You are on page 1of 10

COLOR CHECKERS :STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID MENYATAKAN CIRI KHAS YANG MEMBANTU CARA PENYEBARAN BIJI

BENIH ATAU BUAH Barbara Anak Robert Lai wawasyaz90@gmail.com Zaliha Binti Musa zytemys@yahoo.com
Abstrak Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kebolehan murid menyatakan ciri khas yang membantu cara penyebaran biji benih atau buah melalui kaedah Papan Petak Berwarna. Kumpulan sasaran adalah seramai empat orang murid Tahun 5, terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Strategi Papan Petak Berwarna ini dimulakan dengan memperkenalkan cara penggunaan alat bantu mengajar dan menunjukkan tayangan video cara penyebaran biji benih; kemudian saya akan memperkenalkan cara penyebaran biji benih atau buah dan ciri ciri khas yang membantu penyebaran, mengikut warna yang telah ditetapkan; murid akan menulis pada Papan Petak Berwarna dengan bimbingan guru secara berperingkat; murid membuat hubungkait cara penyebaran biji benih dengan ciri ciri khas yang membantu cara penyebaran tanpa bimbingan guru dan diakhiri dengan latihan pengukuhan. Data telah dikumpulkan menggunakan tiga instrumen iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca, nota lapangan sepanjang pelaksanaan dijalankan dan temubual bersama subjek kajian setelah selesai Ujian Pasca. Dapatan kajian menunjukkan Vira menunjukkan peningkatan ketara dari kosong hingga ke 60 %. Manakala Curtis, Shaufi dan Fay masing masing menunjukkan peningkatan ketika ujian Pra dan Pasca ditadbir. Kajian yang saya lakukan dapat mengubah suasana pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan komunikasi antara saya dan murid menjadi lebih baik dan meningkatkan fokus murid ketika guru mengajar. Tambahan lagi, saya lebih teliti memilih bahan bantu mengajar agar sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid.

Tay Soon Hiang ty_hng@yahoo.com

PENDAHULUAN Konteks Kajian Saya adalah guru pelatih semester 7 kumpulan Sains di IPG Kampus Tun Abdul Razak. Ini merupakan praktikum kali ketiga dan saya telahpun menjalani praktikum sebanyak dua kali sebelum ini. Kali ini, saya ditempatkan di sekolah terletak lebih kurang 50 kilometer jauhnya dari kampus. Sekolah yang dimaksudkan adalah SK Bungak, Serian. Majoriti murid di kelas saya berbangsa Bidayuh dan rata ratanya datang dari kampung berdekatan dengan sekolah. Dari segi latar belakang ekonomi, ibu bapa murid bekerja sebagai petani dan buruh. Hanya dua orang sahaja murid yang ibu bapa mereka bekerja sebagai pegawai kerajaan. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Pada 28 Januari 2013, saya mula mengajar tajuk Kemandirian Spesis Tumbuhan. Objektif pembelajaran saya pada ketika mengajar tajuk kemandirian spesis tumbuhan adalah, murid dapat memahami pelbagai tumbuhan mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan kemandirian spesis mereka (Kementerian Pelajaran Malaysia,2012). Saya merancang untuk menagajar tajuk ini secara berasingan mengikut cara penyebaran yang berbeza. Daripada pemerhatian awal yang saya lakukan, murid di kelas ini selesa belajar secara berkumpulan. Oleh kerana itu aktiviti yang saya jalankan selalunya melibatkan kumpulan. Saya percaya bahawa murid yang pandai akan dapat membantu rakan yang lemah. Menurut Mok Soon Sang (2009), melalui aktiviti di dalam kumpulan pelbagai kebolehan, murid murid yang cerdas dapat membantu murid murid yang lemah. . Ketika pertama kali saya mengajar tajuk ini , alat bantu mengajar yang saya gunakan adalah grafik statik grafik yang digunakan bersifat 2D dalam bentuk gambar pada slaid beserta dengan nama biji benih atau buah. Ketika sesi soal jawab, saya mendapati murid saya sukar mengelas bji benih atau buah kerana mereka. Salah seorang daripada murid saya mengangkat tangan dan membertiahu bahawa dia tidak mengenali biji getah. Kesilapan ini berlaku kerana saya telah beranggapan bahawa contoh yang saya gunakan sudah biasa digunakan dalam kehidupan saya. Sebagai contoh Emelyn tidak mengenali buah getah kerana dia tinggal di suasana bandar yang tiada pokok getah.

Emelyn tidak mengenali biji getah, tambahan pula biji getah di dalam gambar adalah biji yang telah keluar dari karung selepas meletup. Tiada gambar biji getah di dalam karung sebelum meletup. (Nota Lapangan: 28.01.2013)

Saya mengubah penyampaian saya dengan membawa bahan maujud ke kelas. Akan tetapi saya tidak memberi penekanan kepada ciri ciri yang ada pada biji benih atau buah yang membantu cara penyebaran. Saya membetulkan jawapan murid dan tetapi tidak menjelaskan secara terperinci kegunaan ciri ciri tersebut. Murid boleh menyatakan ciri yang dilihat dengan mata kasar, akan tetapi ciri tersebut tidak berkaitan dengan cara penyebaran. Andaian saya, murid saya tahu mengenai ciri ciri khas tetapi tidak dapat menyatakan ciri khas dan membuat perkaitan dengan cara penyebaran buah atau biji benih. Tambahan pula, murid saya rata rata mempunyai latar belakang akademik yang sederhana. Saya lebih banyak bercakap berbanding murid murid saya sendiri. Strategi yang saya gunakan seperti aktiviti berkumpulan kurang membantu murid yang lemah kerana pada pemerhatian saya, murid cerdas hanya mengajar rakan rakan yang lain apabila guru mengulang arahan untuk berbuat demikian. Saya mendapati seramai empat orang murid saya tidak dapat menghubungkait cara penyebaran biji benih atau buah dengan ciri ciri khas yang membantu penyebaran. TINJAUAN & ANALISIS MASALAH Isu murid tidak dapat menghubungkait cara penyebaran biji benih dan ciri ciri khas yang membantu penyebaran dikenalpasti ketika saya memberikan lembaran kerja kepada murid. Saya mendapati bahawa Shaufi, Curtis, Fay dan Vira mempunyai masalah yang sama iaitu tidak dapat menyatakan ciri ciri khas yang membantu cara penyebaran biji benih atau buah.Lembaran kerja 1 diberikan dan hanya meliputi kebolehan murid menyatakan cara penyebaran bagi setiap biji benih atau buah. Murid dapat menguasai kebolehan menyatakan cara penyebaran bagi setiap contoh biji benih atau buah yang ditunjukkan. Namun begitu, pada 6 Februari 2013, setelah selesai mengajar keempat empat cara penyebaran biji benih dan ciri khas penyebaran, saya telah memberikan latihan kepada setiap orang murid saya untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka mengenai cara penyebaran dan ciri- ciri khas yang membantu cara penyebaran. Murid dibenarkan berbincang dengan ahli kumpulan mereka. Pada Seramai tiga orang murid tidak hadir ke kelas pada ketika ini. Dua orang daripada mereka terlibat dengan sukan dan sering menjalani latihan di luar. Manakala seorang orang murid tidak hadir ke sekolah pada hari itu. Ini bermakna, hanya 15 orang murid yang terlibat dalam kuiz ini. Markah Will, Doro, Rene, dan Tuyop tidak diambil kira kerana mereka mempunyai masalah pembelajaran yang serius. Will merupakan murid kurang upaya di kelas dan ini diakui sendiri oleh guru yang mengajar kelas tersebut. Manakala Doro, Rene dan Tuyop mempunyai masalah lambat menerima apa yang diajar oleh guru. Setelah hampir sebulan di sekolah, saya sudah dapat perwatakan murid-murid di kelas saya. Saya mendapati bahawa Doro dan Tuyop tidak fokus dalam kelas saya. Pandangan mereka seolah olah saya tidak wujud di hadapan. Saya seringkali menegur malahan memberi peluang kepada mereka bertiga duduk di hadapan. Sikap mereka tetap tidak berubah. Ketika kerja berkumpulan, mereka hanya menyalin jawapan kawan. (Nota Lapangan : 04.02.2013) Pada lembaran kerja 2, saya mendapati bahawa trenda jawapan bagi setiap orang murid dalam kumpulan mempunyai jawapan yang sama. Ahli kumpulan Shaufi didapati hanya mampu menjawab satu jawapan yang sahaja dengan betul. Oleh hal yang demikian, saya telah mentadbir Ujian Diagnostik kepada 15 orang murid secara individu bagi memastikan masalah tidak dapat menyatakan ciri khas yang membantu cara penyebaran biji benih atau buah. Daripada 15 orang murid, hanya 4 orang murid masih melakukan kesalahan yang konsisten iaitu Curtis, Shaufi, Fay dan Vira. Analisis jawapan empat orang murid dalam Ujian diagnostik boleh didapati pada Jadual 1.

Rajah 1 : Hasil Kerja murid (Lembaran 1)

Rajah 2 : Hasil Kerja murid ( Lembaran 2) Berdasarkan Rajah 1, murid tidak mempunyai masalah yang kritikal dalam mengelas biji benih kepada cara penyebaran. Lembaran 1 dan 2 ini dijawab oleh 13 orang murid secara berkumpulan (tiga kumpulan). Oleh sebab itu, tiada viarasi yang banyak dari segi jawapan murid. Pada Rajah 2, terdapat miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan murid dimana mereka setuju dengan pernyataan yang menyatakan bahawa buah kelapa disebarkan melalui haiwan atau manusia. Murid menjawab soalan berdasarkan pengetahuan sedia ada iaitu isi kelapa boleh dimakan. Data ini disokong apabila saya membuat temubual terbuka bersama murid. Guru Fay : Fay, boleh kamu bagitahu cikgu, mengapa kumpulan kamu mengatakan kemuncup tidak disebarkan oleh haiwan atau manusia? : Kami tak nampak cangkuk pun kat kemuncup cikgu. Kemuncup ada bulu tajam dan ringan. (TB /Murid: Bil. 2/Feb/2013)

Selain daripada itu, subjek kajian saya tidak dapat menyatakan ciri khas yang membantu cara penyebaran buah kelapa. Bagi menyelesaikan masalah miskonsepsi kelapa disebarkan melalui haiwan atau manusia, saya telah menunjukkan beberapa contoh gambar habitat semulajadi pokok kelapa. Saya juga menjelaskan kepada mereka bahawa kelapa yang berada di kawasan rumah bukan lah habitat semulajadi kerana biji benih itu ditanam oleh manusia.

Jadual 1: Analisis bilangan murid yang menjawab dengan betul mengikut ciri ciri khas cara penyebaran biji benih atau buah.
Cara penyebaran biji benih atau buah Melalui haiwan atau manusia Melalui angin Melalui mekanisme letupan Melalui air Ciri ciri khas yang betul Bilangan Murid yang menjawab betul 7 7 7 Bilangan Murid yang menjawab salah 6 6 6 Jumlah murid

Kemuncup mempunyai cangkuk halus Meranti ringan dan bersayap Karung kulit biji saga menjadi kering apabila matang Buah nipah dan buah kelapa mempunyai sabut yang kalis air (kulit berlilin)

13 13 13

13

Berdasarkan Jadual 1, hampir separuh daripada murid Tahun 5 tidak dapat menjawab ciri ciri khas yang membantu cara penyebaran biji benih atau buah dengan betul. Trenda jawapan juga tidak banyak berbeza kerana soalan ini dibincangkan secara berkumpulan. Apabila jawapan dibincang secara berkumpulan maka hasil kerja murid juga sama. Bagi mendapatkan kepastian bahawa isu ini wujud, saya telah mengadakan tinjauan sekali lagi dengan mengedaran Lembaran Kerja 3. Kali ini, murid murid dikehendaki menjawab soalan secara individu. Seramai 13 orang murid telah diberi lembaran kerja 3. Dalam lembaran 3, saya ingin melihat, adakah murid dapat menghubungkait ciri ciri khas biji benih atau buah berdasarkan gambar yang diberikan.Murid mudah mengenalpasti contoh yang diberikan kerana rupa fizikalnya mudah untuk dilihat dalam bentuk grafik. Markah penuh untuk lembaran kerja ini adalah 10 markah,4markah untuk bahagian cara penyebaran dan enam markah untuk bahagian ciri ciri khas yang membantu cara penyebaran. Murid yang berjaya mendapat lebih tiga markah(cara penyebaran) dan lima markah (ciri ciri khas) akan dikira lulus. Daripada 13 orang murid, ada empat orang murid masih mengekalkan kesalahan yang konsisten pada bahagian ciri ciri yang membantu penyebaran. Soalan memerlukan murid mengenalpati cara penyebaran dengan ciri ciri khas yang membantu penyebaran. Gambar yang diberikan adalah meranti, kelapa, betik dan biji keembung. Jadual 3 menunjukkan jawapan yang diberikan oleh murid.

Jadual 2 : Analisis Hasil Kerja Murid (Lembaran 3)


Nama Jawapan yang diberikan Cara penyebaran biji benih atau buah Melalui angin Melalui air Melalui haiwan atau manusia Melalui mekanisme letupan Melalui angin Melalui air Melalui haiwan atau manusia Melalui mekanisme letupan Melalui angin Melalui air Melalui haiwan atau manusia Melalui mekanisme letupan Tumbuhan ini disebarkan melalui angin Tumbuhan ini disebarkan melalui air Tumbuhan ini disebarkan melalui haiwan atau manusia Tumbuhan ini disebarkan melalui mekanisme letupan Ciri ciri khas membantu penyebaran Terbang jauh,berat Bersabut,mempunyai ruang udara Kerana betik dipencarkan melalui haiwan atau manusia Biji meletup bila matang Buah meranti akan berpusing apabila gugur Buah kelapa akan terapung Haiwan dan manusia akan membuang biji benih merata rata Biji keembung meletup sekiranya sudah matang Terbang jauh Mempunyai kulit berlilin Mempunyai kulit bergetah Meletup Melalui angin Melalui air Melalui haiwan atau manusia Mekanisme letupan

Curtis

Shaufi

Fay

Vira

Nota: Bold = Jenis kesalahan yang dilakukan Berdasarkan Jadual 2, keempat empat subjek kajian saya dapat menyatakan cara penyebaran bagi setiap contoh biji benih atau buah. Curtis, Shaufi dan Fay mempunyai jawapan yang sama, manakala Vira menulis jawapan dengan cara yang berbeza tetapi betul. Pada bahagian ciri ciri khas yang membantu cara penyebaran, Curtis dan Fay dapat mengenalpasti ciri khas yang diperlukan biji benih atau buah yang disebarkan melalui air sahaja, Namun mereka berdua tidak dapat menghubungkait cara penyebaran dengan ciri penyebaran bagi melalui angin, melalui mekanisme letupan dan melalui haiwan atau manusia. Curtis, Shaufi dan Fay telah menyatakan bahawa meranti terbang jauh Apabila saya bertanya kenapa mereka menjawab begitu, jawapan mereka ringkas. Mereka melihat ciri itu sebagai apa yang terjadi kepada biji benih. Vira pula menulis cara penyebaran pada ciri ciri khas yang membantu penyebaran. Dia memberitahu bahawa dia tidak dapat faham mengapa ciri ciri itu perlu dikaitkan dengan cara penyebaran. Jawapan Vira membuatkan saya rasa tersentak. Ini kerana saya merasakan saya berusaha keras untuk menerangkan apa itu ciri, beserta sebab mengapa perlunya ciri ciri khas dalam cara penyebaran. ( Nota Lapangan: 12.03.2013) FOKUS KAJIAN/ OBJEKTIF Walaupun tajuk ini hanya keluar satu soalan Bahagian A soalan objektif, Ujian Penilaian Sekolah Rendah, namun tajuk ini penting dalam mempersiapkan murid kepada tajuk Pembiakan Tumbuhan di sekolah menengah kelak. Selain daripada itu, penting untuk murid menguasai tajuk ini kerana markah di Bahagian A akan banyak membantu sekiranya murid lemah dalam menjawab Bahagian B. Oleh sebab itu, saya telah menetapkan fokus kajian saya iaitu meningkatkan kebolehan murid menyatakan ciri khas yang membantu cara penyebaran biji benih atau buah melalui kaedah Papan Petak Berwarna. KUMPULAN SASARAN. Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 4 orang murid daripada kelas Tahun 5. Murid tersebut adalah Curtis, Shaufi, Fay dan Vira. Subjek kajian ini dipilih berdasarkan tinjauan masalah yang telah dilaksanakan. Subjek

kajian didapati telah melakukan kesilapan yang konsisten. Jadual 3 menunjukkan maklumat ringkas mengenai subjek kajian. Subjek kajian saya sudah menguasai 3M dengan baik. Jadual 3: Senarai nama subjek kajian beserta maklumat umum
Bil Nama murid Curtis Ciri -ciri Markah Sains 1/2012 46% Markah Sains 2/2012 30%

2 3 4

Shaufi Fay Vira

-Selalu salah erti analogi yang digunakan oleh guru. -Tidak dapat mengait analogi yang guru beri dengan apa yang dipelajari. -Sentiasa berusaha menjawab soalan walaupun salah -Aktif bertanya soalan -Selalu main-main apabila bertanya kepada guru - Tidak takut bertanya kepada guru. -Selalu bertanya soalan di luar jangkaan -Selalu tidak hadir ke kelas. -Rajin membantu guru membawa barang.

64% 62% 40%

50% 51% 39%

STRATEGI TINDAKAN Di dalam kajian tindakan saya, strategi yang saya lakukan adalah menggunakan Papan Petak Berwarna untuk membantu subjek kajian saya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Menurut Mok Soon Sang (1994), bahan pelajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya percaya bahawa penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dapat membantu subjek kajian saya. Dalam strategi ini, saya menggunakan empat warna iaitu merah, biru, kuning dan hijau. Warna untuk membezakan setiap cara penyebaran biji benih atau buah. Warna yang sama akan digunakan bagi ciri ciri khas yang membantu cara penyebaran.Papan ini bersaiz A3 yang mudah dikendalikan dan ruang digunakan cukup untuk subjek kajian menulis jawapan. Papan papan diperbuat daripada kadbod berfungsi sebagai papan tulis mini yang boleh diguna depan dan belakang. Setiap petak diwakili oleh cara penyebaran biji benih dan ciri - ciri khas yang membantu cara penyebaran. Cara penyebaran biji benih diwakili empat warna yang berbeza iaitu kuning,biru,hijau dan merah jambu. Ciri - ciri khas juga diwakili warna yang sama mengikut hubungan antara cara penyebaran dengan biji benih atau buah. Rajah 3: Pengenalan kepada alat bantu mengajar Rajah 3 menunjukkan penjelasan kepada alat bantu mengajar yang telah saya gunakan iaitu Papan Petak Berwarna. Strategi saya berasaskan Teori Pemprosesan Maklumat yang telah dipelopori oleh Gagne. Untuk memudahkan proses mengingat murid, warna turut digunakan dalam menghasilkan bahan bantu mengajar. Salah satu asas kepada strategi saya adalah penggunaan warna membantu murid menghubungkait cara penyebaran dengan ciri ciri yang membantunya disebarkan. Warna yang sama akan digunakan untuk cara penyebaran dan ciri-ciri khas yang mempunyai kaitan antara satu sama lain.Warna boleh menunjukkan persamaan atau perbezaan (Razali Nor,1994). Alat bantu mengajar ini digabungjalinkan menggunakan warna. Ini kerana penggunaan warna dapat meransang pemikiran subjek kajian (Ahmad Idrus, 2009). Razali Nor (2009) juga ada

Petak

Berwarna

menyebut, mata manusia amat peka kepada warna. Dale (1990) pernah menjalankan kajian dan mengatakan bahawa warna lebih menyumbang kepada pemahaman murid murid kerana mereka mendapat sesuatu gambaran yang lebih tepat dan memudahkan mereka untuk mengingat. Sebelum pelaksanaan strategi, saya terlebih dahulu menjalankan ujian Pra. Langkah langkah 1. Saya menayangkan tayangan video sebagai mengimbas kembali tajuk Kemandirian Spesis Tumbuhan. Subjek kajian akan cuba mengenalpasti ciri khas yang membantu cara penyebaran biji benih atau buah. 2. Dengan berbantukan slaid Saya memperkenalkan empat jenis Kod warna(kuning,biru,hijau dan merah jambu) yang mewakili empat cara penyebaran yang berbeza. Murid akan diberi masa untuk memproses maklumat. 3. Kemudian, saya mengajar subjek kajian mengingat ciri ciri khas yang membantu cara penyebaran dengan kod warna yang sama seperti cara penyebaran. Ciri ciri khas yang mempunyai kaitan dengan cara penyebaran yang sama akan menggunakan warna yang sama. Murid diberi masa untuk memproses maklumat. 4. Subjek kajian akan membuat hubungkait dengan bantuan saya. Subjek kajian akan menggunakan Papan Petak Berwarna untuk menulis semula cara penyebaran dan diikuti ciri ciri khas yang membantu penyebaran. Saya akan menyatakan warna satu persatu secara rawak. 5. Pelaksanaan Kedua dilaksanakan tanpa bantuan guru. Subjek Kajian mengisi semula Papan Petak Berwarna sepertimana pelaksanaan pertama tanpa bantuan saya. Lembaran kerja berwarna diberi setelah subjek kajian selesai mengisi Papan Petak Berwarna. 6. Latihan pengukuhan diberikan kepada subjek kajian. Selesai pelaksanaan, murid diberikan Ujian Pasca bagi mengukur tahap keberkesanan pelaksanaan. Cara pengumpulan Data Tiga cara yang digunakan untuk mengumpul data ialah: 1. Ujian Pra dan Ujian Pasca Ujian ini dilaksanakan bagi mengukur keberkesanan strategi pelaksanaan yang telah dijalankan. Ujian Pra ditadbir sebelum pelaksanaan strategi manakala Ujian pasca dijalankan selepas strategi. Jarak tempoh diantara kedua dua ujian ini adalah seminggu. 2. Nota Lapangan Nota lapangan dilakukan dari masa ke semasa sepanjang proses kajian tindakan ini dijalankan. Pemerhatian dibuat ketika tinjauan, 3. Temubual Temubual dijalankan bagi mendapat jawapan murid secara lisan. DAPATAN Jadual 4: Analisis Keseluruhan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bilangan 1 2 3 4 Nama Murid Curtis Shaufi Vira Fay Ujian Pra 20% 40% 0 40% Ujian Pasca 90% 100% 60 % 100% Peratus kenaikan 70% 60% 60% 60%

Berdasarkan Jadual 4, kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan yang positif. Vira telah menunjukkan peningkatan yang terbaik berbanding rakan - rakanya. Pada Ujian Pra, Vira tidak mendapat sebarang markah dan terdapat beberapa soalan tidak dijawab dengan lengkap. Akan tetapi, pada ujian Pasca, Vira mendapat 60 % markah. Walau tidak berjaya menjawab kesemua jawapan dengan betul, Vira memperoleh sesuatu yang baharu

selepas perlaksanaan strategi. Curtis menunjukkan peningkatan terbanyak iaitu sebanyak 70 % manakala Shaufi dan Fay masing masing meningkt sebanyak 60 %. Hasil kerja Vira bagi ujian Pra dan Pasca pada rajah 3 dan 4.

Rajah 4: Hasil kerja Ujian Pra Vira

Rajah 5 : Hasil Kerja Ujian Pasca Vira Sepanjang pelaksanaan strategi, saya telah menjalankan pemerhatian ke atas murid murid dan mencatatkan pemerhatian tersebut ke dalam nota lapangan. Subjek kajian mengambil masa yang singkat ketika menjalankan ujian pasca berbanding ujian pra. Curtis, Shaufi dan Fay lebih yakin menjawab soalan ketika temubual. Walaupun Vira tidak dapat markah yang tinggi ketika ujian pasca, namun Vira menunjukkan peningkatan terbanyak berbanding rakan rakannya (Nota lapangan: 25.07.2013) Berdasarkan nota lapangan bertarikh 25 Julai 2013, saya mendapati beberapa perubahan tingkah laku yang berlaku terhadap murid saya. Pada Ujian Pra, murid kelihatan gelisah dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan ujian. Masa yang diperuntukan adalah 20 minit. Subjek kajian saya memerlukan masa yang lebih lama untuk menyiapkan ujian tersebut terutamanya Vira yang mengambil masa selama 40 minit. Setelah strategi dilaksanakan, subjek kajian hanya mengambil masa kurang dari 20 minit menyiapkan Ujian Pasca. Ini menunjukkan peningkatan terhadap kebolehan murid menyatakan ciri khas yang membantu cara penyebaran biji benih atau buah.

Selain daripada itu, ketika temu bual dilaksanakan, murid dapat menjawab soalan yang diajukan. Hanya Curtis dan Vira menjawab satu soalan(bahagian agen pencaran : mekanisme letupan) yang salah ketika memberi jawapan secara lisan. Jadual 5 : Analisis Temubual Bersama Subjek Kajian
Soalan : Berikan ciri khas yang membantu cara penyebaran Air (biru) Nama Murid Curtis Ringan, mempunyai ruang udara ,bersabut Ringan kecil berbulu halus Boleh dimakan dan berwarna cerah Shaufi Kulit berlilin,ada sabut,ruang udara Fay Bersabut dan mempunyai ruang udara Vira Disaluti kulit berlilin, mempunyai ruang udara Ringan,ada sayap dan bulu. Berwarna cerah, berbau harum. Mempunyai cangkuk

Angin (merah jambu) Haiwan (kuning)

Mekanisme letupan (hijau)

Kulit biji meletup.

Bersayap,berbulu halus,kecil dan ringan Berbiji keras,berbau harum,boleh dimakan,berwarna cerah. Cangkuk Kulit menjadi keras apabila matang

Bersayap atau berbulu.Ringan Berwarna cerah, berwarna terang boleh dimakan, mempunyai cangkuk

Kulit akan menjadi kering apabila mtang.

Kering

Nota: Jawapan yang dihitamkan adalah jawapan yang salah. RUMUSAN Secara keseluruhannya, objektif saya untuk meningkatkan kebolehan murid menyatakan ciri khas yang membantu cara penyebaran biji benih atau buah melalui kaedah Papan Petak Berwarna berjaya mmbantu dalam pembelajaran subjek kajian. Melalui data data yang telah dikumpul, tiga orang subjek kajian saya iaitu Curtis, Shaufi dan Fay berjaya menunjukkan peningkatan yang ketara. Vira pula menunjukkan peningkatan terbaik Sejujurnya saya sedikit kecewa kerana tidak dapat membantu Vira secara maksimum akan tetapi saya percaya strategi yang telah saya laksanakan banyak memberi ilmu dan pengalaman baharu kepadanya. Pada diri sendiri pula, saya telah belajar untuk menjadi lebih sistematik dan teliti ketika memilih alat bantu mengajar dalam melaksanakan pengajaran saya selepas menjalankan penyelidikan tindakan ini. CADANGAN KAJIAN/ TINDAKAN SETERUSNYA Untuk kajian lanjutan pula, saya mencadangkan diadakan susulan kajian dengan berfokus kepada dua jenis cara penyebaran sahaja iaitu ciri khas yang membantu cara penyebaran melalui haiwan atau manusia dan melalui mekanisme letupan. Di akhir penyelidikan, saya menyedari bahawa murid amat cenderung melakukan kesalahan pada ciri khas yang membantu kedua dua cara penyebaran yang telah dinyatakan. Selain daripada itu, saya ingin menambahbaik unsur alat bantu mengajar dengan menggunakan gambar yang menarik dan sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid. Walaupun saya telah menggunakan gambar sebelum ini, akan tetapi gambar yang digunakan hanya hitam putih dan membosankan murid saya. Dari segi kaedah pengumpulan data, saya ingin menggunakan menambahbaik unsur soalan dalam dokumen(ujian dan lembaran kerja) agar data yang dikumpul lebih kukuh.

RUJUKAN

Ahmad Idrus Bin Rahmat (2011).Kad Warna HOKu: Strategi Untuk Meningkatkan Kebolehan Murid Tahun 5A Mengelaskan Haiwan Haiwan Kepada Kumpulan Herbivor, Karnivor & Omnivor. Laporan Kajian Tindakan , Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Dale,E. (1990). Audio Visual Method in Teaching. New York: Holt Rinehart and Winston. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sains Tahun 5. Putrajaya: Pusat Perkembangan Kurikulum. Mok Soon Sang (2009). Teks Komphrensif PTK Bahagian II: Khusus /Fungsional Pengajaran & Pembelajaran(P&P). Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

You might also like