You are on page 1of 16

PENULISAN ILMIAH

1.

Pengenalan

Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja, projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium, simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah.

Panduan penulisan ini merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal kepada warga organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan hasil penulisan ilmiah yang baik.

Panduan ini akan membincangkan secara umum tentang format dan kaedah menulis sesebuah penulisan ilmiah. Garis panduan yang dimuatkan di sini adalah untuk kegunaan para guru dan pelajar yang bakal terlibat dalam aspek penulisan ilmiah. Adalah diharapkan, melalui usaha ini pembaca akan dapat pengetahuan untuk menyediakan dan membentangkan hasil penulisan ilmiah yang berkualiti.

2.0

Definisi Konsep

Penulisan

ilmiah

merupakan

satu

bentuk

penulisan

formal

untuk

mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam penulisannya (APA, 2001).

Menurut Universiti Teknologi Malaysia (2001) pula, penulisan ilmiah merupakan satu penulisan bersifat akademik seperti Projek Sarjana Muda, Laporan Projek Sarjana, Tesis atau Disertasi Penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajian secara kerja kursus maupun penyelidikan.

Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995) di Jakarta pula menyatakan bahawa karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian, pengamatan, ataupun peninjauan yang memenuhi syarat berikut:

1. 2. 3. 4.

Penulisannya berdasarkan hasil penelitian; Pembahasan masalahnya sesuai dengan fakta; Perbincangannya melibatkan masalah yang cuba diselesaikan; Menggunakan kaedah tertentu dalam mempersembahkan penulisan dan menyelesaikan masalah yang dibincangkan;

5.

Menggunakan bahasa yang lengkap, terperinci, teratur, jelas, ringkas, dan tepat sehingga tidak terbuka kepada kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca.

Sehubungan itu, seorang penulis perlu memiliki ketrampilan dan pengetahuan dalam:

1. 2. 3. 4.

Masalah yang diteliti, Kaedah penelitian, Teknik penulisan bahan ilmiah dan Penguasaan bahasa yang baik.

3.0

Jenis Penulisan Ilmiah

Terdapat beberapa jenis penulisan ilmiah yang biasa digunakan. Berikut adalah beberapa contoh:

1.

Kerta Kerja Konsep/ Kajian

Kertas kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu pertemuan ilmiah, misalnya dalam seminar, simposium, kolokium, persidangan atau kongres. Di samping itu kertas kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lain seperti pembentangan untuk kuliah tertentu. Biasanya, kertas kerja untuk pembentangan atau penerbitan ilmiah dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan. Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan ide penulis berdasarkan pengalaman dan kajian perpustakaan yang telah dijalankan. Sementara itu, penulisan kertas kajian atau penyelidikan biasanya melaporkan dapatan daripada analisis data yang telah dikumpul melalui proses dan kaedah tertentu dengan menggunakan instrumen tertentu. Oleh itu, dalam penulisan ilmiah berbentuk kertas kajian, beberapa aspek penting seperti objektif kajian, persoalan kajian, kaedah kajian dan dapatan kajian perlu dinyatakan dengan jelas.

2.

Artikel

Artikel berbentuk ilmiah biasanya ditulis untuk pembaca tertentu, umpamanya untuk dimuat dalam majalah ilmiah atau jurnal. Jika artikel itu ditujukan untuk orang awam dan dimuatkan pada surat kabar atau majalah umum, biasanya penyampaiannya adalah secara umum dan bukan berbentuk ilmiah. Biasanya artikel ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal juga boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan.

3.

Kertas Projek, Tesis dan Desertasi

Ketiga jenis penulisan ilmiah ini disediakan untuk memenuhi syarat untuk memperoleh pengakuan tingkat kesarjanaan dalam suatu pedidikan peringkat tinggi. Kertas projek biasanya disiapkan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda sementara tesis disediakan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana atau Master manakala disertasi dihasilkan untuk mendapatkan Ijazah Kedoktoran (UTM, 2001).

4.

Laporan

Laporan ialah suatu wahana penyampaian berita, informasi, pengetahuan atau gagasan dari seseorang kepada orang lain. Laporan yang disampaikan secara bertulis dan berisi serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh dari hasil penelitian, pengamatan ataupun peninjauan juga merupakan satu bentuk penulisan ilmiah (Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah, 1995)

1.

Format Kertas Kerja dan Kertas Kajian

Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang tertentu. Berikut adalah format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak:

4.1

Kertas dan Saiz

Kertas yang biasa digunakan untuk mencetak kertas kerja yang telah siap adalah dari jenis simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4.

1.

Jidar/ Margins

Jidar yang biasa digunakan adalah 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan.

2.

Huruf/ Fonts

Huruf Times New Roman bersaiz 12pt kerap digunakan dalam penulisan ilmiah. Namun demikian, huruf Courier bersaiz 12pt atau huruf Arial 12pt juga biasa digunakan. Huruf dan saiz yang digunakan dalam penulisan mestilah konsistent dan tidak bercampur-campur.

3.

Jarak Antara Baris

Biasanya, jarak antara baris yang digunakan adalah satu setengah langkau (1.5 spacing).

4.

Muka surat

Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i, ii, iii dan seterusnya digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan, synopsis atau exsecutive summary, senarai jadual, penghargaan dan sebagainya.

Nombor menggunakan angka 1, 2, 3 dan sebagainya pula digunakan untuk muka surat seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian rujukan dan lampiran.

5.

Urutan Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan Kajian

Berikut adalah contoh format kertas cadangan penyelidikan tradisional

HALAMAN JUDUL

Halaman Judul Kandungan Senarai Jadual Senarai Singkatan Lampiran

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 1.2 5

Pendahuluan Latar Belakang Kajian

1.3 1.4 1.5 1.6 1.7

Pernyataan Masalah Tujuan Kajian Rasional Kajian Soalan Kajian Batasan Kajian

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

1.

Pendahuluan Tinjauan Am Tinjauan relevan dengan soalan kajian Rumusan

2.2 2.2 2.3

BAB 3 METODOLOGI

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

Pendahuluan Reka Bentuk Kajian Instrumen Populasi/Sampelan Prosedur Pengumpulan Data - kaedah - kajian rintis

1. 2. 3.

Pemerosesan dan Analisis Data Jadual Kerja Anggaran Kos Perbelanjaan / Bajet

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

Berikut pula adalah contoh susunan dan urutan sebuah laporan kajian Halaman Halaman Judul Isi kandungan Abstrak 1.0 Pengenalan 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Matlamat Kajian Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian 4 6 i ii iii 1

2.0 Sorotan Kajian 3.0 Metodologi Kajian 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Rekabentuk Kajian Persampelan Instrumentasi Prosedur Kajian Kaedah Analisis Data

4.0 Perbincangan Dapatan Kajian 4.1 4.2 Demografi .................

11

5.0 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan

20

Rujukan Lampiran

5.0

Penggunaan Bahasa

Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah

penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan.

6.0

Perenggan

Perenggan biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru, atau pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan kedudukannya dalam penulisan :

6.1

Perenggan Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka Pengantar Menarik minat dan perhatian pembaca Menyediakan fikiran pembaca kepada masalah yang akan diuraikan Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan

6.2

Perenggan Penghubung Berisi inti persoalan yang akan dikemukakan. Analisa masalah Antara perenggan dengan perenggan harus berhubungan secara logik

6.3

Perenggan Penutup Merumus dapatan Mengandungi kesimpulan, penegasan dari perenggan penghubung Ringkas, padat dan pendek

1.

Topik dan Tajuk

Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan) perlu ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu dipertimbangkan beberapa hal berikut :

1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas 2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis 3. Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis 4. Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi

Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannya tidak terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses pembatasan topik dapat dipermudahkan dengan cara membuat diagram jam, diagram pohon atau piramid berbentuk terbalik.

Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah pokok pembicaraan dalam keseluruhan karangan yang akan digarap sementara judul ialah nama, tajuk atau semacam label untuk suatu karangan.

Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul:

a. lain b. c. d. e.

Judul merupakan satu-satunya bagian tulisan seseorang yang dibaca oleh orang

Judul perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan Judul biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat Tidak mengandungi singkatan atau akronim.

2.

Kerangka Penulisan

Kerangka merupakan himpunan idea utama penulis yang disusun

dalam

komposisi yang terpadu secara sistematik. Kerangka karangan berguna bagi penulis sebagai pedoman penulisan laporan tersebut. Topik-topik di dalam kerangka yang disusun secara sistematik, langkah demi langkah adalah berguna sebagai pedoman kepada pembaca untuk melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah ini melibatkan perbincangan tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasan hasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan diambil sebagai tindak lanjut. Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang diungkapkan dalam penulisan dengan mudah dan cepat

3.

Format Rujukan

Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti:

(a) (b)

Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)

Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakan Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard):

(i)

Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang

yang

dirujuk, contohnya:

Menurut

Paredis

(1993),

kaedah

penjadualan

dalam

pelbagai

bidang

merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti

(ii)

Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun

perlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya:

Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).

lebih

(iii)

Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang,

nama

kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya:

Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji Kralj dan Petrovic (1995).

oleh

(iv)

Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih,

hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti:

Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam menyediakan jadual waktu untuk universiti.

(v)

Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh

pengarang

yang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b, digunakan untuk membezakan sumber-sumber

c dan seterusnya perlu

tersebut, contohnya:

Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir

dan

Halim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional Jawa.

4.

Bibliografi

Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam bentuk pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahan 5

pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan yang berkaitan dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu penulisan. Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih dahulu. Berdasarkan bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan suatu tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan karya ilmiah tersebut.

Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya:

(a)

Buku

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Pengisian.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: DBP.

(b)

Artikel dalam buku

Southworth, G. (2002). Instructional Leadership in

Schools:

Reflections

and

Empirical Evidence. dlm. Mikac, N. School Leadership and Boston: Allyn & Bacon. 73-91.

Management.

(c)

Artikel dalam jurnal Intructional Management

Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). Assessing The

Behavior Of Principal. The Elementary School Journal, 86(2). 217-247. (d) Tesis

Chew

Chee

Wan

(1993).

Instructional

Supervision

For

Curriculum Disertasi

Implementation: A Case Study Of A School. Universiti Malaya: Sarjana Pendidikan. (e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan Dan

Salim Sulaiman (2000). Peranan Pengetua

Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan Kertas kerja tidak diterbitkan.

Kecemerlangan Pendidikan. PPD Kulai, Johor:

11.0

Cadangan

Selepas kursus ini, guru-guru pembimbing pelajar akan menggunakan panduan penulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di atas bagi membantu pelajar untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti dalam Kolokium Pelajar Tingkatan Enam Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor 2008

5.

Rumusan/ Kesimpulan

Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.

Rujukan

American Psychological Association (2001). Publication Manual of the American Psychological Association. 5th ed.Washington, D.C.: Author.

Gallaudet University (2003). APA Style Ganeral Guidelines.Washington DC: Gallaudet University.

Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995). Pedoman Penulisan Skripsi. Jakarta: LIPI.

Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Skudai, Johor: Penerbitan UTM.

PANDUAN PENULISAN ILMIAH JABATAN SEJARAH FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN Format yang digariskan di bawah adalah berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya (IPS) namun disesuaikan mengikut keperluan penulisan Jabatan Sejarah. Pelajar Ijazah Dasar Jabatan Sejarah yang sedang menyediakan Projek Ilmiah juga mesti mematuhi garis panduan ini sebagai latihan penulisan ilmiah yang baik dan memastikan pelajar-pelajar menulis mengikut prosedur penulisan ilmiah yang betul. Hakikatnya wujud pelbagai format dalam menyediakan sebuah penulisan ilmiah. Namun, untuk tujuan keseragaman bagi penulisan-penulisan Ilmiah dari Jabatan Sejarah dan juga mengelakkan kekeliruan dalam kalangan para pelajar dan pensyarah, panduan ini dapat digunapakai untuk menyediakan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah masing-masing. PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) Setelah pelajar-pelajar jelas dengan tajuk yang dipilih, setiap pelajar perlulah menyediakan Kertas Cadangan Penyelidikan' (Proposal) . Apabila penulisan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah selesai kelak, Kertas Cadangan Penyelidikan ini seharusnya menjadi bahagian Pengenalan ' di dalam Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah masing-masing dan akan diletakkan sebelum Bab Pertama penulisan. Bagi tujuan keseragaman seluruh penulisan Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah Jabatan Sejarah, penyediaan proposal perlu mengikut format yang di bawah,

(1) Bidang Kajian (bagi Tesis dan Disertasi sahaja)

(2) Tajuk Kajian

(3) Latar Belakang Kajian 5

- Memberi gambaran secara umum tentang tajuk kajian yang dipilih. (4) Persoalan Kajian - Persoalan kajian ialah isu utama yang hendak diselesaikan di dalam sesuatu kajian. (5) Objektif Kajian - Objektif kajian ialah perkara-perkara yang hendak dicapai di dalam kajian bagi membolehkan Persoalan Kajian dijawab. (6) Skop Kajian - Skop kajian merupakan lingkungan kajian. Lingkungan ini melibatkan tempoh masa, tema dan lokasi yang dipilih. (7) Kepentingan Kajian - Kepentingan kajian ialah kedudukan kajian yang dilakukan dalam bidang dan penulisan sejarah sedia ada. (8) Ulasan Literatur - Ulasan literatur merupakan ulasan terhadap kajian-kajian lepas yang relevan dengan tajuk yang dipilih. (9) Kaedah Penyelidikan dan Sumber - Kaedah penyelidikan adalah pendekatan yang digunakan dalam bidang penyelidikan. Sumber terdiri daripada dua kategori iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Pelajar perlu menjelaskan kaedah dan sumber-sumber yang digunakan dalam kajiannya. (10) Pembahagian Bab Pembahagian bab ialah struktur kajian yang dipersembahkan dalam Tesis/Disertasi/Projek Ilmiah. (11) Bibliografi

You might also like