You are on page 1of 1

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menuntut ilmu.

Oleh itu, para pelajar harus bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sekolah dan mengindah sekolah. Kepentingan mengindahkan sekolah adalah untuk mewujudkan suasana yang sihat kepada pelajar serta melatih(mengajar) pelajar menghargai alam sekitar. Terdapat beberapa langkah untuk mengindah kawasan sekolah. Salah satu langkah mengindah sekolah ialah mengadakan aktiviti bergotong-royong. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan pelajar bekerjasama(memupuk semangat bekerjasama pelajar semasa) membersihkan sekolah. Semasa menjalankan aktiviti bergotong-royong, pelajar akan membersihkan longkang, menyapu lantai, mengutip sampah dan (membuat)pembersihan lain. Aktiviti bergotongroyong ini bukan hanya dapat mengindahkan sekolah tetapi juga menanam nilai menjaga alam sekitar dalam kalangan pelajar. Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan(membina) taman bunga di sekolah. Menerusi(Melalui) tindakan ini, taman bunga dapat melahirkan suasana yang indah serta memberi motivasi kepada pelajar untuk menjaga kebersihan kawasan sekolah. Taman-taman ini juga dapat menghijaukan kawasan sekolah dengan menanam pelbagai jenis tanaman seperti pokok bunga yang cantik. Dengan mengadakan taman bunga, nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar dalam kalangan pelajar. Di samping itu, menaik taraf dan membaiki kelengkapan(kemudahan) juga salah satu langkah mengindahkan kawasan sekolah.(Contohnya,) Pelajar boleh mengecat semula dan melukis gambar yang menarik pada bangunan sekolah yang lama. Pelajar juga boleh membaikpulih kelengkapan yang rosak seperti meja, kerusi dan papan lukis. Hal ini(dapat) mengelakkan pelajar merosakkan bangunan kerana pelajar (akan) menghargai(lagi) gambaran bangunan. Kesimpulannya,mengindahkan kawasan sekolah merupakan tanggungjawab(semua)pelajar. Oleh itu, para pelajar harus bertanggungjawab melakukan beberapa langkah(yang dapat)mengindah kawasan sekolah supaya dapat mewujudkan kawasan sekolah yang indah dan bersih agar sesuai untuk belajar(membekalkan tempat yang selesa kepada pelajar untuk belajar). (241 patah perkataan)

You might also like