You are on page 1of 13

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SUNGAI TEKAL,

28050 KUALA KRAU, PAHANG


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU PERTAMA
TAHUN 2013
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 16.01.2013
: Rabu
: 1.30 t/hari
: Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran :
Pn.D.Selobom ( Guru Besar )
Pn.K.Radha ( PK P )
En.Asbullah Md Nan ( Ketua Panitia)
Pn.M.Thanalechumy
Pn.R.Thilagavathy
En.A.Batmanathan
Pn.M.Chethera
Pn.S.Somalatha
Cik P.Anushia
Cik R.Ghaithiry
Cik M.Kalaiselvi

AGENDA 1 : UCAPAN PENGERUSI


1.1.

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih dan memulakan mesyuarat.

1.2.

Pengerusi juga merakamkan jutaan terima kasih dan selamat datang kepada guru
besar yang baharu.

1.3.

Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan


hal-hal yang berkaitan dengan panitia Bahasa Melayu.

(Tindakan semua guru)

AGENDA 2 : UCAPAN GURU BESAR


2.1.
Guru besar merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu
kerana sudi hadir ke mesyuarat panitia kali ini.
2.2.
Guru Besar mengucapkan jutaan terima kasih dan mengucapkan tahniah di atas
kejayaan 43% dalam Bahasa Melayu Pemahaman dan88% Bahasa Melayu Penulisan.
2.3.
Penasihat berharap pada tahun ini akan berlaku peningkatan dalam mata pelajaran
ini dan mengekalkan prestasi lulus tersebut.
2.4.
Penasihat berharap mesyuarat dijalankan dengan lancar dan mendapat kata putus
yang sewajarnya.
AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
PANITIA KALI KETIGA 2012
3.1.

Pengerusi menjemput ketua panitia membentangkan minit mesyuarat yang lalu.


Cadangan
Sokongan

: Cik. P.Anushia
:Pn.M.Thanalechumy

AGENDA 4 : PERKARA BERBANGKIT


Tiada
AGENDA 5 : DASAR KURIKULUM
5.1.
Ketua Panitia menjelaskan pada tahun 2011, Dasar Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang telah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 1. Ketua Panitia
meminta guru-guru yang terlibat supaya bersiap sedia untuk pemantauan. Semua
dokumen KSSR boleh dimuat naik melalui laman web www.moe.gov.my/bpk.
5.2.
Ketua Panitia juga menjelaskan dasar-dasar kurikulum yang sedia ada seperti
PROTIM, LINUS (Literasi), PKJR dan sebagainya diambil perhatian sewajarnya.

AGENDA 6 : RANCANGAN PELAJARAN

6.1.
Ketua Panitia menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran tahunan
(RPT), rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) hendaklah
disediakan dengan lengkap dan mengikut format yang sedia ada.
6.2.
Ketua Panitia memberitahu bahawa HSP boleh dimuat naik melalui laman web
www.moe.gov/bpk.
6.3.
Ketua Panitia juga mengingatkan bahawa semua dokumen perlu disediakan
secepat mungkin untuk pemantauan.
AGENDA 7 : BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
7.1.
Pengerusi berharap semua guru menyediakan BPM sehari sebelum pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
7.2.
Pengerusi menjelaskan bahawa penulisan BPM hendaklah ditulis dengan
menggunakan format yang sedia ada.
AGENDA 8 : PROSEDUR PEMBELIAN DAN PENGURUSAN STOK
8.1.
Pengerusi menjelaskan kepada semua guru tentang prosedur pembelian dan
pengurusan stok panitia.
8.2.
Pengerusi memberitahu mana-mana guru yang ingin membeli bahan bantuan
mengajar hendaklah mengisi Nota Minta dan berbincang dengannya untuk persetujuan.
8.3.

Semua urusan tempahan akan diuruskan oleh pihak pembantu tadbir.

AGENDA 9 : PENCERAPAN HASIL KERJA MURID


9.1.

Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid setiap


minggu.

9.2.
Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan yang lebih terutama kepada
murid-murid tahun 6.
9.3.
Pengerusi juga meminta semua guru memberi kekerapan latihan murid seperti
yang berikut : Pemahaman (5 kali), penulisan (3 kali), tatabahasa (3kali), PKJR (2kali).
Pengerusi juga menjelaskan lagi bahawa kekerapan latihan yang disenaraikan hanyalah
cadangan dan kekerapan tersebut diserahkan kepada guru berkenaan.
AGENDA 10 : PEPERIKSAAN DALAMAN DAN AWAM

10.1. Pengerusi menjelaskan bahawa semua peperiksaan akan diuruskan oleh pihak
Majlis Guru Besar (MGB) termasuk ujian bulanan.
10.2.

Semua soalan dan skema jawapan akan disediakan oleh pihak MGB.

AGENDA 11 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


11.1. Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) mengikut tahap murid.
11.2. Pengerusi menjelaskan bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu
digunakan semaksimum mungkin. Walaubagaimanapun, buku kerja tambahan akan
disediakan untuk tujuan P&P.
11.3. Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P digalakkan bagi
menarik minat murid.
AGENDA 12 : PROGRAM LITERASI
12.1 . Penyelaras Program Literasi mencadangkan
Program 5 perkataan murid mengeja, membaca dan memahami 5 perkataan
dalam masa seminggu.
Program Jom membaca- Murid murid Pemulihan akan mengeja dan
membaca suku kata KVKV dan KVKK.
Program Baca untuk Berjaya Murid membaca dan mengeja petikan yang
berdasarkan gambar dengan betul.
Program BIKA Bina Kata ( Murid membina perkataan dengan kad huruf)
AGENDA 13 : HAL HAL LAIN
Tiada

AGENDA 14 : UCAPAN PENANGGUHAN

14.1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana
menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Bahasa
Melayu.
14.2.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

___________________
(En.Asbullah Md Nan )
Ketua Panitia Bahasa Melayu

___________________
(Pn.D.Selobom )
Guru Besar

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SUNGAI TEKAL,


28050 KUALA KRAU, PAHANG

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KEDUA


TAHUN 2013
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 10.06.2013
: Isnin
: 1.30 t/hari
: Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran :
Pn.D.Selobom ( Guru Besar )
Pn.K.Radha ( PK P ) (Cuti)
En.Asbullah Md Nan ( Ketua Panitia)
Pn.M.Thanalechumy
Pn.R.Thilagavathy
En.A.Batmanathan
Pn.M.Chethera
Cik.S.Sarmila
Cik.S.Sangitha
Cik.R.Viloshini
Pn.S.Somalatha
Cik P.Anushia

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SUNGAI TEKAL,


28050 KUALA KRAU, PAHANG
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 2/2012
TAHUN 2012
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 21 .3.2011
: Rabu
: 1.30 t/hari
: Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Pn.D.Selobom ( Guru Besar )


Pn.K.Radha ( PK P )
En.Asbullah Md Nan ( Ketua Panitia)
Pn.M.Thanalechumy
Pn.R.Thilagavathy
En.A.Batmanathan
Pn.M.Chethera
Pn.S.Somalatha
Cik P.Anushia
Cik R.Ghaithiry
Cik M.Kalaiselvi

Agenda 1 : Kata-kata Aluan Pengerusi (Pn.K.Radha)


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu di
atas kehadiran mereka ke mesyuarat kali ini.
1.2 Pengerusi berharap mesyuarat kali kedua 2012 akan memantapkan lagi
kecemerlangan panitia Bahasa Melayu .
Agenda 2 : Ucapan Guru Besar ( Pn.D.Selobom)
2.1 Guru Besar meminta semua guru hafal visi dan misi sekolah. Visi dan misi sekolah
hendaklah dipamerkan dan dilekatkan dalam buku rancangan mengajar serta kelas.
2.2 Mesyuarat panitia perlu ikut takwim. Minit mesyuarat hendaklah berformat seperti
di dalam lampiran.
2.3 Failkan soalan-soalan peperiksaan dalam fail koleksi soalan sementara soalan yang
belum digunakan hendaklah disimpan dalam fail bank soalan. Buku rekod mengajar
mestilah kemas dan bersih kerana lambang peribadi guru.
2.4 Semua guru mesti tahu maksud dan tujuan KSSR.
2.5 Guru hendaklah kenalpasti head count pencapaian murid-murid dengan ETR.
Kenalpasti juga masalah murid-murid.

Tindakan: Ketua panitia dan semua guru BT


Agenda 3: Ucapan Pen .Kanan 1 (Pn.K.Radha)

3.1 Pengerusi berharap panitia memberi penekanan ulasan yang lebih terperinci dalam
post mortem setiap peperiksaan.
3.2 Nyatakan bagaimana guru mengambil tindakan untuk mengatasi tindakkan apa sahaja
program yang dirancang samaada tercapai atau tidak.
3.3 Fail-fail panitia hendalah dikemaskini dan surat-surat berkaitan panitia hendaklah
disimpan dalam fail panitia.
3.4 MBI dan MBM akan dipantau dan tarikh belum ditetapkan dan berharap guru-guru
sentiasa bersedia.
3.5 Pengerusi berharap panitia membincangkan fokus utama apa perancangan panitia
yang telah dirancang dan akan dibuat pada masa akan datang.
3.6 Dasar latihan minimum telah dipatuhi dalam kelas yang diajar mengikut
kemampuan murid.
3.7 Pengerusi juga menyatakan pemantauan terhadap buku latihan murid serta meminta
guru menghantar buku latihan murid.
3.8 Pengerusi juga berharap agar pencapaian murid tercapai sepertimana yang disasarkan
terutama dalamUPSR
Tindakan: Semua guru BT

Agenda 4:

Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

4.1 Minit mesyuarat telah dicadangkan untuk disahkan oleh Pn.R.Thilagavathy dan
disokong oleh En. Asbullah Md.Nan
Tindakan: Makluman
Agenda 5:

Perkara Berbangkit

5.1 Tiada perkara berbangkit


Tindakan : Makluman
Agenda 6: Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun
6.1 Pengerusi membacakan analisis peperiksaan pertengahan tahun dan meminta semua
guru BM membuat post mortem.
6.2 Pengerusi mengingatkan semua guru BM menyediakan soalan topical agar murid dapat
memahami kehendak soalan pada ujian-ujian akan datang.
6.3 Panitia mencari langkah-langkah yang perlu bagi mengatasi masalah murid yang lemah
terutama dalam Bahasa Melayu Penulisan.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu
Agenda 7: Hal-hal Lain

7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bengkel cara-cara memeriksa kertas Bahasa Melayu
(Penulisan) akan diadakan sehingga diberitahu tarikh.
7.2 Peperiksaan Percubaan akan dilaksanakan dalam bulan Ogos.Soalan akan dibekalkan dari
JPN.
Tindakan: Makluman
Penutup
Akhir sekali pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru
dalam menjayakan mesyuarat kali kedua ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukukl 3.00 petang.

Disediakan oleh,

___________________
(En.Asbullah Md Nan )
Ketua Panitia Bahasa Melayu

Disahkan oleh,

___________________
(Pn.D.Selobom )
Guru Besar

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG SUNGAI TEKAL,


28050 KUALA KRAU, PAHANG
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 3/2012
TAHUN 2012

Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Kehadiran :

: 13 .6.2011
: Rabu
: 1.30 petang
: Pusat Sumber Sekolah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Pn.D.Selobom ( Guru Besar )


Pn.K.Radha ( PK P )
En.Asbullah Md Nan ( Ketua Panitia)
Pn.M.Thanalechumy
Pn.R.Thilagavathy
En.A.Batmanathan
Pn.M.Chethera
Pn.S.Somalatha
Cik P.Anushia
Cik R.Ghaithiry
Cik M.Kalaiselvi

1.UCAPAN PENASIHAT Guru Besar ( PN.D.Selobom)


1.1
1.2
1.3
1.4
1.5

Mengucapkan terima kasih kerana dijemput hadir.


Mengucapkan tahniah kepada AJK Panitia Bahasa Melayu kerana berjaya
mengadakan mesyuarat kali ketiga.
Menyarankan supaya mengedarkan minit mesyuarat yang lepas kepada ahli
setiap kali mesyuarat diadakan.
Di dalam minit mesyuarat mesti diletakkan tindakan pengerusi atau semua ahli
jawatan kuasa bagi setiap agenda.
Beliau juga berharap agar penulisan minit mesyuarat dapat dibuat dengan lebih
baik untuk masa yang akan datang.
Tindakan : Makluman

2.PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KEDUA 2012


Pencadang : Pn R.Thilagavathy
Penyokong : Pn K.Radha
Tindakan : Makluman

3.PERKARA BERBANGKIT
3.1 Minggu Bahasa Melayu dijangka akan dijalankan pada 6.8.2012 hingga 10.8.2012.
Antara aktiviti / pertandingan yang akan dijalankan :
Tahap 1

Nyanyian
Tulisan cantik
Susun ayat menjadi cerita
Drama
Pertandingan Bercerita

Tahap 2

Sajak
Syarahan
Teka silang kata
Menulis Karangan
Drama
Bercerita

Pra
Mewarna poster
Tindakan : Semua AJK
4.HAL-HAL LAIN
4.1
4.2

Persembahan perhimpunan pagi tidak berjalan seperti yang telah ditetapkan di


dalam jadual. Oleh itu Pn.K.Radha telah diamanahkan untuk mengingatkan
guru-guru tentang perkara tersebut.
Pn K.Radha memaklumkan bahawa pihak PPD @ JPN akan memantau kelas
UPSR untuk memberi sokongan atau semangat kepada murid2 yang akan
menduduki peperiksaan UPSR.

Tindakan : Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukukl 3.00 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

___________________
(En.Asbullah Md Nan )
Ketua Panitia Bahasa Melayu

___________________
(Pn.D.Selobom )
Guru Besar

You might also like