You are on page 1of 27

Perkahwinan Melayu Brunei

Pengenalan

Seperti adat istiadat melayu, etnik Melayu Brunei juga mempunyai istiadat yang unik dalam pengendalian majlis perkahwinan. Pada zaman dahulu, majlis perkahwinan melayu Brunei dijalankan dalam masa 2 minggu. Akan tetapi dengan kekangan masa pada zaman ini menyebabkan masa untuk majlis ini semakin singkat.

Bedudun / berjarum-jarum
Lawatan berkali-kali dilakukan oleh kedua keluarga pihak pengantin lelaki akan memulakan lawatan untuk melamar

Jawapan tidak akan diperoleh dalam hari yang sama

Setelah mengetahui jawapan, pihak pengantin lelaki akan pergi sekali lagi ke rumah pengantin perempuan

Rombongan untuk bertanyakan tentang tanda pertunangan

Pertunangan
Pembuka Mulut Simbol ikatan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang akan menjadi suami isteri Menandakan permulaan pertunangan (bayaran antara $100 - $150)

Mas Kawin / Berian Dalam bentuk wang, barangan sebagai tanda penghargaan kepada perempuan yang ingin dikahwini. Wajib dalam Islam

Pertunangan
'Sepengadak Kain Teruna Disertakan dalam (hantaran berian) yang terdiri daripada baju cara melayu dan songkok dikembalikan semasa upacara 'akad nikah'. Sepengadak kain teruna tidak diperlukan seandainya bakal pengantin lelaki hadir semasa menghantar tanda pertunangan. Bakal pengantin lelaki juga dibolehkan untuk memberi cenderamata yang lain kepada bakal pengantin perempuan. Pihak lelaki akan membawa tanda pertunangan ke kediaman bakal tunangnya dan menyerahkannya kepada wakil pihak perempuan. Kadang-kadang, keluarga pihak perempuan akan membalas dengan memberikan kek atau baju cara melayu. Dalam tempoh bertunang, lelaki teresbut hendaklah memberikan 'belanja hangus' kepada tunangnya untuk perbelanjaannya.

Pertunangan
Seandainya berlaku Langkah Dulang atau Langkah Sungai, lelaki tersebut dikehendaki untuk membuat bayaran yang ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan. Langkah Dulang berlaku seandainya perempuan yang hendak di kahwini ini mempunyai kakak yang belum berkahwin lagi sementara Langkah Sungai ialah seandainya lelaki itu bukan dari Puak Tutong manakala perempuan tersebuat adalah dari Puak Tutong.

Majlis Pertunangan

Perkahwinan - adat berbedak dan berinai - adat penghantaran berian - istiadat akad nikah - istiadat bersanding

Istiadat badak badak mandi


Hanya terdiri daripada keluarga pengantin

Pengantin perempuan memulakan malam berbedak

Pengantin ditepung tawar dengan bedak (tepung beras ,bunga melor)

Pengantin dilulur dengan bedak tradisional dari muka hingga ke hujung kaki Pengantin disiram dengan air (langgir dan limau nipis) dikelilingi 7 orang kanak-kanak memakai selendang berlainan warna dan memegang lilin.

Istiadat badak- badak mandi


Pengantin akan mematikan lilin yang dipegang dengan menyembur dengan air melalui mulut sebanyak 3 kali

Setelah selesai bersiram, pengantin akan berkurung dan bedak tidak akan ditanggalkan dari badan pengantin dan makan minum akan dihidangkan oleh pengangun di bilik beangun

Malam Bebadak
Pengantin perempuan digendong ke pelamin Pengantin duduk di tikar khas( baldu yang bersulam emas berbentuk segiempat) Di setiap penjuru tempat duduk diletakkan dian atau lilin bewarna kuning

Para tetamu akan menculiki dan bakal pengantin lelaki akan diiringi ke pelamin

Bedak tradisional diwarnakan dengan 7 warna dan diletakkan tempat khas

Adat berinai / berpacar


Upacara ini kebiasaannya mengambil tempat tengah malam sebelum hari perkahwinan dan di langsungkan berasingan pada kediaman masing-masing.

Majlis Masuk Adat Berinai pengantin akan berdiri diatas katil dengan didahului pengangun.

Selepas itu pengantin tersebut akan disuruh duduk dikatil untuk sementara waktu sambil pengangun menunjukkan tapak tangannya dengan berhajat.

Adat Berinai / berpacar


Tindakan ini seterusnya akan diikuti oleh pengantin dimana seterusnya pengangun akan memegang tangan pengantin teresbut sambil membacakan doa.

Pengantin itu kemudiannya akan diarahkan untuk berdiri dan akan di bawa mengelilingi katil sebanyak 3 kali dan seterusnya duduk tempat yang telah dikhususkan di katil yang mana disediakan lapik.

Selepas itu, orang-orang tua keluarga akan mengambil giliran untuk menampal pengantin dengan inai.

Istiadat Akad Nikah


Akad Nikah ialah upacara agama Islam dimana Ijab dan Kabul akan dilaksanakan bagi mengisytiharkan bahawa pasangan tersebut adalah sudah menjadi pasangan suami dan isteri yang sah. Pengantin lelaki akan memakai baju cara Melayu berwarna putih dengan bertopikan songkok/ destar dan sinjang. Empat lilin akan dinyalakan di empat penjuru lapik yang didudukinya. Semasa melangsungkan Ijab dan Kabul, pengantin lelaki akan bersalam dengan jurunikah (tok Kadi).

Istiadat Akad Nikah

Istiadat Bersanding
Bersanding adalah tradisi dimana kedua-dua pengantin akan duduk bersebelahan di atas pelamin. Istiadat Bersanding dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan. Di sebelah pagi, pengantin lelaki dan pengantin pengantin perempuan akan dimandikan dengan campuran air wangi. Pengantin lelaki akan makan terlebih dahulu daripada semua dan selepas itu baru ia di bawa untuk bertemu dan berjarah (bersalaman) dengan jemputan-jemputan lelaki, dan memberikan penghargaan diatas kehadiran mereka.

Istiadat bersanding
Manakala, ibu pengantin lelaki dan saudara mara perempuan pula akan berjarah di khemah jemputan perempuan. Di masa dahulu, para tetamu akan diberi bunga telur, tapi sekarang, buah tangan telah digantikan dengan pelbagai barangan seperti roti, cawan, kontainer dan sebagainya. Selepas berjumpa dengan tetamu, pengantin lelaki akan bertukar memakai pakaian perkahwinannya bagi acara bersanding.

Istiadat bersanding
Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan memedankan warna dan corak yang sama. Setelah siap berpakaian, pengantin lelaki tersebut pun akan berangkat untuk ke rumah pengantin perempuan. Serentak di tempat pengantin perempuan, pengangun untuk pengantin perempuan akan memulakan adat pengarusan di mana pengangun akan memasang lilin dan membakar benang dari tujuh warna yang dipakai oleh pengantin perempuan di lehernya. Pengantin perempuan akan meniup padam api kecil itu yang di lakukan sebanyak 3 kali.

Istiadat bersanding
Apabila tibanya pengantin lelaki di kediaman pengantin perempuan, dia akan ditemani oleh seorang lelaki tua yang berperanan sebagai penjaganya. Orang tua tersebut kebiasaannya seorang yang dihormati dan mempunyai ilmu agama yang teguh bagi melindungi pengantin lelaki dari ancaman sihir dan sebagainya. Di kediaman pengantin perempuan, pengantin lelaki akan di payungi dan ianya akan disuruh berjalan dalam pusingan kecil sebanyak 3 kali yang dikenali sebagai Pusing Naga yang masih lagi diamalkan.

Istiadat bersanding
Seterunya, pengantin lelaki mesti memacahkan buluh yang diletakkan di pintu depan rumah sebelum masuk rumah. Buluh ini akan dipecahkan oleh penjaga pengantin lelaki tersebut dangan memijak-mijaknya, kadang-kadang ini dilakukan oleh pengantin lelaki itu sendiri. Pengantin perempuan sedia menanti keadiran pengantin lelaki di pelamin. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk di sebelahnya di pelamin tersebut, adat 'mencabut keris' akan di lakukan. Keluarga terdekat pengantin perempuan akan menarik keluar keris tersebut dan apabila ianya dimasukkan kembali kedalam sarungnya, barulah istiadat bersanding dilaksanakan. Sebelum duduk, pengantin lelaki akan di bantu oleh penjaganya untuk menaruh tangannya di ubun-ubun pengantin perempuan, di bahu kiri dan bahu kanan seterusnya.

Istiadat bersanding
Apabila kedua pasangan pengantin sudah duduk di atas pelamin, penjaga pengantin lelaki akan membaca 'selawat' sebanyak 3 kali untuk kedamaian dan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut yang akan disahut oleh para hadirin, diikuti dengan bacaan 'doa selamat' untuk keselamatan dan memohon rahmat. Yang berikutnya, pasangan akan keluar ke verandah untuk di perlihatkan kepada para hadirin atau diikuti dengan acara adat basuh kaki bagi adat Tutong.

Istiadat Bersanding

Adat Basuh Kaki


Basuh kaki or Buri Pu'o dalam bahasa Tutong ialah adat resam dimana kaki pengantin perempuan akan di tuangkan air. Barang yang diperlukan bagi acara ini ialah air, parang dan batu pengasah. Kedua-dua pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan masing-masing, di mulakan oleh pengantin perempuan dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantin lelaki meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan.\ Keluarga pengantin lelaki akan memulakan upacara tersebut dengan membasahi kaki pengantin perempuan diikuti dengan pemberian duit atau barang kemas kepada orang yang telah dilantik sebagai hadiah. Di masa silam, kebiasaan para jemputan akan memberikan ternakan seperti kerbau dan pokok buah-buahan, dimana pada hari tersebut hanya akan membawa tanda seperti buah dari pokok tersebut.

Adat Basuh kaki

Adat makan bersuap


Ini ialah adat resam di mana pengantin perempuan akan menyuap pengantin lelaki dengan tangannya sendiri. Ini dijalankan selepas adat basuh kaki dan di niatkan untuk menambahkan kemesraan diantara pengantin baru itu. Ia adalah kemestian untuk menyediakan nasi kuning, air, garam dan asam untuk adat makan bersuap.

Adat mulih 3/7 hari


Adat mulih 3 atau 7 hari ialah tradisi di mana si pengantin lelaki akan pulang ke rumahnya asal dengan isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7 hari di kediaman isterinya. Kebiasaannya keluarga pihak lelaki akan memberikan hadiah seperti barang rumah dan barangan dapur kapada pasangan ini. Inin menandakan penamatnya upacara perkahwinan orang Brunei.

You might also like