You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) BIL.

1/2013
Tarikh: Hari : Masa: Tempat: 06.01.2013 Ahad 2.30pm Bilik Guru Sekolah

Agenda: 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu 3. Pengurusan Pentaksiran 2013 4. Taklimat pentaksiran 5. Hal-hal lain Kehadiran:01. En.Balu A/L Manikam 02. En Kalaimani A/L Ramoo 03. Cik Neelavathy A/P Rajandran 04. Cik Santhavalli A/L Subramaniam 05. Pn Sunithasarani A/P Narayanan 06. En.Anbarasan A/L Sundram 07. Pn.Thava Priya A/P Seloamney 08. Cik.Kalaivani A/P Mariah 09. Cik.Kalliswari A/P Kannaiah 10. Pn.Punitah A/P Muttusamy Tidak Hadir -Tiada 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana meluangkan masa untuk membincangkan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). 1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mulai tahun 2013 semua pelajar tahun satu, dua dan tiga akan menjalani pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) 100% yang akan dinilai oleh guru mata pelajaran masing-masing di dalam dan di luar kelas. Peperiksaan UPSR akan menjadi 60% ujian dan 40% pentaksiran oleh guru sendiri. Tindakan: Makluman semua guru

1.3 Pengerusi juga mngambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua guru atas kejayaan cemerlang dalam keputusan UPSR yang telah diumumkan dan menegaskan bahawa sedikit sebanyak kejayaan tersebut juga adalah sumbangan daripada pentaksiran / kerja kursus (PEKA) yang dilaksanakan oleh pelajar.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu 2.1 Cik .R.Neelavathy mencadangkan supaya minit mesyuarat ini diluluskan dan disokong oleh Pn.M.Punitah. 3.0 Pengurusan Pentaksiran 2013 3.1 Pengerusi meminta semua guru yang terlibat dalam melaksanakan kerja kursus/pentaksiran agar mengemaskini maklumat atau fail masing-masing untuk mengahadapi kehadiran nazir/LPM jika ada pemantauan dilakukan. Dapatkan maklumat pentaksiran daripada penyelaras kerja kursus UPSR atau daripada setiausaha peperiksaan. Tindakan: Guru pentaksir/guru mata pelajaran 3.2 Pengerusi turut mengingatkan bahawa semua penilaian dalam pentaksiran berkenaan perlu direkodkan dalam bentuk eviden dan adalah amat penting bagi guru memastikan bahawa setiap maklumat berkaitan hendaklah diperiksa dan disimpan. Ibu bapa boleh melihat tahap anaknya..

3.3 Pengerusi turut mencadangkan pelajar yang bermasalah displin atau mempunyai rekod kedatangan sekolah yang tidak baik agar dikumpul dan di minta mengambil tindakan sewajarnya. Tindakan: Guru pentaksir/guru mata pelajaran 3.4 Pengerusi mengingatkan juga bahawa semua hasil kerja kursus murid boleh dihapuskan setelah 6 bulan daripada keputusan dikeluarkan. Manakala fail markah/eviden hendaklah disimpan oleh panitia masing-masing atau diserahkan kepada SUP sekolah utuk disimpan. 3.5 Pengerusi memaklumkan jawatankuasa pentaksiran bagi tahun 2013 dan terdapat beberapa perubahan berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, pengerusi juga menyerahkan perlantikan ketua pentaksir dan pentaksir mata pelajaran kepada semua guru yang terlibat. 3.6 Pengerusi juga menegaskan bahawa setiap penilaian dan pentaksiran yang dijalankan adalah di bawah tanggungjawab guru-guru. Perkara ini telah dipesan oleh ketua sektor peperiksaan dan penilaian supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan semasa. 4.0 Taklimat pentaksiran 4.1 En.R.Kalaimani membentangkan cara perlaksanaan pentaksiran berasaskan Sekolah dalam mesyuarat berkenaan sebagai pendedahan awal berkaitan pentaksiran kepada semua guru.

4.2 Pn.S.Santhavalli menegaskan bahawa pentaksiran akan dibuat di dalam dan luar kelas dengan pertambahan beberapa mata pelajaran yang ada pentaksiran. Manakala markah murid akan diberi dalam bentuk band iaitu band 1 hingga band 6. 5.0 Hal-hal lain

5.1 En.R.Kalaimani meminta kerjasama semua guru yang menghadapi masalah murid yang tidak melaksanakan kerja rumah atau kerja kursus agar memaklumkan lebih awal kepada guru besar agar tindakan boleh diambil dengan segera Tindakan: Guru Besar/guru mata pelajaran 5.2 En.M.Balu memaklumkan bahawa semua guru tahun tiga pada tahun ini 2013 akan dipanggil menghadiri kursus pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah secara berperingkat-peringkat. Selain itu beliau juga memberitahu bahawa markah setiap murid tahun satu , dua dan tiga akan dimasukkan secara on-line dalam program Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) oleh guru mata pelajaran masing-masing. 5.3 En.M.Balu meminta guru-guru menyemak semua lampiran jawatankuasa pentaksiran dan surat perlantikan pentaksiran. Seandainya ada permasalahan perlulah memaklumkan seberapa segera untuk diambil tindakan. 5.4 En.R.Kalaimani berkata pihak sekolah tidak menerima murid masuk ke sekolah ini pada tahun 2013 iaitu tahun dua dan tiga.

5.5 En.M.Balu meminta agar pihak SUP menyediakan surat pemberitahuan kepada ibubapa tentang perlaksanaan kerja kursus/pentaksiran.

Mesyuarat ditangguhkan jam 4.30 pm. Disediakan Oleh: _______________ (SANTHAVALLI A/P SUBRAMANIAM) Setiausaha Kurikulum SJKT LDG BKT JENUN

You might also like