You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KALI 2/2013 JAWATANKUASA INDUK PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21.

: : :

25hb April 2013 1230 Tengah hari Bilik Mesyuarat SK All Saints

Tn Hj Mohd Nasir bin Abu Bakar Tn Hj Muhammad Yunos bin Koming Pn Mahani binti Mohd Shariff Encik Rozali bin Hassim Pn Halimah binti Abdul Majid Pn Hajah Norliah binti Shahidin Pn Fathiyah binti Abdul Kadir Pn Goh Cheng Im Pn Habibah binti Ahmad Taupit Pn Hasfalyla binti Amat Hamimam Encik Imran bin Supin Pn Lim Ping Hua Pn Mulyati binti Adnan Pn Hajah Norhayati binti Ismail Pn Norhayati binti Ayob Pn Rosdiayu binti Ab Ghadin Cik Rozita binti Mohd Yusoff Pn Suhaida binti Isni Encik Yusainy bin Yusoff Pn Yuvarani a/p Saravana Sami Pn Zarehan binti Abu Hassan Azahari

Guru Besar PK Pentadbiran PK Hal Ehwal Murid PK Kokurikulum PK Petang

Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Pengerusi. 1.1. 1.2. Mengalu-alukan kedatangan semua guru ke Mesyuarat PBS kali 2 bagi tahun 2013. Pengerusi turut mengalu-alukan kedatangan Pn Halimah binti Abdul Majid bagi menggantikan Pn Falthiyah binti Ali selaku Penolong Kanan Petang.

1.3.

Pengerusi menyatakan kepentingan pelaksanaan PBS yang menjadi agenda utama dalam sistem pendidikan kini di bawah dasar Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

1.4.

Pengerusi juga menekankan kepentingan integriti profesionalisme seorang pendidik dalam Penjaminan Kualiti PBS itu sendiri.

Makluman : Semua

2.

Pengesahan Minit. 2.1. Minit mensyuarat lalu dicadangkan untuk diterima oleh Pn Suhaida binti Isni dan disokong oleh Pn Mulyati binti Adnan. 2.2. Tiada perkara berbangkit.

Makluman : Semua

3.

Laporan Pelaksanaan PBS. 3.1. Kajian PBS oleh Lembaga Peperiksaan. Ia bertujuan untuk penambahbaikan kepada yang sedia ada. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh guru dalam menjayakan kajian tersebut.

Makluman : Semua

3.2.

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) Pn Hajah Norliah binti Shahidin selaku S/usaha Peperiksaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya, iaitu mendaftar dan menjana kata laluan Guru Besar dan Penolong Kanan untuk pertama kalinya dalam sistem serta mendaftar kelas, mengemaskini mata pelajaran serta menjana kata laluan semua guru terlibat bagi sesi 2013. Semua guru telah menerima surat log-in dan diminta untuk mengambil tindakan sewajarnya. Pengerusi memaklumkan kepada semua guru agar sentiasa mengemaskini skor ke dalam sistem memandangkan sistem sentiasa dipantau di peringkat PPD/JPN dan Lembaga Peperiksaan. Makluman dan tindakan : Guru Pentaksir

4.

Isu-isu Pelaksanaan PBS. 4.1. Gangguan pada sistem online. Pengerusi menekankan supaya guru sentiasa peka dengan apa jua pengumuman dalam sistem. Memandangkan terdapat gangguan pada sistem online, guru perlu sentiasa mengemaskini rekod transit sebagai rekod sokongan. 4.2. Instrumen dan evidens Instrumen yang digunakan oleh guru perlu disimpan di dalam fail pentaksir sebagai bahan rujukan. Sekiranya guru menggunakan buku aktiviti sebagai instrumen, guru perlu membuat salinan serta memastikan helaian yang digunakan ditulis pernyataan band. Evidens yang telah ditanda perlu direkod pencapaian band murid tersebut ke dalam rekod transit sebelum diserahkan kepada murid untuk simpanan Fail Perkembangan Murid (FPM).

Tindakan dan Makluman : Guru Pentaksir

5.

Kes-kes Khas PBS. 5.1. Kes Ponteng Puan Goh Cheng Im memaklumkan bahawa ada beberapa orang murid yang selalu tidak hadir ke sekolah dan ini menyukarkan pentaksiran dilaksanakan untuk murid tersebut. Beliau memohon tindakan sewajarnya dari pihak Hal Ehwal Murid bagi mengatasi masalah tersebut. Puan Mahani selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawasanya tindakan telah pun diambil dengan menghantar surat makluman kepada ibubapa murid berkenaan untuk tampil ke sekolah bagi membincangkan masalah ketidakhadiran tersebut. Namun masih belum mendapat sebarang tindak balas. Pengerusi meminta guru melaksanakan pentaksiran kepada murid yang ponteng ini sekiranya dia hadir ke sekolah dengan kadar segera bagi mengelakkan berlaku keciciran.

Tindakan : PK HEM dan Guru Pentaksir

6.

Laporan Penjaminan Kualiti. 6.1 Penjaminan Kualiti Pementoran Jawatankuasa pementoran sedia membantu guru dalam apa jua permasalahan yang timbul dalam melaksanakan PBS. Guru juga boleh mendapatkan khidmat bantu dari jawatankuasa Pementoran berhubung PBS. 6.2 Penjaminan Kualiti Penyelarasan Rekod Transit telah diselaraskan untuk kegunaan guru pentaksir merekod pencapaian murid sebelum dipindah masuk ke dalam SPPBS secara online. Evidens murid hanya akan dikembalikan kepada murid di akhir tahun bagi penggunaan semula fail untuk tahun seterusnya. Penggunaan buku aktiviti sebagai bahan pentaksiran tidak perlu dimasukkan ke dalam FPM. Guru perlu menyediakan bahan bukti bagi pentaksiran secara lisan dalam bentuk bergambar secara berkelompok. 6.3 Penjaminan Kualiti Pengesanan Jawatankuasa Pengesanan telah membuat pengesahan untuk menerimapakai buku kerja yang telah dipilih oleh guru pentaksir sebagai instrument pentaksiran. Jawatankuasa Pengesanan juga mencadangkan guru menggunakan alternatif lain sekiranya instrumen di dalam buku kerja tersebut didapati tidak bersesuaian dengan tahap kefahaman murid. 6.4 Penjaminan Kualiti Pemantauan Pemantauan akan dilaksanakan oleh barisan pentadbir secara berkala mengikut Jadual Pencerapan Guru berdasarkan takwim sekolah. Guru juga perlu memastikan setiap evidens murid disimpan di dalam Fail Perkembangan Murid (FPM). Jawatankuasa Pemantauan akan memantau sistem fail berkaitan PBS iaitu Fail Induk, Fail Pentaksir (setiap guru pentaksir), Fail Showcase dan Fail Perkembangan Murid (FPM). Instrumen pemantauan akan diedarkan kepada guru pentaksir sebagai bahan rujukan dalam melengkapkan fail yang berkenaan.

Tindakan dan Makluman: Semua

7.

Hal-hal lain. Tn Hj Yunos mengingatkan guru untuk sentiasa membantu murid menguasai band yang ditaksir dan tidak mengabaikan murid yang lemah. Beliau juga meminta guru untuk sentiasa mematuhi MMI serta merancang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai serta menarik minat murid untuk aktif dalam proses PdP. Pn Mahani meminta apa jua masalah yang berkaitan dengan murid agar dilaporkan terus kepada beliau bagi memudahkan beliau mengambil tindakan selanjutnya. Tindakan dan makluman : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 0135 petang.

Laporan disediakan oleh : .. (Norliah binti Shahidin) Setiausaha PBS SK All Saints

Disemak oleh : (Hj Mohd Nasir bin Abu Bakar) Guru Besar SK All Saints

You might also like