You are on page 1of 57

Soal selidik Temubual

SOAL SELIDIK
Set soalan untuk mendapatkan maklumat objektif sesuatu penyelidikan FUNGSI 1. Deskriptif: Ciri-ciri responden seperti umur, jantina, pekerjaan 2. Pengukuran : Jawapan kuantitatif seperti sikap, pendapat, pilihan

KENAPA SOAL SELIDIK?


1. Responden ada di merata tempat 2. Masa responden terhad 3. Penyelidik mempunyai masa, kewangan dan personel yang terhad

KAEDAH
4. Melalui Pos 5. Face to Face 6. Telefon

Cara diperolehi
- Soal selidik penyelidik - bina sendiri

Pentadbiran
- mel - ditadbir secara terus

Ciri-Ciri Penting
- keesahan (validity) - kebolehpercayaan (reliability)

Ciri-Ciri Soal Selidik Yang Baik


- menarik - arahan yang jelas - susunan soalan - perlu diuji

Asas pembinaan soal selidik


Dari konsep ke pemboleh ubah. Skala pengukuran data.

Dari konsep ke pemboleh ubah


Konsep:
Sesuatu yang bersifat abstrak. Perlu di ubah ke bentuk yang boleh diukur. Contoh:
Jantina, bangsa, status perkahwinan, pendapatan, tahap pendidikan, tahap kebolehan, tahap pengetahuan.

Setelah dioperasional, konsep dipanggil sebagai pemboleh ubah (boleh diberi nilai).

Dari konsep ke pemboleh ubah


Pemboleh ubah boleh diterang dalam beberapa bentuk:
Bebas (Independent) Bersandar (Dependent) Kualitatif (bersifat kategori jantina, pekerjaan, bidang kepakaran) Kuantitatif ada siri jujukan tidak terputus (umur, tinggi, pendapatan) Selanjar nilai berterusan Diskrit nilai terputus, kategori. Subjektif - objektif

Skala Pengukuran Data


Diperlukan untuk mengukur pemboleh ubah. Skala pengukuran boleh dibahagi kepada 2 kategori: skala metrik / bukan metrik 4 jenis skala:
Nominal / kategorikal (bukan metrik) Ordinal (bukan metrik) Interval (metrik) Ratio (metrik)

Skala Nominal / Kategorikal

Skala Nominal
Contoh dalam soal selidik:
Jantina: 1. Lelaki 2. Perempuan Bangsa: 1. Melayu . 2 Cina. 3. India. 4. Lain-Lain (Nyatakan:_______). Pekerjaan: 1. Kakitangan Awam. 2. Kakitangan Swasta. 3. Bekerja Sendiri. 4 Suri rumah. 5. Pelajar.

Skala Ordinal

Skala Ordinal
Contoh dalam soal selidik: Tahap Pendapatan:
Di bawah RM1000 RM1001 RM2000 RM2001 RM3000 RM3001 RM4000 Lebih Dari RM4000

Tahap Pendidikan:
UPSR atau Setara SRP/PMR SPM/SPMV/SMA Matrikulasi/STPM/STAM Diploma Bachelor Master PhD

Skala Ordinal
Contoh dalam soal selidik:
Pilih jenis bahan bacaan kegemaran anda berdasarkan skala 1 hingga 4 (1=paling utama hingga 4 paling tidak utama)
Akhbar _____ Majalah Hiburan _____ Buku ilmiah _____ Novel _____

Skala Interval

Skala Interval

Skala Interval

Skala Interval
Digunakan untuk mengukur satu set soalan yang terdiri dari beberapa soalan untuk membentuk satu pemboleh ubah. Dikenali juga sebagai summated scale. Contoh skala Interval dalam soal selidik:

Skala Interval
Tanggapan bahawa Internet Berguna:
5=sangat setuju (SS); 4=Setuju (S); 3=Sederhana Setuju (SD; 2=Tidak Setuju (TS); 1=Sangat Tidak Setuju (STS)

Penyataan

SS 5

S 4

SD 3

TS 2

STS 1

Penggunaan Internet meningkatkan prestasi dalam pembelajaran saya. Penggunaan Internet meningkatkan produktiviti dalam pembelajaran saya. Penggunaan Internet meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran saya. Saya dapati Internet berguna dalam pembelajaran saya.

Skala Ratio
Skala pengukuran yang memberikan maklumat paling tepat, jitu dan kaya. Data yang diperolehi menggunakan skala ini biasanya dipersembahkan dalam bentuk data ordinal. Perubahan dibuat untuk memberikan makna yang lebih baik.

Skala Ratio
Contoh dalam soal selidik:
Nyatakan umur anda pada tahun ini: ____ tahun. (contoh: 38 tahun). Berapakah pendapatan anda sebulan: RM_______sebulan. (contoh: RM1500 sebulan) Berapakah bilangan anak anda:_____orang. (contoh: 3 orang) Berapa lamakah anda telah berkahwin: ___tahun. (contoh: 25 tahun)

Latihan: Apakah Skala Pengukuran bagi Pemboleh ubah berikut:


1. Umur 2. Keberkesanan program 3. Status perkahwinan 4. Markah 5. Jawatan 6. Tahun pengajian 7. Kemahiran 8. Motivasi 9. Jenis rumah

Kandungan Perbincangan Sesi 2


Apakah Soal Selidik? Tips membina Soal Selidik. Contoh-contoh borang Soal Selidik

Apakah Soal Selidik?

Apakah Soal Selidik ???


Soal ? Soal ? Soal ? Selidik Selidik Selidik

Tips (1): Apa Tujuan Soalan


Tentukan tujuan soalan ditanya:
apa tujuan kajian kita? Apa pemboleh ubah terlibat? Pemboleh ubah berbentuk subjektif atau objektif? Apa pengukuran data bagi pemboleh ubah itu? (N, O, I, R)

Tips (2): Bahasa / pola ayat


1. Lihat siapa responden kita?
Bahasa mereka guna? Tahap pendidikan mereka? Istilah mereka selalu guna? Rangka rujukan mereka?

2. Penggunaan bahasa /ayat /perkataan /istilah juga mesti sesuai dengan sikap, persepsi dan perasaan mereka.

Tips (3): Jenis / bentuk soalan


1. Jenis soalan terbuka @ soalan tertutup.
1. Soalan terbuka responden bebas menjawab ikut cara mereka. 2. Soalan tertutup responden pilih sahaja pilihan jawapan yang kita sediakan.

Tips (3): Jenis / bentuk soalan


2. Bentuk positif @ negatif.
1. Elok masukkan juga soalan bentuk negatif. 2. Elakkan perkataan tidak dan sahaja. 3. Contoh:
1. Datang bekerja bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. 2. Tidak datang bekerja lebih seronok dari datang bekerja.

Tips (4) Panjang Soalan


Jangan terlalu panjang dan kompleks. Rule of thumb kurang dari 20 perkataan atau tidak lebih dari satu baris ayat (Horst, oppenheim, 1986).

Tips (4) Panjang Soalan


Contoh 1: Kepemimpinan sekolah mengalu-alukan saranan guruguru bagi membantu menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan penyampaian kurikulum dalam usaha untuk meningkatkan prestasi pelajar. Ubah: Kepimpinan sekolah menerima saranan guru untuk meningkatkan prestasi pelajar.

Tips (4) Panjang Soalan


Contoh 2: Sekolah menggunakan kepakaran yang diperlukan dalam bidang-bidang tertentu di peringkat daerah bagi membantu meningkatkan pembelajaran murid. Ubah: Pihak sekolah menggunakan kepakaran luar untuk meningkatkan pembelajaran pelajar.

Tips (5) Soalan double-barrelled


Contoh 1: Saya sedia bersama rakan-rakan membersihkan kawasan, membaiki kerosakan dan mencantikkan sekolah. Contoh 2: Saya seorang periang dan bersemangat tinggi.

Tips (6) Jargon atau Singkatan


Contoh: 1. Saya mudah untuk merasa empati 2. Saya tidak selesa membuang air di tandas awam. 3. Saya suka makan lauk pauk yang enak sahaja.

Tips (7) Perkataan khusus sesuatu budaya


Contoh: 1. Saya sukakan gadis yang lawa. Apa lagi?

Tips (8) Perkataan dengan dua makna


Contoh: 1. Saya malas hendak berjumpa dengan pengetua sekolah tersebut. 2. Saya tidak suka keadaan lembab.

Tips (9) Elakkan Kiasan/peribahasa


Contoh: Saya gembira dipanggil ayam tambatan guru. Saya tidak suka dianaktirikan. Saya kurang faham maksud berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pemimpin yang turun padang memainkan peranan utama dalam meningkatkan prestasi staf profesional dan pencapaian murid.

Tips (10) Soalan Mendorong


Contoh: Saya seorang yang produktif kerana menyiapkan kerja yang ditugaskan. Sejauh manakah sekolah perlu menyediakan kemudahan sukan yang lengkap. Saya sentiasa mengintegrasikan pelbagai penggunaan bahan multimedia (video presenter, LCD Projektor dll)

Tips (11) Ayat./perkataan beremosi


Contoh: Guru-guru senior sahaja yang diberi peranan sebagai pemimpin. Saya sangat benci orang yang tidak jujur. Jika ada peluang, saya akan mengoyak dan membakar bendera negara mereka.

Tips (12) Soalan ikut jujukan


1. Susun soalan umum ke khusus 2. Soalan mudah ke susah 3. jangan ulang soalan positif dengan soalan negatif secara berturutan untuk ukur konsep yang sama countercheck.

Tips (13) soalan demografi


1. Tentang Profil responden. 2. Tanya yang penting dan akan digunakan sahaja. 3. Boleh letak di awal soal selidik atau di akhir.

Tips (14) soalan terbuka


1. Jika ada letak dibelakang di akhir soal selidik. 2. Kurangkan bilangan soalan terbuka.

Tips (15) penutup


1. Masukkan elemen humor atau ikon yang untuk mendapatkan komen responden. 2. Contoh seperti berikut:
Apakah wajah yang sesuai menggambarkan perasaan anda menjawab soal selidik ini?

Tips (15) penutup


Apakah Perasaan Anda SEMASA Mencari Bahan Di Internet? (Tandakan (/) pada ikon berkaitan)

Tips (16) Semak Soal Selidik


1. Semak:
1. Ejaan. 2. Susunan nombor soalan. 3. Kod-kod yang diguna.

Tips (16) Semak Soal Selidik


1. Semak:
1. Ejaan. 2. Susunan nombor soalan. 3. Kod-kod yang diguna.

Tips (17) Terjemah Dari Bahasa Inggeris


1. Pastikan bukan direct translation. 2. Cuba cari makna yang sebenar dalam konteks responden yang nak jawab.

Tips (18) Pra Uji


1. Pilih 30 responden yang hampir sama ciri dengan responden sebenar untuk pra uji. 2. Uji kebolehpercayaan ketekalan dalaman soalan (biasa guna nilai alpha cronbach SPSS) 3. Uji validity convergent /discriminant.

TEMUBUAL
Melibatkan interaksi sosial untuk mendapatkan data / maklumat daripada responden Perlu beritahu responden: 1. Tujuan temu bual 2. Latar belakang kajian 3. Bagaimana pemilihan dibuat. Fungsi 4. Deskriptif: gambaran tentang aktiviti 5. Penerokaan: menentukan variable dan perhubungan 6. Pengukuran: Ukur sikap, kepercayaan, perasaan

boleh mendapat maklumat secara mendalam & langsung 2 Kaedah - face to face - telefon 2 jenis - temu bual berstruktur - temu bual tidak berstruktur Rekod perbualan - rakaman (jika tidak mengganggu temu bual) catatan ringkas tarikh, situasi, rekod jawapan asal Jika responden tidak pasti, rekodkan dengan sedikit ulasan

TEMU BUAL - PROBING


Untuk mendapatkan jawapan yang terang, penuh dan tepat Untuk menggalakkan responden menjawab

KEKUATAN 1. Responden boleh bertanya jika tidak faham 2. Luwes : Data tambahan senang diperolehi dan soalan sensitif boleh ditanya 3. Boleh perhatikan kelakuan non-verbal KELEMAHAN 4. Menggunakan banyak masa 5. Bias temu duga: Pengaruh rupa, gaya, bangsa, umur, keletihan, keadaan sekeliling 6. Jawapan tidak sesuai

Soalan berstruktur: Apa yang anda paling suka tentang program yang sedang dijalankan?
(menghadkan pilihan jawapan)

Soalan bebas: Apa pendapat anda tentang program yang dijalankan?


(menggalakkan peserta memberi jawapan berstruktur dalam pelbagai dimensi)

Elakkan soalan berbentuk dikotomus


Program yang sedang dijalankan ini sangat menarik, betul ke? Saya banyak mendengar tentang program ini. Adakah anda merasakan bahawa saya menyukainya?

Elakkan soalan bentuk kenapa, supaya jawapan lebih kaya Kenapa anda rasakan program ini sangat sesuai? (peserta akan memberi jawapan secara cepat dan berbentuk
objektif)

Apa yang mencetuskan anda untuk menyertai program ini? (peserta akan memberi jawapan dalam bentuk pengaruh) Apa tentang program ini yang paling anda suka? (peserta akan memberi jawapan dalam bentuk atribut)

Jika mahu menggunakan isyarat dalam soalan, haruslah:


Gunakan soalan tanpa isyarat terlebih dahulu, seperti: Katakan anda ingin memberikan bantuan kepada masyarakat setempat, bantuan yang bagaimanakah anda akan hulurkan?

Kemudian baru gunakan soalan berisyarat jika soalan di atas tidak mendapat respon, seperti: Bersama saya, senarai bantuan yang anda boleh berikan kepada masyarakat setempat, termasuklah. Apakah perkara-perkara lain yang anda rasakan perlu dimasukkan dalam senarai ini?

SEKIAN
Kita lihat beberapa contoh borang soal selidik..

You might also like