You are on page 1of 33

Pendahuluan Kursus Mte 3107 iaitu perancanan dan pengajaran matematik didedahkan kepada pelajar sebagai kursus asas

untuk pengajian matematik. Dalam kursus ini kami didedahkan dengan penggunaan kaedah dan teknik yang releven untuk sesi pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Selain itu kami turut didedahkan dengan aplikasi teori pembelajaran matematik dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini turut mendedahkan kami kepada perancangan sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiap keperluan pelajar perlu dititiberatkan dalam perancangan sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, tugasan ini telah mengkehendaki kami untuk berbincang dengan guru cemerlang dari bahagian masing-masing untuk berkongsi idea bagi mewujudkan satu sesi pengajaan dan pembelajaran yang paling berkesan dengan tajuk yang telah kami pilih. Saya telah memilih tajuk pecahan dari sukatan pelajaran tahun empat sebagai tajuk tugasan saya. Dimana di sekolah saya telah ditugaskan untuk mengajar matematik kelas tahun satu dan tahun empat. Berpandukan modul pengajian Mte 3107 saya menyiapkan satu set rancangan pengajaran harian untuk tajuk pecahan yang akan saya ajar. Selepas menyiapkan rancangan pengajaran harian tersebut, saya telah berbincang dengan guru cemerlang matematik untuk penambah baikkan serta memurnikan lagi rancangan pengajaran dan pembelajaran saya. Ternyata banyak lagi perkara yang saya terlupa untuk ketengahkan dan kesalahan dari pelbagai aspek telah diperbetulkan. Sesi pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan pada 4 Mac 2013. Dengan perancangan yang lengkap telah membantu saya mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dengan sempurna. Kesemua pelajar Berjaya memenuhi objektif pembelajaran yang telah ditetapkan iaitu menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 7 daripada 10 soalan dalam lembaran kerja.

Rancangan mengajar (sebelum perbincangan) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATAPELAJARAN : Matematik TOPIK : Pecahan

TAHUN

:4

BILANGAN MURID : 22 TARIKH MASA : 14 Mac 2013 : 1130-1230

BIDANG PEMBELAJARAN : Pecahan Wajar

Objektif Pembelajaran: Murid akan diajar: 1. Menama dan menulis pecahan wajar dengan penyebutnya sehingga10. Hasil Pembelajaran: Murid berupaya: 1. Menama dan menulis pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10. Penilaian: i. ii. Menilai maklum balas murid mengenai pecahan. Menyemak jawapan dan langkah kerja murid melibatkan penamaan dan penulisan pecahan. Pengetahuan Sedia Ada: i. Murid telah mengenali pecahan seperti yang dipelajari pada Tahun 3.

Nilai Murni: Kerjasama, Keyakinan, Berhati-hati, Patuh Kepada Arahan, Adil. Kemahiran Berfikir: i. ii. iii. Ingat semula. Mengenal pasti. Mental Aritmetik.

BBM: i. ii. iii. iv. Lampiran 1 Set Pecahan Lampiran 2 Kertas dan Pensel Warna Lampiran 3 Lembaran kerja Lampiran 4 Set Pecahan

Langkah Pengajaran

Prosedur

Catatan

Set Induksi (8 Minit)

1. Guru memastikan murid bersedia untuk memulakan proses Kemahiran Berfikir: P&P. 2. Guru menguji ingatan murid mengenai pecahan dengan memberikan soalan seperti berikut: a) Adakah murid masih ingat tentang pecahan? b) Apa itu pecahan? (sebahagian daripada keseluruhan) c) Apakah nombor pengangka? (nombor di atas-beberapa bahagian sama) d) Apakah nombor penyebut? (berapa banyak bahagianbahagian tersebut yang membentuk keseluruhan) 3. Guru menunjukkan satu contoh pecahan. Sebagai contoh: Nilai Murni: Patuh kepada arahan. Keyakinan. Mengenal pasti Mental Aritmetik

4. Guru meminta murid untuk menentukan yang manakah penyebut dan pengangka.

=
5. Guru meminta murid memberikan contoh pecahan dan kehidupan seharian mereka. (kek, pizza, potongan buah)

Perkembangan

Langkah 1 (20 minit)

BBM:

1. Guru mengingatkan murid mengenai definisi dan konsep Lampiran 1 pecahan wajar. (Definisi pecahan wajar: pengangka kecil dan penyebut besar.) 2. Guru menunjukkan kepada murid 1 bulatan yang mewakili 1 Kemahiran Berfikir: bahagian penuh. Mental Aritmetik Mengenal pasti Set pecahan

Nilai Murni: Patuh kepada arahan. Berhati-hati

3. Kemudian, guru memberitahu murid bahawa bulatan tersebut akan dibahagi kepada empat bahagian yang sama besar. Hal ini kerana dalam pecahan, setiap pembahagian bahagian mestilah sama besar/ sama rata.

4. Guru menanyakan soalan kepada murid: a. Berdasarkan rajah, berapakah jumlah bahagian yang ada sekarang? (4 bahagian) 5. Guru menerangkan kepada murid bahawa satu bahagian daripada keseluruhan bahagian tersebut boleh diwakili dengan nombor pecahan iaitu .

6.

merupakan salah satu daripada pecahan wajar dimana penyebut lebih kecil daripada pengangka. bahagian daripada empat bahagian. mewakili satu

7. Guru menerangkan kepada murid bahawa, sekiranya sesuatu bahagian penuh seperti kek dibahagikan kepada 6 bahagian, setiap bahagian yang dipotong adalah kek tersebut. daripada keseluruhan

Jadi, keseluruhan kek adalah .

8. Seterusnya, guru menunjukkan bulatan yang telah dibahagikan kepada lapan bahagian yang sama besar, seperti berikut:

Kemudian, guru mengasingkan 3 bahagian daripada 8 bahagian tersebut. Guru meminta murid untuk menyatakan pecahan yang mewakili 3 bahagian yang telah diasingkan. 9. Guru memberi masa dan peluang kepada murid untuk menyalin contoh-contoh yang ditunjukkan oleh guru ke dalam buku sebagai nota rujukan.

Aktiviti Kumpulan (15 minit) 1. Guru melaksanakan satu aktiviti kumpulan, iaitu Kenali Saya. 2. Guru menerangkan kepada murid cara-cara untuk

BBM: Lampiran 2 Kertas Pensel warna

melaksanakan aktiviti tersebut. Aktiviti ini akan dilaksanakan secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli. Setiap kumpulan akan diberikan sekeping kertas dan pensel warna. Setiap kumpulan akan melipat kertas tersebut kepada beberapa bahagian yang sama besar. Pembahagian bahagian adalah terpulang kepada ahli kumpulan. Setiap kumpulan akan mewarnakan beberapa bahagian

Kemahiran Berfikir: Mengenal pasti Mental aritmetik

Nilai Murni: Bekerjasama Berhati-hati Patuh kepada arahan.

pada kertas dan menamakan pecahan tersebut. 3. Guru meminta setiap kumpulan untuk melekatkan hasil kerja mereka di papan tulis. 4. Guru akan memilih kumpulan secara rawak untuk

membentangkan hasil kerja di hadapan kelas. 5. Guru membimbing murid untuk membuat perbentangan hasil kerja kumpulan.

Latihan Kelas/Individu (10 minit)

BBM:

1. Guru memberikan setiap murid satu lembaran kerja untuk Lampiran 3 disiapkan sebagai latihan pengukuhan. 2. Murid dikehendaki untuk mewarna rajah mengikut arahan yang diberi dan seterusnya menamakan pecahan melalui rajah yang Kemahiran Berfikir: telah diwarnakan. 3. Guru memantau hasil kerja murid dan membimbing murid sekiranya terdapat masalah. 4. Sekiranya mempunyai masa yang lebih,guru akan menyemak Nilai Murni: jawapan bersama murid di dalam kelas. 5. Guru mengingatkan murid untuk berhati-hati semasa Berhati-hati Keyakinan. Mengenal pasti Mental Aritmetik Lembaran Kerja

menjawab soalan.

6. Setiap langkah pengiraan hendaklah ditunjukkan dengan jelas.

Penutup (7 minit)

1. Guru membuat penerangan ringkas mengenai pecahan BBM: dengan menggunakan set pecahan seperti berikut: Lampiran 4: 1 = = = = Kemahiran Berfikir: 2. Guru mengingatkan murid untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Nilai Murni: Berhati-hati Keyakinan. Mengenal pasti Mental Aritmetik Set Pecahan (Bulatan)

i.

Set pecahan

ii.

Lampiran 2 Kertas dan Pensel Warna

iii.

Lampiran 4 Set Pecahan

Rancangan mengajar selepas perbincangan RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATAPELAJARAN : Matematik TOPIK : Pecahan

TAHUN

:4

BILANGAN MURID : 22 TARIKH MASA : 14 Mac 2013 : 1130-1230

BIDANG PEMBELAJARAN : Pecahan Wajar

Objektif Pembelajaran: Murid akan diajar: 1. Menama dan menulis pecahan wajar dengan penyebutnya sehingga10. Hasil Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid berupaya untuk: 1. Menama dan menulis pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10. 2. Menjawab dengan betul 7 daripada 10 soalan dengan betul Penilaian: i. ii. Menilai maklum balas murid mengenai pecahan. Menyemak jawapan dan langkah kerja murid melibatkan penamaan dan penulisan pecahan. Pengetahuan Sedia Ada: i. Murid telah mengenali pecahan seperti yang dipelajari pada Tahun 3.

Nilai Murni: Kerjasama, Keyakinan, Berhati-hati, Patuh Kepada Arahan, Adil. Kemahiran Berfikir: i. ii. iii. Ingat semula. Mengenal pasti. Mental Aritmetik.

BBM: Lampiran 1 Set Pecahan Lampiran 2 Kertas dan Pensel Warna Lampiran 3 Lembaran kerja Lampiran 4 Set Pecahan

Langkah Pengajaran

Prosedur

Catatan

Set Induksi
(8 Minit)

1. Guru memastikan murid bersedia untuk memulakan proses Kemahiran Berfikir: P&P. 2. Murid memberikan contoh pecahan dan kehidupan seharian mereka. (kek, pizza, potongan buah) 3. Guru menunjukkan satu contoh pecahan. Sebagai contoh: Nilai Murni: 4. Guru meminta murid untuk menentukan yang manakah penyebut dan pengangka. Cadangan
Mulakan set induksi dengan gambar-gambar pecahan

Mengenal pasti Mental Aritmetik

Patuh kepada arahan. Keyakinan.

=
5. Guru meminta Guru menguji ingatan murid mengenai pecahan dengan memberikan soalan seperti berikut: e) Adakah murid masih ingat tentang pecahan? f) Apa itu pecahan? (sebahagian daripada keseluruhan) g) Apakah nombor pengangka? (nombor di atas-beberapa bahagian sama) h) Apakah nombor penyebut? (berapa banyak bahagianbahagian tersebut yang membentuk keseluruhan)

dalam kehidupan harian

Perkembangan

Langkah 1 (20 minit)


(Definisi pecahan wajar: pengangka kecil dan penyebut besar.) 2. Guru menunjukkan kepada murid 1 bulatan yang mewakili 1 bahagian penuh.

BBM:

1. Guru mengingatkan murid mengenai definisi dan konsep pecahan wajar. Lampiran 1

Set pecahan

Kemahiran Berfikir: Mental Aritmetik Mengenal pasti

Nilai Murni: 3. Kemudian, guru memberitahu murid bahawa bulatan tersebut akan dibahagi kepada empat bahagian yang sama besar. Hal ini kerana dalam pecahan, setiap pembahagian bahagian mestilah sama besar/ sama rata. Patuh kepada arahan. Berhati-hati

Strategi pengajaran berpusatkan guru

4. Guru menanyakan soalan kepada murid: b. Berdasarkan rajah, berapakah jumlah bahagian yang ada sekarang? (4 bahagian) 5. Guru menerangkan kepada murid bahawa satu bahagian daripada keseluruhan bahagian tersebut boleh diwakili dengan nombor pecahan iaitu .

6.

merupakan salah satu daripada pecahan wajar dimana penyebut lebih kecil daripada pengangka. bahagian daripada empat bahagian. mewakili satu

7. Guru menerangkan kepada murid bahawa, sekiranya sesuatu bahagian penuh seperti kek dibahagikan kepada 6 bahagian, setiap bahagian yang dipotong adalah kek tersebut. daripada keseluruhan

Jadi, keseluruhan kek adalah .

Sepatutnya pecahan ini ditandakan dengan pada setiap bahagian

8. Seterusnya, guru menunjukkan bulatan yang telah dibahagikan kepada lapan bahagian yang sama besar, seperti berikut:

Kemudian, guru mengasingkan 3 bahagian daripada 8 bahagian tersebut. Guru meminta murid untuk menyatakan pecahan yang mewakili 3 bahagian yang telah diasingkan. 9. Guru memberi masa dan peluang kepada murid untuk menyalin contoh-contoh yang ditunjukkan oleh guru ke dalam buku sebagai nota rujukan. Aktiviti ini hanya akan dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya murid boleh menyalin dengan cepat

Strategi berpusatkan murid

Aktiviti Kumpulan (15 minit) Saya. 2. Guru menerangkan kepada murid cara-cara untuk

BBM:

1. Guru melaksanakan satu aktiviti kumpulan, iaitu Kenali Lampiran 2 Kertas Pensel warna

melaksanakan aktiviti tersebut. Aktiviti ini akan dilaksanakan secara berkumpulan. Kemahiran Berfikir: Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli. Setiap kumpulan akan diberikan sekeping kertas dan pensel warna. Setiap kumpulan akan melipat kertas tersebut kepada Nilai Murni: beberapa bahagian yang sama besar. Pembahagian bahagian adalah terpulang kepada ahli kumpulan. Bekerjasama Berhati-hati Patuh kepada arahan. Mengenal pasti Mental aritmetik

Setiap kumpulan akan mewarnakan beberapa bahagian pada kertas dan menamakan pecahan tersebut. 3. Guru meminta setiap kumpulan untuk melekatkan hasil kerja mereka di papan tulis. 4. Guru akan memilih kumpulan secara rawak untuk

membentangkan hasil kerja di hadapan kelas. 5. Guru membimbing murid untuk membuat perbentangan hasil kerja kumpulan.

Latihan Kelas/Individu (10 minit)

BBM:

1. Guru memberikan setiap murid satu lembaran kerja untuk Lampiran 3 disiapkan sebagai latihan pengukuhan. 2. Murid dikehendaki untuk mewarna rajah mengikut arahan yang diberi dan seterusnya menamakan pecahan melalui Kemahiran Berfikir: rajah yang telah diwarnakan. 3. Guru memantau hasil kerja murid dan membimbing murid sekiranya terdapat masalah. 4. Sekiranya mempunyai masa yang lebih,guru akan Nilai Murni: Berhati-hati Keyakinan. Mengenal pasti Mental Aritmetik Lembaran Kerja

menyemak jawapan bersama murid di dalam kelas. 5. Guru mengingatkan murid untuk berhati-hati semasa menjawab soalan.

6. Setiap langkah pengiraan hendaklah ditunjukkan dengan jelas.

Penutup 6. minit)

iv.

Guru

membuat

penerangan

ringkas

mengenai BBM:

pecahan dengan menggunakan set pecahan seperti Lampiran 4: berikut: Set Pecahan (Bulatan)

2 =

Kemahiran Berfikir: Mengenal pasti Mental Aritmetik

v.

Guru mengingatkan murid untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Nilai Murni: Berhati-hati Keyakinan.

Ulasan perbincangan bersama guru cemerlang Kolaborasi bersama guru cemerlang En Ismail Rambli telah dilaksanakan pada 10 Mac 2013. Beliau merupakan guru cemerlang matematik yang kini

berkhidmat di sebuah sekolah dalam daerah Meradong. Kolaborasi ini telah dijalankan di rumah beliau di Sarikei. Secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan rancangan mengajar yang saya sediakan. Secara berseloroh beliau mengatakan tidak perlu perubahan terhadap rancangan mengajar ini. Selepas perbincangan dilaksanakan teguran pertama adalah tentang penulisan objektif atau hasil pembelajaran. Beliau mengatakan objektif yang telah ditulis kurang tepat. Penulisan objektif perlu mempunyai bukti terhadap penguasaan murid. Pada asalnya objektif pembelajaran saya hanya menamakan dan menulis pecahan wajar dengan penyebut hingga 10. Sepatutnya objektif pembelajaran adalah sesuatu yang kita boleh lihat hasilnya. Beliau memberi cadangan supaya objektif ditambah dengan murid-murid berupaya untuk menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 7 daripada 10 soalan dalam lembaran kerja. Set induksi perlu dirancang untuk merangsang minda pelajar supaya bersedia untuk mengikuti pembelajaran. Menurut beliau set induksi yang saya sediakan boleh diguna pakai. Cuma kedudukan aktiviti perlu ditukar. Aktiviti ke dua soal jawab bersama murid tentang pecahan perlu ditukar ke aktiviti no 5. Manakala aktiviti 5 ; guru meminta murid memberikan contoh pecahan dalam kehidupan seharian mereka. (kek,pizza, potongan buah) ditempatkan sebagai aktiviti ke dua. Peringkat perkembangansaya memulakan sesi pengajaran dengan

penegasan konsep pecahan wajar. Penggunaan kit-kit pecahan yang berbentuk bulatan dan penerangan menggunakan gambarajah bulatan. Strategi yang digunakan adalah berpusatkan guru. Setiap aktiviti memerlukan penglibatan maksimum dari guru. Pada saya ianya penting kerana pada peringkat ini, penerangan konsep adalah sangat penting. Menurut beliau penggunaan terlalu banyak aktiviti menggunakan strategi berpusatkan guru akan menyebabkan muridmurid bosan dan tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

Salah satu gambarajah yang saya lukis dalam rancangan mengajar.

Sepatutnya pecahan ini ditandakan dengan pada setiap bahagian

Menurut beliau pepatutnya tanda yang ada pada setiap bahagian pecahan adalah ditulis dengan simbol . ini kerana ianya adalah satu bahagian demi satu bahagian.

Bukannya menggabungkan setiap bahagian. Seterusnya beliau menegur tentang aktiviti yang ke 9 dalam rancangan mengajar bahagian perkembangan. guru memberikan masa dan peluang kepada murid untuk menyalin contoh-contoh yang ditunjukkan oleh guru ke dalam buku nota Aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik sekiranya pelajar boleh menyalin nota dengan cepat. Guru juga perlu memantau dari masa ke semasa untuk memastikan murid memfokuskan kepada kerja berbanding berborak bersama rakan-rakan. Beliau memberi cadangan, jalankan aktiviti sekiranya masa mencukupi. Beliau bersetuju dengan rancangan saya dalam peringkat aktiviti kumpulan. Di sini saya lebih banyak melibatkan murid dalam menjalankan aktiviti.

Komen dan cadangan guru cemerlang keseluruhan Rancangan mengajar ini terlalu banyak menggunakan strategi berpusatkan gurur. Cadangan : ubah sedikit aktiviti supaya ianya lebih banyak melibatkan murid
Rancangan mengajar harian ini perlu diberi penambahbaikan untuk

menjadikan ianya lebih menarik minat pelajar untuk belajar. Cadangan : pelbagaikan bentuk-bentuk pecahan ( segiempat, segitiga dan lain-lain)

Masukkan aktiviti berasarkan soalan-soalan HOTS(High Order Thingking Skills) Contoh : bagaimana murid menulis dan menamakan pecahan yang diwakili oleh 2 batang pensel daripada 5 batang (jumlah asal)

Soalan-soalan HOTS akan menggalakkan murid berfikir secara lebih kritis dan kreatif pada aras lebih tinggi.

Refleksi Refleksi Rancangan Mengajar Harian Masalah yang dihadapi Semasa menyiapkan rancangan mengajar harian ini pelbagai masalah telah saya hadapi. Pertama sekali saya tidak mengetahui dengan lengkap format rancangan pengajaran harian. pelbagai format rancangan mengajar yang telah saya temui sama ada dari rujukan internet dan dari rakan-rakan yang lain. Seterusnya saya telah memilih tajuk pecahan. Pemilihan tajuk ini adalah bersesuaian dengan rancangan mengajar saya di sekolah yang pada masa tersebut telah memasuki tajuk pecahan. Masalahnya adalah untuk melukis pecahan menggunakan Ms Word. Saya juga tidak mempunyai idea untuk menggunakan kepelbagaian teknik ataupun strategi pengajaran. Saya banyak menggunakan strategi berpusatkan guru. Strategi ini banyak saya gunakan kerana tajuk ini baru memasuki bahagian pengenalan. Penambahbaikan/ penyelesaian masalah Saya telah merujuk kepada bahan-bahan dari internet tentang format rancangan mengajar yang tepat untuk diguna pakai. Perbincangan banyak dijalankan bersama rakan-rakan melalui internet. Akhirnya saya telah menyiapkan satu rancangan mengajar yang pada saya boleh diketengahkan. Bimbingan dari seorang guru di sekolah telah banyak membantu saya tentang cara untuk melukis pecahan menggunakan komputer. Ternyata banyak yang belum saya ketahui tentang Ms word walaupun setiap hari menggunakannya. Semasa perbincangan dengan guru cemerlang matematik, beliau juga turut mengatakan rancangan mengajar saya terlalu banyak berpusatkan guru. Ini menyebabkan kurangnya penglibatan murid dalam proses pembelajaran. Beliau turut mencadangkan beberapa aktiviti yang perlu digugurkan kerana menurut beliau mungkin memakan masa terlalu lama. Namun ianya bergantung kepada keadaan. Sekiranya mempunyai masa yang mencukupi aktiviti tersebut boleh dijalankan.

Refleksi pengajaran Sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan pada 14 Mac 2013. Secara keseluruhan saya boleh katakan murid-murid dapat menguasai isi pembelajaran. Selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati semua murid boleh menjawab soalan yang disediakan dalam lembaran kerja dengan betul sekurang-kurangnya 7 daripada 10 soalan. Ini memenuhi objektif pembelajaran yang telah saya tetapkan di awal pengajaran. Tajuk menama dan menulis pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10 adalah tajuk yang boleh dianggap sebagai pengenalan dalam topik pecahan tahun 4. Penguasaan untuk isi pembelajaran ini adalah sangat penting bagi memastikan pemahaman berterusan dan dapat mengikuti tajuk seterusnya iaitu pecahan setara. Asas ini boleh dianggap dikuasai oleh pelajar. Walaupun dalam kelas berkenaan masih terdapat pelajar yang dikategorikan sebagai lemah dalam pelajaran. Namun untuk tajuk ini mereka mampu untuk mengikuti sesi pengajaran dengan baik dan mampu menjawab soalan yang diberikan dalam lembaran kerja dengan betul. Saya juga turut mengajukan beberapa soalan secara lisan kepada muridmurid. Mereka mampu untuk menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Mereka juga mampu untuk menulis jawapan yang saya kemukakan dengan betul di papan hitam.

Refleksi tugasan Tugasan Mte 3107 ini telah diserahkan kepada kami pada 2 Mac 2013(tutorial ke 2). Tugasan ini mengkehendaki kami untuk membuat rancangan mengajar harian berdasarkan penambahbaikan melalui kolaborasi bersama dengan guru cemerlang. Secara keseluruhannya tugasan ini mendededahkan kami dengan kepelbagaian teknik atau strategi pengajaran dan pembelajaran matematik serta keupayaan mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari dalam sukatan Mte 3107 dalam pelajaran matematik. Ianya juga berdasarkan teori-teori pembelajaran yang telah diterangkan kepada kami dalam beberapa sesi tutorial bersama totur En. Panting Belubau. Masalah yang dihadapi Sebagaimana melaksanakan tugasan-tugasan yang lain, saya juga

menghadapi pelbagai masalah untuk menyiapkan tugasan ini. Masalah pertama yang saya hadapi adalah untuk pemahaman kehendak tugasan. Biasanya kami dibekalkan dengan rubrik pemarkahan tugasan. Rubrik ini adalah panduan utama kepada saya untuk menyiapkan tugasan. Tetapi untuk tugasan ini tidak ada rubrik pemarkahan yang dibekalkan. Ini menyebabkan saya kurang paham dengan kehendak tugasan secara keseluruhan. Kegagalan saya untuk menghadiri toturial kedua sedikit menyukarkan saya memenuhi kehendak tugasan. Perbincangan tentang tugasan telah dijalankan pada sesi tutorial berkenaan. Saya tidak menghadiri tutorial kedua kerana saya telah disahkan gagal untuk ujian ulangan semester ketiga. Namun demikian, saya bernasib baik kerana sistem pemarkahan telah diubah dan saya dapat meneruskan pengajian. Saya juga menghadapi masalah untuk mencari guru cemerlang matematik. Saya merujuk ke semua sekolah dalam bahagian ini (Tanjong Manis) untuk mencari guru cemerlang matematik. Namun malangnya, tidak ada guru cemerlang matematik di bahagian ini. Yang ada hanya guru cemerlang Sains dan Bahasa Melayu. Agak sukar bagi saya untuk mengesan guru cemerlang matematik yang berdekatan.

Masalah yang seterusnya adalah untuk menyediakan rancangan mengajar mengikut format yang sesuai. Kebiasaan di sekolah yang hanya menyediakan

rancangan mengajar dalam bentuk yang ringkas. Walaupun pernah menyiapkan rancangan mengajar yang penuh semasa menuntuk di maktab sewaktu mengikuti kursus KDPM dahulu, ternyata zaman telah berubah dan banyak perkara yang perlu saya pelajari lagi.

Penyelesaian masalah Saya telah berbincang dengan rakan-rakan sekelas untuk mendapatkan idea mengenai kehendak tugasan sepenuhnya. Dengan cara ini saya berjaya mengatasi masalah ketiadaan rubrik tugasan. Melalui kolaborasi bersama rakan-rakan, saya membuat keputusan untuk menghasilkan tugasan seperti di atas. Dimana pada peringkat awal saya perlu menyediakan satu rancangan mengajar diikuti perbincangan dengan guru cemerlang dan seterusnya menjalankan sesi pengajaran menggunakan rancangan mengajar yang telah disiapkan. Bahagian yang terkhir adalah penulisan refleksi. Perbincangan mengenai tugasan juga telah dibincangkan dalam tutorial ketiga bersama tutor. Ini telah banyak membantu saya untuk menyiapkan penulisan tugasan. Dimana sebelum tutorial ketiga, saya telah menyiapkan rancangan dan telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesukaran untuk mencari guru cemerlang matematik telah diatasi apabila saudara Zamrene telah memperkenalkan saya kepada Cikgu Ismail Rambli seorang guru yang sedang mengikuti kursus PPG kumpulan PJ. Rupa-rupanya beliau merupakan guru cemerlang untuk matapelajaran matematik. Saya telah membuat temujanji untuk berkolaborasi bersama beliau mengenai tugasan ini. Untuk menulis rancangan mengajar yang sempurna mengikut format yang sesuai, saya telah berbincang dengan ketua panitia matematik sekolah mengenai format yang betul. Beliau turut menyimpan contoh-contoh rancangan mengajar matematik yang lengkap yang diperolehi semasa beliau mengikuti kursus pedgogi matematik tahun lepas.

Pengalaman keseluruhan Banyak pengalaman baru yang saya perolehi daripada penghasilan tugasan ini. Saya juga banyak mengetahui maklumat-maklumat yang selama ini ada tetapi saya tidak mengetahuinya. Melalui perbincangan dengan ketua panitia di sekolah beliau turut menyentuh beberapa keadah pengajaran dan teknik pengajaran seperti kaedah inkuiri penemuan, penyoalan, kaedah penyelesaian masalah, teknik permainan,

demonstrasi, teknik perbincangan dan banyak lagi kaedah dan teknik yang lain. Bersama beliau juga saya mengetahui format terbaru rancangan mengajar matematik. Melalui proses perbincangan ini banyak perubahan yang boleh saya ketengahkan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Walaupun saya telah didedahkan dengan semua perkara ini, tetapi saya kurang menggunakannya dalam sesi pengajaran saya. Perbincangan dengan guru cemerlang juga memberi impak yang besar terhadap pengetahuan saya. Apa yang menarik minat saya adalah beliau memperkenalkan kepada saya istilah HOTS(High Order Thinking Skills). Saya tidak pernah didedahkan dengan perkara ini. Ini menyebabkan saya banyak merujuk internet tentang perkara ini. Kerana bagi saya sekiranya murid sering didedahkan dengan perkara ini ianya mampu menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Akhir sekali, saya berharap pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi dari proses menyiapkan tugasan ini mampu saya aplikasikan ke dalam sesi pengajaran saya di dalam kelas. Banyak yang mampu saya perbaharui tentang mutu pengajaran saya. Dengan perubahan ini saya rasa penyampaian isi pembelajaran lebih berkesan dan mendalam kepada penguasaan murid.

Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus NAMA PELAJAR KUMPULAN MATA PELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING : MOHAMAD RIZZAL BIN WAHAB : PPMATEMATIK 2 : MTE3107 : EN. PANTING BELUBAU SEMESTER : 4

TARIKH 2. MAC. 2013

PERKARA YANG DIBINCANGKAN Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaranEN. PANTING BELUBAU

CATATAN Tugasan perlu dihantar selewatlewatnya pada 6 April 2013 Tugasan disiapkan secara individu Mencatat maklumat penting Membuat jadual kerja Membuat draf Membuat nota ringkas Sumber rujukan dicatat Menyatakan pendapat mengenai kerja kursus ini Disertakan ke dalam kerja kursus Semua tugasan disatukan dan diedit sebelum dihantar Diterima dan direkodkan

T/ TANGAN

4-10 MAC .2013

11 Mac 2013 hingga 16 Mac 2013 18 Mac 2013 Hingga 23 Mac 2013

Memahami kehendak soalan tugasanperbincangan dengan rakan mengenai soalan tugasan -draf tugasan - Mencari maklumat secara individu -perbincangan bersama guru cemerlang
- Mencatat maklumat yang telah diperolehi hasil daripada perbincangan dan sesi pengajaran dan pembelajaran - Taip draf Penulisan Refleksi Mengedit dan menyatukan tugasan

25.Mac 2013 Hingga 4 April 2013 6.April .2013

Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah pembimbing

You might also like