You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA JALAN GUAR NANGKA 02500 MATA AYER, PERLIS.

Tel : 04-9863562 Fax : 04-9862091

Minit Mesyuarat Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Tahun 2013


Tarikh Jam mula Tempat Pengerusi : 1 Oktober 2013 : 1.50 petang : Bilik Mesyuarat : Puan Noorizah Shuid Guru Besar

Kehadiran 1. Pn. Noorizah Shuid (Pengerusi) (Guru Besar) 2. En. Mohd. Nadzari Baharom (Penolong Kanan Pentadbiran) 3. En. Osman Omar (Penolong Kanan HEM) 4. En. Chatri a/l Sing (Penolong Kanan Kokurikulum) 5. Pn. Ainun Kamaliyah Kamarul Zaman (Guru Data) 6. Pn. Athiyah Shuid 7. Pn. Azizah Hasan 8. Pn. Fauziah binti Musa (Guru Pemulihan) 9. Pn. Hasniyanti binti Mohd. Hanafiah (Guru Aset) 10. Pn. Hayati bin Yahaya (Guru SPBT) 11. En. Isa bin Mat (Guru B&K) 12. Pn. Jamalulhaslina binti Fuad (GPM) 13. Pn. Juniza binti Hashim 14. En. Mohammad Sofi bin Hassan 15. En. Muhammad Ridzuan bin Hj Ismail (SU Sukan) 16. Pn. Noreiza binti Seron 17. Pn. Norliza binti Kadir (Guru Disiplin) 18. Pn. Nur Adila binti Mohd Fadzil (Guru Prasekolah) 19. En. Ramlee bin Hussain 20. En. Rosli bin Hassan 21. Pn. Salihah binti Abd Kadir (SU Kurikulum) 22. Pn. Siti @ Lebar binti Rejab

23. Pn. Suraiza binti Abdullah 24. Pn. Wan Hayazi binti Wan Abdullah (Guru Prasekolah) 25. En. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe 26. En. Yusrizal bin Yusoff (Penyelaras ICT) Tidak Hadir Bersebab: 1. Pn. Hartina binti Rosdi (SU Pentadbiran) 2. Pn. Hasnah binti Wahab 3. Pn. Nur Nasihah binti Abdullah (Guru SAL) 4. En. Rohisyam bin Abidin (SU Kokurikulum) 5. Pn. Sharizah binti Abdullah (SU Peperiksaan) 6. Pn. Suriany binti Idris (SU HEM) 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Ucapan Aluan Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua guru yang hadir. SKPM ada dua versi, 2003 & 2010. SKPM 2010 terdapat 5 standard yang dinilai dengan skor 6 adalah skor tertinggi dan perlu diberi justifikasi yang jelas.

1.2

2.0

UCAPAN / TAKLIMAT OLEH EN. MOHD NADZARI BIN BAHAROM. 2.1 Pengumuman 1. Pertandingan WEB 15-31 Oktober 2013 Tindakan :EN. YUSRIZAL BIN YUSOFF 2. Sila isi Ujian Kompetensi Guru secara on-line sebelum 2 Oktober 2013. 3. Salinan akujanji perlu dimasukkan dalam buku ringkasan mengajar. 4. Penilaian terbaru terhadap prestasi PPP akan menggunakan instrument Penilaian Bersepatu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) bermula 2013 dan akan digunakan sepenuhnya pada 2015, untuk mendapat maklumat lanjut guru-guru boleh melayari laman sesawang berkaitan di http://apps.moe.gov.my/smg/10/. Walaubagaimanapun satu taklimat berkaitan akan diadakan pada 4 Oktober 2013 jam 3 petang. 5. Guru kelas hendaklah melengkapkan data murid di APDM. 6. Rekod kedatangan murid secara on-line, guru pertama masuk ke kelas mesti menghantar slip kehadiran ke pejabat. 7. Buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu dilengkapkan dengan refleksi. 8. Laporan ke Sektor Pengurusan Akademik akan dihantar selewatnya 8 haribulan setiap bulan, meliputi analisis pencerapan PdP, semakan buku murid dan analisis penghantaran Buku Rancangan Mengajar guru. Tindakan : SEMUA GURU

2.2

Taklimat SKPM 1. Terdapat 5 Standard yang dinilai. Skor 6 adalah skor tertinggi bagi setiap aspek dinyata dengan diskripsi yang jelas. 2. Setiap aspek dalam SKPM 2010 lebih memfokuskan kepada keberhasilan murid berbanding SKPM Versi 2003 yang lebih menumpukan kepada aspek pengurusan guru. 3. STANDARD 1 : KEPIMPINAN DAN HALA TUJU, terdapat 8 aspek, antara aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut: 1.1 Kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah. 1.2 Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan. 1.3 Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea dan maklumat. 1.4 Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah. 1.5 Kepimpinan sekolah memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan kualiti kerja. 1.6 Kepimpinan sekolah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah 1.7 Kepimpinan sekolah menerajui perlaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar 1.8 Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah. 4 STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASI terdapat 8 aspek, antara aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut: 2.1 Sumber manusia diurus untuk meningkatkan kualiti kerja warga sekolah. 2.2 Kemudahan prasarana diurus untuk memastikan keselesaan dan keselamatan warga sekolah. 2.3 Kewangan, aset alih dan aset tidak alih kerajaan diurus untuk memastikan setiap perbelanjaan memberi pulangan yang optimum. 2.4 Data dan maklumat diurus supaya mudah diakses dan dimanfaatkan. 2.5 Sumber pendidikan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi diurus bagi menyokong peningkatan kualiti pembelajaran. 2.6 Persekitaran dan suasana yang kondusif diwujudkan bagi memastikan kesejahteraan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab. 2.7 Permuafakatan strategik diwujudkan untuk memperoleh sumbangan dan sokongan pelbagai pihak bagi manfaat sekolah. 2.8 Asrama diurus untuk memastikan keselesaan, keselamatan dan perkembangan sahsiah murid.

STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM, SUKAN DAN HAL EHWAL MURID : 3.1 PENGURUSAN KURIKULUM terdapat 5 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut: 3.1.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan kurikulum kebangsaan. 3.1.2 Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. 3.1.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus untuk menyokong peningkatan prestasi murid. 3.1.4 Jadual waktu disediakan bagi membolehkan pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan teratur. 3.1.5 Peperiksaan awam, pentaksiran dan penilaian diurus untuk mengesan pencapaian dan masalah pembelajaran murid. STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM, SUKAN DAN HAL EHWAL MURID : 3.2 PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN SUKAN terdapat 6 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut: 3.2.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan kokurikulum dan sukan. 3.2.2 Kelab dan Persatuan diurus untuk memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembelajaran di bilik darjah. 3.2.3 Badan Beruniform diurus untuk memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembangunan perwatakan murid dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. 3.2.4 Program Sukan untuk semua diurus untuk memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pengetahuan, kemahiran dan pembangunan sahsiah murid. 3.2.5 Program sukan untuk kecemerlangan diurus untuk mengesan dan memperkembangkan bakat serta potensi murid ke arah peningkatan pencapaian sukan sekolah. 3.2.6 Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan diurus untuk mengesan pencapaian murid. STANDARD 3: PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM, SUKAN DAN HAL EHWAL MURID: 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID terdapat 4 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut: 3.3.1 Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan Hal Ehwal Murid (HEM) 3.3.2 Disiplin murid diurus untuk membentuk sikap dan perlakuan positif murid. 3.3.3 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling disediakan untuk membantu dan membimbing murid dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan kerjaya murid. 3.3.4 Perkhidmatan kebajikan, kesihatan dan keselamatan disediakan untuk memastikan kesejahteraan murid.

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN: Aspek 4.1 Penglibatan murid - Penglibatan aktif murid membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan. Aspek 4.2 Penguasaan pembelajaran murid - Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang ditetapkan. Aspek 4.3 Hasil kerja murid - Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan pembelajaran. Aspek 4.4 Perancangan dan persediaan guru - Perancangan dan persediaan yang rapi meningkatkan keberkesanan pengajaran. Aspek 4.5 Kaedah Penyampaian - Kaedah penyampaian yang sesuai meningkatkan pencapaian objektif pelajaran. Aspek 4.6 Kemahiran Komunikasi - Komunikasi berkesan memudahkan pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid. Aspek 4.7 Penggunaan Sumber Pendidikan - Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan membantu mengukuhkan pembelajaran murid. Aspek 4.8 Penilaian - Penilaian yang berterusan meningkatkan keberkesanan P&P. Aspek 4.9 Teknik Penyoalan - Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman murid. Aspek 4.10 Penguasaan Isi Kandungan - Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas dan tepat. Aspek 4.11 Pengurusan Kelas (Bilik Darjah/ Makmal/ Bengkel/Padang) Pengurusan kelas yang cekap mewujudkan suasana yang kondusif untuk meningkatkan keberkesanan P&P. Aspek 4.12 Amalan Profesionalisme Keguruan - Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru. STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID : 5.1 KEMENJADIAN MURID PRASEKOLAH terdapat 6 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut: 5.1.1 Peratus murid yang menguasai Tunjang Komunikasi dalam tahun terkini. 5.1.2 Peratus murid yang menguasai Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai dalam tahun terkini. 5.1.3 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Sains dan Teknologi dalam tahun terkini. 5.1.4 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Kemanusiaan dalam tahun terkini. 5.1.5 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Fizikal dan Estetika dalam tahun terkini. 5.1.6 Peratus murid Menguasai kemahiran Tunjang Ketrampilan Diri dalam tahun terkini.

10 STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID: 5.3.1 KEMENJADIAN MURID SEKOLAH RENDAH PKS terdapat 3 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut:

5.3.1.1 Peratus murid menguasai sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini. 5.3.1.2 Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini. 5.3.1.3 GPS dinyatakan dalam bentuk peratus bagi PKS (Peperiksaan Akhir Tahun) terkini. 11 STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID: 5.3.2 KEMENJADIAN MURID SEKOLAH RENDAH UPSR terdapat 3 aspek kritikal yang perlu dinilai adalah seperti berikut: 5.3.2.1 Peratus murid menguasai sekurang-kurangnya Gred C dalam semua mata pelajaran UPSR terkini. 5.3.2.2 Peratus murid mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran UPSR terkini. 5.3.2.3 GPS dinyatakan dalam bentuk peratus dalam UPSR terkini. 12 Setiap jawatankuasa telah menepati aspek-aspek SKPM, walaubagaimanapun usaha untuk memperlengkapkan eviden harus dipertingkatkan. 13 Setiap program yang dilaksanakan mesti mempunyai kertas kerja, instrument penilaian keberkesanan program dan laporan. 14 Perlu lihat instrumen dan buat tindakan untuk membentuk budaya pelajar. 15 Strategi untuk meningkatkan pencapaian SKPM antaranya memperbanyakkan aktiviti berbentuk pertandingan sama ada aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan dan sukan permaianan agar lebih ramai murid terlibat dan mencapai kejayaan sekurang-kurangnya di peringkat sekolah. 16 Rekod penglibatan murid dan sijil pencapaian murid perlu difailkan. 17 Peruntukan Bantuan Kokurikulum (BKK) dan Bantuan Tambahan Persekolahan (BTP) boleh digunakan oleh persatuan ko-akademik untuk menjalankan aktiviti. 18 Sahsiah murid termasuk sikap murid, mengamalkan ketepatan masa, pergerakan kumpulan dan menjaga harta benda sekolah. 19 Semua data perlu dilengkapkan sebelum 30 November. Tindakan : SEMUA GURU 3.0 HAL-HAL LAIN 3.1 3.2 Anugerah sekolah adalah anugerah untuk semua. Ucapan cikgu Chatri; a. Aisyah Hazwani murid tahun 6 telah menyertai Story Telling di Melaka mewakili negeri Perlis peringkat kebangsaan diiringi oleh Pn. Nur Nasihah. b. Mengucapkan terima kasih kepada Panitia Bahasa Inggeris di atas lawatan ke Siam. c. Panitia Bahasa Melayu membuat lawatan ke Sungai Petani. d. Thanakwud telah dipilih wakil untuk menyertai Jambori Pengakap peringkat antarabangsa. MAKLUMAN

4.0

UCAPAN PENANGGUHAN Mesyuarat / taklimat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang dengan ucapan terima kasih dan Salam.

Disediakan oleh:

Minit ini dicatat oleh:

SALIHAH BINTI ABD KADIR Setiausaha Kurikulum Sek. Keb. Guar Nangka, Perlis.

.. SALIHAH BINTI ABD KADIR Setiausaha Kurikulum Sek. Keb. Guar Nangka, Perlis.

You might also like