You are on page 1of 16

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA TAHUN 2014

KALI PERTAMA
SJK (T) LADANG PERTANG

Tarikh : 21 November 2013


Masa : 10.00 pagi 12.00 tengahari
Tempat : Perpustakaan
Kehadiran :

1.

En. P. Gunasekaran (GB)

2.

Pn. Siva Umah (Gpk 1)

3.

En. S. Sekar (GPK HEM)

4.

Pn. Chitra (Gpk 3)

5.

En . Mohd Fuad b Abdul Rahman

6.

Cik. Ratha

7.

Pn . S. Kanagamma

8.

Pn. S. Abirani

9.

En. Vinod Kumar

Agenda mesyuarat : 1. Perutusan pengerusi


2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Perkara berbangkit
4. Perbentangan kertas kerja
5. Hal-hal lain
6. Penutup

1. Perutusan pengerusi
1.1

Guru besar mengalu-alukan kedatangan guru.

1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas


sumbangan, kerjasama dan usaha yang dilakukan sepanjang sesi
persekolahan 2013 dengan pencapaian terbaik UPSR sekolah
dengan seorang murid mendapat 7A.
1.3 Beliau juga memberitahu bahawa pentingnya guru menjaga atau
melindungi masa instruksional (MMI) dan buktinya pencapaian
UPSR 2013 sangat menakjubkan kerana guru mengamalkan MMI.
1.4 Beliau juga memberitahu bahawa guru harus sentiasa
memeriksa buku tulis, buku latihan dan sentiasa menggunakan
bahan bantu belajar (BBB) yang sesuai dengan murid.
1.5

Sekiranya ada sebarang masalah boleh berjumpa dengan beliau.


Tindakan : Makluman

2. Pengesahan minit mesyuarat


2.1 Encik Mohd Fuad selaku ketua panitia membacakan minit
mesyuarat lepas.
2.2

Pn. Abirani mengesahkan minit mesyuarat lepas.

2.3

Cik Ratha menyokong.


Tindakan : Makluman

3. Perkara berbangkit
3.1

Pada mesyuarat ini tiada perkara berbangkit.


Tindakan : Makluman

4. Perbentangan kertas kerja


4.1

Penubuhan jawatankuasa panitia 2014

4.1.1 Semua guru yang akan mengajar subjek Bahasa Malaysia


akan dilantik menganggotai jawatankuasa panitia sesi 2014.
Tindakan : Makluman
4.2

Pengagihan tugas

4.2.1 Semua guru Bahasa Malaysia telah maklum akan tugas yang
akan dijalankan.
4.2.2 GPK 1 berharap tugas yang telah diamanahkan dapat
dijalankan dengan penuh komitmen.
Tindakan : Makluman
4.3

Melindungi Masa Instruksional (MMI)

4.3.1 GPK 1 menerangkan kepada semua guru mengenai makna


MMI sekali lagi dan bagaimana ia berfungsi.
4.3.2 Beliau menjelaskan bahawa semua guru perlu mematuhi
masa yang telah ditetapkan seperti yang disarankan oleh
guru besar.
4.3.3 Pembelajaran dan pengajaran (PdP) perlu dirancang dengan
teliti bagi memastikan keberkesanannya.
4.3.4 Selain itu, GPK 1 menerangkan jika ada aktiviti atau program
yang bertembung dengan masa belajar murid, pihak
pentadbir
akan
merancang
strategi
berkesan
bagi
menggantikan masa tersebut supaya murid dapat belajar.
4.3.5 Beliau juga menekankan bahawa semua ini adalah untuk
memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid
ke arah membangunkan modal insan yang lebih kreatif dan
inovatif dengan penggunaan masa yang baik.
4.3.6 Jika seseorang guru itu menghadiri kursus atau bercuti rehat,
guru boleh menyediakan lembaran kerja/ modul/ jual waktu
bagi memastikan murid terus belajar.
4.3.7 Beliau juga memberitahu guru bahawa satu jadual
ketidakhadiran guru samada cuti sakit, cuti rehat mahupun
kursus setiap bulan akan dibuat dan akan dibentangkan
dalam mesyuarat.

4.3.8 Guru ganti boleh membawa murid ke perpustakaan untuk


jalankan program nilam.
Tindakan : Makluman
4.4

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

4.4.1 GPK 1 menerangkan mengenai Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia yang mana semua guru harus
mengetahui mengenainya. Terdapat 5 aspirasi dalam pelan
ini iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Sejajar dengan itu hasrat dalam pelan ini adalah untuk
melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama bagi bersaing
pada peringkat global.
4.4.2 Antara cirinya ialah murid itu berkebolehan dan mempunyai
kemahiran memimpin,kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian, identity nasional, kemahiran berfikir dan
mempunyai pengetahuan.
4.4.3 Bagi merealisasikan impian pelan ini, terdapat 11 anjakan
untuk transformasi sistem pendidikan Malaysia. Ia berlaku
dalam 3 gelombang yang dilaksanakan dalam tempoh 13
tahun bermula tahun 2013 hingga 2025.
Tindakan : Makluman
4.5

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

4.5.1 GPK 1 memberitahu kepada semua guru bahawa KSSR telah


masuk tahun keempat perlaksanaannya.
4.5.2 Oleh itu, beliau berharap guru-guru yang mengajar KSSR BM
dari tahun 1 hingga 4 agar bersungguh-sungguh dalam
menjalankan pembelajaran dan pengajaran (PdP).
4.5.3 Beliau juga sarankan agar guru pelbagaikan teknik mengajar
dan gunakan bahan bantu belajar.
4.5.4 Elemen merentas kurikulum (EMK) dan Teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) harus diterapkan semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran (PdP).
Tindakan : Makluman

4.6

Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)

4.6.1 GPK 1 memberitahu bahawa mulai tahun 2014 terdapat dua


versi sistem pentaksiran.
4.6.2 Tahap 1 masih menggunakan kaedah sedia ada dan perlu
masukkan pretasi atau band melalui sistem online.
4.6.3 Manakala bagi tahun 4 pula, kaedah berbeza digunakan. Guru
hanya perlu memasukkan standard prestasi murid dalam
sistem excel yang disediakan oleh pihak Bahagian
Perkembangan Kurikulum (BPK) secara offline.

Tindakan : Makluman
4.7

Program I-Think

4.7.1 GPK 1 memberitahu bahawa program ini perlu diteruskan dan


disemarakkan lagi penggunaannya.
4.7.2 Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan oleh guru
semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.
4.7.3 Pada tahun 2014, seluruh
mengunapakai program ini.

sekolah

di

Malaysia

akan

Tindakan : Makluman
4.8

Peperiksaan dan Ujian 2014

4.8.1 GPK 1 memberitahu bahawa bagi tahun 2014, untuk tahun 5


dan 6 ujian hanya dijalanakan pada bulan Febuari dan bulan
September sahaja. Peperiksaan semester pula seperti biasa.
4.8.2 Kemudian bagi tahun 1 hingga 4 tiada ujian bulanan tetapi
peperiksaan semester akan diadakan.
Tindakan : Makluman
4.9

Penetapan TOV, ETR dan target UPSR 2014

4.9.1 GPK 1 memberitahu bahawa panitia perlu menetapkan TOV


dan ETR bagi tahun 5 dan 6 2014. Ini penting bagi
memastikan perancangan awal dapat dibuat.

4.9.2 Selain itu, guru besar menyatakan bahawa target UPSR 2014
ialah dua orang murid disasarkan untuk mendapat 7A dalam
UPSR dengan 12 orang murid akan lulus semua
matapelajaran. Peratusan kelulusan UPSR 2014 ialah 67%.
Tindakan : Makluman
4.10 Modul latihan topikal 2014
4.10.1 En. Mohd Fuad memberitahu bahawa pada suku tahun
keempat 2013, panitia telah menyediakan satu modul latihan
topikal untuk digunakan oleh murid tahun 6 2014.
4.10.2 Ia adalah hasrat guru besar yang mahukan satu modul
khas yang boleh digunakan oleh murid semasa pembelajaran
dan pengajaran ataupun masa kelas tambahan.
4.10.3 Guru besar juga menyatakan hasrat supaya modul itu
digunakan secara maksimum.
Tindakan : Makluman
4.11 Koleksi soalan
4.11.1 GPK 1 memberitahu bahawa unit peperiksaan mempunyai
banyak soalan-soalan tahun lepas yang boleh guru gunakan
semasa pembelajaran dan pengajaran kelas.
4.11.2 Ini akan membantu murid lebih yakin dan tahu bentuk
soalan-soalan yang bakal disoal dalam kertas ujian mahupun
peperiksaan.
Tindakan : Makluman
4.12 Post Mortem UPSR 2013
4.12.1

Analisa UPSR 2013 adalah seperti dibawah :-

Matapelajaran

Gred A

Gred B

Gred C

Gred ABD

Peratus

Bahasa Malaysia
Pemahaman

66.7%

Bahasa Malaysia

88.9%

Penulisan

Kekuatan :
Pada UPSR kali ini bagi kertas pemahaman, dilihat satu
peningkatan yang baik berbanding dengan Pra UPSR 2013
dimana dua orang murid berjaya mendapat A dalam kertas
ini. Ini menunjukkan murid telah berjaya memahami
kehendak soalan. Peratusan lulus juga baik dimana 6 orang
daripada 9 calon berjaya lulus bagi kertas pemahaman.
Manakala bagi kertas penulisan yang memerlukan murid
menunjukkan kemahiran menulis telah berjaya mendapat
peratusan kelulusan yang tinggi dengan 88.9%. Seorang
murid mendapat A manakala 7 orang mendapat gred B dan C.
Kelemahan
Pada UPSR 2013 hanya kertas pemahaman sahaja yang
ketara mempunyai kelemahan. 3 orang murid mendapat gred
D. Ini menunjukkan bahawa murid tidak memahami kehendak
soalan.
Cadangan
Pada tahun 2014, dengan adanya modul yang telah
disediakan dan koleksi soalan-soalan tahun lepas, guru
digalakkan menggunakannya dengan lebih kerap supaya ia
dapat membantu murid memahami soalan dan seterusnya
membina keyakinan mereka.
Tindakan : Makluman
4.13 Peranan Panitia
4.13.1 Guru besar memberitahu panitia bahawa peranan panitia
perlulah mantap. Panitia bertanggungjawab merancang
program bagi meningkatkan prestasi guru.
4.13.2 Selain itu panitia juga perlu sentiasa berbincang bagi
mencari kaedah dan teknik yang sesuai untuk meningkatkan
prestasi murid. Panitia juga perlu sentiasa membuat analisis

dan post mortem bagi setiap ujian atau peperiksaan untuk


menilai dimana ruang atau lopak yang boleh diperbaiki.
4.13.3 Panitia juga perlu memastikan segala keperluan murid
seperti buku teks, latihan dan sebagainya ada dan perlu
menghadiri segala kursus yang diadakan.
4.13.4 Selepas
menghadiri
kursus,
guru
tersebut
mengadakan latihan dalaman untuk panitia.

perlu

4.13.5 Fail panitia juga perlu sentiasa dikemaskini dan panitia


perlu standardkan rancangan pengajaran harian dan
rancangan pengajaran tahunan.
Tindakan : Makluman

4.14 Program jangka masa panjang dan pendek


4.14.1 En Mohd Fuad memberitahu mesyuarat, panitia telah
merangka satu perancangan strategik pada tahun 2013 bagi
meningkatkan mutu dan prestasi guru dan murid.
4.14.2 Oleh itu bagi program jangka masa panjang, panitia telah
membina satu modul latihan topikal yang boleh digunakan
setiap tahun dengan hasrat prestasi murid meningkat dari
tahun ke tahun.
4.14.3 Program jangka pendek pula, panitia telah merancang
beberapa bengkel dan program yang akan dijalankan mulai
bulan Januari 2014.
Tindakan : Makluman
4.15 Penetapan buku latihan dan jumlah latihan
4.15.1 Panitia telah menetapkan jumlah buku latihan bagi setiap
tahun bagi 2014.
Kelas

Jumlah buku

Tahun 1

3 buku single line dan 1 buku tulisan

Tahun 2

3 buku single line dan 1 buku tulisan

Tahun 3

3 buku single line dan 1 buku tulisan

Tahun 4

2 buku single line dan 2 buku karangan

Tahun 5

2 buku single line dan 2 buku karangan

Tahun 6

2 buku single line dan 2 buku karangan

4.15.2 Jumlah latihan adalah bagi tahap 1dan 2 ialah minimum 3


latihan seminggu dan tahap 2 karangan minimum 2 latihan seminggu.
Tindakan : Makluman
4.16 Buku Rekod
4.16.1 GPK 1 memberitahu supaya rancangan pengajaran harian
(RPH) ditulis mengikut standard yang telah ditetapkan.
4.16.2 Pada 31 Disember 2013, guru perlu menghantar buku
rekod yang telah siap kepada guru besar untuk disemak.
4.16.3 Format penulisan rancangan pengajaran harian bagi sesi
2014 ialah seperti berikut :Tahun 5 dan 6
Tema :
Tajuk:
FU:
FS:
Obj:
Aktivitii:
Sistem bahasa:
Nilai:
KBT:
Refleksi:

Tahun 1 hingga 4
Tema :
Tajuk:
S.K-SP:
Kem. Literasi :
Obj:
Obj(LINUS):
Nilai:
KBT:
EMK:
Aktiviti:
Aktiviti (LINUS):
Refleksi:
Refleksi (LINUS):

Tindakan : Makluman
4.17 Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
4.17.1 GPK 1 memaklumkan bahawa guru perlu merancang
dengan baik aktiviti pembelajaran dan pengajaran mengikut
tahap kesesuaian murid.
4.17.2 Guru harus menggunakan pelbagai teknik dan kaedah
dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.
Tindakan : Makluman
4.18 Impak dan refleksi
4.18.1 GPK 1 juga memberitahu bahawa guru perlu menulis impak
dan refleksi pada setiap rancangan pengajaran harian selepas
aktiviti berlangsung.
4.18.2 Guru perlu menulis dalam bentuk bilangan murid kuasai
dan apakah tindakan bagi murid yang tidak kuasai.
Tindakan : Makluman
4.19 MBMMBI
4.19.1 GPK 1 menyatakan bahawa di bawah dasar MBMMBI,
terdapat penambahan masa dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu tahun 4 iaitu 90 minit.
4.19.2 Selain itu En Fuad menambah bahawa diperbanyakkan
penggunaan Bahasa Melayu dalam pertuturan harian.
4.19.3 Beliau juga menambah bahawa satu perisian pembelajaran
di bawah program MBMMBI telah diedarkan ke sekolah oleh
penolong pegawai daerah Tuan Haji Razak. Ia boleh
digunakan dalam subjek BM dan BI mengikut kesesuaian
tajuk.
4.19.4 Cik Ratha memberitahu program satu hari satu perkataan
akan diperkasakan dan diperhebatkan.
Tindakan : Makluman
4.20 Program pemulihan dan LINUS

4.20.1 Pada tahun 2013, data murid yang telah melepasi atau
kuasai konstruk meningkat. Kini hanya murid tahun satu
sahaja yang mempunyai murid tidak kuasai konstruk literasi.
4.20.2 Selain itu guru harus jalankan pemulihan dalam kelas.
Guru pemulihan sedia membantu.
4.20.3

Berikut adalah data terkini murid tidak kuasai :

Tahun

Literasi BM

Numerasi

Literasi BI

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

4.21 PLBS
4.21.1 En Mohd Fuad memberitahu mesyuarat bahawa sepanjang
tahun ini, semua tahun telah dijalankan ujian lisan
terutamanya murid tahap 2.
4.21.2 Ujian lisan atau lebih dikenali sebagai PLBS dijalankan
dengan menggunakan modul yang disediakan. Malah markah
PLBS untuk murid tahun 6 juga telah dihantar ke pihak PPD.
Tindakan : Makluman
4.22 PROTIM
4.22.1

Pada tahun ini murid tahap 2 telah menjalani PROTIM. Data

terbaharu adalah seperti berikut :


Tahun
4
5
6

Bil murid PROTIM


4
8
3
Tindakan : Makluman

4.23 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


4.23.1 Guru harus membiasakan murid dengan soalan-soalan
bercirikan aras tinggi supaya merangsang daya pemikiran
murid.
4.23.2 Guru
harus
membudayakan
perkara
ini
kerana
kemungkinan besar pada masa hadapan, soalan-soalan
peperiksaan awam bercirikan kemahiran berfikir aras tinggi.
Tindakan : Makluman

4.24 Lesson Study


4.24.1 GPK 1 mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah
menjalankan lesson study pada tahun 2013.
4.24.2 Pada tahun 2014, guru lain pula akan terlibat dan lesson
study ini berlangsung dalam dua kitaran.
4.24.3 Ia sangat berguna dan membantu guru menambahbaik
corak pembelajaran dan pengajaran.
Tindakan : Makluman
4.25 SKPM
4.25.1 Pn Kanagamma menjelaskan
dibawah Jemaah Nazir.

bahawa

SKPM

adalah

4.25.2 Markah prestasi guru akan dimasukkan pada awal tahun


dan juga akhir tahun.
4.25.3

Terdapat unsur baru dalam SKPM iaitu pentaksiran.


Tindakan : Makluman

4.26 Bacaan pagi


4.26.1 Guru besar meminta agar guru menyenaraikan nama
murid mengikut tahap penguasaan mereka.
4.26.2 Ini kerana kaedah baharu dapat dirancang dan digunakan
pada program bacaan pagi.

Tindakan : Makluman
4.27 Bahan ICT
4.27.1 En Mohd Fuad memberitahu
mempunyai bilik komputer.

bahawa

sekolah

telah

4.27.2 Malah pelbagai bahan dan alatan ICT telah diterima


sekolah.
4.27.3 Beliau menggalakkan guru membawa murid menggunakan
kemudahan sedia ada.
Tindakan : Makluman
4.28 PSS dan Perpusatakaan Sekolah
4.28.1 GPK 1 memberitahu agar guru memaksimumkan
penggunaan perpusatakaan sekolah dan pss kerana banyak
bahan berguna ada didalamnya.
4.28.2 Program NILAM juga harus diperhebatkan lagi pada tahun
2014.
Tindakan : Makluman
4.29 Bilik Khas
4.29.1 Guru besar memberitahu bahawa terdapat banyak bilik
khas disekolah seperti makmal Sains, bilik atau makmal
komputer dan sebagainya.
4.29.2 Beliau berharap guru dapat menggunakannya dengan
maksimum dan dicatat penggunaannya.
Tindakan : Makluman
4.30 Buku Teks dan Buku Latihan
4.30.1 Guru besar memberitahu bahawa buku teks dan buku
latihan yang dibekalkan oleh pihak kementerian harus
digunakan dengan maksimum.
4.30.2 Segala kandungan yang ada didalam buku teks harus
diajar kepada murid.

Tindakan : Makluman
4.31 Program UPSR 2014
4.31.1 Pada tahun 2014, gpk 1 memaklumkan bahawa terdapat
beberapa program UPSR akan dijalankan.
4.31.2 Antara program yang dirancang ialah program mentomentee, kelas tambahan, bengkel kecemerlangan dan
program motivasi.
Tindakan : Makluman
4.32 Perancangan Strategik, Taktikal dan Operasi
4.32.1 En Mohd Fuad memberitahu bahawa pada awal tahun
2013, panitia telah sediakan satu perancangan strategik bagi
memperbaiki
dan
meningkatkan
pretasi
semasa
matapelajaran Bahasa Malaysia.
4.32.2 Pada tahun 2014, beliau memberitahu terdapat beberapa
program telah dirancang dan telah dimasukkan ke dalam
pelan taktikal dan operasi.
4.32.3 Antara program yang dirancang ialah bengkel teknik
bercerita dan bengkel penandaan kertas 2 Bahasa Malaysia.
4.32.4 Laporan
dijalankan.

perlu

disediakan

selepas

sesuatu

program

Tindakan : Makluman
4.33 Jadual waktu dan ganti
4.33.1 GPK 1 memberitahu bahawa mulai tahun 2014, guru harus
mematuhi jadual waktu yang telah ditetapkan.
4.33.2 Jika guru mengganti guru yang tidak hadir, satu buku
rekod pengajaran ganti akan diberi. Guru harus menulis
rancangan pengajaran ganti dalam buku berkenaan.
Tindakan : Makluman
4.34 Program Transisi

4.34.1
Program transisi akan diadakan pada 31 Disember 2013.
Semua guru diminta hadir pada jam 7.30 pagi.
Tindakan : Makluman
4.35 VLE-frog
4.35.1 Guru besar memaklumkan bahawa pihak kementerian
telah memperkenalkan satu program khas dinamakan VLEfrog. Guru-guru diminta menggunakannya.
Tindakan : Makluman

5. Hal hal lain


5.1 GPK 1 meminta guru memastikan kelas, bilik khas, makmal dan
perpustakaan perlu diceriakan dan dicatatkan penggunannya.
5.2 Beliau juga meminta agar penggunaan ICT diperluaskan, begitu
juga dengan penggunaan perpustakaan. Bahan bantu mengajar dan
kamus harus digunakan dengan lebih kerap pada tahun hadapan.
Tindakan : Makluman
6. Penutup
6.1

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh :
...........................
.
(MOHD FUAD ABD RAHMAN)
NAGALINGAM)
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
AKADEMIK
SJK(T) LDG PERTANG
PERTANG

Disemak oleh :
......................
( PN. SIVA UMAH A/P
GPK
SJK (T) LDG

You might also like