You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SIVIK KALI KE 1/2013

SMK ST XAVIER, PULAU PINANG


TARIKH
HARI
TEMPAT
MASA

:
:
:
:

28 DISEMBER 2012
JUMAAT
PERPUSTAKAAN
8.00 PAGI

KEHADIRAN
1.
TIDAK HADIR BERSEBAB
URUSETIA MESYUARAT
1. Cik Nor Hanani Bt Ibrahim (S/U Panitia Sivik dan Kewarganegaraan)
1.0

UCAPAN PENGERUSI
1.1

2.0

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT


2.1

3.0

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru Sivik


dan Kewarganegaraan SMKIS pada mesyuarat kali ke-1 bagi tahun 2013.
Beliau juga memaklumkan Cik Nor Hanani Bt Ibrahim sebagai
Setiausaha Panitia Sivik dan Kewarganegaraan 2013 dan Penyelaras Blog
bagi tahun 2013 .
Makluman

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali ke 4/2012 yang lalu. Pn.


Norlaila Binti Nordin mencadangkan minit mesyuarat kali ke 4/2012
untuk disahkan dan telah disokong oleh Pn. Haslinah Binti Abdul. Minit
disahkan tanpa sebarang pindaan.

BANGKITAN MINIT
-tiada bangkitan-

4.0

PROGRAM-PROGRAM PANITIA YANG INOVATIF DAN KREATIF


4.1

Pengerusi memaklumkan Dasar Pengetua bagi sesi 2013 adalah Strategi


Lautan Biru (BOS) 2013. Beliau menekankan semua guru perlu
menggunakan pendekatan inovasi baru dan kreativiti dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. Beliau juga berharap panitia Sivik pada tahun ini
memperbanyakkan program inovatif dan membuat perbelanjaan secara
berhemah.
Tindakan : Semua guru Sivik

4.2

Pn. Haslinah mencadangkan program Melukis Bendera Malaysia


Terpanjang semasa Pengajaran dan Pembelajaran bagi setiap Tingkatan.
Pengerusi berharap semua guru dapat memberikan kerjasama dalam
menjayakan program ini. Beliau juga mencadangkan melukis mural pada
dinding sekolah bagi menceriakan lagi kawasan sekolah.
Tindakan : Semua guru Sivik

4.3

Pn. Wan Haziera mencadangkan untuk membuat program khidmat


masyarakat bagi pelajar Tingkatan 1 iaitu operasi bersih sekolah. Bagi
Tingkatan 2 pula, Pn. Siti NorFaiza mencadangkan untuk membuat
program Mothers Day atau Fathers Day dan pelajar tersebut
hendaklah membuat kad mengikut kreativiti dan meminta tandatangan
daripada ibu bapa sebagai bukti penyerahan kad kepada ibu bapa.
Pengerusi menambahkan lagi untuk membuat pertandingan kad paling
kreatif.
Tindakan : Semua guru Sivik
En. Radhi turut mencadangkan untuk membuat pertandingan melukis
mural dinding blok 3 bagi Tingkatan 3. Pertandingan ini dijalankan
mengikut kelas. Kelas yang terbaik akan diberikan hadiah. Bagi
Tingkatan 4, Pn. Norlaila mencadangkan untuk membuat program Street
Smart iaitu Kempen Teknik Kesedaran Keselamatan Jalan Raya dengan
kerjasama daripada Kelab Keselamatan Jalan Raya. Beliau menambah
lagi pelajar juga dikehendaki membuat buku skrap berkaitan dengan
keselamatan jalan raya. Pn. Haslinah mencadangkan untuk membuat
program Alumni SIS iaitu berkaitan dengan Hala tuju Selepas SPM bagi
pelajar Tingkatan 5. Menurut beliau lagi, selepas itu pelajar hendaklah
membuat buku skrap berkaitan dengan hala tuju. Pengerusi berharap
semua guru Sivik dapat memberikan kerjasama dalam menjalankan
program yang dicadangkan.
Tindakan : Semua guru Sivik

4.4

5.0

PERBELANJAAN BERBALOI/BERHEMAH
5.1

6.0

Perbelanjaan bagi panitia akan diberikan kepada setiap guru yang


mengajar bagi setiap kelas. Guru yang mengajar dikehendaki membuat
kertas kerja berdasarkan program yang dirancang.
Tindakan : Semua guru Sivik
GERAKAN INOVASI DALAM PdP.
6.1

Pengerusi berharap pada tahun guru sivik akan menggunakan LCD dalam
PdP. Beliau juga turut menekankan penggunaan ICT dalam PdP sebagai
contoh guru menayangkan sedutan cerita yang berkaitan dengan
pengajaran dan diakhir PdP guru meminta pelajar menyatakan nilai murni
yang diperolehi dan bagaimana untuk aplikasikan dalam kehidupan
seharian. En. Jalil juga mencadangkan penggunaan montaj atau
persembahan power point semasa PdP.
Tindakan : Semua guru Sivik

7.0

ISU-ISU PBS SERTA KURSUS DALAMAN


7.1

8.0

Pn. Siti Zaidah telah membuat kursus dalaman kepada semua guru sivik
bagi PBS Tingkatan 2. Beliau memaklumkan jika guru ada sebarang
masalah berkaitan PBS boleh berjumpa dengannya atau Cik Nor Hanani
bagi PBS Tingkatan 1.
Tindakan : Semua guru Sivik Tingkatan 1 dan 2

HAL-HAL LAIN
8.1

Pengerusi memaklumkan penggunaan buku latihan/nota adalah buku


latihan 80 muka surat.
Makluman

8.2

Pengerusi juga memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan semasa bulan


ceria merdeka :
iPasang bendera
iiKuiz kemerdekaan
iiiTokoh kemerdekaan (membuat folio)
ivPertandingan membuat bendera atau mewarna.
vMembuata buku skrap berkaitan kemerdekaan.
Tindakan : Semua guru Sivik

8.3

Pengerusi juga memaklumkan penyedia soalan untuk Tingkatan 3, 4 dan


5 akan dimaklumkan kemudian.
Makluman

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

________________

____________________

(Cik Shami Preba Manogran)

(Pn Chia Seow Hong)

Setiausaha Mesyuarat

Ketua Panitia

Panitia Pendidikan Sivik &


Kewarganegaraan

Panitia Pendidikan Sivik &


Kewarganegaraan

SMK St Xavier, Pulau Pinang

SMK St Xavier, Pulau Pinang

s.k. 1. PK1 Pn Ang Phaik Sim


2. Ketua Bidang Kemanusiaan Pn Mok Lai Chee
3. Fail Setiausaha Mesyuarat PSK
4. Fail Panitia

You might also like