You are on page 1of 25

BAHAGIAN B- PROJEK MINI 1.

0 PENGENALAN Matematik merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang sangat penting dalam setiap peradaban manusia. Tokoh Matematik, Carl Friedrich Gauss menyatakan Mathematics is the Queen of Science. Ia merangkumi bentuk, simbol dan ruang dan dibahagikan kepada beberapa cabang seperti aritmetik, kalkulus, trigonometri, geometri dan tidak ketinggalan algebra. Perkataan algebra dinamakan sempena perkataan Bahasa Arab al-jabr daripada tajuk buku al-Kitab al-muhtasar fi hisab al-gabr wa-Imuqabala yang bermaksud Buku Ringkasan Tentang Pengiraan melalui Pelengkapan dan Pengimbangan. Buku tersebut merupakan sebuah buku yang ditulis oleh ahli matematik Muslim Parsi, Muhammad ibn Musa al-Kwarizmi pada tahun 820. Perkataan aljabr bermaksud penyatuan semula ataupun yang membawa maksud gabungan, sambungan, atau pelengkap. Namun demikian, terdapat pelbagai pendapat dari ahli-ahli Matematik tentang algebra. Menurut Usiskin (1997), algebra adalah satu bahasa. Ianya terdiri daripada lima aspek utama iaitu anu, rumus, corak nombor, nilai tempat dan hubungan. Manakala, Vance (1988) pula berpendapat, algebra boleh dikatakan sebagai pengembangan aritmetik. Walau bagaimanapun algebra juga mempunyai berbagai-bagai cara untuk memanipulasi simbol dan ia juga merupakan satu cara berfikir. Selain itu, algebra ialah cabang matematik yang berkaitan dengan kajian struktur, hubungan, dan kuantiti. Algebra amnya dibahagikan kepada dua iaitu algebra klasik dan algebra abstrak yang lebih dikenali sebagai algebra moden. Algebra klasik telah dikembangkan selama 4000 tahun. Manakala algebra abstrak hanya muncul kira-kira 200 tahun terakhir. Di samping itu, algebra asas sering dijadikan sebahagian pendidikan sekolah menengah untuk memberikan pengenalan kepada idea-idea asas algebra dengan mempelajari apa yang terjadi apabila nombor-nombor dicampurkan atau didarabkan dan bagaimana membuat polinomial dan mencari punca tersebut. Polinomial ialah ungkapan yang dibina menggunakan beberapa pemboleh ubah dan pemalar dengan operasioperasi penambahan, penolakan, pendaraban, dan pengeksponenan nombor bulat

sahaja. Rangkuman algebra adalah lebih luas berbanding algebra asas dan dibuat lebih umum. Berbanding dengan hanya menggunakan nombor-nombor, seseorang boleh menggunakan unsur yang tidak diketahui yang terdiri daripada simbol, pemboleh ubah, atau unsur set. Penambahan dan pendaraban dilihatkan sebagai operasi am dan definisi tepat untuk operasi-operasi ini menghasilkan struktur seperti kumpulan, gelanggang dan medan. Seterusnya, terdapat beberapa cabang algebra dalam Matematik iaitu elementary algebra, abstract algebra, linear algebra dan universal algebra. Elementary algebra memperkenalkan konsep pembolehubah yang mewakilkan nombor. Pernyataan dari pembolehubah ini dimanipulasikan menggunakan prinsip operasi yang menggunakan nombor seperti operasi tambah. Ia boleh diselesaikan menggunakan pelbagai cara termasuk penyelesaian persamaan. Selain itu, algebra juga boleh dikatakan satu teknik yang menggunakan penyataan Matematik bagi menerangkan hubungan antara dua kuantiti unit, masa dan lain-lain. Setiap penyataan matematik bagi menghubungkan dua kuantiti tersebut biasanya disertakan dengan penggunaan simbol abjad seperti x, y atau z untuk menerangkan hubungan satu kuantiti dengan kuantiti yang lain. Penggunaan simbol tersebut dipanggil pembolehubah. Algebra bukan sahaja melibatkan penggunaan simbol malah ia melibatkan aktiviti mencari penyelesaian terhadap masalah di dalam kehidupan seharian. Hakikatnya, algebra banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana pelbagai bidang tertentu seperti bidang ekonomi, kimia, fizik dan forensik berkait rapat dengan algebra. Tambahan pula, algebra juga digunakan dalam perbandingan harga, proses jual beli dan sebagainya. Mungkin antara kita yang tidak tahu dan tidak sedar akan kewujudan linear algebra dalam kehidupan kita. Oleh itu, melalui tugasan ini, saya akan memfokuskan satu aplikasi aljabar matriks dalam kehidupan manusia. Hakikatnya, algebra banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana pelbagai bidang tertentu seperti bidang ekonomi, kimia, fizik dan forensik berkait rapat dengan algebra. Tambahan pula, algebra juga digunakan dalam perbandingan harga, proses jual beli dan sebagainya. Mungkin antara kita yang tidak tahu dan tidak sedar akan kewujudan linear algebra dalam kehidupan kita. Oleh itu, melalui tugasan ini, saya akan memfokuskan beberapa aplikasi linear algebra dalam kehidupan manusia.

2.0 APLIKASI PENGGUNAAN ALGEBRA MATRIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN 2.1 Bidang Kimia Kimia sering disebut sebagai ilmu sesat kerana menghubungkan pelbagai ilmu lain seperti matematik, fizik, ilmu bahan, nanoteknologi, biologi, farmasi, perubatan, dan geologi. Sehubungan dengan ini timbul pelbagai kesan yang sangat memanfaatkan konsep-konsep dari pelbagai disiplin ilmu tersebut. Sebagai contoh,melibatkan penerapan prinsip-prinsip fizik terhadap bahan pada peringkat atom dan molekul . Kimia matematik atau mathematical chemistry pula adalah cabang ilmu kimia teori yang memanfaatkan fungsi-fungsi matematik untuk mempelajari fenomena kimia. Terdapat pelbagai contoh pengaplikasian persamaan linear dalam kimia. Antaranya ialah pengaplikasian persamaan linear ini melalui penggunaannya dalam pengiraan gas, apabila menganalisis kadar tindak balas, apabila bertujuan untuk mengimbangi sesuatu tindak balas dan apabila menggunakan Beer's Law calculations. Aplikasi sistem linear algebra dalam kimia terutamanya dalam menyeimbangkan persamaan kimia atau balancing a chemical equation . Persamaan ini saling berkaitan dengan Hukum Pemeliharaan Jisim atau Law of Conservation of Mass. Hukum ini menyatakan jisim tidak dicipta atau dimusnahkan dalam apa-apa tindak balas kimia. Oleh itu, keseimbangan persamaan memerlukan bilangan atom yang sama pada keduadua sisi tindak balas kimia. Jisim semua bahan penyebab tindak balas atau the reactants mesti sama jisim dengan bahan-bahan yang dihasilkan oleh tindak balas atau the products.

Contoh penggunaan dalam bidang kimia Sebagai contoh, ini merupakan persamaan kimia : C2H6 + O2 CO2 + H2O. Dengan menyeimbangkan tindak balas kimia di atas, secara tidak langsung, nilai x, y, z dan t juga turut dicari. Hal ini bermaksud nombor atom setiap elemen di kedua-dua belah persamaan adalah sama. xC2H6 + yO2 zCO2 + tH2O. Seterusnya, sistem linear seperti berikut :

Penyelesaian umum berdasarkan sistem di atas adalah seperti berikut :

Gantikan x = 2 dalam persamaan, kita akan memperolehi nilai nilai pembolehubah iaitu y = 7, z = 4 dan t = 6. Oleh itu, persamaan seimbang atau the balanced equation ialah :

2C2H6 + 7O2 4CO2 + 6H2O.

2.2 Kewangan

Secara tidak sedar, seseorang akan menggunakan atau mengaitkan konsep linear algebra dalam merancang kewangan seharian. Sebagai contoh, linear algebra banyak diaplikasikan semasa proses meminjam duit dan membuka akaun untuk membayar sesuatu faedah. Fenomena ini sering berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dalam proses membeli kereta atau rumah. Mereka akan membuat pinjaman bank untuk membeli kereta atau rumah terlebih dahulu. Kemudian, mereka akan membayar hutang tersebut secara ansuran bulanan berdasarkan perjanjian yang telah dibuat di antara pembeli dan penjual. Sebagai contoh, formula ini boleh digunakan dalam merancang kewangan seseorang bagi membayar ansuran bulanan kereta tersebut : B = P x (J / (1 (1+J)^-N) ) B = bayaran ansuran bulanan P = jumlah pinjaman I = kadar faedah tahunan (bermula 1 hingga 100) L = tempoh pinjaman dalam kiraan tahun J = kadar faedah bulanan = I / (12 * 100) N= tempoh pinjaman dalam kiraan bulan = L * 12

Contoh penggunaan dalam kewangan Contoh: Abu membuat pinjaman sebanyak RM100,000 (P) bagi kereta terpakai dengan kadar faedah 3.5% (I) setahun. Abu akan membayar kesemua hutangnya dalam tempoh 9 tahun (L). Berapakah bayaran bulanan yang perlu dikeluarkan oleh Abu setiap bulan? B = P x (J / (1 (1+J)^-N) ) B = 100000 x (0.002917 / (1 1.002917^-108) ) B = 100000 x (0.002917 / (1 0.730097) ) B = 100000 x (0.002917 / 0.269903) B = 100000 x 0.010808 B = 1080.80 Oleh itu, Abu perlu membayar bayaran bulanan bagi keretanya sebanyak RM 1080.80.

2.3 Kriptografi Kriptografi juga merupakan salah satu contoh aplikasi linear algebra dalam bidang Matematik. Ia merupakan satu kajian tentang penyulitan iaitu encryption dan penyahsulitan iaitu decryption mesej. Mesej tanpa penyulitan dipanggil plaintext, manakala mesej yang tersulit dipanggil chiphertext. Algoritma untuk proses penyulitan dan penyahsulitan dipanggil chipher. Salah satu jenis chipher yang melibatkan aplikasi linear algebra ialah Hill Chipher. Selain itu, kriptografi ini amat penting dan digunakan untuk keselamatan maklumat sulit para pengguna seperti akaun email, kad kredit dan kad pengenalan daripada disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, kriptografi ini juga telah digunakan dalam bidang ketenteraan dari segi komunikasi dan isyarat terutamanya dalam dua Perang Dunia pada awal abad ke20. Kod cipher atau kod rahsia ini menjadi talian hayat kepada dua pihak yang bertelagah untuk menyampaikan sesuatu maklumat tanpa dapat dikesan oleh musuh. Sama ada dari pihak Jepun, Jerman, Britain mahupun Amerika Syarikat. Masing-masing

mempunyai ahli cipher atau ahli pemecah kod rahsia yang terlatih. Mereka ini bertanggungjawab untuk memecahkan kod yang telah dipintas dan pada masa yang sama mencipta sejenis kod yang sukar dipecahkan oleh musuh mereka. Sehingga ke hari, kod-kod rahsia ini digunakan oleh kebanyakan agensi perisik daripada seluruh dunia. Mossad, CIA, MI6 dan sebagainya, mereka berkomunikasi dengan cara unik yang mana hanya mereka sahaja yang mengetahuinya. Kecanggihan kod sulit pada hari ini walaubagaimanapun gagal memecahkan beberapa kod dan tulisan seperti Phaistos Disk, Linear A, Kryptos dan Voynich Manuscript. Sebagai contoh: Plain text : Time is running out.. Mesej ini akan ditukarkan kepada mesej baru dengan menggunakan Mod 29. Selepas menggunakan Mod 29, mesej yang baru akan terpapar seperti di bawah:

Jadual Mod 29 Chipher text : N , , . C O J J . , H , X I C V H V E O T Bagi menyahkan chipher text, jadual Multiplicative Inverse Mod 29 diperlukan. Kini, kebanyakan kerajaan menggunakan kaedah pengekodan atau dikenali sebagai coding dan encoding. Jenis kod yang sangat sukar untuk dipecahkan terdiri daripada matriks yang besar bagi mengekod mesej. Penerima mesej mengekod mesej tersebut dengan menggunakan matriks songsang. Matriks pertama dikenali sebagai matriks encoding manakala songsangan tersebut dikenali sebagai matriks decoding. Sebagai contoh, mesej tersebut adalah : PREPARE TO NEGOTIATE Dan matriks encoding ialah :

Setiap huruf abjad mewakili satu nombor. Misalnya, setiap huruf dikaitkan dengan kedudukannya dalam susunan abjad iaitu A adalah 1, B adalah 2 dan seterusnya. Namun demikian, dalam abjad hanya terdapat 26 huruf. Oleh itu, nombor 27 mewakili jarak atau space antara setiap perkataan. Maka, mesej yang telah dikod tersebut adalah :

Memandangkan matriks bersaiz 3 atau 3 by 3 matrix digunakan, mesej di atas dipecahkan mengikut turutan bertiga-tiga dengan 1 vektor.

Penting bagi menambah ruang pada akhir mesej untuk melengkapkan vektor akhir. Mengekod mesej dengan mendarabkan setiap vektor di atas oleh matriks pengekodan. Ini boleh dilakukan dengan menulis di atas vector sebagai vektor lajur matriks dan melaksanakan pendaraban matriks bahawa matriks dengan matriks pengekodan seperti berikut:

dan akan menghasilkan matriks

Hasilnya, setiap lajur dalam matriks adalah mesej pengekodan atau encode message. Mesej ini seterusnya dipindahkan ke dalam bentuk linear

Untuk penyahkodan mesej atau decode message, penerima menulis mesej tersebut ke dalam satu urutan bertiga-tiga dengan 1 matriks lajur dan mengulangi teknik yang menggunakan songsangan matriks pengekodan. Songsangan bagi pengekodan matriks iaitu penyahkodan matriks, ialah:

Bagi penyahkodan mesej tersebut, laksanakan pendaraban matriks.

dan akan memperolehi matriks ini.

Lajur dalam matriks di atas dipindahkan ke dalam bentuk linear akan memberitahu mesej asal tersebut adalah seperti berikut :

2.4 Permainan Petak Ajaib / Magic Square Games Petak Ajaib atau magic square ialah terdiri daripada segi empat sama yang berpetak-petak di mana turutan nombor di dalamnya disusun sehingga hasil tambah nombor-nombor tersebut mengikut baris, lajur dan pepenjurunya adalah sama (Mok Soon Sang, 1997). Selain itu, ia juga merupakan sebuah permainan yang bertujuan untuk memecahkan masalah yang berhubungan dengan penjumlahan bilangan nombor bulat. Misalnya, diberikan bilangan nombor bulat seperti 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Letakkan semua bilangan nombor bulat tersebut pada kotak-kotak di bawah ini sehingga jumlah keseluruhan daripada 3 bilangan nombor bulat tersebut mengikut baris, lajur dan pepenjurunya menghasilkan nilai yang sama.
15

4 3 8

9 5 1

2 7 6

15

15 15

15

15

15

15

15

Permainan inilah yang disebut Magic Square. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, lakukan beberapa langkah berikut. Langkah 1: Tentukan jumlah bagi semua bilangan nombor yang diisi dalam kotak. Hal ini kerana kesemua bilangan nombor seperti 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 perlu dijumlahkan. 1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 = 45 Selain dengan menggunakan cara penjumlahan di atas, jumlah dari bilanganbilangan tersebut dapat dilakukan sebagai berikut: 1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 = ((1 + 9) 9)/2 = 45 Cara kedua ini dapat diperoleh dengan menjumlahkan bilangan terkecil dengan bilangan terbesar, kemudian mendarabkan dengan jumlah kesemua nombor dan seterusnya dibahagi dengan 2. Sehingga diperoleh jumlah dari semua bilangan yang akan mengisi kotak adalah 45. Langkah 2: Tentukan jumlah 3 bilangan dari baris, lajur, dan pepenjuru dalam segi empat ajaib. Perhatikan gambar berikut.

Oleh sebab hasil jumlah dalam setiap baris dalam segi empat di atas menghasilkan nilai yang sama, maka a + b + c = d + e + f = g + h + i. Jumlah semua bilangan nombor yang akan mengisi kotak adalah 45 dan dalam segi empat sama tersebut terdiri daripada 3 baris, maka hasil jumlah semua bilangan nombor dalam setiap

baris adalah 45/3 = 15. Demikian juga dengan jumlah bilangan nombor yang akan mengisi lajur dan pepenjuru adalah 15. Langkah 3: Tentukan semua kemungkinan penjumlahan 3 bilangan nombor yang terdiri daripada 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, atau 9 sehingga jumlahnya menghasilkan nilai 15. Berikut ini semua kemungkinannya. 1+5+9 1+6+8 2+4+9 2+5+8 2+6+7 3+4+8 3+5+7 4+5+6 Terdapat 8 kemungkinan dari penjumlahan 3 bilangan nombor bulat 1 hingga 9 yang menghasilkan 15. Kemungkinan-kemungkinan ini nantinya diletakkan dalam segi empat ajaib. Langkah 4: Letakkan semua kemungkinan pada langkah 3 dalam baris, lajur, dan pepenjuru segi empat. Pada langkah 3, perhatikan bahawa: 1 muncul 2 kali, 2 muncul 3 kali, 3 muncul 2 kali, 4 muncul 3 kali, 5 muncul 4 kali, 6 muncul 3 kali, 7 muncul 2 kali, 8 muncul 3 kali, 9 muncul 2 kali.

Bilangan-bilangan yang muncul 2 kali nantinya akan diletakkan pada kotak tengah dari sisi menegak atau mendatar segi empat ajaib, kerana pada kotak ini dilalui oleh 1 baris dan 1 lajur.

Bilangan-bilangan yang muncul 3 kali nantinya akan diletakkan pada kotak bahagian pepenjuru dari segi empat ajaib tersebut kerana kotak ini dilalui oleh 1 baris, 1 lajur dan 1 pepenjuru.

Sedangkan bilangan yang muncul 4 kali nantinya akan diletakkan pada kotak yang terletak tepat di tengah-tengah segi empat ajaib kerana dalam kotak ini dilalui oleh 1 baris, 1 lajur dan 2 pepenjuru.

Bagi menghasilkan nilai jumlah dalam setiap baris, lajur dan pepenjuru yang sama, bilangan-bilangan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, dan 9 dapat disusun dalam segi empat ajaib seperti berikut.

3.0 APLIKASI PENGGUNAAN PERSAMAAN LINEAR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN 3.1 Bidang Fizik 3.11 Pengenalan Fizik ialah satu cabang sains yang mengkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. Contoh fenomena alam ialah panjang bayang-bayang berubah dari pagi hingga petang, pelangi mempunyai tujuh warna, melihat kilat terlebih dahulu sebelum guruh, gerhana matahari dan bulan dan sebagainya. Semua ini dapat diterangkan dengan ilmu fizik. Fizik merupakan kajian tentang struktur dan sifat benda yang amat besar seperti bintang di cakerawala dan benda yang amat seni seperti elektron dan proton dalam atom dan molekul. Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. Pelbagai jenis tenaga juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian dilaksanakan. Antaranya ialah kegunaan sistem persamaan linear untuk menetukan halaju, jarak dan masa. Hal ini adalah melalui pembentukkan persamaan y=mx+b yang digunakan dan dapat mengesan pergerakan. Melalui persamaan ini, pemalar b dapat ditakrifkan sebagai kedudukan permulaan dan m menerangkan halaju bagi persamaan tersebut.

3.12 Contoh penyelesaian aplikasi yang melibatkan fizik (jarak, kadar, dan masa.) Contoh 1 Julia dan Khairiyah memulakan kayuhan basikal pada titik yang sama dan meneruskan kayuhan basikalnya pada arah yang bertentangan. Julia mengayuh basikal 2 km/j laju daripada Khairiyah. Selepas 2 jam, Julia dan Khairiyah sudah mengayuh basikal sejauh 44 km. Berapakah jarak Julia dan Khairiyah mengayuh basikal? Penyelesaian: Langkah 1: 1. Baca penyelesaian masalah dengan teliti dan keluarkan isi penting dan maklumat yang perlu. Lukis gambar jika perlu. 2y start 2x

44 km

Langkah 2: 1. Untuk menjawab penyelesaian ini, kita mestilah mengetahui kelajuan Julia dan Khairiyah. 2. Tentukan anu untuk mewakili kuantiti yang tidak diketahui. x = kelajuan kayuhan Julia y = kelajuan kayuhan Khairiyah Langkah 3: 1. Buat jadual untuk menyusun segala maklumat yang sudah dikumpulkan. 2. Ingat semula rumus yang dipelajari iaitu d= rt

3. Isikan maklumat ke dalam jadual yang dibuat. Pastikan pada ruangan masa diisi dengan 2 kerana mereka telah mengayuh basikal selama 2 jam. Berikutan d=rt, jarak Julia = x.2 atau 2x dan jarak Khairiyah = y.2 atau 2y. Masukkan maklumat ini ke dalam jadual dan label di gambar.

Jarak (d) Julia Khairiyah 2x 2y

Kadar (r) x Y

Masa (t) 2 2

4. Untuk mendapatkan satu persamaan, rujuk gambarajah yang dilukis dan buat satu persamaan diantara Julia dan Khairiyah selepas 2 jam. Persamaan tersebut boleh ditulis, Jarak kayuhan + jarak kayuhan = jarak kayuhan antara mereka Julia 2x + Khairiyah 2y = 44

Maka, persamaan pertama yang diperolehi ialah 2x+2y=44 5. Seterusnya, untuk mendapatkan persamaan kedua, gunakan maklumat yang menyatakan bahawa Julia mengayuh basikal 2 km/j lebih laju daripada Khairiyah. Kadar kayuhan adalah 2km/j lebih laju daripada kadar kayuhan Khairiyah Julia

2+

Maka persamaan kedua ialah x = 2+y sistem persamaan linear adalah 2x + 2y = 44

x=2+y

Langkah 4: 1. Selesaikan sistem tersebut. 2. Gunakan kaedah penggantian. 2(2 + y) + 2y = 44 4 + 2y + 2y = 44 4y + 4 = 44 y = 10 3. Gantikan nilai y ke dalam persamaan x = 2+y x = 2+10 x = 12 4. Maka, nilai x dan y ialah (12,10) Langkah 5: 1. Semak semula. Julia mengayuh basikalnya pada kadar 12 km/j dan Khairiyah mengayuh basikalnya pada kadar 10 km/j. Julia adalah lebih laju 2km/j daripada Khairiyah dan mereka telah mengayuh basikal selama 2 jam. Maka jarak antara mereka: 2. Gantikan nilai-nilai yang dinyatakan ke dalam persamaan 2x + 2y = 44 2(12) + 2(10) = 24+20 = 44 Maka, jawapan yang diperolehi adalah tepat. Gantikan nilai x di dalam persamaan dengan 2 +y

3.2 Bidang kejuruteraan (rangkaian elektrik) 3.21 Pengenalan Aplikasi yang paling banyak digunakan dalam matematik adalah kepada kehidupan seharian manusia. Antara aplikasi yang penting dalam kehidupan seharian ialah pengaplikasian persamaan linear ke dalam rangkaian atau aliran. Pengaplikasian ini adalah merujuk kepada aliran suatu rangkaian litar elektrik mahupun rangkaian yang lain. Hasil daripada persamaan linear ini telah memberikan aliran semasa ke dalam sesebuah litar elektrik. Oleh hal demikian, jelaslah bahawa pengaplikasian sistem persamaan linear ini terhadapa aliran sanagat penting dan mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian. Hal ini juga membuktikan bahawa penggunaan sistem persamaan linear sangat meluas dan menyeluruh dalam kehidupan seharian. Banyak perkara yang timbul melibatkan masalah yang berkaitan dengan litar elektrik dan rangkaian tersebut. Maka, dengan menggunakan persamaan linear telah memudahkan masalah aliran tersebut. Persamaan linear yang digunakan juga akan memudahkan aliran tersebut dengan menyelesaikannya dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sangat berkesan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa sistem persamaan linear sangat penting dalam kehidupan seharian.

3.22 Contoh penggunaan persamaan linear dalam kejuruteraan (rangkaian elektriklitar elektrik) Contoh 1 Cari nilai arus I1, I2, dan I3 di dalam litar yang ditunjukkan seperti gambar rajah di bawah.

Penyelesaian: Langkah 1: 1. Baca penyelesaian masalah dengan teliti dan keluarkan isi penting dan maklumat yang perlu.
2. Difahamkan bahawa arah aliran arus I1, I2, dan I3 adalah dipilih secara arbitrari.

3. Arus yang ditunjukkan secara negatif merupakan arus yang mengalir secara bertentangan.

Langkah 2:

1. Untuk menyelesaikan masalah ini, Kirchhhoffs current law digunakan. 2. Gunakan Kirchhhoffs current law kepada titik A dan B

I1= I2 + I3 (Point A) I3 + I2 = I1 (Point B)


3. Permudahkan kedua-dua persamaan tersebut menjadi kepada persamaan linear

yang sama. I1 I2 I3 = 0
4. Untuk menentukan nilai ketiga-tiga arus tersebut, dua persamaan masih

diperlukan.

Langkah 3:
1. Dapatkan ketiga-tiga persamaan linear. 2. Gunakan Kirchhhoffs current law dan Ohms law untuk loop 1 akan menghasilkan

persamaan: 7I1 + 3I3 = 30


3. Gunakan Kirchhhoffs current law dan Ohms law untuk loop 2 akan menghasilkan

persamaan: 11I2 = 3I3 +50

Langkah 4
1. Gabungkan kesemua persamaan. i. ii. iii.

I1 I2 I3 = 0 7I 1 + 3I3 = 30 11I2 - 3I3 =50

2. Penyelesaian dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah penghapusan

Gauss- Jordan.

1 7 0

-1 0 11

-1 3 -3

0 30 50 -7b1 + b2

1 0 0

-1 7 11

-1 10 -3

0 30 50

1 0 0

-1 1 11

-1 10/7 -3

0 30/7 50

b2 + b1

1 0

0 1

3/7

30/7 b3

10/7 30/7

-11b2 + b3

0 -131/7 20/7

1 0 0

0 1 0

3/7 10/7 1

30/7 30/7 -20/131

-3/7b3 + b1 -10/7b3 + b2

1 0 0

0 1 0

0 0 1

570/131 590/131 -20/131

3. Maka, persamaan linear ini telah memberikan jawapan kepada arus yang

dikehendaki.
i.

I1 =

ii.

I2 =

iii.

I3 =

3.0 PENUTUP Sebagai kesimpulan, algebra atau al-jabr merupakan nadi kepada perkaraperkara yang melibatkan Matematik di sekeliling manusia. Hal ini kerana algebra matriks sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian seseorang. Aplikasi algebra matriks kini banyak digunapakai dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kimia, kriptografi, kewangan dan tidak lupa juga dalam permainan petak segi empat sama ajaib. Justeru, algebra matriks memang diperlukan bagi melancarkan sistem-sistem tertentu atau memudahkan lagi pekerjaan seseorang.

RUJUKAN
Ahmad Isik & Yasin Soylu. (2008). Teaching Linear Algebra Conceptual and Procedural Learning in Linear Transformation. Diakses pada 26 Mac 2013 daripada
http://hkier.fed.cuhk.edu.hk/journal/wpcontent/uploads/2010/06/erj_v23n2_203-226.pdf

Akash Gupta. (2009). Applications of Matrices to Business and Economics. Diakses pada 25 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/19613606/Applicationsof-Matrices-to-Business-and-Economics#download

Anton, H. and Rorres, C. (2005). Elementary Linear Algebra Applications Version, 9th edn. John Wiley: New Jersey. Faris. (2012). Aplikasi Linear Algebra Dalam Kehidupan Manusia . Diakses pada 17 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/87084336/Essay-Giler Matemagik.com. (2010). Apa Itu Matematik. Diakses pada 25 Ogos 2013 daripada http://www.matemagik.com/2010/11/apa-itu-matematik/ Mohammed Al-Kalbani. Real-World Application of Linear Algebra . Diakses pada 26 Ogos 2013 daripada http://www.dit.ie/media/physics/documents/alkalbani.pdf Murray Eisenberg. (1999). Hill Ciphers and Modular Linear Algebra. Diakses pada 2 April 2013 daripada http://www.apprendre-en-ligne.net/crypto/hill/Hillciph.pdf Normi Rosidar Abdul Hadi. (2008). Bilakah Matematik Bermula. Diakses pada 25 Februari 2013 daripada http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2008/47Sejarah/57-bilakah-matematik-bermula Nurul Fadzeeen Mohd Apandi. (2012). Pesona Algebra. Diakses pada 8 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/87657484/koay Sami Prehn. (2009). Flow From Traffic to Pipes An Application of Linear Algebra.

Diakses pada 26 Ogos 2013 daripada http://www.facstaff.bucknell.edu/ap030/Math345LAApplications/Flow.html Scribd. (2011). Application of Linear Algebra. Diakses pada 15 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/61829565/Application-of-Linear-Algebra Scribd. (2011). Allpication of Linear Algebra. Diakses pada 24 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/61829565/Application-of-Linear-Algebra Scribd.(2012). Sejarah Algebra. Diakses pada 3 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/73321992/Sejarah-Algebra Scribd. (2012). Apa Itu Aljebra. Diakses pada 5 Mac 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/88383028/Apa-Itu-Algebra Strang, G. (2009). Introduction to Linear Algebra, 4th edn . Wellesley-Cambridge Press: Wellesley Tiada Nama Pengarang.(2006). Linear Algebra in Physics. Diakses pada 30 Mac 2013 daripada http://www.math.unibielefeld.de/~hemion/Linear_Algebra_in_Physics/LinearAlg.Physics.pdf Uzair Nawfal. (2012). Kod-Kod Sulit yang Gagal Dipecahkan. Diakses pada 29 Mac 2013 daripada http://takusahrisau.wordpress.com/2012/12/23/kod-kod-sulit-yanggagal-dipecahkan/

You might also like