You are on page 1of 3

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012)

REFLEKSI Subjek Pembelajaran Sains kanak-kanak (SCE3102) telah memberi banyak ilmu-ilmu serta pengetahuan baru yang berguna kepada Program Pensiswazahan Guru. Melalui tugasan kerja kursus pendek ini, banyak kemahiran yang telah saya pelajari khususnya mengenai tajuk miskonsepsi murid-murid dalam mata pelajaran sains. Sebelum mempelajari tajuk ini, saya tidak pernah bertanya kepada muridmurid mengenai miskonsepsi dalam satu-satu tajuk, selalunya selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, saya hanya memberikan latihan pengayaan kepada murid yang menguasai kemahiran dan latihan pemulihan kepada murid yang kurang menguasai satu-satu kemahiran. Miskonsepsi ini sangat penting kepada saya kerana ianya sangat berguna dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Apabila saya dapat mengenal pasti miskonsepsi ini saya dapat memperbetulkan semula miskonsepsi murid-murid dan seterusnya dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran sains saya di kelas. Pada permulaan untuk menyiapkan tugasan ini, saya agak tertekan kerana tidak pandai untuk memulakan tugasan tetapi saya ambil pendekatan dengan memilih tajuk-tajuk yang ada dalam sukatan pelajaran sains tahun 4, 5 dan 6. Saya bersama kawan-kawan telah berbincang dan sepakat bersetuju memlih tema menyiasat alam fizikal tahun 5. Tajuk yang dipilih ialah membina litar bersiri dan litar selari serta kaitan dengan kecerahan mentol bagi kedua-dua litar ini. Dalam tajuk ini terdapat miskonsepsi murid-murid mengenai litar sama ada litar bersiri atau litar selari. Murid-murid juga miskonsepsi terhadap kecerahan mentol bagi kedua-dua litar ini. Saya bersama kawan-kawan telah memilih tiga cara untuk mengenal pasti miskonsespsi dalam tajuk ini iaitu kaedah penyoalan, temubual dan membuat 1

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012)

pemerhatian. Pada 26 April 2012, saya telah menjalankan cara-cara mengenal pasti miskonsepsi ini. Seramai 10 orang murid tahun 6 telah dipilih untuk mengenal pasti miskonsepsi ini. Murid-murid ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai aras sederhana dan lemah dalam pembelajaran. Sepanjang menjalankan cara-cara mengenal pasti miskonsepsi ini saya dapati ada kekuatan dan kelemahan. Antara kekuatannya ialah saya dapati ialah saya dapat mengetahui kelemahan saya mengajar dan miskonsepsi yang dihadapi oleh murid-murid saya. Melalui kaedah penyoalan, saya memberikan soalan yang beraras mudah kepada murid-murid , dengan ini saya dapat mengenal pasti miskonsepsi murid-murid dengan senang serta cepat. Saya juga menjalankan cara-cara mengenal pasti miskonsepsi dengan betul dengan melibatkan murid-murid. Setelah menjalankan cara-cara mengenal pasti miskosepsi, saya dan kawankawan telah berbincang cara menangani miskonsepsi ini dan kami bersetuju memilih cara eksperimen untuk pengajaran bagi melihat keberkesanannya. Pengajaran ini dijalankan pada 30 April 2012. Setelah tamat mengajar dan kami memberikan soalan yang sama kepada murid yang yang sama semasa di awal untuk mengenal pasti miskonsepsi ini, kami mendapati semua murid seramai 10 orang menjawab soalan dengan betul. Dengan cara eksperimen, miskonsepsi murid-murid terhadap litar bersiri dan juga litar selari serta kecerahan mentol telah diperbetulkan.Kelemahan yang dapat dikenalpasti semasa mengenal pasti dan menangani miskonsepsi ini ialah kalau boleh lebih ramai lagi murid diberi soalan untuk mengenal pasti miskonsepsi ini. Sepanjang menjalankan tugasan ini tidak berapa banyak masalah yang saya dan kawan-kawan hadapi cuma masa agak pendek untuk menyiapkan tugasan ini dan kebanyakan murid yang terlibat dengan miskonsepsi ini tidak mahu 2

MISKONSEPSI (PPG FEB 2012)

bersuara, jadi ia menyulitkan lagi saya dan kawan-kawan untuk mengenal pasti miskonsepsi ini. Untuk penambaikan saya mencadangkan agar cara menangani miskonsepsi ini dengan memperbanyakkan aktivit-aktiviti yang melibatkan muridmurid contohnya simulasi, kajian lapangan, eksperimen dan sebagainya kerana apabilabanyak penglibatan murid, secara automatik mengurangkan miskonsepsi dalam satu-satu tajuk. Secara keseluruhannya, banyak pengalaman yang saya pelajari sewaktu menyiapkan kerja kursus ini dimana ia memerlukan kerjasama, kesabaran dan kesepakatan yang memainkan peranan yang sangat penting kerana jika tiada kesepakatan tugasan ini tidak akan dapat disempurnakan dengan baik. Sekian terima kasih.

Disediakan oleh :
ASLINA

(ASLINA BINTI AWANG) KUMPULAN SAINS 1 PPG AMBILAN FEBRUARI 2012

You might also like