You are on page 1of 7

CABARAN-CABARAN

UTAMA

YANG

DIHADAPI

OLEH

GURU

DALAM

PROFESION KEGURUAN. Pengenalan Sejak beberapa dekad yang lalu, profesion keguruan di negara ini adalah profesion yang disanjung dan dipandang tinggi dalam masyarakat. Guru adalah dianggap sebagai gedung ilmu yang serba mengetahui dengan keupayaan tersendiri serta kualiti peribadi yang diterima oleh masyarakat. Selaras dengan perkembangan sistem pendidikan dan kemajuan intelek masyarakat, profesion keguruan masa kini bukan sahaja telah diangkat martabatnya malah telah diiktiraf sebagai kerjaya bertaraf profesional. Guru yang profesional menggunakan keupayaan serta kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas, mendapat latihan yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh masa tertentu, mementingkan mutu serta dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan keuntungan wang atau saraan semata-mata, pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dan tanggungjawabnya, dan mematuhi etika perkhidmatan. Namun begitu, profesion keguruan juga menghadapi pelbagai masalah yang sangat mencabar kewibawaan dan keprofesionalan kerjaya. Cabaran-cabaran yang ingin dibincangkan disini telah dirangkum dalam tiga konteks utama iaitu cabaran di era krisis dan perubahan etika, moral dan sosial, cabaran di era ICT dan cabaran di era K-ekonomi (Abd. Rahim Abd. Rashid, 2005). Cabaran Era Krisis dan Perubahan Etika, Moral dan Sosial Era krisis dan perubahan boleh difahami sebagai krisis dan perubahan masyarakat yang berlaku dari segi etika, moral dan sosial. Terdapat beberapa cabaran penting yang ingin dibincangkan dalam konteks ini. Cabaran pertama ialah cabaran membina masyarakat berhemah dan beretika. Profesion keguruan merupakan profesion yang bertanggungjawab dalam asas pembentukan moral dan etika sesebuah masyarakat. Wawasan dan matlamat pendidikan dalam konteks ini perlu menekankan aspek-aspek nilai kerohanian, kemanusiaan dan budaya hidup yang harmoni berlandaskan falsafah kemoralan dan etika.

Cabaran yang kedua ialah menangani krisis sosial dan moral. Fenomena sosial seperti merokok, ponteng sekolah, melepak, gangguan seksual di kalangan pelajar, lari dari rumah, menagih dadah, bergaduh, gengsterisme, mencuri, meragut, membuli dan seumpamanya adalah antara gejala juvana dan delinkuen yang meluas di kalangan remaja di sekolah (Rashidi Azizan, 1994). Justeru itu, profesion keguruan perlu meningkatkan komitmen membantu masyarakat dan negara dalam menangani krisis sosial dan moral yang dihadapi. Kurikulum dan pengajaran di sekolah perlu diterapkan dengan pengukuhan pembinaan tingkah laku, peribadi yang baik, akhlak yang mulia dan juga menanamkan semangat jati diri supaya dapat menangkis pengaruh dan gejala buruk dalam kehidupan pelajar. Cabaran yang ketiga pula mempertahankan etika profesion keguruan. Profesion keguruan merupakan profesion yang terdedah kepada pelbagai pengaruh dan cabaran. Oleh itu, guru-guru perlu berusaha mempertahankan nilai dan aspek etika agar tingkah laku, tindakan dan amalan tidak terkeluar dari landasan dan prinsip etika pendidik yang baik, berhemah dan bertanggungjawab. Cabaran yang keempat ialah cabaran etika dan kualiti personal guru. Pengukuhan kekuatan personal seperti tingkah laku, pengetahuan, keterampilan, disiplin diri, kemahiran hubungan interpersonal, kecekapan profesionalisme seperti pengajaran, perancangan dan pengurusan, kematangan berfikir, kepimpinan dan idealisme hidup perlu dipupuk dalam program latihan, organisasi sekolah dan etika perkhidmatan keguruan. Dengan adanya kekuatan-kekuatan personal ini, guru boleh menjadi contoh atau role model yang baik kepada murid serta dihormati oleh masyarakat. Cabaran Era ICT Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai kemajuan dalam

penggunaan ICT dalam semua aspek kehidupan khususnya dalam bidang pendidikan, telah memberi cabaran yang besar kepada profesion keguruan. Profesion keguruan perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital menjelang tahun 2020 dimana kaum guru perlu bersedia melaksanakan tugas baharu bagi membangunkan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan di era ICT ini ialah yang pertama; pembelajaran menerusi jendela dunia. Apa yang dimaksudkan disini ialah pembelajaran maya yang menggunakan internet, melayari laman sesawang (website) dan sebagainya. Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan dan system pendidikan yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, peralatan digital, e-learning, dan sebagainya. Cabaran kedua dalam konteks ICT ini ialah pembelajaran global. Proses pembelajaran dalam era ICT begitu dipengaruhi oleh revolusi teknologi maklumat yang boleh membawa pelajar menerokai pengetahuan dan maklumat tanpa batasan termasuk dalam konteks global. Transaksi maklumat boleh dilakukan melalui penggunaan internet, telekomunikasi maklumat, kemajuan siber, faksimile, termasuk jaringan global yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan. Bagi merealisasikan pembaharuan ini, guru perlu bersedia mengambil dan menyahut cabaran dalam melaksanakannya di sekolah. Manakala cabaran ketiga pula ialah penggunaan IT yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences. Kecekapan dan kemahiran penggunaan komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kognitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya. Cabaran kritikal yang dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan dan sistem pendidikan negara ini ialah menerokai cara memajukan bidang ini dalam pendekatan penggubalan kurikulum dan pendekatan pengajaran-pembelajaran. Cabaran keempat yang ingin dibincangkan disini ialah kepimpinan ICT dalam pendidikan. Untuk merealisasikan perkara ini, guru-guru perlu menyahut cabaran menjalani program latihan yang intensif dan ekstensif untuk melahirkan guru-guru mahir, pakar dan profesional dalam penggunaan komputer dan ICT. Ini untuk memudahkan guru melaksanakan pembelajaran era ICT dengan lebih berkesan. Pengajaran menggunakan sistem dalam talian atau on-line menjadi cabaran kelima yang perlu dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan. Pembelajaran yang akan berlaku pada abad ke-21 tidak lagi terikat pada sistem konvensional. Revolusi teknologi ICT memerlukan sekolah dan profesion keguruan mengadaptasikan sistem
3

dan pendekatan belajar yang lebih fleksibel, dinamik, mudah dihubungi, interaktif dan kolaboratif. Pengajaran-pembelajaran on-line akan membolehkan sesuatu

pembelajaran berlaku dengan lebih mudah kepada guru dan pelajar. Cabaran Era K-Ekonomi Peranan guru dan profesion keguruan amatlah penting dalam membentuk dan melahirkan masyarakat berpengetahuan dalam era k-ekonomi dimana corak penggunaan tenaga dan modal manusia akan menjadi perangsang kepada pertumbuhan dan kemajuan ekonomi. Pengetahuan ekonomi merupakan satu daripada keperluan pendidikan kenegaraan. Justeru itu, generasi muda perlu didedahkan serta menguasai pengetahuan dan kemahiran tentang ekonomi supaya mereka dapat memainkan peranan yang membina dalam era k-ekonomi. Cabaran pertama yang perlu dihadapi guru dalam profesion keguruan dalam era k-ekonomi ialah melahirkan golongan muda yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berketerampilan, mengamalkan nilai dan sikap yang positif serta dinamik dan dapat menyumbang kepada kemajuan k-ekonomi. Selaras dengan kemajuan k-ekonomi, pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti perniagaan, keusahawanan, matematik, pengurusan kewangan, IT dan sebagainya perlu dilengkapkan supaya generasi muda dapat menjadi penggerak kepada perubahan dan kemajuan ekonomi seperti yang diimpikan kerajaan. Oleh itu, profesion keguruan perlu lebih superior dari segi penguasaan pengetahuan baharu sesuai dengan era k-ekonomi. Manakala cabaran yang kedua pula ialah guru perlu membentuk generasi muda yang kreatif, inovatif dan dinamik untuk menghadapi kemajuan dan cabaran kekonomi. Pelajar yang dibentuk bukan sahaja kreatif dan inovatif dari segi pembelajaran bahkan juga dari segi pemikiran, idea, pengetahuan, kemahiran, wawasan dan semangat untuk menghadapi perubahan k-ekonomi. Tuntutan perubahan ini sudah tentu merupakan cabaran kepada profesion keguruan di Malaysia khususnya kepada guru-guru yang diharapkan menjadi tenaga penggerak kepada kemajuan generasi muda. Disamping itu, cabaran ketiga pula ialah guru diharapkan untuk melahirkan golongan muda yang celik komputer sesuai dengan perubahan revolusi maklumat
4

atau ICT. Kemahiran dalam bidang ICT adalah suatu kecekapan yang diperlukan bagi menghadapi perubahan k-ekonomi. berusaha meningkatkan lagi peratusan Oleh itu, profesion keguruan perlu golongan celik komputer dan

berpengetahuan dalam ICT supaya jurang digital yang wujud dapat dirapatkan antara golongan masyarakat bandar dengan luar bandar, diantara kaum dan juga dalam konteks gender. Bagi mencapai kemajuan dalam k-ekonomi, rakyat Malaysia perlu menjadi mahir dan membudayakan IT dalam kehidupan mereka. Wawasan baharu pendidikan untuk melahirkan golongan muda celik ICT memberikan cabaran kepada profesion keguruan supaya mengambil langkah bagi meningkatkan keupayaan dan pengetahuan guru untuk meluaskan budaya ICT. Guru kini perlu bersedia menggalas cabaran keempat dalam konteks era kekonomi bagi menyediakan generasi muda yang berkemampuan dan berdaya maju untuk menghadapi persaingan globalisasi. K-ekonomi berlaku dalam aspek global yang membuka perjuangan ekonomi sesuatu masyarakat dan negara kepada persaingan yang lebih terbuka dan bersifat kompetitif. Berdasarkan itu, peranan guru untuk melahirkan generasi muda yang dapat menghadapi cabaran globalisasi adalah satu tugas yang kritikal. Ini adalah kerana globalisasi dapat menjadikan tembok kebangsaan dan kenegaraan dipertingkatkan kepada usaha kearah mengangkat imej dan kepentingan negara ke peringkat antarabangsa. Hal ini penting bagi mencorakkan kehidupan dan taraf hidup masyarakat kearah yang lebih baik, makmur dan bebas dari krisis ekonomi. Cabaran terakhir iaitu yang kelima yang ingin dibincangkan disini ialah guru perlu bersedia membentuk generasi muda supaya berusaha menanamkan semangat patriotik dalam memajukan ekonomi negara dan menghadapi perubahan serta cabaran k-ekonomi. Menggembleng semangat patriotik untuk memajukan ekonomi adalah suatu cabaran penting pendidikan dan profesion keguruan. Generasi muda perlu disedarkan akan pentingnya sokongan dan sumbangan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menangani krisis yang wujud, membendung kejatuhan nilai matawang, kemelesetan ekonomi dan sebagainya. Justeru itu, semangat baharu tentang ekonomi perlu ditanamkan melalui pendidikan awal. Sebagai contoh, mengutamakan produk dan jenama Malaysia, berbangga dan menyokong usaha memajukan ekonomi negara serta menanam minat terhadap ekonomi bagi melahirkan golongan usahawan, ekonomis, penggerak ekonomi, menjadi peniaga
5

dan pelabur yang berdaya maju serta membantu Malaysia menjadi salah satu negara pengeluar yang lebih kompetitif dan setanding atau lebih baik daripada negara maju lain. REFLEKSI Profesion keguruan merupakan kerjaya profesional yang dipandang mulia oleh masyarakat dan diangkat martabatnya sejak beberapa dekad yang lalu. Sebagai kerjaya yang mementingkan profesionalisme, guru perlu menghadapi serta mengharungi pelbagai cabaran getir semata-mata untuk mendidik, membentuk dan melahirkan masyarakat yang mempunyai pelbagai kemahiran untuk meneruskan hidup di dalam dunia yang serba maju dan semakin canggih ini disamping tidak lupa untuk menerapkan akhlak yang mulia, peribadi yang baik, dan semangat jati diri ke dalam diri masyarakat. Antara cabaran-cabaran yang telah dibincangkan di dalam tugasan ini adalah terdiri daripada tiga konteks utama iaitu yang pertama, era krisis dan perubahan masyarakat yang berlaku dari segi etika, moral dan sosial, yang kedua, cabaran di era ICT, dan yang ketiga, cabaran di era k-ekonomi. Cabang-cabang cabaran yang terdapat dalam konteks era krisis dan perubahan antaranya ialah cabaran membina masyarakat berhemah dan beretika, menangani krisis sosial dan moral, mempertahankan etika profesion keguruan, serta cabaran etika dan kualiti personal guru. Manakala cabang-cabang cabaran yang terdapat dalam konteks era ICT pula ialah pembelajaran menerusi jendela dunia iaitu pembelajaran maya, pembelajaran global, penggunaan IT yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences, kepimpinan ICT dalam pendidikan dan Pengajaran menggunakan sistem dalam talian atau on-line. Cabang-cabang cabaran yang terdapat dalam konteks terakhir iaitu era kekonomi ialah melahirkan golongan muda yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berketerampilan, mengamalkan nilai dan sikap yang positif serta dinamik dan dapat menyumbang kepada kemajuan k-ekonomi, membentuk generasi muda yang kreatif, inovatif dan dinamik untuk menghadapi kemajuan dan cabaran k-ekonomi, melahirkan golongan muda yang celik komputer sesuai dengan perubahan revolusi
6

maklumat atau ICT, menyediakan generasi muda yang berkemampuan dan berdaya maju untuk menghadapi persaingan globalisasi, dan membentuk generasi muda supaya berusaha menanamkan semangat patriotik dalam memajukan ekonomi negara dan menghadapi perubahan serta cabaran k-ekonomi. Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya menyedari bahawa saya sebagai guru pelatih juga tidak terlepas dari menghadapi segala cabaran seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, saya perlu lebih berusaha dalam menyediakan diri saya untuk menghadapi serta mengharungi setiap cabaran sama ada yang sedang dilalui kini ataupun yang akan mendatang. Justeru itu, sokongan serta tunjuk ajar dari pihak institusi pengajian yang saya hadiri sekarang termasuk juga panduan dari rakan-rakan sebidang sangat diperlukan untuk mempersiapkan diri saya dalam menghadapi cabaran-cabaran getir dalam profesion keguruan.

BIBLIOGRAFI 1. Abd. Rahim Abd. Rashid, 2005, Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2. Rashidi Azizan, 1994, Prosiding Seminar JKLKAU Ke-9 Pendidikan Guru: Cabaran, Falsafah dan Strategi Dalam Pembentukan Guru Yang Unggul, MASA Enterprise, Kajang, Selangor. 3. http://suaramarhaenis.blogspot.com/2012/02/profesion-perguruan-dancabaran-cabaran.html 4. http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2008/05/17/cabaran-dan-usahamemartabatkan-profesion-perguruan/

You might also like