You are on page 1of 1

norfaizahabdjobar@yahoo.

com

(3c) Panduan Menjawab Soalan Membetulkan Kesalahan Ejaan Dan Imbuhan. 1. Baca dan fahami kehendak soalan dengan teliti. 2. Pada kebiasaannya soalan akan menanya pelajar tentang kesalahan ejaan dan imbuhan yang terdapat dalam ayat yang diberikan. 3. Tiga ayat diberikan dan dalam setiap ayat terdapat 2 kesalahan, maka 6 markah di peruntukkan untuk bahagian ini. 4. Calon tidak perlu menyalin ayat yang telah dibetulkan. Jangan ubah struktur dan ayat yang diberikan. Contoh soalan : 3c. Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya. i. Pengemis itu dapat tidur di bawah jejambat lebuhraya menuju ke utara sejak setahun lalu. Rambut Nasuha yang panjang dan kerinting telah menarik minat pihak pengiklanan untuk menjadikannya model pelbagai barangan cuci rambut jenama terkenal. Profesor Mukhlis telah menghantar faksimili ke pejabat saya untuk memaklum senarai buku yang diperlukan pada tahun ini.

(3d) Panduan Menjawab Soalan Membetulkan Penggunaan Kata Dan Istilah. 1. Baca dan fahami kehendak soalan dengan teliti. 2. Pada kebiasaannya soalan akan menanya pelajar tentang ketepatan penggunaan kata dan istilah yang terdapat dalam ayat yang diberikan. 3. Tiga ayat diberikan dan dalam setiap ayat terdapat 2 kesalahan, maka 6 markah di peruntukkan untuk bahagian ini. 4. Calon tidak perlu menulis ayat itu semula. Jangan ubah struktur dan ayat yang diberikan. Contoh soalan : 3d. Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya. i. Mei telah memotong ikan merah untuk dimasak oleh saya bersama-sama rakan tengah hari ini. Dengan lain-lain kata, ramai pereka tempatan diambil oleh Norafika untuk menyediakan pakaian sempena perkahwinannya bersama-sama Fadem. Rumah di mana saya tinggal selama ini rupa-rupanya tidak milik ayah tetapi milik pak cik saya yang menetap di England. i.

ii.

ii.

iii.

iii.

Jwpn : 3c i. KE : KI :

Jwpn : 3d