You are on page 1of 6

Ringkasan Artikel Inventori Vokal Dialek Melayu Kelantan: Satu Penilaian Semula Oleh Adi Yasran Abdul Aziz

Tujuan Kajian dan Kaedah Pengumpulan Data (1 halaman) Inventori fonem dialek Kelantan menimbulkan banyak perselisihan pendapat dalam kalangan para pengkaji hari ini. Oleh sebab itu, makalah ini diterbitkan sebagai satu medium untuk memberikan penjelasan terhadap inventori vokal dalam dialek Kelantan. Aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem, penggunaan simbol vokal International Phonetic Alphabet (IPD) mahupun vokal oral dan sengau. Beberapa orang pengkaji bahasa seperti Nik Safiah Karim (1965, 1966), Hashim (1971, 1974), Abdul Hamid (19982, 1994), Ajid (1985) dan Ahmad Ramizu (2009) telah menjalankan kajian menggunakan pendekatan ala- struktural dalam memahami permasalahan yang dihadapi di samping dianalisis dengan menggunakan pendekatan fonologi generatif. Selain itu, kajian- kajian tersebut telah memberikan sumbangan terutama dari segi data dialek Kelantan melalui pengalaman mereke sendiri sebagai penutur asli atau kerja- kerja lapangan. Tidak ketinggalan juga melalui analisis oleh Farid (1980) dengan menggunakan teori fonologi generatif linear. Hasilnya telah dianalisis oleh Teoh (1994) dengan menggunakan teori fonologi generatif non- linear. Diikuti analisis oleh Adi Yasran (2005) dengan menggunakan teori optimaliti. Inventori ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu inventori konsonan dan inventori vokal. Secara umumnya, data- data yang diperoleh adalah daripada sumber sekunder iaitu daripada perpustakaan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, jelas menunjukkan bahawa inventori vokal dialek Kelantan yang digunakan sebelum ini dalam kehidupan seharian masyarakat belum lagi memenuhi kepada penjelasan. Hal ini kerana kebanyakan pengkaji beranggapan bahawa dalam inventori fonem dialek Kelantan ini terdiri daripada lapan fonem vokal, iaitu /a, e, i, o,
,

, / atau lebih daripada itu. Malahan, mereka juga beranggapan

bahawa vokal sengau termasuk dalam salah satu yang berstatus fonem. Kesimpulannya, inventori fonem bagi sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai dan diuji menggunakan pendekatan fonologi di samping pertimbangan fonetik bagi menghasilkan inventori segmen bunyi yang lebih perpada.

Dapatan Kajian (4 Halaman) Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa Nik Safiah Karim (1966) telah menggunakan istilah fonem penggalan (segmental phoneme) yang telah didefinisikan oleh seorang pengkaji barat iaitu Pike (1954) sebagai a significant unit of qualitative sound untuk membezakan fonem penggalam dengan fonem suprasegmental. Berdasarkan definisi yang telah dikemukakan oleh Pike telah mempengaruhi pandangan penahu struktural dalam menentukan status fonem dialek Kelantan. Nik Safiah Karim (1965, 1966) dan Ajid (1985) akhirnya bersependapat bahawa vokal dalam inventori vokal dialek Kelantan ada lapan iaitu /a, e, , i, o, u, , /. Walau bagaimanapun, beberapa orang pengkaji bahasa seperti Hashim (1974), Abdul Hamid (1982) dan Ahmad Ramizu (2009) tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Nik Safiah Karim (1966). Mereka beranggapan bahawa fonem vokal ini ada 15 semuanya. Fonem- fonem vokal yang dimaksudkan ialah lapan vokal oral seperti di atas dan tujuh lagi ialah vokal nasal. Kesemua vokal oral di atas boleh menjadi vokal nasal yang mempunyai fungsi semantic sendiri kecuali vokal tengah / /. Dalam hal ini, vokal tengah / / boleh dinasalkan meskipun tidak mempunyai fungsi semantik. Menurut Collins (1986), seorang pengkaji fonem nasal dialek Melayu Kedah (Langkawi) bersetuju bahawa dalam dialek Melayu termasuk dialek Kelantan, terdapat juga vokal nasal yang bersifat fonemik ini. Hujah yang mengatakan bahawa fonem nasal bukan fonemik adalah disebabkan unsur ikonik seperti bunyi ajukan (onomatopoeia) tidak dapat diterima kerana bunyi ini turut dianggap sebagai bahasa dan terdapat dalam kamus bahasa Melayu seperti dentam, dentum dan deram dan lain- lain. Meskipun demikian, unsur ikonik ini hanya sebahagian daripada data vokal nasal, sedangkan kita ketahui ada beberapa lagi contoh- contoh yang menunjukkan bahawa terdapat vokal nasal yang tiada unsur ikonik seperti yang telah dikemukakan oleh Abdul Hamid (1982). Tidak ketinggalan, pendapat Hashim (1974) dan Abdul Hamid (1982) mengenai vokal nasal ini juga mendapat kritikan oleh ahli fonologi generatif (FG). Ahli FG berpendapat bahawa kehadiran bunyi sengau pada vokal tersebut kebanyakkannya diramal dan dijelaskan berdasarkan proses nasionalisasi vokal seperti vokal gantian. Proses ini bermaksud vokal yang mendahului segmen nasal dinasalkan sebagai ganti kepada pengguguran segmen nasal tersebut.

Teoh dan Yeoh (1988) berpendapat bahawa vokal nasal yang terdapat dalam dialek Kelantan itu tidak dapat dianggap sebagai fonem disebabkan kehadirannya adalah akibat daripada aplikasi satu atau lebih rumus fonologi dan dalam lingkungan fonetik yang boleh kita ramal dan terhad. Dalam FG, terdapat sekurang- kurangnya lima kriteria umum dalam menentukan bentuk representasi fonemik. Antaranya ialah kebolehramalan, kemunasabahan, kealmiahan atau kesejagatan, kesederhanaan atau keitlakan, keselarasan pola dan lingkungan penyebaran. Farid (1988), Teoh dan Yeoh (1988) memperjelaskan proses fonologi dari segi kebolehramalan, iaitu apabila ada konsonan nasal dalam suku kata (tautosilabik) maka ia akan menasalkan vokalnya melalui penyebaran fitur nasal, sama ada secara regresif (ke belakang) ataupun secara progresif (ke hadapan). Dari kesejagatan, kita ketahui bahawa tidak ada satu pun bahasa daripada 29 bahasa yang tersenarai dalam Handbook of International Phonetic Alphabet (HIPA) yang memasukkan vokal sengau dalam inventori vokal mereka kecuali bahasa Portugis. Walau bagaimanapun, berdasarkan beberapa contoh yang diberikan dalam bahasa Portugis menunjukkan kepada kita bahawasanya bunyi vokal nasal tersebut tidak berstatus fonem kerana ia masih boleh diramal melalui proses fonologi. Akhirnya, ia dikatakan ketiadaan vokal nasal dalam representasi fonemik/ dalaman sesuatu bahasa adalah bersifat ilmiah dan sejagat. Jika kita teliti dari aspek kesederhanaan pula, jumlah inventori fonem yang sedikit dikatakan bersifat lebih ekonomi. Oleh sebab itu kesemua vokal nasal tidak boleh dimasukkan dalam inventori vokal dialek Kelantan kerana ia akan bertentangan dengan konsep ekonomi atau kesederhanaan itu. Dari aspek keselarasan pola pula, terdapat satu keganjilan akan timbul dalam inventori fonem vokal jika vokal tengah sengau // tidak dimasukkan. Penyebaran vokal sengau yang terhad hanya boleh hadir dalam lingkungan suku kata akhir sahaja, sedangkan vokal tengah ini tidak boleh hadir dalam lingkungan tersebut. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa vokal tengah sengau tidak mempunyai fungsi semantik. Oleh itu, fungsi semantik pada data tersebut antara lainnya menunjukkan kepada kita perbezaan akan makna yang tersurat dan tersirat selain menyatakan emosi juga perlu diambil kira. Inventori vokal lazimnya disusun berdasarkan kedudukan lidah di dalam rongga oral, iaitu tinggi, tengah (di antara tinggi dan rendah), dan rendah yang disusun secara menengak, manakala depan, tengah (di antara depan dan belakang), dan belakang, disusun melintang.

Walau bagaimanapun, susunannya berbeza dengan susunan inventori vokal yang berdasarkan ciri fonetik seperti yang terdapat dalam The Internantional Phonetic Alphabet (IPA) yang banyak digunakan oleh ahli tatabahasa struktural. Susunan secara melintang mengikut IPA adalah berdasarkan ruang antara articulator lidah dengan titik artikulasi, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas yang tidak digunakan sebagai fitur distingtif dalam analisis fonologi. Dalam hal ini, Chomsky dan Halle (1968) berpendapat fitur ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu fitur tinggi, rendah, belakang yang dianggap sebagai fitur asas dalam teori fonologi generatif. Dapatan kajian juga menunjukkan kepada kita bahawa fitur bundar dinilai berdasarkan kedudukan dua bibir. Sekiranya dua bibir dibundarkan maka fiturnya [+bundar], tetapi jika dua bibir duhamparkan maka fiturnya ialah [-bundar]. Bagi fitur [+ATR ] pula, apabila pangkal lidah dikedepankan maka fiturnya adalah [-ATR]. Kedua- dua fitur ini penting untuk membezakan vokal tengah- tinggi /e/ dan /o/ yang mempunyai fitur [+ATR] dengan vokal tengah- rendah [] dan [] yang mempunyai fitur [-ATR] (Roca & Johnson, 1999). Selain itu, fonem vokal tengah // dan /a/ secara fonologinya boleh menjadi [+ATR] atau [-ATR]. Ia bergantung kepada perilaku fonologi dalam bahasa tersebut (Spencer 1996; Howe 2003). Jika kita fahami, perilaku fonologi dalam DK, // berfitur [+ATR], manakala /a/ berfitur [-ATR]. Pendapat ini menyokong pendapat dan data yang dikemukakan oleh Teoh (1994) dan juga selaras dengan kebanyakan bahasa lain didunia. Dalam matriks fitur, tidak terdapat fitur tengah dan depan disebabkan ia tidak diperlukan dalam analisis fonologi secara khsusus. Malaahan, ia boleh digambarkan dengan memberikan nilai [+] dan negatif [-] sahaja pada fitur- fitur asas yang disebutkan. Sebagai contoh, untuk menjelakan fitur depan, maka fitur [- belakang] turut digunakan di samping fitur- fitur yang lain. Sekiranya kita bandingkan kesemua fonem di atas, kita akan dapati tidak ada satu fonem pun yang mempunyai fitur yang sama. Oleh sebab itu, carta inventori fonem disusun dalam tiga baris melintang sahaja, bukan empat baris seperti dalam IPA dan kebanyakan ahli tatabahasa struktural. Apabila fonetik ini disusun dalam empat baris, maka dua barisan di tengah akan mempunyai fitur [- tinggi] dan [- rendah] yang sama. Bukan itu sahaja, data DK juga menunjukkan bahawa kesemua fonem vokal ini boleh menduduki posisi nucleus suku kata pada awal kata, akhir kata (iaitu suku kata akhir terbuka), suku kata awal (selepas onset) dan juga suku kata akhir tertutup kecuali fonem vokal tengah // yang hanya boleh menduduki nucleus pada awal kata dan dalam suku kata

awal yang didahului oleh onset. Terdapat tiga segmen vokal DK juga yang tidak berstatus fonem, iaitu [, dan ]. Dalam hal ini, segmen vokal // dan // dibincangkan bersama memandangkan kedua- duanya mempunyai hak persamaan dari apek fitur, iaitu [- tinggi], [- rendah], [- ATR], dan [kendur], manakala segmen vokal [] pula adalah berfitur [+ rendah], [+belakang], dan [tegang]. Hari ini kita melihat, kebanyakan ahli tatabahasa struktural DK memasukkan segmen vokal [, ] dalam inventori fonem vokal DK. Maka benarlah pendapat dan kajian Teoh (1994) yang menganggap kedua- dua cokal tersebut merupakan vokal terbitan dan bukan berstatus fonem dalam DK. Beberapa generalisasi fonologi telah dihasilkan. Pertama, fonem vokal dialek- dialek Melayu biasanya sama dengan fonem vokal bahaa induknya, iaitu bahasa Melayu kerana wujudnya saling memahami antara penutur dialek- dialek tersebut. Malahan, bentuk fonetik yang dihasilkan juga adalah direalisasikan daripada bentuk fonemik yang sama. Hasil kajian diakronik Asmah (1995, 2008), beranggapan bahawa fonem bagi bahasa dialek- dialek Melayu adalah berasal daripada BM induk yang sama yang hanya mempunyai enam fonam sahaja. Kedua, kehadiran segmen vokal [, ] dalam kata adalah mudah untuk diramal. Terdapat tiga kemungkinan kehadiran [] dan [], iaitu [] yang direalisasikan daripada /e/. Manakala segmen vokal [] direalisasikan daripada /o/. Pendapat Asmah (1995, 2008) bertentangan dengan Teoh (1994) yang mengatakan bahawa vokal /i,u/ pada suku kata akhir tertutup direalisasikan sebagai vokal kendur bukannya vokal tegang /e, o/. Beliau juga menganggap bahawa perealisasian /i, u/ kepada /e, o/ pada suku kata akhir tertutup agak jarang berlaku dan boleh dianggap sebagai kekecualian. Bakovic (2003) mengatakan harmoni vokal ialah satu perlakuan fonologi yang menunjukkan vokal- vokal berdekatan dalam satu medan berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur- fitur distingtif tertentu. Selepas dianalisis data- data DK, didapati fitur yang boleh dikongsi bersama ialah [+ATR]. Meskipun demikian, terdapat sesetengah ahli fonologi menamakan fenomena pengenduran vokal seperti ini sebagai harmoni pengenduran. Ia turut berlaku dalam bahasa Perancis, (Walker, 1984: 61 dlm. Howe, 2003: 179: Fery, 2001), dan Kimatuumbi (Clements, 1991 dlm. Halle, 1995: 30) dan beberapa dialek di Jerman (Hiller, 1995 dlm. Fery, 2001). Dalam HIPA (1999), istilah bagi simbol fonetik [] ialah vokal luas belakang tak bundar.

Kesimpulan Hasil kajian yang telah dijalankan, kita dapati terdapat sembilan segmen bunyi vokal dalam dialek Kelantan. Segmen bunyi vokal dalam dialek Kelantan terdiri daripada 6 fonem dan 3 vokal terbitan. Enam fonem yang dimaksudkan ialah /i, e, , a, o, u/, manakala vokal terbitan pula terdiri daripada [, , ]. Namun, demi menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas maka makalah ini akan membuktikan kepada semua bahawa dialek Kelantan hanya terdiri daripada enam fonem vokal sahaja, iaitu /a, e, i, o, u, /. Justeru, ini bermakna fonem dialek Kelantan adalah sama dengan fonem bahasa Melayu dan membayangkan akan dialek lain yang mempunyai inventori fonem yang sama juga. Kajian ini amat penting kepada pengkaji dialek Kelantan yang akan datang kerana datadata yang sedia ada sebelum ini banyak mengandungi kesalahan transkripsi fonetik sehingga mengelirukan para pembaca. Sekiranya kesalahan tersebut tidak diperbetulkan dari sekarang, para pembaca dan pengkaji bahasa akan melakukan kesalahan yang sama dan tidak dapat mengenal pasti kesalahan yang sedia ada. Hal ini berlaku kerana sebahagian daripada data- data tersebut diambil berdasarkan pertimbangan fonetik semata- mata. Malahan, fonetik sebelum ini tidak menunjukkan pola sebenar fonologi dialek Kelantan. Bukan itu sahaja, terdapat juga kata- kata pinjaman seperti kata pinjaman daripada bahasa Arab, bahasa Sanskrit dan bahasa Inggeris, ideolek dan sebutan yang dipengaruhi oleh Bahasa Melayu Induk yang turut dimasukkan ke dalam data. Faktor utama yang menjdi menyumbang kepada masalah ini ialah penggunaan inventori fonem yang kurang jelas. Hal ini kerana kurangnya pendedahan dan sumber rujukan terhadap aspek ini. Oleh sebab itu, makalah ini diterbitkan untuk menilai semula dan menyemak selia inventori fonem dialek Kelantan khsusnya aspek vokal berdasarkan pertimbangan yang wajar terhadap fonetik dan fonologi. Kajian ini juga penting untuk menggambarkan pola fonologi dialek Kelantan yang bersifat empirikal dan sekali gus dapat mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat .

You might also like