You are on page 1of 15

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU,

SULTAN AZLAN SHAH,

TUGASAN INDIVIDU
PENGKAJIAN KES

KESIHATAN KOMUNITI
KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK HUTAN MELINTANG

TAJUK: PREGNANCY INDUCED HYPERTENSION (PIH)

NAMA

MUHAMMAD FAEZ BIN ABDUL LATIF

NO.K/P

920807-14-6353

NO MATRIK

BPP 2012-1222

PENGENALAN

Hipertensi boleh didefinisikan sebagai tekanan darah sistolik >140 mmHg dan/atau
tekanan darah diastolik >90 mmHg Hipertensi adalah satu masalah kesihatan yang kerap
berlaku di kalangan wanita mengandung. Hipertensi semasa mengandung adalah terdiri
dari beberapa kategori:

Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung lagi);


Hipertensi akibat mengandung; dan
Pra-eklampsia

Hipertensi yang sedia ada terjadi di kalangan 1 hingga 5% wanita hamil, manakala
hipertensi akibat mengandung terjadi di kalangan 5 hingga 10% wanita hamil. Peratusan
ini mungkin lebih tinggi di kalangan penduduk Asia oleh kerana faktor genetik.

Hipertensi semasa mengandung adalah lebih kerap berlaku semasa kandungan pertama
(sehingga 25% wanita hamil).Hipertensi semasa mengandung memerlukan pemerhatian
dan rawatan yang rapi. Wanita hamil berisiko tinggi mengalami Pra-eklampsia atau
Eklampsia (sawan) yang boleh menyebabkan kerosakan otak dan buah pinggang,
masalah pendarahan dan kemudaratan kepada janin yang belum lahir.

PATOFISIOLOGI

1. Tekanan darah di pengaruhi oleh 2 faktor utama iaitu :


Pengaliran darah (contoh : kuantiti darah yang dipam masuk ke ventrikel
kiri dalam setiap kuncupan dan kadar denyutan jantung).
Kesempitan kepada salur darah periferi (Dipengaruhi oleh keluasan salur
darah dan tahap kepekatan darah).
2. Pengembangan dan pengecutan arteri periferi dikawal oleh :
Sistem saraf sympathetic.
Pusat vasomotor di medulla dirangsangkan oleh baroreceptors dan psyhogenic stress
yang menyebabkan impulse dibawa ke system

saraf

sympathetic. Ini akan

menggalakkan cateholamines untuk melepaskan hormon norepinephrine dan epinephrine.


norepinephirine ini dihasilkan oleh saraf fibre postganglionic dan menyebabkan
pengecutan salur darah serta meningkatkan tekanan periferi. Manakala Epinephrine pula
dihasilakan di adrenal medulla menyebabkan pengecutan salur darah dan meningkatkan
kuncupan ventricular serta output kardiak dan menyebabkan tekanan menjadi tinggi.

Sistem Renin-angiotensin.
Sistem renin - angiotensin ini teransang apabila berlaku pengaliran darah berkurangan ke
buah pinggang. Ini akan menyebabkan pembentukan enzyme angiotensin dimana
menyebabkan pengecutan salur darah dan meransang rembesan hormon aldosterone
yang boleh menyebabkan tekanan manjadi tinggi. Lanjutan daripada proses ini akan
menyebabkan salur darah renal akan menebal dan pengaliran darah akan berkurangan ke
glomerulus setrusnya mengakitbatkan kegagalan renal.

SITUASI PERMASALAHAN

Seorang ibu mengandung pra-natal mendaftar diri di Klinik Kesihatan Ibu dan
Anak Hutan Melintang dengan bacaan tekanan darah kali pertama 120/90 mmHg ..
Bacaan tekanan darah diambil sekali lagi setelah 30 minit beliau berehat. Namun ukuran
ulangan pula mencatat bacaan setinggi 140/80 mmHg. Beliau juga mengalami masalah
yang sama di kehamilan sebelumnya.
Nama pesakit: Salwathy Bt Mohd Saad
No. IC: 731218-05-5178
No. Pendaftaran: H/M 64/13
Alamat: No 71 Lorong 18,Taman Desa Bernam Indah, Hutan Melintang

1. Tekanan darah;
a. Bacaan pertama: 120/90 mmHg
b. Bacaan kedua(selepas 30 minit):140/80 mmHg

2. Maternal age 40 tahun

3. Sejarah obstetrik lepas;


a. Mengalami PIH dalam kesemua kandungan yang lepas
b. Lower Segment Caeserean Section(LSCS) akibat fetal distress

PERBINCANGAN

Hipertensi semasa mengandung

Berbanding dengan kategori di atas, hipertensi semasa mengandung dan praeklampsia lazimnya dihidapi pada separuh terakhir kehamilan sehingga 6 minggu selepas
bersalin. Tekanan darah mungkin berada pada paras tinggi sehingga 3 bulan selepas
bersalin. Hipertensi akibat mengandung boleh didefinisikan sebagai hipertensi yang
berlaku semasa separuh terakhir kehamilan tetapi tanpa tanda-tanda pra-eklampsia.
Rawatan bagi hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) dan hipertensi akibat
semasa mengandung adalah sama. Jika hipertensi berlaku selepas 20 minggu kehamilan,
kemungkinan ia melarat menjadi pra-eklampsia adalah kira-kira 15%. Hipertensi semasa
mengandung lazimnya berulang semasa kehamilan yang seterusnya. Sesetengah wanita
pula kekal dengan tekanan darah yang tinggi selepas kehamilan yang bermasalah akibat
hipertensi semasa mengandung.

Pra-eklampsia

Hipertensi dan protinuria (kehadiran protein di dalam air kencing) adalah tanda-tanda
utama kejadian pra-eklampsia. Protinuria semasa mengandung boleh disebabkan oleh
jangkitan kuman pada saluran air kencing (urinary tract infection), tetapi ia mungkin
kejadian pre-eklampsia walaupun tekanan darah adalah tinggi sedikit dari aras normal.
Tanda-tanda pre-eklampsia (dan juga eklampsia) mungkin timbul sebelum, semasa dan
juga selepas bersalin.

Wanita-wanita hamil mungkin mendapat sakit kepala, gangguan penglihatan, sakit di


bahagian perut, loya, muntah, atau edema (bengkak, terutamanya di bahagian kaki).
Malangnya, kebanyakan wanita hamil tidak mengalami sebarang gejala, menjadikan
penyakit ini sukar dinilai secara klinikal. Wanita-wanita hamil perlu diberikan pendidikan
kesihatan untuk mengenali tanda-tanda awal pra-eklampsia dan seterusnya mengambil
langkah awal untuk mendapatkan rawatan. Jika keadaan ini dibiarkan tanpa rawatan rapi,
ia boleh melarat menjadi eklampsia atau sawan, memudaratkan ibu mengandung dan juga
janin. Pra-eklampsia menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan masalah
pembekuan darah, diikuti kejadian placenta abruption (satu keadaan di mana uri terpisah
dari rahim dan menyebabkan pendarahan). Sebab utama kematian penghidap praeklampsia adalah pendarahan dalam otak dan masalah pernafasan yang serius (adult
respiratory syndrome). Janin pula boleh mengalami kelemasa (masalah pernafasan),
pembantutan tumbesaran dan kematian.

Eklampsia

Eklampsia adalah satu masalah kesihatan di mana pesakit yang mengalami gejalagejala pra-eklampsia (seperti di atas) turut mengalami sawan. Lain-lain penyebab sawan
seperti epilepsy, ketidakseimbangan biokimia dalam tubuh badan atau hipoglisemia
(kurang gula dalam darah). Perlu disahkan bukan penyebab sawan sebelum eklampsia
didiagnosa. Terdapat juga situasi di mana pra-eklampsia tidak menunjukkan tanda

klinikal yang jelas dan diagnosis hanya boleh dilakukan selepas eklampsia terjadi. Lebih
dari satu pertiga daripada wanita yang hamil mengalami episod sawan yang pertama
sebelum kejadian tekanan darah tinggi dan protinuria. Remaja hamil berisiko lebih 3 kali
ganda mengalami eklampsia berbanding wanita dewasa. Komplikasi akibat eklampsia
termasuklah angin ahmar (strok) disebabkan oleh pengecutan salur darah atau edema
(kebengkakan) di bahagian otak. Komplikasi ini lazimnya akan kembali normal dengan
sendirinya, namun ada di kalangan wanita ini yang mengalami kerosakan otak yang
kekal.

MANIFESTASI KLINIKAL

Berikut merupakan tanda dan gejala seseorang ibu itu mengalami PIH iaitu;
a)

Tekanan darah melebihi paras normal iaitu 140/90 mmHg

b)

Protein dijumpai dalam urin(apabila penapis ginjal rosak)

c)

Edema(terutamanya di muka dan leher)

d)

Pertambahan berat badan mendadak

e)

Penglihatan kabur dan double vision

f)

Sakit abdomen

g)

Pening kepala dan loya

h)

Buang air kecil(urin) dalam kuantiti yang sedikit

i)

Nampak bintik-bintik dalam penglihatan

Oleh itu,ibu mengandung yang mengalami tanda dan gejala seperti di atas hendaklah
berjumpa dengan pegawai perubatan di klinik dan hospital.

Komplikasi

yang lebih

teruk

boleh

terhasil

daripada

Eclampsia.Antara tanda dan gejala yang dapat dikesan adalah;

TANDA-TANDA
I.

Bengkak bahagian kaki

II.

Pertambahan berat badan yang berlebihan

III.

Tekanan darah yang meningkat

IV.

Air kencing kotor

GEJALA-GEJALA
I.

Sakit kepala/pening

II.

Pedih ulu hati

III.

Loya dan muntah

IV.

Mata berpinar-pinar

PIH

iaitu

Impending

FAKTOR-FAKTOR PIH

Faktor-Faktor Am:

Wanita berumur 40 tahun dan ke atas.

Obes: BMI <30 kg/m2 adalah dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko
mendapat pra-eklampsia. BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat
awal

mengandung

akan

meningkatkan

risiko

kejadian

hipertensi

semasa

mengandung.

Faktor Genetik:

Sejarah kejadian hipertensi semasa mengandung di kalangan ahli keluarga, sama


ada sebelah ibu atau pun adik beradik meningkatkan risiko antara 20% hingga 40%.

Faktor-Faktor Obstetrik

Primigravida : kandungan yang pertama (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko)

Kandungan kembar

Sejarah pra-eklampsia pada kandungan yang sebelumnya

Tempoh antara kandungan yang lama

Penyakit Hydrops, dengan uri yang besar

Kandungan molar

Walaupun wanita primigravida (kandungan pertama) berisiko tinggi mendapat praeklampsia, wanita yang multiparous (anak yang ramai) berisiko mendapat gejala yang
lebih serius dengan pelbagai komplikasi.

Faktor-Faktor Perubatan

Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)

Penyakit buah pinggang

Diabetes

Kehadiran antibodi Anti-fosfohipid

Penyakit Connective tissue

Trombofilia keturunan (Inherited thrombophilia)

CADANGAN DAN PENYELESAIAN

INVESTIGASI
1.

Ambil bacaan tekanan darah dan ulang selepas 30 minit untuk bacaan kedua.

2.

Ujian urin untuk mengesan kehadiran albumin(proteinuria)

3.

FBP/BFMP/Stool ova & cyst

4.

MGTT pada minggu ke 28 dan 32 kandungan

RAWATAN UBATAN
1.

Tablet Nifedipine 10 mg STAT


-kalsium antagonist yang digunakan untuk meredakan tekanan darah tinggi
-kesan sampingan termasuklah pening,loya dan

2.

Tablet Methyldopa 500 mg


-bertindak ke atas reseptor otak untuk mengurangkan tekanan darah tinggi

3.

Tablet Ca. Lactate

4.

Tablet Aspirin 75 mg
-diambil untuk mengurangkan kesakitan di abdomen ibu mengandung(distress)

5.

Pil Hematinik (Folic Acid,Ferous Fumerate,Vit. C dan Vit. Bco) untuk Anemia

PENJAGAAN KEJURURAWATAN

1.

2.

Membuat penilaian PIH


1.1.

Pengambilan Tekanan Darah 2 kali bacaan pada pertama kali di kesan.

1.2.

Tagging yang betul menerusi kod warna,faktor risiko dan senarai semak.

Pengesanan luar biasa dicatat dengan dakwat merah:


2.1

Berat badan.

2.2

Ujian makmal (Full Blood Count dan Urine)

Ujian dan keputusan pemeriksaan darah ada direkodkan.

Carta Gerakan Janin diberi dan diterangkan dengan jelas kepada ibu mengandung

Pengesanan edema dicatat.

Membuat pengambilan bacaan tekanan darah tinggi 2 kali seminggu 2/52 di klinik
kesihatan atau hospital yang berdekatan.

Ikut jadual pemeriksaan tekanan darah dengan betul bagi menilai perkembangan
ibu dan janin mengikut temujanji yang ditetapkan.

PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Penerangan dan penjelasan mengenai tanda dan gejala Impending Eclampsia


beserta kesannya kepada ibu mengandung.
2. Rehat yang cukup bagi mengelakkan varicose vein dan edema.
3. Pengambilan ubatan mengikut jadual yang telah ditetapkan
4. Lawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan bagi memantau
perkembangan janin dan ibu mengandung.
5. Menerangkan risiko bersalin dirumah dan perlunya bersalin di hospital bagi
mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.

RUMUSAN

Oleh yang demikian penjagaan kesihatan adalah penting bagi ibu yang mempunyai
tekanandarah tinggi semasa dalam tempoh mengandung. Ini bagi memastikan tiada
sebarangkomplikasi lain yang buruk boleh berlaku ke atas bayi dan ibu mnegandung.
Tambahan pula, penyakit seperti ini jika tidak di rawat dengan teliti dan betul boleh
mengancam nyawa bayidan ibu di mana ia juga boleh member kesan ke atas organ
dalaman di dalam badan ibucontohnya seperti buah pinggang dan organ dalaman yang
lain.Justeru itu, ibu juga harus memainkan peranan dengan mengambil langkah berjaga
jagadengan sentiasa melakukan lawatan berkala ke pusat kesihatan secara berterusan bagi
melihat perkembangan ibu dan bayi di dalam kandungan. Ini dapat mengelakkan
sebarangkemungkinan dan dapat melakukan rawatan awal yang berkesan jika sekiranya
ibumenghidap penyakit ini. Seterusnya dapat memastikan kesihatan ibu dan fetus di
dalamkandungan selamat tanpa mengalami sebarang masalah

RUJUKAN

1. http://nimosy.blogspot.com/2011/03/hypertension-darah-tinggi
sambungan_16.html
2. http://sistemkardiovaskular.blogspot.com/
3. http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/138-darah-tinggisemasa-hamil.html
4. http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/dewasa/kesihatanreproduktif/hipertensi-semasa-mengandung
5. http://www.scribd.com/doc/46012613/Pregnancy-induced-hypertension-PIH

You might also like