You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF (BKGS)

2014
SK PEKAN BAHRU

TARIKH : 17 APRIL 2014
HARI : KHAMIS
MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
KEHADIRAN : RUJUK BUKU KEHADIRAN MESYUARAT

1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan agak lewat kerana beberapa kekangan yang tidak
dapat dielakkan
1.2 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah.
1.3 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan maaf oleh pengerusi sekiranya
tidak dapat memuaskan hati semua pihak atau ada perkara yang tidak
dapat dilaksanakan sepanjang menjadi pengerusi 2012/2014
1.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa
memberikan kerjasama tanpa mengira pangkat. Terutamanya kepada
guru yang membantu secara langsung dalam pelaksanaan program
yang besar (majlis persaraan Guru Besar)


2. UCAPAN PN. HJH LATIFAH (GPK1)
2.1 Pn. Latifah mewakili Guru Besar kerana Guru besar tidak dapt hadir.
2.2 Pn. Latifah mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa 2012/2014 yang
diketuai oleh Pn. Suhaila kerana dapt menjalankan aktiviti yang
dirancang.
2.3 Pn. Latifah juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang
memberi sokongan moral, tenaga dan kewangan untuk melaksanakan
program yang dirancang oleh BKGS.
2.4 Pn. Latifah berharap AJK baru yang bakal dilantik akan dapat
merealisasikan program yang belum dilaksanakan. AJK yang akan
dilantik diharap mampu mengendalikan BKGS dengan baik kerana ahli
BKGS semakin ramai iaitu hamper 40 orang.
2.5 Pn. Latifah juga berharap kelab akan terus kekal bersatu padu dalam
melaksanakan setiap program yang dirancang.


3. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG BKGS 2012
3.1 Minit mesyuarat agung bertarikh 2 Februari 2013 bertempat di Kantin SK
Pekan Bahru dibentang oleh Pn. Siti Suhaila binti Samijan
3.2 Pengesahan minit mesyuarat agung 2013 oleh ____________________
dan disokong oleh _____________________


4. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR 31
DISEMBER 2013
4.1 Penyata kewangan tunai yang bertarikh 31 Disember 2013 dengan
berbaki RM 3952.20 telah dibentangkan oleh Pn. Norhayati binti Ali.
4.2 Hasil jumlah kutipan sumber kewangan BKGS termasuk yuran ahli dan
bayaran tempat letak kereta.
4.3 Pembayaran bagi lot tempat kereta sebelum februari dikira secara lump
sum iaitu sebanyak RM80 akan diteruskan.
4.4 Insentif akan diberikan kepada ahli keluarga sekiranya berlaku kematian,
berkahwin dan mendapat cahaya mata.
4.5 Ahli baru perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 5.


5. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN KEDAI MINI 2013
5.1 Penyata Kewangan Kedai Mini yang berakhir 31 Disember 2013 dengan
berbaki RM 7283.40 telah dibentangkan oleh ___________________
dan disahkan oleh _____________________.


6. PEMILIHAN JAWATANKUASA 2014
6.1 Pemilihan jawatankuasa baru bagi sesi 2014/2015 telah dijalankan yang
terdiri daripada :
i) Pengerusi : En. Nazirulizam bin Mohd Noh
ii) Naib Pengerusi : En. Yusri bin Masdar
iii) Setiausaha : Cik Hafiza Izzati binti Hamzah
iv) Bendahari : Ustaz Safiee bin Husin
v) Naib Bendahari : Pn. Norhayati bt Ali
vi) Ahli Jawatankuasa : 1. En. Samsul Fuad b. Mahmud
2. Pn. Norhayati bt Ismail
3. En. Norazmi bin Ahmad
4. Pn. Azlin bt Abd Latip
5. Pn. Norliyana bt. Tumiain
6. En. Zulhazmi bin Sibon
7. Ustaz Azhar b. _______
8. En. Sukaimi bin Untong
vii) Pengerusi Kedai : Pn. Rahmah binti Ibrahim
viii) Pemeriksa Kira-kira 1: Pn. Soria binti Naim
ix) Pemeriksa Kira-kira 2 : En. Ilmi Izwan bin Ab Latif

7. CADANGAN AKTIVITI 2014
7.1 Pengerusi baru, En. Nizam mengambil alih pengendalian mesyuarat.
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas lantikan sebagai pengerusi
dan akan berusaha menjalankan tanggungjawab dan amanah
sebaiknya.
7.2 Pengerusi mencadangkan hari keluarga di Pantai Puteri Resort, Tanjung
Kilim. Tarikh akan dibincangkan kemudian. Cadangan pengerusi
dipersetujui oleh En. Samsul
7.3 Pn. Latifah mencadangkan agar melaksanakan aktiviti tahun 2013 yang
masih belum tercapai antaranya lawatan ke Langkawi atau Bandung.
7.4 En. Samsul mencadangkan lawatan ke Kelantan.
7.5 Pengerusi meminta persetujuan semua samada ingin meneruskan
lawatan sosial. Pn. Soria mencadangkan agar dibuat secara serentak
antara lawatan sosial atau hari keluarga.
7.6 En. Samsul mecadangkan lawatan pendidikan ke sekolah di Kelantan
atau Terengganu untuk melihat sistem fail. Cadangan En. Samsul
dipersetujui oleh pengerusi.
7.7 Pn. Suhaila mencadangkan agar membuat gotong royong untuk clear
stock buku-buku lama yang tidak digunakan lagi.
7.8 En. Norazmi pula mencadangkan, untuk hiasan sekolah, tidak perlu lagi
menggunakan polisterin kerana ringan dan mudah tertanggal. Beliau
mencadangakn agar mengecat atau spray perkataan agar tahan lebih
lama.


8. USUL DARIPADA WAKIL AHLI BKGS
8.1 ____________________ mencadangkan agar mewujudkan kotak usul
cadangan untuk guru dan ibu bapa. Pn. Latifah menyatakan bahawa
kotak usul tersebut telah ada dan mencadangkan agar kotak tersebut
diletak di hadapan post guard bagi memudahkan usul diberikan oleh ibu
bapa.
8.2 ___________________ mencadangkan agar membuat nametag
bermagnet untuk guru. Sebulat suara bersetuju untuk membuat nametag
baru.
8.3 _____________________ mencadangkan agar wireless di kawasan
sekolah ditambah baik kerana sesetengah tempat tidak dapat melayari
wifi sekolah. Keputusan tidak dapat dibuat kerana wifi ini melibatkan
pihak Kementerian.
8.4 Pengerusi mencadangkan undian semula tempat letak kenderaan. Bagi
guru yang membuat bayaran secara lump sum boleh memilih parking
manakala yang membayar secara ansuran tidak boleh memilih parking.
Pn. Soria mencadangkan agar usul dibuat pada tahun hadapan. Sebulat
suara bersetuju usul dimulakan pada tahun hadapan.
8.5 Pengerusi mencadangkan pembelian baju batik seragam. Pembelian
baju batik perlu ditampung sendiri oleh guru kerana kewangan yang
tidak kukuh. Pn. Soria mencadangkan baju batik hanya dipakai sebulan
sekali dan menyerahkan pembelian baju batik kepada jawatankuasa.
Mesyuarat ditangguh pada jam 3.15 petang.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................
Cik Hafiza Izzati binti Hamzah En. Nazirulizam bin Mohd Noh
Setiusaha BKGS, Pengerusi BKGS,
SK Pekan Bahru Muar SK Pekan Bahru Muar

You might also like