You are on page 1of 22

ISI KANDUNGAN

Kandungan
1.Pengenalan 2. Cabaran Kepentingan Antara Etnik dari Aspek Sosial 2.1)Pemisahan Fizikal 2.2)Sistem Pendidikan Berasingan 2.3)Polarisasi dalam Kalangan Pelajar 2.4)Kontrak Sosial 2.5)Generasi Muda 3.Cabaran Kepentingan antara Etnik dari Aspek Ekonomi 3.1)Penguasaan Ekonomi 3.2)Perbezaan Pekerjaan berdasarkan Sektor Ekonomi 3.3)Ketidaksamaan Pencapaian Ekonomi 4.Cabaran Kepentingan Antara Etnik dari Aspek Politik 4.1)Kesan Penjajahan 4.2)Perkauman Selepas Kemerdekaan 4.3)Bahaya Politik Perkauman 5.Cabaran Nilai Antara Etnik 6.Cabaran Globalisasi 7.Kesimpulan 8.Rujukan

Muka Surat
2-3 4 4 4-5 5-6 7 8-9 10 10 11 12 13 13 13-15 15-16 17-18 19-20 21 22

1.PENGENALAN
Hubungan etnik di negara ini telah mengalami berbagai pengalaman sejarah bermula dari pembentukan masyarakat majmuk di negara ini. Hubungan etnik mengalami tahap kerenggangan semasa berada di bawah zaman penjajahan Inggeris. Kemudian apabila Malaysia ingin mencapai kemerdekaan, hubungan antara kaum berada pada tahap baik apabila semua kaum bermuafakat, bertoleransi dan berkompromi bagi memerdekakan negara dari penjajahan Barat. Pada zaman ini, semangat solidariti sosial atau espirit de crops telah mengikat antara kaum untuk bersama-sama berjuang dan berkorban untuk mencapai kemerdekaan dan membangunkan negara. Pasca kemerdekaan negara, memperlihatkan hubungan antara kaum dicorakkan oleh keghairahan setiap kelompok kaum memperjuangkan hak kaum masing-masing. Kegusaran terhadap penceroboh kaum lain terhadap hak mereka dan kekhuatiran terhadap kehilangan hak kaum sendiri. Kaum Melayu dengan bersandarkan Kontrak sosial yang dipersetujui pada tahun 1955 dan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia mengenai Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera serta lain-lain peruntukan berusaha untuk mempertahankan kedudukan istimewa mereka. Orang Melayu dan Bumiputera berpendapat bahawa mereka mempunyai hak utama dan tuan ke atas negara ini, kerana Malaysia adalah tanah air warisan bangsa dan mencanangkan slogan Ketuanan Melayu. Kadangkala tuntutan sebahagian daripada mereka telah melahirkan gerakan radikal terutama mengenai isu bahasa, budaya, agama, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Terdapat pula golongan sederhana Melayu yang sanggup berkompromi dan menyelesaikan isu tuntutan kaum secara mesyuarah dan bermuafakat tanpa merugikan mana-mana pihak. Di pihak kaum lain, walaupun terdapat sebilangan yang akur dengan realiti sejarah, demografi dan politik negara, terdapat juga golongan elit politik kemerdekaan negara. Mereka berusaha untuk memperjuangkan agenda Malaysia baru walaupun tuntutan mereka itu kadangkala dilihat sebagai melukai perasaan kaum tertentu. Menurut Datuk Dr. Maximus Ongkili, berdasarkan tinjauan, kajian dan pengamatannya sejak beberapa tahuk kebelakangan ini, khususnya tiga tahun lalu, perpaduan kaum di negara ini termasuk di Sarawak dan Sabah berada pada tahap terbaik. Menurutnya, perpaduan kaum di negara ini sudah jauh berubah berbanding 10 tahun lalu. Tahap toleransi, penyesuaian diri, sikap hormat-menghormati sudah semakin baik. Perpaduan kaum pada peringkat akar umbi dilihat lebih kuat daripada sebelum ini, manakala kerajaan bersikap lebih terbuka dengan
2

menetapkan garis panduan serta membenarkan perbincangan mengenai isu tertentu selagi tidak menjejaskan sensitiviti antara kaum. Bergitu juga ruang diberikan kepada media massa dan Parlimen untuk membincang dan mendebatkan isu perpaduan kaum dan menyentuh isu hak asasi dan keistimewaankaum tertentu. Bagaimanapun sikap terbuka ini kadangkala boleh membawa kepada polemik berpanjangan sehingga terlajak ke peringkat melanggar sempadan isu-isu sensitif menyentuh sensitiviti agama dan kaum. Menurut Datuk Seri Abdullah Hj.Ahmad Badawi, situasi terbuka ini adalah perkara baru kepada masyarakat Malaysia. Pengubahsuaian sedang dilakukan oleh pelbagai pihak dan ada juga yang sedang menguji batas sempadannya. Ada yang cenderung bersifat keterlaluan dan ini menjemput reaksi bantahan dari pihak lain. Membincangkan isu sensitif perlulah dilakuakan secara rasional, lapang dada, fikiran tenang dan semangat bersama. Terdapat juga pandangan yang melihat hubungan etnik di negara ini sudah rapuh dan goyah berbanding dahulu, terutama pada generasi muda yang tidak mengalami pengalaman sejarah membebaskan negara dari penjajahan Barat. Generasi baru lebih bersikap terbuka, liberal dan mempunyai pemikiran kritis kerana pengaruh globalisasi, latar belakang pendidikan, pola penempatan dan lain-lain. Mereka tidak mempunyai pengalaman bersama dengan kaum lain untuk memerdeka dan membina negara melalu permuafakatan dan kerjasama erat antara kaum seperti yang dialami oleh generasi tua hari ini. Walau apapun keadaan dan tahap perpaduan antara kaum di negara ini, terdapat banyak cabaran yang boleh menggugat perpaduan kaum. Sudah banyak juga cabaran yang terpaksa dialami oleh negaradalam mengukuhkan hubungan antara kaum yang kadang kala mengalami pasang surutnya dan saat kririkal yang mencemaskan. Bagaimanapun, strategi dan formula yang telah dilaksanakan di negara ini dalam usahanya untuk mengukuhkan hubungan kaum sudah berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman damai untuk didiami. Strategi dan formula tersebut perlu diperkukuhkan dengan melakukan penambahbaikan berterusan bukannya dirungkai bagi melaksanakan strategi baru yang belum pasti membawa keharmonian antara kaum.

2.

CABARAN KEPENTINGAN ANTARA ETNIK DARI ASPEK SOSIAL

2.1) Pemisahan Fizikal Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh etnik-etnik di malaysia dari segi aspek sosial ialah pemisahan fizikal.hal ini dikatakan demikian kerana pada zaman penjajahan Inggeris,mereka telah memperkenalkan satu dasar dan dasar ini dikenali sebagai dasar pecah dan perintah. Pihak British telah mengasingkan tempat tinggal antara etnik mengikut pekerjaan yang dilakukan oleh etnik-etnik tersebut. Etnik Cina banyak bertumpu di kawasan pekan-pekan kecil dengan melakukan urusan perniagaan dan ada juga yang tinggal di kampung-kampung baru Cina dengan melakukan pekerjaan yang berkaitan dengan pertanian atau menjadi pekerja di estet-estet. Manakala Etnik Melayu pula berpusat di kampungkampung yang di kelilingi oleh kawasan-kawasan tempat tinggal Etnik Cina dan Etnik Melayu melakukan pekerjaan menoreh getah dan bersawah padi. Seterusnya Etnik India pula tinggal di estet-estet getah dan kelapa sawit yang terpisah jauh dari tempat tinggal Etnik Melayu dan Cina(Sanusi Osman,1984:17). Pengasingan tempat tinggal ini telah menyebabkan setiap etnik tidak dapat berinteraksi antara satu sama lain dan juga merenggangkan hubungan mereka. pada masa yang sama,membangkitkan semangat perkauman antara etnik dan seterusnya timbul prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu etnik terhadap etnik yang lain. 2.2)Sistem Pendidikan yang Berasingan Selain itu juga pada zaman penjajahan Inggeris,ketiga-tiga Etnik Melayu,Cina dan India telah dibahagikan kepada tiga sekolah yang berasingan. Pihak pentadbiran Inggeris

memperkenalkan sistem persekolahan ini dengan menggunakan bahasa ibunda masingmasing. Pelajar Melayu belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Manakala orang India pula belajar di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar dan seterusnya orang Cina belajar di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandrin sebagai bahasa pengantar. (Shamsul Amri

Baharuddin,2007:136-137) Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan
4

etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masingmasing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian. 2.3) Polarisasi dalam Kalangan Pelajar Bidang pendidikan merupakan mekanisme penting dalam membentuk insan yang beretika, bermoral, berakomodatif, berbudaya ikram, penyayang dan sebagainya. Sudah banyak perbincangan yang disiarkan tentang polarisasi kaum di beberapa buah universiti tempatan. Bentuk polarisasi yang dilaporkan adalah sama di semua universiti. Selain dari itu terdapat juga beberapa kajian ilmiah yang dijalankan di beberapa buah universiti. Berasaskan kepada kajian yang dijalankan, terdapat beberapa generalisasi umum tentang keadaan polarisasi etnik di kalangan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi(IPT). Antaranya ialah darjah interaksi
5

antara pelajar berbagai etnik adalah rendah walaupun terdapat banyak peluang-peluang untuk mereka berinteraksi sesama mereka di kampus. Seterusnya, terdapat kecenderungan untuk memeilih sahabat atau kawan dari anggota kumpulan etnik yang sama. Pada masa yang sama, kurang perbincangan secara terbuka dan serius di kalangan pelajar berbagai etnik mengenai soal politik, ekonomi dan sosial. Sebahagian besar daripada pelajar mempunyai etnosentrisma yang tinggi juga merupakan salah satu generalisasi umum tentang keadaan polarisasi etnik di kalangan pelajar di IPT. Akhir sekali, banyak kegiatan pelajar yang dijalankan adalah mengikut garis etnik bukan merentas garis etnik(Sanusi Osman,1989:44). Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa peluang-peluang untuk berinteraksi yang terdapat di kampus seperti tinggal di tempat tinggal yang sama, bersukan, berada di perpustakaan bersama, organisasiorganisasi pelajar dan lain-lain kegiatan pelajar tidak banyak mendorong pelajar-pelajar tersebut untuk berhubung dan bergaul dengan lebih luas di kalangan mereka yang merentasi garis etnik. Fenomena polarisasi telah didorongkan dengen beberapa faktor. Antaranya ialah golongan pelajar dan suasana yang terdapat di universiti. Ada pelajar yang mengatakan bahawa kesedaran tentang perbezaan dan identiti ini semakin menonjol apabila mereka sampai ke universiti. Suasana di universiti telah memaksa mereka berkelompok sesama sendiri walaupun mereka tidak menyetujuinya perbuatan ini. Selain itu terdapat satu bentuk isbat sosial (social sanction) di kalangan pelajar. Pelajar-pelajar yang ingin bergaul dan ingin membuat hubungan rapat dengan pelajar-pelajar dari kumpulan etnik yang lain akan dikritik, diejek dan ada kalanya dipulau oleh pelajar-pelajar dari kumpulan etnik yang sama. Keadaan ini wujud dalam semua kumpulan etnik. Faktor seterusnya ialah perkembangan masyarakat yang lebih luas. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah dahulu masih meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan masyarakat kita. Penduduk negara ini yang terdiri daripada berbagai kumpulan etnik bukan sahaja tinggal di kawasan yang berasingan tetapi mereka juga menjalankan kegiatan ekonomi yang berlainan. Oleh itu timbul sosio-ekonomi yang berbeza yang agak ketara antara kumpulan etnik. Perbezaan ini telah mendorong kepada pembentukan organisasi sosial, ekonomi dan politik mengikut kumpulan etnik. Tujuan organisasi ini ditubuh adalah untuk memperjuangkan kepentingan etnik masing-masing

(Sanusi Osman,1989:45-46)

2.4) Kontrak Sosial Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Sewaktu negara ini ingin mencapai kemerdekaan, masalah utama yang dihadapi ialah masalah perpaduan dalam kalangan kumpulan etnik. Oleh itu, satu persetujuan telah dicapai di kalangan rakyat dan pemimipin yang terdiri daripada Etnik melayu, Cina dan India. Pementeraian persetujuan ini juga disertai oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal menganggap elemen-elemen itu penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutama dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum atau etnik. Peruntukan itu adalah hasil daripada proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Inilah asas yang menjadikan perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak yang telah di persetujui oleh semua pihak. Perlembagaan Persekutuan juga merakam sifat-sifat asal negara iaitu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistemewaan mereka iaitu institusi beraja, hak keistemewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Institusi beraja di Malaysia telah wujud sebelum zaman penjajahan lagi. Apabila Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri melayu merasakan kedudukan mereka tergugat. Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan telah diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu. Institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat di sesuaikan dengan konsep demokrasi berpalimen dan kemerdekaan. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Etnik Melayu bimbang hak mereka sebagai pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang Etnik Cina dan India. Oleh itu, kontrak sosial antara etnik memberi jaminan kepada etnik pribumi. Perlembagaan Malaysia

mempunyai peruntukan khas di bawah perkara 153 untuk memelihara hak orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang Di-pertuan Agong
7

atas nasihat Perdana Menteri berkuasa menyelamatkan hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera dengan cara menentukan kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan dan lain-lain kemudahan. Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan orang Melayu di Malaysia. Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jatidiri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai etnik yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan. 2.5) Generasi Muda Menurut Ghazali Basri (2004), cabaran utama hubungan etnik dan keharmonian hidup beragama di negara ini ialah berhadapan dengan jurang generasi (generation gap). Kalau kita mengikut teori Ibnu Khaldun, satu generasi bersamaan 40 tahun umur alami, ini bermakna kita sudah melahirkan generasi kedua sesudah generasi pertama negara mencapai kemerdekaan. Menurut Ibnu Khaldun, semangat juang dan semangat kekitaan mulai luntur pada generasi kedua, dan keadaannya akan semakin longgar dan pupus pada generasi ketiga. Menurut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia Tahun 2000, lebih kurang 65 peratus daripada jumlah penduduk 23,274,690 adalah kelahiran selepas merdeka. Generasi muda yang lahir selepas kemerdekaan, terdapat dikalangan mereka tidak menghayati dan memahami pengorbanan serta juang datuk nenek mereka dalam membangunkan negara dan bangsa. Mereka tidak mengalami beberapa peristiwa perit getir seperti penderitaan semasa berada di bawah penjajahan Barat, pemerintahan Jepun, kekejaman komunis, darurat, konfrantasi dengan Indonesia, Peristiwa 13 Mei 1969 dan sebagainya yang membawa rasa insaf diri bertapa berharganya satu kemerdekaan, keamanan dan permuafakatan antara kaum dipertahankan. Di samping itu, mereka juga tidak memahami latarbelakang dan implikasi besar persetujuan dan permuafakatan antara kaum yang dibuat oleh generasi terdahulu seperti kontrak sosial yang perlu dipertahankan kerana ia amat signifikasi dan penentu kepada keharmonian antara kaum di negara ini. Justeru itu, kontrak sosial sering menjadi isu yang diperdebatkan dan sebahagian dari mereka cenderung kepada pemikiran untuk merombak kembali terma-terma penting kontrak sosial tersebut atas nama hak asasi dan kebebasan. Sebahagian daripada mereka mahu melaksanakan agenda Malaysia baru yang mahukan
8

beberapa perkara disemak semula oleh kerajaan seperti kebebasan beragama, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan sebagainya. Generasi muda pada hari ini tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk mereka menjadi manusia yang memahami budaya orang lain dan saling berinteraksi dalam pergaulan mereka sehari-hari dan bukan hanya terbatas di tempat kerja atau di kawasan sekolah. Ini berlaku disebabkan faktor seperti sistem pendidikan, segregrasi, tempat tinggal, kejahilan mengenai sejarah negara, sikap perkauman, agama dan sebagainya. Lanjutan dari pada itu akan wujudlah sikap prejudis terhadap kaum lain dan persepsi yang tidak tepat mengenai sesuatu kaum yang melebarkan lagi jurang polarisasi kaum negara ini. Menurut Dr,Chiam Heng Keng (Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia), generasi muda hari ini perlu diajar berfikir cara melihat kaum lain dengan penuh rasa hormat dan bersedia dengan perubahan struktur dengan adanya warga asing yang menjadi sebahagian daripada masyarakat kita. Di samping itu, aktiviti perpaduan khususnya yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara seperti Rukun Tetangga serta NGO haruslah diperbanyakan dengan melibatkan kaum muda dari berbagai kaum untuk menyertainya (Abdul Halim Ramli,1965:317-318)

CABARAN KEPENTINGAN

ANTARA

ETNIK

DARI

SEGI

ASPEK

EKONOMI 3.1) Penguasaan Ekonomi Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang akibat kesan daripada dasar pecah dan perintah yang telah di perkenalkan oleh British suatu ketika dahulu telah menyebabkan perpaduan antara kumpulan etnik tergugat. Kebanyakan orang melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak sumber tenaga manusia dan berteknologi rendah. Manakala orang Cina pula menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan dan juga berteknologi tinggi.dampaknya, wujud jurang pendapatan yang ketara dan ketidakseimbangan pendapatan juga turut berlaku. Tiap-tiap golongan etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Perbezaan dan penguasaan ekonomi oleh suatu golongan etnik dan wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yang sering membawa kepada ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Hal ini telah dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kedua, iaitu perpaduan negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada pemodenan dan pertumbuhan ekonomi. Perpaduan negara tidak dapat dipupuk andainya sebahagian besar penduduk kekal miskin dan jika peluang pekerjaan produktif yang mencukupi tidak diwujudkan untuk tanaga buruh yang kian meningkat.(Shamsul Amri Baharuddin,2007:137-138) Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam memupuk hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yangmelihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebeginilah akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

10

3.2) Perbezaan Pekerjaan Berdasarkan Sektor Ekonomi Salah satu faktor yang boleh menyebabkan timbulnya perasaan perkauman ini ialah perbezaan ekonomi mengikut garis etnik. Perbezaan pengkhususan ekonomi dan tempat tinggal mempunyai kaitan rapat dengan ketidaksamaan ekonomi di kalangan rakyat. Perbezaan dari segi pengagihan harta dan pendapatan amat ketara sekali jika dibandingkan di antara orang Melayu luar bandar dengan orang bukan Melayu kebanyakan berada di bandar. Peratus kemiskinan orang Melayu adalah lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan peratus kemiskinan orang bukan Melayu. Perbezaan ekonomi ini akan mempengaruhi pula cara hidup dan peluang-peluang kehidupan mereka. keadaan tempat tinggal yang mempunyai tahap kemajuan dan kemudahan yang berbeza dan ditambah pula dengan status serta cara hidup yang berlainan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati atau rasa cemburu di antara anggota kumpulan etnik yang berlainan itu. Perbezaan-perbezaan sosio-ekonomi di kalangan kumpulan etnik yang berlainan ini dengan mudah dikelirukan sebagai perbezaan etnik. Apabila hal ini berlaku, ia boleh mencetus perasaan permusuhan dan salah faham di kalangan berbagai kumpulan etnik. Pengalaman negara kita menunjukan bahawa perkembangan ekonomi yang pesat dibawah sistem ekonomi perusahaan bebes (free interprise) ini telah memperhebatkan lagi perbezaan ekonomi bukan sahaja di antara kumpulan etnik malahan juga di antara golongan berada dan tidak berada di dalam setiap kumpulan etnik. Semakin banyak perkembangan ekonomi maka semakin kuat persaingan dari pelbagai kumpulan etnik itu yang kononnya bertujuan untuk mengurangkan perbezaan tersebut. Oleh faktor etnik yang diganakan sebagai asas dalam persaingan ini, maka peningkatan sentimen perkauman tidak mungkin dapat dielakkan(Sanusi Osman,1989:37) Penguasaan ekonomi membawa kepada pengenalan pekerjaan mengikut etnik atau mewujudkan perbezaan dari segi pekerjaan. Setiap golongan etnik dikelaskan mengikut sektor ekonomi yang tertentu seperti pertanian, perniagaan, perindustrian dan pentadbiran awam. Hal ini lebih ketara semasa penjajahan British apabila orang melayu terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Manakala orang Cina pula terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombongan. Sebilangan orang India pula merupakan buruh di estet. Perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal ini telah menghalang untuk setiap etnik untuk berinteraksi dan pada masa yang sama akan menebalkan lagi semangat perkauman(Shamsul Amri Bahruddin,2007:138)

11

3.3) Ketidaksamaan Pencapaian Ekonomi Pencapaian ekonomi orang Melayu di negara ini masih ketinggalan berbanding dengan kaum lain. Jika dilihatkan statistik kemiskinan di kalangan Bumiputera,ia kekal jauh ketinggalan meskipun berkurangan daripada 12.4 peratus pada tahun 1999 kepada 8.3 peratus pada tahun 2004. Kadar kemiskinan isirumah Bumiputera pula adalah tertinggi pada tahun 2004, iaitu 1.9 peratus berbanding 0.1 peratus bagi isirumah Cina dan 0.3 peratus bagi isirumah India. Dari aspek penyusunan semula guna tenaga bagi kategori profesional, peratusan Bumiputera adalah 47.5 peratus pada tahun 2005 berbanding 77.6 peratus di kalangan kaum Cina dan 69.2 peratus bagi kaum India. Manakala peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera pada tahun 2004, tidak berubah pada tahap 18.9 peratus. Di samping itu, pemilikan modal saham kaum Cina pula meningkat melebihi dua kali berbanding ekuiti Bumiputera. Peratusan syarikat Bumiputera dalam semua sektor ekonomi masih rendah. Peratusan ekuiti tertinggi yang dikuasai Bumiputera adalah dalam sektor pembinaan, iaitu 35.5 peratus diikuti pengangkutan 26.7 peratus serta perdagangan borong dan runcit 20.4 peratus. Kaum Melayu sejak dari zaman penjajahan lagi telah dikaitkan dengan sektor pertanian yang tidak berdaya maju, dengan sebab itu sektor ini sering dikaitkan dengan kemiskinan orang Melayu. Lebih-lebih lagi kebanyakan orang Melayu tinggal di luar bandar dan mendiami negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah, Perlis yang masih belum mencapai kemajuan dan ketinggalan berbanding negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung. Faktor kemunduran ekonomi orang melayu juga sering dikaitkan dengan latarbelakang sejarah lampau yang berkaitan dengan dasar prnjajahan British yang meminggir dan mendiskriminasi orang Melayu, tetepi dalam masa yang sama British mengutamakan kaum Cina dan India dalam sektor ekonominya. Keadaan ini akhirnya melahirkan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan pencapaian ekonomi antara kaum yang menyaksikan orang melayu terus berada di pinggiran arus perdana kemajuan ekonomi negara. Keadaan ini cuba dibetulkan oleh kerajaan dengan menggubal beberapa dasar ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN), 1991-2000 dan Dasar Wawasan Negara (DWN),2001-2010. Bagaimanapun setelah sekian lama dasar ini dilakukan walaupun terdapat kemajuannya tetapi sering dikritik oleh orang Melayu sendiri sebagai gagal mencapai matlamatnya. Terdapat juga pandangan dari orang Melayu sendiri yang menuduh DEB hanya memperkayakan sebahagian kecil dari struktur masyarakat Melayu. Manakala kaum bukan Melayu pula inginkan peluang meraih kekayaan ekonomi negara diberi sama rata kepada semua warganegara tanpa ada hak keistimewaan kepada kaum tertentu. (Abdul Halim Ramli,1965:324-325)
12

4. Cabaran Kepentingan Antara Etnik Dari Aspek Politik

4.1)Kesan Penjajahan Dasar kolonial mengenai imigrasi,pelajaran,pentadbiran,ekonomi,tanah,bahasa dan

kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehinnga sekarang.Dasar imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi penduduk di negara ini.Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul pengkhususan ekonomi mengikut etnik dan pengasingan tempat tinggal dalam kalangan mereka akibat daripada kegiatan ekonomi yang berlainan itu.Penjajah inggeris juga tidak menekankan pendidikan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat berbagai etnik.Pendidikan orang melayu dilakukan bagai melepaskan batuk di tangga manakala pendidikan orang bukan melayu tidak dipedulikan langsung.Oleh sebab itu,orang-orang Cina dan India terpaksa mengendalikan sekolah mereka sendiri dan ditanggung oleh mereka sendiri.Perkembangan pendidikan yang tidak terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap dan orientasi politikyang berbeza. Di samping itu,melalui dasar dan pentadbirannya pula,Inggeris telah meninggalkan kesan psikologi yang meluas dalam kalangan rakyat dengan menanam prasangka dan stereotaip dalam kalangan mereka.Kesannya,rakyat telah menyanjung tinggi penjajah sebagai kumpulan etnik yang tinggi atau superior daripada etnik yang lain.Sebaliknya pula,terdapat banyak prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina dalam kalangan berbagai kumpulan etnik.Hal ini bukan saja menghalang wujudnya kerjasama dan persefahaman dalam kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak wasangka dan perasaan benci membenci dalam kalangan mereka.( Sanusi Osman,1989:33-34) 4.2)Perkauman Selepas Kemerdekaan 1.Perebutan Kuasa Sejak kemerdekaan,perebutan kuasa antara kumpulan etnik terus menerus berlaku.Setiap kumpulan etnik ingin mendapatkan kuasa ekonomi dan kuasa politik yang besar untuk kumpulan masing-masing.Perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang mencetuskan

13

banyak peluang-peluang baru yang menguntungkan telah memperhebatkan lagi persaingan di antara kumpulan-kumpulan etnik di sini. Persaingan di bidang ekonomi cukup jelas jika dilihat dari pertikaian yang timbul mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) itu.Berbagi interpretasi dan tuduhan telah dibuat mengenai DEB ini.Dalam hal ini,tiap-tiap kumpulan Cuma melihat dari segi kepentingan kumpulannya sahaja tanpa menghiraukan kepentingan kumpulan lain.Peristiwa demikian akan membuatkan setiap etnik akan mempertahankan hak masing-masing untuk kepentingan mereka.. Selain daripada persaingan di bidang ekonomi,persaingan di bidang politik juga amat menarik untuk dikaji.Setelah beberapa pilihan raya diadakan,keputusannya jelas menunjukkan adanya pola pengundian yang mengikut garis etnik atau perkauman.Dalam hal ini,faktor etnik seseorang calon itu menjadi pertimbangan utama untuk seseorang pengundi memilih seseorang calon.Semasa pilihan raya ini juga seringkali ditonjolkan berbagai isu perkauman yang diperjuangkan oleh parti-parti atau calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya itu

2.Organisasi Perkauman Terdapat banyak organisasi-organisasi sosial,politik dan ekonomi yang diasaskan kepada faktor perkauman atau etnik itu.Penubuhan organisasi demikian bukan saja mengehadkan keanggotaannya kepada angota dari kumpulan etnik tertentu tetapi juga bertujuan untuk melindungi dan memperjuangkan kepentingan kumpulan yang diwakilinya.Peranan yang sedang dimainkan oleh parti-parti politik untuk memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya amat jelas.Tiap-tiap kumpulan etnik baik yang berada di semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai parti politiknya sendiri. Dengan wujudnya begitu banyak organisasi yang berasaskan etnik,jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh perasaan perkauman itu dalam kalangan masyarakat di negara ini.Kegiatan dan perjuangan organisasi-organisasi demikian boleh mendorong kepada peningkatan darjah polarisasi etnik. Sentimen perkauman yang tebal menyebabkan parti politik yang tidak perkauman tidak akan mendapat sokongan seperti mana yang diharapkan.Oleh itu,parti politik ini akan

menggunakan aspek perkauman untuk mendapatkan sokongan.


14

3.Manipulasi Golongan Elit Salah satu faktor yang mempertingkatkan perasaan perkauman ini ialah perlakuan dan tindakan golongan elit.Golongan ini sering kali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai tujuan politik mereka.Dengan menggunakan isu-isu penting seperti

bahasa,kebudayaan,agama dan pengenalan etnik,mereka akan berjaya mendapat sokongan dan kepercayaan dari anggota kumpulan etnik mereka dengan mudah. Golongan elit ini juga sering kali akan menggunakan media massa sama ada surat khabar atau elektronik seperti Radio dan TV untuk menyebarkan tuntutan atau isu yang mereka timbulkan itu.Biasanya,isu-isu demikian paling cepat mendapat sambutan dan reaksi orang ramai.Kebetulan pula surat khabar di negara kita juga diwujudkan untuk memelihara dan mempertahankan kepentingan kumpulan etnik tertentu.Oleh kerana itu,tiap-tiap kumpulan etnik mempunyai surat khabarnya sendiri masing. Kadang-kadang golongan elit ini bekerjasama pula dengan kelas menengah dan atasan dari kumpulan etnik masing-masing dalam memperalatkan sentimen perkauman untuk melindungi dan mengekalkan kepentingan peribadi mereka.Dalam soal DEB misalnya,kelas menengah dan atasan melayu ingin menuntut supaya lebih banyak peluang ekonomi diberika kepada mereka.Sementara kelas menengah dan atasan bukan melayu pula berusaha untuk menyekat perkembangan golongan menengah melayu ini dan sebaliknya menuntut supaya mereka diberi kebebasan yang lebih luas untuk maju dalam bidang ekonomi ini.(Sanusi Osman,1989:34-38) dengan menggunakan bahasa ibunda masing-

4.3)Bahaya politik perkauman Politik perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan keamanan negara.Banyak negara yang sudah dan sedang mengalami ancaman politik perkauman ini.Negara Fiji dan Sri Lanka,misalnya sedang menghadapi pergolakan ini.

15

Masalah politik perkauman di Malaysia juga tidak boleh diperkecilkan.Beberapa peristiwa berdarah rusuhn kaum telah berlaku.Yan paling buruk ialah peristiwa 13 Mei 1969 sehingga keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara.Politik perkuman ini juga telah menimbulkan banyak akibat buruk yang terpaksa ditanggung oleh rakyat di negeri ini.Beberapa Akta seperti Akta Penghasut,Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),Akta Universiti dan Universiti Kolej semuanya bertujuan untuk menyekat atau membendung sentimen perkauman ini daripada merebak dengan meluas. Selain itu,telah beberapa kali pilihan raya diadakan tetapi parti-parti politik telah dilarang mengadakan rapat-rapat umum untuk member penerangan dan penjelasan mengenai perjuangan mereka kepada rakyat.Ini merupakan satu kerugian besar kepada rakyat oleh sebab tidak berpeluang mendapat maklumat yang cukup sebelum mereka membuat pemilihan.Sekatan demikian sudah tentu menjejaskan amalan sistem demokrasi berparlimen yang sebenarnya. Selain dari itu,perkembangan pada akhir-akhir ini membayangkan bahawa sentimen perkauman in mulai menular dalam kalangan murid-murid sekolah dan golongan mahasiswa di kampus-kapus juga.Soal polarisasi kaum dalam kalangan pelajar ini telah banyak dibincangkan,Ini jelas menunjukkan bahawa sentimen perkauman bukan berkurangan malah menjadi bertambah buruk.( Sanusi Osman,1989:38-39)

16

5. CABARAN NILAI ANTARA ETNIK Cabaran seterusnya adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.

Malaysia merupakan sebuah negara bukan sahaja memiliki kemajmukan kaum tetapi juga agama. Agama Islam merupakan agama yang dianuti oleh majoriti penduduk, terutama kaum Melayu dan menjadi agama rasmi negara, diikuti oleh agama Taoisme, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya. Kemajmikan agama yang wujud hari ini belum lagi membawa tercetusnya konflik antara agama kerana Perlembagaan Malaysia telah menyediakan kerangka beragama yang amat jelas mengenainya. Selagi semua pihak beragama mengikut asas dan panduan tersebut in berupaya mengawal konflik antara agama dari berlaku. Kepelbagaian agama bukan menjadi satu masalah tetapi merupakan satu cabaran untuk kita hidup saling memahami, bertoleransi dan menjadi alat yang penting memupuk perpaduan. Walaupun kemajmukan agama belum mencetuskan konflik tetapi ada masa dan keadaan tertentu ia mencuit sensitiviti penganut agama tertentu. Isu murtad, penukaran agama, pemakanan, pembinaan tempat beribadah, dasar kerajaan mengenai Islam seperti penerapan nilai-nilai Islam, Konsep Islam Hadhari dan sebagainya sering menjadi perdebatan, kecurigaan dan prejudis sebahagian dari manusia beragama di negara ini. Menurut Datuk Seri Abdullah
17

Hj.Ahmad Badawi, sensitiviti setiap kaum terhadap agama masing-masing juga boleh menyebabkan sebarang percakapan atau tindakan yang dilihat tidak kena, menghina dan tidak betul boleh menimbulkan perasaan tidak senang, marah dan pelbagai lagi. Kadang kala perkara yang pada pandangan agama lain tidak apa-apa, tetapi pada pandangan orang Islam perkara tersebut adalah besar ertinya. Dengan sebab itu, setiap penganut agama mestilah dapat memahami dan mempelajari agama lain untuk mengelakkan perkara tersebut dari berlaku. Isu murtad dan penukaran agama sering menjadi isu yang kadang kala membawa kepada ketegangan antara agama dan kaum di negara ini. Orang Islam melihat isu murtad ini sebagai satu perkara yang serius yang menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan melanggar sekatan Perlembagaan terhadap penyebaran sebarang agama lain ke atas penganut agama Islam dan lain-lain peruntukan dalam perlembagaan. Manakala orang bukan Islam melihat perkara ini dari aspek kebebasan memilih agama yang didakwa sebagai hak asasi seorang manusia.(Abdul Halim Ramli,1965:318-322)

18

6. CABARAN GLOBALISASI Globalisasi merujukan pada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Segala aspek penting dari segi ekonomi dan sosial seperti barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang bergitu singkat. Perubahan yang meliputi skop yang luas ini dihubungkan dengan kemajuan teknologi, khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat sejagat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Semenjak prang Barat memulakan era penjajahan mereka di timur pada abad ke-15, mereka tidak berhenti untuk mendominasi masyarakat lain. Melalui penjajahan, mereka membawa pemikiran bahawa tamdun mereka lebih tinggi dan mengetengahkan bahawa bangsa lain kurang bertamadun. Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dalam rangka nilai dan kebebasan manusia yang dipegang pada masa kini, maka mereka memperjuangkan pula hak asasi manusia. Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideologi, budaya hedonisme dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia. Melalui globalisasi juga mereka mengeksport segala macam keburukan yang merosakan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksploitasian sumber manusia dan bahan mentah. Malaysia tidak terkeluar daripada pengaruh ini kerana arus pembaratan dan globalisasi terlalu mendesak. Maka tidak dapat tidak, globalisasi ialah faktor perubahan budaya yang amat kuat dan pantas. Jika diperhatikan secara mendalam, secara tidak langsung, gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran barat diterima secara halus ke dalam masyarakat. Globalisasi dalam bentuk yang terselindung dan tersirat adalah lanjutan daripada proses penjajahan budaya pada abad ke-19 dan berupaya melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan tamadun Malaysia. Ketiga-tiga cabaran di atas sekiranya tidak dibendung dan dikawal, akan menjurus kepada pembentukan semangat perkauman yang mendalam, menimbulkan prasangka dan mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme. Keadaan ini seterusnya akan memberi kesan kepada hubungan etnik, integrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan parah lagi mengundang rusuhan kaum. Situasi ini ditambah lagi dengan beberapa persepsi

19

yang kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia (Shamsul Amri Bahariddin,2007:139) Globalisasi adalah agenda barat bagi mengukuhkan lagi penguasaannya ke atas masyarakat dunia dalam aspek teknologi maklumat, ekonomi, budaya dan politik. Ia merupakan satu bentuk neokolonialisasi ketika bentuk penjajahan tidak lagi secara fizikal tetapi melalui teori dan ideologi. Globalisasi telah menyebabkan kemasukan pengaruh budaya global Barat bersama fahaman liberalismenya ke dalam masyarakat berbagai kaum di negara ini. Kemasukan nilai Barat ini berlaku amat deras yang telah menyebabkan mula terhakisnya nilai-nilai tempatan sehingga segala sesuatu perlu dilihat dari piawaian Barat. Nilai mengikut piawaian barat seperti kepentingan diri, persaingan bebas, demokrasi liberal, idea kesaksamaan mutlak, kebebasan mutlak, rasionalisme, hak asasi dan sebagainya mulai mengambil tempat dalam pemikiran dan pandangan umum msayarakat. Kemasukan nilai-nilai Barat ini telah menyebabkan berlakunya perubahan nilai, budaya dan pemikiran masyarakat dengan cepat dan menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri, tradisi dan budaya mengikut acuan Malaysia. Nilai-nilai baru ini tidak lagi berpegang kepada adab, tatasusila, rasa hormat menghormati, menjaga air muka orang lain dan kesetiakawanan. Mereka akan menyerang segala sesuatu yang pada pandangan mereka bercanggah dengan pemikiran liberal mereka. mereka menggunakan teknologi maklumat seperti internet untuk menyalurkan aspirasi liberal mereka walaupun kadang kala mengguris perasan kaum lain dan menggugat keharmonian hubungan antara kaum. Sememangnya gelombang globalisasi tidak akan dapat disekat dalam sebuah negara yang telah sedia terikat dalam jaringan global. Tetapi masyarakat harus dididik dengan rasa tanggungjawab bersama menjaga keamanan, menjaga sensitiviti setiap kaum, hormat-menghormati, memahami implikasi tindakan mereka dan meletakkan kepentingan negara melebihi segala-galanya. (Abdul Halim Ramli,1965:327-328)

20

7.KESIMPULAN
Negara Malaysia hari ini mencapai usia 54 tahun sejak dari kemerdekaannya pada tahun 1957. Segala dasar dan pendekatan kerajaan yang digubal dan dilaksanakan berhubung dengan perpaduan kaum telah dapat dilihat dengan jelas hasilnya pada hari ini. Walaupun tahap perpaduan dan hubungan kaum sering diperdebatkan oleh pelbagai pihak, tetapi setakat hari ini selepas Peristiwa 13 Mei 1969, ia telah berjaya mengelakkan dari berlakunya konflik antara kaum dan agama seperti yang pernah berlaku di Bosnia, India, Selatan Thailand dan sebagainya. Walaupun wujud pertentangan antara kaum, ia hanya berlaku dalam bentuk pertentangan pendapat melalui media massa, laman web dan pentas politik tanpa berakhir dengan pertumpahan darah. Lazimnya ketegangan kaum yang wujud dapat diselesaikan melalui cara perundingan dan tindakan pencegahan awal yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara dari masa ke semasa. Polemik mengenai perpaduan dan hubungan kaum di negara ini adalah tindakan positif, semua pihak melihat bertapa pentingnya perpaduan kaum dipelihara dan mencari jalan penyelesaian sekiranya ketidakpuasan hati sesetengah golongan terhadap golongan lain. Perpaduan antara kaum bergantung kepada keikhlasan semua pihak dan kesediaan kita merangka strategi mengukuhkan hubungan antara kaum berdasarkan cabaran yang wujud dan kebijaksanaan meramal masalah serta melaksanakan pendekatan awal mencegah konflik. Kita perlu bersungguh-sungguh membentuk bangsa Malaysia yang beridentitikan jati diri Malaysia dan bukannya membiakan jati diri bangsa Malaysia terbentuk secara tersendiri dan berdasarkan kepompong kaum masing-masing.

21

8.RUJUKAN Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Abdul Halim Ramli. 1965. Hubungan Kaum di Malaysia. Mat Zin Mat Kib.2008. hubungan Etnik Di Malaysia. Sanusi Osman. 1989. Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia. Sulaiman Zakaria. 2007. Perpaduan Negara. Dani Ahmad Ali. 2010. Sejarah Hubungan Kaum. Rahimah Abdul Aziz/Mohamed Yusoff. 2000. Masyarakat,Budaya dan Perubahan.
http://www.slideshare.net/wanbk/hubungan-etnik-bab-6-cabaran-terhadap-hubungan-etnik-dimalaysia-dan-global http://www.docstoc.com/docs/15180120/hubungan-etnik http://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik-2011-cabaran-hubungan-etnik-di-malaysia http://www.slideshare.net/wencybui/kump-26-he-5544390

22

You might also like