua kumpulan iaitu kumpulan timbul dan kumpulan tenggelam dan meletakkan bahan-bahan itu di atas kertas warna yang tertulis perkataan timbul dan tenggelam. ( sila rujuk lampiran 4)

Alat bantu mengajar: 1)sudu besi 2) ikan mainan 3) pembaris plastic 4) botolplastik 5) tin kosong 6) gunting 7) plastisin 8) pemadam 9) batu 10) duitsyiling 11) kapalkertas 12) bola 13)paku 14) gabus 15) pengikat 16) kertaswarna KPS: Membuat hipotesis, mengelas K.berfikir:

Page 28

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
menghubungkait, Menjana idea, berkomunikasi, Menyelesaikan masalah NilaiSainstifik: Bekerjasama Berkeyakinan dan berdikari Perstrukturan semula idea 20minit 2) Murid diminta membuat pemerhatian dan membua tcatatan melalui lukisan di atas kertas warna yang besar. timbul tenggelam 1) Pelajar diminta memasukan bendabenda tersebut kedalam air satu per satu. ( sila rujuk lampiran 5) Alat bantu mengajar: 1)sudubesi 2) ikan mainan 3) pembaris plastik 4) botol plastik 5) tin kosong 6) gunting 7) plastisin 3) Selepas semua objek diuji, pelajar juga diminta meletakan benda-benda tersebut semula di atas kertas warna tadi berdasarkan hasil pemerhatian mereka. ( lampiran 6) 4) Setiap kumpulan menunjukkan catatan mereka dan membuat penerangan yang ringkas. Page 29 10) duit syiling 11) kapal kertas 12) bola 13)paku 8) pemadam 9) batu

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
14) gabus 15) pengikat 16) kertas warna

KPS: Mengelas, memerhati K.berfikir: menghubungkait, Berkomunikasi NilaiSainstifik: Bekerjasama Berkeyakinan dan berdikari

Aplikasi idea 15 minit Refleksi 5 minit

1) Murid diberi lembaran kerja untuk dibuat.(sila rujuk lampiran 7) 1) Guru menyoal setiap kumpulan : a) Apakah salah tanggapan sebelum membuat kerja amali supaya murid dapa membandingkan hasil selepas dan sebelum membuat kerja amali secara lisan. 2) Guru menyoal murid Page 30

K.BERFIKIR: menghubungkait K. BERFIKIR: menghubungkait, Berkomunikasi

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
1) Bagaimana membuat objek yang tenggelam supaya timbul ? jawapan a)memasukan udara kedalam objek. b) mengabungkan dengan benda yang kuat terapung 2) Bagaimana membuat objek yang timbul supaya tenggelam. jawapan a) Mengabung dengan benda-benda dengan yang sangat berat. b) Mengeluarkan udara dengan mengisi benda lain seperti pasir atau air.

10. REFLEKSI Page 31

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya dapat saya menyiapkan kerja kursus Miskonsepsi kanak-kanak. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada pasangan kerja kursus Ewe Chung Mei kerana memberikan kerjasama dalam menyiapkan tugasan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Nor Ruzaini bt Jailani yang banyak membantu dalam mencari maklumat yang berkaitan dan mengajar cara-cara menyediakan kerja kursus yang berkualiti. Sepanjang menyiapkan kerja kursus ini,sedikit sebanyak dapat membantu saya memahami tentang pembelajaran sains kanak-kanak. Saya juga dapat belajar dan mengingat semula tentang teori-teori pembelajaran.Banyak proses yang perlu dilalui sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Sebelum mengenalpasti miskonsepsi kanak-kanak, saya terlebih dahulu perlu menyediakan soalan secara lisan dan bertulis untuk mengenalpasti miskonsepsi kanak-kanak. Penyediaan soalan mestilah sesuai dengan konsep yang hendak diuji. Saya dan pasangan kerja kursus telah memilih konsep tenggelam dan timbul.Setelah memilih tajuk dan konsep yang sesuai, beberapa orang murid dipilih untuk menjawab soalan yang berkaitan. Oleh kerana murid yang saya ajar adalah di kalangan yang tahap kecerdasan yang lemah, saya menghadapi kesukaran kerana terpaksa membacakan soalan satu persatu. Saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk membantu murid membacakan soalan. Murid tidak faham dengan konsep tenggelam dan timbul.Setelah murid selesai menjawab soalan, saya perlu menanda kertas soalan. Melalui penandaan kertas jawapan saya dapati ada murid yang salah faham tentang konsep tenggelam dan timbul. Murid menganggap benda yang berat dan besar sahaja akan tenggelam manakala benda yang kecil dan ringan akan timbul. Saya juga telah mengajukan beberapa soalan secara rawak kepada murid-murid. Ada sesetengah murid sahaja dapat memahami konsep tenggelam dan timbul.Kekangan masa juga adalah salah satu masalah yang saya hadapi. Masa untuk melaksanakan ujian miskonsepsi. Oleh kerana tugas sebagai seorang guru dan pelajar dalam satu masa, saya perlu membahagikan masa yang sama rata untuk menyiapkan tugasan. Setelah siap menanda kertas jawapan saya perlu mencari kaedah atau cara yang sesuai untuk mengatasi masalah miskonsepsi murid. Melalui Rancangan pengajaran yang disediakan sedikit sebanyak dapat membantu saya memperbetulkan semula idea awal murid tentang konsep tenggelam timbul. Rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan berdasarkan Needham 5 Fasa dapat mengcungkil pengalaman sedia ada murid serta

Page 32

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
menstruktur semula idea yang telah sedia ada. Murid telah mendapat idea baru melalui pengalaman yang baru. Penggunaan bahan bantu belajar yang menarik serta mudah difahami oleh murid juga dapat membantu dalam menstruktur idea murid. Pengalaman baru juga perlu disediakan seperti murid menjalankan sendiri amali tenggelam dan timbul. Melalui amali murid dapat melihat sendiri bagaimana kejadian tenggelam dan timbul. Kesimpulannya,miskonsepsi murid dapat ditangani sekiranya guru tahu tahap pemahaman murid tentang sesuatu konsep.Guru perlu mengenalpasti pengalaman sedia ada murid untuk mengetahui masalah miskonsepsi yang sedia ada dalam diri murid. Bukan senang untuk membentuk idea baru murid dalam sesuatu konsep kerana pengalaman sedia ada yang berkaitan dengan konsep sudah lama wujud dalam diri mereka. Mereka sukar untuk melepaskan pengalaman sedia ada. Guru perlu ada kesabaran, kaedah yang betul miskonsepsi murid. dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik untuk memperbaiki semula

Disediakan oleh ,

Nur marini
( NUR MARINI BINTI ABDULLAH ) Program Pensiswazahan Guru Kumpulan 1.5 Kohort 2 11. LAMPIRAN SOALAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENEMUBUAL MURID. 1. Adakah semua benda kecil akan terapung di permukaan air ? 2. Adakah semua benda besar akan tenggelam di dalam air ? Page 33

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
3. Antara sebiji guli dan buah kelapa yang manakah akan terapung ? 4. Antara pemadam dan botol plastik yang manakah akan terapung ? 5. Anatara plastersin dan sekeping span yang manakah akan tenggelam dalam air ? 6. Antara bekas polisterin dan klip kertas yang manakah akan tenggelam dalam air ? 7. Anatara bola golf dan bola sepakyang besar yang manakah akan tenggelam dalam air? 8. Adakah benda yang kamu pilih tadi bersaiz kecil? 9. Pilih benda yang boleh tenggelam ( klip kertas,pemadam, gelas plastic, pelampung,kunci ) 10. Adakah benda yang kamu pilih tadi bersaiz besar? 11. Mengapakah sebuah kapal boleh terapung di atas air ? 12. Kenapakah sesuatu objek itu boleh tenggelam?

Rujukan Buku Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Murid dan Alam Belajar.Siri Pendidikan Guru:Oxford Fajar Sdn Bhd.

Page 34

MISKONSEPSI KANAK-KANAK
Mook Soon Sang ( 2001 ), Siri Pendidikan Guru Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1 : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. ( 2011 ).Modul Sains Pendidikan Rendah SCE 3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak: Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Laman sesawang http://eprints.utm.my/5821/1/78147.pdf dimuat turun pada 17 April 2012 http://www.azman.ipgmksm.edu.my/sce3102/modulcsl.pdf dimuat turun pada 13 Mac 2012 http://www.teachersrock.net dimuat turun pada 20 Mac 2012

Page 35

You might also like