You are on page 1of 38

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2013

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

NAMA NO.MATRIK NO.K/P TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN :

: : :

SANISAH BINTI SHAFIE @ MUSA 730105065826001 730105065826 019-6774037

: :

sanisah1973@gmail.com JOHOR BAHRU

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0 2.0 3.0

Pengenalan Definisi Pantun Jenis-jenis pantun dan pendapat tokoh bahasa 3.1 Ciri-ciri pantun 3.2 Fungsi pantun dalam masyarakat Melayu

3-4 5-7 8-12 13-17 18-22 23-28 29-31

4.0 5.0

RPH KOMSAS pantun 5.1 Kekuatan aktiviti berbalas pantun 5.1.1 Mampu membantu pelajar meningkatkan kemahiran Berbahasa khususnya dalam penulisan. 5.1.2 Membolehkan pelajar menikmati dan mengapresiasi karya Sastera,ilmu sastera, penulis dan sejarah tanah air 5.1.3 Melahirkan pelajar yang menghayati dan menghargai karya 5.1.4 Mermperkasakan nilai-nilai murni dalam diri pelajar 5.1.5 Membentuk emosi dan semangat toleransi dan minat murid 5.2 Kelemahan aktiviti berbalas pantun 5.2.1 Guru bukan opsyen kurang kemahiran 5.2.2 Faktor masa yang terhad 5.2.3 Murid aras sederhan sukar kuasai pantun secara spontan 5.2.4 Murid kurang keyakinan diri 5.2.5 Murid kurang idea

32-33

6.0

Rumusan Rujukan Lampiran Pantun

34 35-36 37-38

1.0 Pengenalan Nasi lemak buah bidara, Sedap dimakan anak perawan, Pengenalan pantun awal bicara, Pembuka santapan minda cendekiawan. Pantun merupakan puisi Melayu lama yang menggambarkan kehalusan budi dan keperihatinan masyarakat terhadap alam dan ruang lingkup budaya melayu. Ruang lingkup budaya masyarakat Melayu lama bukan sekadar berkisar dalam diri seperti perasaan sedih , hiba, sayu, kasih dan benci tetapi melibatkan soal-soal sindiran, kiasan, cinta tanah air, pelayaran., ekonomi dan hubungan diplomatik. Pantun merupakan sebuah sastera rakyat orang Melayu yang dapat menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri. Pantun digunakan secara meluas di dalam masyarakat melayu untuk pelbagai tujuan. Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu dan juga bertujuan memperindahkan lagi sesuatu ucapan. Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat popular dalam bahasa-bahasa Nusantara. Orang Melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap. Selain itu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa, kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya. Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri empat baris dan berakhir dengan pola a-b, a-b. Pada zaman dahulu pantun merupakan sastera lisan, namun sekarang dijumpai dalam bentuk bertulis. Di samping itu juga, pantun mempunyai peranan tersendiri iaitu pantun merupakan adat memelihara bahasa, menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum menuturkan kata-kata dalam komunikasi sama ada secara lisan ataupun secara bertulis. Pantun juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif iaitu suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain. Keindahan kata dalam dalam pantun merupakan khazanah Bahasa Melayu yang memperlihatkan daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai seni. Pantun juga merupakan puisi Melayu yang popular berdasarkan kepada penggunaannya yang paling meluas. Bukan itu sahaja, puisi ini juga yang paling mendapat perhatian para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji tempatan ataupun pengkaji luar. Terdapat pantun-pantun yang memperlihatkan
3

aspek pendidikan kepada seorang kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa sendiri. Sehingga kini terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh sarjana, misalnya oleh Harunn Mat Piah (1989) dan juga oleh Francois-Rene Dailie (1988) yang meneliti pantun dari aspek dalaman dan juga luarannya. Lain-lain kajian ialah seperti yang dilakukan oleh Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan (1996:27) yang melihat pantun dari aspek akal budi Melayu. Ada juga kajian yang mencuba melihat struktur ayat dalam pantun Melayu ( Nik Safi.ah Karim, 1986: 15). Pantun juga mengandungi unsur-unsur sejarah seperti nama-nama tempat, nama-nama tokoh, peristiwa yang berlaku, adat resam dan budaya seperti mana yang tergambar dalam pantun. Pantun-pantun yang digunakan dalam kajian ini diperolehi daripada buku Kurik Kundi Merah Saga (1990) dan Puisi Melayu Tradisional (Harun Mat Piah, 1989) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Peta 1 di bawah menunjukkan sebaran Pantun Di Alam Melayu

Peta 1: Sebaran Pantun Di Alam Melayu

2.0 Definisi Pantun Guruh berdentum di puncak awan Mendung bertamu di pentas bumi Definisi pantun topik bualan Pantun diungkai idea bersemi

Menurut Kamus Dewan (1986:813), definisi pantun mengandungi tiga pengertian. Maksud pertama merujuk kepada sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris di mana dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan dua baris terakhir mengandungi maksud. Maksud kedua merujuk kepada sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran. Maksud ketiga merujuk kepada sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain. Pantun merupakan warisan lisan yang lahir dan berkembang sejak zaman berzaman. Dalam pantun, tersirat satu bentuk ucapan yang mengungkapkan rasa hati, melahirkan idea serta fikiran tentang kehidupan dalam rentak irama yang menarik dan menawan. Menurut Kamus Umum Bahasa Indonesia (hlm. 710), definisi pantun ialah, sajak pendek, tiap-tiap rangkap biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja.

Menurut Zaaba (1965:218) dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu pula, menjelaskan bahawa perkataan pantun itu pada mulanya dahulu dipakai orang dengan makna seperti, umpama dan laksana. Ada juga pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.

Menurut Mohd. Taib Osman (dalam Wan Abd. Kadir Wan Yusof, 1996:1 ), artifak pantun adalah seperti berikut: Sebagai artifak pantun mempunyai fungsi yang dimainkan dalam kehidupan orang Melayu. Sebagai puisi ia merupakan pernyataan melalui bahasa indah satu-satu pemikiran seperti pepatah petitih. Untuk berfalsafah terhadap hidup manusia, mengutarakan nasihat, menyatakan isi hati atau sekadar untuk menyerikan majlis adalah antara penggunaan pantun. (Mohd Taib Osman, 1996: 5) Menurut Harun Mat Piah (1989) definisi pantun adalah berdasarkan aspek dalaman dan luaran atau struktur visualnya. Aspek dalama pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilhat berdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan pembanyang maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Berdasarkan pada aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat Melayu. Pantun boleh dianggap sebagai pernyataan tradisi budaya Melayu yang menerangkan kemantapan daya kreativiti dan pemikiran orang-orang Melayu. Sarjana barat sejak awal telah mengenali pantun Melayu dan telah menunjukkan minat yang mendalam tentang keindahan pantun.(Francois-Rene Daillie, 1988: Bab 1). Harun Mat Piah (dalam Wan Kadir Wan Yusuf, 1996 :135) menyatakan bahawa pantun adalah representasi manusia Melayu, pemikiran, emosi dan sentimennya yang diserlahkan, baik melalui satu rangkap mahupun keseluruhan pantun berkenaan. Harun Mat Piah (1997:122) membuat kesimpulan bahawa pantun adalah ciptaan asal dalam masyarakat Melayu, iaitu bukan daripada puisi Jawa, India atau Cina.

Muhammad Hj Salleh (dalam Wan Abd Kadir Wan Yusuf, 1996:118) menulis tentang pantun yang dikarang di pelbagai daerah di Nusantara ini dalam bahasa sastera dialek Melayu yng pelbagai. Pantun Melayu sebagai cara berkomunikasi tidak berterus terang dalam masyarakat Melayu tetapi berkias. Menurut Asmah Haji Omar (1991:21) dalam budaya Melayu suatu pujian biasanya ditolak untuk mengelakkan sifat riak dan takbur. Selain itu, ungkapan yang bersifat metafora dan kiasan, agak banyak terdapat dalam perbualan dan sastera Melayu, misalnya dalam peribahasa dan pantun. Orang Melayu dianggap kurang ajar jika berbahasa secara berterus terang. Mohd Taib Osman ( dalam Wan Abd Kadir Wan Yusuf, 1996: 7) menyatakan bahawa berkomunikasi tidak secara terus terang ini dapat dilihat pada tegur sapa yang tidak membawa makna tertentu tetapi diertikan sebagai perhubungan social apabila dua anggota budaya bertemu. Contoh: Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa. (Kumpulan Pantun Melayu, hal 71)

3.0 Jenis-Jenis Pantun dan Pendapat Tokoh-Tokoh Bahasa Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan (dalam Wan Abd Kadir Wan Yusuf, 1996:33) menyatakan bahawa pantun memiliki dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud, tertaut secara integritif sehingga tertera sebagai pengucapan yang indah. Dua bahagian itu ibarat dua struktur iaitu luaran dan dalaman, lahir dan batin tetapi bertaut menjadi satu, menjadi pantun. Menurut Zainal Abidin bin Ahmad ( zaba) dalam buku Pelita Bahasa Melayu Penggal III (1957) bahawa pantun adalah hak milik masyarakat Melayu. Pantun ini ialah cara karangan berangkap yang betul-betul hak Melayu dari asal dan betul-betul mengandungi semangat Melayu. dan lagi ialah kaedah Malaya yang sejati bagi menggubahkan alun perasaan syair yang sebenar iaitu menggambarkan fikiran-fikiran hiba, sayu, sedih, suka, sindir, giat dan warna-warna perasaan yang indah seperti hal ehwal berkasih-kasih dan pujuk rayu yang lembut antara kekasih dengan kekasihnya. (hlm 164) Harun Mat Piah (1997: 145-160) membincangkan pantun berdasarkan baris, teknik berkait dan variasi rima. Pantun Melayu mengandungi jumlah baris yang genap setiap rakyat. Misalnya pantun dua baris dengan rima a-a, pantun empat kerat dengan rima a-b-a-b.

Menurut (Kamus Dewan Edisi Ketiga:977) pantun ialah puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap( dua baris pertama merupakan pembayang dan dua baris lagi adalah maksudnya).

Penyusunan sesuatu pantun itu dapat dilihat dari segi kemahiran penciptanya melahirkan rima dengan baris-baris maksud pantun tersebut. Ini kerana, keindahan bentuk pantun adalah bergantung pada rima tengah dan rima akhir seperti dalam contoh ini. Bakar gaharu dalam taman Asamkan karat si pisau raut Kalau berguru salah pedoman Sesat di darat karam di laut. ( Bunga Gerimis, 1986:3)

Bagaimanapun pada umumnya, pantun dibahagikan kepada empat ( Zainal Abidin Bakar, 1984:25-31): I ) Pantun dua baris dikenali juga sebagai pameo atau pantun kilat. II ) Pantun empat baris kwatrain. III) Pantun yang lebih daripada empat kerat. IV) Pantun berkait Zaba (19965:211-213) berpendapat bahawa pada peringkat awal, pantun hanya terdiri dari jenis dua baris sahaja dan kemudian berkembang menjadi pantun-pantun yang lebih banyak jumlah barisnya. Di samping itu pantun berkait atau dikenali sebagai pantun terikat mempunyai empat baris serangkap tetapi saling berkait antara rangkap.

Mohd Taib Osman (1975:4) membahagikan pantun kepada 4 bahagian iaitu ungkapan bersajak atau pantun dua baris, pantun kanak-kanak, pantun biasa dan pantun berkait. Walau bagaimanapun jenis pantun empat baris atau empat kerat dianggap paling popular dan pada kebiasaan kajian terhadap pantun Melayu, pantun empat keratlah dijadikan contoh yang paling dominan.

Zainal Abidin Bakar (1984) membuat penjenisan pantun dari sudut tema iaitu telah membahagikan pantun kepada sebelas bahagian seperti berikut:

1. Pantun adat dan resam manusia 2. Pantun agama dan kepercayaan 3. Pantun budi 4. Pantun jenaka dan permainan 5. Pantun teka-teki 6. Pantun kepahlawanan 7. Pantun pendidikan dan nasihat 8. Pantun peribahasa dan berbilangan 9. Pantun kias dan ibarat 10. Pantun kembara dan perantauan 11. Pantun percintaan

Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap barisnya mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan pernafasan normal, dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri (kecuali pantun berkait), dan setiap rangkap membawa persoalan yang sempurna. Contohnya:

Sapu tangan berkaki merah, kakinya diletak dalam perahu, Luka di tangan berdarah merah, Pembayang Maksud

Luka di hati tak dapat nak tahu. Oleh itu, istilah-istilah yang merujuk kepada jenis-jenis pantun, seperti pantun kanakkanak, pantun kasih-sayang, pantun budi dan sebagainya bukanlah tergolong sebagai jenis tetapi lebih jelas sebagai pengelasan tema yang boleh berubah-ubah menurut tafsiran dan
10

penumpuan pengkaji. Bagi setiap baris pantun ada jeda di dalamnya. Pantun-pantun ini memiliki gaya bahasa dan lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat setempat. Terdapat juga pantun-pantun yang pembayangnya mempunyai hubungan dengan maksudnya. Pantun sebagai milik semua lapisan masyarakat, mampu membawa berbagai-bagai tema, persoalan dan mesej. Salah satu contoh ialah pantun budi seperti di bawah :

Bunga Cina di atas batu, Jatuh daunnya ke dalam ruang, Adat dunia memang begitu, Sebab emas budi terbuang.

Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbuah lagi, Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. Baik bergalas baik tidak, Buli-buli bertali benang, Baik berbalas baik tidak, Asal budi sama dikenang. Sumber: Zainal Abidin Bakar (penye), 1991. pantun Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11

Mengikut teori Wilkinson (1923) dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang, mulanya dua baris, kemudian empat baris dan seterusnya lapan baris. Contohnya: Dari bentuk perumpamaan:

Sudah gaharu cendana pula.

Menjadi pantun dua kerat:

Sudah gaharu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula.

Kemudian menjadi pantun empat kerat:

Sudah gaharu cendana pula, Bedak bertemu dalam puan; Sudah tahu bertanya pula, Hendak bertemu gerangan tuan.

Dari bentuk perumpamaan:

Sayangkan kain buangkan baju.

Menjadi pantun dua kerat:

Sayangkan kain buangkan baju, Sayangkan lain buangkan aku.

12

Kemudian menjadi pantun empat kerat:

Sayangkan kain buangkan baju, Kerana baju panjang lima; Sayangkan lain buangkan aku, Kerana aku dagang yang hina. Berdasarkan buku Puisi Melayu Longmans muka surat 2-3 mengatakan bahawa Pantun adalah terjadi daripada empat baris. Lazimnya tiap-tiap baris itu mengandungi empat perkataan dengan lapan, sembilan atau sebelas suku kata. Barisan pantun itu berselang sajaknya. Jikalau sempurna sajaknya, bukan sahaja akhir baris pertama bersajak dengan baris keempat; melainkan suku kata yang di tengah-tengah barisan itu juga haruslah bertemu bunyinya. Berikut ialah contoh serangkap pantun: Siakap senohong gelama ikan duri; Bercakap bohong lelama mencuri. 3.1 Ciri-ciri pantun Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun. Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:

13

Sebab pulut santan terasa, Sebab mulut badan binasa

Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan keada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita. Pantun terdiri daripada:

3.1.1 Pembayang atau Sampiran Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepadamaksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait denganpembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. 3.1.2 Maksud atau Isi Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema). 3.1.3 Perkataan Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya. 3.1.4 Suku Kata Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiapbaris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantunyang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.

14

3.1.5 Rima atau Bunyi Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap barispantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a. Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris Contoh Pantun yang baik : Pu/lau/ Pan/dan/ ja/uh/ ke/te/ngah/, Gu/nung/ Da/ik/ ber/ca/bang/ ti/ga/, Han/cur/ ba/dan/ di/kan/dung/ ta/nah/, Bu/di/ yang/ ba/ik/ di/ke/nang/ ju/ga/.

Ba/ik/ Bu/li/Ba/ik/ A/sal/

ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/, bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/, ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

3.2 Ciri Ciri Pantun yang baik: 1. Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea. 2. Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan misalnya dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan seterusnya. Namun, pantun yang popular dan terus berkembang adalah pantun empat kerat dan dua kerat. 3. Jumlah perkataan setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan. 4. Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata. 5. Skima rima di tengah dan/atau di hujung baris adalah bersejajar berselangan, iaitu ab;ab. Ada juga skima rima yang sama, iaitu aa;aa.
15

6. Struktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu pembayang (yang menjadi kiasan) dan maksud (yang menjadi inti persoalan) yang hendak disampaikan. Pembayang adalah adalah gambaran alam dan maksud adalah gambaran sifat dan sikap manusia. 7. Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap. 8. Pemilihan perkataan merujuk kepada lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat. 9. Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang dan unit maksud.

Di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenis pantun empat kerat seperti dikemukakan di atas :-

Jenis Pantun Jenis Pantun Fungsi

: Dua Kerat : Empat Kerat - Teka-teki : Untuk berseronok dan menduga kebolehan dalam berfikir

Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang.

Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya?

Jenis Pantun Fungsi

: Empat Kerat Jenaka : Semata-mata untuk Hiburan

Orang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang Burung merbuk membuat sarang, Anak enggang meniti di paya; Tembaga buruk di mata orang, Intan berkarang di hati saya.

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Kasih Sayang

16

Jenis Pantun

: Empat Kerat Nasihat

Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. Payang retak tali bersimpul, Kendi lokan airnya tumpah; Hidup tidak kerana kaul, Mati bukan kerana sumpah. Pungut teritip di tiang batu, Batu pecah dilanda karang; Beginilah nasib dagang piatu, Kain basah kering di pinggang.

Jenis Pantun

: Empat Kerat Budi

Jenis Pantun

: Empat Kerat Nasib

Jenis Pantun

: Empat Kerat Perantau

Jenis Pantun

: Empat Kerat Adat

Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya. Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal. Punggur rebah puyuh mendengut, Dengut melata di tengah padang; Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. Gesek biola tiup serunai, Sayu dara berhati walang; Putih mata si burung punai, Kayu ara ditunggu helang.

Jenis Pantun

: Empat Kerat Kepahlawanan

Jenis Pantun

: Empat Kerat Peribahasa

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Kias dan Ibarat

17

Jenis Pantun

: Empat Kerat Agama

Letak bunga di atas dulang, Sisipkan daun hiasan tepinya; Banyak berdoa selepas sembahyang, Mohon diampun dosa di dunia.

Jenis Pantun : Empat Kerat Kanak-kanak Fungsi : Lagu sedih dan bersuka-ria

Anak rusa nani, Baru kembang ekor; Apa dosa kami, Lalu tidak tegur.

3.2 Fungsi Pantun dalam Masyarakat Melayu Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud kiasan atau sindiran. Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah, sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai. Seseorang yang akan menyampaikan dan melafazkan pantun diingatkan supaya memerhatikan isi pantun. Keadaan pantun yang dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaian isi pantun. Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh seseorang yang melafazkan pantun, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan sindiran dan nasihat. Begitu juga jika melafazkan pantun yang berkaitan dengan budi dan jenaka. Cara melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar. Sesungguhnya, pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai pelbagai fungsi. Antara nilai yang terdapat dalam Pantun Melayu: Bingkisan Permata selenggaraan oleh Harun Mat Piah,ialah: i. Mendidik Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua, kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai golongan yang makan garam terlebih dahulu pastinya mereka mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan amat peka terhadap perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka mendapati ada
18

sesuatu perkara yang tidak kena atau bertujuan untuk memberi peringatan kepada golongan muda atau kanak-kanak, mereka akan menggunakan pantun sebagai alat untuk menyampaikan nasihat dan didikan. Contohnya: Air melurut di tepian mandi, Kembang berseri bunga senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. Selain pantun nasihat, pantun agama juga dicipta oleh masyarakat dahulu untuk tujuan mendidik. Pantun agama yang dicipta selalunya memberi peringatan dan pedoman kepada semua lapisan masyarakat agar tidak tersasar ke jalan yang salah. Contohnya seperti pantun Melayu lama ini: Sungguh indah pintu dipahat, Burung puyuh di atas dahan; Kalau hidup hendak selamat, Taat selalu perintah Tuhan.

ii.

Meluahkan Rasa Kasih Sayang Pantun Melayu juga digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan

masyarakat Melayu tanpa kira batasan sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu dan bapa. Pantun-pantun sebegini akan disulami dengan kata-kata yang indah, berbunga-bunga, puji-pujian yang menggambarkan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam. Misalnya: Ribu-ribu pokok mengkudu, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.

19

Pantun di atas menggambarkan nasihat orang yang melafazkan pantun kepada pasangannya yang kerinduan tidak kira sama ada pasangan kekasih atau suami isteri atau anak kepada ibu bapanya. iii. Menyampaikan Rasa Penghargaan Masyarakat Melayu juga terkenal sebagai masyarakat yang tahu mengenang budi dan jasa. Oleh itu, kita dapat lihat banyak pantun Melayu yang dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau berbudi. Antara pantun yang popular sehingga sekarang ialah: Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.

Rangkap pantun di atas memperlihat masyarakat Melayu zaman dahulu memandang tinggi orang yang berbudi lebih daripada segalanya.

iv.

Adat Istiadat Masyarakat Melayu sememangnya mementingkan adat istiadat dalam kehidupan seharihari. Oleh itu, pantun juga memainkan peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat istiadat. Dalam majlis merisik, bertunang sehinggalah majlis perkahwinan, pantun akan dilafazkan sebagai mukadimah atau pembuka kata sebagai tanda meminta kebenaran atau untuk menyampaikan maksud di hati. Pantun-pantun sebegini dikenali sebagai pantun adat. Sebagai contoh, dapatlah kita lihat dalam pantun Melayu lama di bawah ini yang kerap kali dilafazkan dalam majlis merisik sehingga kini: Tok Sami ke Teluk Lipat, Kain sekodi dibawa sama; Datang kami membawa hajat, Kalau sudi minta terima.

20

v.

Sindiran Pantun juga digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak berterus terang. Melalui pantun, masyarakat Melayu dapat menyembunyikan perasaan sebenar sama ada kesal, kecewa dan dukacita terhadap sesuatu dengan penyusunan kata-kata yang indah. Hal ini bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara mereka. Contohnya: Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbunga lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.

vi.

Menguji Minda Pantun juga dicipta untuk tujuan mencabar ketangkasan fikiran. Pantun-pantun sebegini amat digemari ramai terutama golongan kanak-kanak. Pantun yang menguji minda ini dinamakan pantun teka-teki. Antara contoh pantun Melayu lama yang masih diingati ialah: Kalau tuan pergi ke kedai, Belikan saya buah keranji; Kalau tuan bijak pandai, Apakah binatang keris di kaki?

21

vii. Hiburan Pantun juga dicipta oleh masyarakat Melayu untuk tujuan hiburan. Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu akan berhibur dengan melafazkan pantun-pantun bersifat jenaka atau mengusik. Misalnya: Tuan Puteri memasang panjut, Dayang tolong menghalau lalat; Kucing tidur bangkit terkejut, Melihat tikus pandai bersilat. Ada juga pantun yang dijadikan lagu untuk hiburan seperti lagu Dondang Sayang yang popular dalam kalangan Baba Nyonya

22

4.0 RPH KOMSAS Aktiviti Berbalas Pantun Tahun 6 Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid Mata Pelajaran Tema Tajuk Pengetahuan sedia ada Hasil Pembelajaran 8 Oktober 2013 8.00 9.30am 6 Fikir 20 orang Bahasa Melayu Kemasyarakatan Pantun nasihat kemasyarakatan Semua murid pernah mendengar pantun nasihat dan pernah mencipta pantun secara spontan dalam PdP yang lepas. Fokus Utama: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1(i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus Sampingan: 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Aras 2(i) Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi. 11.2 Aras 1(ii) Menyatakan pandangan tentang mesej dan nilai yang Terdapat dalam bahan. Objektif Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Membaca teks pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Mencipta sekurang-kurangnya dua pantun secara spontan dengan rima a-b-a-b yang betul. 3. Menceritakan dan menulis sekurang-kurangnya satu nilai yang baik daripada maksud yang terdapat dalam pantun. Kemahiran Bahasa Pengisian Kurikulum Kemahiran membaca, mendengar dan bertutur. Sistem Bahasa: i. Sebutan dan intonasi - Sebutan dan intonasi pantun

23

Kemahiran Bernilai Tambah: i. Kemahiran Berfikir secara kreatif dan kritis. - Menjadi idea - Menganalisis ii. Kecerdasan Pelbagai: - Verbal Linguistik Strategi PdP: Perbincangan, soal jawab, aktiviti berbalas pantun. Penerapan Ilmu: Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, Pendidikan Moral Penerapan Nilai: Hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, semangat bermasyarakat. Elemen Merentas Kurikulum: i. Keusahawanan: rajin dan berdikari ii Teknologi Maklumat Bahan Sumber PdP Klip Video(MS Point), Petikan pantun, bahan audio, komputer riba, LCD Projektor , Slaid, sampul surat, kad-kad perkataan, lembaran kerja. Impak

Aktiviti PdP

Rujuk sebelah

24

Langkah/Masa Isi Pelajaran Set Induksi ( 5 minit )

Aktiviti PdP 1. Murid melihat paparan slaid melalui LCD/Ms P.Point. 2. Murid besoal jawab bersama guru mengenai paparan slaid berkenaan.

Catatan i. KBKK - Menjana idea ii.KP - Verbal Linguistik iii.BBM - Slaid MS.Point Aktiviti berbalas pantun. - Komputer riba - Kad-kad perkataan.

1. Paparan video pertandingan berbalas pantun melalui slaid. 2. Cara menggarap idea secara spontan oleh pemantun. 3. Pengenalan konsep berbalas pantun kepada murid. Langkah 1 ( 5 minit ) Mencipta pantun secara spontan

3. Murid mendengar penerangan guru berkaitan slaid dan tajuk pelajaran.

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Murid Kumpulan A berada di stesen 1 dan Kumpulan B berada di stesen 2. 2. Murid-murid di stesen 1 dan stesen 2 cuba mencipta pantun secara spontan. Pantun yang direka adalah pantun soalan bertemakan kemasyarakatan dalam masa 5 minit. 3. 3 orang wakil setiap kumpulan akan membacakan pantun yang dikarang secara spontan dengan sebutan dan intonasi yang betul di samping membuat gaya persembahan yang kreatif. 3. Guru dan murid berbincang tentang pantun yang dicipta secara spontan dan

i. KBBK - Menjana idea - Menganalisis ii.KP - Verbal Linguistik iii. BBM - Contoh-contoh pantun kemasyarakatan ditayangkan dalam slaid MS.Point

Tema: Kemasyarakatan - Murid-murid boleh mendapat idea melalui pantun-pantun bertemakan kemasyarakatan yang ditayangkan di slaid. (Rujuk lampiran) - Mencari pembayang dan maksud pantun - Skima pemarkahan pertandingan berbalas pantun.

25

memberi markah. 4. Murid didedahkan dengan cara bagaimana pertandingan berbalas pantun akan dilaksanakan dan skima pemarkahan pertandingan berbalas pantun. 1. Murid-murid bermain bola beracun untuk memilih 3 orang pemantun yang akan bertanding bagi setiap kumpulan.

Langkah 2 ( 2 minit )

Pemilihan dua pasukan pantun secara undian bahagi kumpulan A dan kumpulan B melalui Bola Beracun.

i. KBKK - Menjana idea ii. KP - Verbal Linguistik iii BBM - Muzik dan kaset

Borang pengisian nilai-nilai dalam pantun diberikan kepada 2. Murid-murid yang tidak murid-murid yang menjadi terpilih akan menyalin penonton. nilai-nilai yang terdapat - Nilai dan pengajaran daripada dalam pantun yang pantun yang dijual dan dibeli. dijual/dibeli oleh rakanrakan pemantun. Skima pertandingan pantun. 3. Murid-murid yang terlibat dalam pertandingan pantun membaca dan meneliti cara dan skima pemarkahan pantun.

Langkah 3 ( 35 minit )

Pertandingan Berbalas Pantun Antara Kumpulan A dan B

1. 2 Kumpulan murid menjual dan membeli pantun mengikut tema yang telah ditetapkan.

i. KB - Menjadi idea - Menganalisi Idea

Tema: Kemasyarakatan 2. Penjual dan pembeli pantun ii. BBM mencipta pantun secara Kad-kad Contoh pantun: Rujuk lampiran spontan dalam masa 2 minit Pembayang dan masa maksimum mengikut maksud yang lontaran idea masingsesuai. masing. EMK: 3. Murid dari Kumpulan A Kreativiti dan akan menjual pantun inovasi kepada pemantun pertama Kumpulan B, dan Keusahawanan Pemantun Kumpulan B
26

yang terlibat itu akan membeli pantun yang dijual dan akan menjual pula pantunnya kepada peserta Kumpulan A. Aktiviti menjual dan membeli pantun akan berterusan secara bergilir-gilir sehingga semua peserta terlibat dalam menjual dan membeli pantun.

Langkah 4 ( 8 minit )

Nilai dan pengajaran daripada pantun bertemakan kemasyarakatan.

1. Murid meneliti kembali borang yang diberi tentang nilai pengajaran yang diperolehi daripada pantun1. Masyarakat hidup dalam pantun yang dijual dan pelbagai kaum yang berbezadibeli dari peserta beza dan perlu bersatu padu pertandingan pantun dan pada setiap masa. menceritakan tentang nilai dan pengajaran yang 2. Amalan berbudi diperolehi dari pantun mewujudkan kehidupan tersebut. yang aman damai. 2. Murid membuat lembaran 3. Sifat tolong-menolong kerja dengan melengkapkan adalah amalan yang mulia. nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan. 3. Murid dan guru berbincang tentang hasil kerja murid.

i KBKK: - Menganalisis Idea ii.KP: - Verbal Linguistik iii. BBM: - Lembaran kerja Nilai: Tolong-menolong, berbudi, bersatupadu.

Penutup ( 5 minit )

Rumusan isi pelajaran Kepentingan pengajaran aktiviti berbalas pantun: 1. Menjadi berani 2. Melatih minda kreatif 3. Pantun adalah budaya orang Melayu yang harus dipelihara agak tidak lupus diingatan.

1. Murid mengetahui bahawa daripada aktiviti pertandingan berbalas pantun ini mereka akan menjadi berani dan berdikari dan berfikiran kreatif. 2. Murid menyedari bahawa pantun merupakan salah satu budaya masyarakat Melayu yang harus dipertahankan dan

Nilai: Keyakinan, Berdikari

27

merupakan bahasa kiasan yang bersopan santun. Pengukuhan Pantun rekaan: Tema: Kasih sayang terhadap ibu bapa Mencipta 3 rangkap pantun bertemakan kasih sayang terhadap ibu bapa Menyusun baris-baris pantun untuk menghasilkan serangkap pantun yang betul rimanya iaitu a-b-a-b dengan betul bertemakan kemasyarakatan.

Pemulihan Susun baris-baris pantun yang betul rima a-b-a-b mengikut pembayang dan maksudnya.

28

5.0 Kekuatan dan kelemahan Pengajaran Dan Pembelajaran Aktiviti Berbalas Pantun Menurut pendapat tokoh (Ishak Ramli,1992:231), kekuatan pengajaran aktiviti berbalas pantun di dalam kelas ialah:

i- Untuk menjamin deria pelajar terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa. ii- Untuk menambahkan perbendaharaan kata dan struktur bahasa pelajar. iii- Untuk melatih pelajar supaya memahami apa yang dibaca. iv- Untuk melatih pelajar menikmati sesebuah karya sastera sepenuhnya dengan membuat penilaian,pertimbangan dan kritik. (Ishak Ramli,1992:231) Selain itu terdapat juga kekuatan-kekuatun pengajaran berbalas pantun perlu dilakukan di dalam kelas iaitu:

5.1.1 Aktiviti berbalas pantun mampu membantu pelajar ke arah kemahiran berbahasa yang melibatkan penulisan. Dalam memperkukuhkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, terdapat beberapa perkara yang harus dikuasai oleh pelajar. Salah satunya ialah kemahiran berbahasa khususnya yang melibatkan kemahiran menulis. Kemahiran menulis amat penting diterapkan dalam kemahiran berbahasa pelajar kerana melaluinya, pelajar mampu

mengadaptasikan hasil penjanaan idea ke dalam bentuk penulisan yang lebih bermutu. Penulisan yang bermutu ini melibatkan aspek-aspek bahasa seperti penggunaan tanda baca, morfologi, sintaksis, perbendaharaan kata atau kosa kata dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat ini, puisi khususnya pantun mampu membantu pelajar ke arah kemahiran berbahasa yang melibatkan penulisan. Berdasarkan pembelajaran aktiviti berbalas pantun, pelajar akan dapat mempelajari cara serta teknik-teknik dan aktiviti penulisan karya sastera contohnya dalam aspek penghasilan pantun yang baik atau pemantun yang baik. Semasa proses penciptaan atau penulisan pantun berlaku, pelajar akan mengggunakan kemahiran berfikir dan menjana idea yang bernas untuk mencipta sesuatu pantun itu. Secara tidak langsung pemilihan aktiviti berbalas pantun ini mampu meningkatkan perbendaharaan kata para pelajar.
29

5.1.2 Pendedahan aktiviti berbalas pantun membolehkan pelajar menikmati dan mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas, mengenali penulis dan sejarah perkembangan tanah air Pendedahan aktiviti pantun membolehkan pelajar menikmani dan mengapresiasi karya sastera serta mengetahui ilmu sastera secara ringkas yang secara tidak langsung membantu murid berfikiran kreatif. Dr Sharifah Maimunah Syed Zin (2000:22) menjelaskan, Pendedahan komponen sastera membolehkan pelajar menikmati dan

mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas, mengenali penulis dan sejarah perkembangan tanah air, berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar dari segi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. 5.1.3 Melahirkan murid yang menghayati serta menghargai karya sastera Dalam usaha memasukkan komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu, KamaruzamanAbdullah menyatakan pendapatnya iaitu, Pelaksanaan komponen sastera ini diharap dapat melahirkan pelajar yang mengenali, menghayati serta menghargai karya sastera bagi di samping tumpuan kepada peribahasa dan tatabahasa. Justeru itu, melalui pendapat beliau, jelaslah aktiviti berbalas pantun merupakan salah satu aktiviti yang amat baik untuk murid menghargai karya sastera. 5.1.4 Memperkasakan nilai-nilai murni dalam diri pelajar Dalam menempuh arus globalisasi, pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh remaja khususnya pelajar-pelajar dalam aspek pembangunan rohaniah dan jasmaniah. Pembendungan akhlak remaja ke arah gejala yang negatif perlu dititikberatkan supaya mereka tidak mudah terjerumus ke lembah kemaksiatan yang mungkin boleh menghakis nilai-nilai budaya ketimuran atau nilai-nilai murni dalam jiwa remaja tersebut. Lantaran itu, mata pelajaran kesusasteraan dijadikan sebagai mata pelajaran yang wajib di kalangan para pelajar dengan tujuan untuk memperkasakan nilai-nilai murni dalam diri pelajar itu. Dalam melihat hubungkait antara peranan puisi klasik khususnya pantun dari aspek penerapan nilai-nilai murni, tokoh pendidik, Wan Hashim Wan Teh (2000:20) berkata,
30

Medium sastera sama ada bentuk cerpen, teater atau puisi berfungsi membendung sikap buruk manusia daripada menguasai diri sendiri hingga menganggu ketenteraman atau mengancam keselamatan orang lain. Menurut beliau lagi, semua genre sastera yang bermutu tinggi mempunyai nilai-nilai seperti kehalusan budi, meyemai sifat pengasih, saling menghormati dan merangsang pemikiran kretif. Nilai ini sekiranya dipupuk dalam seseorang individu itu dapat menghasilkan manusia yang dapat membendung sifat kebinatangan dalam dirinya untuk menjadi seorang yang berbudi pekerti tinggi, lemah lembut dan bertimbang rasa. Knapton dan Evans (1967) pula memberikan pendapat mereka yang tersendiri iaitu Manfaat terbesar daripada suatu karya sastera ialah ia membekalkan pengalaman estetik yang akan membawa pengaruh positif dan sihat ke atas penerimanya. Penggunaan bahan sastera dapat menolong memenuhi objektif untuk menanam nilai-nilai murni pada diri pelajar yang sedang di alam keremajaan. 5.1.5 Membentuk emosi serta memupuk semangat toleransi pelajar dan minat pelajar . Selain itu, pemilihan aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah juga dapat membentuk

emosi melalui puisi klasik ini yang mana ia meliputi unsur-unsur yang menggalakkan pelajar memahami perasaan orang lain di samping memperkayakan daya kretiviti atau kekretifan pelajar dalam mencipta dan mengembangkan pemikiran yang positif serta dapat memupuk semangat toleransi yang tinggi dalam jiwa pelajar. Penggunaan bahan puisi sebagai bahan pendidikan antara lain adalah untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam menghasilkan bahan sastera di samping dapat menguatkan lagi penguasaan bahasa yang kreatif dan kritis dalam aspek penulisan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Penggunaan bahan
31

puisi sebagai bahan pendidikan ini dapat menambah minat pelajar terhadap pelajaran malah pelajaran tidak hanya tertumpu pada aspek karangan, tatabahasa dan aspek-aspek lain.

5.2 Kelemahan Pengajaran Dan Pembelajaran Aktiviti Berbalas Pantun Aktiviti berbalas pantun sememangnya perlu dijadikan salah satu teknik pengajaran di dalam kelas. Walaupun aktiviti berbalas pantun sangat baik dikendalikan di dalam kelas, namun aktiviti berbalas pantun ini juga terdapat pelbagai kelemahan seperti berikut: 5.2.1 Guru bukan opsyen kurang kemahiran mengajar pantun Terdapat guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu yang bukan opsyen, justeru itu, mereka amat sukar menggunakan teknik berbalas pantun di dalam kelas dan kurang daya kreativiti untuk menimbulkan minat murid berpantun dan melahirkan idea-idea kreatif murid untuk mencipta pantun secara spontan. Jika guru kurang kemahiran maka mereka juga tidak dapat menarik minat murid untuk belajar berbalas pantun. 5.2.2 Faktor masa yang terhad Aktiviti pertandingan berbalas pantun juga mengambil masa yang lama untuk dikendalikan dalam masa pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menyebabkan tekanan kepada guru untuk mengendalikan aktiviti berbalas pantun di dalam kelas. 5.2.3 Murid aras sederhana sukar menguasai aktiviti berbalas pantun secara spontan Bagi murid kelas sederhana, pembelajaran pantun secara spontan dan juga aktiviti berbalas pantun harus dibimbing oleh guru dengan sepenuhnya, maka aktiviti berbalas pantun yang dikendalikan ke atas mereka juga perlu dipantau dan daya kreativiti mereka perlu digarap dengan lebih dedikasi oleh guru sehingga jaya. Mereka masih boleh dibimbing tetapi mengambil masa yang lama oleh guru.

32

5.2.4 Murid kurang berminat dengan aktiviti berbalas pantun kerana kurang yakin pada diri Terdapat murid-murid yang pemalu dan kurang yakin pada diri untuk menyertai aktiviti pertandingan pantun di dalam kelas. Keadaan ini menyebabkan pengajaran guru tentang pantun terbantut kerana murid-murid tiada respon untuk mengambil bahagian.

5.2.5 Murid kurang idea Terdapat juga murid-murid yang kurang idea untuk berfikir secara spontan dan keadaan ini menyebabkan aktiviti berbalas pantun di dalam kelas hambar dan tidak mendapat sambutan para pelajar. Murid yang kurang membaca sudah tentu tidak mempunyai banyak idea untuk mencipta pantun sebagaimana yang diharapkan oleh guru. Fenomena ini juga menyebabkan impak guru tidak kesampaian.

33

6.0 Kesimpulan Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakat melayu. Pengaruh pantun dalam masyarakat melayu sangat luas kerana dijadikan sebagai alat berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan,pemujaan,dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi. Selain itu juga pantun dianggap sebagai alat hiburan,alat pendidikan dan alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan serta sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat. Pantun pada masa sekarang termasuk dalam jumlah perbendaharaan sastera lama. Justeru marilah kita mengembang dan menyuburkan pusaka lama agar kesusasteraan bangsa kita akan bertambah maju dan jaya. Kita sering mendengar orang berkata, pantun adalah manifestasi pemikiran manusia Melayu silam. Itu memang benar kerana pantun sebagai karya sastera adalah penglahiran langsung dari pemikiran manusia yang amat jernih dan signifikan. Pantun terutama sekali menjelmakan pemikiran yang amat arif-bijaksana dan tajam yang lahir dari pengamatan mata yang peka dan rinci. Malah pantun bukan sahaja menjadi cermin untuk kita membaca minda Melayu, tetapi sama seperti bentuk-bentuk sastera yang lain pantun menjadi cermin kepada seluruh adab kehidupan manusia silam, termasuk persekitarannya. Pantun Melayu adalah satu hasil ciptaan masyarakat dan budaya. Walaupun pantun dihasilkan oleh individu tetapi tidak ada persoalan hak cipta. Pantun bukan milik individu tetapi milik kolektif seluruh masyarakat. Lantas, segala wawasan serta nasihat yang terkandung ditujukan kepada semua. Pantun Melayu sendiri meletakkan landasan dan orientasi kepada seorang Melayu yang unggul, budiman, memiliki kemampuan fizikal, mental, emosional dan spiritual serta menegaskan akan asal-usul keturunan seseorang. Masyarakat dan budaya Melayu telah memainkan peranan dari segi orientasi nilainya untuk menjadikan manusia Melayu seorang yang beradab, tertib dan beradat.

34

RUJUKAN BUKU 1. Abdul Halim R 1968, Pantun Serbanika, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementeriaan Pelajaran,Kuala Lumpur. 2. Adnan Abd.Majid,2003, Mutiara Sastera Melayu Tradisional, Dewama Sdn .Bhd.Kompleks Dawana,Selangor Darul Ehsan. 3. Ahmad, M. T. (1990). Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Asmah Haji Omar (1989). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 5. Ashaari, O. H. (1961). Kajian Pantun Mlayu. Malay Publishing House Limited. 6. Bakar, Z. A. (1983). Kumpulan Pantun Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Malaysia.
7. Dewan bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan ( Edisi Keempat). Kuala Lumpur. DBP. 8. Omardin Haji Ashaari,1961, Kajian Pantun Melayu,Malaya, Publishing House Limited.

9. Majlis Peperiksaan Malaysia, & Dewan Bahasa dan Pustaka. (1996). Warna Sari: Sastera Melayu Tradisional. Dewan Bahasa Dan Pustaka Dan Fajar Bakti. 10. Sharifah Maimunah Syed Zin (2000). Menikmati dan Mengapresiasikan Sastera. Dewan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu Tradisional-Satu pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 12. 1990. Kurik Kundi Merah Saga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 13. Hashim, K. (1999). 1001 Pantun Baru. Cerdik Publications. 14. Wan Abdul Kadir Wan Yusuf, 1996. Pantun Manifestasi Minda Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 15. Wilkinson, R. J., & Winstedt, R. O. (1961). Pantun Melayu (Vol. 12). Malaya Publishing House. 16. Yunos, A. (1966). Pantun Melayu Sastera Ra'ayat. Penerbitan Federal Berhad 17. Zaba, 1965. Ilmu Mengarang Melayu, K.Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. 18. Zainal Abidin Bakar (peny.), 1983. Kumpulan Pantun Melayu. K.Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
35

RUJUKAN INTERNET 1. http://www.scribd.com/doc/5364483/-Pantun-Budi 2. http://pantun.usm.my/makalah3-7.asp 3. http://mediasauna.multiply.com/journal/item/5/Pantun_dan_Syair_dalam_Kesusastraan_ Melayu_Klasik

36

LAMPIRAN PANTUN

Beratnya peti tidak terangkat, Peti emas muatannya gading, Budaya sayang dan muafakat; Mampukah saling ganding- berganding? Jual 1

Puteri mengidam buah mempelam, Makan bersama buah belimbing, Sayang muafakat lumrahnya alam; Ibaratkan aur dengan tebing. Beli 1

Asam kandis dalam peti, Di makan puteri sambil ketawa, Lunturkah nilai lunturkah identiti; Jika globalisasi internet menggodam jiwa? Jual 2

Bumi berputar ibarat roda, Putarannya mesti setiap hari, Jujurkan diri luaskan minda; Internet pemangkin muhasabah diri. Beli 2

37

Sang Kancil tersepit dalam jala, Mengelakkan diri dari Pak Belang, Hati tertekan perpaduan tergendala; Sekatan apakah harmoni terhalang? Jual 3

Harmoni hilang ditelan gelora, Puncanya manusia umpat-umpatan, Jiwa kacau jiwa bergelora; Runtuhnya jiwa tunjang kejahatan. Beli 3

Hujan batu jarang melanda, Mungkin melanda dalam bayangan, Terganggukah jiwa gusarkah minda; Jika jerebu bebas di awangan? Jual 4

Mengambil damar di Gunung Tahan, Damar dibawa dengan rapi, Apakan daya takdirnya Tuhan; Doa dan hajat jadikan terapi. Beli 4

38

You might also like