You are on page 1of 5

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KADET BOMBA SMK KAMPONG JAWA

1. LOGO:

2. MOTO: MENCEGAH DAN MENYELAMAT 3. NAMA UNIT PAKAIAN SERAGAM: KADET BOMBA SMK KAMPONG JAWA 4. OBJEKTIF: 4.1 Objektif persatuan ini adalah untuk:

4.1.1 Menyatupadukan dan menjalinkan kemesraan antara ahli persatuan. 4.1.2 Menyemai perasaan cinta terhadap sekolah, negeri dan negara demi melahirkan warganegara yang sihat. 4.1.3 Membolehkan ahli-ahli yang mempunyai minat yang sama mengembangkan bakat dan potensi mereka. 4.1.4 Memperseimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar. 4.1.5 Memperkukuh interaksi sosial dalam kalangan pelajar. 4.1.6 Mempertingkat minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja yang diceburi. 4.1.7 Memperkukuh dan memperkaya perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta perluasan pengalaman pelajar dalam bidang tertentu. 4.1.8 Memenuhi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri. 4.1.9 Mempertingkat disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif, selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. 4.1.10 Meningkat suasana sekolah yang lebih kondusif. 4.1.11 Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

5. KEAHLIAN 5.1 5.2 Terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah ini dalam tahun semasa. Pelajar yang telah diterima dan didaftarkan menjadi ahli persatuan.

6. PENTADBIRAN 6.1 Persatuan ini akan dikelolakan oleh suatu jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut: Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan 12 orang ahli jawatankuasa. Pengerusi bertanggungjawab untuk menjalankan semua mesyuarat dan mewakili persatuan secara rasmi dengan dibantu oleh Naib Pengerusi. Setiausaha dan penolongnya bertanggungjawab untuk menyimpan semua rekod keahlian, kegiatan, minit mesyuarat, laporan tahunan/ penggal serta semua jenis surat menyurat persatuan, kedatangan dan kecergasan setiap ahli secara kemaskini. Bendahari akan menyimpan rekod pungutan yuran serta mengemaskini penyata kewangan. Ahli-ahli jawatankuasa akan membantu pengerusi mengatur kegiatan-kegiatan persatuan ini secara bersungguh-sungguh. Guru Penasihat hendaklah dihubungi oleh semua AJK berkenaan untuk mentadbir persatuan ini.

6.2 6.3

6.4 6.5 6.6

7. PERJUMPAAN/LATIHAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI 7.1 7.2 7.3 7.4 Ahli-ahli Persatuan ini akan bertemu pada setiap hari Rabu sekurang-kurangnya 18 kali setahun. kehadiran adalah diwajibkan. AJK akan bermesyuarat apabila diperlukan. Masa pertemuan / latihan bermula jam 7.30 pagi di belakang Bengkel Kemahiran Hidup. Masa, hari serta tempat perjumpaan boleh dipinda dengan kebenaran Pengetua sekolah. Pembatalan perjumpaan/ latihan juga boleh dilakukan setelah mendapat kebenaran daripada Pengetua. Kekerapan perjumpaan / latihan akan diperbanyak apabila ada keperluan/ projek/ pertandingan dan sebagainya.

7.5

8. MESYUARAT AGUNG 8.1 Mesyuarat Agung persatuan ini wajib diadakan pada hujung atau awal sesi persekolahan untuk menerima laporan, penyata kewangan dan melantik AJK baru yang akan bertugas pada awal sesi persekolahan pada tahun berikutnya. Mesyuarat Agung boleh diadakan tidak lewat daripada bulan Oktober setiap tahun. Kehadiran dalam Mesyuarat Agung mesti melebihi 1/3 daripada jumlah ahli.

8.2 8.3

9. GURU PENASIHAT 9.1 Guru Penasihat persatuan akan ditentukan oleh Pengetua dan segala kegiatan Persatuan hendaklah dijalankan mengikut nasihatnya. Guru Penasihat adalah Wakil Pengetua dan bertanggungjwab kepada Pengetua tentang segala perkembangan persatuannya.

10. 10.1 10.2 10.3 10.4 10.5 10.6 10.7

LARANGAN Kegiatan yang tidak ada kaitan dengan objektif atau yang tidak diluluskan oleh Pengetua Sekolah tidak boleh dijalankan. Persatuan tidak boleh menjalankan aktiviti di luar di luar kawasan sekolah kecuali telah mendapat kelulusan pihak sekolah terlebih dahulu. Persatuan ini tidak boleh dihubung terus dengan mana-mana pihak di luar sekolah kebenaran Pengetua Sekolah. Kegiatan yang melanggar peraturan-peraturan sekolah mahupun Undang-undang Negara tidak boleh dijalankan. Kegiatan tidak boleh dijalankan jika tiada guru penasihat yang dilantik oleh pihak sekolah. Penceramah/ pembantu dari luar boleh dijemput setelah mendapat persetujuan daripada Pengetua Sekolah. Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang kegiatan di luar sekolah hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua/ ibubapa/penjaga.

11. GURU PENASIHAT 11.1 AJK yang dipilih akan merancang kegiatan tahunan/ penggal/mingguan dalam masa dua minggu dilantik. Rancangan ini hendaklah dikemukakan kepada pihak sekolah untuk mendapat kelulusan.

12. PAKAIAN DAN KETERTIBAN 12.1 12.2 Semua pelajar tertakluk kepada peraturan sekolah semasa mengikuti kegiatan Persatuan. Semua ahli diwajibkan memakai pakaian seragam yang ditetapkan.

13. TANGGUNGJAWAB AHLI 13.1 13.2 Setiap ahli wajib menghadiri semua aktiviti yang dirancangkan. Ahli-ahli yang melanggar peraturan Persatuan ini dan yang tidak hadir kegiatan tiga kali berturut-turut tanpa sebab munasabah akan digugurkan keahliannya.

14. PENILAIAN KEAHLIAN 14.1 14.2 AJK dengan guru penasihat mesti menyediakan suatu laporan lengkap mengenai segala aktiviti persatuan sepanjang tahun,penyata kewangan serta prestasi persatuan sepanjang tahun. Guru penasihat perlu menyediakan satu senarai nama pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam kegiatan persatuan pada akhir bulan Ogos setiap tahun kepada GPK HEM/ GPK Ko-ko. Penilaian ini akan diselaraskan oleh pihak sekolah untuk dicatatkan dalam Sijil Berhenti Sekolah/ Surat Akuan ahli berkenaan.

15. PENDAFTARAN PERSATUAN 15.1 15.2 15.3 Persatuan ini didaftarkan oleh Pengetua Sekolah. Syarat pendaftaran ini boleh ditarik balik oleh pihak sekolah jika perlu. Jika perlu, pihak sekolah juga berhak menambah/ meminda atau memansuhkan mana-mana peraturan dalam perlembagaan.

16. 16.1 16.2 16.3

HAL-HAL LAIN Jika ada sebarang butiran lain bagi persatuan ini hendaklah dikepilkan bersama perlembagaan induk ini. Semasa pendaftaran, senarai nama AJK persatuan hendaklah dilampirkan bersama. Guru Penasihat hendaklah mengemukakan permohonan Pendaftaran Persatuan dalam dua Salinan selepas Mesyuarat Agung dengan kadar segera.

LAMPIRAN

Reka bentuk Logo Logo kadet bomba diambil daripada logo Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Bahagian atas logo Jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel Jabatan yang memberikan perkhidmatan secara profesional. Bunga padi melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan juga kemakmuran negara.

LAGU KADET BOMBA KADET BOMBA BERSATU SAMA BERGANDING BAHU PEMUDA PEMUDI HARAPAN TIANG NEGARA JIWA RAGA YANG MURNI TANGGUNGJAWAB MEMBANTU DI MANA JUA CITA-CITA TERSEMAT LUHUR GIGIH BERUSAHA IKRAR KAMI SAHUTKAN BERANI BERETIKA HARUMKAN NAMA (2 X) MALAYSIA JAYA (2 X)

TETAP BERSEDIA MENIMBA ILMU JAYA DEMI MASA HADAPAN BERWAWASAN MATLAMATNYA PASTIKAN BERJAYA KADET BOMBA BERSATU BERSEMANGAT MEMBARA

You might also like