You are on page 1of 26

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Tutorial 3.1 Dalam kumpulan, terangkan secara terperinci setiap kaedah pengiraan di bawah. Seterusnya, senaraikan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah beserta dengan contoh-contoh yang relevan.

1) PENSIL DAN KERTAS


KAEDAH PENSIL KERTAS Model boleh digunakan bagi menjelaskan algoritma untuk operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Model digunakan untuk

menggambarkan prosedur bagi setiap operasi. Kemudian, kita applikasikan prosedur tersebut untuk mengembangkan algoritma setiap operasi

menggunakan pensil dan kertas. Akhirnya, gunakan penaakulan untuk membuktikan algoritma tersebut. MENGAJAR OPERASI TAMBAH DAN TOLAK

matematik

Pelajar sekolah rendah perlu menguasai kemahiran mengira nombor bulat selepas memahami konsep asas nombor. Empat operasi asas untuk mengira ialah tambah, tolak, darab dan bahagi. Dalam tajuk ini kita akan tumpukan kepada dua operasi asas, iaitu tambah dan tolak yang telah mula diperkenalkan semasa pra sekolah dan Tahun Satu. Walaubagaimanapun, operasi tambah dan tolak akan terus diajar setiap tahun dengan melibatkan nilai digit yang lebih besar.

Membina Algoritma untuk Operasi Penambahan

Dalam bahagian ini, kita akan lihat algoritma untuk operasi tambah dan tolak melibatkan nombor bulat. Tumpuan kita menggunakan model dan logik untuk memahami prosedur pengiraan dalam mencari hasil tambah dan tolak.Terdapat lebih daripada satu algoritma untuk menambah dan menolak nombor bulat.Kebanyakan algoritma untuk menambah dan menolak nombor bulat

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

mengambilkira

nilai

tempat,

ciri-

ciri

dan

mencari

persamaan

untuk

mencerakinkan pengiraan kepada yang lebih mudah serta menggunakannya untuk mencari jumlah ataupun hasiltolak yang dikehendaki.

Bagaimana anda menyelesaikan pengiraan di bawah yang melibatkan operasi tolak dengan menggunakan kaedah kertas-dan-pensil?

2,004- 1,278

Penggunaan model dalam pengiraan dapat menunjukkansesuatu algoritma dengan jelas. Sebagai contoh, pergerakan dalam penggunaan blok asas sepuluh seperti Blok Dienes untuk mencari jumlah dua nombor dapat dihubungkaitkan dengan langkah- langkah dalam algoritma untuk penambahan. Dari sini kita akan membina algoritma menggunakan kaedah kertas dan pensil. Akhirnya kita akan menggunakan ciri- ciri operasi dalam Nombor Bulat untuk membuktikan langkahlangkah dalam algoritma tambah adalah logik.

Ra

Pu

Sa

Rajah 1 Blok Dienes dengan Nilai Tempat

Contoh 1menunjukkan bagaimana Blok Dienes boleh digunakan untuk menerangkan algoritma operasi tambah. Nombor- nombor diwakilkan menggunakan blok ini dan seterusnya 369 dan 244 untuk

dicantumkan

menunjukkan operasi tambah dilakukan dengan mengambilkira konsep nilai tempat.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Contoh 1 Menggunakan Model- Blok Dienes untuk operasi tambah. Kedua- dua nombor diwakilkan menggunakan blok asas sepuluh: Menggunakan model ini, cari jumlahnya dan tuliskan persamaan untuk merekod proses penambahan itu. Penyelesaian: Ra Pu Sa

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Hasil tambah ini dalam bentuk persamaan seperti berikut: 369 + 244 613

Guna blok asas sepuluh untuk menunjukkan proses penambahan 374 + 128. Tuliskan satu persamaan yang berkaitan.

Sekarang mari kita lihat cara lain untuk penambahan menggunakan kaedah kertas dan pensil yang berkait terus dengan penggunaan dalam contoh 1. Kita akan menggunakan soalan yang sama, 369 + 244 ditambah menggunakan Expanded Algorithmdi mana semua nombor yang mempunyai nilai tempat yang sama ditambah dan kemudian dikumpul semula mengikut mengikut nilai tempat. PenambahanBerkembang (Expanded Addition) 369 + 244 300 + 60 200 + 40 500 + 100 + + + 9 4 13 = 3 69 + 244 500 100 13 613

atau 613

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Membina Algoritma untuk Operasi Penolakan Model boleh digunakan bagi menjelaskan algoritma untuk operasi tolak sebagaimana yang telah digunakan dalam algoritma penambahan. Mula-mula, gunakan model untuk menggambarkan prosedur untuk operasi tolak. Kemudian, kita aplikasikan prosedur tersebut untuk mengembangkan algoritma menggunakan pensil dan kertas. Akhirnya, gunakan penaakulan untuk membuktikan algoritma penolakan. tolak

matematik

Contoh 2 Cari hasiltolak dengan menggunakan blok asas-sepuluh bagi 245 18 dan tulis persamaan untuk mencatat penolakan tersebut.

Ra

Pu

Sa

Untuk mencukupkan sa bagi menolak 8, tukarkan 1 puluh untuk 10 sa. Kemudian ambil 8 sa daripada 15 sa dan tinggalkan 7 sa: Selanjutnya, tolak 1 puluh dari 3 puluh yang tinggal dan sekarang kita ada 2 puluh. Oleh kerana tiada nilai ratus yang perlu ditolak,maka hasiltolaknya ialah 227, dan ini direkodkan.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

245 - 18 227 Rekodkan sebagai satu persamaan 245 18 = 227

Sekarang kita lihat expanded subtraction, mulakan penolakkan dengan sa dan teruskan menolak dengan mengumpul semula, iaitu daripada kanan ke kiri.

PenolakanBerkembang (Expanded Subtraction) 245 18 200 + 40 + 10 5 8 2


seterusnya

200 + 200 +

30 40 + 10 20 +

10 5 8 7

= 227

MENGAJAROPERASI DARAB DAN BAHAGI Dalam bahagian ini, kita akan melihat algoritma untuk pendaraban dan

pembahagian nombor bulat. Kita mula dengan menggunakan model-model untuk membantu menjelaskan algoritma berkaitan dan kemudian menggunakan ciriciri nombor bulat untuk membuktikan algoritma itu.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Membina Algoritma untuk Pendaraban

Seperti algoritma penambahan dan penolakan, penggunaan model akan memberikan asas fizikal untuk menerangkan algoritma untuk pendaraban. Model yang digunakan ialah blok asas-sepuluh dan model gambar untuk mewakilkan pendaraban dalam mencari luas segiempat tepat. Menggunakan proses yang dicadangkan oleh model, kitaakan bina algoritma kertas-dan-pensil untuk pendaraban. Akhirnya, kita gunakan penaakulan matematik bersama dengan ciri- ciri untuk membuktikan algoritma pendaraban.

Contoh3 Carihasildarab 215 x 74

KaedahPendaraban Grid (Grid Method of Multiplication) 215 X 70 4 200 14 000 800 14 800 10 700 40 + 740 5 350 20 + = 15 910 370 atau x 74 20 40 800 350 700 14 000 15 910 Algoritma pertama berdasarkan model itu memerlukan kita mencerakinkan nombor mengikut nilai tempat dan darabkan setiap digit mengikut nilai tempat untuk mendapatkan hasildarab separa. Dalam algoritma ini, yang disebut

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

expanded algorithm semua hasil darab separa ditambah untuk mencari jumlah hasil darab. Manakala algoritma yang kedua, yang dikenali sebagai standard algorithm, melibatkan hanya dua hasildarab separa.

Pilih sama ada expanded atau standard algorithm untuk mencari hasil darab 345 x 6

Adakah anda dapat menyelesaikan semua latihan? Bagus! Berehat sebentar sebelum meneruskan operasi seterusnya.

Membina Algorithma untuk Pembahagian Contoh4 KaedahPenolakanad hocuntukPembahagian 574 7 574 50 30 2 82 350 224 210 14 14 0
atau 50

2 30 82

7)574 350 224


210 14 14 0

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

2) KALKULATOR DAN KOMPUTER


Berdasarkan hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan di luar negara dan juga di Malaysia didapati ratio yang menunjukkan bahawa murid-murid sekolah rendah yang menggunakan kalkulator adalah lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian lebih memberangsangkan daripada mereka yang tidak

menggunakannya. Pemerhatian-pemerhatian yang menyeluruh juga menyokong penggunaan kalkulator dalam bilik darjah. Terdapat kajian yang menunjukkan murid-murid takut terhadap matematik akibat daripada penggunaan algoritma kertas pensel yang panjang lebar dan memerlukan banyak langkah dan peraturan yang harus diikuti, misalnya dalam operasi pendaraban dan pembahagian. Telah banyak kajian menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan menukar sikap murid terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik. Menurut Bernard R. Yvon Compelling case for Calculators Arithmatic Teacher Volume 381990/91 menyatakan penggunaan kalkulator dalam matematik mempunyai fungsi, kelebihan dan bonus yang boleh disimpulkan seperti berikut: v Memberikan motivasi terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan berterusan; v Membekalkan pelajar cara yang lebih mudah dan berkesan untuk membuat penyelesaian masalah; v Membenarkan soalan yang lebih mencabar dan mendalam yang memerlukan diberikan kepada murid pada peringkat yanglebih awal; v Murid berpeluang membuat penerokaan dan aplikasi yang lebih mendalam tentang topiK-topik yang berkaitan; v Membolehkan murid mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan polapola yang diperhatikan; v Menggalakan murid menguasai saiz dan nilai nombor (bijak nombor)

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

v Murid tidak merasa bosan menyelesaikan problem solving malah mahu menyiapkan walaupun menggunakan masa yang lama. v Murid merasa yakin bahawa kalkulator dapat membantu memperbaiki kebolehan untuk menyelesaikan masalah matematik mereka. v Membina sikap yang positif dalam matematik. Murid akan merasa seronok dengan matematik seeing the beauty and enjoying the fun of mathematics. v Membina keyakinan diri. Sebagai alat motivasi untuk murid sebagaimana seorang tukang kayu yang dapat mengukir kayaunya dengan baik dan cepat jika mempunyai peralatan yang cukup. v Pelajar yang menggunakan kalkulator dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahki matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih komolek v Boleh berdikari. Murid dapat belajar secara penyiasatan sendirian dengan penggunaan kalkulator. v Pengukuhan dalam skill jangkaan v Penyiasatan yang mudah. Murid boleh menyiasat sendiri jawapan dengan kaedah tanpa perlu bantuan guru. v Kerjasama dan tanggung jawab. Murid lebih bertanggung jawab apabila diarah untuk menjaga keselamatan alatan. Berdasarkan fungsi dan kebaikan seperti yang dinyatakan di atas, ianya sudah cukup untuk membuktikan serta menggalakkan penggunaan kalkulator dalam pengajaran matematik di sekolah rendah. Biasanya murid sekolah rendah terutama yang lambat mengalami kesukaran semasa menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan penggunaan ayat, bukan kerana mereka tidak faham atau tidak tahu membuat transformasi, tetapi kerana mereka bermasalah dalam menjalankan algoritma operasi itu. Dengan

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

menggunakan kalkulator, murid-murid di sekolah rendah boleh menumpukan perhatian kepada aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. Mereka tidak akan diganggu oleh kesukaran membuat kiraan yang panjang lebar. Soalan yang lebih mencabar dan realistik juga boleh diberikan. Ini secara tidak langsung akan mejadikan pembelajaran matematik lebih bermakna dan menyeronokan. Sebenarnya, banyak masalah hanya memerlukan anggaran jawapan dan bukan jawapan tepat. Oleh itu murid-murid harus diajar cara membezakan dan menentukan kaedah yang paling berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan, sama ada memerlukan hanya anggaran, pengiraan congak, penggunaan algoritma kertas pensel ataupun kalkulator. Contohnya kemahiran mengganggar adalah satu kemahiran yang paling berkuasa sekali dalam kehidupan seharian kita. Setelah membeli barang-barang di pasar raya, kita boleh mengganggar sama ada kiraan bil oleh juru wang betul atau tidak. Seseorang murid yang mahir membuat anggaran akan cepat mengecam kesilapan kiraan seperti 223 + 489 = 1099 kerana 200 + 400 tidak mungkin menjadi 1000. Oleh itu, murid digalakan membuat anggaran sebelum mengira. Setelah mendapat jawapan yang betul dengan kalkulator, galakan murid menaakul sama ada jawapan yang didapati itu munasabah atau tidak ini akan menyebabkan motivasi belajar matematik di kalangan murid sekolah rendah akan meningkat.

Peranan komputer dalam pendidikan di Malaysia memberikan impak yang besar kepada pendidikan matematik khasnya. Walaubagaimanapun, teknologi

komputer hanya akan memberikan kesan terhadap pembelajaran murid sekiranya guru yang mengajar diberikan ilmu dan kemahiran untuk

menggunakannya dalam pengajaran.

Seperti yang telah dibincangkan dalam tajuk 2.6, penggunaan komputer dalam bilik darjah selalunya dikaitkan dengan pakej perisian dan internet. Pelajar boleh meneroka, menyelidik dan membuat simulasi dan latihan secara interaktif dengan menggunakan komputer sebagai media pembelajaran.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Terdapat pelbagai perisian matematik yang membantu pengajaran dan pembelajaran matematik. Beberapa kajian mendapati perisian seperti Geometric Sketch Pad (GSP), Cabri dan Geogebra membantu pelajar mengukuhkan konsep geometri dan menganalisis masalah dan situasi yang berkaitan dengan bentuk dan ruang.

Kebanyakan penerbit buku, samada buku teks atau buku rujukan juga menyisipkan cakera padat (CD) dalam buku yang dibekalkan ke sekolah maupun yang dijual secara komersil. CD yang dibekalkan selalunya mengandungi permainan, rancangan pengajaran, masalah matematik dan pakej pembelajaran interaktif. Walaubagaimanapun guru harus mengambilkira aspek pengajaran dan teknikal yang telah dibincangkan dalam topik 2.6 untuk menentukan kesesuaian penggunaan perisian tersebut.

Dalam membincangkan penggunaan komputer dalam pendidikan matematik, penggunaan internet harus diambilkira memandangkan kelebihannya dalam mencapai dan menyebarkan maklumat dengan pantas di zaman teknolgi kini. Pelbagai laman web boleh diakses untuk membantu guru dan pelajar mencari bahan dan maklumat berkaitan matematik. Namun, guru harus berhati-hati dalam menilai maklumat yang sesuai dan wajar dalam pengajarannya.

Internet juga boleh digunakan untuk membuat kajian dan mengumpul data. Selain itu, kini terdapat manipulatif berbentuk virtual yang boleh digunakan secara interaktif oleh pelajar-pelajar.

Perisian yang terdapat dalam komputer itu sendiri juga boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah. Satu contoh yang baik ialah program microsoft excel. Program ini banyak membantu dalam tajuk pengumpulan dan persembahan data.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

3) PENGIRAAN MENTAL
Dalam banya kurusan kehidupan harian, pengiraan tepat adalah tidak diperlukan. Sebagai contoh, dalam urusan jual beli, kita tidak boleh sentiasa menerima hasil pengiraan kalkulator secara membuta kerana kesilapan menekan kekunci kalkulator adalah tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian, kebolehan untuk menganggar reasonableness sesuatu hasil pengiraan adalah sangat berguna untuk membuat keputusan yang bijak dalam situasi jual beli. Sehubungan itu, kebolehan untuk mengira secara mental adalah sangat berguna untuk membuat anggaran yang cepat.

Bayangkan anda sedang berada di depan kaunter juruwang di sebuah pasaraya. Berikut adalahsenarai barang dan harga yang telah anda beli:

Barang Serbuk Cuci Breeze Minyak Masak Natural Telur Ayam Milo

Harga RM23.90 RM26.90 RM12.50 RM13.20

Barang Ikan Siakap Kerang Biskut Jacobs Bawang Putih

Harga RM18.45 RM 3.50 RM 9.90 RM 4.30

Setelah juruwang memasukkan harga semua barang dalam mesin wang, anda melihat skrin mesin itu memaparkan RM143.45 Gunakan anggaran secara mental untuk membuat keputusan samada anda akan terus membayar sejumlah wang itu atau tidak. Jelaskan justifikasi untuk keputusan anda..

Teknik Pengiraan Mental

Hukum tukar tertib (commutative), hukum sekutuan (associative) dan hukum taburan (distributive) membolehkan nombor disusun dan dicerakinkan supaya mudah dikira secara mental. Begitu juga,teknik membilang secara menaik dan

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

membilang secaramenurunadalah kaedah yang cekap untuk menambah jika nilai yang ditambah (addends) ialah 1, 2, 3, 10, 20, 30, 100, 200, 300 dan selanjutnya. Contohnya dalam pengiraan 45 + 30, mulakan dengan 45 dan bilang secara menaik sebanyak 10 untuk mendapatkan hasiltambah: 45, 55, 65 75. Teknik membilang secara menurun merupakan kaedah yang cekap apabila ditolak 1, 2, atau; 10, 20 atau 30 dan selanjutnya. Misalnya 87 2, mulakan dengan nombor yang lebih besar, 871 dan lakukan proses membilang secara menurun: 871, 870, 869.

Cari nilai yang tepat untuk setiap ungkapan berikut dengan membilang secara menaik atau menurun. Jelaskan proses yang digunakan dalam setiap kes. a) 286+30 b) 18200 +2300 c) 962 3

Kombinasi sesetengah nombor membuatkan penambahan mudah dilakukan contohnya25and175, juga mudah untuk didarab,

contohnya28x10. Nombor yang mudah untuk dikira secara mental dinamakan nombor serasi (compatible). Teknik inimemerlukan pemilihan pasangan nombor yang serasi (compatible)untuk dioperasikan dan melibatkan fakta asas.Kebanyakan orang boleh menambah dan menolak secara mental nombor- nombor gandaan 10atau 100,contohnya 70+20=90, dan boleh mendarab gandaan 10dan 100,contohnya, 34x100=3400. Misalnya, pendaraban (2 x 8) x (5 x 7) lebih mudah jika (2 x 5) x (8 x 7) kerana 2 x 5 = 10, seterusnya 8 x 7 = 56 dan 10 x 56 = 560. Cari nombor yang serasi (compatible) untuk mencari jawapan yang tepat bagi ungkapan- ungkapan berikut: a)(25x 9)x (11x 4) b) (5x 15)x (20x 3)

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

4) PENGANGGARAN
Teknik pengiraan mental atau congak dan pengganggaran adalah komponen penting dalam matematik. Misalnya seorang ahli biologi yang mengkaji tentang penguin ingin menganggar populasi penguin. Maka, teknik pengiraan mental dan pengganggaran nilai tempat diperlukan untuk kajian masalah ini. Terdapat empat teknik penganggaran yang akan kita perhatikan. Ini memerlukan kepada pemahaman numerasi dan pengetahuan tentang fakta-fakta asas. Seperti juga teknik- teknik untuk pengiraan mental yang diterangkan dalam2.7.1, ini juga melibatkan membuat keputusan samada anggaran itu boleh diterima untuk situasi yang berkaitan dan teknik mana yang harus digunakan untuk dapatkan anggaran itu. Semua teknik penganggaran nombor melibatkan penukaran nombor yang dengan

paling hampir dan mudah untuk dikira secara mental. Perkaitan dengan

keadaan sebenarmenentukan sama ada jawapan yang tepat atau anggaran sahaja yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Anggarkan jawapan bagi ungkapan- ungkapan berikut: a. b. c. 478+223 8x26 578+603 +614 +582d. 36563-8180

5) BAHAN MANIPULATIF
Definisi bahan manipulatif Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik di sekolah rendah menggunakan bahan manipulatif seharusnya menjadi suatu kemestian. Ramai dalam kalangan pendidik khususnya guru matematik mengakui hakikat bahawa bahan manipulatif adalah kunci penting kepada pengajaran kepada

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

kanak-kanak. Perkara ini didasari oleh teori Jean Piaget, seorang ahli psikologi dan falsafah yang banyak mengkaji dan membahaskan ilmu berkaitan tahap kognitif kanak-kanak. Menurut Piaget (1952) kanak-kanak memerlukan

pengalaman konkrit untuk memahami istilah matematik dan simbol matematik. Hal ini kerana, murid-murid sekolah rendah masih berada dalam peringkat operasi konkrit di mana pemikiran abstrak dan hypotetikal mereka masih belum terbina sepenuhnya. Peringkat operasi konkrit adalah dalam peringkat umur 7 tahun hingga 11 tahun iaitu julat umur bagi kebanyakan murid-murid sekolah rendah. Pemikiran hypotetikal ialah pemikiran di mana seseorang itu berfikir berdasarkan situasi atau idea yang boleh diimaginasi berbanding yang realistik dan benar. Daya imaginasi pada peringkat kanak-kanak adalah lebih rendah berbanding orang lebih dewasa. Menurut Heddens (2005) bahan manipulatif ialah model konkrit yang melibatkan konsep matematik, menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh dan digerakkan oleh murid-murid. Pada masa sekarang, bahan manipulatif digunakan dalam pengajaran matematik telah diterima yang boleh diguna pakai sebagai satu kaedah yang akan membantu murid-murid belajar matematik dengan lebih bermakna. Pendek kata, bahan manipulatif membantu murid-murid membina imej mental yang lebih jelas untuk memahami idea-idea dan konsep-konsep matematik (Weiss, 2006).
Rajah 1: Guru boleh mengajar konsep menggunakan takrif rajah sebagai perwakilan fizikal atau bahan manipulatif pada peringkat operasi konkrit

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Sementara itu, menurut Swan dan Marshall (2010) bahan manipulatif matematik merupakan objek yang dikendalikan individu melalui deria yang mana pemikiran matematik dapat dipupuk dalam keadaan individu itu sedar atau tidak sedar. Deria yang digunakan termasuk deria sentuh dan lihat. Oleh yang demikian, bahan manipulatif matematik boleh mendorong ke arah kesedaran, pembangunan konsep dan idea yang dikaitkan dengan matematik sementara setiap bahan manipulatif yang direka adalah untuk tujuan tersendiri. Antara bahan manipulatif yang terkenal ialah Attribute Blocks, Base Ten blocks, Cuisenaire rods, Multilinks cubes, Pattern Blocks,

Polydrons/Geoshapes, square tiles dan Unifix cubes. Kesemua bahan manipulatif ini mempunyai fungsi tersendiri untuk konsep matematik yang berlainan. Terdapat juga sebilangan sarjana yang berpendapat abakus, kalkulator dan carta pecahan sebagai sebahagian daripada bahan manipulatif matematik. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa penggunaan kalkulator sebagai bahan manipulatif dapat meneguhkan sesuatu konsep empat operasi asas yang telah diajar kepada murid. Simbol-simbol yang terdapat pada kalkulator boleh mewakili konsep operasi asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi yang mana dapat mengukuhkan konsepsual matematik. Walaubagaimanapun hal ini adalah tidak benar kerana abakus dan kalkulator ialah alat pengiraan manakala carta pecahan (fraction chart) pula diklasifikasikan sebagai alat bantu mengajar. (Swan dan Marshall, 2010). Namun begitu abakus, kalkulator dan carta pecahan boleh digunakan bagi menyokong dan membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik kerana alat-alat tersebut diakui sebagai sebahagian daripada resos matematik.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Rajah 2: Jean Piaget

Rajah 3: Jerome Seymour Bruner

Pada tahun 1973, Jerome Seymour Bruner telah melakukan suatu pemerhatian di sebuah sekolah. Bruner ialah seorang ahli psikologi yang banyak memberi sumbangan yang signifikan terhadap bidang psikologi kognitif manusia dan teori pembelajaran kognitif. Dalam kajiannya itu, beliau telah memperhati kanak-kanak menggunakan bahan manipulatif konkrit dan menyedari terdapat satu proses di mana murid membina pengetahuan konsep matematik di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) tersebut. Pemerhatian beliau bermula apabila guru menunjukkan contoh-contoh bagaimana untuk menggunakan bahan manipulatif itu. Setelah itu, kanak-kanak mengaplikasikan bahan manipulatif tersebut. Kemudiannya, kanak-kanak itu diminta untuk tampil ke hadapan melukis gambar tentang konsep dan menulis penjelasan apa yang difahaminya di papan hitam. Melihatkan kepada tingkah laku kanak-kanak tersebut, Bruner berpendapat kanak-kanak tersebut telah memahami konsep matematik yang difahami dalam mentalnya (abstrak) dan dapat pula menjelaskan dalam bentuk lukisan (konkrit). (Kosko dan Wilkins, 2010, p. 79). Di sini dapat difahami bahawa bahan manipulatif ialah bahan yang merapatkan jurang idea matematik abstrak dengan idea matematik konkrit supaya murid mahir atau matang dalam ilmu matematik. (Frank, 2012).

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Rajah 4: Dua jenis teknologi yang berbeza tetapi mempunyai fungsi yang sama. Kedua-dua alat untuk pengiraan ini dapat membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) namun begitu kedua-duanya juga tidak diklasifikasikan sebagai bahan manipulatif. Kalkulator (gambar pertama) berperanan sebagai medium kepada bahan manipulatif maya manakala abakus (gambar kedua) berfungsi sebagai medium kepada bahan manipulatif fizikal. Rajah 5: Attributes block adalah satu jenis bahan manipulatif untuk menyediakan tugas-tugas yang mencabar dan berstruktur yang dikaitkan dengan identifikasi sifat. Murid boleh membentuk sifat seperti muka manusia daripada blok-blok bentuk matematik ini

Selepas meneliti semua aspek, bahan manipulatif dapat disimpulkan sebagai alat atau bahan yang bersifat konkrit atau maujud yang melibatkan penggunaan tangan murid-murid dengan cekap terhadap objek yang dapat dipegang dan dimanipulasi untuk membantu murid-murid peringkat pra operasi membina pengetahuan dan konsep matematik secara langsung atau tidak langsung. Guru boleh membiarkan murid-murid menggunakan bahan manipulatif secara langsung untuk bermain, meneroka, membina, menguji dan membilang dengan harapan murid-murid tersebut dapat menguasai konsep

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

matematik dengan lebih baik. Contoh lain bahan manipulatif fizikal selain di atas yang boleh didapati dengan mudah dari persekitaran ialah butang baju, bongkah kayu, batu, penutup botol, guli dan lain-lain.

Rajah 6: Gamabar satu ialah contoh Unifix Cubes. Gambar dua menunjukkan kanakkanak meneroka dan bermain sendiri Unifix Cubes. Unifix Cubes berwarna warni, kiub saling pautan yang dapat membantu kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas belajar matematik awal dan membaca konsep matematik.

Definisi bahan manipulatif maya Dalam membina ilmu pengetahuan matematik terdapat laluan atau kaedah alternatif yang boleh digunakan selain bahan manipulatif iaitu menggunakan bahan manipulatif maya sebagai salah satu kaedah pengajaran matematik masa kini. Bahan manipulatif maya diakui dapat memberi kesan yang sama kepada murid iaitu P&P yang lebih bermakna. Bahan manipulatif maya boleh didefinisikan sebagai satu interaktif, berasaskan laman sesawang yang menunjukkan visual objek yang dinamik yang digunakan untuk membina pengetahuan matematik. (Moyer et al., 2002, p.373). Bahan manipulatif maya juga dapat didefinsikan sebagai replika yang betul kepada bahan manipulatif konkrit dan diletakkan dalam internet dalam bentuk aplikasi computer untuk membina pengetahuan matematik

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

(Moyer, Bolyard & Spikell, 2002). Ramai penyelidik percaya yang bahan manipulatif maya mempunyai keupayaan dan potensi untuk menangani kebanyakan kelemahan utama dalam menggunakan bahan manipulatif fizikal dalam P&P. (Clemets & Sarama, 2005; Moyer, Niezgoda, & Stanley, 2005; Yuan Lee, & Wang, 2010). Bahan manipulatif maya mempunyai banyak kelebihan seperti keupayaan interaktiviti, pengubahan, perwakilan yang fleksibel, sumber yang tidak terhad, dan mudah untuk dibersihkan. Banyak kajian yang menunjukkan bahan manipulatif menyediakan kelebihan yang unik dan boleh menjadi lebih efektif berbanding bahan manipulatif fizikal dalam menyokong pembelajaran. (Wright, 1994; Clements & Sarama, 1998; Suh & Moyer, 2007). Sementara itu, tidak semua perisian komputer yang berkaitan dengan pembelajaran itu adalah bahan manipulatif maya. Hal ini kerana perisianperisian seperti Mathdisk, Geogebra dan MathXpert berfungsi sebagai medium kepada penyampaian bahan manipulatif maya. Perisian-perisian sebegini adalah platform kepada terbentuknya bahan manipulatif maya melalui kaedah-kaedah tertentu yang boleh dijadikan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) . Penggunaan perisian-perisian ini dalam P&P diperlukan untuk mencetuskan pengajaran yang lebih bermakna, menarik minat dan menyeronokkan di samping memudahkan proses pembinaan konsep matematik dalam mental murid. Bahan manipulatif maya adalah sama dengan bahan manipulatif fizikal seperti Attribute Blocks, Base Ten blocks, Cuisenaire rods, Multilinks cubes, Pattern Blocks, Polydrons/Geoshapes, square tiles dan Unifix cubes tetapi direka dalam bentuk maya dalam komputer. Dalam perkataan yang mudah, bahan manipulatif maya adalah juga bahan manipulatif fizikal tetapi diterjemah atau ditukar ke dalam bentuk perisian komputer dan kebanyakkan boleh didapati di internet.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Rajah 7: Gambar satu ialah rod cuisanaire, gambar dua pula ialah base 10 block, dan gambar ketiga ialah tangram puzzles. Di dalam dunia komputer, ketiga-tiga bahan manipulatif fizikal ini menjadi bahan manipulatif maya yang lebih fleksibel, boleh dimanipulasi tanpa had dan dapat memberi pemahaman konsep yang lebih menyeluruh tanpa halangan seperti yang berlaku dalam dunia realiti.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa bahan manipulatif maya adalah bahan manipulatif konkrit yang ditransformasikan atau diterjemahkan dalam bentuk visual iaitu bentuk maya, diletakkan di dalam internet, digunakan secara fleksibel dalam bentuk perisian komputer dan dapat dimanfaatkan untuk membina pengetahuan matematik dan membantu murid memahami idea dan konsep matematik. Contoh bahan manipulatif maya ialah Geometry applet yang menyediakan pengalaman dinamik dalam geometri 3 dimensi (Joyce, 2005); Algebra tiles memberi peluang kepada pengguna untuk menyiasat konsep dan hubungan dalam algebra (Texas A.2005); dan Base ten blocks activities yang membantu pengguna untuk menda pat pemahaman tentang nilai tempat dan operasi (Mankus, 2005) secara interaktif. Peranan bahan manipulatif dan bahan manipulatif maya dalam

mewujudkan P&P yang bermakna Apabila seseorang guru menggunakan bahan manipulatif sebagai alat kognitif seharusnya guru tersebut dapat meningkatkan proses pengajaran dan

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

pembelajaran (P&P) selain menggalakkan murid untuk sentiasa mengekalkan maklumat yang diperolehi dalam ingatannya. Ia adalah diakui bahawa penggunaan bahan manipulatif bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian murid tetapi meningkatkan kefahaman konsepsual dan kemahiran penyelesaian masalah mereka. Bahan manipulatif memberikan pengalaman konkrit, pengalaman hands-on yang mana dapat menfokuskan perhatian dan menguatkan motivasi murid. (Durmas dan Karakirik, 2006). Apa yang dimaksudkan di sini ialah bahan manipulatif dianggap sebagai alat yang dapat memberi murid pembelajaran secara konkrit, menyediakan peluang kepada murid untuk memanipulasi, menarik perhatian murid dalam P&P dan dapat meningkatkan minat murid terhadap pengajaran guru sekaligus merangsang motivasi murid. Di samping itu juga, bahan manipulattif juga dapat meingkatkan motor halus kanak-kanak dengan aktiviti hands-on. Selain itu juga, bahan manipulatif juga memberi murid-murid satu cara untuk memahami konseptual matematik yang abstrak dengan membolehkan murid-murid menghubungkan konsep tersebut dengan idea konkrit yang informal. (Uribe-Florez & Wilkins, 2010, p. 363). Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahan manipulatif dapat membantu murid memahami idea-idea matematik yang abstrak dengan membolehkan murid-murid

mengaitkannya dengan perkara atau idea konkrit secara tidak langsung. Berlakunya perkara ini maka P&P yang dijalankan guru adalah lebih bermakna kepada murid-murid.

Rajah 8: Bahan manipulatif bukan sahaja memudahkan pemahaman murid terhadap konsepkonsep matematik tetapi meningkatkan motor halus murid kerana melibatkan pengalaman hands-on murid

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

Menurut McKinney, Schiamberg dan Shelton (1998) murid akan berminat untuk belajar sekiranya mereka berpeluang untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti P&P dan perkara ini hanya akan berlaku jika dalam guru menyediakan bahan atau alat yang berfungsi sebagai bahan manipulatif. Apabila bahan manipulatif disediakan pembelajaran aktif akan berlaku dan murid akan terlibat dalam P&P secara langsung. Melalui cara ini, bahan manipulatif akan dapat membangkitkan minat, rasa ingin tahu, sekaligus disiplin dan sifat kerjasama akan terbentuk dalam kalangan murid.
Rajah 9: Pembelajaran secara aktif tidak membosankan selain dapat meningkatkan rasa ingin tahu (inkuiri), disiplin dan kerjasama antara murid. Semua ini dapat dicapai dengan penggunaan bahan manipulatif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tambahan pula, secara tidak langsung juga bahan manipulatif dapat mengatasi pelbagai masalah disiplin murid semasa di dalam kelas seperti mengganggu rakan semasa belajar, tidak menumpukan perhatian dan membuat salah laku yang lain. Bahan manipulatif berperanan secara tidak langsung dalam hal ini apabila murid mula menunjukkan minat dan fokus apabila mereka memanipulasi bahan manipulatif. Hal ini terjadi disebabkan bahan manipulatif itu adalah menarik kerana mempunyai warna yang pelbagai sebagai contoh Cuisanaire Rods. Cuisanaire rods memberi peluang kepada murid belajar secara hands-on tentang konsep matematik seperti 4 operasi aritmetik asas dan perkara berkaitan dengan pecahan. Menurut Mok Soon Sang (1996), bahan manipulatif memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh dan deria pendengaran. Bahan manipulatif merupakan bahan yang boleh merangsang deria manusia dan diaplikasikan dalam konsep pembelajaran. Kanak-kanak peringkat operasi

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

konkrit sangat memerlukan bahan manipulatif sebagai bahan rangsangan dalam pembelajaran. Bahan manipulatif maya juga berperanan seperti bahan manipulatif fizikal kerana bahan manipulatif maya adalah model sebenar bahan manipulatif fizikal. (Dorwand & Heal, 1999). Bahan manipulatif maya juga menyediakan persekitaran yang interaktif di mana murid dapat mencari dan

menyelesaikan masalah yang mereka hadapi untuk membentuk hubungan antara konsep matematik dan operasi. Bahan manipulatif maya juga memberikan maklum balas segera terhadap jawapan murid-murid yang mendorong murid-murid untuk memberi reaksi dan reflek bagi membentuk kekonseptualan matematik mereka. Walaupun bahan manipulatif maya juga adalah simulasi kepada bahan manipulatif fizikal tetapi ia adalah abstrak kerana tidak berlaku aktiviti hands-on untuk bahan manipulatif maya. Bahan manipulatif maya juga boleh digunakan secara bergilir-gilir dengan bahan manipulatif fizikal kerana bahan manipulatif tidak diharapkan untuk menjadikan konsep matematik boleh disentuh tetapi untuk menyorot (highlight) ciri-ciri yang menonjol dan penting tentang konsep. Jadi, ia adalah diperlukan untuk merekacipta bahan manipulatif matematik yang khusus untuk konsep matematik yang berbeza. Bahan manipulatif maya juga menyediakan kelebihan yang lebih berbanding bahan manipulatif fizikal dengan menyingkirkan sekatan dan halangan yang mungkin akan ditempuhi dalam menjalankan tugasan matematik ketika bahan manipulatif fizikal digunakan. Sebagai contoh bahan manipulatif maya adalah fleksibel boleh digerak-gerak dalam pelbagai cara dan kita boleh melakukan apa sahaja tanpa halangan. Apa yang dapat disimpulkan kebanyakan bahan manipulatif maya adalah lebih bermanfaat berbanding bahan manipulatif fizikal walaupun kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama. (Yuan, 2012). Guru perlu bijaksana dan kreatif dalam memilih bahan manipulatif fizikal dan bahan manipulatif maya kerana kedua-duanya memiliki kekuatan dan kelemahan tersendiri. Bahan manipulatif maya menjadi pelengkap kepada

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

kelemahan bahan manipulatif fizikal yang terbatas penggunaannya dan juga tidak fleksibel. Nanum begitu, bahan manipulatif maya pula tidak dapat menyediakan pengalaman yang hands-on kepada murid dan perkara ini adalah salah satu kekuatan bahan manipulatif fizikal.

Kesimpulan Pada era globalisasi dan teknologi seperti zaman sekarang, guru perlu memperbanyakkan pembacaan, kajian dan mengambil inisiatif bagaimana untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Penggunaan bahan manipulatif fizikal dan bahan manipulatif maya adalah contoh bahawasanya guru perlu proaktif dalam memainkan peranan sebagai pendidik. Pengajaran dan pembelajaran yang bermakna bermula daripada seorang guru dan bahan manipulatif hanya dapat membantu guru tersebut. Selain itu juga guru perlu bijak memilih bahan manipulatif fizikal atau bahan manipulatif maya kerana kedua-dua bahan perlu digunakan secra bergilir-gilir bagi melengkapi kelemahan dan kekuatan masingmasing. Dapat disimpulkan bahawa banyak peranan bahan manipulatif dalam mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Guru perlu sedar dan sentiasa memastikan pendidikan yang dibawa adalah ketinggalan zaman dengan mengamalkan pembelajaran pasif dan mengabaikan bahan manipulatif sebagai resos matematik yang membantu pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh : Chong Wai Mun Chu Lee Ming Teoh Jing Shan Yap Tsin Huey

You might also like