You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI BIL 1 2013 Tarikh : 29 Disember 2012 Tempat: Bilik Gerakan Masa : 10.

45 pagi Kehadiran: 1. Datin Noorazizah Shaikh Esmail 2. Abdul Ghapar Bakri Tidak hadir: 1. Ahmad Zahidi Mohd Nasir 1.0 Ucapan Pengerusi Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran guru. Pengerusi mengingatkan tentang dasar-dasar KPM termasuklah yang berkaitan dengan buku rekod mengajar guru. Pengerusi membacakannya dan mengingatkan agar sentiasa merujuk pekeliling terutamanya yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga menekankan visi dan misi yang harus dicapai dan mengingatkan supaya sentiasa merujuk takwim sekolah agar dapat melaksanakan aktiviti sekolah seperti yang ditetapkan. Pengerusi memaklumkan sekiranya ada barang yang diperlukan harus beritahu beliau dengan segera agar beliau dapat mengisi nota minta. Beliau menyatakan bahawa Kew PS 11 perlu diisi bersama dengan nota minta. Kew PS 1 pula perlu diisi sekiranya barang yang diterima adalah lengkap seperti yang diminta. Manakala Kew PS 2 perlu diisi sekiranya terdapat kerosakan dan barang yang diberi tidak sama dengan barang yang diminta. Tindakan semua guru. 2.0 Rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian Pengerusi menyatakan bahawa rancangan pengajaran tahunan mestilah disimpan dalam buku rekod mengajar guru setiap masa. Tarikh mesti ditulis pada setiap minggu dan mestilah disusun mengikut takwim sekolah. Manakala rancangan pengajaran harian pula mestilah mengandungi perkara-perkara asas yang ditetapkan dalam Manual Pengurusan Kualiti iaitu tarikh, masa, tingkatan, mata pelajaran, tajuk, subtajuk, objektif, aktiviti, bbm/bbb/KBKK/nilai murni dan refleksi. Guru-guru juga diingatkan agar menulis senarai nama murid yang diajar dalam buku rekod mengajar guru. Tindakan semua guru. 3.0 Budget / PCG Pengerusi menyatakan bahawa peruntukan PCG akan digunakan sepenuhnya untuk pembelian yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Pembelian bahan bantu mengajar akan diutamakan. Pembelian akan melibatkan bahan habis pakai dan bahan yang boleh digunakan secara berulang seperti buku rujukan. Datin mencadangkan agar buku atau BBM lain dibeli 2 set (untuk 2 kelas) agar boleh digunakan sekiranya 2 orang guru mengajar pada masa yang sama di dua kelas yang berlainan. 4.0 Laporan peperiksaan awam (PMR) Pengerusi memaklumkan bahawa keputusan PMR 2012 bagi mata pelajaran geografi merosot sedikit dari segi peratus iaitu daripada 92.31 kepada 90.14 manakala dari segi kualiti pula jatuh daripada 2.97 kepada 2.99. Ahli mesyuarat bersetuju melaksanakan latih tubi lebih awal untuk penambahbaikan PMR 2013. 5.0 Agihan tugas ahli Panitia Pengerusi menyatakan bahawa setiap guru akan menyediakan soalan secara bergilir. Guru kelas lain juga akan dipanggil bersama sekiranya diperlukan semasa sesuatu program dijalankan. Jadual akan diberikan kemudian. Tindakan semua guru.

6.0 Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran Pengerusi memaklumkan bahawa penyeliaan wajib akan dibuat dua kali setahun. Penyeliaan kali pertama adalah secara berjadual. Penyeliaan lebih daripada dua kali akan dijalankan mengikut keperluan. Guru diingatkan agar sentiasa membawa buku rekod mengajar semasa mengajar. Tindakan semua guru 7.0 Perkembangan Staf Pengerusi memaklumkan bahawa latihan dalam perkhidmatan akan dilaksanakan sekiranya ada guru yang bukan opsyen mengajar mata pelajaran geografi. Guru akan didedahkan terutamanya bahagian kemahiran serta bagaimana menyediakan JSU. Guru juga diingatkan agar mengawal kelas dengan baik dan mempastikan pelajar memberi tumpuan supaya pengajaran dan pembelajaran berkesan dapat dilaksanakan. Tindakan semua guru. 8.0 Penilaian dan peperiksaan Pengerusi memaklumkan bahawa jumlah peperiksaan adalah sama seperti tahun lalu iaitu sebanyak 4 kali. Namun begitu, ujian topikal ditiadakan untuk memberi masa yang lebih kepada prose pengajaran dan pembelajaran. Format peperiksaan bagi tingkatan 1 dan 2 boleh seperti PBS kecuali peperiksaan akhir tahun menggunakan format PMR untuk memberikan kelainan kepada pelajar. Guru diminta mengikut takwim yang telah ditetapkan. Pengerusi menyatakan agihan penyediaan soalan akan diberikan kemudian. Guru-guru digalakkan menyediakan bank soalan mengikut aras agar boleh digunakan semasa menyediakan soalan peperiksaan. Dasar minimum latihan akan diberikan kemudian. Guru diminta agar memberikan latihan ekstra kepada pelajar terutama tingkatan 1 dan 2 agar tidak bergantung kepada soalah berbentuk PBS sahaja. Begitu juga dengan pelajar tingkatan tiga yang akan menghadapi PMR. Guru diingatkan agar memberi latih tubi lebih awal agar dapat menjamin kecemerlangan prestasi pelajar. Tindakan semua guru. 9.0 Pemantauan / kawalan standard akademik Pengerusi menyatakan bahawa Headcount masih diteruskan sebagai satu cara mengawal dan mengenal pasti topik-topik yang sukar dikuasai. Semakan program tiga bulan sekali perlu dilaksanakan untuk mempastikan program yang dilaksanakan dapat memberi impak yang besar terhadap kecemerlangan prestasi pelajar. Tindakan semua guru. 10.0 Hal-hal lain. Pengerusi mengingatkan bahawa evidens perlu diuji sebaik sahaja tajuk yang berkaitan telah diajar dan ianya dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran selesai pada hari yang sama. Tindakan guru tingkatan 1 dan 2. Mesyuarat ditangguhkan jam 12.15 tengah hari.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

DATIN NOORAZIZAH SHAIKH ESMAIL

ABDUL GHAPAR BAKRI Ketua Panitia Geografi SMK Muhibbah.

You might also like