You are on page 1of 51

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Sinopsis Menjelaskan pengenalan kepada PTV yang meliputi definisi dan ciri-ciri RBT, hubungan RBT dengan PTV; keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan dan Prinsip Pendidikan Teknikal.

Hasil Pembelajaran: 1. 2. Menerangkan maksud terminologi teknikal, vokasional dan teknologi; Membezakan antara pendidikan teknik, pendidikan vokasional dan pendidikan teknologi; 3. 4. Menjelaskan hubungan RBT dengan PTV; Menjelaskan keperluan PTV dalam kurikulum kebangsaan;

Kerangka Konsep Tajuk 1

Definisi dan ciri-ciri RBT Hubungan RBT dengan PTV Pengenalan PTV Keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan Prinsip dan rasional Pendidikan Teknik

1.1

Definisi dan Ciri-ciri RBT

Tahukah anda apakah maksud teknikal, vokasional dan teknologi? Mari kita teliti maksud terminologi di bawah;

Jom kita lihat asal perkataan teknik dulu

Perkataan teknik atau techic berasal dari perkataan Greek technikos yang bermaksud untuk belajar atau prinsip-prinsip teknologi. Mari kita lihat maksud berikutnya;

Teknik bermaksud;

pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barangan hasil industry atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni. (Dewan Bahasa, 1993)

Teknikal ialah..

pelaksanaan sesuatu kerja atau berkaitan dengan sesuatu bidang pengetahuan yang tertentu. (Dewan Bahasa, 1993)

Perkataan vokasional (vocational) berasal dari perkataan Latin vocare yang bermaksud to call. Jom kita lihat makna yang diberikan oleh Kamus Dewan dan Websters New World Dictionary pula;

Vokasional ialah .

pendidikan dan latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan tertentu. (Websters New World Dictionary, 1991)

Vokasional bermaksud;

pekerjaan atau profesion yang tertentu atau berkaitan dengan kursus-kursus pendidikan amali. (Kamus Dewan, 1993)

Jika kita lihat maksud bagi teknologi juga berasal daripada dua perkataan Greek iaitu technes yang bermaksud prinsip atau kaedah yang digunakan untuk membuat barangan dan logos yang bermaksud pengajian mengenai prinsip atau kaedah tersebut. Sila lihat maksud di bawah.

Teknologi ialah .

pengajian berkaitan dengan teknikal yang digunakan untuk meneruskan kehidupan. (Websters New World Dictionary, 1991)

Bagaimana pula dengan maksud Pendidikan Teknik dan Pendidikan Vokasional? Istilah ini tidak asing kepada kita Cuba fikirkan sejenak

Perkembangan penggunaan istilah dalam PTV berubah mengikut perkembangan semasa. Dunia yang sedang membangun memerlukan pelbagai jenis tenaga manusia, dan institusi pendidikan bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan berkenaan. Rentetan itu maka wujudlah pelbagai jenis program pendidikan berkaitan dengan teknikal dan vokasional berbeza maksudnya seperti berikut;

Pendidikan Ketukangan ialah

program latihan yang melibatkan pembentukan kemahiran dengan pengajain teori yang paling minimum. Latihan lebih berbentuk ke arah penyediaan untuk pekerjaan seperti tukang perabot, penurap bata dan sebagainya.

Pendidikan Seni Perusahaan ialah

pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal berkaiatan dengan industri.

Pendidikan Teknik ialah

Pendidikan yang memberi pengetahuan teknikal yang berkaitan dengan matapelajaran Matematik dan Sains yang kukuh. (Finch & Crunkilton, 1965)

Pendidikan Vokasional ialah . . .

Satu program pendidikan tersusun yang menyediakan pelajar untuk sesuatu pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan ijazah sarjana muda. (Finch & Crunkilton, 1965)

Manakala Pendidikan Teknologi ialah . . . satu program pendidikan yang dibentuk khusus untuk mengajar teknologi masa lalu, masa kini dan masa hadapan, di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke peringkat ijazah sebagai persediaan untuk hidup dalam dunia yang (Finch & Crunkilton, 1965)

sentiasa berubah.

Renung sejenak! Pernahkah anda mengikuti salah satu program Pendidikan Teknikal atau Vokasional di atas? Pada pandangan anda apakah keistimewaan program berkenaan?

1.2

Hubungan RBT dengan PTV

Reka bentuk didefinisikan sebagai susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk atau impak. Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan dalam usaha manusia mencipta dan menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan sistem untuk menguruskan kehidupan.

Jom kita teliti maksud reka bentuk dan teknologi ini.

Design and Technology prepares pupils to participate in tomorrows rapidly changing technologies. They learn to think and intervene creatively to improve quality of life. The subject calls for pupils to become creative and autonomous problem solver, as individuals and members of a team. They must look for needs, wants and opportunities and respond to them by developing a range of ideas and making products and systems. They combine practical skills with an understanding of aesthetics, social and environmental issues, function and industrial practices. As they do so, they reflect on and evaluate present and past design and technology, its uses and effect. Through design and technology, all pupils can become discriminating and informed users of products, and become innovators. (DfEE/QCA, 1999: 90)

Design and technology is about inventing practical solutions to problems through imaginative thinking. Learners use a range of tools, materials, skills and techniques to explore, design and make products and systems that meet human needs. Working in stimulating contexts they engage in a continuous course of personal development, learning to use today's technologies so they can participate in developing tomorrow's. (www.qca.org.uk, 2008)

Apakah hubungan RBT dengan PTV? Istilah ini tidak asing kepada kita Cuba fikirkan sejenakBincangkan perkembangan RBT di sekolah rendah.

1.3

Keperluan PTV dalam Kurikulum di Peringkat Kebangsaan

Pada tahun 1971, Rupert Evans mencadangkan tiga objektif asas bagi Pendidikan Vokasional iaitu memenuhi keperluan tenaga kerja, meningkatkan pilihan individu dan memotivasikan pelbagai jenis pendidikan. Sehingga kini, objektif ini telah menjadi dasar pembentukan objektif PTV. Apakah pandangan anda mengenai objektif yang dibentuk oleh seorang guru? Adakah ia dapat dimanafaatkan oleh semua pelajarnya?

Cuba bayangkan jika Sistem Pendidikan Kebangsaan pada masa kini tidak mengambilkira keperluan individu dan negara. Mari kita lihat pandangan dan cadangan oleh pihak UNESCO dan ILO ini.

UNESCO and ILO Recommendations (2006), in terms of the needs and aspirations of individuals, technical and vocational education should:

a. Permit the harmonious development of personality and character, and foster spiritual and human values, the capacity for understanding, judgement, critical thinking and self-expression; b. Prepare the individual for lifelong learning by developing the necessary mental tools, technical and entrepreneurial skills and attitudes; c. Develop capacities for decision-making and the qualities necessary for active and intelligent participation, teamwork and leadership at work and in the community as a whole; d. Enable an individual to cope with the rapid advances in information and communication technology.

Cuba kita lihat bagaimana evolusi pekerjaan berlaku? Pada mulanya, seorang ayah atau ibu akan mewarisi kemahiran yang mereka miliki kepada anak-anaknya untuk memenuhi keperluan survival keluarga. Apabila keluarga mula membesar menjadi masyarakat, keperluan tenaga manusia akan difokuskan bagi memenuhi kehendak masyarakat setempat. memerlukan tenaga mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang. Malaysia

Di sinilah bermulanya keperluan PTV untuk melahirkan tenaga manusia Negara. Maka proses pengintegrasian Pendidikan Am dan pendidikan PTV dalam kurilukum perlu dilaksanakan dengan berkesan jika faktor-faktor berikut diberi perhatian;

a. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang relevan; b. Pelaksanaan program, guru dan pengajar mengutamakan kejayaan pelajar; c. Matlamat dan tujuan pengintegrasian relevan dengan kehendak pelajar. d. Persekitaran pembelajaran yang kondusif; dan e. Kandungan mata pelajaran dapat dihubungkaitkan.

Sila hayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan di bawah:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa; Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Menurut Isahak, (1992) menyatakan bahawa; Tenaga manusia yang diperlukan dalam masyarakat industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat penyesuaian dengan cepat (Pidato Umum Aminuddin Baki Kali Ke 4, UPM )

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dasar PTV telah dibentuk bagi memantapkan sistem PTV. Ia menjurus bagi melahirkan golongan pelajar berorientasikan

pengetahuan sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga manusia Negara. Jika kita lihat PTV mampu membangunkan diri individu untuk menjadi seorang warganegara yang berkualiti, berakhlak dan bertanggungjawab. PTV perlu bersaing dalam dunia pendidikan yang sedang berkembang pesat.

Jika kita teliti kewujudan sistem PTV ini mempunyai keunikannya tersendiri. Mari kita lihat keupayaan PTV itu sendiri dalam bersaing dengan sistem pendidikan am. PTV seharusnya berupaya; a. Membuka peluang belajar kepada mereka yang berminat, layak dan boleh mendapat manafaat daripadanya; b. Member peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian dalam pendidikan yang sama; ataupun bidang lain pendidikan am; c. Berhubung kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan kehidupan semasa bekerja; d. Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang memuaskan; e. Menyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh membuat keputusan, melanjutkan pelajaran, mengambil bahagian dalam masyarakat dan kepimpinan; f. Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan latihan yang bersan ; dan g. Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem pendidikan.

Cuba teliti Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pidato umum di atas,fikirkan bagaimana keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan?

1.4

Prinsip dan Rasional Pendidikan Teknik

Prinsip terbentuk seiring dengan penwujudan PTV.

Mengapakah prinsip ini

penting? Bolehkah anda fikirkan sejenak apakah kaitannya antara prinsip dengan amalan dan tindakan dalam Pendidikan Teknik?

Cuba bayangkan apakah yang akan terjadi jika tiada konsep asas dalam pembentukan Pendidikan Teknik? Maka sebab itulah konsep asas adalah penting untuk dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip Pendidikan Teknik. Prinsip berkait rapat dengan amalan dan tindakan. Prinsip merupakan panduan untuk tindakan dan memerlukan sokongan kukuh daripada amalan.

Prinsip Pendidikan Teknik ialah sebagai generalisasi yang menyatakan amalan pilihan, dan menjadi panduan bagi pembentukan program dan kurikulum, penilaian, pemilihan teknik pengajaran dan pembinaan polisi. (Miller, 1985)

Prinsip akan menggambarkan kejayaan amalan lepas iaitu sejak awal pembentukan pendidikan teknik. Ia akan melalui perubahan masa dan keperluan, serta diubah mengikut kesesuaiannya. Amalan bebas dan amalan baru yang berjaya akan dijadikan asas kepada pembentukan prinsip baru atau kontemporari dalam Pendidikan Teknik. Prinsip perlu mempunyai asas falsafah yang kukuh.

Pada tahun 1960-an, UNESCO telah menyarankan supaya Pendidikan Teknik dijadikan sebahagian daripada keseluruhan sistem pendidikan secara bersepadu. Ia bukan sekadar

sebagai pemberi latihan kemahiran dan pengetahuan yang sempurna sebagai persediaan untuk bekerja, tetapi juga untuk:

a. Memenuhi kehendak pendidikan am untuk perkembangan sahsiah dan tingkah laku; b. Melengkapkan diri dengan kefahaman, kebolehan membuat pertimbangan,

penampilan diri yang wajar; dan c. dapat membuat penyesuaian dalam persekitaran yang berubah.

Malaysia telah membentuk matlamat Pendidikan Kebangsaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu:-

a. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu; b. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera; c. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara; dan d. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini..Miller, M.D. (1985). Principles and A Philosophy For Vocational Education. Columbus, Ohio: NCRVE.

Sila layari laman web berikut untuk mendapatkan lebih kefahaman iaitu http://www.unevoc.de/convention/con-e.htm

10

Aktiviti 1

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Definisi bagi elemen-elemen berikut: a. Teknik b. Teknikal c. Vokasional d. Reka bentuk dan teknologi

2. Huraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa proses pengintegrasian pendidikan am dan pendidikan PTV dalam kurilukum.

3. Bagaimanakah kurikulum PTV itu dapat bersaing dengan sistem pendidikan am. Bincangkan.

11

TAJUK 2

EVOLUSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Sinopsis Mengimbas kembali evolusi perkembangan PTV dari zaman pembelajaran secara pondok zaman penjajahan sehinggalah era kemerdekaan dan akta-akta pendidikan yang berkaitan dengan PTV.

Hasil Pembelajaran:

1.

Menerangkan sejarah perkembangan PTV seawal pengajian pondok, zaman penjajahan sehingga ke era kemerdekaan;

2. 3. 4. 5. 6.

Menghuraikan akta-akta yang berkaitan dengan PTV; Mengenal pasti konsep asas dan falsafah PTV; Menjelaskan dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT; Menjelaskan falsafah Sekolah Ketukangan; Menerangkan falsafah Pendidikan Vokasional.

Kerangka Konsep Tajuk 2

Evolusi Perkembangan PTV

Sejarah Perkembangan PTV

Akta-akta Pendidikan yang berkaitan dengan PTV

12

2.1

Sejarah Perkembangan PTV

Mari kita lihat sejarah perkembangan PTV secara global bermula daripada revolusi perindustrian Perancis pada awal tahun 1800-an. Pada ketika itu, kajian dijalankan untuk

menghasilkan ciptaan baru untuk keperluan peperangan. Seterusnya ia berkembang ke seluruh dunia daripada Negara-negara Eropah dan terus berkembang ke Negara Timur yang dibawa oleh penjajah.

PTV kini memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahir untuk membangunkan negara dalam sektor perindustrian. PTV berkembang pesat dalam

menaikkan taraf pembangunan dansosial negara. Negara maju seperti Perancis dan German mempunyai taraf kelayakan kemahiran yang paling popular dan terlaris dalam pasaran kerja pada masa kini. Tanpa disedari ia telah meningkatkan penawaran tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berpengetahuan telah menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi), kelayakan kemahiran perlu disediakan sehingga tahap tertinggi dalam sesuatu bidang pekerjaan.

Peringkat awal sebelum kedatangan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris sehingga era awal kemerdekaan. Sebagaimana yang kita ketahui, PTV memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara khususnya dalam bidang industri seperti pembinaan dan pengeluaran.

Sebelum kedatangan Inggeris, sistem pendidikan Melayu hanya terhad kepada membaca al-Quran dan

pembelajaran agama di pondok-pondok. Kurikulumnya sempit dan terhad kepada teks al-Quran. Aktiviti

pembelajaran hanya terhad kepada mengenal abjadabjad Arab, mengingat dan menghafaz doa, selain mendalami prinsip-prinsip Islam. Bahasa Melayu akan diajar setelah mereka menguasai al-Quran.

13

Sistem pendidikan Melayu berubah dengan kedatangan Inggeris pada pertengahan kurun ke 19. Inggeris memperkenalkan sistem Pendidikan Vernakular Melayu, Cina dan India oleh A.M. Skinner. Hasil rombakan dasar tersebut pada 1913, sebanyak 189 buah sekolah Vernakular

Melayu tersebut telah didirikan di seluruh Tanah Melayu. Ia terus berkembang sehinggalah pada tahun 1938 terdapat 1169 buah sekolah Vernakular Melayu.

Pada 6 Februari 1816, Rev. R.S. Hutchings telah membuka Penang Free School dengan menawarkan mata pelajaran PTV. Manakala pada tahun 1916, Sekolah Vokasional telah ditubuhkan dan diikuti pada tahun 1918, Sekolah Menengah Teknik ditubuhkan di Kuala Lumpur. Selepas 100 tahun dijajah Inggeris, hanya terdapat lima buah Sekolah Ketukangan di Tanah Melayu. Pada tahun 1946, nama sekolah tersebut telah ditukarkan

kepada Sekolah Menengah Pertukangan (Secondary Trade School). Pada tahun 1969, namanya telah bertukar sekali lagi menjadi Sekolah Menengah Vokasional (SMV).

Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1941 hingga 1945, tidak terdapat sebarang rekod rasmi yang mencatatkan mengenai perkembangan PTV. Akan tetapi tahukah anda bahawa kursus-kursus bercorak teknik telah dimulakan dan diperkenalkan di Sekolah-sekolah Teknik dan Sekolah-sekolah Ketukangan yang ada pada masa itu.

Seterusnya tahukah anda bilakah Maktab Perguruan Teknik ditubuhkan? tujuan penubuhannya?

Apakah

Setelah Tanah Melayu merdeka, para pemimpin terus berusaha menyusun satu pendidikan kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum bagi membina satu kebangsaan mencapai integrasi nasional. Pendidikan jika dilihat, ia menjadi satu yang berkesan serta

berupaya mencapai hasrat kerajaan. Hasrat ini bertambah kuat dengan kemunculan Laporan

14

Pendidikan 1956 yang dikenali sebagai Laporan Razak 1956. Laporan ini julung kali dalam sejarah Persekutuan Tanah Melayu memperkenalkan satu pendidikan kebangsaan.

Pada era kemerdekaan, hasil Laporan Razak 1956 dan Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1960 (Laporan Rahman Talib) mencadangkan pembinaan lapan buah Sekolah Ketukangan Luar Bandar dengan nama Sekolah Lanjutan Kampung. berikut:Objektif penubuhannya adalah seperti

a. Menampung keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja separa mahir dalam beberapa industri kecil yang pesat berkembang ketika itu. b. Memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu anak mereka diajar mata pelajaran teknik. c. Memenuhi kehendak cadangan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 mengenai Sistem Pendidikan Aneka Jurusan (Comprehensive Education System)

Pada tahun 1960-an, Sekolah Pelajaran Lanjutan diperkenalkan untuk menyediakan tempat bagi pelajar yang gagal peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination. Sekolah Lanjutan dikatakan kurang kerana kekurangan kemudahan kelengkapan bengkel. Rentetan dari itu maka pendidikan kita bertukar menjadi Sistem Pelajaran Aneka Jurusan pada tahun 1965.

Pada Tahun 1965, kesemua 19 buah Sekolah Lanjutan Kampung telah dijadikan Sekolah Menengah Rendah untuk melaksanakan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan yang menawarkan mata pelajaran Seni Perusahaan sebagai mata pelajaran pilihan.

Tahukah anda bahawa Sekolah Lanjutan Kampung di Butterwoth, Alor Gajah dan Pengkalan Chepa telah dijadikan SMV pada tahun 1966 1970? Sila layari internet untuk mendapatkan lebih maklumat mengenainya.

Jika kita lihat, pendidikan aneka jurusan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu;

15

a. Semua pelajar diberi 9 tahun pendidikan di mana 6 tahun pendidikan sekolah rendah dan 3 tahun pendidikan sekolah menengah rendah dan 1 tahun dalam kelas peralihan jika perlu. b. Kenaikan darjah selepas 6 tahun pendidikan rendah secara automatik dan diberi pendidikan lanjutan selama 3 tahun sebagai tingkatan peralihan, tingkatan 1, 2 dan 3 tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan. c. Dari tingkatan 1 hingga 3, pelajar diberi pendidikan am dan pendidikan pra vokasional di mana mereka perlu mengikuti satu mata pelajaran teras dan satu mata pelajaran pravokasional, sama ada mata pelajaran Sains Pertanian atau Pengajian Perdagangan atau Sains Rumahtangga (pelajar perempuan) atau Seni Perusahaan (pelajar lelaki). d. Selepas 9 tahun di bangku sekolah, pelajar akan menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) untuk membolehkan mereka meneruskan pelajaran sama ada dalam pendidikan akademik, teknik atau vokasional berdasarkan keputusan SRP.

Jika kita lihat pada tahun 1950-an dahulu, ekonomi negara mula beralih daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian. Tujuannya adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan objektif serta hasrat kerajaan boleh dicapai melalui kedua-dua sektor pertanian dan perindustrian. Maka pada tahun 1960-an, terdapat banyak perkembangan menarik di sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian. Ia disokong dengan suasana politik yang stabil dan harmoni, bahan mentah amat banyak dan sumber tenaga muda yang sedia ada, negara kita menjadi tempat yang selamat untuk pelaburan.

Sehubungan dengan itu kerajaan mengambil langkah positif untuk menekankan pendidikan teknik dan vokasional di semua peringkat. Bertitik tolak dari situlah wujudnya struktur latihan bercorak serampang tiga mata iaitu;

a. Institusi Vokasional melatih pekerja mahir dan separa mahir b. Politeknik melatih juruteknik c. Universiti melatih jurutera

Rentetan pelaksanaan Sistem Aneka Jurusan (1965) mulai tahun 1968, pendidikan menengah rendah telah diubahsuai dengan memberi keutamaan kepada pelajar lulusan SRP dapat 16

meneruskan persekolahan ke Tingkatan Empat. Para pelajar ini diserap masuk ke dua jenis aliran pendidikan mengikut kelayakan dan pilihan masing-masing iaitu;

a. Pendidikan Am dan Teknikal b. Pendidikan Vokasional

Permintaan bagi pendidikan ini semakin mencabar kerana kos pembinaan sesebuah SMV sahaja menelan belanja antara 16 hingga 20 juta ringgit. Sedangkan pembinaan sebuah

politeknik di anggarkan berjumlah tiga atau empat kali ganda. Sudah pasti pada jangka masa panjang, negara tidak sanggup melabur dalam dalam pendidikan ini kalau masa depannya tidak cerah dan ia tidak akan memberi apa-apa faedah kepada negara atau masyarakat. Pendidikan bercorak teknik dan vokasional mampu melahirkan sebuah masyarakat baru yang berilmu, berkemahiran serta berdaya maju dan mencerminkan aspiasi Wawasan 2020.

Dapatkan maklumat seterusnya dalam buku Yahya Emat, (1996). Pendidikan Teknik dan Vokasional Di Malaysia. Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd.; 2-96.

2.2

Akta-akta Pendidikan yang berkaitan dengan PTV

Tahukah anda, terdapat berapakah akta pendidikan yang berkaitan dengan Pendidikan PTV dalam sistem pendidikan di Malaysia? Bagaimanakah kesan akta pendidikan berkenaan kepada perkembangan sistem Pendidikan PTV di Malaysia?

Mari kita bincangkan mengenai akta-akta pendidikan yang berkaitan dengan PTV di bawah.

a. Jawatankuasa LEMON (1918) Sekolah Teknik Treacher > Maktab Teknik > Institut Teknologi Kebangsaan > UTM

17

b. Jawatankuasa WINSTEDT (1925) Sekolah Ketukangan o Tidak mendapat sambutan dan Sindrom Kolar Biru

Jom kita teliti lima jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepas kemerdekaan, iaitu:

1. Laporan Barnes (1950) a. b. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat keduclukan clan memperbaiki pendidikan orang Melayu. c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

i. ii.

Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.

iii.

Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.

iv.

Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

d.

Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah: i. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. ii. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

2. Laporan Fenn-Wu (1951) a) Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

18

b) Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. c) Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952). d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah: i. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan. ii. iii. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

3. Ordinan Pelajaran (1952) a) Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu. b) Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. c) Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga. d) Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.

4.

Penyata Razak (1956) a) Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).

19

b) Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 c) Tujuan Penyata Razak adalah:i. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa

perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah ii. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu iii. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan iv. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif. v. vi. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif vii. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan

Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956. Berikut ialah kandungan Laporan Razak: 1. Sekolah Rendah a. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar. b. c. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar. d. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun.

20

2.

Sekolah Menengah a. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun). b. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib. c. d. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah.

3.

Sistem peperiksaan a. Sekolah Menengah Rendah Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas. b. Sekolah menengah atas Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate. c. Pra-U Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti.

5.

LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)

Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah dikemukakan: 1. Bahasa kebangsaan

21

a. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. b. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu. c. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah.

2.

Kelas peralihan Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.

3.

Kenaikan automatik a. Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan. b. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah. c. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya.

4. Matapelajaran akhlak a. b. Murid beragama Islam Pendidikan Islam. Murid bukan beragama Islam Pendidikan Moral.

6.

LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1979)

a) sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji

semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan

22

berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.
b) Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979

c) Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut: i. Menjadikan utama; ii. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang

bagi semua jenis sekolah; iii. iv. v. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua; Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan

menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; vi. vii. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; Mendemokrasikan mengagihkan pendidikan dari segi adil peluang dan dan mutu dengan khas

peruntukan

secara

memberi

perhatian

kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman; viii. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh; ix. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui

penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978; x. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di

peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan; xi. xii. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata

pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan

23

xiii.

Menggalakkan

aktiviti

ko-kurikulum

yang

memupuk

disiplin,

seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Jika kita teliti, kita akan dapati bahawa di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Di antaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Abdul Malek Mohamad. Perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut; http://pmr.penerangan.gov.my

Aktiviti 2

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

Pengenalan

Mata pelajaran KHSR merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan

24

teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Kurikulum ini masih menuju ke arah memperkembangkan potensi dan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran

asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif.

Masalah

Apakah kesan pelaksanaan mata pelajaran KHSR dalam membantu murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap serta budaya kerja yang baik?

Tugasan

Anda perlu kenalpasti bagaimanakah mata pelajaran KHSR ini boleh menyumbang kepada perkembangan PTV di Malaysia? Anda perlu meneliti sukatan pelajaran KHSR dan

mengenalpasti elemen yang diperlukan bagi pelaksanaan mata pelajaran PTV di peringkat menengah rendah ataupun menengah atas. Bincangkan perkaitan di antaranya. tugasan dalam folio dan kompilasikan softcopy dalam satu CD. Kumpulkan

25

TAJUK 3

Falsafah dan Dasar PTV serta Perkaitannya Dengan RBT

Sinopsis Memperkenalkan konsep dan asas falsafah PTV, dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT; Falsafah Sekolah Ketukangan dan Falsafah Pendidikan Vokasional.

Hasil Pembelajaran: 1. 2. 3. 4. Mengenal pasti konsep asas dan falsafah PTV; Menjelaskan dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT; Menjelaskan Falsafah Sekolah Ketukangan; Menerangkan falsafah Pendidikan Vokasional.

Kerangka Konsep Tajuk 3

Konsep dan Asas Falsafah PTV

Dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT


Falsafah dan Dasar PTV serta Perkaitannya Dengan RBT

Falsafah Sekolah Ketukangan

Falsafah Pendidikan Vokasional

26

3.1

Konsep dan Asas Falsafah PTV

Apakah yang akan terjadi apabila program KHSR tidak mempunyai konsep dan asas falsafah PTV yang kukuh? Berikan pandangan anda.

Kita semua ketahui bahawa tanpa konsep dan falsafah yang kukuh akan menyebabkan setiap program yang dirancang akan menjadi kabur, tiada matlamat yang jelas dan sudah pasti pelaksanaannya akan terkeluar dari landasan yang sepatutnya. kebanyakannya menggunakan prinsip sebagai konsep asasnya. Pembentukan program PTV

3.1.1

Konsep Asas PTV

Falsafah, prinsip dan polisi adalah penting bagi PTV. Ketiga-tiga elemen tersebut harus wujud dalam satu hubungan yang harmoni dan searah. Tidak wajar untuk dikatakan bahawa prinsip adalah lebih penting daripada falsafah ataupun polisi walaupun sejarah awal pembentukan program PTV memaparkan penggunaan prinsip sebagai konsep asas.

Prinsip

menjadi

konsep

asas

kepada

pembentukan

program

PTV

kerana

orang

teknikal/vokasionaldikenal sebagai individu yang praktikal.Kita dikenali sebagai pengamal (practitioners) yang lebih mementingkan amalan daripada daripada teori. Falsafah pada ketika itu dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan untuk membentuk program sementara polisi berperanan sebagai asas bagi membina matlamat dan tujuan program.

Sejarah juga telah membuktikan kepentingan dan peranan prinsip, falsafah dan polisi dalam PTV. Pembentukan paradigma untuk PTV memerlukan falsafah yang koheren dan selari dengan prinsip serta polisi.

Konsep asas yang sama terus dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip yang baru. Ada juga konsep asas yang diubah bersesuaian dengan kehendak semasa ataupun digugurkan sebagai teorem atau prinsip.

27

Ini adalah kerana sudah menjadi prinsip bidang teknikal/vokasional mengutamakan amalan berbanding teori. Falsafah dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan bagi Sementara polisi menjadi asas bagi membina matlamat dan tujuan

membentuk program. program.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa prinsip, falsafah dan polisi dalam PTV

memainkan peranan yang penting bagi memastikan kejayaan sesebuah program yang dirancang.

Falsafah boleh didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan menilai satu sistem nilai yang menjadi asas membuat keputusan bagi membentuk masa hadapan PTV." (Miller, 1985)

Istilah falsafah berasal dari perkataan Yunani,phileosophic .Phileo bermakna mencintai dan sophic bermakna hikmah. Oleh itu falsafah bermaksud mencintai hikmah. Hikmah pula mempunyai unsur-unsur nilai, pengetahuan, kematangan, pandangan jauh, dan basirah (insight). Peranan falsafah melihat manusia dan alam sejagat secara bersepadu dan mewujudkan hubungan yang sempurna antaranya melalui hikmah. Falsafah memberi arah manusia untuk memilih matlamat, tujuan dan kaedah untuk mencapai matlamat tersebut. terdapat empat ciri-ciri berfikir seseorang ahli falsafah iaitu:-

a) b) c) d)

Berfikir dengan menggunakan pemikiran aras tinggi Berfikir secara sistematik. Menyusun sesuatu skema konsep; dan Berfikir secara menyeluruh.

Pendidikan berupaya mengembangkan potensi manusia ke arah pendidikan yang universal. pendidikan bertujuan menyediakan pelajar yang seimbang dari aspek jasmania, emosi, rohani dan intelektual. maka terdapat tiga bidang falsafah iaitu;

a.

Ontologi teori kewujudan yang meliputi aspek kewujudan masa esa, manusia dan alam. 28

b.

Epistemologi teori ilmu yang meliputi aspek apakah ilmu, sumber ilmu, pembahagian ilmu, dan peranan ilmu.

c.

Aksiologi teori nilai yang meliputi aspek nilai,sumber nilai, pembahagian nilai dan peranan nilai.

3.1.2

Falsafah Pendidikan Vokasional

Pendidikan Vokasional boleh ditakrifkan dengan dua pengertian. Secara umum Pendidikan Vokasional adalah sebarang pendidikan pada mana-mana peringkat yang cuba menyediakan manusia untuk kerjaya-kerjaya tertentu (spesifik) dalam bidang-bidang tertentu.

Dalam takrifan yang luas ini, mereka yang melengkapkan diri dengan profesion-profesion seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan kursus-kursus pengajian tinggi yang lain boleh dikategorikan dalam pendidikan vokasional. Untuk kegunaan harian, takrifan ini terlalu luas dan sememangnya yang muktahir.

Jelasnya pendidikan vokasional bererti sebarang bentuk pendidikan yang dirancang khas dengan tujuan utama untuk menyediakan manusia dalam bidang pekerjaan sosial yang berfaedah yang tidak memerlukan sekeping ijazah dan untuk membantu pekerja-pekerja mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran mereka supaya dapat meneruskan pekerjaanpekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan ijazah.

3.2

Dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT

Malaysia telah menyambut kemerdekaan yang ke 51 pada tahun 2008. Jika kita imbas kembali era sebelum merdeka dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti 29 sistem pendidikan penjajah bagi

memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran ini maka lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam Tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Laporan

Jika diteliti, objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam pendahuluan AKTA PELAJARAN 1961 adalah seperti berikut:

Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya...

Fikirkan bagaimanakah perkaitannya dengan RBT? Bincangkan.

3.3

Falsafah Sekolah Ketukangan

Kita ketahui bahawa falsafah mewakili andaian dan spekulasi mengenai aktiviti manusia. Jika dilihat secara terperinci, falsafah berfokuskan realiti, kebenaran dan nilai. Jika diimbas kembali sejarah sistem pengajian Teknik dan Vokasional negara bermula dengan penubuhan Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur untuk melatih juruteknik Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya pada tahun 1906. Sejak tarikh itu, Pendidikan Teknik dan Vokasional negara telah

melalui beberapa fasa perubahan dan perkembangan seiring dengan kemajuan teknologi pada masa tersebut. Pendidikan Teknik dan Vokasional telah bermula seawal tahun 1926 dengan

penubuhan Sekolah Ketukangan yang pertama dan telah berkembangan seiring dengan 30

kemajuan teknologi bagi memenuhi keperluan sumber tenaga kerja dan meningkatkan status ekonomi negara.

Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuh dan dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan pendidikan Teknik dan Vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi status jabatan dan dinamakan Jabatan

Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995. Selain merangka polisi, jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan vokasional selaras dengan program pengindustrian dan modenisasi negara.

Setelah meneliti penubuhan sekolah ketukangan, apakah falsafah sekolah ketukangan? Fikirkan sejenak. Bincangkan bersama rakan anda.

3.4

Falsafah Pendidikan Vokasional

Kita sedar bahawa falsafah adalah penting terutamanya dalam Pendidikan Vokasional kerana ia boleh dijadikan pegangan dan panduan untuk hala tuju, asas untuk membentuk tujuan, matlamat dan objektif Pendidikan Vokasional. Di samping strategi pelaksanaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak.

Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Di antaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian

Pelajaran Teknik

dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian

Sukan Sekolah-sekolah Malaysia,

Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

31

3.4.1

Kepentingan Falsafah dalam PTV

Falsafah mewakili andaian dan spekulasi yang dibuat mengenai aktiviti manusia dan dunia. Secara spesifik, falsafah berfokus pada realiti, kebenaran dan nilai. Oleh itu falsafah yang dinyatakan dalam bentuk pernyataan merupakan pernyataan andaian asas mengenai realiti, kebenaran dan nilai.

Maka untuk membentuk falsafah atau world view iaitu cara untuk melihat dunia, kita mesti bersikap sebagai seorang ahli falsafah. Kita perlu bertanya soalan yang sesuai berkaitan realiti, kebenaran dan nilai.

Falsafah didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan menilai yang mewakili satu sistem nilai yang menjadi asas untuk membuat keputusan yang akan membentuk masa depan PTV

Falsafah adalah penting kepada setiap indvidu yang terlibat dengan PTV. Falsafah menyediakan satu rangka yang boleh digunakan untuk memikirkan tentang PTV. Falsafah juga turut menjadi panduan untuk amalan, membantu dalam keputusan mengenai perkembangan program, pemilihan aktiviti pembelajaran, kurikulum, matlamat dan penggunaan sumber. Prinsip bukan falsafah dan tidak bersifat seperti falsafah. Prinsip hanya menyediakan arah yang jelas untuk pembentukan falsafah.

Implikasi aliran falsafah Progresivisme, Pragmatisme, Rekonstruktivisme dan Eksistensialisme di dalam PTV boleh kita bincangkan bersama. Jika kita lihat, Pragmatisme merupakan salah satu falsafah moden yang wujud dari aliran pemikiran tradisional idealisme dan realisme. manakala Progresivisme dan Rekonstruktivisme memperkembangkan ciri-ciri pendidikan Pragmatisme dalam aspek peranan kurikulum.

32

3.4.2

Implikasi Aliran Falsafah Pragmatisme dalam PTV

Perkataan Pragmatisme berasal dari perkataan Greek iaitu pragma yang bermaksud kerja di mana ia merupakan satu kaedah mengatur dan mengurus perkara yang harus dilakukan oleh seseorang individu. Dari aspek falsafah, ia merupakan pembinaan kehidupan manusia dan mencari keperluan. Jika kita kaitkan dengan pandangan ahli-ahli Pragmatisme ini, mereka Manusia haruslah

menganggap bahawa idea manusia mengenai alam adalah neutral.

menerima perubahan, maka cara dan matlamat pendidikan mestilah fleksibel dan terbuka. Pendidikan mempunyai matlamat untuk memajukan manusia dan cara adalah bagaimana manusia melaksanakannya untuk mencapai matlamat berkenaan. Realiti mestilah dicapai oleh manusia yang berinteraksi dengan alam sekeliling.

Aliran ini amat sesuai dengan falsafah PTV kerana is bertujuan melahirkan para pelajar yang dapat menguasai kemahiran hasil penjelmaan daripada pengetahuan yang telah mereka pelajari. Jika kita lihat, dalam falsafah PTV memberi penekanan kepada outcome tertentu. sebagai contohnya, pelajar mempelajari teori teknologi pembuatan. Dalam konteks

pragmatisme, setelah pelajar itu mempelajarinya, pelajar akan dapat menyelesaikan masalahmasalah ataupun soalan-soalan yang diberikan oleh guru.

Seterusnya diharapkan pelajar dapat menghasilkan projek rekacipta.

Antara teknik

penyelesaian masalah yang digunakan dalam PTV ialah teknik Problem Based Learning (PBL), sumbangsaran, ujikasi dan lain-lain. Teknik ini dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dan menguasai ilmu pengetahuan secara menyeluruh.

Jika kita kaji secara keseluruhannya, terdapat empat elemen dalam PTV yang mempunyai implikasi daripada falsafah pragmatisme ini iaitu:-

a) Guru

Guru merupakan ketua projek penyelidikan Penyertaan secara menyeluruh dalam membina ilmu Guru akan mengentengahnya masalah dan beberapa penyelesaian masalah Menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah

33

b) Sekolah Implikasinya sekolah akan dilengkapkan dengan prasarana untuk membolehkan pelajar menjalankan amali ataupun ujikaji.

c) Pelajar Pelajar akan belajar perkara baru dan yang diminati sahaja. Mereka akan belajar mengenai alam sekeliling kerana pelajaran berkenaan akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Hasil aplikasi falsafah ini dalam PTV, para pelajar akan mendapat pendedahan bagaimana menyelesaikan masalah secara bijak dan teknik-teknik penyelesaian masalah yang sesuai mengikut jenis masalahnya.

d) Kurikulum Kurikulum turut menerima impak daripada falsafah pragmatisme dalam PTV ini. sebagaimana yang kita maklum, pendidikan merupakan satu kehidupan. Maka kurikulum perlu dikaitkan dengan masalah semasa yang perlu diselesaikan oleh pelajar seterusnya masyarakat. Maka tidak hairanlah jika pada masa kini terdapat pelbagai mata pelajaran yang berkaitan dengana kehidupan sebenar pelajar. Sebagai contohnya, mata pelajaran Makanan dan Pemakanan banyak menerangkan cara pemakanan yang sihat serta keperluan kepada kehidupan manusia. Kurikulum mestilah mengandungi pelbagai pengalaman, maka kurikulum mestilah mengikuti perkembangan semasa bagi melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran semasa dalam PTV.

34

3.4.3

Implikasi Aliran Falsafah Progresivisme dalam PTV

Falsafah ini dibentuk oleh John Dewey pada abad ke 20 untuk tujuan pendidikan. Falsafah ini mengatakan objektif pendidikan tradisional tidak sesuai pada zaman moden. Fahaman ini

berfokuskan kepada masyarakat masa kini. Progresivisme bertujuan memberi kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasa berubah. Alat ini merupakan kemahiran penyelesaian masalah di mana pelajar boleh

menggunakannya untuk mengenalpasti, menganalisa dan menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran seperti Matematik Moden, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan dan lain-lain lagi.

Kurikulum di sekolah mahupun di institusi pendidikan telah dibangunkan berdasarkan pengalaman sosial dan personal pelajar. Ahli progresivisme menyatakan bahawa pendekatan induktif merupakan pendekatan yang sesuai digunakan bagi perkara yang berkaitan dengan alam semulajadi. Guru tidak perlu memberi penerangan secara am atau terperinci terhadap sesuatu subjek tetapi pelajar dapat membentuk penerangannya sendiri. Ini jelas kita lihat

apabila pelajar membentangkan hasil tugasan mereka. Tugasan yang diberi itu merupakan tajuk-tajuk yang perlu di ajar oleh guru di dalam kelas. Pendekatan induktif ini sangat sesuai dilaksanakan bagi memastikan pelajar lebih memahami subjek tersebut. Secara tidak langsung, idea-idea baru berkenaan subjek berkenaan boleh dikongsi bersama dengan rakan mereka.

Cuba kita perhatikan PTV, proses pendidikan tidak hanya berfokuskan kepada kepada buku sahaja sebagai sumber maklumat tetapi teknologi maklumat turut menyumbang kepadanya. Bagi PTV, pelbagai e-nota dan e-jurnal telah dapat pelajar capai menerusi internet. Penilaian guru juga turut berubah corak di mana ia tidak lagi hanya bergantung kepada penilaian sumatif atau formatif semata. Guru boleh menilai penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasan yang diberikan, penganjuran program oleh pelajar, kuiz dan pelbagai lagi. Kebanyakan teknik-teknik ini telah digunapakai di peringkat sekolah rendah lagi.

Golongan falsafah Progresivisme ini menyatakan bahawa kurikulum perlu merujuk kepada keperluan dan perkembangan semasa. Rentetan itu kita dapati bahawa kurikulum PTV wujud hasil dari falsafah ini di mana ia tidak terbatas kepada keperluan masa lampau sahaja. Para pelajar diberi kebebasan mempelajari pelbagian disiplin ilmu dan kemahiran yang diminati untuk mempertingkatkan perkembangan jasmani, emosil, rohani dan intelektual mereka. 35 Guru

berperanan sebagai fasiliatator atau pemudahcara.

Guru ini lebih sabar, fleksibel, kreatif,

inovatif serta bijak. Sekolah sepatutnya tidak mengajar sebarang prinsip tetap kepada pelajar tetapi sebaliknya berperanan untuk menyediakan pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah.

3.4.4

Implikasi Aliran Falsafah Rekonstruktivisme dalam PTV

Ahli falsafah Rekonstruktivisme mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusi pembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (Van Scottes, Kraft dan Haas, 1979). Falsafah ini memberi penekanan terhadap penwujudan masyarakat Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik Kesan

demokratik dan berfikiran kritis.

masyarakat supaya dapat menerima, mengaplikasikan dan berfikiran demokrasi.

daripada falsafah Rekonstruktivisme ini dalam falsafah PTV, guru bukan sahaja bertindak sebagai penyampai pengetahuan malah bertanggungjawab untuk menyampaikan dan mencadangkan kepada pelajarnya untuk membentuk masyarakat demokrasi.

Guru sebagai pemangkin kepada pelajarnya untuk berfikiran ke hadapan, mampu menguruskan diri dan mampu membimbing pelbagai aktiviti pembelajaran secara berterusan. Guru

digalakkan membina dan memupuk bakat yang ada pada diri mereka. Ia berfokuskan ke arah pembelajaran yang aktif dalam penyelesaian masalah. Guru juga merupakan agen perubahan dan pembaharuan sosial serta kebudayaan dalam masyarakat. membentuk sebuah masyarakat berkemahiran yang unggul. Implikasinya ia akan

Aliran Rekonstruktivisme memberi penekanan yang penting kepada institusi pendidikan di semua peringkat iaitu bermula dari peringkat sekolah, politeknik, kolej komuniti, kolej universiti, dan universiti. Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi secara sistematik dan terancang. Jika kita lihat dari aspek sistematik, ia melibatkan kaedah, matlamat, outcome dalam menghadapi cabaran sains dan teknologi secara global pada masa kini. Rentetan dari itu maka wujudlah pelbagai institusi PTV seperti Kolej Komuniti, Politeknik, Kolej Universiti yang bersifat teknikal. Penwujudan Institusi Kemahiran MARA, Pusat Giat MARA, Institut Latihan Petronas (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan lain-lain pusat latihan bertauliah di Malaysia.

36

3.4.5

Implikasi Aliran Falsafah Eksistensialisme dalam PTV

Eksistensialisme bersifat terlalu individualistik dan bergantung kepada faktor-faktor subjektif seperti intuisi, renungan kendiri, penghayatan emosi dan perasaan individu. Falsafah ini

berasaskan naturalisme bermazhabkan humanis berfokuskan kepada kewujudan manusia berkaitan dengan individu bagi pembentukan diri sendiri. Individu berkenaan akan

bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan bebas menentukan arah hidupnya. Guru mestilah menghormati pelajar dan pelajar mestilah menghormati kebebasan yang diberikan oleh guru.

Falsafah Eksistensialisme ini telah menaik tarafkan PTV menjadi salah satu pendidikan yang penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat seterusnya memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Masyarakat yang menguasai pendidikan PTV ini akan dapat membangunkan masyarakat ke arah yang lebih pembinaan negara bangsa yang cemerlang. Ini dapat kita lihat dengan pembinaan Empangan Saad di Baghdad, secara tidak langsung mampu menjana pembangunan ekonomi di negara tersebut.

Manakala jika kita lihat penerokaan angkasa lepas oleh angkasawan negara yang lalu menjadi indikator kepada pembangunan pendidikan PTV dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi dunia. Kemajuan pengetahuan kejuruteraan telekomunikasi ini telah melahirkan pelbagai

rekabentuk dan teknologi telefon mudah alih yang turut menyumbang kepada pembangunan perhubungan, ekonomi, sosial, politik dan keselamatan kepada masyarakat. Ini jelas

menunjukkan bahawa aliran falsafah Eksistensialisme ini mampu membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.

Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Abdul Malek Mohamad. Perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai falsafah pragmatisme, progresivisme, rekonsruktivisme dan eksistensialisme.

37

Aktiviti 3 Sila tandakan

pada pernyataan yang benar dan tandakan

X pada pernyataan

yang salah pada ruangan yang disediakan di bawah. Anda diberikan masa selama 10 minit untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan.

1.

Falsafah dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan bagi membentuk sesuatu program.

2.

Seseorang ahli falsafah akan berfikir secara menyeluruh dan sistematik dengan mengambilkira semua aspek yang melibatkan fahaman mereka.

3.

Pendidikan Vokasional akan menyediakan manusia untuk kerjaya-kerjaya tertentu (spesifik) dalam bidang-bidang tertentu sahaja.

4.

Falsafah PTV memberi penekanan kepada outcome tertentu sahaja.

5.

Aplikasi falsafah rekonstruktivisme dalam PTV akan menjadikan para pelajar bijak menyelesaikan masalah dan boleh memilih dan

mengaplikasikan teknik-teknik penyelesaian masalah yang sesuai mengikut jenis masalahnya

6.

Para pelajar diberi kebebasan mempelajari pelbagian disiplin ilmu dan kemahiran yang diminati untuk mempertingkatkan perkembangan jasmani, emosil, rohani dan intelektual mereka dalam falsafah eksistensialisme

7.

Guru mestilah menghormati pelajar dan pelajar mestilah menghormati kebebasan yang diberikan oleh guru bagi ahli fahaman eksistensialisme.

8.

Guru boleh menilai penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasan yang diberikan, penganjuran program oleh pelajar, kuiz dan pelbagai lagi teknik mengikut fahaman ahli falsafah progresivisme.

38

TAJUK 4

FUNGSI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Sinopsis Membincangkan mengenai fungsi PTV dari aspek peranan dan fungsi PTV dalam konteks individu, sosial dan ekonomi; sorotan laporan kajian mengenai PTV dan menilai

keberkesanannya; kreativiti dalam penagajaran dan pembelajaran RBT; ciri-ciri kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran; dan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam RBT.

Hasil Pembelajaran:

1. 2.

Menerangkan peranan dan fungsi PTV dalam konteks individu, sosial dan ekonomi; Mengenal pasti sorotan kajian mengenai PTV dan dapat menilai keberkesanan kajian berkenaan;

3. 4. 5.

Menjelaskan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT; Mengenal pasti ciri-ciri kualiti pengajaran dan pembelajaran; dan Menjelaskan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam RBT

Kerangka konsep tajuk 4 Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu, Sosial dan Ekonomi

Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV dan Menilai Keberkesanannya FUNGSI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT

Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran Aplikasi literasi, 3M, dan ICT dalam RBT

39

4.1

Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu, Sosial dan Ekonomi

Tahukah anda peranan dan fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam sistem pendidikan di negara kita?

Pendidikan berperanan membentuk modal insan yang mahir, harmonis, cekap, berketrampilan, beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif, bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh, serta memiliki ciri-ciri seorang keusahawanan. Dalam konteks negara kita, pendidikan diharapkan dapat melahirkan seorang insan berketrampilan seperti yang dicitrakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Peningkatan bilangan murid dalam aliran pendidikan teknik dan vokasional berlaku disebabkan oleh kesedaran masyarakat, ibu bapa dan murid sendiri mengenai kepentingan pekerjaan yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal serta kepentingannya terhadap permintaan pasaran kerja yang ada kaitannya terhadap keperluan untuk pembangunan ekonomi negara.

Pada era globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan datang dari pelbagai punca, negara memerlukan modal insan yang bukan sahaja memiliki pengetahuan sahaja, tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran, baik dari segi teknikal dan juga dari segi soft skill iaitu pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatif dan berpandangan jauh agar mereka boleh bersaing dengan negara lain.

Peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks individu: Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta membentuk nilai-nilai spiritual, nilainilai kemanusiaan, dan kemahiran berfikir secara harmoni; Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat melalui pembangunan alat-alat berfikir yang diperlukan, sikap, kemahiran keusahawanan dan teknikal; Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan kemahiran kerja berpasukan serta kepimpinan di tempat kerja dan komuniti; dan

40

Membolehkan individu

menangani kemajuan yang pantas dalam bidang teknologi

maklumat dan komunikasi.

Manakala peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks sosial dan ekonomi: Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalam perkembangan ekonomi, budaya, sosial dan pendemokrasian; Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam aspek teknologi dan saintifik; Membolehkan masyarakat menyumbang kepada pengekalan pembangunan alam sekitar melalui pekerjaan dan bidang lain dalam kehidupan mereka; Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang hayat yang boleh disesuaikan dengan keperluan negara tertentu dan perkembangan teknologi yang meluas; dan Memudahkan artikulasi secara mendatar dan menegak dalam sistem pendidikan dan antara sekolah ke dunia pekerjaan.

Maklumat lanjut, sila rujuk buku ini, Unesco and ILO Recommendation (2006).

41

4.2

Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV dan Menilai Keberkesanannya

Tahukan anda apakah kepentingan kajian mengenai PTV dan keberkesannya dijalankan?

Sila fahami petikan di bawah.

A critical challenge that faces human society at the start of the twenty-first century is to attain full employment and sustained economic growth in the global economy and social inclusivity. The ILOs framework of decent work addresses both the quality and quantity of employment and provides a basis for new education and training policies and strategies. Human resources development, education and training contribute significantly to promoting the interests of individuals, enterprises, economy and society. By making individuals employable and informed citizens, human resources development and training contribute to economic development and to achieving full employment and promoting social inclusion. They also help individuals to gain access to decent work and good jobs, and escape poverty and marginalization. Education and skills formation could lead to less unemployment and to more equity in employment.

(UNESCO & ILO RECOMMENDATION, 2002:53)

Seterusnya bincangkan beberapa kajian mengenai PTV dan keberkesanannya yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini. Apakah perkaitannya dengan oleh UNESCO & ILO RECOMMENDATION, 2002:53 di atas? pernyataan

Maklumat lanjut, sila baca buku ini..Unesco and ILO Recommendation (2002).

Secara umumnya, PTV masih lagi di peringkat formatif. Sehubungan itu, program-program di bawah PTV memperoleh kelebihan daripada penilaian semasa program yang dijalankan. Jenisjenis pengurusan, kualiti pelajar, kebolehsediaan, kecukupan, dan penggunaan kemudahan, organisasi dan gaya pentadbiran, kaedah penilaian prestasi, jenis program, jenis masalah program, program persediaan guru, masalah permintaan dan penawaran, sumber manusia dan sebagainya merupakan pelbagai pembolehubah yang menarik perhatian penyelidik dalam

42

penilaian PTV. Kajian dan penilaian yang dijalankan menjadi amat penting kepada perancang, pembuat dasar dan pentadbir berkaitan PTV. Isu-isu penyelidikan PTV yang dikaji oleh penyelidik-penyelidik adalah dari pelbagai kerangka kerja berdasarkan pelbagai arah orientasi disiplin dalam pendidikan iaitu: Falsafah Pendidikan Sejarah Pendidikan Pendidikan Perbandingan Psikologi Pendidikan Sosiologi Pendidikan Ekonomi Pendidikan/Perancangan Pendidikan/Pengurusan Pendidikan Pengajian Kurikulum Pentadbiran dan Organisasi Sekolah Pendidikan Tidak Formal Penilaian

Kerangka kerja ini juga digunakan bagi mengklasifikasikan kajian yang telah dijalankan dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional. Di Malaysia, kajian mengenai PTV dan keberkesanannya membawa kepada perubahan beberapa dasar bagi mengukuhkan lagi PTV. Antara perubahan dasar-dasar tersebut ialah Penstrukturan 69 buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah Menengah Teknik (SMT) secara berperingkat mulai sesi persekolahan 1995/96. Pelan tindakan peningkatan pengeluaran tenaga manusia teknikal bagi tempoh 1996 2020 Program latihan kemahiran dan pendidikan vokasional kepada pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah dan sederhana rendah.

4.3

Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT

Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada kemahiran teknologi dan kreativiti. Mata pelajaran ini dapat menyediakan murid dengan pengetahuan dan

kemahiran teknologi untuk menghasilkan produk yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta melakukan kajian reka 43

bentuk dan fungsi terhadap sesuatu produk. Murid juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid juga menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan. Ringkasnya, terdapat peluang yang cukup bagi membangunkan kemahiran kreatif murid melalui pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi

Pembelajaran secara sokongan (scaffold) diperlukan dalam pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Dalam mempertimbangkan kepentingan kreativiti, semua murid mempunyai hak yang sama untuk menjadi kreatif dan mempunyai capaian penuh terhadap peluang dalam bidangbidang kreatif kurikulum. Namun, murid-murid tidak bertindakbalas dengan cara yang sama terhadap kreativiti. Peluang untuk murid-murid berkembang kreatif dalam bilik darjah bergantung kepada sokongan (Scaffold) maksimum oleh guru-guru, rakan sebaya dan

keluarga. Terdapat sedikit penyelidikan dan kefahaman berkaitan sokongan (scaffold) dalam reka bentuk dan teknologi. Walau bagaimanapun, scaffold telah didefinisikan dan dibincangkan secara umum oleh Vygotsky (1978), Gardner (1995), Rogoff (1990), dan secara spesifik dalam konteks bilik darjah oleh Fryer (1996) dan Beetlestone (1998).

Masalah reka bentuk dan teknologi boleh ditangani melalui dua pendekatan utama iaitu: penyelesaian masalah melalui proses kognitif iaitu untuk pembelajaran dan berfikir; dan penyelesaian masalah secara kreatif.

Penyelesaian masalah melalui proses kognitif tersebut merupakan jenis pemikiran aras tinggi. Manakala penyelesaian masalah secara kreatif merupakan manifestasi personaliti dan penampilan bagi sosial dan motivasi seseorang murid.

Strategi bagi mencapai kemahiran berfikir dalam konteks reka bentuk dan teknologi merangkumi: Refleksi guru, pemodelan dan kemahiran berfikir; Penyelesaian masalah Pembelajaran koperatif; dan Perbincangan kumpulan. 44

Secara ringkasnya, fasa-fasa tugasan bagi mengembangkan kemahiran berfikir pelajar dalam konteks reka bentuk dan teknologi adalah sepertimana ditunjukkan dalam jadual 4.1

Jadual 4.1

Fasa-Fasa Dalam Tugasan Reka Bentuk dan Teknologi Membangunkan Kemahiran Berfikir Di Kalangan Pelajar Melaksanakan taklimat ringkas bagi tugasan membuat keputusan. Menyatakan kepentingan tugasan Menunjukkan bagaimana pengalaman sedia ada dan tugasan praktikal berfokus dapat membantu mereka. Mengenalpasti peringkat-peringkat dalam melaksanakan tugasan membuat keputusan. Memberikan taklimat ringkas secara terbuka atau tertutup. Menyediakan pelbagai maklumat yang berbeza. Mengurangkan arahan dan meminta murid menangani kesukaran mereka sendiri. Menggunakan tugasan tambahan. Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan pembuatan. Menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi melihat kelemahan dalam reka bentuk dan proses pembuatan. Melihat alternatif-alternatif yang ada. Menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan pada masa akan datang.

Merangka tugas

Menarik perhatian murid Menentukan tujuan Memberikan keyakinan Menjelaskan prosedur

Menjalankan Tugasan Mencabar

Meningkatkan cabaran (Sebahagian dan bukannya semua)

Perbincangan Mengimbas kembali

Maklumat lanjut, sila rujuk Owen-Jackson (2002) muka surat 230.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) perlu menjadi andasan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran "Reka Bentuk dan Teknologi". Daya imaginasi, kreativiti murid perlu dijanakan dan diperkembangkan. Antara contoh kemahiran berfikir yang perlu diberi tumpuan ialah : Membezakan bentuk-bentuk asas dalam pesekitaran Menghubung kait bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk Menjana idea kreatif dan inovatif 45

Mentafsir lukisan kerja Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek Membuat keputusan, memilih projek,alatan tangan dan bahan yang diperlukan Mengkelaskan jenis tanaman hiasan.

Aktiviti refleksi boleh diaplikasikan pada peringkat perbincangan dan mengimbas kembali dalam melaksanakan tugasan reka bentuk dan teknologi. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan pembuatan; menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi melihat kelemahan dalam reka bentuk dan proses pembuatan; melihat alternatif-alternatif yang ada; dan menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan pada masa akan datang.

Bincangkan fungsi RBT dari segi melatih murid dalam penyelesaian masalah dan reka bentuk, pemikiran kreatif dan kritis, pemikiran aras tinggi, pembelajaran scaffold dan aktiviti refleksi.

4.4

Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Perkembangan dan proses pembinaan kemahiran murid dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi boleh dilaksanakan melalui penyertaan dan penghayatan secara aktif dalam satu proses yang berdaya cipta kreatif dan inventif. Idea-idea baru boleh dibangunkan dan diubahsuai atau diperbaiki daripada sesuatu bahan atau produk yang telah sedia ada. Dalam setiap proses ini murid juga mendapat pengalaman dalam membuat

keputusan, bertanggungjawab terhadap idea-idea yang digunakan, serta bertanggungjawab terhadap kesan penggunaan idea tersebut untuk kehidupan yang akan datang.

Pengetahuan dan kefahaman dalam reka bentuk dan teknologi boleh dilakukan melalui kaedah pengajaran yang berkesan. Sehubungan itu, kaedah pengajaran yang berkesan saling mempengaruhi pengetahuan dan pemahaman, bagaimana sesuatu kerja merupakan satu pelengkap dan pertambahan kepada sesuatu yang lain, dan bagaimana beberapa masalah 46

boleh diselesaikan dengan bersubjekkan orientasi. Banyak idea, pelbagai sumber, dan bahan diperlukan dalam penyelesaian hampir semua masalah manusia. Murid dapat melihat perkaitan antara pengetahuan dan kefahaman, banyak idea dan sumber diperlukan dalam menyelesaikan masalah.

Ia juga memberi kesedaran kepada murid tentang konteks sosial perilaku manusia. Contohnya hampir semua manifestasi reka bentuk dan proses teknologi, menyatakan dengan jelas bahawa membuat keputusan tidak boleh dijalankan dalam pengasingan. Melalui sumber-sumber yang ada mereka cuba mencapai matlamat untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan memberi kepuasan maksimum kepada keperluan pelanggan-pelanggan dan seluruh masyarakat.

Sikap dan kualiti peribadi murid boleh dipupuk melalui pendidikan reka bentuk dan teknologi. Ini dapat dilakukan melalui penumpuan terhadap prestasi kemahiran, integriti dan kejujuran dalam menjayakan sesuatu projek. Kerja mahir adalah penting jika peralatan dibina bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan, dan memastikan keselamatan pengguna-penggunanya. Contohnya seperti kerja bahan-bahan konkrit yang memerlukan pengendalian yang jelas dan tepat serta kemahiran yang tinggi. Paling utama, reka bentuk dan proses teknologi menyediakan satu alat inkuiri di mana murid dapat merasai pengalaman sebenar sama seperti kehidupan dewasa. Pengalaman berikut mungkin akan memberi satu kebolehgunaan umum yang luas kepada murid dalam pemupukan sikap positif dan kualiti peribadi unggul bagi menjalani kehidupan semasa dewasa.

Kurikulum Nasional Britain pula mendefinisikan Reka Bentuk dan Teknologi kepada empat sasaran yang terdiri daripada mengenalpasti keperluan dan peluang, menjana rekabentuk, merancang dan melaksanakan dan akhirnya menilai. Murid seharusnya boleh mengenal pasti dan menyatakan dengan jelas tentang keperluan dan peluang untuk mereka bentuk dan aktiviti teknologi melalui penyiasatan terhadap konteks rumah tangga, sekolah, rekreasi, perniagaan dan industri. Kemudian melalui maklumat-maklumat yang diperolehi murid akan menjana

spesifikasi reka bentuk, meneroka idea bagi menghasilkan cadangan reka bentuk dan membangunkan sehingga menjadi kenyataan, sesuai dan boleh dilaksanakan.

Murid juga seharusnya mampu membuat artifak, sistem dan persekitaran, menyediakan dan melakukan perancangan, mengenalpasti, mengurus, dan menggunakan sumber yang sesuai termasuk pengetahuan dan proses. Akhirnya murid boleh membangunkan, berkomunikasi dan 47

bertindakbalas atas penilaian terhadap proses, keluaran, dan kesan terhadap reka bentuk dan aktiviti teknologi dan sebagainya termasuk dari segi masa dan budaya.

Nilai-nilai dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi boleh membentuk personaliti murid. Sehubungan itu, nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan perlu merentasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Langkah ini akan dapat memupuk nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati menggunakan sumber supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan urusan hidup di kalangan murid.

Pembinaan kemahiran kolaboratif dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi boleh direalisasikan melalui projek kumpulan. Secara umumnya, murid memerhati dan meniru apa saja perkara yang mempesonakan dalam dunia sosial mereka (Hope, 2004). Murid

membincangkan secara terbuka, memuji dan menyesuaikan idea orang lain untuk digunakan dalam kerja mereka. Sehubungan itu, projek kumpulan dapat menyediakan peluang secara spesifik bagi mengembangkan kemahiran kolaboratif. Selain itu, aktiviti kolaborasi boleh

dilakukan dengan cara menghubungkan reka bentuk dan teknologi dengan bidang lain seperti sains dan matematik, ICT dan sebagainya (Sage, 2002).

Maklumat lanjut, sila baca buku ini.. Hope, G. (2004). Teaching Design and Technology 3 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain: Antony Rowe Ltd.

48

4.5

Aplikasi Literasi, 3M dan ICT dalam RBT

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan literasi ?

Definisi literasi ...

able to recognize when information is needed and have the ability to locate, evaluate and use effectively the needed information (Ron, R., 1995)

LITERASI Keupayaan untuk membaca/dapat makna daripada perkataan.

Literasi, 3M, dan ICT memberikan impak yang besar kepada pembangunan pendidikan di sekolah rendah. Terdapat usaha mengembangkan literasi, 3M dan ICT melalui reka bentuk dan teknologi. Sebagai contoh, reka bentuk dan teknologi boleh digunakan bagi mengembangkan kemahiran lisan dan mendengar. Penggunaan fiksyen, teks atau cerita tentang reka bentuk dan teknologi dengan diikuti sesi latihan amali boleh dilakukan bagi memperkembangkan literasi, 3M dan ICT.

Kerja-kerja literasi yang berfokus kepada perkataan, ayat yang berasaskan tema reka bentuk dan teknologi dapat menyediakan murid kepada pembelajaran istilah dan perkataan secara spesifik. Perkataan dalam permainan yang berfokuskan tema seperti alat-alat dan kegunaannya, bahan dan sifat bahan, mekanisme dan jenis-jenis pergerakan boleh digunakan. Manakala teks bukan fiksyen dengan isi kandungan reka bentuk dan teknologi boleh digunakan dalam pelbagai cara. Teks boleh digunakan untuk meneroka, memperkenal atau mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan kerja reka bentuk dan teknologi sedia ada atau bagi merancang untuk masa depan.

ICT pula menyediakan peluang tambahan bagi memperkembangkan literasi, 3M dan merapatkannya dengan reka bentuk dan teknologi. Sehubungan itu, ICT boleh digunakan

49

dalam reka bentuk dan teknologi sebagai bahan sumber, alat atau komponen. Antara contohcontoh peranan ICT ialah: Sebagai sumber maklumat atau rangsangan bagi projek dan aktiviti (ini meliputi internet, CD-ROM, dan pangkalan data berasaskan komputer); Menjana dan membangunkan idea reka bentuk, menggunakan lukisan, berasaskan perisian.; Mengumpul, menyimpan, menganalisis dan mengesan maklumat menggunakan pangkalan data atau lembaran kerja; Berkomunikasi dengan menggunakan e-mail dan perisian penerbitan atas meja; Memodel dan merangsang situasi menggunakan perisian khusus; Merancang dan membuat jujukan peristiwa menggunakan perisian bagi menghasilkan carta alir; Merekod proses terlibat dan menilai menggunakan perisian pemprosesan perkataan, kamera digital, rakaman audio dan video; Menghasilkan wallpaper, imej, dan clip art menggunakan perisian khusus; dan lain-lain lagi.

Maklumat lanjut, sila baca buku ini.. Ritchie, R. (2001). Primary design and technology: A process for learning (2nd ed). London: David Fulton Publishers (m.s 60 62).

Tahukah anda, dalam tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan yang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran 3M dan penekanan kepada pendidikan pemulihan. Melalui pengajaran pemulihan pada Tahap I (Tahun 1-3) ini, keperluan murid yang mempunyai masalah pembelajaran dikenalpasti dan pihak sekolah memastikan mereka menguasai kemahiran 3M ini. Manakala penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan Information Communication Technology (ICT).

50

Ringkasnya, murid perlu digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Ini boleh dilakukan melalui pengumpulan, pemilihan dan pemprosesan maklumat. Kemahiran ICT murid juga boleh diperkembangkan seperti melayari laman web, menggunakan perisian, CD-ROM dan pengkalan data serta

berkomunikasi secara elektronik.

Bagaimanakah mengaplikasikan literasi, 3M dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran RBT di sekolah rendah?

Latihan

Bagi menguji tahap kefahaman anda, sila jawab soalan di bawah.

1.

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) memainkan peranan dan fungsi penting dalam melahirkan modal insan untuk pembangunan negara. Sehubungan itu, jelaskan peranan dan fungsi PTV dari segi berikut: a) konteks individu b) konteks sosial dan ekonomi

2.

Isu-isu penyelidikan PTV yang pelbagai telah menarik perhatian ramai penyelidik daripada pelbagai orientasi disiplin pendidikan. Di Malaysia, dapatan penyelidikan PTV telah membawa kepada beberapa perubahan dasar pendidikan PTV. Sehubungan itu, bincangkan kepentingan penyelidikan PTV.

3.

Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada kemahiran teknologi dan kreativiti. Mata pelajaran ini dapat menyediakan murid dengan

pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan produk yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Bincangkan bagaimana anda

mengembangkan kreativiti pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi.

51

You might also like