You are on page 1of 6

Tip Pendidikan Moral SPM Untuk mendapatkan markah tinggi dalam kertas 1225/1 (Pendidikan Moral SPM), calon

hanya perlu memahami teknik menjawab yang tepat. Kami telah mambahagikannya kepada beberapa kategori seperti di bawah untuk membantu pelajar menguasai teknik menjawab berdasarkan jenis soalan. A. Soalan Berdasarkan Nilai B. Soalan Berdasarkan KBKK C. Soalan Berdasarkan Amalan D. Soalan Berdasarkan Agensi E. Soalan Berasaskan Perundangan dan Institusi Perundangan F. Soalan Berkaitan dengan Pelancaran / Pelaksanaan Dasar / Program / Kempen G. Soalan Berdasarkan Kepentingan / Kebaikan H. Soalan Berdasarkan Fungsi / Peranan Agensi / Institusi / Organisasi / Keluarga / Masyarakat I. Soalan Berdasarkan Ciri-ciri / Sifat-sifat J. Soalan Berdasarkan Saranan Merealisasikan Program / Menangani Masalah A. Soalan Berdasarkan Nilai 1. Nyatakan / Berikan / Apakah / Cadangkan nilai Calon hanya perlu menyatakan nilai dalam bentuk ayat yang ringkas. Calon digalakkan menggariskan nilai yang dinyatakan. Contoh: Nyatakan dua nilai yang telah diamalkan oleh Datuk Nicol Ann David untuk mencapai kecemerlangan serta mengharumkan nama negara dalam sukan skuasy. [2 markah] Jawapan: (i) Nilai kerajinan telah diamalkan oleh Datuk Nicol Ann David. (ii) Nilai sanggup berkorban untuk negara telah diamalkan oleh beliau. Teknik: Nilai sahaja yang diperlukan.

2. Berikan / Jelaskan maksud / Definisikan satu nilai Calon perlu menulis maksud nilai berdasarkan kata kunci maksud (kkm) dalam ayat yang lengkap. Calon TIDAK BOLEH menambah perkataan lain seperti watak dalam maksud nilai. Contoh: Berikan maksud nilai menghormati hak golongan kurang berupaya. [2 markah]

Jawapan: Nilai menghormati hak golongan kurang berupaya bermaksud memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan. Teknik: (i) Nilai (apa) bermaksud (kkm). (ii) Maksud nilai (apa) ialah (kkm).

3. Jelaskan / Terangkan nilai Calon perlu memberikan nilai dan penerangan berdasarkan kata kunci penerangan dan berfokuskan watak serta situasi soalan. Calon perlu mengelak daripada menulis jawapan umum (tanpa dikaitkan dengan situasi soalan). Contoh: Jelaskan dua nilai yang harus diamalkan oleh ibu bapa untuk menangani isu penderaan kanak-kanak. [4 markah] Jawapan: (i) Nilai kasih sayang terhadap keluarga (N) harus diamalkan oleh ibu bapa. Ibu bapa (watak) harus mempunyai perasaan kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga khasnya kanak-kanak (kkp). (ii) Nilai melindungi hak kanak-kanak (nilai) juga harus diamalkan oleh ibu bapa. Ibu bapa harus memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak daripada penderaan (kkp + fokuskan situasi). Teknik: (i) Nilai + Penerangan + watak + fokuskan situasi. (ii) Nilai dan penerangan ditulis dalam ayat yang berasingan.

4. Huraikan nilai Calon perlu memberikan nilai dengan diikuti penerangan dan huraian atau contoh yang relevan. Contoh:

Huraikan satu nilai yang patut diamalkan oleh masyarakat dunia untuk menangani isu pemanasan global. [3 markah] Jawapan: Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar (N) patut diamalkan oleh masyarakat dunia. Masyarakat dunia patut prihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya (P). Misalnya, mereka patut menghentikan pembakaran terbuka dan tidak menggunakan bahan yang membebaskan gas klorofluorokarbon (C). Teknik: Nilai + Penerangan + Huraian/Contoh. B. Soalan Berdasarkan KBKK 1. Nyatakan / Cadangkan / Berikan faktor (punca / sebab) Calon hanya perlu menyatakan faktor / punca tentang sesuatu isu yang dikemukakan (tidak perlu huraian / penjelasan). Antara fokus soalan faktor tentang isu-isu negatif (masalah, kejadian, fenomena, gejala, bencana): Punca rasuah (i) Masalah kewangan (ii) Sogokan oleh orang awam (iii) Kurang integriti Punca masalah sosial keluarga (i) Kurang keprihatinan ibu bapa (ii) Tekanan hidup (iii) Masalah kewangan Punca pencemaran air (i) Pembuangan sisa toksik (ii) Sisa kumbahan (iii) Tumpahan minyak Punca semangat patriotisme yang kian luntur (i) Kurang pemupukan semangat patriotisme yang berterusan (ii) Sikap negatif generasi muda terhadap program patriotisme Punca penderaan kanak-kanak (i) Tekanan hidup (ii) Ketagihan dadah (iii) Kenakalan kanak-kanak Punca remaja melanggar peraturan dan undang-undang (i) Sikap remaja (ii) Pegangan agama / moral yang lemah Punca peperangan / krisis politik (i) Rebutan kepentingan (sumber / hak) (ii) Hubungan diplomatik yang lemah Contoh: Nyatakan dua punca pencemaran sungai di negara kita. [2 markah]

Jawapan: (i) Pembuangan sisa toksik oleh pekilang dan pembuangan sisa pepejal oleh penduduk. (ii) Penggunaan racun serangga dan baja kimia dalam sektor pertanian. Teknik: Nyatakan punca sahaja.

2. Jelaskan / Terangkan faktor (punca / sebab) Calon perlu nyatakan dan jelaskan faktor sesuatu isu yang dikemukakan berserta huraian atau contoh yang relevan. Contoh: Jelaskan dua faktor remaja terbabit dalam pelbagai gejala sosial masyarakat. [4 markah] Jawapan: (i) Pengaruh rakan sebaya. Contohnya, rakan sebaya yang suka akan lumba haram akan mengajak remaja lain untuk berlumba. (ii) Kurang keprihatinan daripada ibu bapa. Contohnya, ibu bapa sibuk bekerja sehingga remaja terbiar tanpa kawalan. Teknik: Punca/Faktor + Huraian/Contoh (ditulis dalam ayat yang berasingan).

3. Nyatakan kesan (akibat / implikasi / impak) Calon hanya perlu menyatakan kesan sesuatu kejadian atau aspek yang dikemukakan. Soalan implikasi / kesan kebanyakannya diuji dari segi perspektif negatif seperti: Kesan masalah keluarga (i) Keganasan rumah tangga (ii) Keluarga bahagia terjejas (iii) Keretakan dalam rumah tangga (iv) Kes penceraian bertambah Kesan pencemaran air (i) Kepupusan hidupan akuatik (ii) Krisis bekalan air bersih (iii) Kesihatan terjejas Kesan jika semangat patriotisme yang kian luntur (i) Semangat kenegaraan sukar dipupuk (ii) Menjejaskan kedaulatan negara Kesan penderaan kanak-kanak (i) Trauma (ketakutan)

(ii) Kecacatan (anggota) Kesan melanggar peraturan dan undang-undang (i) Keselamatan terancam (ii) Imej negara terjejas Kesan peperangan / krisis politik (i) Keamanan terjejas (ii) Terputusnya hubungan diplomatik Contoh: Nyatakan dua kesan jangka panjang sekiranya air sungai terus tercemar. [2 markah] Jawapan: (i) Kita akan menghadapi krisis bekalan air bersih pada masa depan. (ii) Kita juga akan kehilangan sumber hidupan akuatik akibat kepupusan spesiesnya. Teknik: Nyatakan langkah tanpa huraian.

4. Jelaskan / Terangkan kesan (akibat / implikasi / impak) Calon perlu menjelaskan kesan sesuatu isu yang dikemukakan berserta huraian atau contoh yang relevan (tidak perlu menulis nilai). Contoh: Jelaskan dua kesan ujian senjata nuklear. [4 markah] Jawapan: (i) Keamanan dunia akan terancam jika berlakunya perang senjata nuklear. Akibatnya banyak nyawa akan terkorban. (ii) Alam sekitar akan tercemar oleh sisa nuklear. Banyak flora dan fauna akan mengalami kepupusan. Teknik: Kesan dijelaskan dengan huraian atau contoh.

5. Nyatakan langkah (cara / usaha / kaedah / teknik / strategi / tindakan) Calon hanya perlu memberikan langkah untuk menangani sesuatu masalah yang dikemukakan (tidak perlu penjelasan / huraian). Contoh:

Nyatakan dua langkah yang berkesan untuk menangani isu pencemaran sungai di negara kita. [2 markah] Jawapan: (i) Jabatan Alam Sekitar (JAS) harus sentiasa memantau keadaan sungai dari semasa ke semasa. (ii) JAS harus menguatkuasakan undang-undang alam sekitar (Akta Kualiti Alam Sekitar). Teknik: Nyatakan langkah sahaja tanpa huraian.

6. Jelaskan langkah (cara / usaha / kaedah / teknik / strategi / tindakan) Calon perlu menjelaskan langkah yang disarankan untuk menangani apa-apa isu yang dikemukakan bersama contoh atau huraian yang relevan. Contoh: Jelaskan dua usaha kerajaan untuk memuliakan OKU di negara kita [4 markah] Jawapan: (i) Kerajaan menyediakan kemudahan asasa untuk OKU. Contohnya, tandas khas OKU dan tempat letak kereta OKU. (ii) Kerajaan juga menjaga kebajikan OKU. Contohnya, memberi peluang pekerjaan dan bantuan kewangan kepada OKU. Teknik: Langkah + Huraian/Contoh.

You might also like