You are on page 1of 2

KRB 3063 Azhar upsi due 23.

10

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN INDIVIDU 40% ___________________________________________________________________ KOD KURSUS: KRB3063 NAMA KURSUS: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU SEMESTER: 1 SESI 2013/2014 ___________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan individu ini dibahagikan kepada DUA (2), iaitu Tugasan A (25%) dan Tugasan B (15%). Jumlah markah ialah 40%.
2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman atau saiz fon 11 Arial dan jarak langkau baris ialah 1.5. 3. Tugasan 1 hendaklah ditulis 2000 patah perkataan (maksimum) tidak termasuk rujukan. Tugasan 2 pula hendaklah ditulis maksimum 1500 patah perkataan (maksimum), juga tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung setiap tugasan. Jangan salin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

SOALAN TUGASAN A (25%)

SOALAN Sejarah Melayu dan Ranjau Sepanjang Jalan adalah dua buah karya agung yang masing-masing mewakili zaman sastera klasik dan zaman sastera moden. Pilih salah satu karya tersebut dan bincangkan kekuatan karya berkenaan sebagai Karya Agung berdasarkan ciri-ciri yang berikut: a) Pemikiran (mesej dan isi) b) Estetika dan Kepengarangan c) Nilai Budaya dan Pandangan Hidup Catatan: i. Gunakan rujukan yang sesuai dan mencukupi. ii. Gunakan cara penulisan rujukan yang berpandukan gaya APA. _______________________________________________________________________

SOALAN TUGASAN B (15%)

SOALAN Berdasarkan karya agung dan ciri-ciri yang anda bicarakan dalam Soalan Tugasan A di atas, cadangkan dan bincangkan 2 (dua) aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi menerapkan mana-mana ciri berkenaan ke dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Contoh aktiviti yang boleh dipilih adalah:

diskusi, main peranan, simulasi, permainan bahasa, sosio-drama, bercerita aktiviti lain yang bersesuaian Catatan: i. Gunakan rujukan yang sesuai dan mencukupi. ii. Gunakan cara penulisan rujukan yang berpandukan gaya APA. _____________________________________________________________________

You might also like