You are on page 1of 13

1.

Pengenalan a) Pengenalan tentang penulisan Tajuk ini menyatakan konsep penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu peringkat sekolah rendah, tahun lima. Selain itu, tajuk ini juga membincangkan empat kekuatan dan empat kelemahan mod penggunaan TMK, iaitu mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Turut dibincangkan dalam penulisan ini ialah penyediaan satu rancangan pengajaran harian bahasa Melayu bagi mengaplikasi salah satu mod yang terdapat dalam mod penggunaan TMK berdasarkan dokumen standard mata pelajaran (RPH). RPH tersebut merupakan RPH bagi peringkat sekolah rendah, tahun lima. b) Objektif Penulisan Dengan melaksanakan penulisan ini, diharapkan guru akan dapat; i) Menghuraikan konsep penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ii) Menyatakan empat kategori mod yang terdapat dalam TMK. iii) Mengemukakan empat kekuatan dan empat kelemahan bagi setiap kategori mod yang terdapat dalam TMK. iv) Membina rancangan pengajaran harian untuk pengajaran bahasa Melayu peringkat sekolah rendah, iaitu Tahun Lima berdasarkan salah satu kategori mod yang terdapat dalam TMK.

c)

Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Manakala Senn (1998) pula berpendapat bahawa teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu guna. Gabungan ketigatiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Unit komputer dalam pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia pula, mendefinisikan TMK kepada tiga pecahan mengikut konteks tersebut iaitu teknologi sebagai perkakasan, perisian dan sistem telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Maklumat pula didefinisikan sebagai hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat. Komunikasi pula ialah "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Seterusnya, Abd. Razak et. al (2000), menyatakan TM merangkumi semua jenis alatan elektronik. Aalat tersebut mestilah membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyimpan maklumat. 2. Huraian Konsep Penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran a) Konsep Unit Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), menjelaskan bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Gabungan di antara teknologi dan komunikasi tersebut dikenali sebagai Intergrasi TMK
1

dalam pengajaran dan pembelajaran. Intergrasi tersebut melibatkan guru dan pelajar, iaitu TMK digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Ini bererti bukan pelajar mempelajari TMK itu sendir tetapi menggunakan TMK sebagai pengantara dalamm proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah menjadikan persekitaran pembelajaran menjadi lebih baik berbanding tanpa penggunaan TMK dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, Rochester (1988), menyatakan TMK dalam pengajaran merupakan gabungan teknologi dan komunikasi yang berfungsi untuk memudahkan perkhidmatan komunikasi data yg luas termasuk mel-elektronik, program pemindahan data dan fail, kumpulan perbincangan, yang boleh menjadi wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, TMK juga berperanan sebagai subjek, iaitu menjadi bahan pelajaran dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak dapat dinafikan juga bahawa TMK boleh dijadikan sebagai alat bantu medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadual berikut menunjukkan perbandingan persekitaran pembelajaran di antara pengajaran dan pembelajaran tanpa TMK dengan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran Pembelajaran Tanpa TMK Berpusatkan guru Stimulasi melalui satu deria Perkembangan satu laluan Menggunakan satu media Kerja berasingan Menyampaikan maklumat Pembelajaran pasif Maklum balas reaktif Konteks buatan dan terpisah Persekitaran Pembelajaran dengan TMK Berpusatkan murid Stimulasi melalui pelbagai deria Pelbagai laluan perkembangan Menggunakan pelbagai media Kerja secara kolaboratif Bertukar maklumat Pembelajaran aktif berasaskan penerokaan dan inkuiri penemuan Tindakan proaktif atau terancang Konteks dunia sebenar dan tulen

Jadual 1 : Perbandingan Persekitaran pembelajaran di antara pengajaran dan pembelajaran tanpa TMK dengan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan TMK. Perkara-perkara penting tersebut adalah seperti berikut: i. Keupayaan Guru Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan tentang Teknologi Maklumat yang hendak diguna. Hal ini demikian kerana strategi yang akan digunakan dalam TMK itu perlulah bersesuaian dengan teori pembelajaran di sebalik penggunaan sesuatu strategi. Guru juga mesti mempunyai keupayaan untuk mengendalikan sistem teknologitersebut. ii. Keupayaan murid Murid juga perlu mempunyai pengetahuan tentang teknologi yang hendak diguna, seperti classroom dynamics, apreasiasi terhadap teknologi dan pandangan tentang hakcipta intelek. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kemahiran murid mengendalikan alatan juga dapat memanfaatkan perjalanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
2

iii. Prasarana persekitaran Penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu disokong dengan infarastruktur seperti lokasi, sambungan elektrik, kewujudan sistem rangkaian setempat. Selain itu, jenis bilangan dan alatan, jenis perisian dan bahan yang ada dan boleh digunaka. Kesemua perkara yang disebutkan di atas perlu diadakan supaya kandungan TMK sesuai dengan kandungan pelajaran yang hendak dipelajari oleh murid. b) Ciri-ciri TMK dalam pelaksanaan pengajaran Dalam era globalisasi ini, kepentingan TMK bukan sahaja dalam kehidupan seharian tetapi juga dalam sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan negara menerima arus perubahan ini memandangkan generasi pelajar sekarang yang menerima ledakan teknologi yang sangat drastic.. Menurut Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), terdapat beberapa ciri TMK yang membolehkan TMK ini menjadi wahana pengajaran dan pembelajaran. Antara ciri-ciri tersebut ialah ; i) Ruang Penyimpanan dan Kemudahan Penyebaran Teknologi maklumat membolehkan maklumat dalam kuantiti yang besar disimpan dengan lebih mudah berbanding kaedah penyimpanan secara tradisi. Melalui teknologi storan yang moden seperti penggunaan cakera padat, maklumat dalam pelbagai media dan format boleh disimpan dengan lebih mudah tanpa memerlukan ruang penyimpanan yang luas seperti mana seperti mana kaedah penyimpanan secara tradisi. Menerusi penggunaan teknologi multimedia dan internet juga, setiap maklumat yang disimpan juga mudah untuk disebar atau dikongsi bersama. ii) Kemudahan Carian dan Capaian Maklumat Setiap maklumat yang telah disimpan mudah untuk dicapai apabila diperlukan. Kebanyakan aplikasi multimedia dan internet menyediakan kemudahan carian maklumat yamg berkesan. Ini membolehkan mana-mana maklumat yang diperlukan boleh dicapai dalam kadar yang pantas. Ini secara tidak langsung mampu menjimatkan masa dan juga membolehkan para pengguna terlibat secara aktif dalam proses mendapatkan maklumat mengikut keperluan masing-masing.

iii) Rujukan dan Pengukuhan Maklumat Menerusi Sumber Yang Tiada Batasan Menerusi teknologi maklumat dan komunikasi, seseorang pelajar boleh mempperolehi sumber maklumat bagi tujuan rujukan dan juga pengukuhan dengan lebih mudah dan pantas. Dengan hanya menggunakan komputer, mereka mampu mencari, mencapai dan seterusnya menggunakan sumber maklumat yang disediakan sama ada menerusi teknologi CD-ROM mahupun teknologi maklumat. iv) Menyediakan Kuasa Kawalan Pembelajaran Fleksibel Teknologi maklumat dan komunikasi menyediakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tradisi. Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minat dan gemar. Di samping itu, teknologi maklumat dan komunikasi juga menyediakan kebolehan interaktif yang tinggi bersama pelajar. Kaedah ini juga boleh menilai dan merekod pencapaian pelajar dalam pembelajarannya. Ini membolehkan seseorang pelajar belajar secara kendiri dan tidak

memerlukan kehadiran guru sepanjang masa. Latihan pengukuhan juga boleh dilakukan bilabila masa tanpa terikat dengan jadual waktu serta masa pertemuan guru. 3 Penggunaan Mod TMK dalam proses pembelajaran Belajar dengan menggunakan TMK bermaksud murid menggunakan TMK sebagai alat untuk belajar, seperti menggunakan perisian dan perkakasan TMK. Antara perisian yang boleh digunakan seperti MS Word, MS Powerpoint, MS Excel, MS Paint dan perisian percuma (freeware) belajar menaip. Manakala perkakasan pula ialah seperti pencetak, pengimbas dan kamera digital. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan, menarik dan seronok dengan menggunakan TMK. Penggunaan TMK aebagai alat dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah akan dapat menjadikan murid lebih kreatif dan inovatif pada tahap yang sesuai mengikut tahap pemikiran mereka. Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, penggunaan TMK dalam pengajaran dalam pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran (guru menggunakan TMK), dan aspek pembelajaran (murid gunakan TMK). Dalam konteks pengajaran, TMK digunakan sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi. Manakala dalam konteks pembelajaran, Barbara Means (Means, 1994) dalam buku Teknologi Pendidikan memberi pengkelasan umum TMK kepada beberapa kategori iaitu mod tutorial, mod penerokaan (eksploratori), mod aplikasi dan mod komunikasi. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran (2001) menyatakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan dan merangkumi pendedahan kandungan (pembelajaran ekspositori), tunjuk cara sesuatu fenomena dengan kawalan sistem, latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem. 3.1 Mod Tutorial Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1501), mendefinisikan Tutorial sebagai kelas perbincangan yang diadakan dengan bimbingan seorang guru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mod tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Urutan kandungan pelajaran ini merangkumi pembelajaran ekspositori, demonstrasi dan latihan. Proses pembelajaran ekspositori bermaksud suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada murid secara pasif. Demonstrasi pula menerangkan situasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutannya oleh sistem. Manakala latihan pula ialah latihan atau latihtubi yang disampaikan dikawal oleh sistem. Ini bermakna dalam mod tutorial seorang guru membuat proses pembelajaran dengan menggunakan komputer. Melalui komputer tersebut bahanbahan pembelajaran di sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalansoalan. Seterusnya komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Menurut Alessi & Trollip, 1985, menjelaskan mod tutorial sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang berpencapaian tinggi. Mod ini juga dapat digunakan untuk pengukuhan, menyelesaikan masalah dan untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak. Alat TMK yang digunakan yang digunakan pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan. CD-ROM dan cakera keras digunakan untuk menyimpan perisian pendidikan tersebut. Menurut Mohd. Khalit Othman & Siti Asiah Ishak (2003), menyatakan bahawa CD-ROM merupakan alat yang menggabungkan pelbagai elemen media iaitu grafik (gambar), animasi (gambar yang bergerak), audio (suara), video (gambar dan suara) dan teks (tulisan). Manakala istilah yang digunakan ialah Computer Assited (CAI), Intelligent
4

Computer Assited dan Intelligent Tutoring System. Kebanyakan istilah yang digunakan adalah dalam bahasa Inggeris. Manakala cakera keras pula merupakan peranti ingatan yang mempunyai permukaan bermagnet. Cakera keras menyimpan kod maklumat digital di atas plat cakera yang berputar. Situasi yang sesuai bagi menggunakan pembelajaran mod tutorial ini ialah kelas yang mempunyai ramai murid dan mempunyai berkeupayaan berbeza. Murid melakukan pembelajaran kendiri apabila guru bertugas di luar dan kelas tersebut diambil oleh guru ganti. Manakala pemulihan untuk murid yang menghadapi kesukaran mengikuti pengajaran guru da nada juga aktiviti pengayaan untuk murid yang cerdik. Kekuatan Mod Tutorial Antara kekuatan penggunaan mod tutorial ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar kerana pembelajaran akan lebih menarik dengan penggunaan komputer. Di samping itu mod tutorial sesuai digunakan dalam kelas yang mengandungi jumlah murid yang ramai dengan keupayaan akademik yang berbeza. Pembelajaran akan lebih menarik kerana pelajar boleh belajar mengikut kemampuan sendiri melalui aktiviti pengayaan bagi murid yang cerdik dan pemulihan yang mempunyai kesukaran mengikut pengajaran guru. Murid juga boleh belajar dengan seliaan guru yang minimum dan boleh dilakukan secara individu ataupun berkumpulan ketika gurunya terpaksa bertugas di luar dan diselia oleh guru ganti.

Kelemahan Mod Tutorial Walaupun sesuatu sistem itu sangat canggih dan boleh memberi kesan positif yang maksima dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, namun jika tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, sistem tersebut akan menampakkan kelemahannya. Begitu juga dengan pembelajaran mod tutorial ini. Antara kelemahan yang ketara ialah penggunaan md tutorial boleh mengakibatkan peningkatan tempoh masa yang diperlukan pelejar untuk mempelajari sesuatu kandungan pelajaran dan secara tidak langsung akan mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga. Selain itu, hanya guru perlu mahir menggunakan alat-alat TMK kerana guru akan menjadi role model kepada murid sepajang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku. Seterusnya, sebelum memulakan sesi pembelajaran, seseorang guru itu perlu memeriksa terlebih dahulu perisian pendidikan tersebut. Akhir sekali, perkara yang akan menjadi luar kawalan guru pula ialah guru terpaksa mengawal dua kumpulan yang berbeza kemampuan penguasaan apabila terdapat murid yang sukar mengikut pengajaran guru. 3.2) Mod Penerokaan Menurut buku panduan TMK yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Negara, menyatakan bahawa pembelajaran penerokaan membolehkan murid belajar melalui penerokaan berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Murid secara aktif mencari dan mengakses maklumat dalam mencapai objektif pembelajaran mereka dalam konteks yang terkawal. Pembelajaran mod penerokaan bukanlah bertujuan untuk mendapat jawapan salah atau betul. Tujuan utamanya adalah untuk memfokuskan penglibatan murid tentang sesuatu konsep atau perkara dengan kefahaman mereka sendiri. Teknologi maklumat yang digunakan dalam pembelajaran mod penerokaan ialah CDROM, portal maklumat dan internet. Dalam hal ini pelajar akan mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem. Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan termasuk akses kepada sumber yang pelbagai di internet melalui enjin gelintar, perisian kursus berkonsepkan pelbagai pilihan, penerokaan dan

permainan berbentuk simulasi.Sebagai contoh, dalam aktiviti secara simulasi, murid akan dipertontonkan demo membuka dan memasang komputer. Perbezaan di antara pembelajaran mod tutorial dengan mod penerokaan ialah melalui mod penerokaan pelajar dapat menentukan dan mengawal maklumat yang diterima manakala melalui mod tutorial pula pelajar hanya menerima bahan pembelajaran yang ditentukan dan dikawal sistem. Antara situasi yang sesuai menggunakan mod ini ialah pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, strategi simulasi, dan kajian masa depan. Kekuatan Mod Penerokaan Antara kebaikan pembelajaran mod penerokaan ialah dapat memupuk pemikiran kritis dan penyelesaian masalah bagi menangani masalah sebenar. Selain itu, mod penerokaan juga memberi peluang kepada pelajar menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran mereka. Di samping itu mendorong penglibatan pelajar yang lebih mendalam terhadap kandungan pelajaran. Akhir sekali, pembelajaran dengan menggunakan mod penerokaan ini akan menjadikan pembelajaran lebih menarik. Kelemahan Mod Penerokaan Antara kelemahan yang terdapat dalam mod pembelajaran penerookaan ini ialah kemungkinan berlaku situasi pelajar akan tersasar daripada matlamat utama penerokaan kerana ada murid yang menyalahgunakan penggunaan aktiviti ini kepada aktiviti yang negatif jika guru tidak memantau aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Di samping itu, jika terlalu banyak pilihan yang diberikan akan menyebabkan pelajar tidak dapat memfokus kepada objektif sebenar pembelajaran, malahan akan berlaku situasi di mana murid hilang tumpuan dalam proses penerokaan. Selain itu, hasil penumpuan yang terlalu mendalam pada satu-satu peringkat penerokaan akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi terlalu lama dan membazir masa. Akhir sekali, akan berlaku juga kemungkinan murid tersilap membuka laman web mahupun blog yang salah. 3.3) Mod Aplikasi Sebagaimana mod tutorial dan mod penerokaan, mod aplikasi juga digunakan sebagai bahan penyampai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mod aplikasi merupakan penggunaan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daipada beberapa perisian aplikasi seperti pemproses kata, hamparan elektronik, persembahan elektronik, dan pangkalan data. Persembahan elektronik digunakan untuk menyampaikan maklumat secara lebih berkesan dan menarik bagi merangsang minda murid untuk mengikut pelajaran dengan mudah. Murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada orang lain. Hal ini berbanding dengan mod tutorial dan penerokaan kerana dalam mod tutorial dan penerokaan, hanya digunakan sebagai mekanisma untuk penyaluran maklumat dari sumber kepada murid. Mod aplikasi amat sesuai dalam memproses data kerja lapangan. Mod aplikasi dengan cepat dan memindahkan dapatan kajian lapangan kepada bentuk yang lebih mudah diinterpretasi. Sebagai contoh, dengan penggunaan perisian mcrosoft excel akan memudahkan proses membina graf supaya tumpuan boleh diberikan kepada mengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen. Seterusnya, mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau mengisi data dengan tujuan menumpukan pembelajaran kepada trenda pada data dan hasil. Manakala dapatan yang diperoleh dapat dipersembahkan dalam bentuk multimedia.

Kekuatan Mod Aplikasi Antara kebaikan mod aplikasi ialah pelajar dapat memberikan tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan. Seterusnya, mod aplikasi dapat meningkatkan kemahiran menggunakan pelbagai aplikasi komputer dalam kalangan murid sesuai dengan penggunaan komputer di alam pekerjaan . Selain itu, melalui pembelajaran mod aplikasi ini juga membolehkan guru boleh mengemukakan masalah yang boleh mencabar tahap keupayaan sebenar murid. Akhir sekali, dengan adanya pembelajaran mod aplikasi ini murid dapat memberikan tumpuan kepada aktivit pembelajaran yang praktikal. Kelemahan Mod Aplikasi Antara kelemahan utama mod aplikasi ialah hanya murid yang menguasai kemahiran ini dapat mempraktiknya. Sebagai contoh, seorang murid yang tidak tahu menggunakan Microsoft excel akan menghadapi kesukaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, terdapat gangguan teknikal semasa menggunakan aplikasi seperti lessen tamat tempoh, ruang pemyimpanan data dan memori tidak cukup juga boleh menggangu hasil produk pembelajaran.. Di samping itu guru juga perlu prihatin terhadap kemampuan penerimaan seseorang murid tentang perubahan baru yang mereka alami. 3.4 ) Mod Komunikasi Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mod komunikasi berperanan sebagai medium perhubungan antara guru dengan murid di lokasi yang berbeza. Kedua-dua guru ddan murid saling menghantar dan menerima maklumat antara mereka. Mereka akan berkongsi maklumat secara maya melalui bentuk teks, grafik, audio, video dan sebagainya. Antara teknologi yang boleh digunakan dalam mod ini termasuk chat, e-mel, audio conference, video conference, pembinaan laman web untuk akses melalui internet. Selalunya situasi yang sesuai menggunakan mod ini termasuk pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat berhubung budaya, menganalisis dan membuat perbandingan, dan untuk guru yang terpaksa menjalankan tugasan di tempat yang jauh untuk jangka masa yang lama.

Kekuatan Mod Komunikasi Penggunaan mod komunikasi dapat memupuk interaksi antara pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui mod komunikasi ini akan meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global. Di samping itu, murid juga boleh terlibat dengan pakar di dalam dan luar Negara sewaktu dalam proses pembelajaran. Akhir sekali, murid akan dapat meningkatkan kemahiran akses internet kendiri melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan Mod Komunikasi Antara kelemahan utama dalam penggunaan mod komunikasi dalam aktiviti pembelajaran ialah pendedahan kepada budaya luar yang akan memberi impak negatif terhadap sistem nilai diri pelajar itu sendiri. Sebagai contoh dari segi pemakaian atau katakata. Selain itu, mod komunikasi melibatkan penggunaan kos yang tinggi. Hal ini berlaku demikian kerana perkongsian maklumat dengan dunia luar perlu dibayar. Seterusnya kemungkinan seseorang murid itu akan tersasar dari matlamat utama komunikasi iaitu untuk mempelajari kandungan pelajaran. Ada kemungkinan seseorang murid itu akan berada lama
7

dalam laman sosial berbanding dengan tujuan sebenarnya untuk melayari internet. Akhir sekali, proses pembelajaran tidak akan berlaku sekiranya jika kedua-dua pihak tidak mempunyai kemudahan internet. Walaupun setiap mod ini masing-masing mempunyai pro dan kontranya, namun saya yakin jika digunakan mengikut prinsip pengendaliannya dengan betul, maka setiap mod yang dibincangkan di atas akan menjadi alat penyampai pembelajaran dengan berkesan.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi pengaplikasian Mod TMK Dalam rancangan pengajaran harian ini, saya menggunakan mod aplikasi sebagai bahan bantu mengajar saya. Perisian mod aplikasi yang saya gunakan ialah persembahan power point. Saya memilih mod aplikasi kerana aktiviti ini boleh menarik minat murid tahun lima untuk mempelajarinya. Di samping itu, mod pembelajaran ini mudah dilakukan oleh murid dalam menghasilkan produk pembelajan. Berikut merupakan contoh rancangan pengajaran harian saya. Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun Lima Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Hijau Jumlah : 25 0rang (10 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan) Tarikh : 11 November 2013 Tema : Alam Sekitar Tajuk : Bencana Alam Masa : 7:30 hingga 8:30 pagi (60 minit) Fokus Utama : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat, serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 (i) Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat, serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas . 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 2 (i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonansi berdasarkan tanda baca.
8

Fokus Sampingan : 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 (i) Menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Objektif :

Pada akhir pelajaran murid dapat; i. Menceritakan secara lisan pengalaman mereka tentang bencana alam. ii. Membaca kuat petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. iii. Menulis karangan pendek tentang bencana alam dengan menggunakan ayat majmuk.

Kemahiran Bahasa : i. Kemahiran bertutur dan mendengar ii. menulis Sistem Bahasa : Ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi. Pengisian kurikulum : i. Ilmu : Bahasa Melayu, Alam sekitar ii. Nilai : Menghayati, menghormati dan menghargai. iii.Peraturan Sosiobudaya: Kesantunan bahasa dalam pertuturan. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, power point, LCD, buku latihan dan alat tulis. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat kejadian bencana alam yang berlaku sama ada di sekeliling mereka mahupun di luar negara. Langkah/ masa Set Induksi (5 minit) Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Guru menayangkan i) Murid menonton video video bencana alam yang ditayang oleh guru. (Taufan Haiyan) yang berlaku di Tacloban, ii) Seorang murid diminta Filipina. untuk menceritakan secara ringkas tentang bencana alam yang dipertontonkan Web: oleh guru http://www.bing.com/vid eos/search?q=taufan+hai iii) Murid menceritakan yan&FORM=H pengalaman mereka tentang bencana alam yang pernah mereka alami. iii)
9

KB : Menghubungkait, inferens BCB: Menonton dengan aktif BBB : Video

Guru

membuat

kesimpulan dan mengaitkan tajuk pengajaran yang akan pelajari pada tersebut. Langkah 1 (10 minit) KB : membuat Guru memaparkan i) Semua murid membaca inferens petikan ringkas yang petikan dengan kuat BCB : membaca berkaitan dengan dengan nada dan intonasi kuat dengan bencana alam. yang betul. intonansi yang betul. ii) Murid yang BBB : LCD, dikenalpasti tidak power point, membaca dengan intonasi komputer riba. yang betul diminta membaca petikan tersebut dengan bimbingan rakan yang boleh membaca dengan intonasi yang betul. KB : Menghubungkait, menjana idea BCB : Memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : verbal linguistik,visual, intrapersonal, interpersonal Nilai : kerjasama, hormatmenghormati BBB : LCD, Komputer riba 1Malaysia, power point

Langkah 2 (20 minit)

Murid berbincang dalam kumpulan berkaitan kesan- kesan buruk bencana alam.

i) Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan (5 orang ahli setiap kumpulan). ii)Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua dan seorang setiausaha. ii)Murid diminta mencari lima isi penting kesan buruk bencana alam. iii)Murid diminta menulis isi-isi penting dalam bentuk power point.

iv)Murid membentang Murid membentangkan hasil kerja masing-masing. hasil kerja mereka dengan menggunakan power point.

10

Langkah 3 (20 minit)

KB : menjana idea, Guru memberi i)Guru membetulkan isi-isi menghubungkait, latihan kepada yang dibentangkan oleh membuat inferens. murid-murid. setiap kumpulan. i) Aktiviti Pengayaan: BCB : mengumpul, Menulis karangan ii) Guru memberi latihan memproses, mencatat pendek berdasarkan karangan pendek kepada dan tajuk perbincangan pelajar mengenai kesan- melaporkan dalam kumpulan Kesan- kesan buruk bencana alam. maklumat. kesan buruk bencana alam dengan iii) Guru membimbing KP : menggunakan ayat kumpulan murid yang intrapersonal;interper majmuk yang betul. lemah dalam sonal, pembentangan isi-isi visual, verbalii) Aktiviti dengan menyediakan linguistik. Pemulihan: latihan karangan yang Menyudahkan berbentuk mengisi tempat Nilai : bekerjasama, petikan karangan yang kosong dengan pilihan diberikan dengan jawapan. BBB : buku latihan, mengisi tempat alat tulis, kosong. bahan edaran

Penutup (5 minit)

Murid-murid membuat rumusan pelajaran pada hari itu dengan bimbingan guru (guru menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari.)

i) Murid diminta menyatakan nilainilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. ii) Guru mengucapkan terima kasih.

Refleksi: Refleksi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut perlulah dibuat selepas sahaja aktiviti pengajaran dan pembelajaran selesai dilaksanakan.

11

5 Rumusan Melalui penulisan saya ini, dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, khususnya dalam bidang pendidikan. Dengan adanya pengaplikasian mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran telah memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Penyelidikan yang telah dibuat membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini yang kebanyakan terdiri daripada generasi Y yang mahukan perubahan secara drastik.

3858 patah perkataan

12

Rujukan

Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria dan Mohd Zamri Murah. 2000. Teknologi Maklumat. Malaysia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Multimedia dalam Pendidikan, PTS Publication : Bentong Kamus Dewan Edisi Keempat

Kamus Dewan Edisi Ketiga

http://kdp.ppk.kpm.my

http://www.jz-media.com Mahathir Mohamed. (1998). Multimedia Super Corridor. Subang Jaya: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd. Robiah dan Juhana. (2002). Keyakinan Guru-Guru Untuk Mengintegrasikan Teknologi dalam Kurikulum. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah 4(2): 23-36. Rozinah Jamaludin. (2007). Internet dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

13

You might also like