You are on page 1of 27

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )

TAJUK 1

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS
Tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa yang digunakan sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Dua bidang utama dalam kajian tatabahasa ialah morfologi dan sintaksis. Tajuk ini hanya akan menghuraikan beberapa konsep penting dalam bidang morfologi. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: 1.1 1.2 1.3 1.4 Takrif Morfologi Struktur kata Bentuk kata Golongan kata

HASIL PEMBELAJARAN i. ii. Membuat rumusan tentang takrif morfologi. Menghuraikan aspek-aspek kajian dalam bidang morfologi bahasa Melayu.

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )

Rajah 1.1: Kerangka Tajuk 1 1.1 Takrif

Secara umumnya morfologi merupakan istilah dalam bidang ilmu linguistik yang menghuraikan sistem bahasa pada peringkat perkataan. Menurut perkataan dari segi struktur, bentuk kata dan penggolongan kata. Bagi Abdullah Hassan (2006) pula morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia, manakala mengikut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Kajian dalam bidang morfologi terdiri daripada tiga subbidang, iaitu: Struktur kata Bentuk kata Penggolongan kata Nik Safiah Karim et al. (2011: 43), morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) 1.2 Bentuk Kata Perkataaan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Setiap perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan yang bersifat abstrak dan hanya wujud dalam fikiran kita.

Bentuk kata boleh terdiri daripada satu mofem atau susunan beberapa morfem. Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk kata seperti yang berikut: kata tunggal kata terbitan kata majmuk kata ganda terhasil melalui proses gabungan suku kata terhasil melalui proses pengimbuhan terhasil melalui proses pemajmukan terhasil melalui proses penggandaan

Bentuk Kata Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Majmuk Kata Ganda

Proses Gabungan suku kata Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaan

Contoh Kata jalan berjalan jalan raya berjalan-jalan

Perbincangan tentang bentuk dan proses pembentukan akan dijalankan semasa interkasi semuka

1.3

Pengolongan Kata

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu. Antara kriteria yang diambil bagi menggolongkan sesuatu perkataan itu ialah: struktur fonologi atau bunyi struktur morfem sintaksis semantik. Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim, et al., 2009:81) menggolongkan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik. Kriteria sintaksis dilihat berdasarkan kehadiran sesuatu perkataan itu sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Kriteria semantik pula merupakan unsur yang memberi makna bagi sesuatu perkataan itu berdasarkan situasi dan konteksnya. Oleh yang demikian, golongan kata dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada empat, iaitu: i. ii. iii. iv. Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kata tugas

Perbincangan tentang penggolongan kata ini akan dihuraikan dalam bab berikutnya dalam modul ini.

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )

TAJUK 2

GOLONGAN KATA

2.0 Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang golongan kata Bahasa Melayu. Terdapat empat golongan kata yang dimuatkan dalam tajuk ini: a. b. c. d. 2.1 Kata Nama Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas

Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda. Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama. Lihatlah rajah di bawah.

Kata Nama

Kata Nama Am

Kata Nama khas

Kata Ganti Nama

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) Contoh bagi setiap subgolongan adalah seperti rajah di bawah.

Kata Nama Am Abstrak roh mimpi keamanan perasmian Konkrit jari meja kipas rumah ladang durian

Kata Nama Khas Hidup (manusia) Hanif Syarifah Alawiyah

Kata Ganti Nama Tunjuk itu ini

Hidup (bukan manusia) Hevea Brasilia (getah) Manihot utilissima (ubi kayu) Si Belang Comel

Diri (orang pertama) ia saya aku beta kami

Tak hidup Gunung Ledang Proton Wira Planet Marikh

Diri (orang kedua) awak kamu anda Diri (orang ketiga) dia beliau mereka baginda Diri (Tanya) apa mana siapa

2.2

Kata Kerja

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )

Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata kerja menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Kata kerja mudah dikenali terutamanya kata kerja terbitan. Apabila kata tersebut mempunyai imbuhan seperti yang disenaraikan di bawah, kata tersebut ialah kata kerja.

Imbuhan awalan akhiran

Contoh me-, men-, mem-, meng-, menge-, ber-, ter-, di-, memper-, -kan, -i.

me--kan, men--kan, mem--kan, meng-kan, apitan ber--kan, ber--an, di--kan, me-..-i, men-i, meng--i, di--i, memper--kan, memper--i, , diper--kan, diper--i

Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti rajah di bawah:

Kata Kerja

Kata kerja transitif

Kata kerja tak transitif

Aktif 2.2.1 Kata Kerja Transitif

Pasif

Berpelengkap

Tanpa pelengkap

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Objek ini dipanggil penyambut. Contoh: Pemburu menembak rusa.

Kata menembak ialah kata kerja transitif aktif kerana kata tersebut perlu diikuti oleh objek (rusa) untuk melengkapkan maksudnya. Terdapat dua jenis kata kerja transitif, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. a) Kata kerja transitif aktif Kata kerja ini umumnya ditandai oleh imbuhan me-, me- -kan, me- -i, memper-, memper- - kan, memper--i. Contoh dalam ayat: 1. Suzana menulis surat. 2. Murid-murid menaikkan bendera. 3. Guru Besar memasuki stor sukan. 4. Penghulu memperbesar anjung rumahnya. 5. Encik Zahari memperisterikan anak sulungnya.

b)

Kata kerja transitif pasif

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )

Kata ini ialah hasil daripada perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Kata kerja ini umumnya ditandai oleh imbuhan di-, di--kan, di--i, di--per, diper- -kan, diper--i. Contoh dalam ayat: 1. Surat ditulis oleh Suzana. 2. Bendera dinaikkan oleh murid-murid. 3. Setor sukan dimasuki oleh Guru Besar. 4. Anjung rumahnya diperbesar oleh Penghulu. 5. Anak sulungnya diperisterikan oleh Encik Zahari. Walau bagaimanapun, bagi ayat pasif yang pelakunya orang pertama dan kedua, bentuk kata kerja yang mempunyai imbuhan di-, di-...-kan, di--i., di--per, diper- -kan, dan diper--i, tidak digunakan. Perhatikan bentuk kata kerja dalam ayat pasif di bawah:

Ayat pasif diri ketiga Laporan itu ditulis oleh beliau.

Ayat pasif diri pertama dan kedua Laporan itu saya tulis. Laporan itu kamu tulis.

Bendera dinaikkan oleh mereka Bendera kami naikkan sewaktu perhimpunan. sewaktu perhimpunan. Bendera awak naikkan sewaktu perhimpunan.

Ucapan perasmian disampaikan Ucapan perasmian akan saya sampaikan. oleh Guru Besar. Ucapan perasmian akan tuan sampaikan.

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )

Banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa tentang penggunaan kata kerja pasif ini. Contohnya: Kereta yang mereka naiki telah melanggar seorang pejalan kaki. Sepatutnya: Kereta yang dinaiki oleh mereka telah melanggar seorang pejalan.

2.2.2 Kata kerja tak transitif a) Berpelengkap Kata kerja tak transitif berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Contoh: Adiknya menjadi doktor. Kita mesti berbuat baik. Kata menjadi dan berbuat ialah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap. Contoh kata doktor dan baik untuk menyempurnakan maksud ayat tersebut.

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan Contoh: Doktor dijadikan oleh adiknya (salah).

Berdasarkan huraian di atas, kenal pasti dan catatkan pelengkappelengkap bagi tiga contoh ayat yang di bawah. i) Pelengkap kata nama Mereka ada tetamu. Pelengkap kata adjektif Hubungan kedua-dua orang itu bertambah kukuh. Pelengkap frasa sendi nama. Pak Samad tinggal di Kampung Baru.

ii)

iii)

b)Tanpa pelengkap Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa penyambut. Contoh: Budak itu menangis. Ayahnya belum kembali. Cikgu Zainal sedang bersembahyang.

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) Kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur keterangan. Lihatlah contoh di bawah: Budak itu menangis kerana lapar. Ayahnya belum kembali sejak semalam. Cikgu Zainal sedang bersembahyang di biliknya.

2.3 Kata Adjektif Kata adjektif dikenal juga sebagai kata sifat. Kata adjektif

menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Ciri inilah yang membezakan kata adjektif dengan kata nama atau kata kerja. Contoh kata adjektif: besar rajin tinggi laju banyak kasar (sangat besar) (sangat rajin) (tinggi sungguh) (laju sangat) (banyak sekali) (sungguh kasar)

Kata adjektif ada beberapa jenis seperti dalam rajah di bawah: Bil. i. ii. iii. iv. v. Kata adjektif Contoh

sifatan atau keadaan berani, pandai, kasar, lemah, sihat warna ukuran bentuk waktu merah, biru, hijau, kuning, kelabu panjang, pendek, kecil, nipis, renek bulat, bundar, lekuk, leper, lonjong baharu, lewat, lambat, awal, suntuk

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) vi. vii. viii ix. jarak cara perasaan pancaindera jauh, dekat, hampir cepat, lincah, laju, lambat, selalu rindu, benci, segan, ragu, sayang sedap, bersih, cantik, bising, harum

Contoh dalam ayat: a) b) c) d) e) f) g) h) i) Badan budak itu lemah kerana tidak makan beberapa hari. Muka gadis itu merah apabila diusik rakan-rakannya. Rambutnya pendek setelah dipotong oleh guru disiplin. Permukaan batu itu lekuk akibat titisan air. Murid-murid yang datang lewat akan dihukum. Rumahnya jauh dari sekolah. Kura-kura berjalan lambat. Maznah rindu akan kampung halamannya. Bilik darjah itu sentiasa bersih.

Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu: Darjah Perbandingan Kata Adjektif Darjah biasa. Darjah bandingan

Contoh: Pokok meranti itu tinggi. Mona setinggi ibunya. Rozi lebih tinggi daripada adiknya.

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) Darjah penghabisan Gunung Kinabalu gunung yang tertinggi di Malaysia.

Kata adjektif mempunyai imbuhan se- dan ter- yang menunjukkan darjah perbandingan. Oleh itu, sekiranya anda terjumpa perkataan seperti contoh di bawah, anda perlu golongkan perkataan tersebut dalam kata adjektif. sebesar sepandai secantik seputih pantas sebesar-besar sepandai-pandai secantik-cantik seputih-putih sepantas terbesar terpandai tercantik terputih terpantas

2.4 Kata Tugas Kata Tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas, sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, penentu, pendepan, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain. Lihatlah jenis-jenis kata tugas.

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Kata Tugas Kata hubung Kata seru Kata Tanya Kata perintah Kata pangkal ayat Kata Bantu Kata penguat Kata penegas Kata nafi Kata pemeri Kata sendi nama Kata pembenar Kata arah Kata bilangan Kata penekan Kata pembenda

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )

Kata-kata tugas di atas dapat dikelompokkan dalam empat kelompok, iaitu: i. ii. iii. iv. Kata penyambung ayat Kata praklausa Kata prafrasa Kata pascakata

2.4.1 Kata Penyambung Ayat Kata Penyambung Ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.

Kata Penyambung Ayat (kata hubungan)

Kata hubung gabungan

Kata hubung pancangan

Relatif 2.4.1 Kata Praklausa

Komplemen

keterangan

Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa. Lihatlah jenis kata praklausa di bawah:

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) Kata Praklausa

Seru pangkal ayat

tanya perintah

pembenar

2.4.2 Kata Prafrasa Kata pembenar ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif. Jenis-jenis kata prafrasa adalah seperti yang di bawah: penguat bantu penegas

bilangan

Kata Prafrasa

nafi

arah sendi nama 2.4.3 Kata pascakata

pemeri

Bentuk nya berfungsi sebagai penekan dan pembenda. i. Kata penekan

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) Kata penekan ialah satu bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.

Contoh: Nampaknya rumah itu akan runtuh pada bila-bila masa.

ii. Kata pembenda Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama.

Contoh: Tingginya pokok itu 30 kaki. Beratnya guni itu 40 kilogram

TAJUK 3 3.1Sinopsis

SINTAKSIS

Sintaksis dapat ditakrif sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat, frasa, dan klausa.

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )

Modul ini akan menjelaskan kepada anda tentang bidang sintaksis bahasa Melayu yang merangkumi aspek: Takrif : Frasa Klausa Ayat Binaan Frasa Klausa Ayat

3.2 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Dalam susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Cuba anda perhatikan contoh-contoh dalam jadual di bawah:-

FRASA Kucing Seekor kucing Seekor anak kucing Seekor anak kucing jantan

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) Binaan ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada konstituen utama iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayatayat dasar bahasa Melayu seperti berikut: i. ii. iii. iv. FN + FN FN + FK FN + FA FN + FS

Untuk memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contohcontoh di bawah: Subjek Frasa Nama Ahmad Cikgu Kucing itu Ayah 3.2.1Jenis-Jenis Frasa Terdapat empat jenis frasa dalam bahasa Melayu iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. Predikat Petani. mengajar saya. sangat manja. ke Kuala Lumpur. Susunannya FN + FN FN +FK FN + FA FN + FS

3.2.1.1Frasa Nama (FN) Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Perhatikan contoh-contoh di bawah:

Frasa Nama

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) Inti Guru Penerang bahasa Melayu itu Predikat sungguh kreatif.

Kakak

budak lelaki itu

sudah berpunya.

Frasa Nama Inti Ibu inti bapa

Predikat dijemput hadir.

Hutan

rimba

perlu dijaga.

3.2.2 Frasa Kerja ( FK )

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT) . KKTT boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti diikuti oleh objek atau unsur-unsur lain. Untuk memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contohcontoh binaan frasa kerja di bawah:-

Subjek Mereka

Frasa Kerja membaca buku.

Kata kerja KKT

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )

Salmah Adik Burung itu

menyanyi di atas pentas. menangis tersedu-sedu. membuat sarang di atas dahan.

KKTT KKTT

KKT

Senaraikan KKTT dan KKT yang terdapat di dalam contoh-contoh ayat di bawah.

Frasa Kerja Subjek Kata kerja 1. 2. 3. 4. 5. 6. Adik Hujan Ayah Pemburu Ibu Guru tidur. turun membaca menembak memasak menyuruh Objek buku. burung. nasi murid-muridnya keterangan dengan lebatnya. di dapur. berlari pantas.

3.2.3 Frasa Adjektif (FA) Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat, sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata adjektif hadir sesudah kata nama. Untuk memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contohcontoh dalam jadual di bawah:-

Subjek (FN)

Predikat

Fungsi Frasa Adjektif

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )

1.Dia 2.Ahmad 3. Kucing

rajin berlari sangat laju binatang jinak

FA sebagai predikat FA sebagai unsur keterangan FA sebagai unsur penerang

Frasa Adjektif Subjek Kata bantu 1. 2. 3. 4. 5. 6. Adik Hujan Ayah Pemburu Nenek Hari sudah masih masih masih Penguat amat sangat Kata Adjektif pandai. lebat. gembira. cekap. cantik gelap Penguat amat. benar.

3.2.1.4

Frasa Sendi Nama (FS)

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang diletakkannya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai dan sebagainya.

Untuk memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contohcontoh binaan frasa sendi nama dalam jadual di bawah:-

Predikat Subjek

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )

1. Ayah 2. Surat itu 3. Hadiah

ke bandar. daripada ibu. untuk ayah.

Frasa Sendi Nama Subjek Kata sendi nama 1. Saya 2. Adik 3. Ayah 4. Pemburu 5. Nenek 6. Peniaga itu dari ke di dari ke ke belakang dalam dalam belakang Kata nama arah Frasa Nama Keterangan

Johor Bahru sekolah rumah hutan belukar keretanya

mencari kayu. mengambil sesuatu

3.3 Klausa Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas. Untuk memahami proses pembentukan klausa, cuba anda perhatikan contoh-contoh di bawah

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )

Klausa bebas/klausa utama

Klausa tak bebas

Awak pandai

kerana awak rajin belajar

Kami akan hadir

sekirannya hari tidak hujan

Mereka akan datang

walaupun tanpa diundang

Klausa tak bebas

Klausa bebas/klausa utama

Beritahu cikgu bahawa

kami akan menghantar tugasan esok

Untuk berjaya

kita kena berusaha dengan gigih.

Demi maruah

Kita perlu berjuang habis-habisan.

3.4 Ayat Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah.

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu:

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) (i) (ii) Ahmad sedang ... ... membuat kerja rumah.

Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada f rasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.

Subjek Ahmad Cikgu Fatimah Ah Chong

Predikat mengulangkaji tatabahasa ke sekolah amat rajin seorang usahawan

Rumus Pola Ayat FN + FN FN + FS FN + FA FN + FN

3.4.1 Pola Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola berikut: Pola 1. 2. Jenis Pola FN + FN FN + FK Subjek Encik Sharin Dia ayat dasar seperti

Predikat ejen insuran, menjerit kesakitan,

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) 3. 4. FN + FA FN + FS Budak itu Pejabat saya sangat nakal, di Kuala Terengganu,

Tahukah anda bahawa daripada pola-pola ayat dasar inilah terbitnya ayat-ayat yang lain yang lebih kompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya

3.4.2 Binaan Ayat Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur frasa tertentu. Dalam bahasa Melayu,bahagian subjek ayat terdiri daripada frasa nama sahaja, manakala bahagian predikat ayat boleh terdiri sama ada frasa nama, frasa kerja, ataupun frasa sendi nama. Perhatikan contoh di bawah:

Subjek Ayat Unsur frasa Ah Tian FN

Predikat Unsur frasa guru senaman. FN

Tipah Suara ketua pengawas itu Munainady

FN FN FN

membeli gula. serak-serak basah. ke sekolah.

FK FA FS

(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU ) Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek ayat dibina oleh frasa nama, manakala predikat ayat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

3.4.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Perhatikan ayat berikut: Pelajar itu membaca buku. Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku). Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayatayat lain. Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:

Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

You might also like