You are on page 1of 7

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )

PENGENALAN Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan kurang tepat tentang sesuatu fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalamannya (Martin et al,2002). Manakala Novak dan Gowin (1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah merupakan suatu interprestasi konsep-konsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima. Oleh sebab penerangan tentang sesuatu konsep tadi tidak sama dengan penerangan yang diberikan oleh ahli sains maka idea kanak-kanak tadi dikenali sebagai miskonsepsi. Miskonsepsi selalunya dipunyai oleh kanak-kanak, tapi apabila ianya tidak ditangani oleh guru-guru secara bijak miskonsepsi ini akan berterusan hingga dewasa. Juga bila ianya tidak ditangani segera, ianya akan digunakan untuk membentuk kefahaman konsep yang seterusnya. Tentunya dengan ujudnya miskonsepsi, ianya mempunyai impak yang serius terhadap pembelajaran. Miskonsepsi tidak hanya terjadi pada kanak-kanak tetapi juga terjadi pada guru. Hal ini menyebabkan miskonsepsi pada kanak-kanak semakin besar. Miskonsepsi juga terjadi terhadap buku-buku yang dijual di pasaran. Jika buku tersebut digunakan oleh guru dan kanak-kanak sebagai sumber belajar maka guru dan kanak-kanak tersebut akan mengalami konsepsi dan bahkan makin memperkuat miskonsepsi yang sebelumya sudah terjadi. Oleh kerana itu, memang tidak mudah memperbaiki miskonsepsi namun guru hendaknya selalu berusaha untuk memperbaiki penguasaan konsep yang dipelajarinya sehingga dapat mengenali yang terjadi pada kanak-kanak. Secara umumnya kami telah sepakat untuk memilih tema menyiasat alam fizikal tahun 5 yang bertajuk membina litar bersiri dan juga litar selari serta perbandingan kecerahan mentol di antara kedua-dua litar tersebut. Tajuk ini dipilih kerana ramai murid yang miskonsepsi antara litar bersiri dan juga litar selari. Murid juga miskonsepsi terhadap kecerahan mentol di antara kedua-dua litar ini. Miskonsepsi kami dijalankan ke atas murid-murid tahun 6 memandangkan muridmurid tahun 6 telah mempelajari tajuk tersebut.

KONSEP LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI 1

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )

Litar elektrik terbahagi kepada dua jenis iaitu litar bersiri dan litar selari. Litar bersiri merupakan litar di mana mentol-mentol disambungkan bersebelahan antara satu sama lain dalam satu baris. Dalam litar bersiri, arus elektrik hanya boleh melalui satu laluan sahaja. Di dalam litar bersiri kecerahan mentol bergantung kepada bilangan sel kering dan juga bilangan mentol. Contohnya terdapat dua litar bersiri, setiap litar mempunyai bilangan sel kering yang sama, cuma berbeza dari segi bilangan mentol sahaja. Kecerahan mentol akan berkurangan sekiranya bilangan mentol bertambah. Jika salah satu daripada mentol itu terbakar, mentol-mentol yang lain tidak akan menyala. Ini adalah kerana litar elektrik tidak lengkap. Litar selari pula merupakan litar di mana mentol-mentol disusun dalam dua atau lebih laluan dan laluan-laluan ini adalah selari antara satu sama lain. Dalam litar selari, terdapat lebih daripada satu laluan bagi arus elektrik untuk mengalir. Di dalam litar selari, kecerahan mentol-mentol adalah sama. Ini adalah kerana setiap laluan dalam litar mendapat kuantiti arus elektrik yang sama daripada sel kering. Jika lebih banyak mentol disambungkan secara selari dalam suatu litar, kecerahan mentol tetap akan sama. Jika salah satu mentol terbakar, mentol-mentol yang lain masih boleh menyala kerana arus elektrik masih boleh melalui laluan yang lain. Gambarajah 1.1 menunjukkan litar bersiri dan litar selari.

Gambarajah 1.1: Litar bersiri dan litar selari MENGENAL PASTI MISKONSEPSI DIKALANGAN MURID 2

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )

Hasil perbincangan di antara ahli kumpulan berdasarkan pengalaman mengajar, kami telah mengenal pasti miskonsepsi mengenai tajuk litar bersiri dan juga litar selari. Di dalam tajuk ini murid-murid miskonsepsi antara litar bersiri dan litar selari terutamanya untuk membina kedua-dua litar dengan menggunakan komponen-komponen elektrik serta kaitan dengan kecerahan mentol di antara kedua-dua litar.

CARA-CARA MENGENAL PASTI MISKONSEPSI DIKALANGAN MURID Di dalam mengenal pasti miskonsepsi terhadap tajuk litar bersiri dan juga selari, kami telah menjalankan tiga cara kepada murid mirid tahun 6 iaitu melalui kaedah penyoalan di mana soalan-soalan yang berkaitan dengan litar bersiri dan juga litar selari diberikan kepada 10 orang murid dan murid dikehendaki menjawabnya, cara yang kedua kami telah memilih kaedah temubual bersama dengan murid-murid seramai 5 orang dan cara yang ketiga iaitu melalui kaedah pemerhatian semasa mereka berbincang di dalam kumpulan mengenai litar bersiri dan juga litar selari. Melalui kaedah penyoalan sebanyak lapan soalan berstruktur telah diberikan kepada 10 orang murid yang terdiri daripada tahap sederhana dan lemah. Bagi soalan yang pertama dan kedua soalan hanya kepada pengetahuan sedia ada murid mengenai keadaan mentol menyala atau tidak apabila suis terbuka dan juga suis tertutup. Gambarajah 1.2 menunjukkan carta pai dapatan daripada soalan 1 dan 2 yang dijawab oleh murid di mana 5 orang menjawab soalan dengan betul dan 5 orang lagi murid menjawab soalan dengan tidak betul.

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )

Jawab betul Jawab s alah

Gambarajah1.2: Dapatan soalan 1 dan 2

Graf 1.3 di bawah menunjukkan dapatan hasil penyoalan murid mengenai soalan 3 dan 4 di mana soalan menunjukkan gambarajah litar dan murid-murid dikehendaki menamakan litar sama ada litar bersiri atau litar selari. Daripada 10 orang murid , 8 orang didapati salah menjawab soalan dan hanya 2 orang sahaja yang betul menjawab soalan.

8 7 6 5 4 3 2 1 0 Jawab betul Jawab s alah m urid

Graf 1.3: Dapatan soalan 3 dan 4 4

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )

Graf 1.4 di bawah menunjukkan dapatan hasil penyoalan murid mengenai soalan 5 dan 6 di mana soalan menunjukkan gambarajah litar dengan menggunakan simbol dan murid-murid dikehendaki menamakan litar sama ada litar bersiri atau litar selari. Daripada 10 orang murid , 7 orang didapati salah menjawab soalan dan hanya 3 orang sahaja yang menjawab soalan dengan betul.

7 6 5 4 3 2 1 0 Jawab betul Jawab s alah m urid

Graf 1.4: Dapatan soalan 5 dan 6

Gambarajah 1.5 menunjukkan carta pai dapatan hasil penyoalan murid mengenai soalan 7 dan 8 di mana murid-murid dikehendaki menjawab soalan mengenai kecerahan mentol berdasarkan gambarajah litar bersiri dan juga litar selari Daripada 10 orang murid , 7 orang didapati salah menjawab soalan dan hanya 3 orang sahaja yang betul menjawab soalan.

Ja w a bbetul Ja w a bs a la h

Gambarajah 1.5: Carta pai dapatan soalan 7 dan 8

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )

Cara yang kedua untuk mengenal pasti miskonsepsi murid-murid ialah melalui kaedah temubual. Kami telah menemubual seramai 5 orang murid. Daripada 5 orang murid telah ditemubual mengenai fahaman tentang litar bersiri dan juga litar selari serta kecerahan mentol bagi setiap litar, didapati hanya seorang sahaja yang menjawab dengan tepat manakala 4 orang lagi murid hanya mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak tahu dan faham tentang litar litar bersiri dan juga litar selari. Gambarajah 1.6 menunjukkan hasil dapatan temubual kami bersama-sama dengan 5 orang murid tersebut.

F a ha m T ida k fa ha m

Gambarajah 1.6: Carta pai dapatan daripada kaedah temubual

Seterusnya untuk mengenal pasti lagi miskonsepsi murid-murid terhadap litar bersiri dan juga litar selari serta mengkaitkannya dengan kecerahan mentol, kami telah membuat pemerhatian terhadap murid-murid ini yang seramai 10 orang apabila mereka berbincang sesama mereka. Terdapat 3 orang murid yang hanya berdiam diri sahaja dan 5 orang murid yang teragak-agak untuk memberi pandangan dan pendapat pada sesama mereka serta 2 orang murid yang menampakkan kepastian dalam memberi pandangan dan pendapat masing-masing. Graf 1.7 menunjukkan dapatan hasil daripada pemerhatian terhadap murid-murid semasa di dalam kumpulan.

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012 )

5 4 3 2 1 0 D ia m T ida kpa sti Pa sti

Graf 1.7: Dapatan hasil daripada pemerhatian terhadap murid-murid semasa di dalam kumpulan

Setelah ketiga-tiga cara mengenal pasti miskonsepsi dijalankan, kami telah berbincang di dalam kumpulan untuk menangani miskonsepsi tersebut.

You might also like