You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL

16800 PASIR PUTEH KELANTAN

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL.1/2009

Tarikh : 14 JANUARI 2009


Masa : 02.05 Petang
Tempat : Tingkatan 1 Pluto
Kehadiran : Seperti dalam Lampiran

Agenda :
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan terima kasih
kerana sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini.

1.2 Pengerusi juga mengalu –alukan kehadiran guru – guru baru dalam panitia sejarah
sesi 2009 dan ini menjadikan bilangan ahli panitia semakin bertambah kepada 13
orang semuanya. Dengan adanya gandingan guru baru dan guru lama diharap dapat
lagi meningkatkan prestasi sejarah di kalang pelajar pada tahun ini.

2.0 Ucapan Guru Kanan


2.1 Guru Kanan Sains Sosial mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada
Pn. Rohana Mohd. Noor selaku pengerusi kerana berjaya mengadakan mesyuarat
panitia pada kali ini.

2.2 Beliau berharap agar kualiti sejarah tahun 2009 dapat dipertingkatkan lagi
terutamanya dalam peperiksaan awam dan juga bagi tingkatan lain - lain.

2.3 Selaku Guru Kanan Sains Sosial beliau meminta agar fail Pengurusan panitia
sejarah 2009 dapat diperkemaskan lagi memandangkan fail pengurusan pada tahun
2008 dianggap agak kurang kemas. Justeru itu beliau meminta laporan minit
mesyuarat haruslah diedarkan kepada panitia masing-masing dalam tempoh tiga
hari selepas mesyuarat diadakan.

2.4 Satu salinan Laporan Minit mesyuarat juga mestilah diserahkan kepada Guru
Kanan untuk difailkan .

2.5 Guru kanan Sains Sosial juga meminta agar segala urusan pembelian buku kerja
hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
3.0 Ucapan PK Pentadbiran
3.1 PK Pentadbiran mengucapkan tahniah kepada guru-guru baru kerana menjadi ahli
panitia sejarah memandangkan panitia sejarah mengalami kekurangan guru yang
opsyen sejarah sejak 2006 lagi

3.2 Beliau berharap agar P&P sejarah dapat diperkemaskan lagi dengan kehadiran
guru-guru baru agar kualiti sejarah semakin meningkat pada tahun ini

4.0 Pelantikan Setiausaha


4.1 Ahli panitia sejarah sebulat suara melantik Pn. Norihah Mohd. Tan selaku
setiausaha panitia sejarah bagi sesi 2009

5.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


5.1 Pn. Hjh Zanirah telah mengesahkan minit mesyuarat lalu dan disokong oleh En.
Zaidi

6.0 Perkara Berbangkit


6.1 Merujuk perkara (3.1) panitia sejarah sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan
PBS bagi tingkatan 1 dan 2.

Tindakan : Guru Tingkatan 1 & 2

6.2 Namun demikian PK pentadbiran akan merujuk perkara berkenaan kepada


Pengawai PPD terlebih dahulu.

7.0 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran


7.1 Rancangan Pelajaran
7.1.1 Pengerusi meminta setiap panitia mesti memiliki sukatan pelajaran
tahunan dan bagi ahli panita yang tidak mempunyai sukatan tersebut
bolehlah mengambilnya daripada Ketua Panitia.

7.1.2 Rancangan dan sukatan pelajaran haruslah dihantar bersama-sama buku


rekod mengajar kepada PK Pentadbiran pada hari Khamis nanti (18/1/09)

7.1.3 Rancangan Pelajaran Tahunan bagi semua tingkatan ada dalam simpanan
Ketua Panitia kecuali sukatan pelajaran tingkatan 3

Tindakan : Guru-guru Tingkatan 3

7.1.4 Setiap panitia mestilah menulis rancangan Pelajaran Harian mengikut


format yang betul ( Rujuk Lampiran 2 )

7.2 Pengurusan Fail


7.2.1 Terdapat 7 item / instrument yang perlu dilengkapkan dalam fail
pengurusan panitia
7.2.2 Pengerusi juga menjelaskan bahawa item 5.3 dalam pengurusan fail iaitu
Kajian Tindakan belum dapat dilaksanakan kerana menunggu kursus
dalaman tentang cara pelaksanaannya dari pihak pentadbiran terlebih
dahulu.

8.0 Penilaian dan Pentaksiran


8.1 Pengerusi menjelaskan pada tahun 2009 terdapat 5 kali peperiksaan akan
berlangsung iaitu UP1, Peperiksaan pertengahan tahun, percubaan PMR,
Percubaan SPM, dan juga peperiksaan akhir tahun

8.2 Bagi kelas-kelas yang tidak terlibat dalam peperiksaan awam, soalan-soalan akan
disediakan oleh guru –guru. ( Rujuk Lampiran 3 ) Manakala kelas-kelas yang
terlibat dengan peperiksaan awam, soalan-soalan peperiksaan akan dibeli oleh
pihak sekolah.

8.3 Pengerusi meminta agar penyelaras bagi setiap tingkatan membuat analisa sebaik
saja peperiksaan selesai dan membuat Headcount bagi setiap pelajar.

8.4 Setiap guru pelajaran wajib menulis markah pelajar dalam buku rekod mengajar
masing-masing

8.5 Analisa PMR 2008

PMR 2008 A B C D A-D E(Gagal) Tokok GPMP


BIL 106 67 7 1 181 0 -4.6 1.46
PERATUS 58.6 37.0 3.9 0.6 100 0

9.0 Aktiviti Panitia 2009


9.1 Pelantikan Penyelaras Tingkatan
 Tingkatan 1 - En. Zulkifle b. Mohamad
 Tingkatan 2 - En. Abd. Rahman Che Abdullah
 Tingkatan 3 - Pn. Zamzuri Saupy
 Tingkatan 4 - Pn. Norihah Mohd. Tan
 Tingkatan 5 - Pn. Nashirah Ishak

9.2 Aktiviti yang dirancang sepanjang 2009


i. Ceramah dan Program Motivasi
ii. Kelas Tambahan
iii. Seminar
iv. Program “face to face”
v. Program Cakna Fakta
vi. Pembentukan Modul soalan
vii. Mengisi maklumat sejarah pada meja Kantin yang diperuntukkan kepada
Persatuan sejarah
viii. Membina Dataran Sejarah
ix. Kuiz Sejarah

10.0Hal-hal Lain
10.1 En. Zulkiflie meminta pendapat PK Pentadbiran cara dan kaedah menulis
rancangan Pelajaran Harian pada minggu pertama dan kedua memandangkan
guru-guru baru sepertinya tidak lagi mempunyai jadual waktu mengajar

10.2 PK Pentadbiran menyarankan agar buku rekod mengajar wajib ditulis


walaupun guru-guru baru tidak mempunyai jadual waktu pengajaran namun
demikian haruslah disesuaikan dengan kerja guru pada masa itu seperti,mengisi
dengan jadual Ganti, bercuti menyerahkan tugas atau sabagainya.

Tindakan : Semua Guru

10.3 Guru Kanan menyarankan kepada panitia sekiranya guru terpaksa


meninggalkan sekolah atas urusan yang tidak dapat dielakkan maka guru tersebut
haruslah menyediakan bahan pembelajaran seperti soalan latihan kepada pelajar
agar P&P sentiasa berjalan tanpa pelajar membuang masa begitu saja.

Tindakan : Semua guru

10.4 PK1 juga turut menyarankan agar setiap panitia menggunakan


kemudahan ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian Power Point, internet,
blog sejarah dan sebagainya.

Tindakan : Semua Guru

10.5 Beliau juga meminta agar buku rekod mengajar perlulah dilengkapi
dengan senarai nama pelajar, rancangan pelajaran tahunan yang terkini dan
Huraian sukatan tahunan terkini.

10.6 PK1 juga meminta agar guru-guru dapat mengenal pelajar dengan lebih
dekat bagi mengenal pasti potensi setiap pelajar supaya panitia sejarah dapat
merancang program sejarah berdasarkan potensi pelajar

Tindakan : Semua Guru

10.7 Selain itu juga beliau berharap proses pencerapan guru-guru akan dapat
dilakukan oleh pihak pentadbir samada Pengetua, Penolong Kanan, Guru-guru
Kanan atau Ketua Panitia.

Tindakan : Pihak Pentadbir


10.8 Guru Kanan menyarankan agar buku pengurusan sentiasa dikemaskini
dan diletakkan di bilik Gerakan supaya senang bagi pihak pentadbir untuk
mendapatkan maklumat terutamanya semasa kunjungan pihak nazir

Tindakan : KP & S/U Panitia

10.9 Pengerusi berharap agar Persatuan sejarah yang baru ditubuhkan akan bergiat aktif
Tindakan : KP & Pn Zaridah

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan
surah “al – Asr”

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.35 petang

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………. ……………………………
(PN. NORIHAH MOHD.TAN) ( PN. ROHANA MOHD. NOOR)
Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah
Lampiran 1

KEHADIRAN PANITIA SEJARAH PADA MESYUARAT KALI PERTAMA 2009

Hadir

1. Tn. Hj. Mohd. Razak b. Che Yaakob ( PK Pentadbiran)


2. Tn. Hj. Ismail @ Talib b. Said ( Guru Kanan Sains Sosial)
3. Pn. Rohana bt. Mohd. Noor ( Ketua Panitia Sejarah)
4. Pn. Hjh Zanirah bt. Ab. Samad
5. Pn. Zaridah bt. Ibrahim
6. Pn. Norihah bt. Mohd. Tan
7. Pn. Nasirah bt. Ishak
8. Pn. Zamzuri bt. Saupy
9. En. Zaidi b. Yaacob
10. En. Zulkifle b. Mohamed

Tidak Hadir Bersebab

1. En. Wan Hussien b. Wan Ismail (PK Ko)


2. En. Che Aziz bin Mat ( PK Hem)
3. En. Abdul Rahman b. Che Abdullah

You might also like