You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT UNIT PENTAKSIRAN BERASAKAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CHEDING Bil.

1 Tahun 2011 Tarikh : 27 2011 (Rabu) Masa : 1.30 tengah hari 2.30 petang Tempat: Bilik Komputer SK Seri Cheding

HADIR Pn. Normah binti Zakaria En. Mohd Roshidi bin Rosli En. Zahril Afiz bin Hj. Ishak Pn. Rahmah binti Leman En. Mawardi bin Siro Pn. Riyanis binti Ibrahim Pn. Norhaidah binti Abidin En. Khairunnizam bin Yusop Pn. Siti Zaleha binti Othman Pn. Chai Kim Fah En. Hafizi bin Norddin Pn. Afraha binti Md. Amin (Pengerusi) (Setiausaha PBS)

AGENDA : 2.1 UCAPAN PENGERUSI 2.1.1 Ucapan kata-kata aluan disampaikan oleh pengerusi iaitu Pn. Normah binti Zakaria atas kehadiran jawatankuasa. 2.1.2 Pn. Normah binti Zakaria memaklumkan tujuan bermesyuarat iaitu ingin memaklumkan kepada semua jawatankuasa tentang perancangan dan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. 2.1.3 Beliau juga memaklumkan ahli jawatankuasa perlu memainkan peranan dalam menjayakan segala perancangan di bawah Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

2.2 PERLANTIKAN JAWATANKUASA UNIT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2011 2.2.1 Pn. Normah binti Zakaria memaklumkan setiap ahli jawatankuasa akan mendapat surat lantikan sebagai ahli jawatankuasa Unit Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi 2011 dan meminta setiausaha mengedarkan kepada semua jawatankuasa. 2.2.2 Beliau juga memaklumkan bahawa guru perlu menjalankan tugas sepertimana yang telah diberitahu Jurulatih Utama bagi setiap mata pelajaran semasa menghadiri bengkel dan mesyuarat pada peringkat daerah. 2.3 TAKLIMAT PERLAKSANAAN 2.3.1 Semua data hendaklah menggunakan aplikasi PBS yang terbaru bagi memudahkan penyatuan semua aliran di dalam aplikasi yang disediakan. 2.3.2 Senarai nama murid perlu ditaipkan dalam aplikasi berserta no. s/b dalam tempoh seminggu daripada mesyuarat ini. 2.3.3 Pelaksanaan PBS hendaklah dilakukan sepanjang masa samada waktu P&P atau di luar bilik darjah. Semua pelajar wajib ditafsirkan oleh pentaksir. Tindakan : KPs dan Ps 2.4 HAL-HAL LAIN 2.4.1 Pn. Rahmah memberi cadangan ruang PBS ditempatkan di belakang kelas bagi menempatkan fail setiap murid. Ini adalah bagi memudahkan guru-guru menguruskan fail setiap murid. 2.5 PENUTUP 2.5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa kerana dapat luangkan masa untuk hadir. 2.5.2 Mesyuarat ditanggung dengan tasbih kifarah pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(En. MOHD ROSHIDI BIN ROSLI) Setiausaha PBS, SK Seri Cheding .

. (PN. NORMAH BINTI ZAKARIA) Pengerusi PBS, SK Seri Cheding.

You might also like