You are on page 1of 6

1.

Di antara yang berikut, yang manakah BUKAN tujuan membuat penyelidikan


pendidikan.
A. Membuat pelaporan dan penemuan baru
B. Menjawab beberapa persoalan masalah yang berkaitan
C. Menerangkan dan menjelaskan fenomena yang berlaku
D. Menentukan sesuatu fenomena yang mungkin berlaku

2. Antara faedah-faedah yang boleh didapati oleh guru-guru dengan melaksanakan
kajian ialah mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran
guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid dan sebagainya. Nyatakan jenis
kajian berkenaan:
A. Penyelidikan Asas
B. Penyelidikan Gunaan
C. Penyelidikan Tindakan
D. Penyelidikan Penilaian

3. Penyelidikan di kategorikan sebagai penyelidikan kualitatif dan penyelidikan
kuantitatif. Kedua-dua penyelidikan ini berbeza dari segi kaedah dan teknik kajian yang
dijalankan. Berikut merupakan perbandingan kaedah bagi kedua-dua penyelidikan.
Yang manakah dibawah ini benar bagi kedua-dua jenis penyelidikan?
Penyelidikan kualitatif Penyelidikan kuantitatif
I Positivis Interpretif
II Eksperimental Penghuraian
III Data numerical Kajian kes
IV Ujian statistic Data verbal

A. I, dan III
B. I, II dan III
C. II dan IV
D. I, II, III dan IV

4. Kajian tindakan adalah penyelididikan pendidikan merupakan suatu bentuk refleksi
kendidiri melalui aktiviti iknkuiri untuk memperbaiki dan memahami amalan dan situasi
sosial. Di antara yang berikut yang manakah Benar bagi kajian tindakan.

A. Penyelidikan terhadap situasi social
B. Suatu pendekatan untuk guru melaksanakan inkuiri guru lain.
C. Merupakan kaedah yang membolehkan guru melakukan perubahan dalam
pendidikan
D. Guru sebagai pengkaji bukan sahaja berfungsi untuk melakukan penyelididikan
sahaja, malahan ia turut melibatkan guru-guru lain.

5. Kajian tindakan dapat dilaksanakan dengan satu gelungan langkah. Susun gelungan
langkah yang paling sesuai?

A. Merancang, Bertindak, Memerhati, Mereflek
B. Merancang, Mereflek, Bertindak, Memerhati
C. Merancang, Memerhati, Mereflek, Bertindak
D. Merancang, Bertindak, Memerhati, Mereflek

6. Berikut adalah isu yang diperolehi oleh seorang penyelidik:
Guru mengalami dilema antara memberi perhatian yang lebih kepada keperluan satu
kumpulan kecil (kumpulan pelajar yang amat pintar), dengan mementingkan kumpulan
pelajar yang merupakan majority dalam kelas.
Cadangkan bagaimanakah guru penyelidik boleh menyelesaikan dilema ini:

A. Mengenalpasti aras kesukaran dilemma yang dihadapi serta fokuskan pada isu
tertentu.
B. Bincangkan dengan rakan guru untuk menyelesaikan dilemma
C. Guru perlu mengikuti keperluan majority dalam kelas
D. Guru membuat tafsiran sendiri dan rakan sejawat dalam membuat keputusan.

7. Kajian tindakan dilakukan untuk membaiki keadaan dan tingkah laku social yang
kurang sesuai, ia termasuk amalan social, strategi dan alin-lain. Yang manakah di
antara berikut BUKAN masalah kajian tindakan.

A. Bagaimana saya meningkatkan budaya membaca di kampong saya?
B. Bagaimana saya menggunakan teknologi baru untuk mengajar Geografi Ting 4
C. Bagaimana saya memotivasikan guru-guru di Jabatan Pendidikan Negeri yang
kurang semangat bekerja?
D. Program rukun tetangga di kawasan saya kurang berkesan, bagaimana saya
meningkatkan keberkesanannya?

8. Analisis data merupakan langkah terpenting dalam kajian tindakan. Di antara berikut
yang manakah benar bagi analisis data?

A. Membuat hipotesis
B. Menguji kesahan teori
C. Meneliti data dengan jelas
D. Meneliti data bagi membuat gambaran kasar

9. Temubual biasanya dilaksanakan dengan cara yang berbeza. Ia boleh dikategorikan
kepada tiga jenis. Andaian asas temubual berdtruktur ialah:

A. Semua soalan ditanya secara spontan.
B. Soalan-soalan dibina dengan bahasa yang boleh difahami dengan jelas oleh setiap
responden kajian.
C. Penemubual tidak tahu terlebih dahulu tentang soalan-soalan temubual
D. Pengkaji melihat isu di bawah kajian dari perspektif subjek, maka aras bahasa
dalam soalan boleh diubahsuai mengikut keperluan dalam proses temubual.

10. Sebagai seorang penyelidik, anda telah dipilih untuk membuat kajian tindakan
tentang perlakuan guru dan murid dalam bilik darjah. Nyatakan kaedah pengumpulan
data yang paling sesuai untuk tujuan ini.

A. Soal selidik
B. Rakaman video dan kaset
C. Temubual
D. Diari

11. Dalam penyelidikan tindakan, terdapat beberapa jenis kesahan. Masalah yang
sering timbul dalam penyelidikan ini adalah bilangan sampel kajian yang digunakan
biasanya kurang. Nyatakan kesahan yang sering berlakau dalam masalah ini.

A. Kesahan muka
B. Kesahan luaran
C. Kesahan dalaman
D. Kesahan criteria

12. Untuk meningkatkan kebolehpercayaan dalam penyelidikan tindakan, beberapa
strategi perlu di ambil, diantaranya adalah:

A. Menggunakan kaedah triangulasi
B. Menggunakan pengkaji-pengkaji luar
C. Menggunakan alat pengukuran yang berlainan
D. Menggunakan pembolehubah yang berbeza

13. Berikut merupakan hasil kajian tindakan yang dijalankan oleh seorang guru
Di dalam satu temubual dengan satu kumpulan kanak-kanak didapati kanak-kanak itu
berpendapat bahawa dalam penulisan ejaan yang betul adalah lebih penting daripada
penggunaan kiasan atau perkataan yang menarik
Sebagai seorang guru, susun langkah yang betul untuk membuat analisis berdasarkan
pernyataan di atas.
I. Mulakan proses sumbang saran untuk mendapat idea-idea
II. Lakukan refleksi pada idea-idea tersebut.
III. Buat satu senarai rangka isi apabila semua data di luar jangkaan ditemui
IV. Buatkan tanda silang rujukan rangka isi ini pada nombor garis pada setiap tempat
yang mana data dijadikan bahan rujukan.

A. I ,III, IV, II
B. I, IV, III, II
C. I,III,II, IV
D. I, II, III, IV

14. Berikut adalah markah yang diperolehi dari satu peperiksaan :
50, 30, 40, 60, 20, 45, 35, 55, 65, 70
Cari purata bagi data frekuensi berkenaan

A. 35
B. 45
C. 47
D. 50

15. Jadual di bawah menunjukkan 6 pasangan suami-isteri.
Umur Suami 44 56 28 20 34 40
Umur Isteri 38 50 30 22 32 38
Kirakan pekali korelasi antara umur. ( korelasi )

A. +0.75
B. +0.80
C. +0.85
D. +0.90

16. Kenyataan atau keterangan yang menjelaskan keadaan sebenar masalah yang
ingin dikaji. Contohnya:
Pihak sekolah kami sangat mengambil berat masalah pelajar yang tidak membuat
latihan kerja rumah matematik yang diberi oleh guru
Apakah bentuk pernyataan ayat di atas:

A. Bentuk kajian
B. Bentuk Soalan
C. Bentuk Pernyataan masaalah
D. Bentuk Pernyataan Keprihatinan

17. Diakhir setiap laporan penyelidikan, penyelidik biasanya membincangkan hasil
kajian yang berkaitan dengan persoalan dan hipotesis kajian. Selain itu penyelidik juga
membincangkan beberapa perkara lain, termasuklah:

A. Membincangkan rekabentuk kajian.
B. Membentangkan dapatan utama, kesimpulan kajian dan implikasinya.
C. Melaporkan hasil kajian mengikut topic dan subtopic kajian
D. Menyenaraikan bahan-bahan yang dirujuk dalam teks

18. Hasil penyelidikan yang diperolehi selalunya di terbitkan dalam jurnal penyelidikan.
Apakah perbezaan di antara tesis penyelidikan dan jurnal penyelidikan?

A. Jurnal penyelidikan merupakan laporan kajian atau ringkasan bagi tesis.
B. Tesis penyelididkan adalah sukar untuk dibaca
C. Rujukan tidak ditulis dalam Jurnal Penyelidikan
D. Hanya kesimpulan kajian sahaja ditulis dalam jurnal penyelidikan

19. Hasil Penyelidikan boleh disebarkan kepada masyarakat KECUALI melalui

A. Buku
B. Seminar
C. Penerbitan
D. Rangkaian Kajian Tindakan (online networks)

20. Kod etika penyelidikan merupakan perkara asas dalam penyebaran hasil kajian
penyelidikan. Berikut merupakan BUKAN tindakan kod etika penyelidikan

A. Mengingatkan pengkaji supaya tidak memanipulasi data dan hasil kajian.
B. Kesedaran tentang tingkah laku yang dilarang dan tanggung jawab diri terhadap
responden kajian
C. Mengingatkan pengkaji untuk mendedahkan sepenuhnya identity dan latarbelakang
responden.
D. Mengingatkan pengkaji untuk merancang dan menggunakan kaedah kajian yang
tidak mendatangkan kesan negetif kepada responden kajian

You might also like