You are on page 1of 6

Dasar Dalam Negara : Perpaduan Negara

NOTA

1. Definisi Perpaduan
- Satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi
negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan
mereka.
- Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian
yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu
adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang
dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

2. Masyarakat Majmuk
Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang
bersifat majmuk ialah wujudnya jurang perpisahan
di antara berbagai golongan etnik atau bangsa
yang tinggal di dalam masyarakat yang berkenaan.
Di negara kita, perpisahan sedemikian iaitu secara
fizikal, telah lama wujud di kalangan penduduk di
satu-satu petempatan bahkan pada zaman
Kesultanan Melaka keadaan ini wujud untuk
memudahkan perjalanan sistem pentadbiran – iaitu
satu-satu golongan pendatang itu biasanya
diletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri.
Maka muncullah perkampungan Cina, Jawa, India
dan sebagainya.

Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaan


dahulu, iaitu seperti di zaman kesultanan Melaka
dengan keadaan yang wujud semasa zaman
penjajah. Dahulu, orang asing yang bermastautin di
Malaysia ini tidak ramai, apa lagi mereka yang
mengambil keputusan untuk berintegrasi dengan
penduduk pribumi dan seterusnya menghilangkan
keperibadian asalnya. Pastinya soal status politik
penduduk asing itu tidak pernah dipertikaikan :
orang mendatang mempunyai negara ibunda
masing-masing; kehadiran mereka di kawasan ini
hanyalah sebagai penduduk sementara walaupun,
pada hakikatnya, ramai juga yang akhirnya
dikebumikan di negara ini.

Walau bagaimanapun, akibat penjajahan pada


abad ke 19 terutamanya di Asia Tenggara telah
membawa perubahan yang besar kepada
komposisi penduduk di beberapa negara jajahan
takluk. Wujudnya pentadbiran British di negara ini
menggalakkan lebih ramai orang Cina berhijrah
masuk kerana permintaan bijih timah yang
meningkat di Eropah. Untuk mempercepatkan lagi
pengeluaran hasil ladang terutamanya getah, kaum
Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India
yang sememangnya sudah menjadi tanah jajahan
British. Perkembangan ekonomi yang semakin
peast ini sedikit sebanyak mengubah keadaan.
Penduduk negara luar semakin ramai di negara ini
dan masing-masing mempunyai kepentingan
sendiri.

Pada tahun-tahun 1920-an, pola masyarakat


majmuk semakin nyata. Orang Melayu tinggal di
kawasan desa atau pinggir bandar; orang Cina di
kawasan bandar dan orang India di ladang-ladang
getah. Perpisahan fizikal ini menyebabkan
hubunbgan antara kaum menjadi semakin minima.

3. Dasar Perpaduan
Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu
integrasi dan asimilasi.
Integrasi merupakan satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional di kalangan
kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses
bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan
melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam
kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender
Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu
proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir,
berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi
satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Cara-cara mencapai perpaduan
Politik Sosial Ekonomi
• Integrasi • Integrasi • Integrasi
politik kebudayaan wilayah
• Integrasi • Integrasi
sosial ekonomi
• Integrasi
pendidikan

4. Punca masalah perpaduan – Sistem pendidikan yang


berbeza
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada
dasarnya berpandukan sistem Barat yang
diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke
19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-
negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British
memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan
Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan
berkembang secara sendirian.
Pelajaran Cina telah membarai kesedaran
kebangsaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina
bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai
bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China,
buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan
China.
Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil
sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan
sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan
sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat
yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau
bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah
setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau
Inggeris.
Kerajaan sebelum merdeka menganggap
sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang
unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada
pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris
dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa
pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama
dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada
perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas
sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka
memainkan peranan penting mengekalkan
keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping
itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran
Inggeris dan berpelajaran vernacular – yang tidak
mempunyai pandangan dunia (world – view) yang
sama.

Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif


perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu
dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita
lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi
pelajaran kepada segolongan rakyat untuk
membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi.

5. Bagaimana pendidikan boleh membentuk


perpaduan
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan
pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari
formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia
yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang
mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan
untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta
mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai
sebagai rakyat Malaysia.

Satu cara yang penting untuk mewujudkan


perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi
pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa
pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina
kerakyatan yang tunggal telah lama disedari :
“ Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang
ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-
sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian
kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah
yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh
sebahagian besar rakyat negara ini.

Asas-asas perpaduan sistem pendidikan


• Sistem persekolahan yang sama bagi semua
Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan
penubuhan sekolah-sekolah umum yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum
menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan
Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.

Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini


sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar
yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem
persekolahan disamakan. Pada peringkat
menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah
Kebangsaan dengan pengantar bahasa Melayu dan
semua kanak-kanak akan memasuki sama ada
Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah
Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa
pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah.

• Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama


Cara paling penting untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan.
Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang
lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa
curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi
perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di
negara ini.

• Kurikulum yang sama


Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang
terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan
serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi
pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada
ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan
adalah untuk membina perkembangan pelajar yang
lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi.
Dalam konteks negara Malaysia, kurikilum juga
berperanan untuk melahirkan rakyat yang
mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan
perpaduan yang berpandukan Rukunegara di
samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih
untuk keperluan negara.
• Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya
yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah
dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran
kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.

Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan


penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui
pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina
semangat perpaduan dan perasaan hormat
menghormati terutama dlam masyarakat yang
berbilang kaum, agama dan adat resam.

• Peperiksaan yang seragam


Rancangan kerajaan untuk menseragamkan
kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan
lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan
yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran
dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para
pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa
berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong
proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di
samping mewujudkan keperibadian yang sama.

You might also like