You are on page 1of 54

0

SOALAN-SOALAN LAZIM
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH






LEMBAGA PEPERIKSAAN
2014

1

KANDUNGAN
KANDUNGAN HALAMAN
1.0 DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2 - 7
2.0 PENTAKSIRAN SEKOLAH 8 - 20
3.0 PENTAKSIRAN PUSAT 21 - 35
4.0 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI ,SUKAN DAN
KOKURIKULUM
36 - 37
5.0 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 38 - 41
6.0 PENJAMINAN KUALITI 42 - 44
7.0 PEREKODAN SKOR 45 - 46
8.0 PELAPORAN 47 - 48

2


1 DASAR KPM

1.1 Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)?

PBS direkabentuk selaras dengan dasar pentaksiran pendidikan yang bertujuan
mendapatkan maklumat tentang prestasi individu bagi memperkembangkan sepenuhnya
potensi diri sebagai modal insan. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani)
dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan
kepada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin
pencapaian seseorang murid supaya tidak hanya dinilai berasaskan peperiksaan semata-
mata.

1.2 Apakah komponen PBS?
PBS melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian akademik
dan bukan akademik yang terangkum menerusi 4 komponen pentaksiran seperti berikut:
1. Pentaksiran Sekolah (PS);
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK);
3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi); dan
4. Pentaksiran Pusat (PP).

Melalui empat komponen PBS pengumpulan maklumat tentang kebolehan murid adalah lebih
komprehensif melalui profil, pencapaian (achievement), perkembangan (development) dan
penglibatan (involvement) dan mampu memberi gambaran lebih tepat tentang potensi dan
prestasi murid.

3


1.3 Apakah punca kuasa pelaksanaan PBS?
Pelaksanaan PBS di peringkat sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah
rendah mulai tahun 2012 berdasarkan:
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan
Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan
adalah:
i. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang
penilaian berasaskan sekolah;
ii. Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-
peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan
iii. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan
peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan
arahan tentang peperiksaan.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember, 2010 telah bersetuju supaya PBS
dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan.
Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun
2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.


4


1.4 Apakah dasar PBS di Malaysia ini mengambil model sepenuhnya dari negara maju?
PBS dibangunkan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996,
yang menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor untuk membangunkan modal insan yang
holistik. Kurikulum yang holistik perlu dilengkapi dengan sistem pentaksiran yang holistik.
Dalam membangunkan PBS, LP merujuk kepada amalan negara yang telah berjaya
melaksanakan PBS seperti Australia, Kanada dan New Zealand.

1.5 Adakah kajian rintis dibuat sebelum PBS dilaksanakan seluruh negara?
Pada tahun 2008, LP telah menjalankan kajian rintis kepada persampelan 500 buah
sekolah rendah yang merangkumi SK, SJKC dan SJKT, bandar dan luar bandar, kluster,
Sekolah Kurang Murid di pedalaman dan SK Pendidikan Khas. Tujuan kajian rintis adalah
untuk mendapat maklumat tentang keperluan, kesesuaian dan kebolehlaksanaan daripada
segi sistem pentaksiran, personel, kemahiran guru dalam bidang pentaksiran serta
prasarana fizikal dan ICT.
Dapatan adalah positif, sebagai contoh dari aspek keperluan transformasi pentaksiran, jika
sebelum kajian rintis 68% bersetuju, tetapi setelah kajian dilaksanakan peratusan
meningkat kepada 93.1%.

1.6 Adakah PBS sesuatu yang baharu?

Pentaksiran sekolah telah dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran .
Murid ditaksir melalui proses dan produk secara formatif dan sumatif. Pentaksiran sebagai
pembelajaran (assessment as learning) dan pentaksiran untuk pembelajaran (assessment
for learning) dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan murid.
Maklumat yang diperoleh membantu guru untuk menjalankan pemulihan, pengukuhan atau
pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran tentang pembelajaran
(assessment of learning) dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian
murid dalam pembelajaran.
5

Pentaksiran Pusat telah dilaksanakan oleh guru di sekolah semasa menjalankan Penilaian
Kerja Amali (PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan Berasaskan
Sekolah (PLBS) dan Perkara Asas Fardu Ain (PAFA)

1.7 Bagaimanakah pengoperasian PBS dilaksanakan di sekolah?
Pengoperasian PBS hendaklah dilaksanakan berdasarkan dokumen Panduan Pengurusan
PBS, Panduan Penjaminan Kualiti, Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid, Surat
Pekeliling Lembaga Peperiksaan dan surat siaran Lembaga Peperiksaan.

1.8 Adakah murid akan dinaikkan kelas secara automatik dengan pelaksanaan PBS?
PBS tidak mengubah dasar sedia ada tentang kenaikan murid ke kelas / tingkatan yang lebih
tinggi. Murid akan dinaikkan kelas secara automatik. Walau bagaimanapun melalui
pelaksanaan PBS, guru harus membantu murid menguasai aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang dihasratkan dalam kurikulum.

1.9 Adakah pelaporan PBS di peringkat Tingkatan 3 (PT3) digunakan untuk kemasukan
ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Teknik dan Kolej Vokasional dan
penentuan aliran di Tingkatan 4?
PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid
ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah
Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah
tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan
murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.
Penentuan aliran murid di Tingkatan 4 dibuat oleh sekolah berdasarkan pelaporan
Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Tingkatan 3 dan Pentaksiran Psikometrik.

6

1.10 Bagaimana dengan kemasukan murid ke pusat pengajian tinggi?
Kemasukan murid ke pusat pengajian tinggi adalah berdasarkan keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kedua-duanya
sekali.

1.11 Bagaimana pelaporan PBS di peringkat menengah rendah digunakan untuk
permohonan pekerjaan?
Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pelaporan Pentaksiran Sekolah,
Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum. Penggunaannya bergantung kepada syarat dan keperluan yang
ditentukan oleh majikan.

1.12 Apakah maksud penambahbaikan PMR mulai 2014?
Penambahbaikan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula pada 1 April 2014
di semua sekolah kerajaan,sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta yang
menggunakan kurikulum kebangsaan. Penambahbaikan yang dilaksanakan adalah dalam
perkara berikut:
1. Dokumen Standard Prestasi dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid. Pernyataan evidens disatukan dalam pernyataan deskriptor.
Bilangan deskriptor juga dikurangkan.
2. Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase Rekod Transit ditiadakan. Perekodan
perkembangan pembelajaran murid dilakukan mengikut kesesuaian guru.
3. Pengisian data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online ditiadakan bagi
memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline atau secara manual
menggunakan cetakan daripada sistem / mengisi dalam buku rekod pengajaran harian.
4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3). PT3 merupakan pentaksiran sumatif di peringkat pendidikan
7

menengah rendah bagi melihat pencapaian akademik murid. Melalui PT3, pihak sekolah
akan mentadbir pentaksiran, mentaksir dan memberi skor terhadap respon (jawapan)
murid berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara (standardised) yang
disediakan oleh LP. LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan
moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan. Moderasi dan verifikasi adalah
proses untuk memastikan kesahan dan ketekalan (konsistensi) pemberian skor antara
pemeriksa.

1.13 Adakah apabila peperiksaan PMR telah tiada lagi, maka murid tidak memiliki
sebarang sijil kelulusan akademik sejak darjah satu hingga tingkatan tiga?
Peperiksaan UPSR dan PMR yang dilaksanakan adalah untuk melihat pencapaian murid
dalam bidang akademik pada peringkat umur tertentu iaitu pada umur 12 tahun dan 15
tahun sebelum mereka meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Kedua-dua
peperiksaan tersebut bukanlah di peringkat persijilan seperti SPM, STAM atau STPM.
Sehubungan itu, KPM hanya mengeluarkan pernyataan keputusan dan bukannya sijil
kelulusan akademik.
PT3 mulai 2014 dilaksanakan untuk melihat penguasaan dan pencapaian murid dalam
bidang akademik dan pelaporan dalam bentuk gred A,B,C,D,E dan F akan dikeluarkan
untuk PT3.

1.14 Bagaimanakah KPM memastikan PBS yang telah ditambahbaik ini dapat
dilaksanakan dengan berkesan?
KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya
kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah,
pentadbir sekolah dan guru-guru.
Latihan secara menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS yang telah ditambah baik ini
adalah penting dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran berkenaan
dengan komprehensif. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru
lebih memahami konsep pentaksiran dan mengamalkan cara yang betul dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan
8

bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.
2 PENTAKSIRAN SEKOLAH

2.1 Apakah PS?

PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru. Guru menjalankan
pentaksiran secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
PS yang dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif mentaksir
proses dan produk. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Manakala pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.
Pentaksiran Sekolah memberikan penekanan kepada pentaksiran sebagai pembelajaran
(assessment as learning), pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).
Pentaksiran Sekolah dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai instrumen untuk melihat
perkembangan (growth) pembelajaran murid serta pencapaian prestasi seseorang murid.
Kuiz, lakonan, lisan, latihan bertulis boleh digunakan untuk melihat perkembangan
pembelajaran murid . Ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir
tahun boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid dalam
pembelajaran.


9


2.2 Apakah Pentaksiran Rujukan Standard?

Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam
pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard bagi setiap mata pelajaran.
Pernyataan standard ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang
dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Dalam pentaksiran ini, Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid digunakan untuk
melihat kemajuan dan perkembangan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi
seseorang murid.

2.3 Apakah Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid?
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid mengandungi panduan untuk mentaksir dan
melapor pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dipamerkan oleh murid mengikut
tahap-tahap seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Dokumen ini merangkumi
band, pernyataan standard, deskriptor dan evidens.
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid adalah lebih fleksibel. Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid membantu guru:

- mengenal pasti tahap penguasaan murid murid

- merancang pengajaran-pembelajaran dan pentaksiran yang sesuai untuk murid
(cth: pengayaan, pemulihan dan pengukuhan)

- memberi fokus terhadap PdP dan pentaksiran

Pernyataan evidens ditiadakan:

- Guru tidak perlu menyediakan instrumen berdasarkan setiap pernyataan evidens

- Guru tidak terikat dengan pernyataan evidens


10


2.4 Bagaimanakah contoh Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid?
Contoh Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid mata pelajaran Geografi Tingkatan 1

TEMA BAND DESKRIPTOR











Kemahiran Geografi
Kedudukan
Arah
Jarak dan skala
Simbol peta
Peta topo
Graf bar mudah



1

Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut
dengan betul:
Kedudukan
Arah
Jarak dan skala



2

Menjelaskan kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut
dengan jelas.
Kedudukan
Arah
Jarak dan skala
Simbol peta



3

Mengaplikasi kemahiran geografi melibatkan perkara berikut
dengan betul dan tepat.
Mengorientasi kompas
Mengukur jarak menggunakan skala
Membina graf


4

Mengaplikasikan dan menghubungkait kemahiran geografi dalam
organisasi ruang atau lapangan mengikut prosedur yang betul dan
tepat.


5

Mentafsir dan menjelaskan maklumat dalam peta lakar dan bahan
grafik dengan tepat relevan/sesuai dan terperinci



6

Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat /
cadangan yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran
menggunakan kemahiran geogarafi yang relevan dan jelas



2.5 Apakah yang dimaksudkan dengan band dan deskriptor?
Band adalah menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi
tujuan pelaporan tahap penguasaan murid. Band 6 adalah band tertinggi manakala Band 1
adalah band terendah.
Deskriptor adalah pernyataan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan
diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran.
11

Deskriptor mengandungi tingkah laku yang perlu dipamerkan dalam pentaksiran, cakupan
kriteria atau aspek yang ditaksir dan dimensi kualiti tingkah laku (Qualifier) yang perlu
dipamerkan oleh murid.

26 Apakah Standard Prestasi?
Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap
penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari.
Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark)
yang terdapat dalam standard prestasi.

2.7 Apakah perkaitan antara Standard Kurikulum dengan Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid?
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema,
tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.
Guru mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan
penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid dibina sebagai panduan untuk guru
menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan
Standard.

2.8 Apakah fungsi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid?
Guru menggunakannya sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran
dilaksanakan secara adil dan berfokus.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah
mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah
12

boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

2.9 Adakah instrumen PS perlu diselaraskan antara murid, kelas dan sekolah?
Instrumen PS tidak perlu diselaraskan kerana guru perlu mempelbagaikan instrumen
mengikut kesesuaian murid.

2.10 Adakah seseorang murid itu mesti menguasai setiap deskriptor untuk menentukan
band yang dicapainya?
Murid perlu menguasai setiap deskriptor untuk menentukan band yang dicapainya.
Penguasaan setiap deskriptor membuktikan murid telah menguasai semua standard
kandungan / hasil pembelajaran bagi band berkenaan.

2.11 Adakah murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum
menguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu?

Boleh, murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum menguasai
setiap deskriptor dalam band terdahulu kerana guru mengajar berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum (DSK) / Sukatan Pelajaran.
Walau bagaimanapun, murid perlu menunjukkan evidens lisan atau bertulis atau bahan
yang membuktikan bahawa murid telah menguasai deskriptor dalam band yang terdahulu.
Evidens boleh dikemukakan dalam bentuk bahan atau murid itu sendiri.

2.12 Adakah sekolah perlu melaksanakan PEKA, PLBS / ULBS dan kerja kursus
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan 1?

PEKA dan PLBS / ULBS perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PS. Kerja
13

kursus bagi KHB tidak perlu dilaksanakan di Tingkatan 1 mulai tahun 2012.
2.13 Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan?

Ujian Bulanan, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun boleh
dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid. Pelaporan disediakan
dalam bentuk markah atau gred.

2.14 Bagaimanakah contoh Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid?

Contoh Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid bagi Geografi Tingkatan 1

PELAPORAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
PENTAKSIRAN SEKOLAH
GEOGRAFI TINGKATAN 1
NAMA MURID: ALI BIN AHMAD




TEMA BAND 1 BAND 2 BAND 3 BAND 4 BAND 5 BAND 6
1 KEMAHIRAN GEOGRAFI
2 BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA
3 CUACA DAN IKLIM
4 TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN
LIAR


2.15 Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir?
Boleh, kerana GSTT telah dilantik untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah. Pentaksiran hendaklah dijalankan oleh guru yang mengajar.
14


2.16 Bagaimanakah LP dapat menjamin pentaksiran sekolah dilaksanakan
mengikut prosedur?
Lembaga Peperiksaan telah menyediakan dokumen Panduan Pengurusan Pentaksiran
Bersasaskan Sekolah yang merangkumi enam bab iaitu:
Bab 1 Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Bab 2 Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Bab 3 Pentaksiran Pusat
Bab 4 Pentaksiran Sekolah
Bab 5 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Bab 6 Pentaksiran Psikometrik
Dokumen ini digunakan sebagai panduan kepada pentadbir sekolah dan guru-guru dalam
melaksanakan PBS. Dokumen ini juga dapat diakses melalui laman web LP.
LP juga telah menyediakan dokumen Panduan Penjaminan Kualiti yang merangkumi lima
bab iaitu:
Bab 1 Pengoperasian Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Bab 2 Pementoran
Bab 3 Penyelarasan
Bab 4 Pemantauan
Bab 5 Pengesanan




15

2.17 Apakah langkah-langkah yang diambil oleh KPM untuk menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan pelaksanaan PS di sekolah? Bagaimanakah untuk mengelak
berlakunya ketidakadilan dalam penskoran oleh guru di sekolah?

KPM telah mewujudkan satu mekanisme penjaminan kualiti untuk memastikan bahawa
pelaksanaan PS adalah selaras dengan matlamat yang ditetapkan. Pentadbir sekolah
hendaklah menjalankan penjaminan kualiti yang merangkumi aktiviti pementoran,
pemantauan, penyelarasan, dan pengesanan adalah untuk memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan pentaksiran.


2.18 Bagaimanakah KPM memastikan guru yang mentaksir murid dapat menyediakan
instrumen pentaksiran sekolah.
Guru-guru yang akan melaksanakan PS telah diberi penataran dan dilatih cara
menghasilkan instrumen pentaksiran yang menepati deskriptor dalam Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid.
KPM juga akan melantik personel pentaksiran yang terdiri daripada Guru Pakar Mata
Pelajaran (Subject Matter Expert) untuk membimbing guru-guru dalam penghasilan
instrumen pentaksiran.

2.19 Bagaimanakah KPM memastikan integriti guru dalam menjalankan pentaksiran
sekolah.
Guru seharusnya memahami bahawa tujuan PS dilaksanakan adalah untuk melihat
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berlaku.
PS dilaksanakan bagi menilai pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai yang telah
dikuasai oleh murid semasa PdP. Dapatan dari PS seharusnya digunakan oleh guru untuk
pemulihan dan pengayaan murid serta penambahbaikan dalam teknik penjajaran dan
pembelajaran. Ini selari dengan konsep Pentaksiran Untuk Pembelajaran atau Assessment
For Learning.
Oleh itu integriti guru dalam pentaksiran penguasaan murid dapat diukur melalui kebolehan
16

murid sendiri. Kebolehan yang dipamerkan oleh murid seharusnya mempunyai korelasi
dengan prestasi yang diberikan oleh guru.

2.20 Siapakah personel Penjaminan Kualiti di sekolah?
Di peringkat sekolah, Penjaminan Kualiti iaitu Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan
Pengesanan dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan
Mata Pelajaran / Ketua Panitia, Guru Cemerlang, Jurulatih Utama dan guru yang dilantik
oleh pentadbir.

2.21 Bagaimanakah ibu bapa boleh mendapat maklumat tentang prestasi pentaksiran
sekolah anak mereka?
Ibu bapa boleh mendapat maklumat tentang prestasi pentaksiran sekolah anak mereka
melalui pelaporan formatif dan pelaporan sumatif dari sekolah contohnya semasa hari
perjumpaan ibu bapa dan guru.

2.23 Apakah kelebihan pelaporan formatif dalam bentuk band dan deskriptif berbanding
dengan pemberian markah oleh guru dalam peperiksaan dan ujian?
Pelaporan formatif dalam bentuk band dan deskriptif adalah untuk melihat perkembangan
pembelajaran murid bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari pada tahun semasa.
Pelaporan diperolehi daripada aktiviti pentaksiran sewakti PdP.
Pelaporan sumatif dalam PS adalah untuk melihat pencapaian pembelajaran murid bagi
setiap mata pelajaran yang dipelajari pada tahun semasa. Pelaporan diperolehi daripada
ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.



17

2.24 Adakah murid-murid diberitahu bahawa penglibatan mereka di dalam atau di luar
bilik darjah akan dinilai oleh guru?
Murid diberitahu bahawa penglibatan mereka di dalam atau di luar bilik darjah akan dinilai
oleh guru. Makluman ini disampaikan melalui:
Taklimat semasa minggu orientasi
Poster dan banner PBS
Perhimpunan mingguan sekolah
Semasa pengajaran dan pembelajaran
Laman web sekolah

2.25 Bilakah guru boleh mentaksir murid?

Guru boleh mentaksir semasa proses PdP dan di luar waktu PdP.
PBS bersifat fleksibel. Guru perlu kreatif dalam menilai dan mentaksir murid dengan
menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran. Sebagai contoh, guru boleh mentaksir
penguasaan murid melalui tugasan yang diberikan sebagai kerja rumah.

2.26 Bagaimanakah guru hendak mentaksir murid yang pelbagai tahap pencapaiannya
dalam satu kelas?
Guru boleh mempelbagaikan aktiviti, kaedah pentaksiran dan menggunakan instrumen
yang berbeza mengikut tahap pencapaian murid.
Guru boleh menjalankan kelas pemulihan bagi murid-murid yang belum mencapai standard
dan membuat pentaksiran semula sehingga murid menguasai standard yang telah
ditetapkan dalam Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.



18

2.27 Bolehkah pentaksiran sekolah membantu dalam penguasaan 3M?
Sistem pentaksiran PBS yang lebih bersistematik dan holistik ini boleh membantu murid
untuk menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira kerana PS berpusatkan murid
dan melihat kepada perkembangan murid.

2.28 Bagaimana pentaksiran untuk murid di Sekolah Dalam Hospital dijalankan?
PBS dijalankan sewaktu PdP. Guru yang bertugas di Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan
menjalankan pentaksiran dan menyerahkan pelaporan murid berkenaan kepada sekolah
asal mereka untuk direkodkan.

2.29 Bolehkan buku kerja, buku aktiviti bahan yang diakses dari internet digunakan untuk
pentaksiran sekolah?
Buku kerja, buku aktiviti dan bahan yang diakses dari internet boleh digunakan untuk PS
selagi ia bertepatan serta bersesuaian dengan deskriptor dalam Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid.
Pentadbir sekolah hendaklah menggunakan kebijaksanaan dalam menentukan bahan-
bahan yang digunakan.

2.30 Adakah unsur IQ (Intelligence Quotient) dan EQ (Emotional Quotient) diterapkan
dalam pentaksiran sekolah?
PS bersifat holistik dan menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang memberikan
penekanan kepada penerapan unsur IQ dan EQ dalam usaha untuk membentuk
perwatakan murid yang lebih beridentiti, berpengetahuan, beretika, berkemahiran
dwibahasa dan berkemahiran memimpin seperti yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 2025.

19

2.31 Apakah evidens?
Evidens adalah hasil kerja murid merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti
foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan
sesuatu tugasan.
Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan.
Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan
boleh buat secara lisan atau perlakuan.

2.32 Apakah evidens bagi kemahiran Mendengar dan Bertutur?
Murid itu sendiri adalah evidens bagi kemahiran mendengar dan bertutur. Murid boleh
berinteraksi dan bertindak balas dengan betul dalam situasi yang berbeza.

2.33 Bagaimanakah evidens murid diuruskan?

Evidens murid dalam bentuk buku latihan, buku kerja, atau lembaran kerja boleh disimpan
oleh murid sendiri.

2.34 Bilakah evidens Pentaksiran Sekolah murid boleh diserahkan semula kepada murid ?

Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod.

2.35 Adakah murid dibenarkan memohon pengecualian dari melaksanakan PS?
Tidak timbul isu pengecualian kerana pentaksiran dijalankan mengikut tahap pencapaian
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

20

2.36 Adakah Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Fail Showcase perlu disediakan?
Guru tidak perlu menyediakan FPM untuk menyimpan evidens terkini murid. Evidens murid
disimpan oleh murid sendiri. Guru juga tidak perlu menyediakan Fail Showcase untuk
menyimpan evidens terbaik murid. Evidens terbaik boleh dipamerkan sebagai rujukan,
panduan dan penanda aras.

2.37 Adakah Rekod Transit perlu disediakan?
Guru tidak perlu menyediakan rekod transit secara berasingan. Penguasaan murid boleh
direkodkan pada cetakan daripada sistem atau mengisi dalam buku rekod pengajaran harian.


2.38 Bolehkah pentaksiran yang dibuat oleh guru dipercayai?

Boleh kerana guru merupakan orang yang paling layak untuk mentaksir murid
masing-masing kerana mereka:
merupakan pakar mata pelajaran (subject matter expert)
telah menerima latihan dalam pentaksiran
boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid
lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan
murid panduan perkembangan pembelajaran murid

Integriti guru dikawal melalui proses penjaminan kualiti yang merangkumi pementoran,
penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.

Pentadbir sekolah seperti Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan Mata
21

Pelajaran dan Ketua Panitia bertanggungjawab untuk menjalankan penjaminan kualiti bagi
memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut panduan dan prosedur yang ditetapkan.

3 PENTAKSIRAN PUSAT

3.1 Apakah Pentaksiran Pusat ?
Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana
pihak sekolah mentadbir pentaksiran, mentaksir dan memberi skor terhadap respons
(jawapan) murid berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara (standardised)
yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah pentaksiran pusat di peringkat menengah rendah.
PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara bagi menilai pencapaian akademik murid.
dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah
rendah.

3.2 Apakah maksud penambahbaikan PMR mulai 2014?
Penambahbaikan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula pada 1 April 2014
di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan termasuk sekolah swasta yang
menggunakan kurikulum kebangsaan.
Menerusi PBS peperiksaan Penilaian menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 digantikan
dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk
murid-murid Tingkatan 3 mulai tahun 2014.
PT3 merupakan pentaksiran sumatif di peringkat pendidikan menengah rendah bagi melihat
pencapaian akademik murid. Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir pentaksiran,
mentaksir dan memberi skor terhadap respon (jawapan) murid berdasarkan instrumen dan
panduan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh LP.
22

LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi
sebelum pelaporan dikeluarkan. Moderasi dan verifikasi adalah proses untuk memastikan
kesahan dan ketekalan (konsistensi) pemberian skor antara pemeriksa.

3.3 Apakah mata pelajaran yang dijalankan PT3?














PT3 dilaksanakan berdasarkan mata pelajaran yang terdapat dalam kurikulum kebangsaan
yang ditawarkan di sekolah.
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil
5. Bahasa Arab
6. Bahasa Iban
7. Bahasa Kadazandusun
8. Science
9. Mathematics
10. Pendidikan Islam
11. Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal
12. Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga
13. Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian
14. Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan
15. Sejarah
16. Geografi
17. Pendidikan Kesenian (Sekolah Seni)


23


3.4 Apakah prinsip PT3?
PT3 bagi peringkat menengah rendah adalah berdasarkan kepada prinsip yang dibangunkan
oleh LP.
Lembaga Peperiksaan menyediakan:
1. Item
2. Jadual Spesifikasi Ujian
3. Format Instrumen
4. Jadual Penggredan
5. Panduan Pemasangan Instrumen
6. Panduan Penskoran Item
7. Peraturan Pentadbiran
8. Format Pelaporan PT3
Sekolah melaksanakan perkara berikut:
1. Menyediakan Instrumen
Memasang instrumen berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian, Format Instrumen
dan Panduan Pemasangan Instrumen
Membuat verifikasi instrumen
2. Mentadbir instrumen
Menyediakan jadual
Mentadbir PT3 dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP dengan mematuhi
peraturan pentadbiran PT3
3. Memeriksa Skrip Jawapan
Memeriksa skrip jawapan murid berpandukan Panduan Penskoran Item
Menjalankan moderasi
Memberi skor dan membuat verifikasi skor
Menetapkan gred berpandukan Jadual Penggredan
Menghantar gred ke Lembaga Peperiksaan
24

4. Mengeluarkan Pelaporan
Mencetak pelaporan berdasarkan format Pelaporan PT3


3.5 Apakah jenis instrumen bagi PT3?
Instrumen pentaksiran yang digunakan dalam PT3 bagi setiap mata pelajaran mencakupi
sukatan pelajaran Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.
BIL MATA PELAJARAN
JENIS INSTRUMEN
PENTAKSIRAN PUSAT
1.
Bahasa Melayu
Ujian Bertulis dan
Ujian Lisan
(Bertutur dan Mendengar)
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina

Ujian Bertulis
4. Bahasa Tamil
5. Bahasa Arab
6. Bahasa Iban
7. Bahasa Kadazandusun
8. Science
9. Mathematics
10. Pendidikan Islam
11. Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal
12. Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah
Tangga
13. Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian
14. Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan
Keusahawanan
15. Sejarah
Pelbagai Instrumen
16. Geografi
17. Pendidikan Kesenian (Sekolah Seni)

25




3.6 Apakah tugasan bertulis?
Tugasan yang memerlukan murid memberikan respons secara bertulis dalam bentuk
objektif atau subjektif.

3.7 Apakah ujian lisan mendengar dan ujian lisan bertutur?
Ujian lisan mendengar adalah tugasan yang memerlukan murid mendengar rakaman audio
dan respons secara bertulis.
Ujian lisan bertutur adalah tugasan yang memerlukan murid memberi respons secara lisan.

3.8 Mengapakah mata pelajaran Sejarah tidak ditaksir menggunakan instrumen ujian
bertulis sedangkan mata pelajaran tersebut telah menjadi wajib lulus dalam SPM?
Objektif mata pelajaran Sejarah berfokus kepada domain pengetahuan, afektif, nilai, dan
dan kemahiran. Mata pelajaran Sejarah menekankan kepada penghayatan terhadap nilai
sejarah dan menanam semangat patriotisme.
Di peringkat menengah rendah, Sejarah lebih sesuai diukur melalui pelbagai instrumen
yang memerlukan murid membuat kajian, rujukan dan mempersembahkan jawapan dengan
kreatif dan kritis. Kemahiran yang diperolehi melalui instrumen pelbagai seperti kemahiran
learn how to learn iaitu mencari maklumat daripada sumber yang sahih akan digunakan
semasa murid menjawab soalan-soalan sejarah di peringkat menengah atas.

26


3.9 Apakah pelbagai Instrumen?

i. Tugasan
bertulis

Tugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau
dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan,
menghasilkan karya kreatif, ciptaan dan gubahan dalam
bentuk tulisan.
ii. Ujian amali

Tugasan yang memerlukan murid melakukan suatu proses kerja
dan / atau menghasilkan sesuatu produk.
iii. Projek

Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan sesuatu
produk dan membuat pelaporan tentang produk / artifak
yang dihasilkan.
iv. Persembahan

Tugasan yang memerlukan murid menunjukkan / melakukan /
beraksi / mempraktikkan sesuatu aktiviti yang mempamerkan
aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan dan
bukan lisan.
v. Demonstrasi

Tugasan yang memerlukan murid menunjukkan cara dengan
melakukan sesuatu aktiviti yang memberi kefahaman tentang
sesuatu perkara secara lisan.
vi. Kajian
lapangan

Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik
darjah atau di makmal untuk mendapatkan data dan maklumat
serta membuat laporan.
viii. Kajian kes

Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan
data dan / maklumat yang diperoleh dan membuat laporan.



27


3.10 Siapakah yang akan menyediakan instrumen (kertas soalan) PT3?
Ujian Lisan
Mendengar
Lembaga Peperiksaan akan menyediakan CD yang mengandungi
rakaman audio, soalan, Jadual Penggredan dan Panduan
Penskoran Lisan dan menyerahkannya kepada JPN.
Sekolah akan menerima CD yang mengandungi dokumen
berkenaan daripada JPN mengikut jadual.
Ujian Lisan
Bertutur
Lembaga Peperiksaan akan menyediakan tugasan Ujian Lisan
Bertutur, Arahan Persediaan Tugasan, Jadual Penggredan,
Panduan Penskoran Lisan dan Lembaran Markah.
Sekolah akan memuat turun dokumen berkenaan dari portal LP:
http://www.moe.gov.my/lp mengikut jadual.
Instrumen Pelbagai Lembaga Peperiksaan akan menyediakan CD yang mengandungi
tugasan, Arahan Persediaan Tugasan, Jadual Penggredan,
Panduan Penskoran Pelbagai Instrumen dan Lembaran Markah.
Sekolah akan menerima CD yang mengandungi dokumen
berkenaan daripada JPN mengikut jadual.
Ujian Bertulis Lembaga Peperiksaan akan menyediakan CD yang mengandungi
soalan, Jadual Spesifikasi Ujian, Format Instrumen, Jadual
Penggredan, Panduan Pemasangan Instrumen dan Panduan
Penskoran Item.
Sekolah akan menerima CD yang mengandungi dokumen
berkenaan daripada JPN mengikut jadual.
Guru mata pelajaran akan menghasilkan instrumen (kertas
soalan) berdasarkan soalan yang disediakan. Pemasangan
mengikut Jadual Spesifikasi Ujian, Format Instrumen, Jadual
Penggredan dan Panduan Pemasangan Instrumen.
Instrumen (kertas soalan) akan diverifikasikan (sahkan) oleh
Ketua Panitia dan Pentaksir yang dilantik oleh Lembaga
Peperiksaan.





28


3.11 Siapakah yang melaksanakan PT3?
Calon Sekolah
1 Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri
(SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), SM Pendidikan Khas, dan sekolah
swasta yang berdaftar dengan KPM atau Sekolah Swasta yang Tidak Berdaftar tetapi
mengikuti kurikulum kebangsaan hendaklah melaksanakan PP di peringkat menengah
rendah; dan
2 Murid berada di Tingkatan Tiga

Calon Persendirian
1 Calon tidak berada dalam sistem persekolahan. dan
2 Calon telah berumur 14 tahun pada 1 Januari tahun pendaftaran.

3.12 Berapakah kadar yuran calon swasta dan calon persendirian?
Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian hendaklah membuat pendaftaran dengan
bayaran yuran RM 65.00.

3.13 Bagaimanakah cara calon persendirian mendaftar untuk menduduki PT3?
Calon Calon Persendirian hendaklah membuat pendaftaran di Jabatan Pendidikan Negeri
menggunakan borang pendaftaran yang disediakan.

29


3.14 Apakah syarat pendaftaran mata pelajaran?


Calon Sekolah - Menganut agama Islam
Pilihan Pertama Pilihan Kedua
1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Pendidikan Islam Pendidikan Islam
6 Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup
7 Sejarah Sejarah
8 Geografi Geografi
9 Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Iban


30


Calon Sekolah - Tidak menganut agama Islam
Pilihan Pertama Pilihan Kedua
1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup
6 Sejarah Sejarah
7 Geografi Geografi
8 Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Iban



31


Calon Persendirian - Menganut agama Islam
Pilihan Pertama Pilihan Kedua
1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Pendidikan Islam Pendidikan Islam
6 Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup
7 Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Iban


32


Calon Persendirian - Tidak menganut agama Islam
Pilihan Pertama Pilihan Kedua
1 Bahasa Melayu Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
3 Science Science
4 Mathematics Mathematics
5 Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup
6 Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Iban


Nota : Calon Persendirian hanya dibenarkan menduduki Ujian Bertulis sahaja.
3.15 Adakah murid perlu melaksanakan PT3 bagi semua mata pelajaran?
Murid hendaklah mendaftar mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah di mana murid
belajar kerana hasil kerja murid bagi PT3 ditaksir oleh guru yang mengajar mata
pelajaran berkenaan.

33



3.16 Bagaimanakah pentadbiran PT3 bagi calon hospital?
Murid yang berada di hospital akan melaksanakan PT3 mengikut jadual yang ditetapkan
oleh LP. Guru di Sekolah Dalam Hospital akan mentaksir hasil kerja murid dan memastikan
markah murid direkodkan diserahkan kepada pihak sekolah untuk direkodkan dalam sistem
kemasukan markah.

3.17 Bagaimanakah pentadbiran PT3 bagi calon berkeperluan khas (CBK)?
CBK akan melaksanakan PT3 mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP. Tiada sebarang
pengecualian diberikan kepada calon berkenaan.
Walau bagaimanapun murid pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan ujian
lisan bertutur dan mendengar.
Pihak sekolah hendaklah menyediakan keperluan khas yang diperlukan oleh murid
berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam PT3.

3.18 Bagaimanakah murid yang bertukar sekolah?
PT3 dilaksanakan di tadbir, dilaksana dan diberikan skor oleh pihak sekolah. Murid yang
bertukar sekolah hendaklah melaksanakan PT3 mengikut mata pelajaran yang ditawarkan
di sekolah baharu.

3.19 Bagaimanakah murid yang baru pulang dari bermastautin di luar negara?
PT3 dilaksanakan mengikut jadual sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh
pelaksanaan dan penilaian PT3 telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan
PT3 tersebut.

34

3.20 Adakah Calon Berkeperluan Khas (CBK) dikecualikan daripada melaksanakan PT3?
PT3 hendaklah dilaksanakan oleh semua murid termasuk CBK kerana tiada sebarang
pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid pekak dan bisu dikecualikan
daripada melaksanakan ujian lisan bertutur dan mendengar.

3.21 Apakah langkah LP untuk memastikan skor PT 3 yang diperoleh murid sahih?
LP telah menyediakan dokumen Panduan Penjaminan Kualiti sebagai panduan kepada
pihak pentadbir sekolah menjalankan penjaminan kualiti dalaman. Dokumen ini
merangkumi empat aspek penjaminan kualiti iaitu:
Bab 1 Pengoperasian Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Bab 2 Pementoran
Bab 3 Penyelarasan
Bab 4 Pemantauan
Bab 5 Pengesanan
Lembaga Peperiksaan juga menyediakan prosedur pelaksanaan moderasi dan verifikasi
sebelum pelaporan dikeluarkan. Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang
diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu
markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan
pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan
(konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses
menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.
Pentadbir sekolah hendaklah menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan skor yang
diberikan oleh guru adalah sahih. Ketua Panitia berperanan sebagai penyelaras (moderasi)
dan penentusah skor (verifikasi) yang diberi oleh guru sekolah. Ketua Panitia akan
menjalankan penyelarasan (moderasi) pemeriksaan skrip jawapan murid bagi memastikan
pemeriksaan akur dengan panduan penskoran yang disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan dan juga pemeriksaan adalah selaras antara kelas. Ketua Panitia juga akan
menentusahkan (verifikasi) skor yang diberikan oleh guru bagi murid adalah sahih dan
menepati jawapan murid.
35

LP juga melantik pentaksir luar iaitu Ketua Pentaksir Kebangsaan, Ketua Pentaksir Negeri,
Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan dari kalangan guru mata pelajaran untuk
menjalankan moderasi pemeriksaan dan verifikasi skor bagi memastikan kesahan dan
kebolepercayaan skor sebelum pelaporan dikeluarkan.
Pengetua sekolah sekali lagi perlu menjalankan verifikasi skor sebelum menghantar gred
murid kepada Lembaga Peperiksaan.

3.22 Bagaimanakah sekiranya murid tidak melaksanakan PT3 bagi satu mata pelajaran?
Murid hendaklah melaksanakan PT3 bagi semua mata pelajaran yang didaftar. Murid
yang tidak melaksanakan PT3 bagi mana-mana mata pelajaran tidak akan menerima
keputusan (gred) bagi mata pelajaran berkenaan.

3.23 Apakah wajaran ujian lisan dalam PP?
Ujian Lisan dan Ujian Bertulis dilaporkan secara berasingan dengan dua gred yang
berbeza.

36


3.24 Apakah perbezaan antara pelaporan PS dan PT3?
Pelaporan formatif dalam PS adalah untuk melihat perkembangan pembelajaran murid bagi
setiap mata pelajaran yang dipelajari pada tahun semasa. Pelaporan diperolehi daripada
aktiviti pentaksiran sewaktu PdP.
Pelaporan sumatif dalam PS adalah untuk melihat pencapaian pembelajaran murid bagi
setiap mata pelajaran yang dipelajari pada tahun semasa. Pelaporan diperolehi daripada
ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.
Pelaporan formatif dan sumatif PS yang memberi maklumat tentang perkembangan
pembelajaran dan pencapaian murid boleh digunakan oleh guru, ibu bapa dan murid untuk
memperbaiki atau mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Pelaporan PT3 adalah untuk melihat pencapaian murid dalam mata pelajaran yang
dipelajari dalam tempoh 3 tahun di peringkat menengah rendah (Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 3).


3.25 Mengapakah murid yang mendapat Band 6 untuk laporan perkembangan murid tidak
semestinya mendapat A untuk laporan pencapaian?
Laporan perkembangan murid dilaporkan mengikut penguasaan murid bagi perkara yang
diajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran yang dilakukan untuk
mengukur perkembangan murid adalah berfokus kepada aspek kognitif, afektif dan
psikomotor. Guru boleh membimbing murid untuk menguasai perkara yang dipelajari
sehinga mencapai band tertinggi.
Laporan pencapaian murid adalah bersifat sumatif dan mengukur pencapaian murid bagi
gabungan beberapa perkara yang telah diajar. Pentaksiran berfokus kepada perkara-
perkara yang diukur secara spesifik. Pentaksiran dijalankan secara one off dalam tempoh
masa yang ditetapkan.
Prestasi murid pada laporan perkembangan murid dan laporan pencapaian murid
37

sewajarnya mempunyai korelasi positif.
3.26 Bilakah PT3 ditadbir?






Lembaga Peperiksaan menetapkan tempoh pelaksanaan PT3 tetapi pentadbir sekolah
menetapkan jadual pelaksanaannya.
Pelbagai Instrumen 1 hingga 18 Julai 2014
Ujian Lisan 6 hingga 29 Ogos 2014
Ujian Bertulis 12 hingga 17 Oktober 2014


3.27 Bagaimanakah pentadbiran PT3 bagi calon persendirian?
Pihak Jabaran Pendidikan negeri akan menetapkan PT3 bagi calon persendirian seperti
berikut:
1. Menetapkan pusat pentaksiran PT3 bagi calon persendirian.
2. Menyediakan jadual pelaksanaan PT3 dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan.
3. Menyediakan instrumen pentaksiran PT3 dengan mendapatkannya dari sekolah
kerajaan yang dijadikan pusat pentaksiran.
4. Menyediakan personel pentaksiran bagi memeriksa skrip jawapan calon.
5. Menghantar gred calon ke Lembaga Peperiksaan.
6. Mengeluarkan pelaporan PT3 bagi calon persendirian berdasarkan Format pelaporan
PT3.



38


3.28 Bagaimanakah pelaporan PT3?


PERNYATAAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2014


NAMA MUHAMMAD BIN ABDULLAH ANGKA GILIRAN V100 A 001
NAMA SEKOLAH SMK PUTRAJAYA NO KP 990907-10-5397

MATA PELAJARAN GRED
BAHASA MELAYU PENULISAN A Cemerlang
BAHASA MELAYU LISAN A Cemerlang
BAHASA INGGERIS PENULISAN B Kepujian
BAHASA INGGERIS LISAN C Baik
SEJARAH B Kepujian
GEOGRAFI B Kepujian
BAHASA ARAB C Baik
PENDIDIKAN ISLAM A Cemerlang
MATHEMATICS B Kepujian
SCIENCE A Cemerlang
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PILIHAN B Kepujian

39


3.29 Bagaimanakah tafsiran gred PT3?




4 PENTAKSIRAN PAJSK

4.1 Apakah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) ?
PAJSK adalah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum yang ditadbir, direkod
dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan,
kokurikulum dan ekstra kurikulum. Manakala Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
(SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti
fizikal murid.

4.2 Bilakah PAJSK dilaksanakan dalam PBS?

PAJSK bagi sekolah rendah dilaksanakan pada Tahun 4 mulai 2014, Tahun 5 mulai 2015
dan Tahun 6 mulai 2016.
PAJSK bagi sekolah menengah dilaksanakan pada Tingkatan 1 mulai 2012, Tingkatan 2
GRED TAFSIRAN
A CEMERLANG
B KEPUJIAN
C BAIK
D MEMUASKAN
E MENCAPAI TAHAP MINIMUM
F BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM
40

mulai 2013, Tingkatan 3 mulai 2014, Tingkatan 4 mulai 2015 dan Tingkatan 5 mulai 2016.

4.3 Berapa kalikah perjumpaan untuk kokurikulum setahun?
Bahagaian Kesenian dan Kokurikulum telah menetapkan perjumpaan untuk kesemua
komponen dalam kokurikulum adalah 12 kali setahun.

41



4.4 Siapakah yang perlu merekod SEGAK dan BMI murid?
Guru PAJSK perlu merekod SEGAK dan BMI murid kerana pentaksiran dijalankan semasa
waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

4.5 Siapakah yang perlu merekod Sukan, Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum murid?
Guru kelas perlu merekod Sukan, Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum murid.


42


5 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

5.1 Apakah Pentaksiran Psikometrik (Ppsi)?
PPsi dilaksanakan di sekolah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi dan kebolehan
yang diperoleh, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat kerjaya,
kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan
proses pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Bilakah PPsi dilaksanakan dalam PBS?

PPsi bagi Sekolah Rendah dilaksanakan bagi murid-murid Tahun 3 dan Tahun 6.
PPsi bagi Sekolah Menengah dilaksanakan bagi murid-murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 3.

5.3 Apakah kaitan antara Pentaksiran Psikometrik dengan Pentaksiran Sekolah?
Maklumat yang diperoleh daripada Pentaksiran Psikometrik boleh digunakan oleh guru untuk
menyesuai dan mempelbagaikan kaedah pengajaran, pembelajaran serta pembinaan
instrumen PS.

43


5.4 Apakah kepentingan PPsi kepada murid yang mengikuti PBS?
Maklumat yang diperoleh melalui PPsi digunakan untuk mengenal pasti kecenderungan,
kekuatan / kelemahan, minat, bakat dan kesediaan murid. Maklumat ini dapat membantu
guru menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan mewujudkan
suasana pembelajaran yang berkesan.
Maklumat yang diperoleh daripada PPsi juga boleh digunakan bagi membimbing murid
dalam penentuan aliran di tingkatan empat bagi laluan kerjaya murid.

5.5 Siapakah yang melaksanakan PPsi?
Murid-murid Sekolah Rendah
Ujian Aptitud Am ditadbir dan diskor oleh guru kelas. Skor diserahkan kepada Guru
Bimbingan untuk interpretasi skor dan penyediaan laporan. Laporan disimpan oleh Guru
Bimbingan di Bilik Kaunseling. Guru Bimbingan akan berbincang dapatan skor dengan guru
mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik) untuk penyediaan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid.
Murid-murid Sekolah Menengah
Inventori Tret Personaliti, Inventori Minat Kerjaya dan Ujian Aptitud Khusus ditadbir oleh
Guru Bimbingan dan Kaunseling. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menginterpretasi
skor dan menyediakan laporan. Laporan disimpan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
di Bilik Kaunseling.
Guru Bimbingan dan Kaunseling akan berbincang dapatan skor Inventori Tret Personaliti
dan Inventori Minat Kerjaya dengan guru kelas untuk membantu murid dari segi pemilihan
kerjaya yang sesuai dengan murid. Skor Ujian Aptitud Khusus boleh digunakan oleh pihak
sekolah untuk tujuan menentukan aliran murid di Tingkatan 4.



44

5.6 Apakah status skor PPsi?
Murid-murid Sekolah Rendah
Skor Ujian Aptitud Am (UAA) tidak sulit dan boleh dibincangkan dengan guru mata
pelajaran dan ibu bapa. UAA bertujuan untuk melihat penguasaan murid dalam kemahiran
berfikir aras tinggi.
Murid-murid Sekolah Menengah
Skor Inventori Tret Personaliti (ITP) adalah sulit. Maklumat Ujian ini disimpan oleh Guru
Bimbingan dan Kaunseling. ITP bertujuan untuk membantu guru mengenal pasti dan
memahami personaliti murid dan memilih intervensi yang sesuai untuk proses pengajaran
dan pembelajaran. Matlamat akhir ITP adalah untuk memastikan ciri peribadi individu
selaras dengan bidang pekerjaan.
Skor Ujian Aptitud Khusus (UAK) tidak sulit. UAK bertujuan mengukur ciri yang
menggambarkan potensi seseorang untuk menceburi atau berjaya dalam sesuatu tugasan,
bidang pembelajaran, aliran, pekerjaan atau situasi tertentu.
Skor Inventori Minat Kerjaya (IMK) tidak sulit. IMK bertujuan untuk membantu murid
mengenal pasti laluan kerjaya yang sesuai dengan mereka.

5.7 Apakah pelaporan PPsi yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa?
Ibu bapa boleh memohon untuk mendapatkan pelaporan Ujian Aptitud Am, Inventori Tret
Personaliti, Ujian Aptitud Khusus dan Inventori Minat Kerjaya daripada Guru Bimbingan dan
Kaunseling.

5.8 Bagaimanakah pelaporan PPsi direkodkan?
Pelaporan PPsi direkodkan secara manual oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam
program (MS EXCEL) yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pelaporan hanya perlu
dihantar kepada Pengarah Peperiksaan sekiranya dimohon.

45

5.9 Berapa lamakah pelaporan PPsi murid perlu disimpan oleh sekolah?
Pelaporan PPsi Tahun 3 dan Tahun 6 disimpan sehingga murid tamat sekolah rendah.
Pelaporan PPsi murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 disimpan sehingga murid tamat
sekolah menengah.
46


6 PENJAMINAN KUALITI

6.1 Apakah maksud penjaminan kualiti?
Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS
mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam
semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan
maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran
murid. Penjaminanan Kualiti dilakukan melalui Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan
dan Pengesanan.

6.2 Apakah pementoran?

Pementoran dalam konteks PBS adalah satu proses yang diijalankan untuk penjaminan
kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang
ditetapkan.
Pementoran dalaman dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia,
Jurulatih Utama, Guru Cemerlang, Pengetua / Guru Besar atau guru. Manakala pementoran
luaran dilaksanakan oleh LP / JPN / PPD.

47


6.3 Apakah pemantauan?

Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS
mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP.
Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut
jadual yang ditentukan oleh JK PBS.
Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh Pentadbir Sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran /
Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang atau guru.
Manakala pemantauan luaran dilaksanakan oleh LP / JPN / PPD / Bahagian di KPM.

6.4 Apakah penyelarasan?

Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman
pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan
kebolehpercayaan skor pentaksiran.
Penyelarasan dalaman dilaksanakan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia,
Jurulatih Utama, Guru Cemerlang atau guru.
Manakala penyelarasan luaran dilaksanakan oleh LP / JPN / PPD.


6.5 Apakah pengesanan?

Pengesanan ialah proses menilai instrumen PBS yang bertujuan untuk:
1. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen
pentaksiran
2. Menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran
3. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran
48

Pengesanan dilaksanakan oleh pegawai LP atau pegawai yang dilantik oleh LP

6.6 Apakah maksud verifikasi dan moderasi?
Moderasi dan verifikasi adalah proses untuk memastikan kesahan dan ketekalan
(konsistensi) pemberian skor antara Pemeriksa.

6.7 Bolehkah sekolah melaksanakan silang penyelarasan dan pemantauan dengan
sekolah berhampiran untuk tujuan kebaikan bersama?
Boleh, bagi menjamin kebolehpercayaan instrumen / tugasan yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kerjasama tersebut akan meningkatkan keberkesanan
pelaksanaan PBS.

49



7 PEREKODAN SKOR

7.1 Bagaimana dengan kemasukan prestasi dalam SPPBS yang tidak sempat
dilaksanakan pada tahun lepas?
Memandangkan perekodan prestasi murid bertujuan membantu guru meningkatkan tahap
perkembangan pembelajaran murid bagi tahun semasa, maka kemasukan prestasi yang
belum selesai pada tahun lepas tidak perlu dilaksanakan.

7.2 Apa yang telah KPM lakukan dengan data tahun-tahun sebelumnya?
Dalam usaha menambahbaik PBS, KPM telah menggunakan data yang ada untuk dibuat
pemantauan perkembangan pembelajaran murid. Ekoran daripada pemantauan tersebut,
beberapa penambahbaikan telah dibuat dalam pelaksanaan PBS pada tahun ini. Contohnya:
KPM telah menambahbaik DSP dan menjadikannya sebagai Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid (PPPM).

7.3 Bagaimanakah guru merekod penguasaan murid?
Guru merekod menggunakan modul perekodan offline atau secara manual menggunakan
cetakan daripada modul berkenaan / mengisi dalam buku rekod pengajaran harian.


7.4 Boleh terangkan serba ringkas tentang modul perekodan offline tersebut?
KPM menyediakan satu modul yang sangat mudah untuk dikendalikan oleh guru. Melalui
modul perekodan offline ini, setiap guru mata pelajaran perlu menanda pada Band yang telah
dikuasai oleh murid setelah selesai sesuatu tajuk atau tema yang ditaksir. Pelaporan akan
50

dijana secara automatik oleh modul perekodan offline.

7.5 Bilakah guru merekod tahap penguasaan murid?
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan
kaedah guru.

7.6 Bagaimanakah cara ibu bapa mendapatkan pelaporan anak-anak mereka?
Memandangkan modul perekodan yang disediakan adalah secara offline, maka ibu bapa
boleh mendapatkan pelaporan perkembangan pembelajaran anak masing-masing di
sekolah.

51


8 PELAPORAN

8.1 Apakah bentuk pelaporan yang akan dikeluarkan di Tingkatan 3 mulai 2014?
Sehingga 2013, pelaporan PMR adalah dalam bentuk pernyataan keputusan bagi setiap
mata pelajaran yang diduduki calon dalam peperiksaan pusat.

Mulai 2014, pelaporan pentaksiran di peringkat menengah rendah adalah bagi setiap
komponen PBS iaitu PT3, PS, PAJSK dan Ppsi. Pelaporan akan dikeluarkan oleh pihak
sekolah dengan format standard yang disediakan oleh LP.

Pelaporan ini dapat memberi gambaran tentang potensi murid secara holistik dan maklumat
tersebut dapat membantu murid membuat keputusan yang lebih tepat dalam pemilihan aliran
pendidikan di peringkat menengah atas.


52


8.2 Apakah bentuk pelaporan yang akan dikeluarkan bagi empat komponen PBS?

KOMPONEN AKADEMIK KOMPONEN BUKAN AKADEMIK
Pentaksiran Sekolah
(PS)
Pentaksiran Tingkatan
3
(PT3)
PAJSK Pentaksiran
Psikometrik (PPsi)

Pernyataan keputusan
bagi semua mata
pelajaran yang dipelajari
murid adalah berbentuk
deskriptif dan Band:
6 Tahu, faham dan
boleh buat
dengan beradab
misali.
5 Tahu, faham dan
buat dengan
beradab terpuji
4 Tahu, faham dan
boleh buat
dengan beradab
3 Tahu, faham dan
boleh buat
2 Tahu dan faham
1 Tahu


Pernyataan keputusan
bagi semua mata
pelajaran yang diduduki
murid adalah berbentuk
deskriptif dan gred:
A Cemerlang
B Kepujian
C Baik
D Memuaskan
E Mencapai tahap
minimum
F Belum mencapai
tahap minimum






Pernyataan keputusan
bagi semua aktiviti
kokurikulum yang
diceburi murid adalah
berbentuk deskriptif
tentang:
- Penyertaan

- Penglibatan

- Prestasi

Pernyataan keputusan
adalah berbentuk
deskriptif bagi:
- Inventori Minat
Kerjaya

- Ujian Aptitud Khusus
(minat &
kecenderungan
pembelajaran)



53

You might also like