You are on page 1of 3

Apakah nilai-nilai penting yang perlu diamalkan oleh pemimpin yang baik.

Huraikan nilai-nilai tersebut dengan contoh-contoh yang sesuai.

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu


yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan
adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai
struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut
bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu
organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh
pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekad dan keazaman ke arah
kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah peyatuan aktiviti
sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin.

Terdapat beberapa nilai penting yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin
yang baik antaranya ialah :

1. Bertanggungjawab, bermaksud sesuatu kerja tugas atau janji yang


mesti dilaksanakan. Seseorang yang diberi tanggungjawab untuk
menjalankan sesuatu tugas bermakna beliau telah diamanahkan untuk
menyempurnakan tugas tersebut. Seorang pemimpin yang mempunyai
nilai sosial ini akan sentiasa mengambil dan mementingkan hal-hal
kebajikan pekerjanya. Pemimpin yang mempunyai akauntabiliti akan
menyempurnakan tugasnya dalam memimpin dan mengetuai sesuatu
organisasi itu dengan penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh
menyempurnakannya ke tahap yang sempurna. Sebagai contoh guru
merupakan pemimpin di sekolah, bertanggungjawab dalam memberi
ilmu dan juga mendidik pelajar-pelajarnya untuk menjadi seorang yang
memiliki sifat-sifat yang positif serta berilmu.

2. Berdedikasi, bermaksud kesungguhan seseorang bagi melaksanakan


tugas dengan sempurna. Pemimpin yang berdedikasi sanggup
melaksanakan tugas lebih daripada yang diharapkan serta tekun
menyempurnakan tugasnya ke tahap yang terbaik dalam memimpin
pekerja-pekerja di bawahnya. Pemimpin yang mempunyai nilai ini
sentiasa komited dalam memikul tugas sebagai pemimpin. Pemimpin
seperti ini juga mempunyai dorongan yang tinggi untuk meningkatkan
prestasi dan sentiasa terbuka kepada kritikan yang membina. Contoh
bagi nilai ini ialah, seorang guru berdedikasi dalam menjalankan
kewajipannya sebagai seorang guru dengan mendidik dan mengajar
pelajar-pelajarnya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai
karenah pelajar.

3. Berdisiplin, bermaksud satu sifat yang mengawal diri seseorang untuk


sentiasa berperilaku berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip
dan nilai mulia. Pemimpin yang berdisiplin berpegang teguh pada
ajaran agama, sentiasa menjaga maruah diri, organisasi,
perkhidmatan dan Negara. Mereka yang mempunyai disiplin yang
tinggi akan melaksanakan tugas dengan amanah dan
bertanggungjawab . Contohnya seperti seorang guru yang berdisiplin
akan sentiasa menepati masanya, mematuhi peraturan dan undang-
undang sebagai guru. Dengan ini, mereka boleh menjadi contoh
pemimpin yang terbaik bagi pelajar-pelajarnya.

4. Integriti biasanya sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai amanah,


jujur, kebolehpercayaan dan juga sentiasa memelihara kepentingan
awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.
Sebarang kerja yang dibuat hendaklah dilakukan dengan penuh
ketulusan hati. Ini juga bermakna jika seseorang pemimpin telah diberi
kuasa, mereka perlu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama.
Contohnya, seperti seorang guru yang berintegriti akan mengajar
dengan penuh komited, menepati masa masuk ke kelas, dan sentiasa
menjadikan pelajar

You might also like