You are on page 1of 5

RANCANGAN PERSEDIAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI.

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak didik. Oleh itu, perancangan perlu dilakukan untuk memastikan tujuan tersebut dicapai.Terdapat tiga perancangan yang perlu dibuat oleh seorang guru iaitu Rancangan Kerja Tahunan, Rancangan Kerja Mingguan dan Racangan Pengajaran Harian. Namun, berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999, hanya dua unsur sahaja yang ditekankan dalam penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran iaitu Rancangan Kerja Tahunan dan Rancangan Kerja Mingguan. Terdapat beberapa kepentingan penyediaan pengajaran iaitu: 1. Persediaan mengajar merupakan satu pelan bertindak bagi sesuatu pelajaran/ kuliah. Berdasarkan persediaan mengajar, guru akan boleh melaksanakan rancangan mengajarnya dengan sistematik, lancar dan berkesan, serta mengelakkan kekecohan dalam kelas. 2. Persediaan mengajar membantu guru mengingati isi pelajaran yang ingin disampaikan tanpa sebarang keraguan. 3. Di samping itu, guru boleh menyediakan alat bantu mengajar serta menggunakannya dalam masa yang sesuai sebagaimana yang dirancang dalam persediaan mengajar. 4. Ia juga dapat membantu guru menentukan objektif pelajaran, memilih isi pelajaran dan strategi pengajaran yang sesuai demi meningkatkan keberkesanan pengajarannya. 5. Dengan adanya rancangan yang disediakan secara rapi, persediaan mengajar boleh membantu guru mengawal disiplin bilik darjah dengan baik. 6. Berdasarkan isi pelajaran yang dirancangkan, guru boleh merancang aktiviti-aktiviti susulan yang selanjutnya.

(a) Rancangan Kerja Tahunan Salah satu perancangan yang perlu dibuat ialah Rancangan Kerja Tahunan. Ia merupakan satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum dan sukatan yang telah disediakan. Justeru itu, penyediaan Rancangan Pengajaran adalah penting bagi memastikan setiap kandungan pengetahuan dan kemahiran yang telah digariskan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran diterima dan dikuasai oleh murid-murid mengikut tempoh dan interaksi yang telah ditetapkan untuk mereka di sekolah. Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah . Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif. Rancangan

tahunan juga menolong memastikan Pendidikan Jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan, mengelakkan daripada berlakunya penyampaian pengetahuan berulang dan membosankan pelajar. Contohnya, tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju. Dalam mnyediakan Rancangan Kerja Tahunan, terdapat beberapa garis panduan dalam menyediakan Rancangan Kerja Tahunan, iaitu: 1. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan

berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa. 2. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu

yang diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun. 3. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang

(tidak dicetak berulang-ulang). 4. Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau

hitam sahaja dibenarkan.

5.

Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua

atau wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya. 6. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur (seperti jadual

di atas) yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:


y y y y y

Bilangan minggu Tajuk/bidang pembelajaran Objektif/kemahiran Hasil pembelajaran yang dihasratkan Catatan

(b) Rancangan Kerja Mingguan Rancangan Kerja Mingguan merupakan perincian rancangan yang dibentuk daripada Rancangan Kerja Tahunan. Ia mempunyai rancangan yang mengandungi pernyataan objektif yang hendak dicapai dalam satu minggu. Berpandukan Rancangan Pengajaran, Sukatan Pelajaran dan penilaian yang dibuat selepas pengajaran, perancangan ini dibuat sebelum bermulanya minggu seterusnya. Rancangan tersebut perlu disahkan oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan pada hari Jumaat sebelum minggu berkenaan atau pada hari Isnin minggu berkenaan.

CONTOH RANCANGAN KERJA MINGGUAN.

Rujukan: http://praktikum.ipgmipoh.net/index.php?option=com_content&view=article&id=9 0:buku-persediaan-mengajar&catid=42:peranan-a-tanggungjawab http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm http://jurnalpendidikan.com/kurikulum-pedadogi-pendidikan-jasmani/rancangankerja-tahunan-pendidikan-jasmani.html http://www.cikgublog.com/rancangan-pelajaran-tahunan/ http://www.cikgublog.com/kepentingan-persediaan-mengajar/ http://notapismp.blogspot.com/2010/09/rancangan-kerja-tahunan.html

You might also like